Jumaat, 2 Mac 2012

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Pengarah2 Lembu Shahrizat guna RM81 juta untuk seronok-seronok

Posted: 02 Mar 2012 09:18 PM PST

Para pengarah NFCorp guna RM81 juta untuk diri sendiri?


KUALA LUMPUR, 3 MAC: National Feedlot Corporation (NFCorp) harus bertanggungjawab untuk RM81 juta yang dikeluarkan oleh para pengarahnya yang digunakan untuk diri sendiri.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau telah mendapati bahawa sejumlah RM81,324,745 telah dihutang kepada firma ternakan lembu tersebut oleh "syarikat yang ada hubung kait" dengan pengarah NFCorp sepertimana yang tertera dalam laporan tahunan NFCorp pada 2009.

Katanya, laporan tersebut mendedahkan bahawa jumlah wang itu disenaraikan sebagai "terimaan lain" dan tidak bercagar serta tidak mempunyai terma pembayaran semula yang tetap.

"Kerana jumlah wang tersebut dibiayai oleh pembayar cukai, maka saya menyeru NFCorp untuk segera memberitahu ke mana setiap sen daripada wang RM81 juta ini pergi.

"Terdapat satu keperluan untuk akauntabiliti di sini. Wang rakyat tidak boleh digunakan sesuka hati mereka dan tidak boleh disorok. Ia haru telus."

"(Para pengarah) mendakwa semua perbelanjaan adalah demi NFCorp. Jika demikian, sila senaraikan semua. Tak perlu menyorok. Mana RM81 juta?" katanya kepada pemberita di sini semalam.

Di bawah Akta Syarikat, syarikat tidak dibenarkan untuk memberi hutang kepada pengarah melainkan pinjaman perumahan, dan itu pun harus mendapat kelulusan daripada pemegang saham. Dalam kes NFCorp yang mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), pemegang saham utamanya, iaitu Kementerian Kewangan, tidak pernah memberi sebarang kebenaran sedemikian.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, setelah disemak, didapati bahawa tiada sebarang kebenaran pemegang saham diberikan dan ianya tiada dalam akaun yang diaudit.

"Tiada sebarang dokumen yang memberitahu bahawa kebenaran telah diberikan untuk memberi pinjaman kepada pengarah," tambah beliau.

Menurutnya, beliau akan membawakan perkara itu ke mesyuarat Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen (PAC) pada Isnin ini.

Katanya, beliau juga akan mencadangkan kepada PAC untuk memanggil para pegawai daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan dan juga pengarah-pengarah NFCorp bagi membuat penjelasan. – Roketkini.com

STONE : Senang sungguh depa ni perabih duit. Apa ada hal 81 dari 250 , ala ciput jer tu. ... 
Pasai tu Sharizat tak mau sangat tinggal jawatan dia tu, satu takut kena bongkar bila dia dah di luar kerajaan dan satu lagi tak der dah masyuk nya ... sebaliknya silap-silap dia dan lakinya yang masuk ke dalam ... hahaha

Gelek ghairah di Kepong

Posted: 02 Mar 2012 07:46 PM PST


OPERASI Polis D7 IPKKL membanteras aktiviti kegiatan maksiat di OPS Pub, Jalan Metro Prima Perdana Barat 7, Kepong.


OPERASI Polis D7 IPKKL membanteras aktiviti kegiatan maksiat di OPS Pub, Jalan Metro Prima Perdana Barat 7, Kepong. 

KUALA LUMPUR: Aksi 'catwalk' sambil menari dan menyanyi dalam pakaian mengghairahkan menjadi santapan mata buat pelanggan selain menyajikan khidmat seks dengan harga lumayan adalah antara tarikan sebuah pusat hiburan di Kepong.

Malah, pusat hiburan terbabit yang sudah lima tahun beroperasi didapati menyediakan pentas 'catwalk' di tengah-tengahnya sebagai tarikan kepada pengunjung melihat aksi ghairah wanita Thailand dan Vietnam.


Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turus D7 IPK KL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, 15 GRO , termasuk 14 warga Thailand dan seorang warga Vietnam berusia 20 hingga 35 tergamam sebaik diserbu polis ketika mereka leka melayan tetamu.

Malah, sebahagian daripada mereka ketika itu berada di atas pentas menyanyi sambil menari dengan pakaian mengghairahkan.

Azman berkata, pihaknya sudah mengadakan intipan di pusat hiburan terbabit sejak seminggu lalu selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan maksiat di premis terbabit.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan terbabit yang sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan bertukar majikan tidak mempunyai lesen selepas ia gagal diperbaharui.

"Pusat hiburan ini menggunakan khidmat GRO dengan menyediakan sebuah pentas 'catwalk' di mana wanita terbabit akan menari, menyanyi dalam aksi mengghairahkan dengan pakaian seksi.

"Kita juga percaya mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang memberi tawaran lumayan bergantung kepada cara mereka memujuk GRO terbabit," katanya selepas operasi terbabit.

Beliau berkata, kesemua mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan penjaga.

Azman berkata, seorang wanita tempatan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

"Kita juga akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak memperbaharui lesen premis terbabit selain akan mengeluarkan saman kepada pemiliknya," katanya - MyMetro

Farid Ridzuan serang blogger UmporNo

Posted: 02 Mar 2012 08:36 AM PST

Farid Ridzuan diserang habis-habisan oleh blooger UMporNO yang mane dia dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger UMporNO dan juga kerajaan dengan `menyerang' dan menyelar kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu....

Farid Redzuan dilantik sebagai Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri setelah dikeluarkan dari TV3 bertanggungjawab menasihati apa sahaja peranan media terhadap aktiviti ataupun peranan Perdana Menteri di mata rakyat dan dunia malah kehadirannya dalam pejabat Perdana Menteri setakat ini dilihat bagi membantu untuk mengangkat promosi Perdana Menteri sekaligus menolak peranan blogger mereka yang selama ini tidak banyak menguntungkan BN dan Perdana Menteri sendiri.

.... kesian aku kat puak-puak nie...

SUMBER : DPPWM

Lelaki hina Nabi terbakar hidup-hidup ...

Posted: 02 Mar 2012 03:08 AM PST



Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah mrmbakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang entah dari mana, membakar lelaki ini . izyan.com


STONE :  Ambil lah iktibar dari kejadian ini. Ada sesiapa yang pernah dan berniat untuk menghina Nabi atau Islam, awas anda akan dibayar "cash" di atas muka bumi ini. Tak perlu tunggu hingga di akhirat nanti. Tiada siapa yang dapat membantu walau beratus "bodyguard" tidak akan dapat menghalang kekuasaanNya. Jadi, beringat lah .... Jangan senang-senang menghina Nabi atau Islam.

Dey macha ada cikit tarak betul la ... kenapa sekarang baru mau repot, ...sudah lebih 2 tahun la ... ayo yo yo

Posted: 02 Mar 2012 02:02 AM PST

NGO lapor polis Anwar menghina kaum India


Jamilah Kamarudin | March 2, 2012

Ketua Umum PKR itu didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam ceramahnya ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 9 Oktober 2009.


KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyebaran video di laman web Youtube yang menunjukkan beliau mengeluarkan kata-kata lucah menghina kaum India.

Laporan polis tersebut dibuat oleh NGO, Alternative Action Team (AAT) dan Kelab Perpaduan Insan Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Presidennya, B Kalaivanar berkata, Ketua Umum PKR itu didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat dalam ceramahnya ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang pada 9 Oktober 2009.


Rasis dan mengancam keharmonian

"Laporan ini dibuat supaya pihak polis mengambil satu tindakan tegas terhadap Anwar yang begitu rasis dan mengancam keharmonian yang dibina di Malaysia.

"Saya mahu polis merakamkan percakapan beliau dan Peguam Negara buat pertuduhan mahkamah terhadap Anwar," tegasnya.

Katanya setakat ini sebanyak 27,000 penonton telah menyaksikan ucapan tersebut sejak video itu dimuat naik dalam Youtube sejak minggu lalu.

Ditanya sama ada pihaknya akan menarik balik laporan sekiranya Anwar memohon maaf secara terbuka, Kalaivanar bagaimanapun berkata itu terpulang kepada Anwar.

"Tetapi kita tetap tak boleh terima kerana beliau selama ini telah menyinggung perasaan masyarakat India," katanya yang turut menyifatkan Anwar sebagai 'pelakon handalan'.

TERKINI : Nampaknya Gani Patail tak berminat nak dakwa keluarga lembu NCF - Rafizi

Posted: 02 Mar 2012 01:42 AM PST

Aedi Asri Abdullah)

KUALA LUMPUR 2 Mac: Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memulangkan semula kertas sisatan National Feedlot Corporation (NFCorp) kepada pihak polis, menunjukkan kerajaan tidak berminat untuk mendakwa syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat  Jalil itu.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mempersoalkan tindakan Abdul Gani memulangkan semula kertas siasatan tersebut, meskipun pun pihak polis sendiri sebelum ini mencadangkan supaya Pengerusi NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa.

"Sememangnya ia terpulang kepada Peguam Negara untuk mendakwa atau tidak.

"Namun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Syed Ismail Syed Azizan sendiri secara terbuka mengatakan ada bukti kukuh dan mencadangkan pengarah NFCorp, Datuk Mohamed Salleh didakwa di mahkamah," ujarnya ketika dihubungi keadilan daily.
Menurut Rafizi, tindakan terbaru peguam negara itu hanya menunjukkan wujudnya usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghalang atau melengahkan pendakwaan terhadap keluarga Shahrizat.
"Ini kerana Peguam Negara hanya tertakluk di bawah kuasa Perdana Menteri," tambah beliau.
Memetik laporan portal berita Malaysiakini, Abdul Gani hari ini memulangkan kembali kertas siasatan kepada pihak polis dan mengarahkan siasatan diteruskan, tanpa menyatakan sebab.
Ini adalah kali kedua Abdul Gani bertindak sedemikian, selepas memulangkannya buat kali pertama pada 17 Januari lalu.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, ia tidak akan melemahkan usaha Pakatan Rakyat untuk terus mendedahkan penyelewengan RM250 juta yang dilakukan oleh NFCorp.
"Pakatan akan terus membongkar dan membentangkan bukti penyelewengan yang dilakukan NFCorp kepada rakyat, kerana terbukti rakyat dapat menjadi pendakwa yang lebih baik.
"Rakyat sememangnya tidak menaruh harapan tinggi untuk melihat tindakan diambil dalam kes ini. Justeru, saya berharap rakyat akan menghakimi Umno-BN melalui peti undi nanti," jelas Rafizi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27706


Mahathir perlu disiasat ... Jangan buat helah la

Posted: 02 Mar 2012 12:33 AM PST

Helah Dr M mula lagi : Tun inilah yang perlu disiasat

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad cuba membuat "helah biasanya", dengan mengalihkan tumpuan supaya dia tidak perlu diaudit oleh kerajaan terutamanya bagi kes RM100 bilion wang pembayar cukai yang lesap akibat salah tadbir urus kewangan yang dicatatkan semasa pemerintahan beliau selama 22 tahun dari 1981 hingga 2002.

"Ia adalah lebih baik jika kerajaan menyiasat semua Tun yang terlibat tetapi jika mereka perlu memilih, maka jelas Mahathir adalah calon yang tepat untuk disiasat," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Beliau berkata demikian bagi menjawab komen yang dibuat oleh Mahathir, yang telah dituduh mengamalkan rasuah secara besar-besaran semasa berkuasa. ini bagi menjawab gesaan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mahu audit dijalankan.


"Tetapi semua Tun mesti diaudit. Anak-anak dan cucu-cicit mereka juga perlu diaudit," kata Mahathir kepada pemberita yang jelas membuat rujukan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, PM selepasnya.

Daim dan Pak Lah juga termasuk



Kit Siang telah merujuk kepada skandal Tajudin Ramli-MAS, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini mengarahkan semua agensi kerajaan untuk menyelesaikan tindakan undang-undang mereka terhadap hartawan kontroversi yang telah dipersalahkan kerana menyebabkan kerugian sebanyak RM8 billion kepada syarikat penerbangan MAS.

Selain dari Abdullah, keluarganya juga dituduh kerana terlibat dalam skandal perkhidmatan catering MAS. Tajudin agak rapat dengan Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan yang berhenti pada tahun 2001 selepas pertelingkahan dengan Mahathir akibat peristiwa beberapa orang jutawan Melayu yang telah dibiarkan terumbang-ambing apabila Mahathir cuba menyalahkan mereka.

Dalam afidavit mahkamahnya dia memberitahu pentadbiran Najib telah mengajak untuk berdamai, Tajudin menyatakan dirinya adalah "proksi" semata-mata yang bertindak atas arahan Mahathir.

"Saya telah berkata pada hari Sabtu bahawa masanya telah tiba untuk mengkaji semula kerugian RM100 bilion yang dialami oleh negara semasa pemerintahan Mahathir selama 22 tahun. Lebih-lebih lagi jika generasi rakyat Malaysia sekarang yang terpaksa membayar untuk itu, "dosa-dosa Mahathir, Perdana Menteri yang lalu," tulis Kit Siang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu.

"Ini timbul selepas terpaksa membelanjakan RM580 juta untuk penyelesaian antara Danaharta dan Tajudin Ramli diluar mahkamah pada 14 Februari. Terma yang kekal sulit antara kedua-dua pihak ini melibatkan semua tindakan berkaitan dengan keputusan penghakiman mahkamah sebanyak RM589.14 juta dimana Tajudin telah diarahkan untuk membayar kepada Danaharta pada tahun 2009, akan digugurkan jika Tajudin bersetuju untuk menarik balik tuntutan sepenuhnya RM13.46 bilion, yang melibatkan 27 rayuan, 11 daripadanya terhadap Danaharta. "

Tiada jalan keluar, tegas Tajudin



Kes Tajudin berdasarkan kepada afidavitnya menerangkan bahawa dia telah diarahkan oleh Mahathir dan Daim pada tahun 1994 untuk membeli kepentingan dalam MAS untuk menyelamatkan kerajaan yang juga merupakan "khidmat kepada negara" demi menyelamatkan Bank Negara selepas bank pusat itu mengalami kerugian besar-besaran akibat spekulasi pertukaran mata wang asing berserta "Overriding Agreement" untuk melindunginya daripada sebarang kerugian.

"Nampaknya Tun Mahathir merujuk kepada orang yang perlu disiasat adalah penggantinya, Tun Abdullah. Mahathir juga mahu dia diaudit penuh atas kerugian kewangan yang berlaku semasa pemerintahannya selama lima tahun, "tambah Kit Siang.

Badawi mengambil alih pemerintahan daripada Mahathir pada tahun 2003 dan telah dipersalahkan dengan pelbagai kejadian yang membelenggu Barisan Nasional semenjak itu termasuk pilihan raya umum 2008, di mana tanpa disangka-sangka, 5 buah negeri dan Wilayah Persekutuan telah jatuh pada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Malaysia Chronicle

Peguam Negara dituduh salah guna kuasa – beranikah Najib tubuhkan tribunal kehakiman?

Posted: 01 Mar 2012 11:28 PM PST

KUALA LUMPUR, 2 MAC: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusof telah menuduh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyalahgunakan kuasa perlembagaan beliau. Beranikah kerajaan UMNO-BN menubuhkan satu tribunal kehakiman untuk menyiasat dakwaan serius itu?

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mempersoalkan perkara itu kerana mahu memastikan keadilan dan kesaksamaan dikuatkuasakan.

Katanya, buat kali pertama dalam lebih satu dekad terdapat tuduhan serius penyalahgunaan kuasa oleh seorang bekas pegawai kanan polis terhadap seorang yang berpangkat tinggi dalam kerajaan, iaitu Peguam Negara.


"Adakah Datuk Seri Najib Razak berani mengarahkan kabinetnya menubuhkan sebuah tribunal kehakiman untuk menyiasat tuduhan Datuk Ramli Yusof bahawa Peguam Negara telah menyalahgunakan kuasa perlembagaan beliau?" ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, walau pun tuduhan serius Ramli tidak baru kepada rakyat Malaysia yang bermaklumat dan berpengetahuan, ia adalah dakwaan pertama ditujukan terhadap Gani secara terbuka.

Dalam laporan Malaysiakini semalam, Ramli dipetik sebagai menjelaskan bagaimana beliau (Ramli) dan para pegawai serta kakitanganya telah diatur oleh Peguam Negara sejak 2007, termasuk memastikan mereka bebas dari mana-mana dakwaan undang-undang.

"Dengan tertampilnya Ramli secara berani menceritakan kisah beliau dan kesediaan beliau untuk menerima kesan-kesan daripada tindakannya, kerajaan Najib tidak boleh pura-pura bodoh dan mengganggapnya tidak berlaku.

"(Jika tribunal kehakiman ditubuhkan dan) sehingga Gani dibersihkan daripada semua tuduhan, beliau perlu bercuti untuk membenarkan pemangku Peguam Negara dilantik bagi pihak kerajaan," kata Kit Siang. – Roketkini.com

Tiada ulasan: