Muslimeen United |
- Panas!!!- Bekas polis kanan dakwa Gani Patail perguna SPRM
- Jutawan Amerika Peluk Islam Setelah Sebulan di Arab Saudi
- BM-Premium B IP BM-Premium C IP MP Sabak Bernam dipenjara 6 tahun, denda RM400,000
- Keislaman Mahathir Sudah Terbatal - Ust Azhar Idrus
- Akhbar MCA, The Star sudah buat kesalahan kali ketiga
- Kelantan termiskin - Bukti samada Najib bangang atau penipu
Panas!!!- Bekas polis kanan dakwa Gani Patail perguna SPRM Posted: 01 Mar 2012 06:41 AM PST Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis sambutan hari lahirnya malam tadi. Katanya, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad. Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli. "Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap "rahsia tertinggi" dan kes yang amat sulit. "Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut. "Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada timbalan menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad). "Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli. "Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan). "Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi," kata Ramli lagi. | ||
Jutawan Amerika Peluk Islam Setelah Sebulan di Arab Saudi Posted: 29 Feb 2012 10:09 PM PST FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya… (al-Baqarah: 272) Maka itu, tidak hairan jika hidayah Allah itu datang dengan cara yang tidak disangka-sangka. Begitu juga dengan kembara hidayah insan bernama Richard Patterson atau nama Islamnya, Abdulaziz. Abdulaziz bukan sebarangan orang. Dia adalah seorang ahli perniagaan terkemuka warga Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang juruterbang. Namun, dia melakukan hijrah akidah selepas sebulan berada di bumi Arab Saudi. Dia ke Arab Saudi kerana mendapat kontrak dengan Bulan Sabit Merah Arab saudi untuk melatih mahasiswa tentang kecemasan di udara. "Saya pada mulanya datang ke Arab Saudi untuk tujuan transaksi komersial. Saya begitu senang membuat kesepakatan terbaik dalam hidup saya dengan Allah SWT dengan masuk Islam," kata Abdulaziz Jutawan sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan bantuan perawatan kritikal memiliki kekayaan berjumlah RM155 juta, dua pesawat peribadi dan dua helikopter yang khusus untuk penerbangan perubatan khas. Alhamdulillah…. | ||
BM-Premium B IP BM-Premium C IP MP Sabak Bernam dipenjara 6 tahun, denda RM400,000 Posted: 29 Feb 2012 10:06 PM PST SHAH ALAM, 1 Mac: Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri (depan) dan pembantunya, Rosli Busro, 44, dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 atau 1 tahun penjara bagi setiap pertuduhan. Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaraya berjaya mengemukakan bukti tanpa menimbulkan keraguan serta mengambil rayuan dari pihak pembela. Abdul Rahman Bakri didapati bersalah kerana membuat lapan tuntutan palsu berjumlah RM80,000. Sementera itu, pembantu khasnya, Rosli Busro yang juga didapati bersalah atas tuduhan yang sama dijatuhkan hukuman. Hakim memerintah kesemua hukuman penjara dijalankan serentak manakala denda sebanyak RM400 ribu dikenakan bagi semua tuduhan atau 8 tahun penjara jika gagal membayar denda tersebut. Namun, Mahkamah menangguhkan hukuman tersebut dengan ikat jamin sebanyak RM50 ribu kepada Abdul Rahman, manakala pembantu khasnya sebanyak RM30 ribu sementara menunggu kes tersebut dibawa ke Mahkamah Rayuan. Semalam, di mahkamah yang sama hakim telah membuat keputusan mendapati kedua-duanya bersalah terhadap tuduhan tersebut, namun atas rayuan pihak peguam bela keputusan menjatuhkan hukuman ditunda ke hari ini. Mereka dituduh mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama. Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Tertuduh didapati membuat tuntutan palsu sebanyak RM10,000 setiap satu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi Adun Sungai Ayer Tawar. Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin mewakili Abdul Rahman. Sementara itu, mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan beliau tidak mendapat pengampunan. -Hrkh | ||
Keislaman Mahathir Sudah Terbatal - Ust Azhar Idrus Posted: 29 Feb 2012 07:44 PM PST Di atas adalah rakaman kenyataan yang dilontar oleh Tun Mahathir, mengatakan hudud itu ciptaan/rekaan ahli fekah. Di bawah ini pula adalah jawapan ringkas Ustaz Azhar Idrus merujuk kepada kenyataan Mahathir; Kalau tak sokong itu satu perkara, tapi membuat kenyataan yang menghina hukum Allah adalah satu perkara lain! Tiada bezanya antara Mahathir dan Chua Soi Lek... | ||
Akhbar MCA, The Star sudah buat kesalahan kali ketiga Posted: 29 Feb 2012 04:41 PM PST KUALA LUMPUR,- Akhbar MCA, The Star sehingga kini sudah dua kali menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menghina dan tidak sensitif dengan Islam. Ini bermakna, penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga. "Kes pertama adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak. "Kes kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan lalu. "Kes Erykah ini adalah kes yang ketiga yang dihadapi The Star," kata satu sumber kepada Harakahdaily. Ekoran itu, The Star dijangka tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh KDN kali ini melainkan ada tangan-tangan ghaib yang menghalang tindakan diambil. "Sebelum ini sudah dua amaran...takkan kali ketiga amaran juga. Kalau begitu, benarlah tuduhan PAS bahawa pentadbiran negara yang diterajui Umno membiarkan akhbar MCA bebas untuk menghina Islam," kata sumber berkenaan. Menurut sumber itu juga, beliau sendiri terkejut apabila membaca laporan berkenaan kerana gambar Erykah yang disiarkan itu terlalu besar iaitu setengah muka surat akhbar berkenaan. "Hanya orang buta sahaja yang tidak lihat gambar itu dan saya tidak faham kenapa The Star berbuat demikian," katanya kepada Harakahdaily. The Star menyiarkan setengah muka gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah di dadanya yang terlanjang menjelang konsertnya di Kuala Lumpur. Padahal poster asal Erykah tidak adapun tatoo nama Allah itu. Ekoran penyiaran itu, tiga editor kanan The Star telah dipanggil oleh KDN untuk memberikan penjelasan. Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, KDN akan bertindak berdasarkan penjelasan yang dibuat oleh ketiga-tiga editor The Star itu. Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya kepada Harakahdaily mendakwa Umno yang memberi lesen kepada MCA melalui akhbarnya untuk menyerang Islam. Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan NGO Isma mendesak agar permit The Star digantung atau ditarik balik. -Hrkh | ||
Kelantan termiskin - Bukti samada Najib bangang atau penipu Posted: 29 Feb 2012 04:40 PM PST Aku tak pasti samada Najib tu memang jenis bangang atau pun memang jenis kaki penipu ataupun kedua-duanya sekali. Mana boleh dia suka-suka bagitau yang Kelantan adalah negeri yang termiskin. Kalau betul nak sedapkan hari orang Sabah dan nak tarik balik sokongan orang Sabah supaya tetap undi BN pun agak-agak la sama nak kata apa pun. Tak patut sangat la sampai nak menipu. Kalau zaman dulu-dulu boleh la menipu ikut suka hati pun. Pasainya zaman dulu payah nak dapat maklumat yang betul dari sumber rasmi. Apa yang pemimpin Umno kata rakyat terpaksa terima bulat-bulat. Walaupn mungkin nampak macam tak logik tapi nak kata tipu tak boleh pasai rakyat takdak bukti. Best-in-class horsepower & towing capacity, this vehicle can handle anything! #FordRangerChallenge , test it!Lagi pun dulu kaedah perhubungan tak secanggih sekarang. Kalau dulu apa yang disebut di Sabah cuma orang Sabah saja yang tau, tu pun kalau dilaporkan dalam suratkhabar. Tapi sekarang ni kalau bercakap dalam hutan banat pun belum tentu lagi boleh dirahsiakan. Apa pun, memang patut sangat kalau orang Kelantan tak puas hati dengan Najib, Perdana Menteri Malaysia. kenyataan macam tu langsung tak patut keluar dari mulut seorang Perdana Menteri. Kalau tak tipu pun tak sesuai, tambah-tambah lagi la kalau menipu. Kat bawah ni jadual data sebenar keadaan kemiskinan Malaysia macam yang dilaporkan Unit Perancang Ekonomi.
Takkan Najib BANGANG sangat tengok jadual macam tu pun tak reti kot. Kalau dia tak bangang memang sah dia kaki penipu atau pun memang dia kedua-dua sekali, BANGANG lagi kaki penipu. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan