Sabtu, 17 Mac 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Kuasa beli rakyat Kelantan antara tertinggi di Asia

Posted: 17 Mar 2012 07:16 AM PDT


KOTA BHARU, 17 Mac: Pengerusi Richhworks Group of Companies Dr Azizan Osman (gambar) berkata kuasa beli rakyat Kelantan  adalah antara yang tertinggi di Asia.

Ini berdasarkan kepada rekod dan 'top sale' pada supermarket yang ada di negeri ini. Justeru beliau mengagumi kuasa beli rakyat negeri ini.

"Setahu saya, kuasa beli di sini sangat hebat. Dan Kelantan adalah antara yang tertinggi di Asia, berdasarkan rekod dan 'top sale'.

"Banyak rekod hypermarket di sini menunjukkan kuasa beli rakyat tertinggi di Asia," kata beliau
ketika bercakap kepada pemberita pada Klinik Usahawan Dr Azizan Osman - Seminar Marketing Power  (SMP) 2012 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini tengahari tadi.

Seminar bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari itu bertujuan mempertingkat,  mengubah diri usahawan dan perniagaan mereka melalui perkongsian pakar dalam pemasaran.

Peserta seminar (usahawan) diajar tentang strategi pemasaran berkesan dalam meningkatkan pendapatan sehingga 400 peratus selain potensi kekayaan dan kejayaan tanpa mengira jenis perniagaan.

Turut hadir peguam, doktor perubatan, doktor rawatan alternatif, jurutera, perunding hartanah, perunding kewangan dan insurans selain pendidik dan penjawat awam.

Sejak dilancarkan 11 Februari lalau di Kuala Lumpur, hingga kini lebih 18,000 peserta menghadiri Klinik Usahawan tersebut,

Azizan berkata potensi usawahan Kelantan adalah sangat luar biasa.

"Sebab itu saya berada di sini , dan saya juga kenal banyak pengilang di sini, yang boleh 'dibawa keluar'," katanya.

Beliau berkata masyarakat muslim di negeri ini berpotensi untuk meningkat lebih jauh dalam perniagaan, bahkan  mereka mempunyai produk yang baik untuk dibawa keluar daripada Kelantan.

Justeru selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, syarikatnya memilih Kelantan untuk 'berkolabrasi' (collaboration) bersama usahawan muslim di sini dengan memberi input lebih banyak.

"Terutama di Kelantan, ramai usahawan Melayu muslim.

"Jadi kita nak cari jalan supaya kita boleh bagi input dan support lebih banyak supaya mereka boleh 'bawa keluar' produk atau perkhidmatan mereka.  Itulah misi dan 'usahasama' kita," katanya.

Dr Azizan berkata barangan dan produk Islam adalah baik tetapi mestilah (usahawan) mengetahui teknik pemasarannya.

"Orang kita banyak produk yang bagus, tetapi tidak diuar-uarkan, tidak dipromosikan dengan baik," ujarnya. -Hrkh

10 kesilapan Mahathir Mohamad

Posted: 17 Mar 2012 07:13 AM PDT

10 kesilapan Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengkritik kesemua perdana menteri Malaysia dari Allahyarham Tunku Abdul Rahman sehinggalah Najib Razak, kecuali dirinya sendiri.Mahathir juga telah mengkritik pemimpin dunia yang lain termasuk PM Britain, Tony Blair dan sudah tentu George W Bush, presiden Amerika Syarikat yang ke-43

Setakat ini tiada yang berani bersuara terhadapnya.Ini tidaklah menghairankan memandangkan hanya seorang dua daripada PM- PM ini masih hidup termasuk Najib sendiri. Bagi pemimpin antarabangsa, sebahagian besar daripada mereka tidak mahu mempedulikan Mahathir, dan ini hanya menambah kemarahannya, tetapi tiadaapa yang boleh dia lakukan terhadap mereka. Walau bagaimanapun, dia boleh menjadikan hidup penggantinya sukardan dia telah berjaya melakukan ini.

Setelah Mahathir bersara pada tahun 2003, selepas 22 tahun menjadi PM, ada yang mula bercakap tentang legasinya yang 'hebat' dan dia dikenali pula sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Kira-kira 9 tahun selepas dia bersara, kepincangandalam perancangan dan dasar ekonomi, sosial dan politik mula mendatangkan malapetaka besar pada negara lebih teruk daripada tsunami 2006 yang melanda sebahagian besar Asia Selatan.

Pada usia 86 tahun, Mahathir kini dihina oleh kebanyakan rakyat Malaysia, dan dipersalahkan kerana rasuah besar-besaran yang boleh membankrapkan negara jika tiada tindakan pemulihan ekonomi yang diambil, dan untuk jurang antara kaum yang begitu ketara di kalangan pelbagai kumpulan etnik di negara ini.

DEB

Lihat sahaja Dasar Ekonomi Baru, yang merupakan idea pembuat dasar pada tahun 1960-an yang telah disalahgunakannya secara maksimum. Penyalahgunaan ini sahaja cukup untuk memastikan bahawa dia akan kekal sebagai 'Penjahat terulung di Malaysia' dan bukannya sebagai tokoh terbilang sepertimana yang difikirannya.

Bagi rakan-rakan yang masih mengingatitujuan utama NEP termasuk bekas Menteri Kewangan TengkuRazaleighHamzah, dia berkata pada minggu lepas bahawa DEB tidak pernah bertujuan untuk mencipta atau digunakan untuk melahirkan golongan kelas kapitalis Melayu, tetapi untuk menangani kemiskinan dan meningkatkan tahap penyertaan Melayu ke dalam ekonomi.Ia tidak pernah bertujuan untuk seperti yang berlaku sekarang disalahgunakan oleh kerajaan hari ini untuk memilih kumpulan usahawan Melayu yang mereka mahu, memberikan mereka projek kerajaan yang mendapat diskaun hebat dan kemudian mengharapkan mereka untuk maju dan mewujudkan peluang ekonomi yang banyakbagi membantu meningkatkan keupayaanekonomi masyarakat.

Ini adalah kesilapan Mahathir yang pertama dan utama. Tetapi adakah ia benar-benar satu kesilapan? Mereka yang ragu-ragu dan para pengkritik menyatakan kekayaan yang diperolehinya untuk kroni dan proksi melalui skim menjanawang berselindung di sebalik DEB, dan penswastaan aset kerajaan yang menguntungkan usahawan Melayu yang dipilih, seperti bekas pengerusi MASTajudinRamli. Tidak mampu untuk menguruskan'kejayaansegera ' atau tekanan perniagaan berisiko tinggi, ramai yang terjebak dalam hutang semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1998.Tajudin dan juga rakannya seperti HalimSaad telah menjadiorang yang terbuangberbanding zaman kegemilangan mereka.Merekakerugiansejumlah besar wang dan memerlukan jaminan kerajaan bagi jumlah yang banyak pula.

Untuk kronisahaja tapi yanglaintiada

Kesilapan kedua Mahathir adalah kebodohannya.sebahagian besar kekayaan negara berada dalam tangan beberapa orang yang tertentu sahaja di Malaysia. Kali ini iatermasuk jutawan bukan Melayu seperti Vincent Tan, Robert Kuok dan Ananda Krishnan. Tan baru sahaja mengumumkan persaraannya. Kuok kerana tidak berpuas hati dengan hubungankaum yang parah di negara ini telah memilih untuk tinggal di Hong Kong, manakala Ananda dikehendaki oleh pihak berkuasa India kerana didakwa telah merasuah pemberi lesen telekom untuk membeli Aircel.

Pengumpulan kekayaan dalam tangan beberapa individu pasti meninggalkan orang Melayu dan rakyat Malaysia yang biasa dengan hanya sedikit untuk berkongsi bersama.Inilah yang menjadi pertikaian panas kerana melibatkan ketidakadilan sosial dan ekonomi. Bukan sahaja tiada wang yang mencukupi untuk biasiswa, pendidikan, kesihatan, pekerjaan dan kebajikan bagi semua, orang Melayu yang telah berulang kali diberitahu oleh pihak UMNO pimpinan Mahathir bahawa mereka akan mendapat keutamaan, telah hilang mata pencarian.

Melayu kini membentuk 96% daripada golongan 40% termiskin dengan pendapatan terendah dalam negara.Bagi orang bukan Melayu, sudah tentu mereka lebih teruk merasakan kesannya.Ramai yang telah dipaksa untuk ke luar negara untuk bekerja dan belajar.Sememangnya peluang pendidikan dan pekerjaan amat sedikit bagi orang bukan Melayu di negara ini.Sekali lagi, kumpulan yang paling mendapat manfaat adalah golongan elit dalam parti Umno, keluarga dan kroni-kroni mereka. Jadi Mahathir - walaupun dengan pujian melambung bagi dirinya sendiri sebenarnya buta. Wang jauh lebih penting padanya walaupun sukar untuk dia akui.

Mempercayai orang yang salah

Kesilapan ketiga Mahathir adalah memilih orang yang salah bagi kerja-kerja yang salah.Beliau juga mempercayai orang yang salah.Semua jutawan Melayu yang beliau dipilih tidak mempunyai kepandaian perniagaan sebenar tetapi hanyalah pembantu yang dipercayai bekasMenteri Kewangan DaimZainuddin.Itulah mengapa orang seperti Tajuddin, Halim, Rashid Husein RHB Bank, Mohd Noor Mutalib dan Abdul RahmanMaidin (MRCB)berakhir dengan kegagalan.Ada diantara mereka telah diseret ke mahkamah untuk menyelesaikan hutang.

Hanya Daim Zainudin yang kekal kaya. Ramai daripada anak didiknya berakhir dengan hutang bank yang menimbun danpelbagai perniagaan yang bertujuan untuk dipindahkan ke dalam Umno Baru.Entah bagaimana, legenda Umno ini berjaya menyelamatkan dirinya sendiri sahaja.Ini jelas mengecewakan Mahathir.Pada mulanya dia mahu 'menipu' rakyat,tetapiakhirnya dia sendiri yang tertipu!

Membiasakan budaya berhutang bagi Malaysia

Mahathir tidak menjangka bahawa hutang negara semakin tinggi seperti hari ini, ianya telah meningkat kepada lebih RM450 bilion.Walaupun beberapa kali 'mengemis' ke Singapura dan Brunei, dia telah ditolak dengan baik. Akhirnya, dia meminjam dari luar negara dengan mengeluarkan bon dan 'mencuri' setiap sen dari Petronas dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang lain untuk membiayai projek-projek mega. Sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun, Mahathir tidak pernah menyimpan walaupun sedikit wang untuk Malaysia untuk kecemasan.Dan ini adalah kesilapan keempatnya.

Kurang memahami prinsip ekonomi

Mahathir hanya seorang doktor biasa; pengamal umum yang tiada kepakaran khusus. Pemahamannya tentang ekonomi lebih kurang sahaja sepertimana rakyat Malaysiayang lain. Ideanya dalam meningkatkan ekuiti orang Melayu begitu mudah –dengan menggunakan GLC.Wawasan Mahathir dalam menjalankan perniagaan adalah melalui kawalan saham dalam sebanyak syarikat yang mungkin tanpa mempertimbangkan kemungkinan kerugian wang.Dukacitanya,, perniagaan di alam realitijuga melibatkan kerugian, bukan hanya keuntungan.

Dasar ekonomi Mahathir tiada asas yang kukuh dan tidak pernah diuji di mana-mana negara sebelum ini.Ia berdasarkan pendapat dan pandangannya sahaja.Jika ini terbukti baik atau berkesan, banyak negara akan segeramelaksanakan idea ini berabad yang lalu. Sistem ekonomi kapitalis dan juga komunis juga menghadapi keruntuhan ekonomi dan iaadalah sesuatu yang biasa pada hari ini, kerana ia adalah sebahagian daripada kitaran turun naik ekonomi buatan manusia. Beberapa ahli ekonomi malah menggesa negara-negara untuk kembali kepada mata wang berasaskan emas, sistem monetari kaedahkuno yang mantap.Jadi bolehkah ini dibandingkan dengan konsep ekonomi keanak-anakan Mahathir?Oleh itu, kesilapan kelima Mahathir adalah pemahamannya yangsalah terhadap ekonomi.Ianya membawa kepada kontroversi tambatan ringgit daripada dolar AS dan penutupan semalaman dagangan pasaran saham CLOB pada tahun 1998 - dua peristiwa dimana pelabur-pelabur masih belum memaafkan Malaysia dan juga Mahathir.

Sindrom diktator

Ego dan sikap tidak sedarkan diri untuk menjadi diktator Mahathir adalah kesilapan keenamnya.Dia meminda perlembagaan untuk melemahkan Agong dan Sultan dan memastikan bahawa badan-badan perundangan dan penguatkuasa taat kepadanya.Dia memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan menutup kedua-dua belah mata apabila hakim secara terbuka boleh dibeli oleh orang-orang yang berpengaruh.Ia telah menyukarkan rakyat Malaysia dan pelabur untuk mempercayai sepenuhnya sistem kehakiman negara. Ini adalah kenapa Umno-BN kehilangan integriti dan kepercayaan orang terhadap mereka dalam gabungan itu. Rakyat Malaysia akan sentiasa mencurigai apa sahaja yang dilakukan oleh Umno BN walaupun ia mungkin sebenarnya berniat baik.

Polisi perkauman

Untuk mengelakkan kehancuran dasar dan salah laku daripada terdedah, Mahathir terpaksa menggunakan politik perkauman yang menjadi kegemarannya.Dia terpaksa meyakinkan orang Melayu bahawa apa yang telah dilakukannya adalah perlu untuk kepentingan mereka. Dia menyimpanhabuan yang besar untuk dirinya dan memberi cebisan kecil untuk meyakinkan orang Melayu bahawa persengketaan terhadap kaum-kaum lain adalah benar.Orang bukan Melayu perlu disekat. Oleh itu, peruntukan bajet untuk rancangan seperti BTN atau Biro Tata Negara di mana graduan Melayu dan penjawat awam secara terbuka dipupuk untuk menjadi curiga terhadap kaum-kaum lain.

Tetapi tidak semua orang Melayu terpengaruh.Ajaran itu menyalahi Islam dan juga terhadap nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Kaum Melayu berada dalam keadaan keliru, manakala orang bukan Melayu sama sekali diketepikan. Sikap perkauman adalah kesilapan nombor 7 Mahathir.

Korupsi

Jika Mahathir dan Umno telah berjaya membuat Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, mengapa rekod menunjukkan begitu banyak kesilapan serius sehingga kini?Tinggal hanya lapan tahun tapi ekonomi negara masih berada dalam keadaan lemah dengan hutang negara yang melambung tinggi, keharmonian kaum dan agama dalam keadaan kucar-kacir, dan keadaan politik yang semakin teruk dimana Umno-BN secara terbuka melancarkan keganasan untuk menghentikan pembangkang daripada mengadakan perhimpunan.

Sistem pendidikan juga tidak mempunyai hala tuju, sistem kesihatan semakin teruk dan lebih mahal, dengan sistem 1Care yang telah ditolak bulat-bulat sebelum ianya cuba untuk dilaksanakan.Sistem undang-undang, dan keamanan masih dipersoalkan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah menjadi lebih berleluasa berbanding sebelum ini dalam kerajaan Umno-BN. Daripada negara rancak menyediakan diri untuk merealisasikan wawasan 2020, Malaysia mungkin akan sebaliknya bankrap. Tidak memerangi rasuah, tetapi membiakkannya pula adalah kesilapan nombor 8 Mahathir.

Mencampuri urus tadbir negara

Majoriti orang Melayu adalah miskin dan masih memerlukan bantuan kerajaan walaupun setelah 55 tahun Umno "berjaya" (gagal) mentadbir. Orang bukan Melayu telah cukup bersabar dan memberi Umno peluang yang cukup. Mereka sudah menunggu sehingga generasi ketiga selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957 dan mereka kini sudah jemu dengan Umno BN. Begitu juga dengan orang Melayu.Mereka yang tidak mendapat manfaat secara terus daripada harta kekayaan Umno, dan ini merupakan majoriti daripada mereka, juga sudah semakin bosan.Ramai mulamengundi pembangkang dan adalah dijangkalebih ramai yang akan berbuat demikian.

Apabila Mahathir menyedari bahawa keadaan semakin parah, dia menyerahkan baton kepada Abdullah Badawi pula, dengan tanggapan bahawa dia masih boleh mengawal perjalanan kerajaan menerusi 'kawalan jauh'. Tetapi apabila ianya tidak berjalan sepertiapa yang dia mahu, Mahathir terpaksa menyingkirkan Badawi dan menggantikannya pula dengan Najib. Badawi tidak berkaliber dan bukanlah dalam kapasiti untuk memimpin Malaysia tetapi apa kurangnya Najib?Selama ini, daripada memberikan bantuan, Mahathir terus mencampuri urusan negara.Mengganggu urusanpentadbiran negara dan tidak membenarkan pemimpin-pemimpin menyelesaikan masalah bersesuaian dengan era masa kini adalah kesilapan ke-9Mahathir.

Mendatangkan masalah dalam Umno dan menaikkan Mukriz

Namun, Mahathir berdegil dan enggan menerima atau mengakui kesilapannya.Daimerupakan seorang lelaki yang enggan berdepan dengan realiti. Dia tidak berminat dalam hal kebajikan rakyat Malaysia sama sekali, bagi orang Melayu mahupun Umno. Dia hanya mahu menyelamatkan maruahnya dan memastikan anaknya Mukhriz menjadi perdana menteri tanpa mengiraapaapa yang dia perlulakukanbersama panglima UMNO untuk merealisasikan kemahuannya ini.

Kejam dan mementingkan diri sendiri sendiri, Mahathir akan melakukan apa sahajawalaupun dia terpaksa melakukan huru-hara semata-mata untuk memenuhi cita-cita itu. Dia boleh medaftar masuk semulake dalam Umno untuk terus berkuasa. Bayangkan apa yang dia akan lakukan untuk mendapatkan kerusi Presiden Umno untuk Mukhriz. Tetapi perbuatannya yang tidak berhenti dari mencampuri dan mendatangkan masalah pada Umno akan menjadi kesilapan yang kesepuluh dan terakhir baginya.

Mahathir akanmenjatuhkan Umno, dan dalam kejatuhan itu, UMNO berkemungkinan besar akan membawa Mahathir bersamanya.

Malaysia Chronicle

PKR: Pengerusi, Timbalan SPR Disaran Letak Jawatan

Posted: 17 Mar 2012 07:11 AM PDT



SHAH ALAM, 17 MAC: Pengerusi dan pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran meletakkan jawatan sekiranya masih gagal menjelaskan beberapa persoalan berkaitan tindakan badan suruhanjaya itu yang didapati melanggar undang-undang pilihan raya negara ini.

Saranan tersebut dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), YB Fuziah Salleh hari ini dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Damansara.

"Dah tiga hari kita dedahkan, kalau dalam masa seminggu kalau SPR tak dapat berikan jawapan eloklah pemimpin tertinggi SPR seperti Pengerusi dan Timbalannya Tan Sri Abdul Aziz dengan Wan Ahmad Wan Omar letak jawatan," ujar Fuziah.

Fuziah turut menyenaraikan beberapa sebab pemimpin tinggi SPR itu meletakan jawatan.

"Pertama mengapa mereka memotong nama kira-kira 106 ribu nama pengundi tanpa dipamerkan.

"SPR mesti jelaskan bagaimana ada nama pengundi awam ditukar kepada pengundi pos tentera dan polis sedangkan ada diantaranya dah berumur lebih 60 tahun.

"SPR juga tak jawab mengapa 6700 nama dimasukan tanpa dipamerkan.

"SPR perlu jelaskan mengapa mereka membuat persempadanan semula tanpa mengazetkan dan memindahkan pengundi tanpa pengetahuan dan izin pengundi," ujar beliau." katanya lagi.

Terdahulu pusat mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah dipindahkan ke Parlimen Lembah Pantai sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat atau pertukaran pusat mengundi.

Bagaimanapun tindakan SPR menukar pusat mengundi Khalid itu tidak menjejaskan kelayakkan beliau untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri Selangor dan Menteri Besar dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Sehubungan itu katanya seluruh rakyat dan pengundi berhak untuk mempersoal integriti dan ketelusan suruhanjaya tersebut sekali gus akan menyebankan rakyat hilang keyakinan terhadap badan pilihanraya itu.

Siapakah Ustaz Azhar Idrus?

Posted: 17 Mar 2012 04:52 AM PDT


Profil

Nama: Ustaz Azhar Idrus
Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.
Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)

Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.
Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.

Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.


Sepintas lalu

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu "band boy". Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Ustusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua "Punk" menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.


Perubahan

Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bertalagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.

Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian websitewww.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.

Dengan kesibukan jadual Ustaz sepanjang hari dan bulanan, Ustaz sentiasa mentelaah lagi buku-buku karangan mufti-mufti serta fatwa-fatwanya. Dalam rutin harian, Ustaz akan cuba habiskan 20 buah kitab sehari selama 5 jam. Pesanan Ustaz kepada kita semua belajar bersungguh-sungguh ketika kita rajin dan ada ketikanya kita malas, masa itulah kita berehat.

Pok Mang disisi Ustaz

Beliau adalah pembantu Ustaz. Beliau juga model Ustaz dalam fotografi. Pok Mang berasal dari Kampung Ladang adalah seorang nelayan. Dan menjadi kebiasaan kepada Ustaz menyewa botnya untuk memancing di laut. Pok Mang atau Man Dakwah atau Man Janggut adalah panggilan kawan-kawan kepadanya yang cepat mesra dan kuat beribadat. Kesusahan Pok Mang mencari hasil di laut sewaktu musim terkujuh membuka ruang untuknya bersama dengan Ustaz. Bermula detik ajakan Ustaz supaya Pok Mang menemaninya setiap kali berkuliah sehinggalah menjadi pembantu khas kepada Ustaz sampai ke hari ini.


Admin: Untuk mengetahui lebih banyak lagi kisah-kisah Ustaz, dapatkan keluaran anis bulan Mac 2012 yang sudah ada dipasaran sekarang ini. Penulis sebelum ini pernah bersua dan minum bersama ketika Ustaz bekerja di Utusan. Tempat kami minum di warong sebelah Utusan kedai Azhar Manir yang kini menetap di Pulau Kerengga. Walaupun masa itu, Ustaz yang lebih fokus kepada muzik, tetapi penulis sudah menadah kitab setiap pagi Jumaat di Masjid Rusila. Alhamdulillah perubahan Ustaz membanggakan kami yang mengenalinya.

Sumber: Majalah Anis

Makan malam muslimat meriah, Presiden jelas kenapa tidak bersama Umno

Posted: 17 Mar 2012 04:43 AM PDT


(Dewan Shah Alam Convention Centre penuh dengan peserta yang menyertai majlis makan malam dengan pemimpin malam tadi)


SHAH ALAM, 17 Mac: Lebih 1,500 termasuk Mursyidul Am dan Presiden PAS menyertai majlis makan malam bersama pemimpin anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat malam tadi.

Mereka memenuhi dewan besar Shah Alam Covention Centre dan menjadikan ia antara majlis makan malam terbesar yang dibuat untuk memungut dana pilihan raya PAS.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang antara yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan majlis itu.

(Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz di SACC malam tadi)

Di samping makan dengan selesa dan berselera, para tetamu sempat mendengar ucapan mereka berdua di samping berdilog dengan Abdul Hadi dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof.

Turut berucap malam tadi adalah timbalannya, Dr Siti Mariah Mahmod.

Selain mereka, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan isteri turut hadir di majlis itu.


Kenapa tidak bersama Umno

Dalam ucapannya malam tadi, Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan jelas kenapa PAS tidak bersama Umno walaupun sudah didesak dan dipujuk oleh parti nasionalis itu beberapa kali.

Abdul memberikan alasan, sejak PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 lagi sebagai sebab mengapa PAS tidak boleh bersama dengan Umno.

(Istreri dua pemimpin utama PAS turut serta malam tadi...Datin Tuan Sabariah [kiri] Datin Seri Zainab [tengah] dan Siti Zailah)

"Apabila PAS memerintah Kelanta, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan capitation grant kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan sahaja iaitu mendera PAS.

"Apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

"Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India...bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu.

"Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah," kata Abdul Hadi mendedahkan tembelang Umno yang sebenarnya.

Bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam tetapi yakinlah Melayu akan layu tanpa Islam dan hanya dengan Melayu sahaja.

Ustaz Abdul Hadi juga membangkitkan hubungan PAS dengan Umno dalam kerajaan persekutuan ketika PAS menyertai BN akibat peristiwa 13 Mei 1969.

(Nik Aziz bersalam dengan salah seorang kanak-kanak yang menyertai majlis malam tadi)

Ia pula dibuat hasil dari satu keputusan yang dicapai dalam satu muktamar khas yang dianjurkan oleh PAS.

"Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku.

"Hasilnya PAS ditendang keluar dari BN," kata Abdul Hadi mengibau peristiwa 1978 apabila PAS ditendang keluar dari BN.

Beliau menjelaskan isu itu panjang lebar selepas ditanya oleh salah seorang peserta majlis makan malam itu kenapa PAS tidak bersama dengan Umno padahal Umno bertalu-talu berusaha mahu bersama PAS. -Hrkh

Ceramah PAS di Pekan disambut gangguan dan provokasi

Posted: 16 Mar 2012 08:59 PM PDT




(Orang ramai yang memenuhi program ceramah PAS di Pekan)

PEKAN, 17 Mac: Provokasi Umno dengan mengadakan ceramah bersebelahan ceramah PAS dan perbuatan memekik-melolong tidak sepatutnya berlaku di kawasan yang diketuai Presiden Umno yang juga Perdana Menteri jika penyokong parti itu berpolitik dengan matang.

Malangnya setelah pelbagai slogan dilaungkan seperti transformasi, wasatiyah dan rakyat didahulukan cara berpolitik kuno juga menjadi pilihan konco-konco Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Serentak dengan itu, PAS Pahang melahirkan rasa kesal, kecewa dan tidak puas hati yang tidak terhingga dengan kejadian gangguan ceramah di Sungai Miang di sini kelmarin yang melibatkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Turut berceramah ialah bekas Adun (BN) Pulau Manis yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan Datuk Mohd Ariff Sabri, bekas bloger Umno Aspan Alias dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kasim Manaf.

(Antara yang membuat kacau di majlis ceramah PAS)

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad yang turut berada di pentas ceramah berkata, bukan sahaja ceramah Umno dibuat saat akhir dalam jarak tidak sampai 100 meter dari lokasi ceramah PAS, pembesar suara pula dihalakan dengan kuat walaupun ceramah mereka tidak ramai yang hadir.

"Malah sekumpulan pemuda Umno yang diketuai timbalan ketua pemudanya sendiri memekik dan melolong macam orang gila dan disampuk hantu mengganggu ceramah Mat Sabu.

"Lebih mengecewakan kami, pihak polis yang sepatutnya bertindak menjaga keamanan hanya melihat aksi provokasi melampau itu seolah-olah mahu melihat pergaduhan sesama Melayu pada malam itu," ujarnya kesal.

Tambah Suhaimi, pihak keselamatan sepatutnya bertindak profesional dan mesti berani bertindak demi keamanan, bukan dilihat "takut" apabila berhadapan dengan samseng Umno.

Serentak dengan itu, Suhaimi berkata PAS Pahang akan menghantar surat bantahan mengenai perangai Umno dan pasukan polis Pekan kepada Perdana Menteri dan menteri berkaitan dalam masa terdekat ini.

"PAS Pahang juga memuji penyokong Pakatan Rakyat dan Unit Amal yang dilihat tenang berhadapan dengan provokasi itu dan mujurlah tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

"PAS beranggapan gangguan ini hasil daripada ketakutan Umno yang sarat dengan masalah dan rasuah sehingga amat takut apabila mahu dibuat pendedahan walaupun mereka sudah menguasai media cetak dan elektronik.

"Jadi gangguan dan provokasi melampau ini berlaku kerana Umno Pekan dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa sebab kalau Umno cukup kuat di Pekan apa perlunya ceramah PAS diganggu," jelasnya.

sementara itu seorang ahli PAS Pekan yang dikenali sebagai Rahim, berpendapat sudah sampai masanya pimpinan tertinggi PAS Pahang bertemu dengan pemimpin Umno negeri ini bagi membincangkan supaya tidak akan terjadi lagi gangguan yang sedemikian rupa kerana boleh mendatangkan kesan yang amat negatif kepada demokrasi dan keharmonian penduduk setempat.

Tambahnya, cukuplah Umno Melaka yang suka mengganggu ceramah PAS dan kejelekan itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini dengan berpolitik secara matang apatah lagi di kawasan Perdana Menteri.

Bulan lalu ceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Felda Lepar, Kuantan kecoh setelah diserbu oleh samseng Umno tempatan sehingga hampir mencederakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Sebelum itu beberapa ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pahang turut diganggu oleh penceramah Umno Umi Hafilda Ali. -Hrkh

SPR jangan khianati amanah negara

Posted: 16 Mar 2012 04:02 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Dewan Ulama PAS Pusat mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menjadi pengkhianat terhadap ketelusan dan keadilan proses pilihan raya di negara ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, tindakan menukar alamat pengundi secara senyap-senyap tanpa kebenaran pengundi adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh badan yang diamanahkan mengurus pilihan raya.

"Tidak wajar menjadi pengkhianat kepada amanah negara dengan memindahkan tempat mengundi pengundi tanpa permohonan daripada pengundi dan tidak mengikut undang-undang yang diperuntukkan, iaitu Akta Pilihan Raya 1958," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau merujuk kepada kes yang berlaku kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga sejumlah 31,294 pengundi yang didakwa dipindahkan tanpa kebenaran.

Dalam semakan di laman web SPR, tempat mengundi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan bukan lagi di Parlimen Petaling Jaya Selatan, Selangor seperti pada PRU 2008 lalu.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti Malaya di bawah daerah mengundi Universiti.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, urusan pilihan raya merupakan amanah terpenting negara kerana ia menentukan parti mana yang akan memerintah.

Sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menguruskan pilihanraya sewajarnya SPR tidak melakukan pecah amanah, kata beliau lagi.

Menurutnya, Dewan Ulama PAS Pusat mahu memperingatkan semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya yang terlibat dengan firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 58 bermaksud: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak".

Begitu juga peringatan Nabi saw kepada pengkhianat amanah seperti hadis baginda yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Hakim:

"Ketahuilah sesungguhnya setiap pengkhianat itu pasti memiliiki bendera di hari Qiamat berdasarkan kadar pengkhianatannya. Ketahuilah sebesar-besar pengkhianatan ialah pengkhianatan pemerintah kepada urusan awam".

Najib Tak Yakin Noh Omar Dapat Rampas Selangor

Posted: 16 Mar 2012 04:00 PM PDT


PETALING JAYA: Program berterusan Perdana Menteri dan timbalannya di Selangor tidak mampu untuk BN merampas semula negeri itu dalam pilihan raya umum ke 13, kata Pakatan Rakyat.

Menurut mereka, dengan perkembangan terbaru politik negara ditambah dengan skandal pemimpin BN, rakyat tetap menyokong kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Salah satu skandal terbesar terbaru membabitkan BN ialah keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyalahguna pinjaman NFC berjumlah RM250 juta.


Bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo pernah meramalkan peluang BN merampas semula Selangor cuma 50-50.

Datuk Seri Najib Tun Razak akan melawat Selangor hujung minggu ini dengan memfokus Petaling Jaya, Shah Alam dan Puchong bagi program mesra rakyat. Beliau telah melawat Shah Alam awal minggu ini.

Ketua Penerangan PKR Kelana Jaya, Halimey Abu Bakar berkata, Najib masih tidak yakin BN menawan Selangor menyebabkan beliau terpaksa turun setiap minggu.

Najib tidak yakin Noh

Katanya, Najib juga tidak yakin dengan kepimpinan Umno negeri termasuk Datuk Seri Noh Omar.

"Kalau Najib yakin kekuatan BN di Selangor sudah tentu beliau tidak turun setiap minggu. Jika BN kuat dia biarkan saja kepada Noh," kata beliau.

Rosli Daim dari Selayang pula memberitahu, orang datang ke program Najib atau Tan Sri Muhyiddin Yassin semuanya orang Umno atau BN.

Katanya, kalau begitu kekuatan BN tidak bertambah kerana mereka yang datang memang penyokong yang sama juga.

"Mereka datang kerana ada jamuan makan. Mungkin juga dapat wang," katanya lagi.

Dicatat Oleh jeebond

NFC Beli Kondo Mewah Di Kazakhstan: Hadiah Perkahwinan Untuk Anak PM?

Posted: 16 Mar 2012 03:51 PM PDT

Wang dan masa ialah dua perkara penting kepada PM Najib Razak jika beliau ingin kekalkan kedudukan nya sekarang, tetapi sumber kedua-duanya agak terhad.

Pergerakan seharian nya telah di rangka untuk 12 bulan akan datang, yang kebanyakan nya telah direncanakan secara terperinci dan terancang. Tidak banyak ruang untuk perubahan kecuali keadaan bebetul memerlukan, kata kakitangan nya.

Seterusnya persoalan wang. Dengan hanya RM23,000 sebulan pendapatan sebagai Perdana Menteri, tidak masuk akal bagaimana Najib dan isterinya Rosmah boleh menjalani gaya hidup mewah dan glamor yang di idamkan. Seluruh negara mengetahui kedua mereka mewah, dengan kritik menyebut kareer lampau Najib yang mewah di Kementerian Pertahanan sebagai sumber kemewahan mereka. Sehingga hari ini, Najib dibelenggu dakwaan beliau mengambil imbukan RM570 juta dari pembuat senjata Perancis, DCN kerana bersetuju membeli 2 buah kapalselam Scorpene bagi pihak kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, wang ini tidak boleh dibelanjakan oleh kedua nya sewenangnya. Walaupun jika mereka boleh berbuat demikian, mungkin mereka tidak mahu. Tamak haloba ialah satu sifat yang buruk, dan kebanyakan orang hanya akan membelanjakan wang orang lain, tapi tidak wang mereka sendiri.

Pegawai/Kakitangan dan orang suruhan yang tidak sanggup lagi berkorban untuk tuan mereka

Bagaimanapun, sebagai perdana menteri dengan kuasa yang ada ditangan dan ribuan pegawai yang patuh kepada arahannya, kehendak dan permintaannya beliau dan keluarganya dengan mudah dapat ditunaikan. Walaupun mereka tidak mahu dilihat melakukan perkara tersebut, mereka dengan mudah boleh memperdayakan pegawai-pegawia mereka untuk menandatangani bebragai dokumen. Ugutan hukuman atau 'cold storage' sentiasa ada. Satu dilemma untuk memuaskan hati majikan atau meletakkan reputasi dan integriti mereka dalam keadaan bahaya. Apalagi menanggung kesalahan dan tidak mensabitkan Najib dan Rosmah-walau apa terjadi.

Tetapi itu stail yang lepas. Masa berubah dan pegawai lebih bijak dan berhati-hati kini. Mereka tidak rela lagi berkorban untuk majikan mereka, contoh terbaik yang dipelajari dari dua pengawal peribadi Najib yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu, perempuan simpanan kepada Razak Baginda, teman baik PM.

Tidak kira betapa berkuasanya PM, para pegawai lebih berhati-hati; mereka menyimpan dokumen-dokumen yang boleh mensabitkan sebagai 'insuran'. Dan mereka tidak ragu-ragu mendedahkan dokumen tersebut kepada orang ramai jika ada cubaan menjadikan mereka kambing hitam. Mereka sudah jemu dengan Najib dan Rosmah, ketua mereka yang banyak kerenah.

Hal ini menjelaskan kenapa tiba-tiba banyak maklumat terperinci berkaitan salahguna kuasa dan wang oleh teraju NFC yang berjumlah RM250juta. NFC , sudah tentu di terajui oleh keluarga seorang Meneri UMNO Shahrizat Jalil, yang suaminya didakwa melakukan jenayah pecah amanah awal minggu ini.

Satu lagi perkara yang menyokokng persepsi bahawa keluarga Najib juga menyalahguna kuasa ialah dimana mereka mencampur adukkan perkara peribadu dengan urusan rasmi. Bukan sesuatu yang mengejutkan jika Najib telah menipu seluruh negara sejak dari beliau menjadi PM pada tahun 2009. Walaupun mereka mempunyai banyak wang, tidak mustahil mereka lebih suka membelanjakan wang orangramai termasuk negara. Jadi,mereka patut dilabel sebagai murahan.

Kejadian yang tepat pada masanya

Pada 17 Mei,2011, pasangan pertama ini yang kononnya dalam lawatan rasmi ke New York dan Washington DC tetapi akhirnya menghadiri majlis graduasi anak mereka, Nooryana di Universiti Georgetown.

Beberapa minggu kemudian pada awal Jun, Najib dan Rosmah dalam lawatan rasmi ke Kazkhstan. Najib juga mengetuai delegasi ke World Islamic Economic Forum (WIFE) yang berlangsung di Astana,i bu negara Kazakh. Satu kejutan kah bila Najib dituduh sengaja memilih supaya lawatan tersebut serentak seupaya beliau boleh menyelesaikan urusan peribadi seperti pertunangan anak perempuan nya dengan sebuah keluarga berpengaruh dari Kazakhstan? Lebih mengejutkan bila beliau melibatkan beberapa tetamu peribadi dalam rombongan rasmi nya untuk menghadiri majlis tersebut.

Malahan, lawatan ke Kazakhstan mula menghantui Najib. Semasa WIFE, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara pengarah NFC dengan daerah Jambly di Kazakhstan bertujuan pembiakan lembu untuk di expot ke Malaysia dan negara jiran. Sudah tentu Najib telah dinasihat kan oleh pegawai-pegawai nya merit MOU terebut, juga samada perjanjian tersebut dibenarkan antara NFC dan kerajaan Malaysia untuk melabur di Kazakhstan. Samada terdapat kepentinagn tersembunyi atau tidak, Najib secara melulu bersetuju dengan urusan tersebut.

Hadiah perkahwinan condo RM1.7 juta?

Pada September lepas, NFC membeli satu unit kondo mewah bernilai RM1.7 juta, kononnya untuk digunakan sebagai pejabat. Pembelian ini sekali dengan kondo di bangsar dan Singapore yang mana pengarah NFC dituduh dibeli secara rasuah sekarang menjadi perhatian lapuran polis, menurut lapuran berita terkini.

Kenapa membeli kondo mewah untuk dijadikan pejabat? Pembiakan lembu bukannya satu pelaburan atau perbankan korporat dimana terdapat pelanggan jutawan yang perlu layanan istimewa, atau mungkin pengarah NFC anggap keluarga Najib demikian? Adakah kondo tersbeut dibeli untuk kemudahan anak perempuan Najib atau Rosamh atau ahli keluarga yang lain bila-bila mereka melawat Kazakhstan?

Satu keputusan perniagaan yang baik untuk menjadikan kediaman mewah sebagai pejabat bila membuat pesanan bekalan lembu, makanan ternakan dan sebagainya akan mejadi aktiviti utama? Lagipun, lembu dan condo tidak sama. Adalah lebih elok,bijak dan murah membuka pejabat di bandar atau daerah perniagaan.

Terdapat khabar bahawa NFC sering membantu beberapa ahli politik UMNO dengan mmebekalkan lembu2 utk upacara korban semasa hari raya haji, pada kadar harga lebih murah atau percuma. Jadi,membeli kondo untuk mengambil hati PM atau untuk kemudahan ahli keluarganya adalah tidak mustahil.

Samada mereka ingin menjual kondo tersebut kepada keluarga Najib dengan diskaun, keluarga Shahrizat boleh menafikan semua dan mendakwa pembangkang membuat tuduhan liar, tapi mereka perlu menjelaskan kenapa keputusan tersebut dibuat dan adalah ia mengikut perautran pinjaman RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

Terdapat spekulasi yang mengatakan condo tersebut ialah hadiah perkahwinan anak perempuan Najib. Jika benar, semakin banyak tembelang pecah bila ianya berkait dengan rasa tak puas hati orang ramai.Terdapat penyalahgunaan kuasa diperingkat tertinggi dan tamparan kepada orangramai yang merungut betapa sukarnya hidup kerana kenaikan harga barang dan sarahidup.

Menyokong rasuah

Bukan perkara tidak adil jika ada gesaan untuk pendedahan peuh kerana ini satu contoh budaya Gua tolong lu, lu tolong gua yang secara terang di promosi oleh Najib sendiri. Jadi ia perlu disiasat secara terperinci. Ini lah sebabnya Suruhanjaya Pilihanraya patut menghukum Najib bila beliau mula-mula memberi komen berkaitan. Tidak bertindak segera terhadap rasuah tapi mengatakan ia tidak salah, ianya cuma gembar gembur dari pembangkang yang membesarkan isu,menyolong perbuatannya dan perkembangan terus budaya kotor terebut.

Ini antara sebab walaupun keputusan mendakwa suami Shahrizat,Salleh Simail dengan jenayah pecah amanah, tidak ramai yang percaya yang pemerintahan Najib akan dapat semula wang rakyat yang telah dibelanjakan.Untuk meredakan kemarahan orangramai, media UMNO bersungguh sungguh melapurkan isu lebih ramai pengarah NFC akan didakwa

Bagi keluarga Shahrizat,ini satu pengajaran yang pahit. Kawan-kawan berpengaruh yang sering mereka bantu tidak dapat membantu mereka.Ini lah lumrah politik.Hanya yang kuat akan bertahan. Melihat dari rekod lampau Najib dan Shahrizat, dan kerajaan BN selama ini, peluang besar untuk keluarga Shahrizat terlepas dengan hanya hukuman ringan.

Skandal bil jamuan makan malam

Sementara itu,najib dan Rosmah juga perlu bertanggungjawab. Permulaan nya ialah beri penjelasan kepada dakwaan terbaru yang mereka melepaskan tanggungjawab melunaskan bil jamuan makan malam RM410,000 di Putrajaya kepada pembayar cukai. Ini bukan satu jenaka kerana rakyat perlu membayar RM1.1 juta bagi penerbangan rombongan Najib ke WIFE tahun lepas, yang didakwa termasuk tetamu peribadi untuk majlis pertunangan.

Amat meragukan Najib dengan gaji sebulam RM22,826.65 mampu membelanja kan RM80,000 untuk majlis harijadi nya yang berlangsung pada bulan tersebut juga. Walaupu keluarga nya bersronok sepanjang 2011, rakyat Malaysia berhak bertanya bagaimana PM mereka yang menafikan salahguna kuasa dan berkeras menyatakan beliau menanggung sendiri kos kedua majlis- mampu berbuat demikian dengan jumlah gajinya.

Tambahan lagi.ketika sambutan Hari Kebangsaan,Najib dan keluarga nya menyelinap keluar dan terbang ke Perth untuk percutian dan menggunakan jet persendirian kerajaan untuk mereka dan tetamu mereka. Bila terlalu banyak kejadian salahguna kuasa dn wang, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. -Malaysia Chronicle

PRU-13, 3 Jun 2012 -Bloomberg

Posted: 16 Mar 2012 03:48 PM PDT


Bloomberg melaporkan Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini.

Menurut empat sumber yang tidak didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.
"Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib, jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul." kata Kian Ming.

Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan  oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga berkata, tarikh PRU-13 pada pandangan beliau, tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.

Tiada ulasan: