Rabu, 14 Mac 2012

dollah yankee

dollah yankee


Yang hitam, yang kelabu

Posted: 14 Mar 2012 06:34 AM PDT

Yang dah sah kerusi-kerusi parlimen di Johor milik BN yang akan hilang pada PRU-13 nanti ialah Gelang Patah, Bakri, Batu Pahat dan Kluang. Empat kerusi ini 99.9% akan menjadi hak PR, tak kira bila pun tarikh pilihanraya. Keputusan ini sudah tak boleh ditukar lagi mengikut kata laporan perisikan SERANTA Barisan Nasional Johor, dan pasukan SERANTA ini juga sudah menandakan pada peta pilihanraya mereka tempat-tempat ini dengan warna hitam. 

Bagi kerusi Kulai pula yang sedang di pegang olih Ong Kah Ting, kerusi ini pada hari ini sedang terkontang-kanting. Peta pilihanraya untuk Kulai ini masih belum lagi di warnakan dengan warna hitam, tetapi telah ditanda dengan warna kelabu.

Kalau warna kelabu tu alamatnya.... susah lah!

Setelah dikaji-kaji, kelima-lima kerusi parlimen ini adalah dimiliki olih MCA. Dan bila gurkah-gurkah baca laporan perisikan SERANTA  itu.... dapat lah disimpulkan yang sudah sah lah yang cina-cina di Johor sudah nekad dan sudah buat keputusan mahu menghumban BN, walau bagaimana pun dengan Ghani Osman,Najib dan Mahyudin yang dah berkali-kali turun ke bawah di Johor sambil hulur itu dan hulur ini, laporan SERANTA itu mengatakan yang Johor masih akan kekal di tangan kati @ BN

dollah yankee -
Selamat jalan...

Tiada ulasan: