dollah yankee |
Posted: 27 Mar 2012 05:56 AM PDT GST @ GO SQUEEZE THEM..dalam bahasa melayu..pergi cekik atau perah mereka habis-habisan. Yang paling akan terasa siksanya GST ini ialah orang-orang yang susah, kononya untuk mengurangkan cukai korporat dan cukai individu tetapi sebenarnya mempunyai helah yang tersembunyi untuk 'PAU' rakyat secara paksa. Apa yang perlu kita tahu keburukan GST adalah: 1) Cukai korporat dikurangkan manakala rakyat akan menanggung pelepasan cukai yang telah diberikan. Sebagai contoh, jika cukai korporat dihapuskan sebanyak RM3 bilion sahaja pun, rakyatlah yang akan menanggung beban membayar kehilangan RM3 bilion tadi dalam bentuk pembelian apa sahaja barangan. 2) Cukai pendapatan individu dikurangkan manakala rakyat yang tidak pernah membayar cukai pendapatan terpaksa menanggung beban. Sebagai contoh, jika kerajaan hilang cukai individu sebanyak RM10 bilion setahun, maka rakyat biasa yang tidak pernah tahu apa itu borang BE terpaksa membayar lebih barangan harian kerana RM10 bilion tadi sudah dipindahkan kepada barangan harian yang menyebabkannya naik mendadak. 3) Kos sara hidup makin tinggi. Dengan pendapatan cuma RM3000 sebulan, lebih 90 peratus daripadanya akan habis dalam tempoh tiga minggu di Kuala Lumpur berbanding sebelum ini mampu menyimpan lebihan gaji sebanyak RM200 sebulan untuk kes kecemasan. 4) Jenayah akan meningkat. Akibat harga barangan yang melambung, rakyat berpendapatan rendah akan menerima kesan langsung kerana hendak makan pun tidak mampu. Seterusnya jenayah seperti curi dan samun akan semakin meningkat, malah membatalkan sama sekali fakta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa indeks jenayah jalanan menurun! 5) Daya saing negara hancur. Apabila GST dilaksanakan, harga barangan termasuk yang diimport atau dieksport akan meningkat dengan ketara. Ini bermakna barangan tempatan yang dieksport ke negara asing akan lebih mahal harganya sekaligus produk Malaysia tidak laku menyebabkan daya saing negara dari segi eksport dan nilai jualan akan merosot teruk. 6) Kerajaan terlalu bergantung kepada wang cukai. Sumber asli seperti minyak dan gas yang disalah gunakan pemimpin Umno-APCO untuk memperkaya kroni dan menyelamatkan syarikat anak beranak seperti yang dilakukan Mahathir terhadap Mirzan yang rugi RM2 bilion, terpaksa menggunakan wang rakyat dan dibazirkan begitu sahaja. Apabila sumber ini habis dalam tempoh 20 tahun akan datang, cukai GST inilah yang akan digunakan untuk menyara kewangan kerajaan, sedangkan sepatutnya sumber asli ini milik rakyat 100 peratus dan mampu menyara kehidupan rakyat! Dunia sudah terbalik ! Kah..Kah..Kah.. dollah yankee - Secara tidak langsung, rakyat yang membela dan menyara kerajaan |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan