Sabtu, 24 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Anak Menteri Dikaitkan dengan Kes BUNUH?

Posted: 24 Mar 2012 08:33 AM PDT


[KD] KUALA LUMPUR 24 Mac: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak siasatan menyeluruh dijalankan berhubung dakwaan terhadap anak menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bernama Mohamad Nedim, yang terlibat dalam insiden memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut pihak polis melakukan siasatan yang bebas dan adil memandangkan Mohamad Nedim sebelum ini turut dikaitkan dalam satu kes pembunuhan.

"AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

"Pihak polis didesak tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004, yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim," kata Shamsul.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid semalam mengesahkan dua laporan polis dibuat dan kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.

Sementara itu, NGO Jingga 13 turut menuntut siasatan segera dilakukan memandangkan perlakuan itu dilakukan oleh anak seorang Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri

"Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut.

"Bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia," kata ketua penyelarasnya, Fariz Musa.

Menurutnya, polis juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian' itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesen operasi mereka.

"Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul tidak dibela," katanya.



Berkaitan:

Kes anak menteri: Siasatan tak berat sebelah penting
[MK] Pihak polis digesa menjalankan siasatan secara bebas dan tidak berat sebelah berhubung dakwaan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Pihak keselamatan juga diharapkan tidak tunduk kepada sebarang tekanan termasuk sekiranya datang daripada menteri sendiri, demikian peringatan daripada Naib Presiden PKR N Surendran , Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan NGO JINGGA 13 yang dekat dengan pembangkang.

"Keyakinan umum pada polis sentiasa berada di paras rendah pada setiap masa dan polis mesti membuktikan mereka boleh menyiasatnya tanpa memihak," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam masa yang sama, Surendran berkata, Nazri mesti menjelaskan bagaimanapun anaknya mampu memiliki kereta Porsche dan mempunyai pengawal peribadi sendiri.

"Ini juga masanya semua menteri patut mengisytiharkan harta masing-masing," katanya.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid sebelum ini mengesahkan dua laporan polis dibuat ekoran kejadian di Bukit Kiara itu dan menyiasatnya mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu tetapi enggan mengulas lanjut butiran kejadian.
 
 
 
 


Samseng MAKAN Mayat Pengkhianat

Posted: 24 Mar 2012 05:00 AM PDT

SRETKO Kalinic (kiri) dan Luka Bojovic.

[HM] MADRID: Sekumpulan samseng menyeksa dan membunuh ahli kumpulan yang khianat dan kemudian memasak sup dengan menggunakan mayat mangsa.

Kumpulan samseng Serbia memukul Milan Jurusic, 37 hingga mati dengan penukul lalu menyiat daging mangsa dengan pisau tajam sebelum memasukkannya ke dalam pengisar daging, di sebuah rumah pangsa di Madrid.

Mereka menjadikan kulit mukanya sebagai topeng, memasak daging mangsa dan menjadikan hidangan tengah hari.
Mereka juga membuang tulang mangsa ke dalam Sungai Manzanares di ibu negara Sepanyol itu.

Seorang anggota kumpulan samseng itu, Sretko Kalinic, atau dikenali sebagai 'The Butcher' mengaku melakukan jenayah itu setelah ditangkap di Zagreb, Croatia, tahun lalu.

Pihak berkuasa Sepanyol menemui 50 tulang di dalam sungai dan menemui rumah seram, tempat jenayah itu dilakukan, minggu lalu.

Jurusic dikatakan mengkhianati anggota kumpulan itu dengan mencuri duit mereka.

Dia melarikan diri setelah didapati bersalah membunuh Perdana Menteri Serbia, Zoran Djindjic pada 2003.

Polis Sepanyol percaya, Luka Bojovic yang mengetuai kumpulan samseng yang makan daging manusia itu, membunuh Jurusic. Dia yang turut dituduh membunuh Djindjic, ditahan di Valencia, bulan lalu.
MILAN Jurusic.
MILAN Jurusic.

Di apartmen Bojovic di Valencia, polis menemui dokumen yang menyokong kenyataan Kalinic mengenai pembunuhan ngeri itu.

Semua anggota samseng yang terlibat dalam pembunuhan ngeri di Madrid, dikatakan anggota Zemun Clan, kumpulan mafia dari Belgrade.

Jenayah itu dikatakan dilakukan pada 2009, ikni disiasat majistret Fernando Andrew dari Mahkamah Nasional di Madrid. -DM


Wanita Disamun dan Dirogol Pemandu Teksi dan Geng

Posted: 24 Mar 2012 02:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi berusia 30-an.

Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas tiga lelaki durjana itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya untuk pergi bertemu rakannya di Kepong.

"Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki dipercayai rakan subahatnya sebelum meneruskan perjalanan ke Kepong.

"Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa.

"Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu," katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar daripada kenderaan itu berhampiran kawasan berkenaan.

"Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan bernasib baik apabila mendapat bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

"Wanita terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan mengenai kejadian itu," katanya.

Sumber itu berkata, selepas percakapan mangsa dirakamkan, wanita terbabit dirujuk ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, mangsa masih ditahan di wad kerana dilaporkan trauma akibat insiden menimpanya itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit masih dijalankan.


[Awas] Telur Ayam TIRUAN Mungkin Bersepah di Pasaran

Posted: 24 Mar 2012 01:04 AM PDT



[SH]KERTEH – Selera sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh di sini, kelmarin untuk menjamah hidangan tengah hari terjejas selepas telur yang direbus bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, dipercayai telur tiruan.

Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata, dua biji telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie juga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Katanya, telur yang telah direbus dikupas kulit dengan setiap biji telur dibelah dua untuk ditumis, sebelum isterinya terkejut apabila melihat bahagian putih pada telur terbabit bertukar menjadi warna biru dan terdapat tompokan seperti dakwat biru di tengah-tengah bahagian putih telur itu serta kuning telurnya juga berwarna agak pekat.

"Seumur hidup, inilah pertama kali saya lihat putih telur berwarna biru. Terkejut saya apabila melihat keadaan putih telur berubah warna sebegini.

"Dua biji telur ini adalah antara 10 biji telur dalam satu bungkusan kotak telur plastik, yang saya beli (malam Rabu lalu) di sebuah pasar raya di Paka, Dungun. Tarikh luput telur yang tertera pada bungkusan juga masih jauh dan ia masih boleh dimakan. Itu menyebabkan saya pelik," katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.

Sejurus melihat keanehan pada dua telur tersebut, Mohd Yusof segera memeriksa lapan lagi telur yang tinggal dan mendapati salah sebiji daripadanya berbentuk agak ganjil dengan saiznya lebih besar daripada telur lain.

Menurutnya, pada ruang tengah kulit ayam tersebut licin seolah-olah dilakukan penyambungan pada bahagian luaran kulit telur tersebut manakala pada kotak plastik telur terbabit tertera telur berkenaan dikeluarkan di Melaka.

"Kemungkinan juga telur tiruan dicampurkan bersama telur tulen bagi mengelakkan ia disedari. Kalau dua telur tadi digoreng mungkin kami sekeluarga tidak sedar akan keganjilan pada dua biji telur itu.

Mohd Yusof dan isteri serta anak-anak kemudiannya hanya makan nasi berlaukkan kicap bagi mengalas perut kerana sudah hilang selera makan.

"Jadi saya sebagai pengguna merasa sangat dukacita dengan perkara ini kerana jika benar ia telur tiruan ia boleh membahayakan nyawa pengguna.

"Pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli telur bagi mengelakkan ditipu dan diharap pembekal juga tidak mementingkan keuntungan sahaja," katanya.
P/s: Sewaktu cerita telur tiruan yang didakwa dibawa masuk dari China hangat diperkatakan, Menteri Kesihatan menafikan kewujudan telur-telur tersebut di pasaran.

Najib: Tribunal Siasatan Peguam Negara Tidak Akan Ditubuhkan, Apa Alasan *&7&**&** Najib?

Posted: 23 Mar 2012 08:41 PM PDT


[MK] Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan yang didakwa memerangkap bekas ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Ramli Yusuf.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, perdana menteri berkata ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.

"Tidak (akan ditubuhkan). Itu merupakan dakwaan. Dakwaan perlu disahkan," katanya.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan itu, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.



P/s: Jika dakwaan itu perlu disahkan, maka tribunal yang bakal ditubuhkan itu nantilah yang akan memainkan peranan untuk menyiasat dakwaan tersebut. Tanpa tribunal atau apa-apa yang berkenaan ditubuhkan, bagaimana Peguam Negara mahu membersihkan namanya?

Sikap mengelak Najib terhadap dakwaan salah laku yang membabitkan Peguam Negara menambah keyakinan rakyat untuk mempercayai dakwaan tersebut!




[PANAS-Video] Pekung Pejuang Islam, Melayu Raja Terburai Lagi: Azmin Kemuka Bukti Salah Guna Kuasa Hasan Ali di DUN

Posted: 23 Mar 2012 08:15 PM PDT


[GB] Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam digegarkan dengan satu pendedahan mengejutkan dimana bekas Exco Agama, Infratruktur Dan Kemudahan Awam, Datuk Hassan Ali telah didapati menyalahgunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dengan mengeluarkan senarai persendiriannya sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR.

Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Mohd Ali semasa perbahasan titah diraja.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwa membelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan.

"Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan agar semua kontraktor berdaftar dengan UPEN mulai tahun 2009 dengan kementerian kewangan dan PKK dan tender terbuka,"

"Walaupun sudah ada arahan dari kerajaan negeri secara bertulis kepada semua pihak, exco infrastruktur dan kemudahan awam (Hassan Ali) menggunakan kuasa dan membelakangkan arahan kerajaan negeri dan mengeluarkan senarai persendirian sebanyak 83 buah syarikat dan diberikan secara terus kepada pihak JKR membelakangkan prosidur, membelakangkan perundangan, membelakangkan arahan sedangkan ada arahan perbendaharaan yang hanya memberikan kuasa kepada Pegawai Kewangan Negeri yang disebut sebagai kelulusan khas dari segi perolehan dimana hanya Pegawai kewangan Negeri yang berkuasa untuk memberikan kelulusan termasuk rundingan terus. Itu memang ada dalam arahan Perbendaharaan

"Tetapi apa yang berlaku yang memberi arahan ini bukan pegawai kewangan negeri tetapi exco infrastuktur dan kemudahan awam dengan mendapat kerjasama beberapa individu tertentu di dalam pejabat perbendaharan negeri memberikan kelulusan dan memberikan senarai kepada JKR negeri sebanyak 83 syarikat," dedah Azmin.

Beliau menyatakan nilai kontrak ini setiap tahun berjumlah RM35juta.

"Maka persoalan saya dimana Islam, dimana Melayu dimana prinsip raja-raja Melayu yang diangkat hari ini sedangkan ketika kamu berkuasa ini yang kamu lakukan?" tanya Azmin

"Saya bukan nak bawak fitnah, saya bawa dokumen untuk membuktikan dimana bila audit jalankan siasatan dalaman, apa dapatan audit negeri?

"Pihak audit telah membuat semakan berkaitan carta aliran kerja JKR, didapati senarai kontraktor telah diterima dari exco berkenaan melalui satu surat bertarikh 6 Jan 2010," tambahnya lagi.

Menjawab soalan ADUN BN Permatang, Tuan Sulaiman bin Abdul Razak yang ingin tahu mengapa tidak dilakukan pendedahan lebih awal dan apakah ia boleh dianggap bersubahat, Azmin menjawab pendedahannya itu sepatutnya dilakukan lebih awal jika beliau sudah mempunyai bukti lengkap sebelum exco berkenaan, Dato Hassan Ali tidak lagi menjadi exco.

Azmin dengan sinis menyatakan beliau gembira kerana UMNO mempunyai sahabat baru dan kerana itu sahabat barunya itu perlu dipertahankan UMNO sebagai membuktikan semangat kesetiakawanan.

"Tetapi kalau nak pertahankan biarlah yang benar dan hak," katanya.

"Saya bersetuju kalau saya ada maklumat ini lebih awal, saya boleh dedahkan, tak ada masalah, tetapi proses (mengumpul bukti) mengambil masa," jelas Azmin. 


Azmin Dakwa UMNO Jual 74 Ekar Tanah Rizab Melayu

Posted: 23 Mar 2012 07:04 PM PDT


[KD] SHAH ALAM 23 Mac – Resam Umno BN apabila memegang kuasa sesebuah negeri, pastinya ada tanah rizab Melayu dijadikan harta sendiri dengan menjualnya sesuka hati.

Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dalam ucapan pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, mendedahkan penyelewengan melibatkan tanah rizab Melayu di kawasannya.

"Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu kes kerakusan Umno di kawasan Parlimen Gombak dan DUN Hulu Kelang.

"Sejumlah 74 ekar Tanah Rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual dan dipindah milik kepada Syarikat Triumph City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Bagaimanapun katanya, syarikat berkenaan gagal membangunkan tanah itu dan tidak mahu menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah tersebut ditukar.

"Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terpaksa merampas kembali tanah tersebut untuk menjaga kepentingan rakyat negeri Selangor.

"Hal ini menyebabkan tanah rizab Melayu di Selangor susut nilai dan memberi impak kepada nilai aset orang Melayu. Inilah amalan khianat Umno kepada orang Melayu di Selangor ketika mentadbir negeri ini.

"Satu lagi amalan yang sering kali dilakukan pentadbiran Umno dalam menguruskan Tanah Rizab Melayu ini adalah dengan menukar tanah rizab di kawasan bandar dengan tanah di kawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal," ujar beliau.

Sebaliknya kata Azmin, sepanjang empat tahun mentadbir Selangor, kerajaan PR tetap mengekalkan Tanah Rizab Melayu demi kepentingan kaum itu.

"Kerajaan PR terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang diberikan rakyat. Oleh itu, adalah diharapkan agar kerajaan negeri dapat merangka satu pelan strategik pengurusan tanah rizab Melayu supaya dapat dibangunkan secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan," katanya.


Berkaitan:








PTPTN Batal Jika Pakatan Tawan Putrajaya - Anwar

Posted: 23 Mar 2012 06:32 PM PDT


[KD] PORT DICKSON 23 Mac: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.

"Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

"Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.

Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

"Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.

"Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya," katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.

"Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat," tegasnya.

Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.

Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu.
 
 

Selepas Hneti Eksport Minyak Sawit ke Iran, Malaysia Akan Henti Import Minyak dari Negara Itu

Posted: 23 Mar 2012 05:22 PM PDT


[Bernama] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran.

Beliau mengesahkan satu laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.

"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur hari ini.


Menurut laporan itu hari ini, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.

Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.

Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini.



P/s: Siang, malam, kononnya benci Israel dan AS, namun realitinya Malaysia di bawah BN mengikut telunjuk kuasa besar itu menghukum Iran melalui sekatan ekonomi.



 

Tiada ulasan: