Isnin, 19 Mac 2012

Era Pasca

Era Pasca


Penjualan Maju Expressway: Geran Bernilai RM976.7 juta - Adakah dipulangkan ?????

Posted: 18 Mar 2012 06:45 PM PDT


Penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh MHSB kepada EP Manufacturing Bhd yang bernilai RM1.7 bilion membolehkan MHSB mengaut keuntungan mudah bernilai RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja. "Ini menimbulkan keraguan memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta.

"Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. "Selain geran tersebut, anggaran suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta iaitu 4.5% dari kos keseluruhan kerana MHSB turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

"Maknanya, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. "Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja,"

MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN



 
Terdapat kemuskilan yang timbul akibat daripada penjualan ? Adakah geran kerajaan RM976.7 juta di pulangkan semula kepada kerajaan.......?????????? Persoalan yang kena dijawab dan dijelaskan oleh PM Najib sebab urusniaga itu tak boleh diluluskan kalau tanpa Menteri Kewangan....sapa ye Menteri kewangan Malaysia ni.....

p/s : skandal NFC baru 250 juta.....tapi yang ini 976.7 juta....banyak tu..... takkan buat untuk dana pilihanraya pulak...

Penternak Lembu Berjaya 1Malaysia

Posted: 18 Mar 2012 06:56 AM PDT

Bermula dari penafian demi penafian dari Kak Jat Cow sekeluarga serta lembu lembunya, hinggalah lakinya kene dakwa.. Kini cerita NFC ni dah macam cerita celebriti, jangan kata media Malaysia je, malah media Singapura juga duk kejar cerita ni. Beza media perdana disana hanyalah mereka memberi maklumat lagi banding media perdana Malaysia yang 'tutup' cerita sebenar lembu.




Mengikut kenyataan akhbar harian Singapura, The Straits Times beberapa hari lalu menyenaraikan 4 syarikat yang dimiliki keluarga penternak lembu berjaya 1Malaysia ni yang merangkumi restoran, makanan, firma pelaburan dan juga pasaraya. Sebuah firma pelaburan yang dimanakan Icube Investments Pte Ltd yang mempunyai modal berbayar sebanyak S$1 Juta atau bersamaan dengan RM2.4 Juta. Berdasarkan profile syarikat yang diperolehi dari 'Singaporean Accounting and Corporate Regulatory Authority (ACRA)', Pengarah Urusan dan pemegang saham adalah suami Kak Jat Cow iaitu Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran. Disamping Salleh dan Izran, Anak perempuannya Wan Izzana Fatimah Zabedah dan seorang lagi anak lelakinya, Wan Shahinur Izmir juga adalah Pengarah didalam Syarikat-syarikat ini.


Kaji punya kaji, modal berbayar bagi keseluruhan syarikat-syarikat di Singapura ini mencecah S$3.65 Juta, atau RM8.85 Juta.
Kayanyeeeeeeeeeeeeee.. Macam ni aku pun nak meniaga lembu laaaaaaaaaa!!! 
Kah kah kaaaaaaaaaaaaaahh!!!






UMI DARA KEMBALI.. JENG3!!

Posted: 18 Mar 2012 05:31 AM PDT

Salam, sape baca bernama hari nih?? Khabarnya Umi Dara kembali.. kahkahkah

Kelmarin 10 tahun diam, bila ada pilihan raya kecil meroyan pula, kendian hilang balik lepas dah dapat duit..
Kali nih pasal dah dekat Pilihan Raya Umun, dia kembali lagi... kihkihkih

Takpa kita tunggu!!


Erk mana video yang Umi dara kata ada tu? 14 kali dah aku g ceramah Umi, dia akan angkat kertas di atas meja ceramah dia tu lepas tu pekik! Akan bawa bukti akan bawa bukti... tapi sampai laa nih diam! macam cibai kan pangai die... apa kes die nak saman Azmin Ali. Anwar dan Karpal serta Baginda?? Senyap jugak kan? Bersumpah dah berbakol-bakol tapi habuk pun tarak.. Puith!

Tiada ulasan: