DUNIACACAMARBA |
- [KEJAM -Video/Gambar] Mereka DITEMBAK Sejurus Gambar Ini Dirakam....
- Implan Buah Dada Meletup, Personaliti TV Sweden Diterbangkan ke Hospital
- Dr Dzulkefly Ahmad CABAR Hasan ALi BERDEBAT, Bertelor atau Tidak?
- AS Dedah Identiti Askar BUNUH dan BAKAR Rakyat Afghanistan
- Mengapa PAS Tidak Bersama UMNO? Haji Hadi Jelaskan Sebabnya...Baca...
- Bunuh Isteri Hamil 2 Bulan
[KEJAM -Video/Gambar] Mereka DITEMBAK Sejurus Gambar Ini Dirakam.... Posted: 17 Mar 2012 05:00 AM PDT Menurut jurugambar tentera AS, Ronald L. Haeberle yang mengikuti misi tentera AS menghapuskan anggota Vietcong di Kampung My Lai, Vietnam, wanita dan kanak-kanak yang terpancar di wajah mereka rasa takut yang teramat sangat ini ditembak mati tanpa perikemanusiaan sejurus gambar tersebut dirakam. Tembakan bertubi-tubi itu membunuh kesemua wanita dan kanak-kanak yang tidak berdaya itu. Itulah antara kekejaman tentera AS yang sebelum ini cuba ditutup, namun terbongkar dan dikecam oleh pelbagai pihak di seluruh dunia. Dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu, dianggarkan lebih 500 penduduk kampung yang kebanyakannya orang tua, wanita, kanak-kanak, dan bayi dibunuh dengan kejam oleh tentera AS daripada Kompeni Charlie Batalion Pertama Regimen Infantri Ke-20 dan Briged ke-11 tentera AS. Menurut saksi kejadian, ada penduduk kampung yang didera secara seksual dan dicederakan dengan senjata tajam sebelum ditembak mati. Wanita, kanak-kanak, dan orang tua yang tinggal nyawa-nyawa ikan ditembak berkali-kali bagi memastikan mereka benar-benar mati. Mayat-mayat penduduk kemudiannya dibakar untuk melupuskan bukti kekejaman tentera AS. Menurut Wiki, pada malam sebelum serangan itu, Kapten Ernest Medina memberitahu pasukannya bahawa penduduk Kampung My Lai akan meninggalkan rumah untuk ke pasar pada pukul 7:00 pagi. Mana-mana penduduk yang masih tinggal di rumah adalah ahli Vietcong atau orang yang bersimpati kepada Vietcong. Ketika sesi taklimat itu, ada yang bertanya sama ada perintah itu termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak. Mereka yang hadir kemudian memberikan pengakuan yang berbeza-beza tentang respons Medina. Biar apa pun lebih 500 penduduk yang tidak berdosa mati dibunuh tentera AS yang diketuai oleh Leftenan William Calley pada pagi 16 Mac 1968. Setelah menerima kecaman yang hebat dari serata dunia, AS mengambil keputusan untuk menyiasat kes ini. Hasilnya, 26 orang tentera AS disiasat atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mereka di My Lai. Namun hanya Leftenan William Calley, ketua platun dalam Kompeni Charlie, telah disabitkan bersalah. Dia yang didapati bersalah membunuh 22 penduduk kampung telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Yang amat mengejutkan apabila hukuman tersebut telah diringankan dan ketua pasukan pembunuh ini hanya menjalani tahanan rumah selama 3 tahun setengah. Puluhan askar dan pegawai tertinggi yang turut terlibat tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang. - DCM Lebih 40 tahun selepas pembunuhan kejam di My Lai, William Calley yang telah disabitkan bersalah kerana peranannya dalam pembunuhan itu telah memohon maaf secara terbuka. Semasa memperkatakan kejadian itu, selain memohon maaf dan menyatakan rasa kesalnya, Calley mendakwa tindakannya pada waktu itu berdasarkan arahan yang telah diberikan kepadanya. Hari ini AS masih membunuh orang yang tidak berdosa di Afghanistan, di Iraq...di.... Celaka Amerika Syarikat! |
Implan Buah Dada Meletup, Personaliti TV Sweden Diterbangkan ke Hospital Posted: 17 Mar 2012 03:18 AM PDT Menurut laporan The Sun, personaliti TV Sweden yang terlibat dalam rancangan kelangsungan hidup (survival) yang dirakamkan di Malaysia terpaksa diterbangkan ke hospital selepas satu daripada implan buah dadanya meletup ketika satu perlawanan gusti lumpur. Lina Hellqvist, 24, mendakwa dapat merasakan letupan "pop" salah satu implan buah dadanya ketika sedang bergelut dengan peserta lain dalam rancangan yang dipanggil Queen Of Jungle. Program yang disertai 10 gadis tersebut dirakam di sebuah lokasi di tengah-tengah hutan di Malaysia. Menurut Lena, "Perkara itu sama sekali tidak disangka-sangka. Implan itu pecah dan gadis lain bimbang serta tertanya-tanya perkara yang berlaku. Kejadian itu benar-benar tidak menyenangkan..." Lena kembali ke Sweden dan kini menunggu pembedahan untuk memulihkan payudara kanannya. -DCM P/s: Macam-macam! Pengajaran bagi sesiapa yang cuba mengubah ciptaan Allah! |
Dr Dzulkefly Ahmad CABAR Hasan ALi BERDEBAT, Bertelor atau Tidak? Posted: 17 Mar 2012 01:20 AM PDT [SH] SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengundang bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk berdebat mengenai tuntutan ilmu dan amanah dipertanggungjawabkan. Menurutnya, undangan tersebut, antara lain, akan menjawab pelbagai tuduhan dilemparkan Hasan terhadapnya, termasuk sebagai parasit dalam parti. "Jika beliau berwibawa, boleh tampil berkongsi pentas bersama saya, sama ada dalam bentuk wacana atau debat. "Saya yakin beliau akan menyambut undangan saya memandangkan beliau bekas ahli dan faham isu ini. "Saya berpendapat Sinar Harian mampu menganjurkan sesi tersebut dengan jayanya dalam rangka membudayakan politik berpengetahuan dan politik bersih serta murni," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Dr Dzulkefly turut menafikan dakwaan Hasan bahawa beliau adalah parasit dalam Pas. "Saya terkejut dengan tuduhannya itu. Hasan berhak menubuhkan apa sahaja pertubuhan, tetapi akhir-akhir ini banyak tuduhan, antaranya, saya bertanggungjawab mengubah perkataan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. "Perkara itu sebenarnya diusulkan Hasan dan muktamar meluluskan gagasan Negara Islam. Hasan juga ada menyertai siri perbahasan sewaktu dalam Jawatankuasa Pas Pusat serta merumuskan Dokumen Negara Berkebajikan," katanya. Beliau mendakwa, Hasan memutar-belitkan kenyataannya mengenai pelantikan seorang bukan Islam sebagai pimpinan kanan parti setelah Pas menubuhkan Dewan Perhimpunan Penyokong Pas, sama seperti dilakukan Parti Ikhwan Muslimin di Mesir yang melantik seorang Kristian Koptik sebagai presiden parti. |
AS Dedah Identiti Askar BUNUH dan BAKAR Rakyat Afghanistan Posted: 16 Mar 2012 11:10 PM PDT [SH] KABUL - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) semalam mendedahkan identiti - gambar dan nama askar yang menembak mati 16 rakyat Afghanistan dan kemudian membakar sebahagian daripada mereka dalam satu kejadian awal minggu ini. Askar itu dikenali sebagai Sarjan Robert Bales. Fotonya juga dimuatkan pada satu laman web pihak tentera sehingga namanya diumumkan. Pegawai-pegawai AS mengeluarkan identitinya ketika dia sedang dibawa ke AS untuk menghadapi tuduhan membunuh. Dia dijangka tiba di Fort Leavenworth, Kansas dari Kuwait. Peguamnya, John Henry Browne berkata, suspek itu berusia 38 tahun dan pernah cedera dua kali ketika berkhidmat di Iraq. Katanya, askar itu telah menyaksikan kaki rakannya berkecai sehari sebelum dia mengambil tindakan kejam menembak 16 orang awam termasuk sembilan kanak-kanak. Menurut laporan BBC, insiden itu belum disahkan oleh Tentera AS. |
Mengapa PAS Tidak Bersama UMNO? Haji Hadi Jelaskan Sebabnya...Baca... Posted: 16 Mar 2012 10:23 PM PDT [SH] SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi menjelaskan sebab parti itu tidak boleh bersama Umno walaupun sudah didesak dan dipujuk oleh parti teras Barisan Nasional (BN) itu beberapa kali sejak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Menurut Abdul Hadi, perkembangan sejak Pas mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 adalah antara punca ia tidak boleh bersama dengan Umno. Pada muktamar-muktamar sejak PRU 2008, Pas membuat pendirian akan bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR). "Apabila Pas memerintah Kelantan, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan 'capitation grant' kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan sahaja iaitu mendera Pas. "Apabila Pas menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, Kerajaan Pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu. "Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini China ke India... bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini. Abdul Hadi berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin anjuran Muslimat Pas Pusat di sini, malam tadi. Pas memimpin Kerajaan Terengganu antara 1999 dan 2004. Kerajaan Kelantan berada di bawah kepimpinan Pas sejak 1990 dengan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nik Abdul Aziz juga hadir pada majlis makan malam semalam. Abdul Hadi seterusnya berkata: "Semasa Kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, Kerajaan Pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah." Abdul Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu memberitahu bahawa bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam tetapi yakinlah Melayu akan layu tanpa Islam dan hanya dengan Melayu sahaja. Ahli Parlimen Marang ini juga membangkitkan hubungan Pas dengan Umno dalam kerajaan persekutuan ketika ia menyertai BN susulan peristiwa 13 Mei 1969. Ia pula dibuat hasil dari satu keputusan yang dicapai dalam satu muktamar khas yang dianjurkan oleh Pas. "Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku. "Hasilnya Pas ditendang keluar dari BN," kata Abdul Hadi mengibau peristiwa 1978 apabila Pas ditendang keluar dari BN. Beliau menjelaskan isu itu panjang lebar selepas ditanya oleh salah seorang peserta majlis makan malam itu kenapa Pas tidak bersama dengan Umno padahal Umno bertalu-talu berusaha mahu bersama Pas. |
Posted: 16 Mar 2012 07:45 PM PDT [HM] KUALA LUMPUR: "Dia menelefon saya dan berkata aku dah bunuh isteri aku. Suaranya teresak-esak seperti menangis. dan selepas itu panggilan terputus," kata rakan baik kepada seorang suami yang menikam isterinya bertubi-tubi hingga mati di rumah mereka di tingkat 8, Blok B, Pangsapuri Permai, Sungai Besi, petang semalam. Rakan yang enggan identitinya didedahkan itu berkata, sebaik menerima panggilan daripada suspek berkenaan yang berusia 42 tahun, dia terus bergegas ke rumah lelaki itu. Menurutnya, sebaik tiba, dia mendapati rakannya itu berada di dalam rumah manakala isterinya yang sudah meninggal dunia dibalut dengan selimut dan diletakkan di ruang tamu. "Saya segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang bekerja di bahagian kewangan sebuah syarikat swasta di Ampang dijemput suaminya yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kenderaan di ibu kota untuk pulang ke rumah. Berkaitan: Bunuh isteri hamil dua bulan guna pisau [BH] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai membunuh isterinya yang sedang hamil dua bulan dengan menikam seluruh badan menggunakan pisau, masih sempat menghubungi rakannya meminta datang ke rumahnya untuk melihat isteri yang baru dibunuhnya dalam kejadian di Pangsapuri Permai, Sungai Besi, di sini, petang semalam. Malah, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, suspek yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta berusia 42 tahun itu dikatakan membalut isterinya, Ruzila Sabtu, 27, yang terlentang berlumuran darah di ruang tamu dengan plastik. Sebaik selesai membalut isterinya, suspek dikatakan menghubungi rakannya memaklumkan dia sudah membunuh mangsa dan memintanya datang melihat mayat isterinya. Rakan mangsa yang terkejut sebaik menerima panggilan daripada suspek terus bergegas ke lokasi kejadian dan memintanya membuka pintu sebelum terkedu apabila melihat sekujur badan di ruang tamu yang dibalut dengan plastik dan suspek sedang menangis di tepi mayat isterinya. Pasangan suami isteri yang berasal dari Melaka itu baru berkahwin setahun lalu dan isterinya yang bekerja sebagai kerani kewangan dipercayai sedang mengandung dua bulan. Rakan suspek yang enggan identiti dikenali berkata, dia menerima panggilan kira-kira jam 6 petang daripada suspek yang memaklumkan baru selesai membunuh isterinya. "Saya amat terkejut dan terus bergegas ke rumah rakannya sebelum terkejut melihat sekujur mayat yang dibalut dengan plastik terbaring di ruang tamu. "Ketika itu, suami mangsa tidak mampu bercakap dan hanya menangis di sebelah mayat isterinya. Saya terus menghubungi polis memaklumkan kejadian itu," katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata suami mangsa ditahan polis untuk siasatan lanjut dan pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sebilah pisau dipercayai digunakan suspek. Katanya, pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati terdapat beberapa kesan tikaman dan siasatan awal polis mendapati kes berpunca akibat perselisihan faham. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan