'Saya ada tarikh PRU, tapi tak boleh dedah' Posted: 19 Mar 2012 03:33 PM PDT KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak terus berahsia mengenai bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.
Perdana Menteri berkata, melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.
"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini.
Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.
Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.
Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.
"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya, sambil menambah kata, ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.
"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya.
Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.
Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata, lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. - Bernama
|
Antara Najib Dan Nik Aziz, Siapa Yang Boleh Bantu Kita Di Akhirat? Posted: 19 Mar 2012 07:07 AM PDT Tepuk dada anda, tanya Iman dalam diri anda.
Pilihan di tangan anda |
Live! majlis santapan sempena pembukaan sidang Dewan Negeri Selangor penggal kelima di Hotel Concorde, Shah Alam. Posted: 19 Mar 2012 06:30 AM PDT Mengiringi Tuanku DYMM Sultan Selangor ke majlis santapan sempena pembukaan sidang Dewan Negeri Selangor penggal kelima di Hotel Concorde, Shah Alam. |
Wikileaks: Penjelasan dari Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim Posted: 19 Mar 2012 02:26 AM PDT Keadilan Daily
Pertamanya kami mahu menjelaskan bahawa permohonan yang diajukan oleh Wikileaks kepada Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah satu wawancara antara Julian Assange dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kemudiannya barulah pihak kami diberitahu Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara tersebut. Makanya Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau hanya menyatakan persetujuan untuk permintaan yang asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange. Oleh itu Quick Roll Productions, pihak produksi yang terlibat dengan wawancara ini telah membuat keputusan editorial untuk meneruskan format wawancara antara Julian Assange dengan Anwar Ibrahim tanpa melibatkan penumpang lainnya. Keputusan editorial tersebut semata-mata dibuat oleh Quick Roll Productions dan tidak dipaksakan oleh Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim ke atas mereka.
Keduanya, kami merasa terpanggil apabila Dato' Seri Najib Razak menggunakan isu ini sebagai pelantar untuk mentohmah Dato' Seri Anwar Ibrahim kononnya takut berdebat dengan Raja Petra. Kami kesal kerana Dato' Seri Najib Razak bercakap tidak berdasarkan fakta yang sebenar kerana tidak timbul soal debat sedangkan yang dipersetujui antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Julian Assange adalah wawancara satu sama satu. Akan tetapi oleh kerana YAB Perdana Menteri beriya-iya bercakap soal debat, kami berpendirian adalah sangat baik untuk rakyat dan negara ini sekiranya Dato' Seri Najib Razak bersetuju untuk berdebat dengan YB Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Perdebatan antara YB Ketua Pembangkang dengan YAB Perdana Menteri berkaitan isu nasional pastinya memberi manfaat yang banyak kepada rakyat dan negara Malaysia. Justeru keengganan Dato' Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim memunculkan tanda tanya di kalangan rakyat terbanyak, sama ada YAB Perdana Menteri takut ataupun tidak punya komitmen untuk menyuburkan amalan Demokrasi di negara ini.
Ibrahim Yaacob
Ketua Staf Pejabat Dato' Seri Anwar Ibrahim
|
Kerjasama niaga dengan Yahudi: Respon Nik Aziz Posted: 19 Mar 2012 02:06 AM PDT NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
SUSULAN kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden Pas Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut. Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan Umno yang menyatakan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.
Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT. Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.
Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis. Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi. Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :
تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ
yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..."
Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.
Adapun yang ditentang oleh Pas ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin. Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel. Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel. Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia. Agar mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..."
Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik Umno memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel. Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka. Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan. Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT:
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)
yang bermaksud: "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7 Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi. Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting. Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah). Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?
Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT. Inilah yang Pas lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh Pas di Kelantan yang bertentangan dengan Islam?
Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam? Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam? Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila Umno bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.
Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALLAH SWT. Jika andainya dijemput oleh ALLAH SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal menghadap ALLAH SWT?
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
|
Isu Yahudi-Zionis: Nik Aziz pertahan Hadi Posted: 19 Mar 2012 01:59 AM PDT
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin sambil menegaskan, pihaknya hanya menentang urusniaga dengan kerajaan Zionis, yang menurutnya menguasai tanah Palestin secara haram.
Kelmarin, Abdul Hadi berkata, aktiviti urusniaga dengan Yahudi dibenarkan, tetapi bukan dengan Zionis.
Kenyataan itu mengundang kritikan pemimpin-pemimpin Umno yang menyifatkan Pas sebagai parti tidak konsisten.
"Adapun yang ditentang oleh Pas ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan Zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.
"Berurusniaga dengan kerajaan Zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu kata beliau, menjadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel.
Beliau seterusnya berkata, "hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalin hubungan dagang dengan negara Israel."
Dengan merujuk kepada soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd Hatta Ramli di Dewan Rakyat Selasa lalu, Nik Abdul Aziz berkata, agar mengejutkan apabila jawapan diberikan oleh Menteri Kewangan menyebut larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994.
Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
"Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel?
"Hairan saya, tidak malukah akhbar milik Umno memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia- Israel," katanya lagi.
Dalam kenyataannya hari ini, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, hakikatnya menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi.
"Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka.
"Demikian juga dengan mereka yang mengaku Muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan.
"Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi," katanya lagi.
|
TG Nik Aziz: Berkebajikan Dalam Perjuangan Posted: 18 Mar 2012 10:43 PM PDT "Bukanlah suatu kebajikan itu kamu menghadapkan muka ke Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermakan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang musafir, orang yang meminta-minta, orang yang memerdekakan hamba abdi; orang mendirikan sembahyang, serta mengeluarkan zakat, dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka berjanji orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan kesakitan, dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar; dan mereka itulah juga orang yang bertakwa" (Surah Al-Baqarah 2:177). Sesungguhnya pendekatan 'berkebajikan' sudah dua dekad dilaksanakan di Kelantan, iaitu sebaik sahaja PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri. Ia satu pendekatan yang selari dengan kehendak Islam, kerana ajaran Islam sendiri mengutamakan urusan berkebajikan di dalam amalan berkerajaan. Urusan ini adalah sesuai dengan sifat Kelantan sebagai Serambi Mekah dan 'Negeri Tadahan Wahyu' yang bercirikan baldatun toyyibatun warabbun ghofur. "Sesungguhnya bagi penduduk Saba, ada tanda-tanda yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kebun, yang terletak di sebelah kanan dan kiri. Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya. Negerimu adalah negeri yang baik dan Tuhan yang Maha Pengampun!" (Surah Saba' 34:15). Justeru itu, sejak saya menyandang jawatan Menteri Besar bermula 1990 lagi saya tidak pernah mengambil pemberian elaun-elaun kerajaan sebagai tanda bersederhana dalam hidup. Amalan ini saya panjangkan pula kepada semua wakil rakyat. Ia suatu langkah berkebajikan kerana elaun yang tidak diambil itu boleh dimanfaatkan bersama rakyat atau membantu rakyat meskipun ia nampak kecil. Sebagai contoh sebulan elaun dapat RM5,000, dan cuba bayangkan kalau setahun sudah mencapai RM60,000. Begitulah, saya tidak pernah menggunakan wang kerajaan untuk tujuan peribadi, malah kemudahan rumah yang disediakan oleh kerajaan saya tak tinggal di rumah itu. Sebaliknya, rumah itu telah dimanfaatkan untuk urusan umum. Demikian lagi, saya tidak menggunakan kenderaan kerajaan untuk kemudahan peribadi mahupun keluarga. Saya sedia mendidik rakyat berekonomi secara Islam, misalnya dilaksnakan Ar-Rahn iaitu sistem pajak gadaian Islam. Begitu juga amalan pentadbiran seperti cuti mingguan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad, Skim Kifalah untuk keluarga warga emas dan Skim Armalah untuk wanita yang kematian suami atau ibu tunggal dan banyak lagi. Selain itu, elaun sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha yang disediakan kerajaan untuk menteri besar sebanyak RM30,000 hingga RM50,000 tidak pernah saya ambil. Sambutan hari raya itu tetap dibuat (di rumah Pulau Melaka), tetapi dengan belanja sendiri. Ia suatu pendirian bagi menjimatkan duit rakyat. Sikap pemimpin sebegini bukan bermakna rakyat akan miskin dan jadi bangsat, sebab mereka akan dapat bahagian (nikmat) atas keperihatinan kita yang memimpin. Justeru kita perlu memimpin berlandaskan cara Islam, sebab Islam itu menganjurkan 'sebuah badan kebajikan' yang menolong orang. Berkebajikan hendaklah dengan keredhaan Atas prinsip Islam sebegini, apabila Islam mentadbir maka jaminan berkebajikan ialah keredhaan Allah atas segala urusan berkerajaan dan khidmatnya kepada rakyat. Maka konsep mengharamkan riba di Kelantan, membebaskan negeri itu daripada amalan berjudi dan seumpamanya lagi adalah membezakan natijah berkebajikan yang difahami oleh Barat. Dengan kata lain, Islam tidak melihat berkebajikan itu atas nilai benda semata-mata. Malah benda itu hendaklah dikongsi sama dengan unsur keberkatan dan keredhaan. Nilai ini hanya berjaya diraih setelah sesuatu yang dilaksanakan selari dengan perintah Allah dan sudah tentu mendapat keampunan-Nya. "Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan" (Surah Al-A'raf 7:96). Semoga segala usaha Kerajaan Negeri Kelantan selama ini telah dalam melaksanakan pengisian konsep 'Negeri Berkebajikan' sentiasa mendapat pentunjuk Allah SWT. Semestinya juga ia hendaklah berkonsep 'keimanan dan ketaqwaan' atas segala amalan kebajikan yang dilaksanakan. |
Isu Zionis: Jawapan kepada Mahmud Zuhdi Posted: 18 Mar 2012 10:19 PM PDT Mohd Nasaie Ismail, Susulan kenyataan Profesor Mahmud Zuhdi dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang mengulas jawapan Presiden PAS ketika menjawab persoalan hadirin dalam majlis makan malam Dewan Muslimat PAS di Shah Alam tempoh hari, suka untuk saya jelaskan beberapa perkara. Pertama, kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tersebut selari dengan pendirian rasmi Dr Yusuf Al Qardhawi, Pengerusi Persatuan Ulama Dunia, bahawa kita menentang Israel bukan kerana mereka Yahudi, tetapi kerana mereka menjajah tanah umat Islam Palestin dan fahaman zionis mereka. Penubuhan negara haram Israel bukan sahaja melibatkan Yahudi tetapi juga adanya konspirasi melibatkan Kristian Evangelis. Bermakna Zionis itu bukan melibatkan kesemua Yahudi, tetapi sebahagian Yahudi dan segelintir Kristian mazhab Evangelis. Kedua, di kalangan penganut Yahudi salah satu cabang dalam mazhab ortodok sendiri menentang Zionisme dan dianggap sesat daripada agama Yahudi yang sebenar. Mereka menganggap penubuhan Negara Israel diatas tanah umat Islam Palestin ibarat menggali kubur besar kepada orang Yahudi sendiri. Yahudi sebegini terlibat sama dalam banyak muktamar pembebasan Palestin yang diadakan di Beirut, Istanbul, London dan Tehran. Malah ada diantara mereka dipenjarakan oleh rejim Zionis Israel kerana menentang penubuhan negara tersebut. Saya keliru kenyataan Prof Mahmud Zuhdi menyatakan bahawa Yahudi zaman Rasulullah berbeza dengan Yahudi hari ini kerana mereka berakhlak mulia. Sedangkan Yahudi di zaman Rasulullah pun ramai yang jahat dan menyeleweng daripada kitab taurat. Namun ada yang bermuamalah dengan Nabi. Tauladan Nabi ini akan terus berlaku sepanjang zaman. Begitu juga hari ini, wujud Yahudi berfahaman Zionis yang zalim menjajah dan membunuh umat Islam dan wujud juga Yahudi yang menolak dan menentang penubuhan penjajahan dan kezaliman tersebut. Mereka banyak tinggal di Amerika dan Eropah. Malah di zaman ini ada diantara mereka memeluk Islam dan menjadi pendakwah terkenal seperti Muhamad Asad daripada Austria dan Mariam Jamilah daripada Amerika. Prof Mahmud Zuhdi juga mengatakan bahawa jawapan Hadi tergelincir daripada landasan Islam dan bertujuan politik untuk menjaga hati pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi Zionis adalah tuduhan yang berat. Mungkin beliau tidak membaca kenyataan rasmi Presiden PAS dan disambut oleh Mursyidul Am PAS secara tegas bahawa PAS menolak kewujudan negara haram Israel. Malah Presiden PAS juga tegas menyatakan jika kesemua negara Arab bersetuju pembahagian wilayah Palestin dan Israel, kita tetap menentangnya kerana Palestin bukan milik Arab, tetapi milik umat Islam. Oleh itu, tidak timbul soal Presiden PAS memberi jawapan politik untuk menjaga hati sesiapa tetapi berasaskan fakta, sejarah dan hukum di dalam agama Islam. Penulis ialah Setiausaha Akhbar Presiden PAS. |
Kadir Sheikh Fadzir isytihar keluar Umno Posted: 18 Mar 2012 09:54 PM PDT KUALA LUMPUR, 19 Mac: Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengisytiharkan keluar Umno hari ini. "Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Dalam kenyataan itu, beliau memaklum mula menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang iaitu selama 56 tahun. Beliau pernah menjadi Exco Pemuda Umno selama 10 tahun dan Ahli Majlis Tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti Ketua Pemuda Umno Negeri Kedah dan sebagainya. "Saya juga menjadi Ahli Pentadbiran Kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku Setiausaha Politik, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri. "Pada minggu sudah saya telah meletakkan jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, jawatan yang akhir dalam Umno yang saya menjawat," ujarnya. Tindakan beliau mengkritik kepimpinan Umno dan kerajaan hari ini telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pemimpin utama parti itu. Kritikan beliau selaku Timbalan Presiden Amanah terhadap Umno termasuk mendedahkan pembelian undi semasa pilihan raya umum jelas menimbulkan kemarahan beberapa pemimpin utama Umno. |
Sultan Selangor perkenan rasmi Sidang DUN Posted: 18 Mar 2012 08:25 PM PDT Mar 19 2012 / Keadilan Daily (Oleh: Norutul Ilham)
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenaan merasmikan pembukaan mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Selangor (DUN) ke-12 tahun 2012.
Upacara perasmian itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isteri, Puan Sri Salbiah Tunut, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan isteri serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Sidang DUN akan bermula bersidang esok hingga 30 Mac ini. Baginda Sultan tiba di Dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira jam 9 pagi.
Selepas muzik dimainkan, Tuanku Sharafuddin memeriksa barisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada Pusat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Terdahulu, Abdul Khalid berkata, antara isu yang akan diberi perhatian adalah keadaan kewangan negeri yang semakin meningkat termasuk program-program pembangunan yang bakal dilaksanakan untuk rakyat pada tahun ini.
Menurut laporan Jabatan Kewangan Negeri Selangor, simpanan tunai kerajaan negeri bertambah lebih 26 peratus dan secara terkumpul melebihi RM1.9 bilion sehingga hujung 2011 berbanding kurang RM500 juta pada 2007.
|
Selamat hari jadi ke-46 DAP Posted: 18 Mar 2012 07:51 PM PDT Komentar Roketkini
Hari ini genap 46 tahun penubuhan Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti politik yang sah di sisi undang-undang yang telah menjadi mangsa fitnah kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO sejak penubuhannya pada 18 Mac 1966.
Ramai orang masih tidak mengetahui apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh DAP, namun banyak pula yang menelan bulat-bulat pembohongan UMNO-BN kononnya DAP adalah parti komunis, cauvinis dan hanya mementingkan kaum Cina. Semua ini hanya fitnah belaka.
Sepanjang 46 tahun kewujudannya menentang arus dan menempuh badai, DAP terpaksa mengulangi beratus, malah beribu kali, bahawa ia adalah parti demokrat yang mahu kepada peluang saksama dan keadilan sejagat tanpa mengira kaum dan agama. Itu sahaja. Ia bukan komunis atau cauvinis. Ia parti pelbagai kaum untuk semua kaum.
Sepanjang tempoh itu juga, selain fitnah yang berterusan, para pemimpin dan ahli DAP terpaksa menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran, termasuk penindasan pemerintah UMNO-BN. Dalam bentuk yang kejam dan zalim.
Erti perjuangan
Bersama-sama dengan rakan seperjuangan PAS, ramai para pemimpin dan ahli DAP telah merengkok dalam tahanan tanpa bicara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Senarainya begitu panjang sekali walau pun cuba dipadamkan dari sejarah rasmi yang dikawal oleh UMNO-BN.
Mantan Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang yang kini Ketua Parlimen DAP adalah antara mereka yang pertama yang ditahan di bawah ISA dan cuba dikaitkan oleh pihak berkuasa dengan tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969. Walau pun terbukti Kit Siang sama sekali tidak terbabit, sehingga hari ini tiada usaha untuk memulihkan namanya yang telah dicemar oleh pemerintah UMNO-BN.
Dari senarai kepimpinan DAP hari ini, Pengerusinya Karpal Singh juga menjadi mangsa ISA. Begitu juga Timbalan Pengerusi Dr Tan Seng Giaw. Malah Setiausaha Agung Lim Guan Eng turut ditahan tanpa bicara bersama ayahnya Kit Siang waktu Operasi Lallang 1987 bersama Karpal dan Seng Giaw.
Naib Pengerusi DAP Tan Kok Wai juga pernah ditahan ISA. Begitu juga Setiausaha Organisasi DAP Teresa Kok yang menjadi mangsa ISA.
Pendek kata, tidak ada parti politik yang sah di sisi undang-undang di negara ini di mana barisan kepimpinannya paling ramai menjadi mangsa ISA. Semuanya kerana perjuangan mereka membela rakyat serta mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan UMNO-BN.
Sehingga hari ini tuduhan ke atas mereka tidak pernah dibawa ke mahkamah terbuka. Maksudnya sehingga hari ini mereka tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan. Maksudnya dosa kezaliman dan kekejaman masih terus ditanggung oleh pemerintah UMNO-BN.
Selain barisan kepimpinan yang ada hari ini, ramai lagi tokoh DAP yang dimangsakan oleh kerajaan UMNO-BN. Antara mereka adalah salah seorang pengasas DAP Chan Kok Kit (meninggal dunia 2001), Datuk Chian Heng Kai (meninggal dunia 2011), P. Patto (meninggal dunia 1995), Dr Kua Kia Soong, M. Manoharan dan berapa orang lagi yang menjadi penghuni kemn tahanan tanpa bicara di bawah ISA.
Segala tangisan dan penderitaan kaum keluarga serta sanak saudara dan sahabat handai mereka tidak dipedulikan sama sekali oleh kumpulan elit yang berada di tampuk kuasa.
Asas-asas perjuangan
Inilah pengorbanan para pemimpin dan ahli DAP semata-mata memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat.
Mengimbas kembali, asas-asas yang mereka perjuangkan adalah berdasarkan:
* Berjuang menerusi cara-cara berperlembagaan untuk menubuhkan satu masyarakat bercorak demokrasi sosial;
* Memelihara negara Malaysia yang demokratik berasaskan hak mengundi dewasa sejagat rakyat Malaysia;
* Menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada; mewujudkan ekonomi yang memberikan peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat dan pulangan ekonomi setimpal dengan usaha dan kemahiran mereka;
* Memastikan kehidupan yang memuaskan dan keselamatan sosial kepada golongan tua dan kurang upaya; dan
* Menyemai semangat perpaduan negara, bermaruah dan berdikari di kalangan rakyat Malaysia dan menggalakkan mereka dengan perasaan untuk berikhtiar dalam mewujudkan satu masyarakat yang makmur, stabil dan saksama.
Atas perjuangan inilah para pemimpin dan ahli DAP sering menjadi mangsa kerakusan kuasa UMNO-BN.
Kini 46 tahun sudah berlalu, dan DAP tetap cekal dan tabah dengan prinsip perjuangan yang sama. Dengan berbekalkan Perlembagaan Persekutuan yang diterima pada 1957, perjuangannya tetap mahu membebaskan rakyat dari cengkaman politik perkauman dan salah guna kuasa serta korupsi.
Perjuangan DAP yang dipenuhi dengan duri dan air mata akan tetap diteruskan. Generasi masa kini lebih memahami erti perjuangan. Mereka sudah afdal dalam membezakan antara kebenaran dan fitnah.
Rakyat mahu ubah sekarang, rakyat mahu selamatkan Malaysia. – Roketkini.com
|
Live Dari Dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. YB Pakatan Rakyat Posted: 18 Mar 2012 07:50 PM PDT |
Calon PRU: Kuasa mutlak bukan di tangan saya, kata Azizan Posted: 18 Mar 2012 04:47 PM PDT Oleh: ROSNANI SAAD
ALOR SETAR - Hasrat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mahu bertanding di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu mengambil kira pelbagai faktor terlebih dahulu, kata Menteri Besar.
Antaranya ialah bergantung kepada penerimaan dan sokongan dari Pas kawasan.
Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memberi keizinan kepada Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu untuk bertanding di negeri ini.
"Kita tidak tolak calon dari luar malah sudah ada beberapa calon luar yang bertanding di Kedah dalam pilihan raya sebelum ini dan mereka menang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Pas Kedah.
Menurutnya, beliau tidak mempunyai kuasa penuh untuk menentukannya perkara itu kerana ia wajar dirujuk kepada pihak atasan. "Apa kuasa saya, saya bukan presiden parti, tetapi orang masih fikir saya yang berkuasa di Kedah (dari segi politik), tetapi saya bukan macam itu. "Apa yang penting ialah untuk pertahankan kemenangan dan melakukan yang terbaik untuk tadbir Kedah," katanya.
Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk menerima Mat Sabu sekiranya Pas kawasan mahu menerimanya.
"Sebaliknya, jika ada 100 cawangan, 40 mahu terima dan 60 pula tidak mahu terima. Inilah masanya Badan Perhubungan perlu memainkan peranan dalam mencari kesesuaian atau jalan tengah.
"Tambahan pula, semua aspek perlu diambil kira dalam pilihan raya umum termasuk sokongan individu atas pagar, sokongan orang ramai serta rakan-rakan (dalam parti)," katanya.
Mat Sabu yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah (1999 - 2004), dikatakan cuba mengintai ruang dan peluang untuk bertanding kerusi Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum kali ini.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan