Ahad, 4 Mac 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Dakwaan ULAT dalam Karipap Jenama TERKENAL

Posted: 04 Mar 2012 06:21 AM PST




Video asal dan maklumat lanjut di sini


P/s: Uweeekkkk!!!!


Wow, Hasan Ali Dakwa Siri Jelajah/Ceramah Guna Duit Poket Sendiri!

Posted: 03 Mar 2012 10:00 PM PST




P/s: Banyak orang tersenyum apabila HA mendakwa ceramah dan siri jelajahnya di serata negara dibiayai oleh duit poketnya sendiri. Banyak duit HA?  Siapa percaya? Terpulang.

Kepada pejuang Islam, TM nak ingatkan bahawa MENIPU itu BERDOSA!




Fatwa: Kopi Luwak (Najis Musang) Harus Diminum Jika...

Posted: 03 Mar 2012 07:12 PM PST



Bijian mesti dalam keadaan baik, suci daripada najis

[BH] PUTRAJAYA: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Ke-98 yang bersidang pada 13 hingga 15 Februari lalu, memutuskan hukum minum `kopi tahi musang' atau kopi luwak adalah harus.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berkata biji kopi berkenaan mesti masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam, serta perlu disucikan terlebih dulu daripada najis.

Pada masa sama, kopi luwak yang dihasilkan juga perlu mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

"Selepas meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan, muzakarah menegaskan bahawa Allah memerintahkan umat-Nya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik.

"Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah (fiqah) menetapkan, hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagi tidak ada dalil muktabar (dalil kuat) yang mengharamkannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, ulama fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan itu, selagi mana ia tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.
 
Kenyataan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan itu, muzakarah bersetuju memutuskan biji kopi luwak adalah bersifat mutanajjis dan harus dijadikan bahan minuman.

Bagaimanapun, ia mesti memenuhi dua syarat yang dinyatakan.

Sebelum ini, media melaporkan orang ramai dinasihatkan menghentikan sementara aktiviti meminum kopi luwak sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan sama ada produk berasal dari Indonesia itu halal diminum atau sebaliknya.







P/s: Adakah pengeluar kopi ini mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa?



 

Tiada ulasan: