Khamis, 15 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Orang yang "Membantu" Ashraf Rosli Dikenakan Hukuman Penjara Hampir 10 Tahun

Posted: 15 Mar 2012 06:55 AM PDT


Berdasarkan laporan The Sun, dua orang warga Britain yang kononnya mahu membantu pelajar Malaysia, Ashraf Rosli yang cedera dibelasah dikenakan hukuman hampir 10 tahun atas kesalahan merompak dan kelakuan ganas.

Reece Donovan dari Chadwell Heath, timur London dikenakan hukuman penjara 5 tahun kerana merompak, melakukan tindakan ganas oleh Wood Green Crown Court. Manakala John Kafunda dari Ilford, timur London pula menerima hukuman penjara selama 3 tahun kerana merompak dan 9 bulan kerana kelakuan ganas. Kedua-dua hukuman berjalan serentak.
  
Menurut media, kedua-duanya merompak permainan PSP dan 10 CD permainan milik Ashraf bernilai £500. 

Berdasarkan laporan DM 9 Mac lalu, Beau Isagba, remaja yang telah memukul Ashraf sehingga menyebabkan pelajar Malaysia itu mengalami patah rahang telah didapati bersalah oleh mahkamah yang sama. Remaja yang berusia 18 tahun itu dikenakan hukuman penjara selama 7 tahun atas kesalahan tersebut. Laporan lanjut tentang hal ini boleh dibaca di sini. -DCM

Thug: Beau Isagba was today jailed for a total of seven years for attacking Ashraf Rossli during the London riots
Beau Isagba




Buku Panduan National Democratic Institute for International Affair (NDI) Turut Digunakan oleh Parti Komponen BN - Merdeka Centre

Posted: 15 Mar 2012 06:05 AM PDT


Setiausaha Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan kononnya PKR menggunakan buku itu buntuk menerapkan 'kempen kebencian'.
[SH] SHAH ALAM - Buku panduan terbitan National Democratic Institute for International Affair (NDI), yang didakwa digunakan oleh PKR bagi menerapkan kempen kebencian untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui cara yang tidak demokratik bukan sesuatu yang 'membahayakan keselamatan" sehingga perlu dirisaukan oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahiam Suffian berkata, buku panduan itu digunakan di kebanyakan negara dan beberapa parti komponen BN juga menggunakannya untuk menghadapi pilihan raya.

"Saya pernah tengok kandungan buku panduan ini. Tidak ada apa-apa yang membahayakan keselamatan, malah ketika memberi ceramah kepada sebuah parti politik BN, saya juga ada melihat buku panduan ini digunakan," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Katanya, buku panduan itu pada asalnya diterbitkan dalam bahasa Rusia oleh NDI dan kemudian diterjemahkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, PKR menafikan dakwaan Umno bahawa pihaknya menggunakan buku panduan pilihan raya, agensi asing yang menerapkan 'kempen kebencian' untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan buku panduan yang digunakan oleh parti itu hanya menerangkan cara-cara sebuah jentera parti dan calon yang bertanding menghadapi pilihan raya.

Menurutnya, buku panduan itu tidak mempunyai unsur-unsur negatif seperti didakwa Umno.

Setiausaha Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mendedahkan penggunaan buku itu bertujuan untuk menerapkan 'kempen kebencian' terhadap pemimpin negara dengan membangkitkan isu tidak relevan.

Antara kandungan buku itu, termasuk menyebarkan dakyah bahawa kononnya tiada kebebasan media dan beragama di Malaysia.

Nik Nazmi berkata, Umno tidak seharusnya memandang rendah keupayaan rakyat menilai baik dan buruk tindakan yang dilakukan oleh sesebuah parti.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya memandang serius dan memantau penggunaan buku panduan pilihan raya NDI itu.

Katanya, pemantauan yang dilakukan lebih kepada keselamatan rakyat dan negara.

Ibrahim berkata, kandungan buku panduan NDI yang dimaksudkan boleh dimuat turun dari laman web pertubuhan bukan kerajaan itu.

"Malah kita pun boleh mendapat pelbagai jenis buku panduan pilihan raya dari portal buku atas talian Amazon.com.

"Kandungan buku panduan NDI lebih berstruktur, jadi ia akan diubah mengikut keadaan sesebuah negara, ada perkara yang sesuai untuk sesebuah negara seperti Amerika Syarikat, tidak sesuai di Malaysia, sebab sistem politik berbeza," katanya lagi.

"Bagi saya ia tidak ada apa-apa keistimewaan pun," katanya.

Ketika ditanya sama ada beliau ada melihat buku panduan yang digunakan oleh PKR, Ibrahim berkata, "tidak."

"Saya tidak pasti," katanya apabila ditanya sama ada kemungkinan PKR telah mengubah suai kandungannya berbanding kandungan asal.

"Bagi saya buku panduan ini sesuatu yang biasa. Tidak perlu KDN pantau kerana ia hanya akan membuang masa dan tenaga, tidak ada yang perlu dirisaukan," kata beliau.

Penyenaraian FGVH: Anak dakwa Ahmad Maslan BERBOHONG

Posted: 15 Mar 2012 05:22 AM PDT

[HD] KUALA LUMPUR, 15 Mac: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berbohong bahawa tanah peneroka tidak terjejas selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, beliau mempunyai bukti bagaimana harta peneroka diambil melalui penyenaraian FGVH.

Menurutnya, Felda yang ketika ini merupakan badan berkanun memiliki seratus peratus FGVH manakala peneroka termasuk ahli keluarga dan kakitangan Felda memiliki seratus peratus KPF.

Sementara itu, FGVH dan KPF berkongsi memiliki Felda Holding Berhad (FHB) dan nisbah pemilikan mereka ialah 49:51.

Ini bermakna KPF adalah pemilik majoriti FHB.

FHB memiliki pelbagai anak syarikat. Kerana KPF adalah pemilik 51 peratus FHB, maka ianya adalah juga pemilik syarikat-syarikat yang berada di bawah FHB.

Namun ketika ini, KPF tidak ada apa-apa saham dalam FGVH.

" Setelah jalan mesyuarat agung khas KPF gagal digunakan ke arah menyenaraikan FGVH, penasihat dan pengurus penyenaraian iaitu CIMB dan Maybak telah mengemukakan jalan penyenaraian alternatif.

"Maklumat terpecaya memberitahu, jumlah saham FGVH yang diperbesar bakal berjumlah 3,420 juta unit. Nilai IPO dianggarkan RM5.85 se saham. Bermakna, pelaksanaan IPO bakal menghasilkan RM20 bilion kepada FGVH," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya lagi, Felda bakal mengambil alih 51 peratus milikan ekuiti KPF dalam FHB dan lain-lain saham milik KPF dalam syarikat-syarikatdi bawah FHB dan digantikan dengan 1,265 juta unit saham biasa (boleh mengundi) dalam FGVH (37 peratus) dari kesemua saham FGVH yang diperbesar.

"Tetapi saham ini kemudiannya diserahkan kepada IHC, dan sebagai balasannya, KPF diberi saham keutamaan (tanpa kuasa mengundi) dalam IHC, sekaligus menyahkan KPF kuasa pengawalan dan pembuatan keputusan ke atas hartanya sendiri.

"Undang-undang mana yang dipakai dan apa proses yang diikut dalam pengambilalihan saham milik KPF itu oleh Felda tidak diketahui," katanya lagi.

Selepas penyenaraian FGVH, KPF memiliki saham FGVH pada namanya sahaja dan yang berkuasa penuh ke atas harta itu ialah IHC.

"Dengan ini dijangka dividen yang akan diterima dari FGVH oleh KPF akan merosot kerana ia terpaksa membayar belanja pengurusan kepada IHC.

"Pendek kata, KPF bakal menjadi bangkai bernyawa, ada harta tetapi beri pihak lain mengawal dan mengurus," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi kesediaan untuk berdialog dengan Ahmad mengenai penyenaraian FGVH.

"Ahmad Maslan jangan hipokrit, bercakap dalam dewan, bercakap dengan orang lain tapi bila ajak dialog tak mahu," katanya.

Semalam, Ahmad berkata, tiada seinci pun tanah peneroka akan diambil selepas penyenaraian FGVH.

Beliau turut menuduh Mazlan menjadi dalang yang menghasut peneroka agar menolak penyenaraian.



Tukar Kawasan Mengundi: Ada Cubaan Sabotaj MB Selangor??

Posted: 15 Mar 2012 02:13 AM PDT


Khalid hairan ditukar kawasan mengundi
[MK] Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.


Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang
hanya boleh berlaku jika menteri besar itu  menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua.


Kemas Kini:

SPR: Zon mengundi sama, sempadan p'raya diperbetul

[MK] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata Menteri Besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di kawasan Selayang sewaktu pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Terdapat banyak kekeliruan dan parti-parti politik telah mengeksploitasi kekeliruan ini. Jadi kami membuat keputusan pada tahun 2011 untuk membekukan pembetulan sempadan itu," katanya.

Wan Ahmad berkata pembetulan sempadan akan dilakukan serentak dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan selepas pilihan raya umum ke-13.

"Pada ketika itu, kita akan mempamerkan semua perubahan yang dibuat dan pengundi terlibat boleh membuat bantahan.

"Kita perlu membuat perubahan itu, atau jika tidak pengundi akan terus mengundi di kawasan pilihan raya yang salah," katanya

Wan Ahmad berkata, selain Selangor, beberapa negeri lain telah melakukan pembetulan sempadan sebelum ia dibekukan, termasuk Kelantan dan Perak.

Malaysiakini melaporkan awal hari ini bahawa Khalid hairan tentang perubahan kawasan mengundinya sedangkan beliau tidak memohon untuk pertukaran alamat dan alamat pada kad pengenalan beliau kekal di Pasir Tuntung di Kuala Selangor, yang merupakan bandar kelahirannya. 



P/s: GILA!!!






Wanita Bunuh Anak dengan Gunting Kerana...

Posted: 15 Mar 2012 12:03 AM PDT

 
Seorang wanita didakwa membunuh anak perempuannya menggunakan gunting kerana kononnya mahu membersihkan 'kehadiran kuasa jahat' dari rumahnya di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, kata polis.

Danielle Yvonne Slaughter, 27, telah ditemui oleh polis pada Ahad dalam keadaan telanjang dan berdarah, berjalan di Las Vegas, menurut dokumen mahkamah yang dikeluarkan pada hari Selasa.

Dia memberitahu pegawai polis bahawa darah di tangannya adalah "Lamb of God" dan bertanya "Adakah saya telah membunuh anak perempuan saya?", "Adakah dia sudah mati?"

Polis pergi ke rumah, Slaughter dan menemui jasad anaknya, Kayla Frank yang berusia enam tahun.

Wanita itu memberitahu polis bahawa dia menghadapi masalah kesukaran untuk tidur sejak mengambil pil pelangsingan badan Hydroxycut empat hari kejadian. Pil itu ditarik balik daripada pasaran pada tahun 2009 berikutan dakwaan bahawa pil itu boleh merosakkan hati.

Dia juga mendakwa dapat merasakan kehadiran kuasa jahat di rumahnya selama beberapa hari, sambil menambah bahawa perkara itu tidak pernah  dialami nya sebelum ini.

Dalam soal siasat yang dijalankan, Slaughter memberitahu bahawa dia dan anaknya sedang duduk di atas katil dan anaknya itu mengeluarkan "kata-kata keji", ketawa "dengan suara Syaitan", mencakar, dan menendangnya.
 
Slaughter berkata dia kemudiannya mengambil gunting dan menikam kanak-kanak itu beberapa kali.
 
 Polis percaya bahawa Slaughter kurang tidur dan hal itu mungkin kerana pengambilan pil diet  tersebut. Slaughter ditahan di Penjara Clark County sementara menunggu perbicaraan mahkamah atas tuduhan membunuh.-DCM
 
 
 
P/s: Jangan ambil sembarangan pil!
 
 
 
 

Kadir Sheikh Fadzir Pertahan Dakwaan BN Beli Undi

Posted: 14 Mar 2012 11:05 PM PDT


[MK] Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.

Abdul Kadir berkata beliau juga tidak pernah menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin Umno bahagian Kulim-Bandar Baru pada 19 Februari lalu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang pemimpin Umno bahagian tersebut, Mat Saad Osman yang mendakwa Abdul Kadir menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan tersebut.

Mat Saad juga menuntut Abdul Kadir supaya menyaman portal berita berkenaan kerana menyiarkan berita tersebut.

Abdul Kadir bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah menafikan kenyataannya itu dalam pertemuan berkenaan.

"Apa saya kata, saya tak nafi langsung. Setiap apa yang saya kata, mana boleh nafi.

"Tak perlu saman, tak perlu tarik balik... Sekarang semua orang cari (Mat Saad), marah dekat dia," kata Abdul Kadir lagi dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Portal The Malaysian Insider pada 17 Januari lalu memetik Abdul Kadir sebagai berkata perbuatan "membeli undi" itu dikenali sebagai taktik "bom."

Dalam laporan itu juga, Abdul Kadir dipetik sebagai berkata bahawa beliau sendiri telah mengalami pengalaman itu dan telah memberikan "RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi."

Satu lagi portal berita, Antara Pos dalam satu laporannya pada 11 Mac lalu melaporkan bahawa Abdul Kadir telah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa jumlah berkenaan dibayar kepada pengundi di kawasan Kulim-Bandar Baharu.Abdul Kadir dalam sidang medianya hari ini bagaimanapun menjelaskan bahawa perkara itu dilakukan di sebuah negeri yang enggan dinyatakannya.

Mengimbau kembali peristiwa yang berlaku pada 40 tahun lalu itu, Abdul Kadir yang menjadi exco Pemuda Umno ketika itu berkata beliau membantah amalan tersebut.

Tindakannya itu juga disokong secara "senyap-senyap" oleh mantan perdana menteri Tun Abdul Razak serta Tun Dr Ismail, kata Abdul Kadir lagi.

"Sebab dari awal kita tahu tidak elok... Jadi kita tak perlu panjang cerita ini, tak payah buat apa yang dilakukan sebelum ini," katanya.

Kadir berkata, beliau turut berasa sensitif apabila rakyat di kawasannya dikaitkan dengan "sebarang perkara yang tidak baik".

Kadir menyifatkan ahli-ahli Umno termasuk rakyat tanpa mengira kaum ataupun fahaman politik di kawasannya "ibarat manusia intan permata dan tersangat mulia".

"Kami di Kulim Bandar-Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada semasa pemilihan parti ataupun semasa pilihan raya umum.

"Ini saya tegaskan bersungguh-sungguh," katanya," katanya sambil menegaskan sepanjang penglibatan beliau dalam tempoh 30 tahun di bahagian itu, tidak pernah menggunakan duit untuk tujuan berkenaan.

"Bukan susah nak jadi popular, kita berkhidmat sepanjang masa, ikhlas dan tak perlu beri (rasuah) duit," katanya.
 
 

Lelaki Mabuk Dibelasah Kerana Mencabul

Posted: 14 Mar 2012 05:58 PM PDT

KEADAAN lelaki yang cedera dibelasah selepas didakwa mencabul seorang wanita di sebuah kafe di Taman Tunku Haminah, Sungai Petani semalam.

[Kosmo] SUNGAI PETANI - Sebuah kafe di Taman Tunku Haminah di sini kecoh semalam apabila seorang lelaki yang dipercayai mabuk bertindak memegang dan meraba punggung seorang wanita yang sedang mengambil makanan di kafe itu.

Semasa kejadian pada pukul 1 pagi, seorang wanita Cina berusia 30-an pergi ke kafe itu bersama teman lelakinya untuk makan tengah malam.

Namun, semasa leka memilih makanan, mangsa terkejut dan berasa amat malu apabila punggungnya didakwa dipegang dan diraba oleh seorang lelaki bertubuh besar.

Sebelum mencabul mangsa, lelaki itu didakwa asyik memerhatikan wanita itu yang berdiri ketika memilih makanan.

Wanita berkenaan yang terkejut dengan kejadian itu membatalkan hajatnya mengambil makanan dan pergi ke meja sebelum mengadu kepada kekasihnya mengenai insiden tersebut.

Kekasih mangsa yang geram dengan tindakan lelaki Cina itu terus membelasahnya sebelum pelanggan lain di restoran tersebut turut memukul lelaki yang didakwa mencabul itu.

Ada antara pelanggan membelasah lelaki itu menggunakan topi keledar.

Selepas kira-kira lima minit menjadi mangsa belasahan, lelaki yang berusia 30-an itu cedera teruk di kepala, muka bengkak dan berdarah beberapa anggota badan. Dia diselamatkan oleh beberapa orang awam lain yang melihat kejadian itu.

Dia yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini dengan ambulans.

Difahamkan, wanita itu mengenali lelaki berkenaan. Semasa kejadian wanita itu dan lelaki tersebut yang dipercayai tinggal di kawasan sama datang secara berasingan.

Tiada ulasan: