A Mum Of Three Mohd |
- Macam-macam Tukar Tiub
- Rakyat lebih sejahtera dan terbela tanpa UMNO@BN
- Yaahoo!! Najib fofular semula. Pilihanraya kita??
- You Saman I.... I Saman You
- Tuduh dengan bukti. Nafi pun kena ada bukti
- Dia dah mintak maaf. Jangan fitnah dia lagi...
- Tok Guru Nik Aziz: "PKR jangan tamak dan PAS jangan kedekut".
- Kerana maaf dan insaf, kita kena undi UMNO@BN??
- Najib pemimpin wasatiyyah
Posted: 10 Mar 2012 08:32 AM PST Lawak... Lawak.. Guling-guling sakit perut aku dibuat TT Mulut... Mulut horizontal dan mulut vertikal. Tak baik tau... Kah kah kah kah.... |
Rakyat lebih sejahtera dan terbela tanpa UMNO@BN Posted: 10 Mar 2012 06:45 AM PST Kisah sedih dalam cerita di atas ialah bukti kegagalan parti Melayu iaitu UMNO. Ya... UMNO yang kononnya, selama 54 tahun memperjuangkan nasib bangsa Melayu agar dapat berdiri sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain tapi apa hasilnya?? Habuk pun tarak. Melayu terus merempat!! Di bawah UMNO bangsa Melayu kekal bangsa yang miskin dan bangsa yang tak dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Lantas, bangsa Melayu jauh tercicir dalam arus kemajuan ekonomi. Bangsa Melayu menjadi bangsa yang kehidupan mereka sentiasa dihimpit penderitaan dan kesengsaraan hidup. Oleh sebab, desakan hidup inilah maka mereka terpaksa mengambil tindakan yang desperate seperti cerita dalam gambar di atas. Kesian Melayu... Mengapa bangsa Melayu terus-terusan berada dalam kelompok yang miskin dan terdesak?? Sebab.... negara diperintah oleh Melayu UMNO. Bukan jangka masa pendek yob, tapi 54 tahun.... tapi sehingga ke hari ini Melayu masih merempat. Melayu UMNO ini... Melayu yang bangsat... gelojoh .... tamak.... pentingkan diri dan gila kuasa. Sebab tu.... mereka sanggup rasuah, sanggup salah guna kuasa, sanggup menyeleweng duit rakyat.... sanggup menipu serta sanggup lakukan pembaziran dan berboros-boros dengan duit rakyat. Sebab.... dengan duit rakyatlah, tembolok mereka kembong dan perut mereka buncit. Kembong dan buncit hasil mentekedarah duit rakyat!! Hahahaha.... Melayu elit terus kaya raya. Malangnya... Melayu marhaen terus sengsara kehidupan mereka. Kais pagi makan pagi... kais petang makan petang. Hampehh betoi! Tak percaya?? Cer tengok anak makcik dalam citer di atas tu, betapa seksanya dia nak hidup di kota raya sambil menjaga emak yang tua dan lumpuh. Walau pun tindakannya itu tak wajar... tapi kekadang akibat desakan hidup yang melampau.... manusia boleh jadi amat desperate, hilang pertimbangan dan boleh bertindak secara tak rasional. Sedih, kan?? Inilah contoh kualiti Melayu, hasil pemerintahan UMNO, selama 54 tahun mereka memperjuangan bangsa Melayu. Sebenarnya... UMNO sudah gagal dalam pejuangan mereka. Lantas.... cukup-cukuplah bangsa Melayu memberikan peluang selama 54 kepada UMNO untuk memerintah. Enough is enough!! Oleh demikian.... bangsa Melayu mesti berani berubah dan membuat perubahan. Jika bangsa lain sudah berani berubah, mengapa Melayu tidak?? Jangan jadi bodoh dan terus biarkan diri kita diperbodohkan. Beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk merubah nasib kita agar lebih terbela dan sejahtera. Demi rakyat.... ayuh bersama-sama kita tumbangkan UMNO@BN dalam PRU13 nanti. Sesungguhnya, rakyat akan lebih sejahtera tanpa UMNO@BN. |
Yaahoo!! Najib fofular semula. Pilihanraya kita?? Posted: 10 Mar 2012 04:54 AM PST Bantuan Rakyat 1Malaysia Bikin Najib popular semula 69% kata Merdeka Center Jadi, boleh ler buat pilihanraya Hahahahaha.... Ada berani ka?? |
Posted: 10 Mar 2012 01:00 AM PST You saman I... So, I saman you You masuk mahkamah.... I masuk mahkamah Keluar mahkamah, kita tengok siapa 'telanjang' I atau you?? Kah kah kah kah Saman jangan tak saman!! |
Tuduh dengan bukti. Nafi pun kena ada bukti Posted: 09 Mar 2012 11:30 PM PST Nafi memang mudah, tapi.... nak menyakinkan rakyat PM kenaler kemukakan bukti. Nafi dengan air lior sapa nak percaya... Rafizi: Penafian Najib OK, tapi mahu buktiNak hujah lawan hujan, udah ler takut. Ini... bukti nak lawan bukti... takkan tak der kot?? Wartawan Sinar Harian 10 Mac 2012 SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyambut baik penafian Pejabat Perdana Menteri berkenaan dakwaan perbelanjaan majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri tetapi mahu Datuk Seri Najib Razak menjawab dengan bukti-bukti yang sewajarnya. Rafizi menyenaraikan lapan persoalan dengan meminta Najib mengemukakan bukti untuk meyakinkan penafian. "Saya menyambut baik kenyataan rasmi yang pantas dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri menafikan bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib pada 17 Jun 2011 lalu dibiayai oleh wang rakyat melalui Pejabat Perdana Menteri, walaupun dokumen dari Hotel Shangri-la, yang mengendalikan majlis secara jelas menunjukkan semua urusan tempahan dan bayaran dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri," kata Rafizi. Sehubungan itu, Rafizi berkata, persoalan beliau memohon maaf tidak timbul kerana kenyataan dua perenggan itu hanyalah satu penafian, tanpa ada sebarang bukti atau fakta yang boleh menafikan kesahihan dokumen atau tuduhan yang dibawa terhadap Perdana Menteri. "Perbelanjaan pertunangan anak perempuan PM, Nooryana Najwa, tidak ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak," kata mesej Twitter dikeluarkan mengggunakan akaun Pejabat Akhbar Perdana Menteri. Mesej susulan pula menyebut, "Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dakwaan dalam waktu terdekat." Laporan media atas talian awal semalam Rafizi mendakwa, pihaknya ada bukti kerajaan telah membiayai majlis pertunangan Nooryana Najwa.-SH |
Dia dah mintak maaf. Jangan fitnah dia lagi... Posted: 09 Mar 2012 09:30 PM PST |
Tok Guru Nik Aziz: "PKR jangan tamak dan PAS jangan kedekut". Posted: 09 Mar 2012 07:30 PM PST Biar bijak apabila berbicara. Biar musanasabah apabila meminta. Berbincang terlebih dahulu.... Terima realiti dan bermuafakat. Bertelagah tiada faedah. Ingat.. bersepakat membawa berkat. Ikut nasihat Tok Guru Nik Aziz... "PKR jangan tamak dan PAS jangan kedekut". Kedua-dua sifat itu dibenci Allah SWT. Jadi jangan undang kemurkaan Allah SWT. Dalam PRU 13 nanti kita mengharapkan rahmat dan keberkatan dari-NYA untuk kita tawan Terengganu, insyaallah. Hidup Pakatan Rakyat!! PRU13: Pas Terengganu minta PKR 'ukur baju' badan sendiri' W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN 10 Mac 2012 KUALA TERENGGANU - Hasrat PKR untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen dikecam pimpinan Pas termasuk Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi yang meminta parti itu "mengukur baju di badan sendiri."
|
Kerana maaf dan insaf, kita kena undi UMNO@BN?? Posted: 09 Mar 2012 06:00 PM PST Kredit gambar: FB Seligi Alpha Mahapkanlah kami. Lupakanlah kisah lama. Jangan diungkit-ungkit lagi Undilah UMNO@BN dalam PRU13 Mahap telah dipinta. Tiada sebab untuk tolak UMNO@BN. Kah kah kah kah BOLEH BLAHHH!! |
Posted: 09 Mar 2012 04:30 PM PST |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan