Khamis, 15 Mac 2012

Muslimeen United

Muslimeen United


Pemimpin amanah mesti sedia dihukum rakyat

Posted: 15 Mar 2012 09:21 AM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Mac: Pemimpin yang menganggap kerajaan yang diperintahnya sebagai amanah mesti bersedia untuk kalah dan dihukum rakyat, bukan untuk menang semata-mata.

Bagi negara yang mengamalkan demokrasi, kekalahan seseorang pemimpin atau kerajaan diterima dengan terbuka, berbanding pemimpin di negara ini.

Demikian dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, di Parlimen.

Menurut Abdul Hadi, terdapat tokoh-tokoh pemimpin politik yang berjiwa besar di banyak negara lain yang sanggup menerima hukuman rakyat, dan kalah pada pilihan raya.

"Di Amerika Syarikat pernah dalam tahun 70-an, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Amerika membatalkan kemenangan seorang Presiden yang terlibat dalam skandal Watergate yang terkenal.

"Presidennya sanggup mengundurkan diri dan tidak mengamuk. Tidak melakukan sesuatu di luar undang-undang. Ini moral yang ditunjukkan oleh mereka. Sepatutnya kita menunjukkan sikap yang sedemikian," tegas beliau.

Tambah Ahli Parlimen Marang itu, hal-hal yang seperti ini tidak wujud di negara ini kerana parti memerintah mahu menang dengan apacara sekalipun.

Bahkan, katanya demokrasi wujud dalam parlimen, di mana bukan sahaja kebebasan diberi kepada pembangkang untuk mengkritik kerajaan,tetapi termasuk 'backbencher' kerajaan sendiri dibenarkan untuk mengkritik kerajaan dan membangkang.

Tambah beliau , ada parlimen yang boleh menjatuhkan kerajaan apabila terdapat di kalangan penyokong-penyokong kerajaan sendiri tidak memberi kepercayaan kepada kepimpinan kerajaan.

"Mereka tidak diambil tindakan disiplin, bahkan ketua kerajaan berundur dan dipilih kerajaan baru daripada parti yang sama.  Ini menunjukkan bagaimana jiwa besar seseorang pemimpin patut menjadi contoh pemimpin di negara ini," tegas beliau.

Justeru, katanya jika setiap pemimpin yang memerintah negara berpegang kepada konsep amanah, maka tidak akan berlakulah kecelaruan, khianat dan penyelewengan.

Beliau menambah, pemimpin yang diberi peluang menjadi kerajaan bukan bermakna peluang untuk mendapat apa sahaja dan melakukan apa sahaja, sebaliknya berpegang kepada konsep amanah dalam memimpin. -Hrkh

Kenyataan Dato' Malek Me"Meroyan"kan Kak RosMewah..

Posted: 15 Mar 2012 09:19 AM PDT

Kenyataan Dato' Malek yang menyesal memakai cawat dan megah menunjukkan bentuk badan dan aurat dikhalayak ramai menjadikan Kak RosMewah meroyan, kalau abg Malek sebagai seorang jantan pun tahu malu dan bertaubat kepada Allah kerana melanggar laranganNya selama ini.. Apa hal dengan Kak RosMewah seorang betina yang dengan megah dan melampau-lampau mendedahkan aurat, tanpa merasa bersalah kerana menyakitkan hati Rasullullah.

Beruntungnya jadi Imam dan Ustaz Umno,kerana Isteri pemimpin mereka yang takut dan patuh kepada perintah Allah dan Rasullullah..?????Ngeh..ngeh..ngeh...

Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor mendedahkan beliau membuang dan membakar semua pingat dan piala yang pernah dimenangi sepanjang terlibat dalam sukan bina badan.

Katanya tindakan itu diambil kerana piala dan pingat mempunyai ukiran patung bentuk badan manusia yang diharamkan oleh Islam.

Malek turut meminta masyarakat beragama Islam supaya berfikir panjang sebelum terlibat dengan pertandingan membina badan kerana ianya suatu yang ditegah oleh agama.

Dahulu saya galakkkan orang buka baju atas pentas, tapi sekarang saya meminta mereka berfikir dahulu kerana ianya berkaitan dengan akidah kita sebagai umat Islam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sembang Petang bersama Tokoh anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di Pusat Dagangan Kelanta.

Najib Altantuya Bakal Musnah Jika Motif Pembunuhan Terbongkar

Posted: 15 Mar 2012 09:16 AM PDT



Keputusan yang dinanti-nantikan baru sahaja diumumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Zaki Md Yasin terhadap kes warga Mongolia Altantuya yang bukan sahaja menjadi topik hangat dikalangan pengamal undang-undang di Malaysia tetapi juga buah mulut rakyat biasa seperti Ahmad, Muthu Ah Beng di seluruh pelosok negara.

Pelajar dan profesional dalam bidang undang-undang terkejut akan keputusan hakim. Peguam yang juga mengajar akan menghadapi kesukaran dalam cuba merasionalkan keputusan yang telah menolak sepenuhnya "motif" dalam pembunuhan.

Hakim yang arif itu juga telah dilaporkan berkata bahawa "motif, walaupun relevan, tidak penting dalam pembunuhan."

Kini pelajar sekolah menengah juga turut bertanya jika motif tidak penting, adakah ia semata-mata pembunuhan?

Atau pembunuh sengaja menjalankan pembunuhan semata-mata?

Standard undang-undang Malaysia menjadi perhatian

Keputusan Hakim itu juga telah meletakkan standard undang-undang Malaysia di mata dunia untuk diteliti.

Ia telah memberi impak yang besar bukan sahaja dari perspektif sosio-politik hak asasi manusia tetapi juga dari dimensi sosio-ekonomi serta dimensi kehakiman.

Sesungguhnya kita mempunyai keputusan penghakiman akhir yang ditunjukkan kepada dunia dan ini membuktikan cara kita mentafsir undang-undang di sini tanpa perlu mematuhi apa yang termaktub dalam buku undang-undang yang diterima secara universal dan mengajar bagaimana keadilan dipraktikkan dalam sistem demokrasi di seluruh dunia.

Di tanah air kita sendiri, keputusan ini juga telah memberi tamparan maut kepada kerajaan. Semua pengundi akan lebih memahami jalan cerita yang sebenar secara tidak langsung.

Parti BN akan sentiasa dicurigai kesan daripada keputusan hakim ini.

Kenapa 2 anggota khas melakukan perkara itu tanpa motif

Rakyat bertanya soalan yang mudah dan logik: Bagaimana dua orang anggota polis terlatih, berdisiplin dan tidak beruniform yang semua tahu hanya menjalankan tugas atas arahan orang atasan telah membunuh seorang wanita yang tidak berdaya, tidak bersenjata, tidak mampu mempertahankan dari dan bersendirian pula?

Orang ramai bertanya, walaupun pembunuhan itu sendiri telah dirancang untuk menghapuskan semua kesan bukti dengan meletupkan perempuan yang lemah dengan bahan letupan tentera namun motif masih tidak penting?

Hakim menyatakan bahawa motif adalah relevan.

Tetapi selepas itu dia telah menolak aspek paling penting dalam kes ini iaitu motif.

Sekarang rakyat juga bertanya kenapa.

Kenapa motif tidak penting dalam jenayah yang mengerikan, kejam dan tanpa peri kemanusiaan apabila semua penunjuk mengatakan motif adalah punca pembunuhan itu?

Mereka mula berbincang di kedai-kedai kopi, di bandar-bandar besar dan warung-warung kecil di kampung-kampung tentang bagaimana mungkin dua anggota beruniform dan bergaji, melakukan pembunuhan ke atas wanita yang tidak mampu berbuat apa-apa walaupun mereka tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mangsa?

Tetapi sebenarnya ada motif

Orang ramai mengatakan bahawa sebenarnya terdapat motif untuk pembunuhan itu berlaku. Dan mereka mahu undang-undang mencari apa motif itu supaya mereka yang terlibat dalam jenayah itu akan dihukum oleh undang-undang secara adil dan saksama.

Tetapi malangnya, "motif" telah dibuang jauh oleh kehakiman Malaysia.

Precedent telah ditetapkan. Rakyat telah membuat keputusan mereka.

Kini terdapat satu kepastian dalam minda dan hati rakyat di sini - satu keputusan yang tidak akan dapat diatasi apabila berlakunya pemulihan sistem keadilan Malaysia dan reputasinya.

Ada juga rakyat yang mengatakan bahawa jika ini berlaku di negara lain yang sivil dan demokratik, seluruh pengamal undang-undang akan mogok dan menuntut pembaharuan dalam sistem. Adakah ini akan berlaku di Malaysia?

Hanya masa yang akan menentukan.

Tetapi dalam masa yang sama kredibiliti pemimpin, parti-parti politik dan sistem kerajaan telah musnah sama sekali oleh keputusan pada kes Altantuya ini. -sumber

Alasan SPR Pindahkan Kawasan Mengundi MB Selangor Paling Tak Masuk Akal

Posted: 15 Mar 2012 09:11 AM PDT

SPR: Zon mengundi sama, sempadan p'raya diperbetul

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya.

Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan.

"Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya

Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak.

Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya. -mk



Khalid hairan ditukar kawasan mengundi






Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua.
-mk

Lepas satu, satu, penipuan yang dilakukan SPR.

Ini kerja amat tidak beretika.

Mengubah sempadan kawasan pilihan raya tanpa sebarang makluman kepada rakyat.
Ia hanya satu alasan SPR untuk menutup salahlaku dan kerja penipuan mereka.

Amat jelas SPR bertindak secara tidak telus dan berusaha melakukan apa saja cara untuk mempastikan UMNO BN mendapat faedah daripada tindakannya itu.

Dan yang terlibat di dalam perubahan ialah di negeri-negeri yang UMNO BN tewas pada pilihanraya 2008 iaitu Kelantan, Perak dan Selangor. Mengapa tidak di seluruh negara?

GB sudah kata dahulu, Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk untuk menyiasat perbuatan salahlaku yang begitu ketara dilakukan oleh SPR. Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR perlu didakwa.

Rupa-rupanya Jawatan Khas Pilihanraya yang ditubuhkan ditubuhkan oleh Kerajaan dahulu hanya helah supaya SPR dapat terus berperanan menlakukan penipuan.

Anggota PR yang mengangotainya memang bangang, hanya memikirkan elaun, tetapi gagal untuk memainkan peranan mereka, apatah lagi kini seorang MB dari negeri PR tiba-tiba dipindahkan kawasan mengundinya. Satu tamparan hebat ke muka anggota-anggota EC dari Pakatan Rakyat. Hanya diperlembukan SPR.

BERSIH pula sudah lembik. Atau kita tertanya-tanya masih wujudkah lagikah BERSIH itu? Atau ia sudah mati?

Percayalah, jika pilihanraya diadakan tanpa integriti SPR dicabar dengan disiasat sepenuhnya salahlaku mereka dan daftar pemilih tidak dibersihkan, Pakatan Rakyat akan menggigit jari selepas PRU13. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak tengadah!

Kepada YB-YB PR, jika masih lena, PRU12 itulah sekali kamu menjadi YB, selepas ini jangan mimpi!. -GB

Fuhh..BN Akan Lenyap Pada PRU 13 Ini..Menteri Umno

Posted: 15 Mar 2012 09:07 AM PDT

Mantan Ketua Penerangan UMNO Pekan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis iaitu Datuk Ariff Sabri Abd Aziz (gambar) Beliau yang juga dikenali sebagai Blogger Sakmongkol itu banyak menyingkap sejarah lama ketika bersama UMNO sehinggalah beliau membuat keputusan untuk bersama Pakatan Rakyat dengan menyertai DAP.

Dalam kenyataannya, Ariff banyak mengulas tentang perangai dan sikap pemimpin UMNO yang tidak mahu berubah dan gemar mengejar duniawi menjadi punca dia meninggalkan parti itu.

Beliau turut menyelar sikap puak-puak UMNO yang sudah tidak mempunyai idea hingga tergamak menganjurkan program mereka pada malam itu semata-mata untuk menganggu ceramah umum Pakatan Rakyat sebenarnya.

"Inilah kerja mereka sejak dari dulu lagi. Sepuluh tahun lalu UMNO tuduh ceramah PAS mencaci dan menghina .. tapi sekarang tuan-tuan lihat, amalan itu sudah terlekat pula pada diri mereka," kata Ariff Sabri.

Beliau turut menegaskan kenapa orang Melayu terpinggir sedangkan sudah lebih 50 tahun UMNO menjadi pemerintah di negara ini.

Kuasa ada pada orang Melayu, namun kehidupan dan ekonomi bangsa sendiri terus merundum katanya.
Mereka yang kaya raya dan menikmati hasilnya ialah puak-puak pencacai yang proksi serta kroni mereka sendiri.

Inilah yang berlaku sejak sekian lama dan amalan ini sukar untuk dibendung lagi dalam UMNO, lantaran itulah beliau akhirnya kini terpaksa meninggalkan parti tersebut.

Sementara itu, Ariff Sabri juga banyak mendedahkan beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO selama mereka memerintah termasuk juga dalam isu Felda yang sedang hangat diperkatakan.

Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang bertaraf menteri pun mengakui bahawa jangka hayat parti itu kemungkinan akan berakhir pada PRU-13 ini.
Pakatan rakyat katanya akan menang dan bakal menakluki Putrajaya.

"Saya dimaklumkan, BN akan kehilangan hampir 16 kerusi parlimen di Sarawak dan minima 12 kerusi di Sabah.

"Jika dicampur dengan kelemahan mereka di Semenanjung yang hanya bergantung kepada undi masyarakat Felda dan orang kampung maka harapan untuk melihat BN kecundang pasti akan tercapai.

"Apapun, saya harap Datuk Najib menang di Parlimen Pekan kerana kita nak dia jadi Ketua Pembangkang di parlimen selepas ini," katanya.

Sementara itu Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan awalnya menegaskan apa yang berlaku malam tadi adalah kelemahan tindakan pihak polis.

"Kenapa polis tak halang UMNO buat program dekat tempat kita, sedangkan depa tahu Pakatan Rakyat terlebih awal mahu adakan program ceramah di sini. Polis sengaja biarkan suasana jadi huru hara dan kekecohan tercetus.

"Kenapa polis boleh bersikap begini, sedangkan mereka ditugaskan menjaga keselamatan rakyat. Polis hanya mahu jaga UMNO tapi bukan rakyat!. Mereka berpakat dengan UMNO buat program dekat dengan lokasi kita. Depa nak kita jadi marah ... ," kata Mat Sabu.

Dalam pada itu, mengulas lanjut berkenaan kutukan dan cacian yang dibuat oleh penceramah UMNO terhadap beliau, Mat Sabu secara sinis berkata penceramah terbabit tidak akan dibenarkan ceramah jika Pakatan Rakyat memerintah.

"Dok caci saya isu khalwat, isu tu dah selesai di mahkamah. Kenapa dok bising. Ini kerja puak-puak UMNO. Depa dah tak ada isu," kata Mat Sabu lagi.

Beliau turut mengingatkan rakyat, supaya bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 bila-bila masa dari sekarang.

Khalid hairan ditukar kawasan mengundi

Posted: 15 Mar 2012 01:30 AM PDT


Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

NONESemakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

NONEMohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang
hanya boleh berlaku jika menteri besar itu  menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua. -M'kini

TG Nik Aziz produk istimewa negeri Kelantan - Aziz Desa

Posted: 14 Mar 2012 07:05 PM PDT



KOTA BHARU, 15 Mac: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz  Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu.

Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan 'Zuriat Kita Tanggungjawab Kita' anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam tadi.

Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini.

Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya.

Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

"KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari,"ujarnya.

Anak-anak Muda Diseru Hapus Kemungkaran ‘Besar’

Posted: 14 Mar 2012 06:52 PM PDT

KUALA TERENGGANU – Tujuan PAS mengadakan konsert-konsert kesenian dan hiburan bukan untuk berhibur semata-mata, tetapi adalah untuk mengajak orang ramai mendengar segala kata-kata nasyid dan lagu yang disampaikan.

PAS dengan itu berharap, ia dapat membuka hati-hati manusia untuk memahami agama dan memahami perjungan Islam itu adalah sangat indah serta penyelesaian melalui Islam adalah yang terbaik.

Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, PAS tidak pernah mengharamkan muzik dan konsert, melainkan ia melanggar tuntutan dan syariat Allah.

"Semenjak PAS ditubuhkan sehingga hari ini, kerana (atas) dasar Islam kita (PAS) tidak pernah berkata bahawa muzik itu haram,

"konsert hiburan kita tidak pernah kata haram, melainkan apabila ia melanggar batas-batas agama Allah SWT,"tegasnya ketika menyampaikan tazkirah pada Konsert Gema Keinsafan, disini pada Selasa malam, 13 Mac.

Katanya, antaranya yang menjadikan muzik atau konsert itu haram menurut Islam apabila berlaku dengan muzik  dan konsert itu, campur gaul yang bebas antara lelaki dan perempuan, terdedah dengan arak dan dadah, terdedah aurat yang akan melahirkan maksiat dan kejahatan.

Sehubungan itu, beliau berkata, masyarakat masakini seringkali menilai perkara 'haram' secara tidak tepat sehingga melupakan kemungkaran sebenar yang berlaku.

Menurutnya, kemungkaran yang lebih besar yang mesti dihancurkan adalah rasuah, pecah amanah, membolot harta rakyat, menghina Islam dan menghina RasuluLlah SAW.

Justeru itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangah Negeri (ADUN) Bukit Payung,  menyeru anak-anak muda supaya menghancurkan kemungkaran 'besar' itu dan membuat perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"berlaku pecah amanah (dan rasuah), membolot harta rakyat, mengambil (sebanyak) RM250 juta duit rakyat untuk kepentingan keluarga, menghina Islam dan hukum Allah,

"adalah kemungkaran yang mesti dihancurkan dan diubah oleh anak-anak muda,"jelasnya.

Konsert tersebut yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu membariskan artis-artis yang sudah cenderung melakukan kebaikan dan insaf serta kembali mahu menghayati cara hidup Islam menerusi seni dan budaya.

Mereka yang diundang adalah, Empy Spring, Ali dan Mael XPDC dan Mel yang menjadi menjadi vokalis utama kumpulan Wings.

Antara lagu-lagu yang dipersempahkan berjaya menarik minat hampir 1,000 anak-anak muda dan orang ramai menyaksikan konsert tersebut adalah, Hijau Bumi Tuhan oleh Mael XPDC dan Keampunan oleh Mel Wings. - BO







Wasatiyyah Najib tak sama dengan cara Rasulullah

Posted: 14 Mar 2012 06:47 PM PDT


KUALA LUMPUR, 15 Mac: Konsep wasatiyyah yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menjadi gagasan kerajaan disifatkan sebagai kosmetik semata-mata.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) berkata, kaedah wasatiyyah yang diperkenalkan oleh Najib adalah wasatiyyah ciptaannya sendiri.

Katanya, Perdana Menteri tidak boleh menggunakan perkataan wasatiyyah ketika mengemukakan dasar-dasar dalam negara kerana ia terikat dengan dasar Islam.

"Kaedah wasatiyyah yang sebenar adalah daripada agama Islam itu sendiri, jadi semua prinsip atau pendekatan yang diguna pakai bercanggah dengan Islam tidak dikira sebagai wasatiyyah.

"Jadi PM kena faham bila sebut wasatiyyah mesti rujuk apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, wasatiyyah adalah kaedah yang digunakan Rasulullah yang diterjemahkan oleh baginda di Mekah dan Madinah.

Tegasnya, wasatiyyah yang pernah dilaksanakan oleh masyarakat sehingga kiamat mesti berpaksi pada kaedah yang ditetapkan dalam Islam.

Wasatiyyah yang ditetapkan dalam Islam, katanya terdapat perkara yang boleh dibincangkan dan ada perkara tidak boleh dirunding iaitu yang membabitkan dasar-dasar Islam.

"Jadi kalau kita lihat dua kaedah ini yang dibawa oleh Rasulullah, perkara ini tidak wujud langsung dalam pentadbiran Umno BN hari ini, barangkali ada hanya segelintir sahaja," katanya.

Misalnya, kata beliau, wasatiyyah yang diamalkan oleh Rasulullah membabitkan peraturan, perundangan negara atau dasar yang diamalkan dalam negara.

Justeru katanya, dasar Islam adalah dasar wasatiyyah yang memberi keadilan kepada semua kaum dan agama, jadi apa yang berlaku dalam negara pada hari ini memperlihatkan dasar ini ditolak oleh Umno dengan mengambil dasar lain.

Terdahulu, Najib dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 12 Mac, menegaskan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah sebagai pemangkin kepada Gagasan 1Malaysia.

Ekoran itu, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah yang akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri manakala kerusi  wasatiyyah diwujudkan di Universiti Malaya yang akan menjadi pemangkin kepada gerakan kesederhanaan di Malaysia. -Hrkh

Boleh Caya ke..?? KP Kata Hanya 1 % Sahaja..

Posted: 14 Mar 2012 06:45 PM PDT

Hanya satu peratus daripada kira-kira 100,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kegiatan rasuah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil namun jika dibiarkan ianya akan merebak lebih besar sepertimana penyakit kanser jika tidak dikawal.

"Apa yang kita kesalkan orang bercakap macam banyak laporan (rasuah) yang dilakukan anggota kita (PDRM). Ini tidak baik," katanya pada sidang media selepas pelancaran poster Jauhi Rasuah PDRM-NKRA bagi membanteras rasuah di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah NKRA Rasuah, Datuk Hisham Nordin.

Ismail berkata, beliau akan berusaha memastikan budaya sifar rasuah di kalangan anggota PDRM.
"Saya mohon kerjasama masyarakat supaya bukan sahaja melaporkan jika ada kegiatan rasuah di kalangan anggota PDRM malah menghentikan pemberian rasuah," katanya.

Ismail juga berpuas hati dengan usaha Jabatan Tatatertib PDRM yang ditubuhkan sejak tahun 80-an, dalam membanteras salah laku anggota PDRM termasuk dalam aspek rasuah.

Terdahulu Ismail dalam ucapannya berkata kajian di negara-negara maju menunjukkan terdapat empat jenis rasuah yang sering menjejaskan integriti kolektif sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.
Empat jenis itu ialah rasuah individu secara kecil-kecilan, rasuah birokratik, rasuah jenayah dan rasuah politik, katanya.

Beliau berkata, setiap warga kerja PDRM, sama ada pegawai, anggota atau pegawai awam dan penguatkuasa undang-undang tidak boleh melakukan kesilapan apatah lagi terlibat dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti rasuah.

"Saya amat kecewa dan sedih setiap kali menerima laporan terdapat pegawai atau anggota yang melakukan rasuah sehingga ada yang tersebar dalam internet sama ada dalam penulisan dan komen klip video seperti YouTube," katanya.

Sementara itu, Hisham berkata, kini terdapat budaya baru di kalangan anggotaPDRM di mana mereka sendiri yang melaporkan jika ditawarkan rasuah oleh masyarakat.
"Pada tahun lepas seramai 157 anggota polis melaporkan mereka ditawarkan rasuah," katanya.-sumber

Tiada ulasan: