Selasa, 20 Mac 2012

Era Pasca

Era Pasca


WAHAI RAKYAT MALAYSIA, JOM BANGKIT!!! JOM BALING KASUT BURUK!!!

Posted: 20 Mar 2012 12:02 AM PDT

Aku nak ajak korang ke Perhimpunan aman 'BEBASKAN IMAM HOSLAN' yang akan diadakan pada 24 Mac 2012 jam 2 ptg di Masjid Wilayah. 


Imam ni dipenjara kerana ketidakpuasan hatinya pada campurtangan politik dalam Masjid di tempatnya. Hakim pulak yang memihak pada UMNO-BN telah menghukum penjara keatas Imam ni kerana kepalanya telah dibaling kasut oleh Imam ni tanda ketidakpuasan hati rakyat terhadap birokrasi dan ketidakadilan yang secara terang terangan berlaku dalam institusi kehakiman negara. 


Sila bawa SELIPAR/KASUT yang dah x guna utk 'gimik' simbolik perjuangan imam hoslan. Kita akan berarak ke Istana Negara menghantar permohonan mengadap YDP AGONG.

Koleksi Gambar-Gambar penjelmaan misteri dalam gambar (Malaysia)

Posted: 19 Mar 2012 09:38 PM PDT

Di negara ini juga tidak kurang munculnya pelbagai cerita seram dan perkara aneh, dan pelbagai jelmaan pelik yang tidak sepatutnya berada di lokasi gambar diambil. Kami memaparkan 10 gambar yang agak popular yang diambil oleh rakyat tempatan, dan tidak kurang seramnya.

1. Hantu Budak Cina Tol Plaza
Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump.

2. Hantu Kereta Remuk
Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap


Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan

Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal


Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan

Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

7. Pocong Di Kawasan Kilang

Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada

Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu'alam.

10. Wanita Kebaya Merah

Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.


Kerajaan negeri Selangor akan bantu kos pembaikan rumah rosak akibat banjir

Posted: 19 Mar 2012 04:00 PM PDT


KERAJAAN Negeri telah mengenal pasti 11 buah rumah yang rosak teruk dalam kejadian banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang pada 7 Mac lalu, dengan kos kasar pembaikan dianggarkan sebanyak RM105,000.

Rumah-rumah ini dicadangkan untuk diperbaiki oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, YB Khasim Abdul Aziz .Kesemua rumah ini dimiliki penduduk tempatan bukan berstatus penyewa.

Setiap pemilik rumah ini akan menerima bantuan antara RM1,500 sehingga RM30,000 bergantung kepada tahap kerosakan. Terdapat sebuah rumah yang mengalami kerosakan teruk dan Kerajaan Negeri bercadang mengantikan rumah baharu di bawah Program Kerajaan Prihatin.

Kebanyakan rumah-rumah ini mengalami kerosakan pada dinding, dapur dan siling yang perlu dibaiki untuk membolehkan pemiliknya menduduki semula rumah mereka.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan bantuan wang tunai kepada mangsa banjir ditambah kepada RM1,000 setiap keluarga bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa.

Beliau membuat pengumuman itu pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor oleh DYMM Sultan Selangor, Tuanku Saifuddin Idris Shah, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sangat prihatin dengan beban yang ditanggung mangsa banjir dan langkah segera akan diambil untuk mengelak kejadian sama berulang termasuk menyegerakan kerja-kerja mendalamkan sungai. Pertubuhan Misi Bantuan Kemanusian Selangor (PANTAS) yang diketuai Exco negeri, YB Rodziah Ismail juga mengadakan program gotong royong membersihkan rumah penduduk pada 17 dan 18 Mac baru-baru ini.

Anggota sukarelawan PANTAS seramai 80 orang membantu mangsa banjir membersihkan peralatan rumah yang ditenggelami air, membersihkan sampah sarap dan longkang yang dipenuhi lumpur, membersihan surau selain memberi bantuan pakaian dan makanan.

Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Gempar!!! Hanya 50 Org Saja Hadir Di Ceramah PR Di Kg Medan Selangor!!

Posted: 19 Mar 2012 09:06 AM PDT



Salam semua..
seperti yg kita sedia maklum,
jika BN membuat ceramah 
pasti akan berjuta rakyat turun mendengar ceramah mereka
seperti kata kata pemimpin BN, rakyat sudah bersama BN..

misi BN utk merampas semula selangor pasti akan berjaya
jika kita semua merenung gambar gambar sekitar ceramah PR ini..

tetapi apakan daya ceramah PR sering tiada sambutan,
mungkin kerana anak muda dan rakyat malaysia sudah jemu..

maka dgn ini sila lah anda buat perbandingan sendiri..
bagi gua sebagai karat biru totok tahap gaban..
gua tetap mengatakan hanya 50 saja yg hadir ceramah pakatan rakyat
di kg medan jln klang lama selangor darul ehsan malam ini..

gua yakin hanya 50 org saja! kah kah kah - Abbs / @tiewnama






 CERAMAH HASAN ALI MENDAPAT SAMBUTAN 100 RIBU PENDUDUK
DI KG MELAYU SUBANG SELANGOR DARUL EHSAN
KAH KAH KAH
 KAH KAH KAH


Penjelasan lanjut - Kekeliruan berniaga antara Yahudi dan Zionis

Posted: 19 Mar 2012 06:20 AM PDT


Susulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan... Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut.

Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.

Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu.

Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT.

Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.

Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis. Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi.

Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :

 تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum...

" Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga.

Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi?

Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.

Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.

Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

Menjadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel.

Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel.

Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia.

Agak mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa:

".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..."

Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel?

Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi?

Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka.

Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan.

Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT

: اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7

Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi. Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting.

Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah).

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?

Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT.

Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam? Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam?

Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam?

Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam?

Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.

Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT.

Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT?

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan. Bertarikh:
26 Rabiul Akhir bersamaan 19 Mac 2012

Tiada ulasan: