Selasa, 27 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Panas: Exco Agama Tertangkap Di Pusat Hiburan, Terbukti Pemimpin UMNO Tak Layak Jaga Agama!

Posted: 27 Mar 2012 07:16 AM PDT

PAHANG DAILY


Apa sudah jadi dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional agaknya?.

Semakin dekat dengan Pilihanraya Umum Ke-13, maka semakin terserlah kebobrokan para pemimpinb mereka. Dari yang diatas sehinggalah kepada peringkat akar umbi.

Inilah bahayanya apabila Perdana Menteri, Najib Tun Razak buat roadshow 1Malaysia dengan menaburkan duit jutaan ringgit kepada rakyat.

Bukan rakyat marhaen yang dapat menikmatinya, tetapi inilah masanya wakil-wakil rakyat yang belum tentu dipilih semula untuk menjadi calon pada PRU nanti merompak wang tersebut sesuka hati mereka. Inilah yang menyebabkan akhirnya pemimpin mereka lupa daratan dan tidak lagi mengenal diri sendiri.

Sebelum ini kami ada mendedahkan kes penyelewengan tanah di Kuantan yang melibatkan sebuah syarikat yang mempunyai hubungan saudara dengan bekas MB Pahang, Tun Khalil Yaakob.

Laporan polis dan SPRM baru saja dibuat semalam, namun dalam masa yang sama juga kita digemparkan dengan berita penangkapan seorang pemimpin UMNO Melaka yang bergelar Wakil Rakyat iaitu Datuk Hj.Yaakub Md Amin (foto), ADUN Kawasan Sungai Udang.

Menurut laporan media, beliau 27 turut diperiksa dalam serbuan dilakukan sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di sebuah pusat hiburan di Bandar Melaka kelmarin. Tambah mengejutkan beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri juga merupakan pelanggan tetap premis berkenaan telah diperiksa ketika serbuan Ops Tapis Pusat Hiburan oleh 14 anggota termasuk dua pegawai, diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Inspektor Mohd Hisham A Rahman, bermula jam 2.40 pagi itu.

Dalam serbuan itu, seorang ketua pelayan juga dilihat cuba meloloskan diri dengan berlari keluar menuju ke pusat hiburan bersebelahan sebelum dapat dikesan anggota polis, lalu menahannya di tangga premis terbabit.

Tanda tanya kenapa lelaki berusia 24 tahun itu melarikan diri terjawab apabila ujian sari­ngan urin didapati positif dadah jenis methaphetamin dan amphetamine (AMP).

Menurut sumber, enam wanita tempatan, dua wanita warga China dan seorang dari Indonesia turut diperiksa, sementara seorang lelaki ditahan di hadapan premis berkenaan selepas serbuan dilakukan.

"Seorang lelaki berusia 45 tahun ditahan di hadapan pintu premis tersebut selepas serbuan dilakukan dan hasil ujian urin, lelaki itu, tiga wanita dan lapan lelaki di dalam premis berkenaan didapati positif dadah,"
katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman berkata, seramai 12 orang didapati positif dadah ketika pemeriksaan. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama (pindaan 2003).



Bukti, lihat aksi ekxo terbabit ketika melihat pihak polis memeriksa premis itu

Apakah ini ciri-ciri pemimpin Islam yang dilaungkan oleh UMNO agaknya


[Persoalannya sekarang, apakah layaknya pemimpin terbabit berada dalam sebuah premis hiburan ketika umat Islam sedang lena tidur. Tambahan pula dia dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal agama?.

Bukankah, sungguh memalukan melihat adengan yang berlaku ini. Malah, ia membuktikan kepada rakyat terutamanya umat Islam bahawa mereka telah tersalah memilih pemimpin yang menjadi "Khalifah" di atas muka bumi ini.

Jika exco agama berperangai seperti ini, maka apatah lagi dengan yang lain. Kejadian ini sungguh memalukan, tambahan pula Tun Khalil Yaakob kini merupakan Yang DiPertua Negeri Melaka. Tergamakkan beliau selaku pemimpin Islam melihat semua ini?.

Apapun, memang inilah sifat sebenar pemimpin UMNO BN sejak dulu kini dan selamanya. Depan rakyat mereka "alim kucing", tetapi dibelakang rakyat merekalah "hero"nya. Perempuan dan pusat hiburan menjadi mainan apabila wang sudah jadi alat mereka.

Justeru, rakyat perlu bijak menilai pada PRU akan datang. Jangan korbankan masa depan anda hanya kerana mahu memilih parti menang, sebaliknya kenalilah siapakah pemimpin yang bakal bawa kejayaan dunia akhirat. Maka, buatlah perubahan pada PRU akan datang].

AMK PERLU KEMBALI BERBISA

Posted: 27 Mar 2012 07:12 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


PILIHANRAYA Umum semakin tiba. Boleh jadi bulan Jun ini kerana Najib tidak boleh melewat-lewatkan lagi tarikh untuk membubarkan Parlimen kerana semakin dilewatkan maka semakin `longgar dan terlondeh' kain Umno.

Sekarang ini pun tidak cukup pentas dan tanah Najib mengelilingi setiap pelusuk negeri untuk menepis berbagai isu hangat yang ternyata membusukkan imej Umno yang Mahathir Kutty pernah sebut Umno telah busuk hingga ke usus itu. Walaupun Umno dibantu oleh media pencacai saban hari untuk menepis dakwaan Pembangkang, namun Najib merasa ianya tidak mencukupi kerana rakyat sekarang bukan seperti di zaman 70-80an yang mudah diperbodohkan oleh media kawalan Umno. Media-media alternatif yang lain seperti Blog, Facebook dan Twitter serta dibantu oleh siri penerangan berterusan dari Pembangkang menjadikan rakyat semakin cerdik menilai sesuatu isu.

Bagi pihak Pakatan Rakyat, PRU ke 13 kali ini adalah penentuan samada perlu dibenarkan Umno/Bn meneruskan pemerintahan yang menyusahkan rakyat atau perlu kerajaan ini diambil alih segera melalui Pilihanraya. Bukan suatu yang mudah kerana tanpa strategi dan usaha semua pihak yang mahu melakukan perubahan maka cita-cita untuk Pakatan Rakyat ke Putrajaya sukar untuk dicapai. Sasaran 30 % sekurang-kurangnya kita mampu menarik ahli-ahli Umno untuk bersama Pakatan Rakyat mesti dilaksanakan.

Saya masih ingat di era reformasi tahun 1998/99, golongan yang paling ke depan untuk menjatuhkan rejim ini adalah golongan muda. Setelah KEADILAN diwujudkan, suara anak muda tetap berada di hadapan dari kalangan Pemuda KEADILAN diwaktu itu. Pentas-pentas ceramah kebanyakannya diatur oleh golongan ini, manakala golongan lain di dalam parti sekadar penyokong dan pemberi semangat dan nasihat kepada golongan muda. Pentas Pemuda, Sumpah Keramat Pemuda adalah di antara satu program yang berjaya menggerunkan Umno waktu itu.

Berbeza dewasa ini, golongan muda masih ramai yang bersemangat untuk bersama kita. Malangnya, mungkin kita mempunyai ramai penyokong muda yang bersemangat tinggi tetapi kita kekeringan bakat kepimpinan dari golongan ini. Tidak semua, masih terdapat beberapa negeri yang mempunyai Ketua AMK yang aktif dengan berbagai program selain dari program rutin seperti mengedar risalah dan menampal poster. Masih juga terdapat beberapa pimpinan AMK yang lantang bersuara samada di atas pentas ceramah mahupun perdebatan atau berani tampil menjawab beberapa isu penting berkaitan parti. Mereka akan berada di hadapan sebagai benteng melindungi parti mereka dari serangan musuh samada secara fizikal mahupun serangan propaganda. Itulah pemimpin muda yang perlu diperbanyakkan.

Tidak kurang juga pimpinan AMK yang hanya memegang jawatan sekadar memenuhi keperluan. Mereka seakan-akan bankrap idea untuk merancang apa yang patut mereka lakukan untuk membuktikan bahawa mereka adalah Ketua AMK sejati. Mungkin ada Ketua AMK yang `culas' untuk menghadiri Mesyuarat Parti samada di peringkat Cabang mahu pun Negeri.

Mungkin ada Ketua AMK Negeri yang tidak pernah melihat Minit Mesyuarat AMK Cabang. Alasan kononnya Cabang tidak pernah bermesyuarat. Jika ditanya pula kepada Cabang, mereka mungkin akan menjawab, "bagaimana kami mahu bermesyuarat jika bos kami di atas pun suka ponteng mesyuarat?

Kita akui, ada di antara pimpinan AMK yang tidak gemar kepada publisiti dan mahu dilihat berperanan di belakang tabir. Mereka sememangnya membuat kerja untuk parti tetapi tidak mahu menonjol. Anggapan itu salah kerana mahu atau tidak, suka atau tidak, pemimpin harus ke hadapan. Pedulikan mereka yang mengecop sebagai `kaki bodek' atau `ampu' atau pun digelar `gila publisiti', apa yang penting nawaitu kita mesti betul dan ikhlas. Selaku pemimpin muda, kita selayaknya ke hadapan kerana golongan muda banyak kelebihannya dari golongan berusia.

Seandainya selaku pimpinan muda kita banyak mendengar kata-kata orang bawahan daripada kita mengemukakan pandangan dan pendapat kita, maka kita gagal sebenarnya dari segi kepimpinan. Bukan suara bawahan itu tidak penting, suara mereka yang rasional mesti diambil kira. Pimpinan muda di peringkat Cabang harus punyai idea untuk mempelbagaikan program dan aktiviti, begitu juga pimpinan muda di peringkat Negeri harus mengatur dan merencanakan program di seluruh Cabang di dalam negeri.

Dikhabarkan ada pimpinan muda peringkat Negeri yang sudah merasa `fade-up' memegang jawatan. Bukan kerana hilang kepercayaan kepada parti sendiri tetapi mulai merasa kelemahan diri sendiri yang tidak mampu menjadi ketua yang baik. Bayangkan jika ahli-ahli sendiri pun masih tidak kenal siapa pemimpin mereka, tidakkah itu sebagai tanda hilang kewibawaan sebagai pemimpin? Maka, amat bijak jika mereka menyerahkan jawatan itu kembali dan pimpinan teratas akan mencari tokoh muda yang benar-benar mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan berwawasan.

Syabas kepada beberapa Ketua AMK Negeri yang sering ke hadapan dengan berbagai program dan aktiviti yang terancang di samping bersedia bertempur dengan pihak musuh, bukannya bertempur sesama sendiri. Di antara beberapa tokoh muda yang lain, saya amat tertarik dengan kepimpinan Sdr Rebin Berham sewaktu beliau memegang jawatan Ketua AMK Negeri Sembilan dan kini kepimpinannya diwarisi oleh Sdr Nazri Yunus yang juga menampakkan kehebatan seorang pemimpin muda yang berpotensi. Kepimpinan di Selangor, P.Pinang dan Johor juga menampakkan kepimpinan muda yang berbakat. Semoga AMK akan kekal mewarisi kehebatannya seperti dahulu.

Hasan Akidah Terkena Lagi?

Posted: 27 Mar 2012 06:58 AM PDT

MSO


Musykil juga kita macam mana seorang Melayu yang kuat beragama, membawa Quran sejak dari kecil, membaca Khutbah di masjid-masjid berkelulusan Phd di luar negara lagi.. tetapi boleh berbohong. Sepatutnya orang agama yang berpendidikan seperti itu tidak akan berbohong atau tergamak memutar fakta yang mudah dipetahkan oleh orang lain?

Tetapi itulah nampaknya yang berlaku kepada Hasan Akidah alias Hasan Ali seperti mana didedahkan oleh Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim berhubung pendedahan bekas Exco Selangor itu mengenai peruntukan membaiki pejabat.

Kata Hasan sebelum ini beberapa orang Exco telah membelanjakan wang ratusan ribu untuk membaiki pejabat.

Sebaliknya apa yang didedahkan oleh Khalid hari ini jelas, nyata dan tidak payah bersuluh lagi yang banyak membelanjakan untuk membaiki pejabat ialah Hasan sendiri. Hasan tampaknya telah meludah ke langit akhirnya terkena hidung comelnya sendiri.

Dedah Khalid, Hasan Akidah telah membelanjakan sebanyak RM329,000 untuk memperbaiki pejabatnya di mana angka itu mendahului perbelanjaan oleh Exco lain untuk membaiki pejabat masing-masing.

Misalnya Ean Yong Hian Wah (RM146,000) dan Rodziah Ismail (RM119,000).

Exco lain yang disenaraikan termasuk Xavier Jeyakumar (RM70,000), Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Teresa Kok dan Elizabeth Wong (di bawah RM25,000) dan Iskandar Abdul Samad (RM21,000).

Dalam senarai itu tidak pun termasuk nama Dr Halimah Ali yang dituduh oleh Hasan sebagai Exco yang paling banyak membelanjakan peruntukan untuk membaiki pejabat. (Saya nak pergi ke pejabat Halimah dan mengambar gambar seperti ditawarnya. Harap Halimah boleh hubungi saya).

Berdasar pendedahan Khalid itu menjelaskan Hasan bohong dan cuba melindungi apa yang berlaku kepada dirinya. Pembohongan ini memalukan Hasan dan beberapa orang pengikutnya. Elok kalau Hasan memohon maaf atas pembohongan beliau seperti didedahkan oleh Khalid itu.

Dalam hal ini saya tidak kira Khalid yang tidak dilihat Islami, yang tidak mengakui mengaji Quran sejak kecil, yang tidak mengaku berkelulusan tinggi, yang tidak mengaku tahu membaca khutbah... atau yang tidak mengaku sebagai seorang pejuang akidah... lebih Islam dan jujur dari Hasan Akidah.

Jelas yang perlu diperbetulkan akidah politik dan agama di sini bukan orang lain melainkan Hasan sendiri. Sebab dalam Islam, dilarang orang yang bercakap bohong, membuat fitnah dan memburukkan rakan dan parti sendiri.

Dalam perkembangan lain khabarnya seorang orang kuat Hasan yang selama ini menjadi penasihat telah bertelingkah dengan Hasan. Katanya bekas Exco itu yang baru set-up pejabat di Taman Tun Dr Ismail telah melarang orang kuat itu dari memasuki pejabatnya.

Masalah yang difahami ialah berhubung dengan penyalahgunaan wang? Sejauh mana ianya benar kita akan cuba siasat.

S'gor cabar Chin debat 'krisis air'

Posted: 27 Mar 2012 06:57 AM PDT

Exco Kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar mencabar Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin Fah Kui mengadakan debat terbuka mengenai isu berlarutan bekalan air di Selangor.

"Kami mencabar Chin untuk debat terbuka dengan kerajaan Selangor supaya rakyat Malaysia, khususnya rakyat Selangor, dapat membuat penghakiman mereka sendiri berhubung isu air di Selangor," katanya ketika menggulung halehwal jawatankuasanya di sidang Dewan Undangan Negeri semalam.

Kerajaan negeri Selangor sedang 'berperang' dengan kerajaan pusat pimpinan BN yang merancang untuk mengambil alih pengurusan air di negeri itu, tetapi rundingan mengenainya sejak dua tahun lalu telah menemui jalan buntu.

xavier jayakumar pc 190110 01Putrajaya telah menggesa kerajaan negeri supaya meluluskan projek
loji rawatan air Langat 2 untuk membolehkan pemindahan air dari Pahang, jika tidak, Selangor akan berdepan dengan masalah kekurangan air yang serius pada tahun 2014.

Tetapi unjuran itu ditolak oleh kerajaan negeri, yang berhujah bahawa Selangor mempunyai bekalan air yang cukup.

Xavier (kiri) mengkritik projek RM8 bilion untuk memindahkan air dari Pahang, yang didakwanya bertujuan untuk memperkayakan kroni BN kerana menurutnya, ia melibatkan jumlah sogokan dan komisen yang besar.

Sebaliknya, kata beliau, apa yang diperlukan adalah untuk menaik taraf infrastruktur loji rawatan air semasa bagi meningkatkan rizab air di Selangor.

Xavier juga membidas SYABAS - pengendali perkhidmatan air di negeri itu - yang didakwanya kerap mengganggu bekalan air di bawah alasan penyelenggaraan loji rawatan air.

Seksaan, bunuh diri dan 47 hari kelaparan

Posted: 27 Mar 2012 06:53 AM PDT

FOKUS ISA "Di luar, lapan tahun seolah-olah masa yang sangat lama. Di dalam, anda merenung pada dinding yang sama, pokok yang sama. Tidak terasa begitu panjang masanya," kata seorang insan yang telah ditahan ketika berusia 20 tahun kerana didakwa pro-komunis.

chong tong sin former ISA detainee 230312Malah, Chong Tong Sin - yang pada mulanya ditempatkan di kem tahanan Muar sebelum terbinanya Kem Kamunting - terkenang
hari-hari permulanan sebagai tahanan ISA "seperti berada dalam sebuah universiti", dengan begitu banyak kelas yang diikuti dan orang baru masuk, membuatnya seperti "tidak cukup masa".

Perpindahan ke Kamunting pada tahun 1973 juga menjanjikan perkara-perkara yang baik. Keadaannya yang besar dan baru, membuatkan "200-300" tahanan yang dipindahkan dari Muar itu merasakan 'lebih bebas' di sana, sehinggakan seorang tahanan membunuh diri.

"Ada sesuatu yang tidak kena dengan telinganya. Dia akan mendengar bunyi, siang dan malam. Biasanya keadaannya sunyi di luar, tetapi dia masih mendengar bunyi. Kami rasa dia telah diseksa dengan begitu teruk dan dia akhirnya membunuh diri," kata Chong.

Bercakap dalam satu temu bual minggu lalu, Chong berkata mereka yang banyak terlibat dalam aktiviti bawah tanah telah diseksa dengan teruk sewaktu disoal siasat.

"Seksaan biasa adalah dengan menempatkan anda di dalam bilik berhawa dingin dan buka pakaian. Atau mereka meletakkan tong di atas kepala anda dan memukul tong tersebut.

"Selama 24 hingga 36 jam... (Penyiasat) bergilir-gilir, tetapi (tahanan) duduk terus menerus di sana. (Mereka) tidak boleh tidur atau buat apa-apa. Tetapi saya tidak pernah diseksa, mungkin kerana saya tidak tahu apa-apa," katanya.

Mogok lapar

Kejadian bunuh diri mencetuskan berlakunya satu demonstrasi di kem tersebut, dengan tahanan menuntut layanan yang lebih baik. Berita demonstrasi itu merebak ke kem tahanan di Batu Gajah, di mana Chong berkata tahanannya juga menerima layanan buruk.

Ketika itulah tahanan di Batu Gajah melancarkan mogok lapar.

chong tong sin former ISA detainee 230312"Apabila kami (di Kamunting) mendapat tahu, dan kami tidak
mempunyai pilihan. Kami terpaksa menyokong mereka. Jadi kita juga melancarkan mogok lapar juga," kata Chong yang kini berusia 64 tahun.

Untuk menanganinya, warden memindahkan kesemua tahanan Kamunting ke Batu Gajah, yang dianggap kem itu lebih mudah untuk dikawal kerana ada bilik kurungan.

"Apabila kita sampai ke kem Batu Gajah, semua orang telah dipukul. Terdapat lorong di mana kami terpaksa berjalan kaki untuk sampai ke bilik kurungan.

"Pengawal dan anggota Cawangan Khas memukul kami semasa kami berjalan melalui lorong tersebut. Ada tahanan yang rebah, tetapi mereka terus memukul sehinggalah mereka masuk ke bilik kurungan," cerita Chong mengimbas kembali pengalamannya pada saat itu.

Mereka akan dikurung selama 36 hari semuanya - satu tempoh yang cukup selamat apabila doktor datang memeriksa kesihatan mereka. Tahanan di Batu Gajah meneruskan mogok lapar selama 47 hari.

"Kalau mereka membuka pintu pun, kami sudah tak larat nak keluar. Kami amat lemah," katanya, sambil menambah warden akan jumpa mereka setiap hari supaya berhenti mogok lapar dan mengambil makanan.

Makanan yang ditolak masuk melalui ke dalam bilik kurungan, ditolak balik, kerana sebarang tanda kalah bermakna balik semula ke Kamunting. Ada antara tahanan yang mengalah dan mereka dibawa balik ke Kamunting. Chong mampu bertahan.

Dalam tempoh 47 hari, keluarga tahanan turut mengadakan demonstrasi di Kuala Lumpur untuk memberi tekanan terhadap kerajaan serta menuntut layanan yang baik kepada tahanan.

Wee tak diserang, kata polis & penganjur

Posted: 27 Mar 2012 06:50 AM PDT

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan penganjur perhimpunan berhubung isu pendidikan Cina menafikan terdapat pihak yang diserang, bertentangan sama sekali dengan dakwaan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.

NONETun Hisan berkata, menurut laporan beberapa orangnya yang ditempat dalam perhimpunan itu, Wee tidak diserang langsung dalam perhimpunan itu, lapor beberapa harian berbahasa Cina.

"Tidak, beliau tidak diserang...," beliau dipetik sebagai berkata kepada China Press sambil menambah polis tidak akan menyiasat kes itu sekiranya tiada laporan dibuat.

Ketibaan luar jangka Wee dalam perhimpunan membantah kekurangan guru pendidikan Cina di Kajang yang dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina Dong Zon sebelum ini mengundang kekecohan.

Wee dalam sidang media selepas beredar dari situ mendakwa lelaki pertengahan tahun yang memakai kemeja-T cuba menumbuknya.



Ku Li masih selesa, tak akan keluar Umno

Posted: 27 Mar 2012 06:49 AM PDT


MALAYSIA KINI
Di sebalik pendiriannya yang berbeza dengan kepimpinan Umno lain, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau tidak akan mengikuti langkah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir untuk keluar parti.

Anggota parlimen Gua Musang itu masih mahu mempertaruhkan kesetiaannya kepada Umno dan berpuas hati dengan kedudukannya dalam parti setakat ini, lapor Oriental Daily.

tengku razaleigh ku li interview 190309 04"Saya bebas lakukan dan berkata apa saya mahu dalam Umno. Walaupun sebahagian daripada kenyataan saya membuatkan orang dalam Umno tidak berpuas hati, tidak bermakna saya harus tinggalkan Umno," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau menyamakannya dengan situasi perhubungan dua saudara dalam keluarga yang kadang kala selalu bergaduh tetapi tidak bermakna membuang satu sama lain.

Bekas menteri kewangan itu kini presiden Amanah, NGO yang ditubuhkannya bersama bekas-bekas pemimpin BN.

Ramli: SPRM bukan agensi sesuai siasat 'Copgate'

Posted: 27 Mar 2012 06:46 AM PDT

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan agensi yang sesuai untuk menjalankan siasatan bebas terhadap dakwaan berhubung skandal 'copgate'.

Menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein di parlimen semalam, Ramli berkata, SPRM termasuk agensi yang turut dikaitkan dengan dakwaan menganiayanya dan orang-orangnya.

ramli yusuff asset declare case 120310 04Dakwa Ramli lagi, agensi yang sama bersubahat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk mengganggu saksi dan memalsukan bukti.

Malah SPRM juga didakwa membersihkan nama Gani dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan dalam beberapa banyak kes lagi.

"Bagaimana menteri dalam negeri membuat cadangan sebegini, memperolokkan sistem keadilan dakan kes jenayah?" soalnya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam, semasa penggulungan di Parlimen, Hishammuddin berkata, SPRM adalah agensi penguatkuasaan undang-undang yang betul untuk menyiasat dakwaan Copgate, yang mengaitkan Musa dan Gani dengan dakwaan menganiaya pegawai polis untuk menutup penjenayah.

Katanya, ini kerana dakwaan itu melibatkan seorang bekas ketua polis negara dan jika polis menyiasat, pembangkang akan mengatakannya tidak adil.

'Alasan kesilapan manusia tidak boleh diterima'

Posted: 27 Mar 2012 05:41 AM PDT

MALAYSIA KINI

Tindakan Malaysia - kumpulan terbaru reformasi pilihan raya - hari ini membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berulang kali menggunakan "kesilapan manusia" sebagai alasan untuk menjelaskan kesilapan dalam daftar pemilih.

Menurutnya, bagi dokumen sepenting daftar pemilih yang boleh menentukan keputusan sesuatu pilihan raya umum, maka semua kemasukan (nama pemilih) perlu diperiksa dua kali dan diluluskan oleh pegawai yang lebih kanan.

"Selain itu, sistem komputer yang mengendalikan kemasukan (nama pemilih) sepatutnya dapat mengesan kesilapan mudah seumpama itu," kata pengasas Tindakan Malaysia, Wong Piang Yow (kanan) dalam satu kenyataan hari ini.

Jika tidak, tambahnya, program itu perlu dibuang dan syarikat perisian yang membekalkannya perlu disaman kerana kecuaian, jika ia boleh dibuktikan.

Wong mengulas laporan portal berita Free Malaysia Today, yang memetik Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai berkata kesilapan dalam daftar pemilih adalah disebabkan oleh "kesilapan manusia".

Wan Ahmad telah ditanya oleh portal berita tersebut tentang kes-kes di mana tarikh lahir dan nombor baru MyKad pengundi berdaftar tidak sama.

Beliau menjawab bahawa kakitangan sementara yang diambil untuk membantu SPR telah membuat kesilapan semasa mendaftar pengundi baru tersebut.

Katanya, pegawai SPR akan membuat pendaftaran berdasarkan apa yang telah diisytiharkan.

Menurutnya, mereka mempunyai beribu-ribu borang untuk diisi setiap hari dan oleh kerana SPR tidak membuat pendaftaran dalam talian, maka mungkin berlaku kesilapan manusia.

Wan Ahmad menggesa semua parti yang mempunyai apa-apa isu dengan daftar pemilih supaya menemui SPR secara terus, daripada mengelirukan orang ramai dengan menimbulkan perkara itu dalam akhbar.

Menteri harap GST dilaksana lepas PRU

Posted: 27 Mar 2012 05:37 AM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, beliau berharap kerajaan mampu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum dan mengajak Pakatan Rakyat bekerjasama dengan BN untuk memastikan kejayaan dasar itu.

NONE"Harapnya (mereka setuju dilaksanakan selepas pilihan raya umum)... Saya percaya kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerjasama dalam perkara yang sangat penting kepada negara," katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan akan melaksanakan dasar kontroversi itu selepas pilihan raya umum akan datang, dalam majlis bersama anggota Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia hari ini.

Walaupun pilihan raya dijangka berlangsung Mei atau Jun, Idris berkata beliau tidak menjangkakan GST akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini.

"Kamu kena tanya perdana menteri. Beliau menteri kewangan tetapi saya tidak rasa ia akan berlaku sekarang. Seperti saya pernah sebutkan, ia memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan, sekurang-kurangnya setahun (daripada tarikh diumumkan)," katanya.

"Tetapi saya percaya terdapat banyak sebab untuk negara kita melaksanakannya. Ini menunjukkan kenapa 143 negara sudah melaksanakan GST.

Tapak sukan PKNS tidak dijual- Khalid

Posted: 27 Mar 2012 05:35 AM PDT

Oleh: Norutul Ilham


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu Dewan Undangan Negeri hari ini bahawa tanah Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kelana Jaya tidak pernah dijual, sebaliknya akan dibangunkan sendiri oleh badan tersebut.

Menurutnya, tapak berkenaan akan dibangunkan PKNS menggunakan kepakaran juruteranya, seperti yang dibuat perbadanan lain yang lebih menyerlah.

"Saya tidak halang pegawai PKNS bangunkan tapak sukan itu, tapi saya mahu ajar mereka supaya tidak mengharapkan pihak ketiga membangunkan tapak tersebut.

"Kita tidak mahu seperti PKNS yang dulu yang menggunakan sub kontraktor yang hanya untung 30 peratus sahaja. Selepas ini kita mahu PKNS buktikan kemampuan dan kepakaran mereka membina bangunan sendiri," katanya menjawab pertanyaan Ismail Sani (Dusun Tua-PAS).

Bagaimanapun kata Khalid, beliau sendiri akan membuat penelitian terhadap projek pembangunan tersebut.

"Saya akan minta PKNS tunjuk pelan bagi pembangunan di situ. Bermakna jurutera-jurutera akan turun padang meneliti dan membuat tinjauan keadaan tapak untuk dibangunkan.

"Saya mahu jadikan PKNS seperti Capital Land di Singapura yang sama juga ditubuhkan selama 40 tahun tetapi jauh bezanya dengan PKNS," katanya.

Pimpinan baru Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Posted: 27 Mar 2012 05:32 AM PDT

Oleh: Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Mangsa keganasan polis yang mengetuai himpunan pro-kebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim pada malam 1 Januari lalu, Muhamad Safwan Anang @ Talib kini dilantik mengetuai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

SMM dalam satu kenyataan memaklumkan, Safwan menggantikan Ahmad Syukri Abd Razab yang sudah mengetuai SMM sejak setahun lalu.

"SMM yang mempunyai gabungan gerakan mahasiswa peringkat nasional sepakat dalam menyuaratnya 24 Mac 2012 melakukan pemilihan kepimpinan baru bagi sesi 2012/2013 yang sebelum ini diterajui Ahmad Syukri Abd Razab sebagai pengerusinya selama 1 tahun.

"Oleh demikian, seluruh gerakan yang bernaung di bawah SMM bersetuju melakukan peralihan kuasa kepada kepimpinan baru gerakan SMM pada kali ini," kata SMM.

Turut dilantik, Haziq Abdullah Abd Aziz dari Universiti Malaya (UM) selaku Setiausaha SMM manakala Adam Adli Abd Halim, mahasiswa yang menurunkan bendera bercetak wajah Datuk Seri Najib Razak sebagai Bendahari persatuan itu.

Ahmad Shukri Kamarudin pula yang kini menuntut di Open University Malaysia (OUM) mengekalkan jawatannya selaku Setiausaha Media SMM.

"Justeru, kepimpinan baru SMM meneruskan agenda perjuangan dengan memberi nafas baru kepada perubahan Malaysia yang lebih konstruktif dan mendokong agenda gerakan 'Malaysia Bangkit' yang mendambakan Malaysia lebih sejahtera pada masa mendatang.

"Kepimpinan SMM turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan NGO, aktivis masyarakat, aktivis mahasiswa dan rakan media yang sentiasa membantu serta menyokong usaha perubahan yang dibawa SMM," kata kenyataan itu lagi.

BN Tiada Pilihan Selain Serang Anwar

Posted: 27 Mar 2012 05:29 AM PDT




KOMENTAR: 'Anwar Tidak Layak Jadi Pemimpin Negara'. Itulah kenyataan terbaru Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak ketika mengadakan lawatan ke Negeri Sembilan baru-baru ini.

Sebelum ini juga sering terbaca di dada media kenyataan-kenyataan dari pemimpin Umno dipelbagai peringkat bahawa Anwar tidak layak jadi PM.

Secara psikologinya dengan menghubungkaitkan perkataan Anwar dan PM telah memberi isyarat bahawa kebimbangan paling kronik BN terhadap potensi Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.

Setelah 12 kali diadakan Pilihanraya Umum (PRU), isu Anwar menjadi PM atau pembangkang menguasai pentadbiran negara tidak pernah wujud.

Bagi para penganalisa politik maupun orang politik, agenda dan strategi politik Umno-BN amat mudah dibaca. Maklumlah setelah lebih 54 tahun menguasai negara. Skrip dan sejarah Umno tidak pernah berubah walaupun perlaksanaannya agak berbeza.

Secara rawaknya, apa yang ditakuti pemimpin-pemimpin Umno-BN akan diterjemah dalam bentuk menyerang atau menyalahkan pembangkang.

Lebih hebat dan kuat diserang menunjukkan itulah yang ditakuti atau cuba dihindari.

Mengapa Anwar di serang

Menurut Ketua DAPSY Pusat, Anthony Loke yang pernah di temubual penulis suatu ketika dahulu menganggap tindakan menyerang Anwar disebabkan Anwar di lihat sebagai pencetus kesedaran rakyat terhadap kezaliman Umno-BN.

Selain itu menurut MP Rasah itu lagi, Anwar juga dilihat sebagai lambang kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Kata beliau, Karisma Anwar yang berjaya menyatukan PAS-DAP-PKR dalam PR telah memberi ancaman besar kepada dominasi BN yang telah menguasai negara sejak 54 tahun.

Kenyataan Loke tersebut memberikan pelbagai gambaran bahawa rakyat telah berjaya melihat suatu pilihan baru menerusi kuasa politik untuk menyingkirkan Umno-BN.

Cubaan menjatuhkan Anwar bermula sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM. Anwar cuba di singkir Dr Mahathir disebabkan tindakan Anwar yang lantang mengkritik beliau yang membantu anak-anak serta para kroni.

Dr Mahathir cuba mencari kesalahan Anwar berhubung apa-apa amalan kronisme atau rasuah setelah hampir lapan tahun Anwar berada dalam kerajaan. Namun tidak ditemui sebarang kes.

Sebagai langkah terakhir, Dr Mahathir terpaksa menyingkirkan Anwar menggunakan jalan tidak halal. Anwar di fitnah berhubung isu moral yang sengaja dicipta sehingga bekas timbalannya itu di penjara selama enam tahun.

Anwar dibebaskan ketika Tun Abdullah menjadi PM disebabkan beliau menyedari tindakan memenjarakan Anwar merupakan tindakan fitnah Dr Mahathir untuk menamatkan kerjaya MP Permatang Pauh tersebut.

Tindakan tersebut telah mengundang kemarahan Dr Mahathir yang amat sangat kepada Abdullah. Hinggakan setiap kenyataan Dr Mahathir hingga ke saat ini pun sering menyerang Abdullah dalam apa jua keadaan.

Selepas tamat PRU 12 lalu dan setelah Najib dipilih menjadi PM, Dr Mahathir turut mengambil peranan aktif membantu Najib.

Setelah menyaksikan kemampuan PR menguasai lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan, Najib dan Dr Mahathir mula merasakan gelombang kebangkitan reformasi rakyat semakin aktif.

Andai ketika Di zaman Dr Mahathir rakyat bangun dan memprotes dijalanan kini di parlimen dan di media seperti blog, facebook, twitter dan media-media alternatif semakin galak mendedah pelbagai penyelewengan kerajaan.

Akhirnya mungkin di atas nasihat Dr Mahathir dan Penasihat Yahudi APCO, Najib cuba mengulangi skrip lama menyerang Anwar.

Pembebasan Anwar dari fitnah Liwat 2 ketika gerakan 901 lalu tidak terhenti disitu sahaja. Malah menjadi bertambah hebat.

Hinggakan tidak ada satu hari pun media-media milik kerajaan berhenti menyerang Anwar.

Begitu juga dengan media-media yang dahululunya menyiarkan bahan-bahan 'fair story' seperti Sinar harian juga tidak lagi bersifat sebagaimana sebelumnya.

Hal ini bukan suatu yang menghairankan kerana hampir setiap kali dekat PRU, pemimpin-pemimpin Umno-BN akan bertindak menaja beberapa muka surat di akhbar.

Apatah lagi keluaran Sinar Harian edisi Selangor. Setelah peruntukan RM2.71 bilion dari duit titik peluh rakyat diberikan kepada Umno Selangor, dana tersebut boleh diperguna untuk tujuan tersebut.

Kalau anda kurang yakin, cuba lihat Sinar Harian edisi Selangor sejak kebelakangan ini dari muka surat hadapan hingga muka surat tiga atau empat. Hampir kesemuanya menjurus ke arah menyerang atau memperlekeh kerajaan Pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perlu jua di ingat Anwar Ibrahim merupakan penasihat ekonomi Selangor. Memperkecil, memperlekeh atau menyerang kerajaan Selangor juga bertujuan menyerang Anwar secara halus.

Takut Dihakimi rakyat

Rakyat juga telah bosan dengan amalan rasuah, kronisme, salahguna kuasa, ugutan dan sogokan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN selama ini.

Selain itu kemampuan PR membongkar pelbagai penyelewengan berserta fakta-fakta sahih menjadikan Umno-BN semakin terdesak dan sukar melepaskan diri.

Penyelewengan yang berjaya dibongkar PR berhubung penyelewengan dana rakyat NFC berjumlah RM250 juta melibatkan seorang menteri yang juga Ketua Wanita Umno berjaya meyakinkan rakyat berhubung keupayaan PR.

Begitu juga dengan amalan kenyataan yang menjadikan bukti dan fakta membuktikan integriti serta karisma PR dilihat amat sihat dimata rakyat.

Sebagai jalan keluar Umno-BN cuba mencari jalan mencari kelemahan dalam kerajaan-kerajaan negeri PR namun kesemuanya bersifat tuduhan dan fitnah dan tanpa bukti.

Akhirnya hanya retorik dan fitnah dijaja didada media milik kerajaan.

Katak-Katak mula beraksi

Tindakan Anwar menyaman Utusan Malaysia awal Mac lalu sebanyak RM100 juta menjadikan akhbar tersebut semakin gelabah.

Tindakan saman tersebut mmberi kesan yang besar kepada integriti media tersebut. Sebelum ini beberapa kes fitnah oleh media arus perdana dimenangi oleh pemimpin PR Seperti kes Mahfuz Omar.

Sebagai jalan keluar, media tersebut cuba mendapatkan 'katak-katak' untuk menyerang kembali Anwar. Sebagaimana kebiasaannya katak-katak ini melemparkan retorik politik tanpa fakta.

Bagi katak-katak tersebut inilah masanya yang amat di nanti-nantikan kerana berpeluang untuk menarik perhatian Najib dan pemimpin-pemimpin Umno.

Ini juga peluang untuk membolehkan mereka dipilih oleh Najib untuk menjadi calon dalam PRU 13 nanti. Bagi Najib pula barang siapa yang 'kuat' menyerang Anwar, orang itu akan menjadi perhatiannya.

Hal ini di buktikan apabila bekas ketua AMK, Ezam Mohd Nor dan bekas rakan Anwar, Datuk S. Nallakaruppan dilantik menjadi Senator setelah berpaling tadah dan bertindak menyerang Ketua Umum PKR tersebut.

Tindakan Najib ini telah mengundang kemarahan ramai pemimpin-pemimpin Umno yang telah lama berjuang dalam Umno namun tidak diberi perhatian.

Hal yang sama berlaku kepada ramai lagi katak-katak yang kebelakangan ini diberi ruang di media milik Umno.

Mengulas hal ini, Anwar dalam ucapan ketika di Malam Terakhir Konvensyen PR di Alor Setar lalu berkata "Barang siapa yang mengata atau mengaibkan saya ketika ini akan mendapat saham yang tinggi dari Najib.

Justeru tindakan bijak Anwar enggan melayan katak-katak ini telah menjadikan mereka semakin resah. Niat untuk menarik perhatian Najib serta pemimpin-pemimpin tertinggi Umno menjadi punah.

Alih Perhatian

Berdasarkan fakta kewartawanan, tindakan media milik Umno yang menyerang Anwar bertali arus bertujuan mengalih perhatian dan tumpuan rakyat berhubung pelbagai kelemahan dan kepincangan dalam kerajaan.

Rakyat cuba di cuaikan dengan budaya fitnah, prono dan mengaibkan orang lain sebagai suatu pelarian yang tidak bermoral.

Tidak ada jalan lain yang dilihat oleh Najib dan pemimpin-pemimpin Umno termasuk penasihat Yahudi APCO selain mengaibkan Anwar di mata rakyat.

Negeri-negeri PR telah terbukti berjaya dalam pentadbiran baik di Selangor, Pulau Pinang , Kelantan dan Kedah.

Keempat-empat negeri ini merupakan empat negeri teratas penyumbang kepada kemasukan pelaburan asing (FDI) kepada Malaysia. Manakala Selangor pula menyumbang sebanyak 22 peratus dari pendapatan ekonomi negara.

Retorik kononnya berlaku pelbagai penyelewengan dalam kerajaan PR hanya merupakan momokan tak berasas yang dihidang oleh media milik Umno.

Sedangkan apabila dipinta bukti dan fakta pelbagai alasan kosong dikemukakan.

Timbalan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar pernah pada awal Mac lalu menyatakan beliau memperoleh bukti berlaku penyelewengan pasir di Selangor. Justeru beberapa pemimpin PR mencabar beliau membuktikannya di sesi SELCAT. Namun beliau gagal untuk hadir memberi keterangan.

Media ikat tangannya kebelakang

Dalam konteks politik, PR sememangnya mengharapkan media arus perdana ini terus bersikap sedemikian. Ini disebabkan bukan sekadar amalan kebebasan media namun jauh dari itu.

Tindakan membiarkan media arus perdana tenggelam dalam arus dan mitosnya tersendiri menguntungkan PR. Bayangkan dengan adanya sembian saluran media eletronik, 27 saluran radio dan hampir 12 saluran media cetak harian Umno-BN sedang berada dalam keadaan tidak selamat dalam PRU 13 ini.

Sedangkan pembangkang dan PR hanya memiliki tiga saluran media cetak, Harakah, Suara Keadilan, Selangor Kini yang terbitannya seminggu sekali. Pun begitu penjualannya juga amat terhad hanya dibeberapa lokasi yang dibenarkan sahaja.

Manakala media eletronik pula sekadar dibeberapa sesawang alam maya yang diasaskan oleh individu yang simpati dengan perjuangan PR.

Selain itu kekangan media yang keterlaluan di kenakan kepada media milik PR. Setiap berita dan laporan perlu menyertakan bukti dan fakta yang benar dan tepat kerana sentiasa dipantau oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Tersilap perkataan atau fakta, para editor akan dipanggil dan dipersoal. Penulis sendiri pernah dikenakan tindakan dipanggil oleh KDN walaupun tidak terdapat apa-apa kesalahan dalam penulisan tetapi sengaja cuba ditakutkan oleh KDN.

Sedangkan media milik Umno diberi sebegitu besar imunit.

Gejala inilah yang menjadikan pengamal media pembangkang lebih matang dan mampu mengenalpasti kehendak dan permintaan rakyat dari pelbagai lapisan.

Pemimpin perlu jiwa yang besar

Momentum rakyat yang mahukan keadilan dalam pelbagai isu termasuk menghalang budaya fitnah dan prono semakin menular. Malah rakyat juga faham tindakan menyerang Anwar bertujauan mengalih perhatian rakyat berhubung pelbagai kelemahan dan penyelewengan dalam kerajaan.

Najib sendiri dalam kenyataannya berhubung isu kebocoran maklumat mesyuarat felda baru-baru ini membuktikan lagi keyakinan rakyat terhadap Umno-BN semakin susut.

Hinggakan segala maklumat sulit kerajaan dibocorkan oleh rakyat yang tidak sanggup lagi bersengkol dengan kerajaan yang melakukan pelbagai penipuan terhadap dana rakyat.

Rakyat juga tidak rela lagi diperbodoh dan menjadi kuda tunggangan pemimpin-pemimpin gila rasuah dan kronisme.

Rakyat sudah bosan dengan segala penipuan dan salah guna kuasa pemimpin-pemimpin Umno-BN yang telah lebih 50 tahun menipu rakyat.

Hakikatnya rakyat sudah ada pilihan untuk menggantikan Umno-BN dari terus bermaharajalele meratah khazanah negara.

Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja boleh menjadi PM walau pun isterinya tidak punya koleksi beg tangan puluhan pasang atau cincin berlian bernilai RM24 juta.

Tiada Lagi Kecurian Kayu Bakau Di Rekodkan

Posted: 27 Mar 2012 05:25 AM PDT



SHAH ALAM : Jabatan Perhutanan Selangor (JPS) mengambil beberapa langkah yang proaktif bagi menangani masalah kecurian kayu bakau setelah lesen pengusahasilan kayu bakau ini ditamatkan pada 1 Julai 2010.

JPS merekodkan sehingga 29 Februari 2012 tiada sebarang kecurian kayu bakau dalam kawasan Hutan Simpan Pulau Ketam dengan tertangkapnya seorang warganegara Malaysia yang menjadi ketua sindiket di Pulau Ketam pada tahun 5 Mei 2010.

Sehubungan itu, JPS melaksanakan operasi bersepadu bersama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Gerakan Marin PDRM Selangor, dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menambah kekerapan rondaan di 25 hutan simpan paya laut persisir pantai dan kawasan pulau.

Selain itu, JPS juga melakukan rondaan enam kali melalui udara setahun dan turut menempatkan kakitangan JPS di jeti-jeti bagi memeriksa kayu bakau yang di import dari Indonesia dan negeri-negeri lain.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata demikian ketika menjawab soalan dari ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkaitan pengurusan Hutan Paya Laut di Selangor.

Elizabeth turut berkata, selain pemasangan papan tanda di sepanjang hutan simpan, JPS juga melaksanakan kempen kesedaran tanaman bakau dengan kerjasama korporat, NGO dan orang awam.

"Tindakan pemasangan tanda ini adalah sebagai salah satu kaedah untuk memaklumkan kepada masyarakat tentang kewujudan hutan simpan," ujar beliau.

Ubahsuai Pejabat Hasan Ali Tertinggi, MB Akan Jumpa Kontraktor

Posted: 27 Mar 2012 05:23 AM PDT




SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkilan dengan kredibiliti yang ditunjukkan oleh Bekas Exco Datuk Dr Hassan Ali dalam pengubahsuian pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Abdul Khalid berkata, perkara yang ditunjukkan itu tidak menunjukkan prinsip pemimpin yang mengamalkan sikap ketulusan.

Khalid berkata berdasarkan audit yang dijalankan, Hasan menggunakan RM329,000 untuk mengubahsuai pejabat beliau, jumlah yang tertinggi berbanding exco lain.

Sehubungan itu, Abdul Khalid berkata beliau akan berjumpa kontraktor dan sub kontraktor yang dipilih Hasan kerana beliau (Hassan) telah mencampuri dalam menentukan siapa yang layak mendapat kontrak tersebut.

Jumaat lalu, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin mendedahkan Hasaan menggunakan peruntukan untuk baik pulih pejabat Exco membabitkan kos RM300,000, sedangkan menteri besar sendiri tidak ubah suai pejabat.

"Kenapa kita perlu mengikut orang lain, orang lain ubahsuai, kita juga hendak buat juga.

"Jangan menggunakan asas itu, orang lain buat, kamu kena buat lebih dari orang. Itu tidak boleh dan bukan prinsip kepimpinan Kerajaan Negeri," katanya dalam penggulungan perbahasan Dewan Undangan Negeri petang tadi.

Antaranya, exco lain yang mengubahsuai pejabat mereka adalah Exco Kebajikan, Hal Ehwal, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail sebanyak RM190,000 dan Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian kilang Haram, Ean Yong Hian Wah sebanyak RM146,000.

Manakala Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir.Iskandar Abdul Samad sebanyak RM81,000. Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar sebanyak RM70,000.

Selain itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu sebanyak RM30,000. Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari sebanyak RM30,000.

Bagi Exco Pelaburan,Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok dan Exco Perlancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabelth Wong sebanyak kurang daripada RM25,000 serta Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali tidak melakukan apa-apa ubahsuai.

Tambahnya, jika beliau (Hassan) memperjuangkan rakyat seharusnya beliau melihat 'Value For Money'.

"Saya tidak menghalang jika hendak lakukan pengubahsuaian itu, sekiranya beliau gunakan RM300,000 itu untuk keluasan lebih 3000 kaki persegi, jika RM100 sekaki, jadi angka itu munasabah.

"Tetapi jika dibuat keluasan hanya 500 kaki persgi tetapi jumlah itu RM300,000 maknanya kita mesti tahu duit itu dilaburkan ke mana,"katanya.

Kilang Radioaktif Tidak Boleh Di Selangor

Posted: 27 Mar 2012 05:21 AM PDT




SHAH ALAM : Dewan Negeri Selangor hari ini meluluskan usul bagi menolak sebarang permohonan pembinaan kilang-kilang pemprosesan bahan radioaktif di Selangor.

ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San berkata industri bahan radioaktif adalah amat berisiko dan memerlukan kos dan kepakaran yang tinggi.

"Industri yang melibatkan penggunaan radioaktif adalah sangat berisiko tinggi untuk dilaksanakan kerana memerlukan beberapa aspek yang perlu di ambil kira sebelum kita melaksanakannya," ujar Weng San yang membentangkan usul tersebut.

Rakyat juga telah menolak pembinaan loji-loji yang serupa dan ini ditunjukkan di dalam himpunan 110,000 rakyat memprotes loji Lynas di Kuantan, Pahang baru baru ini.

Weng San menambah gempa bumi 8.9 richer yang mencetuskan tsunami dan pemusnahan stesen jana nuklear pada 2011 harus menjadi contoh terbaik buat rakyat menilai keselamatan bahan radioaktif.

Menyokong usul tersebut, Adun Batu Caves, Amiruddin Shari turut berkata rakyat tidak seharusnya tergesa-gesa untuk mengejar pembangunan tanpa memikirkan kesannya yang akan ditanggung oleh generasi akan datang.

"Manusia tergesa-gesa mengejar pembangunan yang mengatasi kekangan dan halangan akan memudaratkan generasi akan datang."

Usul tersebut disokong oleh ADUN Pakatan Rakyat dengan sebulat suara.

Cadangan Lantik YB BN Jadi Lembaga Pengarah KSSB

Posted: 27 Mar 2012 05:18 AM PDT




SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor sedia mempertimbangkan untuk melantik lembaga pengarah dari kalangan wakil rakyat pembangkang BN dalam Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau cadangan Adun Seri Muda, Mat Shuhaimi Shafie itu boleh hanya dapat dilaksanakan setelah diperhalusi bersama Adun-adun Pakatan.

"Kerajaan Negeri tiada halangan untuk melantik Yang Berhormat pembangkang BN, sebagai salah seorang lembaga pengarah dalam Syarikat KSSB.

"Tetapi tidakkah nanti akan dipersoalkan pula oleh sesetengah pihak dari Pakatan Rakyat sendiri kerana pihak Pakatan juga mempunyai ramai yang berkelayakan.

"Tetapi kalau wakil rakyat Pakatan setuju, boleh dibincangkan dan kerajaan negeri boleh pertimbangkan melantik wakil rakyat BN sebagai lembaga Pengarah KSSB, tiada masalah," kata beliau di Dewan Undangan Negeri Selangor petang ini.

Sementara itu ketika Khalid menggulung perbahasan petang tadi, Dewan Undangan Negeri Selangor kelihatan sedikit lengang apabila perbahasan yang dijalankan tidak dihadiri Adun-Adun dari pembangkang BN dan bebas.

Adun-adun terbabit telah meninggalkan dewan pagi tadi berikutan isu SMS Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Khim

Minda dan jiwa juga sedang bangkit!

Posted: 27 Mar 2012 05:15 AM PDT

Adam Adli


Sejak akhir-akhir ini, salah satu trend yang rancak menitip di bibir masyarakat dan kaum pengamal politik adalah "kebangkitan anak muda dan mahasiswa". Apabila kita bicara soal kebangkitan anak muda dan mahasiswa, umum gemar mengaitkan kebangkitan itu dengan analogi dan naratif seperti Arab Spring, demonstrasi BEBAS 17 Disember, Tragedi UPSI Berdarah 1 Januari, Himpunan Hijau 2.0, dan juga sekali-sekala memutar balik masa ke tarikh 9 Julai 2011 (BERSIH 2.0).

Persamaan antara tajuk-tajuk kebangkitan ini adalah satu: demonstrasi dan himpunan. Pada satu segi, benar; kebangkitan anak-anak muda dan mahasiswa ini boleh digambar dan dizahirkan rupa bentuk fizikalnya melalui siri-siri demonstrasi yang mengambil tempat dalam rentetan sejarah moden negara. Secara peribadi, saya juga berbangga dengan gelaran "demonstran", apatah lagi majalah rujukan terunggul dunia seperti TIME juga menamakan "protesters" sebagai Person of The Year.

Namun dari satu sudut pandang yang lain, kebangkitan anak-anak muda mahasiswa ini sebenarnya bukan hanya diukur melalui jumlah batang tubuh yang turun ke jalan raya semata-mata. Kebangkitan sebenar anak-anak muda dan mahasiswa adalah kesedaran jiwa dan daya fikir mereka.

Hari ini, kita mampu melihat kebangkitan aqliah anak-anak muda. Kebangkitan yang bukan hanya terletak pada keberanian untuk turun ke jalan raya sebaliknya juga keberanian untuk mencabar arus pemikiran dan dogma-dogma kuno yang lama membelenggu kotak fikiran rakyat. Kepercayaan karut seperti "kerajaan mengetahui segala-galanya" dengan mudah dibakul sampahkan oleh pemilik-pemilik otak segar dan muda ini. Kebangkitan yang lebih besar dari keberanian untuk turun ke jalan raya adalah keberanian mereka untuk berfikir, dan mengembangkan idealisma yang dibina dan diasah hasil dari proses analisis; baik secara akademik mahupun pengalaman semasa. Bentang sahaja dinding laman-laman sosial, cetuskan sahaja isu-isu dan tajuk-tajuk untuk dibincangkan; sejuta bentuk idea dan komentar dapat dikumpul melalui kupasan-kupasan kritis golongan yang digelar Gen-Y ini. Kesedaran mengenai kepincangan, hak, isu, kebajikan, ideologi, masalah setempat, dan segala bentuk persoalan serius lain inilah sebenarnya yang boleh kita gelar sebagai kebangkitan anak-anak muda mahasiswa.

Suatu masa dahulu, masyarakat kita banyak dibelenggu oleh taboo dan sekatan-sekatan minda hasil dari doktrinisasi ortodoks samada pemerintah mahupun golongan-golongan yang seangkatan dengannya. Hari ini, taboo-taboo ini terus menerus dilanggar dan dipecahkan oleh pemikir-pemikir muda. Walaupun kerap mengundang kontroversi dan kejutan kepada komuniti masyarakat yang masih dalam zon selesa, pemecahan terhadap tembok pemikiran ini sebenarnya berjaya untuk menghasilkan pencerahan minda, perdebatan ilimiah, penyelongkaran sejarah, dan tentu sekali perubahan gaya fikir dan gaya hidup masyarakat terutama sekali golongan muda.

Contoh mudah, suatu masa dahulu, tiada siapa yang berbangga dicop sebagai pembangkang, tiada siapa yang mahu digelar sebagai sosialis, tiada siapa yang mahu dilihat bergaul dengan golongan homoseksual, malah tiada siapa juga yang mahu dilihat berada di dewan-dewan Cina (kecuali kaum Tiong Hua sendiri!). Hari ini, segalanya berubah. Anak-anak muda dan mahasiswa mahu dilihat sebagai progresif, punya identiti dan idealisma, tidak mudah tunduk kepada pemikiran konservatif; malah berbaju batik juga tidak lagi digemari! Pendakwah-pendakwah muda yang progresif misalnya hari ini lebih gemar berada di kawasan-kawasan yang bergelumang "maksiat" seperti di acara-acara gig, pusat karaoke, lorong-lorong pelacur dan sebagainya. Taboo atau pantang-larang yang dahulunya dijauhi kini dipecahkan oleh golongan muda ini. Inilah antara hasil kebangkitan aqliah atau minda yang sedang melanda Negara kita sebenarnya.

Sedarlah bahawa kebangkitan minda dan jiwa ini perlu terus disuburkan oleh anak-anak muda dan mahasiswa hari ini. Pada masa golongan yang lebih tua sedang sibuk merebut kuasa politik dan melantun-lantunkan "agenda perubahan", anak-anak muda yang berada di peringkat akar umbi sebenarnya tidak perlu terlalu terikut dan terikat dengan bentuk perubahan yang sedang diukir pemain-pemain politik tua ini. Perubahan di peringkat pemerintahan politik adalah penting; namun puncaknya hanyalah pada apa yang dipanggil "regime change", sedang yang lebih besar dan mampu diluaskan lagi adalah perubahan aliran pemikiran dan kenyataan hidup kita sebagai anggota masyarakat sendiri. Tiada gunanya berubah kerajaan namun sistem hidup masyarakat masih lagi sama. Seperti kata lirik lagu Rakyat Bersatu yang didendang enak oleh Meor Yusof Aziddin "rakyat sekolah tidak akan dikalah, rakyat bersatu tidak akan ditipu; rakyat berani, perompak akan lari!".

Perubahan sebenar masih lagi letaknya pada rakyat sendiri, dan hari ini adalah zaman anak muda pula mengisi sistem masyarakat. Anak-anak muda yang minda dan jiwanya bangkit menolak pembodohan dan kebobrokan penguasalah sebenarnya yang mampu menjamin perubahan yang lebih baik dan syumul.

Tiada salahnya kita menyambut kebangkitan minda dan jiwa ini. Tiada dosanya kita menentang arus apabila kita sedia sedar arus ini hanya membawa kita ke arah yang salah dan merugikan kita. Tindakan mahasiswa cakna yang cuba menyerahkan batu nisan kepada Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini adalah manifestasi kebangkitan minda dan jiwa mereka yang sedar hak demokrasi mereka. Tindakan anak-anak muda Occupy berhimpun setiap malam minggu di Dataran Merdeka juga adalah manifestasi kebangkitan minda dan jiwa mereka yang mahu berfungsi sebagai masyarakat sivil. Semburan-semburan kreatif dengan mesej-mesej perubahan di dinding-dinding kota raya juga tidak harus dilihat sebagai vandalisma semata-mata, sebaliknya itu juga manifestasi kebangkitan minda dan jiwa seni yang percaya kepada perubahan. Kebangkitan fizikal dan maya ini adalah titik perubahan penting ke arah masyarakat yang lebih baik dan cerdik. Lahirnya dari otak, dan disalurkan juga dengan menggunakan otak.

Maka yang demikian, apabila kita memahami bentuk-bentuk kebangkitan yang sedang tumbuh dan bercambah setiap hari, kita akan mampu menilai semula sejauh mana agenda perubahan dan kebangkitan yang sedang rancak ditiupkan ke telinga masyarakat hari ini mampu berlaku dan memberi kesan kepada Negara dan rakyat. Apabila kebangkitan anak muda disalurkan ke jalan raya, mungkin penguasa dengan mudah sahaja boleh melakukan sekatan, tangkapan, dan serangan fizikal, namun kebangkitan dalam jiwa dan minda, adalah mustahil untuk disekat. Mungkin sahaja jasad seseorang boleh dipenjara, namun roh dan semangat kebangkitannya akan terus terbang bebas. Kebangkitan anak muda dan mahasiswa yang tersembunyi inilah sebenarnya yang harus kita titik beratkan. Kebangkitan minda dan jiwa anak muda dan mahasiswa inilah yang sebenarnya mampu untuk mengubah nasib rakyat di Negara demokrasi ini. Dan kebangkitan ini akan sentiasa berkembang dengan pelbagai cara.

Pada ketika saya menulis ini, saya juga sedang mengerahkan kebangkitan jiwa dan minda dalam diri saya. Pada ketika anda membaca tulisan ini juga, kebangkitan itu sedang dihembus dan disebar luas ke atas anda. Kebangkitan anak muda dan mahasiswa sememangnya sedang berlaku pada saat dan ketika ini, dan semua dari kita sebenarnya sedang terlibat. Cuma yang masih menjadi persoalan; apa pengakhirannya?

*Adam Adli ialah aktivis mahasiswa, bergiat aktif dalam pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Lynas: Alam digadaikan untuk keuntungan yang tidak seberapa...

Posted: 27 Mar 2012 05:13 AM PDT

Tan Sek Choong


Lynas dan pihak pembuat dasar bermain dengan angka sebermulanya, untuk mengaburi isu dengan kenyataan palsu yang seolah-olah benar bunyinya. Lynas dan kerajaan mendakwa bahawa kilang pemprosesan nadir bumi yang terbesar di dunia ini mampu mewujudkan peluang pekerjaan. Namun, angka menunjukkan bahawa jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh sesebuah kilang yang menghasilkan buangan radioaktif adalah sama dengan peluang pekerjaan yang diwujudkan sesebuah hypermarket.

Menurut maklumat yang diberikan Lynas, bilangan pekerja yang diupah kilang nadir bumi di Kuantan adalah antara 350 hingga 400 orang (angka tepat adalah 236 orang sehingga Disember 2011)(2). Apakah angka ini cukup besar? Cuba bandingkan dengan hypermarket seperti TESCO. TESCO mempunyai rangkaian sebanyak 40 unit di Malaysia, dengan jumlah 15,000 orang pekerja, atau purata 375 orang per unit (3).

Mereka yang menyokong Lynas akan menyanggah dengan hujah, "Kita perlu lihat dalam kerangka yang lebih luas. Seandainya kita mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi, maka kita mampu menarik kilang multinasional yang memerlukan nadir bumi ke Malaysia. Jadi, lebih banyaklah peluang pekerjaan diwujudkan." Hujah sedemikianlah antara penekanan Lynas dan kerajaan Malaysia ketika berdepan dengan rakyat.

Keadaan di China

Pasaran bekalan nadir bumi di dunia hampir dimonopoli China sejak 10 atau 20 tahun kebelakangan. Kerajaan China mulai menyekat eksport nadir bumi dengan kuota sejak tahun 2003. Seterusnya kerajaan China mengenakan export tariff sebanyak 10% kepada semua nadir bumi, agar harga nadir bumi di China lebih rendah daripada nadir bumi di luar negara.

Pada tahun 2008, sekali lagi kerajaan China meningkatkan export tariff kepada 15-25% mengikut jenis nadir bumi. Langkah ini telah menyebabkan kekurangan nadir bumi di luar sempadan China, menjurus kepada lonjakan harga yang mendadak. Pada tahun 2010, hasil nadir bumi China mencakupi 97% (130 ribu ton) dari hasil dunia, dan kuota eksportnya hanya 30 ribu ton (1). Dengan kata lain, kira-kira 75% nadir bumi di dunia yang berharga rendah hanya boleh didapati di dalam sempadan China (melainkan penyeludupan haram).

Di bawah dasar ini, syarikat multinasional yang memerlukan nadir bumi terpaksa membina kilangnya di China. Cara ini lebih ekonomik (menjimatkan kos), nadir bumi ditambah proses untuk menghasilkan produk, dan kemudiannya dieksport dari China.

Mampukah Malaysia meniru China?

Namun, apakah kerajaan Malaysia juga boleh meniru langkah China, mengenakan kuota terhadap nadir bumi untuk menarik pelabur asing? Jawapannya mustahil. Ini kerana nadir bumi yang dihasilkan di Kuantan adalah milikan peribadi syarikat Lynas. Kerajaan Malaysia tidak mempunyai hak milikan ke atas nadir bumi itu. Kerajaan Malaysia tidak boleh memaksa Lynas untuk menjual nadir buminya di dalam sempadan Malaysia.

Menurut laporan pelabur Lynas pada Mei 2011 (4), Lynas telah menandatangani lapan kontrak bekalan nadir bumi dengan Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun untuk jangka panjang (10 tahun). Lihat sahaja kontrak "strategic alliance"-nya bersama Sojitz, pengedar nadir bumi terbesar Jepun telah menyatakan, lebih 38% nadir bumi (sekurang-kurangnya 8,500 ton setiap tahun) akan dieksport secara terus ke Jepun. Ditambah lagi kontrak lain yang selebihnya, Malaysia hanyalah sebagai "distribution hub" untuk Lynas.

Malah, walaupun projek joint-venture Lynas dengan Siemens yang sering ditekankan oleh kerajaan Malaysia, ia hanya sekadar pada peringkat letter of intent. Setakat ini tiada janji dalam hitam putih mahupun lisan bahawa pelaburan ini akan berpengkalan di Malaysia. Jadi, adalah terlalu awal untuk menyebut projek pelaburan Siemens ini sekarang.

Selain itu, laman sosial Facebool Lynas (5) menyatakan bahawa satu kontrak bernilai RM1.2 bilion akan diperuntukkan untuk Malaysia, apabila mereka membina kilangnya di Kuantan. Projek bernilai RM513 juta diberikan kepada kontraktor di Kuantan.

Perlu diingatkan, bahawa Kuantan telah menampung buangan nadir bumi oleh Lynas. Sebaliknya, Thailand telah mendapat "durian runtuh" yang lebih besar dari Kuantan. Dalam laporan kewangan tahunan Lynas pada 2011 (6), projek pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi fasa kedua di Kuantan telah diberikan kepada satu syarikat Thailand, Toya-Thai Corporation, dengan nilai antara USD 180 - 210 juta, atau kira-kira RM630 juta.

Industri yang tinggi tahap pencemarannya


Pada awal tahun 2007, ketika Lynas memberi kepastian untuk membina kilangnya di Kemaman, MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) telah memberikan "strategic pioneer status" kepada Lynas. Dengan kata lain, Lynas dikecualikan daripada membayar cukai korporat untuk 10 tahun, malah dikecualikan juga duti import dan sales tax untuk semua bahan mentah, mesin, peralatan, aksesori dan sebagainya yang digunakan untuk pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi. (7)

Pada Ogos 2007, Lynas bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan Malaysia agar projek ini dipindah dari Terengganu ke kawasan industri Gebeng, Kuantan. Sebagai pampasan lantaran penangguhan yang disebabkan perpindahan tersebut, Menteri Kewangan Malaysia telah meluluskan package insentif yang baru. Pengecualian cukai korporat dilanjutkan dari 10 tahun kepada 12 tahun. Stamp duty untuk pembelian tanah di Gebeng turut dikecualikan. Malah, Lynas memperolehi dana yang tidak melebihi RM1.2 juta untuk tiga tahun, sebagai tabung latihan pekerja Malaysia (8).

Pelaburan Lynas adalah satu pelaburan berisiko tinggi kerana mengancam keselamatan alam sekitar. Bukan sahaja kerajaan kita tidak mengenakan cukai yang tinggi sebagai pampasan terhadap pencemaran alam yang diakibatkannya, malah diberi pula package insentif sebagai galakan.

Mengapa kerajaan kita sanggup berbuat demikian? Apakah sumbangan 1% GDP itu boleh membeli kesihatan ratusan ribu orang penduduk di Kuantan? Apakah kerajaan kita benar mahu menilai kesihatan rakyat dan keselamatan alam dengan wang ringgit?

Negeri Pahang pada asalnya sebuah negeri yang bersih, dengan hutan tropikal dan pantai yang indah. Kini, kerajaan kita sanggup menggadaikan segala-galanya demi keuntungan yang dinilai wang ringgit.

Anak cucu kita telah menanggung malapetaka lantaran kejadian Bukit Merah 20 tahun yang lalu. Mengapa tidak kita mengambil iktibar dari sejarah? Mengapa perlu kita mengulangi kesilapan yang lalu? Kini kerajaan kita membuka pintu untuk Lynas - apakah ini kejahilan, berpandangan pendek, atau langsung tidak mengendahkan kepentingan rakyat?

Rujukan

1.http://www.fas.org/sgp/crs/natsec/R41347.pdf
2.Q4_2011_Quarterly_Report_clean_copy_V4_1071982.pdf (m/s 6)
3 http://www.tesco.com.my
4 Investor_Presentation_May_2011.pdf
5 https://www.facebook.com/lynasmalaysia
6 financial_report_FY11_1023856.pdf (m/s11)
7 Q1 March 2007 Quarterly Activities Report 2007 - 449993.pdf
8 Q4_2007_Final_Version_Revised_1.2.08.pdf (m/s 4)

Baca: Mustahil sisa buangan Lynas dipulangkan ke Australia

*Tan Sek Choong memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia. Dsedut, diiterjemah dan disunting dari teks asal, yang disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Felda rugi RM27 juta pelaburan di Amerika

Posted: 27 Mar 2012 04:34 AM PDT

Pinjaman yang diberikan kepada anak syarikat gagal dibayar semula mengikut terma yang dipersetujui.



KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures North America Sdn Bhd (FGVNA) yang melabur lebih RM1 bilion di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007 mencatatkan kerugian RM27.6 juta.

Penasihat Ekonomi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Dr Rosli Yaakop berkata berdasarkan laporan audit Price Waterhouse Coopers (PWC) , sebelum itu FGVNA mencatatkan keuntungan RM44.8 juta pada tahun berakhir 31 Disember 2009.

Katanya, kerugian itu diukur berdasarkan prestasi anak-anak syarikat kurang memuaskan malah pinjaman yang diberikan kepada anak syarikat gagal dibayar semula mengikut terma yang dipersetujui.

FGVNA yang diuruskan oleh Pengarah Syarikat Datuk Dr Dzulkifli Abdul Wahab dan Datuk Sabri Ahmad (dilantik pada 15 Julai 2010 menggantikan Datuk Mohd Bakkee Salleh), dakwa Rosli tidak mengisytiharkan dividen dalam tahun 2009 dan tahun 2010.

Setakat 31 Disember 2010, FGVNA didakwa menyuntik dana berjumlah RM1.26 bilion ke dalam anak syarikat miliknya di Amerika Utara, Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) bagi tujuan pelaburan dan pinjaman kepada anak syarikatnya.

TRTH, syarikat pelaburan Amerika dimiliki FGVNA selepas membeli 80,000 unit saham dengan harga RM1,567.50 sesaham menjadikannya 97 peratus pemegang saham.

Belum bayar hutang

Namun anak-anak syarikat itu masih lagi belum membayar hutang tertunggak melebihi setahun berjumlah RM48 juta.

Sehubungan itu, Rosli mempersoalkan tindakan Felda memilih untuk membeli 97 peratus sahan TRTH walhal syarikat tersebut baru berjinak dalam bidang oleochemicals (ditubuhkan pada tahun 1994) dan bukannya pemimpin pasaran dalam bidang tersebut.

"Berapa ramai wakil Felda dalam lembaga pengarah TRTH dan tenaga kerja warga Malaysia yang memegang jawatan penting dalam syarikat itu, atau diserahkan sepenuhnya kepada pekerja asing," soalnya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut bimbang jika kerugian ini akibat risiko pertukaran wang asing yang terpaksa ditanggung FGVNA, selain mempersoalkan keuntungan yang diperoleh peneroka selepas Felda berbelanja besar melabur di luar negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata fenomena ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan defisit kewangan Felda yang berkurang daripada RM4.5 bilion pada tahun 2005 kepada RM1.2 bilion sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran.

Strategi Umno tawan Selangor terbongkar

Posted: 27 Mar 2012 04:29 AM PDT

Blogger Tulang Besi mendedahkan empat kaedah Umno/BN untuk menawan Selangor



PETALING JAYA: Blogger Abdul Rahman Talib yang lebih terkenal sebagai Tulang Besi telah membongkar kaedah Umno untuk menawan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa, empat kaedah digunakan oleh Umno dengan bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Dengan bantuan SPR dan JPN, Umno telah berjaya menukar puluhan ribu pengundi-pengundi Pakatan Rakyat dari Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dan mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah.

"Selain itu mereka turut menukar alamat pengundi-pengundi Umno dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di DUN PKR dan PAS dan mendaftar banyak pengundi-pengundi hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor," kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan.

Pada ketika ini BN mempunyai 20 kerusi DUN – 18 dari Umno dan dua MCA (dua). Pakatan Rakyat pula mempunyai 36 kerusi DUN dari jumlah keseluruhan 56 kerusi.

PAS tidak mampu

Menurut Abdul Rahman pada ketika ini Umno/BN yakin boleh memenangi 35 kerusi DUN berbanding 21 kerusi Pakatan dan menjelang pilihanraya yang dijangka diadakan dalam bulan Jun bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan, 13.

Beliau menambah bahawa usaha Pakatan untuk menentang penipuan ini adalah minima.

Ini kerana SPR menetapkan kos membantah nama dalam daftar pemilih yang diragui pada RM10 untuk satu nama.

"PAS Selangor tidak mampu membantah dengan banyak walaupun mereka kuat bekerja dan terpaksa berjimat menggunakan wang sendiri untuk menjalankan proses bantahan kerana tiada bantuan kewangan dari mana-mana sumber rasmi," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa para pengundi Selangor menyemak nama mereka di dalam senarai daftar pemilih di laman web SPR.

"Pastikan nama-nama saudara saudari tidak dipindah ke negeri atau kawasan lain kerana berpuluh ribu pengundi telah dibuang dan baling keluar dari kawasan asal mereka," kata Abdul Rahman.

SMS berantai: Adun BN boikot sidang dewan

Posted: 27 Mar 2012 04:24 AM PDT

Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) bangkit dan memohon penjelasan daripada Speaker berhubung SMS berantai itu.


Sekitar Dun Selangor


SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) memboikot daripada terus menghadiri persidangan dewan gara-gara satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menunjukkan ketidakadilan Speaker, Datuk Teng Chang Khim.

Teng menulis SMS berantai dalam satu kumpulan BBM untuk menasihatkan para exco membahas sesi penggulungan seperti dilakukan Yaacob Sapari (PKR-Kota Anggerik) semalam, dengan menyentuh kejayaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor selama empat tahun.

Perkara itu dibangkit Adun-BN Sungai Burong Dato' Shamsudin Lias dan dibaca Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) dan SMS tersebut dibaca dalam sidang dewan yang berlangsung di sini hari ini.

Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) kemudian bangkit dan memohon penjelasan daripada Teng berhubung SMS berantai itu.

Walau bagaimanapun Teng dengan tenang membenarkan Adun BN untuk membawa usul ke atasnya dalam sidang dewan.

Dalam sidang media yang menyusul kemudian, Abdul Shukor terus mendesak Teng untuk memohon maaf secara terbuka kepada semua exco.

Beliau berpendapat tindakan menghantar SMS itu sepatutnya dilakukan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Speaker perlu berlaku adil. Bila (Teng) hantar SMS itu menunjukkan beliau berat sebelah terhadap exco. Sepatutnya ini kerja Menteri Besar dengan memberi mesej agar exco beri hujah yang baik.

"Kenapa speaker bertindak sedemikian rupa? Selama ini kita tidak mendapat keadilan yang sebenar. Maka kami mahu speaker mohon maaf secara terbuka," katanya dalam sidang media sejurus perkara itu dibangkit di dalam dewan.

"Kita tidak berminat nak bawa usul sebab kami dah kecewa. Semua ahli dewan pembangkang rasa tidak selesa dan kita tidak akan hadir sampai Jumaat (jika dewan tamat pada hari tersebut). Ini hari terakhir kami disini," katanya ketika ditanya pemberita jika usul akan dibawa ke atas speaker dewan.



Speaker dakwa Hasan sebar SMS

Sementara itu Teng yang mengakui bertindak sedemikian, namun mendakwa Datuk Dr Hasan Ali (Bebas-Gombak Setia) bertindak menyebar SMS berantai itu kepada Adun BN lain.

"Sudah tentu Hasan Ali…..beliau yang sebarkan kepada Umno. Jati dan Umno punya hubungan yang akrab. Saya hantar SMS itu melalui kumpulan BBM yang turut disertai Hasan Ali," dakwa beliau.

Ditanya pemberita mengenai SMS berantai itu, Teng menjelaskan tindakan itu adalah satu cara beliau untuk menasihati Exco dan Adun.

Katanya sebagai ahli dewan yang senior beliau sering dirujuk oleh anggota lain, malah mempertahankan tindakan beliau dengan berlaku adil kepada semua pihak, tidak kira pihak kerajaan mahupun pembangkang.

"Itu cara saya bagi nasihat kepada Adun. Semalam saya tegur (Dr) Xavier Jayakumar kerana sentuh tentang SPR. Saya lakukan secara adil. Yang betul saya puji, yang salah saya tegur," katanya yang juga Adun DAP-Sungai Pinang.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan Adun BN yang memboikot sidang dewan sedangkan sesi penggulungan tentang dasar kerajaan negeri dibuat hari ini.

Hasan Ali rendahkan martabatnya

Posted: 27 Mar 2012 04:21 AM PDT

"Sebagai pemegang PhD dia selalu kata dirinya bijak, berpengalaman luas tetapi saya terkejut sebab dia sanggup merendahkan martabatnya," kata Azmin Ali.


Sekitar Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terkejut dan tidak menyangka Pengasas Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali sanggup mengeluarkan kenyataan fitnah menyerang peribadinya.

Enggan menjawab dakwaan Hasan, Azmin sebaliknya menganggap Hasan telah merendahkan martabat dirinya sendiri apabila gagal menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan pengubahsuaian pejabat sehingga mencecah RM300,000.

Malah, Hasan bertindak menyuburkan budaya fitnah apabila mencabar Azmin menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 sedangkan gajinya ketika itu hanya RM2,000 saja.

"Sebagai pemegang PhD dia selalu kata dirinya bijak, berpengalaman luas tetapi saya terkejut sebab dia sanggup merendahkan martabatnya apabila menunjukkan respon negatif terhadap persoalan yang saya bangkitkan minggu lalu," katanya kepada pemberita di luar Dewan Rakyat di sini hari ini.

Hasan semalam mendakwa Azmin serta isteri termasuk iparnya memiliki saham mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an, memetik kenyataan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S A Vickneswaran sebelum ini .

Namun Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, dakwaannya itu berdasarkan fakta dan angka daripada laporan audit.

Sedangkan katanya Hasan tidak menjawab soalan beliau, malah tidak menafikannya dan turut mengheret beberapa Adun lain mendakwa mereka juga melakukan perkara yang sama.

"Apakah ini nilai Islam dan Melayu yang hendak diperjuangkan Hasan Ali?

"Dia tak jawab soalan pokok tapi kutip fitnah beberapa individu dan menyuburkan fitnah itu," katanya yang menganggap isu saham itu satu fitnah lama yang timbul sejak dulu lagi.

Ubah suai pejabat

Katanya, isu ubah suai pejabat itu sudah lama dibangkitkannya sejak dua tahun lalu namun apabila beliau memaklumkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, beliau dihalang kerana Abdul Khalid memutuskan untuk menyiasat dakwaan ini melalui pemeriksaan audit.

"Menteri Besar kata tak perlu bangkit dalam Dewan dan dia nak maklumat tu diaudit dan siasat dakwaan ini, jadi audit ambil masa untuk siasat dan kemudiannya membawa isu ini untuk perhatian exco.

"Tetapi bila Menteri Besar nak bentangkan laporan audit, Hasan Ali keluar dan tidak pertahankan jawatannya," katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang wajar diambil terhadap Hasan kerana mengubah suai pejabat, Azmin berkata perkara itu diluar bidang kuasanya dan menyerahkan kepada Abdul Khalid dan Exco Selangor lain putuskan.

Ubah suai pejabat Hasan Ali RM329,000

Posted: 27 Mar 2012 04:05 AM PDT

Menteri Besar memberitahu perkara ini ketika sesi penggulungan sidang dewan negeri Selangor petang tadi.


Sekitar Dun Selangor


SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata angka perbelanjaan ubah suai pejabat yang dilakukan bekas exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Datuk Dr Hasan Ali adalah sebanyak RM329,000.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan sidang dewan negeri Selangor di sini petang tadi.

Abdul Khalid berkata Adun Sri Kembangan Ean Yong Hian Wah membelanjakan sebanyak RM146,000 diikuti dengan Adun Batu Tiga Rodziah Ismail RM119,000 untuk perkara yang sama.

Selain Hasan, Ean dan Rodziah antara exco yang membuat ubahsuai pejabat adalah Iskandar Abdul Samad sebanyak RM21,000, Ronnie Liu (RM53,000), Yaakob Sapari (RM32,000), Elizabeth Wong dan Teresa Kok (kurang dari RM25,000) dan Dr Xavier Jayakumar (M70,000) manakala Halimah Ali tiada rekod memandangkan beliau tidak membuat sebarang ubah suai pejabat.

"Saya tidak halang guna dana untuk tujuan sedemikian. Tapi saya terkilan jika wujud orang ini hendak buat….akan ada orang lain juga hendak buat benda sama. Ini berkaitan dengan prinsip," katanya.

Menerusi rekod ini, Hasan Ali masih merupakan bekas exco yang menggunakan perbelanjaan ubai suai pejabat yang tertinggi berbanding lain.

Angka perbelanjaan mengubah suai pejabat ini dibangkit Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) pada sidang dewan 23 Mac lalu yang mendakwa Hasan Ali menggunakan RM300,000 untuk tujuan berkenaan.

Namun perkara itu dinafikan oleh Hasan Ali semalam sambil menuding jari kepada Xavier dan Halimah sebagai exco yang menggunakan perbelanjaan lebih tinggi untuk tujuan sama.

Hasan Ali tidak ikut tatakelola

Sementara itu, Abdul Khalid mendakwa Hasan Ali tidak menjalankan tatakelola kerja yang ditetapkan terutama membabitkan pelbagai kontrak prasarana dibawah tanggungjawab exco yang dipegang beliau.

Katanya, Hasan Ali didakwa campurtangan dalam pemilihan kontraktor bagi projek prasarana di Selangor.

"Kita terima laporan audit dan menunjukkan Hasan Ali campur tangan dengan cuba cadang dan tentukan siapa kontraktor yang sepatutnya dapat projek. Biasanya tiada konflik kepentingan peribadi dalam pemilihan nama kontraktor.

"Saya baru dapat satu beban…dengan beban ini saya dapat buktikan Hasan Ali tidak mengikut tatakelola yang ditetapkan," jelas beliau.

Adun Kuang perlu sedia dipanggil SELCAT


Menyentuh mengenai kerugian yang dialami oleh anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), beliau berkata Abdul Shukor Idrus (BN-Kuang) perlu bersedia dipanggil oleh Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

Ini menurut beliau, Abdul Shukor yang pernah menjadi ahli lembaga pengarah PKPS perlu menjelaskan kerugian lebih RM35 juta yang dialami syarikat anak kerajaan negeri itu.

"Adun Kuang pernah jadi lembaga pengarah PKPS dan beliau antara mereka yang buat keputusan. Sedangkan PKPS sudah hilang lebih RM35 juta. Beliau perlu sedia berdepan dengan SELCAT, kerana sebagai pengarah tak kan beliau tidak tahu langsung? soal beliau.

"Belum lihat rekod beliau pergi ke Korea sedangkan projek salad yang dilakukan tidak laku," katanya.

PRU 13 Dijangka September Ini?

Posted: 27 Mar 2012 04:04 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : Spekulasi tarikh pilihan raya umum kini tertumpu pada bulan September berbanding desas desus sebelum ini yang mengatakan bahawa ia mungkin diadakan pada Jun nanti.

Antara faktor yang dikatakan pilihan raya tidak mungkin dapat diadakan pada Jun adalah kerana beberapa isu akan memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan. Selain itu, rancangan perjalanan luar negara oleh Perdana Menteri juga membayangkan pilihan raya tidak akan diadakan pada bulan berkenaan.

 Adalah difahamkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan untuk melawat Amerika Syarikat pada minggu kedua bulan Mei, di mana beliau dijangka bertemu pegawai Majlis Penasihat Inovasi dan Sains Global di New York.

Majlis itu ditubuhkan dengan matlamat melonjakkan negara ini daripada sebuah negara berpendapatan sederhana kepada yang berpendapatan tinggi.

Akhbar harian Inggeris, The Star yang memetik sumber, berkata Najib mungkin menghabiskan lima hari di Amerika Syarikat, dan selepas itu beliau dijadualkan bercuti pendek dengan keluarganya.

"Kita tidak tahu sama ada ini adalah petunjuk kepada media sebagai persediaan untuk pilihan raya yang kini semakin rancak," kata seorang petugas rasmi Barisan Nasional (BN) yang dipetik akhbar itu.

Sabtu lalu, pada majlis penyerahan 70 unit rumah mampu milik berkualiti tinggi di Taman Intan Duyung, Port Dickson, Najib membayangkan bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir dan berkata beliau merasakan bahawa keyakinan rakyat pada Kerajaan telah meningkat.

" Saya rasa-rasalah dan bila sudah ada rasa tu, bunyinya sudah dekatlah tu (pilihan raya umum)," katanya.

Sebelum ini, ramai penganalisis politik membuat spekulasi bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan pada Jun ini tetapi Perdana Menteri dipercayai mempunyai beberapa isu yang perlu diselesaikan.

Dengan hanya beberapa hari menjelang April dan rundingan pertukaran kerusi di kalangan parti-parti komponen Barisan Nasional masih dijalankan manakala senarai calon-calon masih belum dimuktamadkan, maka Jun dilihat bukan bulan yang sesuai.

Najib juga akan membuat lawatan dua hari ke China dari 31 Mac di mana beliau akan menghadiri pelancaran Taman Perindustrian Qizhou di Nanning dengan rakan sejawatannya dari China Wen Jiabao.

Jika Perdana Menteri tidak mengadakan pilihan raya pada Jun, maka tarikh atau bulan seterusnya adalah Julai apabila bulan puasa pula akan bermula.

"Seluruh Ogos pula akan sibuk dengan sambutan Hari Raya dan berterusan sehingga Hari Kebangsaan," kata seorang penganalisis, sambil menambah bahawa Najib boleh mengambil kesempatan daripada faktor-faktor seperti mood cuti dan semangat patriotik sempena ulang tahun Merdeka.

Jika September dipilih, The Star memetik seorang lagi penganalisis lain berkata, ia mesti diadakan pada minggu pertama bulan itu.

"Ia tidak boleh diadakan pada lewat September kerana musim haji sudah bermula dan berakhir hanya pada Oktober. Ini diikuti sidang Parlimen dari 24 Sept hingga Nov 27, di mana Bajet akan dibentangkan. Apabila dibentangkan, ia perlu diluluskan oleh Dewan Negara, yang bermakna (sesi bajet itu) akan berlarutan sehingga tahun depan, " katanya lagi.

Tiada ulasan: