Sabtu, 31 Mac 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Sukan: Keputusan Perlawanan Bola Sepak Liga Perdana Inggeris 31.3.12

Posted: 31 Mar 2012 08:59 AM PDT

England - Premier League
 16:58March 31 

 FTAston Villa2 - 4Chelsea

 FTEverton2 - 0West Bromwich A.

 FTFulham2 - 1Norwich C.

 FTManchester C.3 - 3Sunderland

 FTQueens Park R.2 - 1Arsenal

 FTWigan Athletic2 - 0Stoke C.

 FTWolverhampton W.2 - 3Bolton W.

Sabah Negeri Semakin Meningkat Kaya? Tengok Sekolah Bawah Seliaan TPM

Posted: 31 Mar 2012 08:17 AM PDT

Dok kalut nak pukul negeri orang miskin hina dan tiada pembangunan.

Muhyiddin patut suluh sekolah bawah seliaan beliau kat dalam negeri umno.

Rakyat sabah dah buka mata. Mereka akan tolak bn dan konco yang baham duit rakyat.

Najib tidak didera selepas BN kecundang di Putrajaya

Posted: 30 Mar 2012 09:08 PM PDT



M Faqih

KOTA BHARU, 31 Mac: Datuk Seri Najib Razak usah risau Pakatan Rakyat tidak akan mendera atau membalas dendam terhadapnya sekiranya pembangkang menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

"Kita tidak akan dera atau mengambil sikap untuk membalas dendam biar pun pelbagai perkara dan ancaman dihadapkan kepada saya dan rakan-rakan sekarang.

"Sama seperti saya lakukan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad biar pun menyebabkan saya dipenjarakan, namun selepas keluar saya tidak mengambil sikap membalas dendam terhadap perbuatannya," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya kita akan tanya Najib dengan berhemah dan bersopan tidak kasar biar pun sekarang mereka melakukan pelbagai perbuatan agresif dan kebudakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Kata beliau semasa berceramah di Johor keretanya dilontar dan ditendang kumpulan yang disyaki diupah Umno, begitu juga ketika Nurul Izah berceramah di tempat lain hampir terkena tumbukan samseng.

"Malah ketika saya datang ke sini tadi ada kumpulan budak-budak samseng diupah melontar batu terhadap kereta saya. Di Kelantan pun mereka berani buat begitu. Ini kerja-kerja orang bodoh yang tidak tahu duit mereka dirompak pemimpin Umno.

"Kamu ingat saya takut ke.. Ingat biar pun saya dipenjara sekali pun saya tetap lawan. Lawan tetap lawan," katanya memulakan ucapan membakar emosi puluhan ribu rakyat Kelantan yang berhimpun di Padang Perdana malam tadi.

Ribuan anak-anak muda yang memenuhi setiap ruang padang menyahut cabaran sehingga ada yang menyebut kita akan lanyak mereka.

Difahamkan rombongan Anwar ketika melalui simpang tiga menghala ke Jalan Mahmood didatangi kumpulan pemuda samseng yang dipercayai diupah melontar batu terhdap kenderaannya.

Sebelum itu beliau berceramah di Pengkalan Kubur dan pada sebelah siang mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Paloh, Gua Musang dan Guchil Kuala Krai.

Program ceramah perdana dan solat hajat di Padang Perdana bermula dengan solat Maghrib berjemaah diimamkan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa. Kemudian diikuti kuliah Maghrib oleh Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Selepas solat Isya' diadakan solat hajat.

Doa solat hajat yang dibaca Ustaz Mohamad begitu syahdu sehingga ramai yang sebak di dada. Malah orang ramai yang hadir ke pesta buku di Dewan Jubli Perak yang terletak bersebelah turut menadah tangan berdoa. Ruang padang tempat ceramah begitu padat sehingga melimpah ke jalan raya.

Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS berkata, Kelantan menjadi pangkalan kepada kebangkitan rakyat di negara ini bagi menjejaki usaha menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya rakyat Kelantan membuktikan sejak 1959 mereka sudah berani memilih parti yang berlambang bulan bintang dan menolak parti kapal layar (Perikatan) hanya selepas dua tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

(Ikuti laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).

Ramalan muram Mahathir musnah keyakinan Najib?

Posted: 30 Mar 2012 09:04 PM PDT


Lim Kit Siang

Menjelang Pilihan raya Umum Ke-13 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun, Najib dalam bayang kempen-kempen pilihan raya beliau semenjak tiga bulan ini telah menunjukkan keyakinan yang meningkat untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya umum yang akan datang, termasuklah untuk merampas kembali negeri Selangor dari pucuk pimpinan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Populariti Najib yang kelihatan meningkat 10 poin kepada 69 peratus berikutan peranan baru beliau sebagai "Santa Claus" dengan pemberian tunai RM500 Najib kepada golongan yang berpendapatan rendah dan deretan kontrak yang bernilai jutaan ringgit serta peruntukan-peruntukan yang telah diagihkan seiring dengan dasar falsafah beliau "I help you, you help me". Namun demikian, kadar populariti Najib tidak dapat dibandingkan dengan parti-parti komponen Barisan Nasional.

Minggu lepas sahaja, Najib telah menyebut dengan bangga maklum balas rakyat yang sangat menggalakkan dan kononnya rakyat jelata telah memaklumkan kepada beliau bahawa sokongan rakyat telah dikembalikan kepada Barisan Nasional semenjak pilihan raya 2008.

Semuanya sudah kelihatan siap sedia untuk menghadapi Pilihan raya Umum Ke-13 pada bulan Jun.

Tetapi sesuatu yang aneh telah berlaku dalam beberapa hari yang lepas di mana momentum untuk pilihan raya diadakan pada bulan Jun tiba-tiba kelihatan goyah.

Adakah keyakinan Najib untuk meraih kemenangan besar dalam Pilihan raya Umum ke-13 dimusnahkan oleh ramalan muram Mahathir?

Kelmarin, dalam ucapan terbaru, sebagai amaran kepada Barisan Nasional, Mahathir telah menyatakan bahawa "Tiada kemenangan yang mudah", dan supaya Barisan Nasional jangan terus yakin dan percaya yang mereka boleh menikmati kemenangan pilihan raya yang terjamin, terutama sekali kerana Pakatan Rakyat merupakan pihak pembangkang yang bukan dari zaman beliau sebagai Perdana Menteri.

Seperti yang dimaklumkan oleh Mahathir kepada Bernama Online:

"Apa yang pasti adalah, bukan mudah untuk BN meraih kemenangan dua pertiga majoriti untuk kali ini. Pihak pembangkang sekarang bukanlah seperti pembangkang dahulu dan situasi sekarang agak membimbangkan".

Sehari sebelum itu, Umno telah digemparkan dengan kenyataan Mahathir untuk membedil keyakinannya apabila beliau membuat pengakuan yakni Umno tidak memiliki pemimpin yang bertauliah dan berkualiti untuk membentuk kerajaan yang berkemampuan sebagaimana yang diketahui "Sudah berdekad, Umno "tidak membenarkan" golongan yang bijak untuk mendaftar sebagai ahli parti".

Kini Mahathir memberi sokongan kepada Umno bahawa parti tersebut perlu mencalonkan orang luar untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, mencalonkan "calon yang bermutu", sama ada yang dicalonkan itu mempunyai keahlian dengan parti ataupun tidak dan meninggalkan kebiasaan mereka dalam pemilihan calon dari ketua bahagian untuk bertanding.

Dengan keyakinan awal Umno untuk meraih kemenangan besar dalam PRU ke-13 yang semakin terhakis dan peluang untuk merampas kembali pentadbiran negeri Selangor serta pengekalan negeri Perak di bawah jajahan mereka, mood pilihan raya nampaknya sudah ditetapkan bagi Najib, menjelang ulang tahun ketiga sebagai Perdana Menteri, untuk berdolak-dalik menundakan tarikh pilihan raya pada masa yang lebih lewat.

Lim Kit Siang ialah Penasihat DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Isu FAM: Ada usaha cantas Annuar

Posted: 30 Mar 2012 09:01 PM PDT


Oleh: ROSMIZA KASIM

KELAB Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan menyifatkan kemelut yang dihadapi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa adalah usaha mencantas beliau untuk berada di peringat lebih tinggi dalam persatuan.

Pengerusinya, Yahya Jamada Ali mendakwa, terdapat pemimpin persatuan yang dilihat tidak senang dengan pandangan positif daripada Annuar untuk melihat mutu persembahan pasukan bola sepak.

Yahya turut mempersoalkan, mengapa wujudnya usaha mencantas Annuar, sedangkan lontaran pandangan berkenaan perlu dinilai daripada sudut positif demi masa depan pasukan bola sepak negara.

"Adakah dengan ini adalah cara untuk menyekat Annuar, sedangkan beliau mempunyai kewibawaan dan wawasannya dalam arena bola sepak negara.

"Mungkin ada yang takut apabila melihat Annuar berani memberikan idea sebenar dan inilah yang akhirnya dihadapi oleh beliau," katanya.

Yahya menyifatkan Annuar sangat cemerlang dan menonjol dalam membawa pasukan bola sepak Kelantan dan beliau mempunyai hala tuju untuk melihat kualiti persembahan kumpulannya.

Yahya turut membayangkan kemungkinan Annuar akan menerima nasib sama seperti bekas Naib Presiden, Allahyarham Datuk Basri Akil yang lantang bersuara mengkritik FAM.

"Bagi saya tidak ada siapa yang berani bersuara dan membuat teguran di dalam mesyuarat dengan kehadiran pucuk pimpinan tertinggi persatuan, jadi pandangan Annuar adalah positif," katanya.

Beliau tidak bersetuju tindakan FAM membawa Annuar ke Jawatankuasa Disiplin, sebaliknya sepatutnya dibincangkan dengan rasional.

"Adakah FAM ini kebal, tidak ada sesiapa boleh menyuarakan pandangan untuk kebaikan bola sepak negara," katanya.

Tiada ulasan: