DIALOG RAKYAT |
- Remaja Upahan Umno Didakwa Cuba Sabotaj Karnival Terima Kasih Rakyat
- 70,000 banjiri Terima Kasih Rakyat Selangor
- PAS dedah pelaburan FGVH di luar negara rugi
- Tanda bersalah dari keluarga Shahrizat: Taktik melengah-lengah utk bantu individu berprofil tinggi?
- PRU13: Masa untuk menilai semula prestasi BN
- Pengurus bank dirompak RM200,000
- Abdul Kadir tidak sertai PR, kembali berpolitik melalui NGO
- 24,000 ahli KWSP guna wang caruman daftar haji
- 100 nelayan di Kedah demo minta k'jaan tambah diesel
- Buruh dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh Dirang
- 5 lelaki dituduh tampal poster hina Guan Eng, Ambiga
- PAS sokong demo hapus hutang PTPTN sebelum p'raya
- Kenyataan media Tan Sri Rozali Ismail
- Mahkamah tetapkan 11 hingga 15 Jun bicara kes Mat Sabu
- Gadis Dilanggar, Diculik & Dirogol Dalam Kereta Proton
- Buruh Kontrak Didakwa Bunuh Dirang
- PRU 13 : Anwar Ajak Rakyat Selangor Lancar Perang
- Hasan Persoal Dana RM300 Juta 'Geran Selangorku'
- Kadir akui dilamar pemimpin Pakatan
- Pengundi Muda Luar Terengganu Tunjuk Sokongan Luar Biasa Kepada PAS
- Malaysia Setuju Henti Beli Minyak Iran Selepas Menerima Tekanan Daripada Amerika?
- Protokol Bangang Yang Sama-Sama Perlu Kita Hapuskan.
- Karzan, Nawi dan Idris Jusoh antara dapat tanah
- Blogger dakwa Umno akan beli agen PKR
- PMBK sumbang RM55,800 kepada kakitangannya yang meninggal
Remaja Upahan Umno Didakwa Cuba Sabotaj Karnival Terima Kasih Rakyat Posted: 26 Mar 2012 06:27 AM PDT KUALA SELANGOR : Tindakan ganas dan cuba menimbulkan kekecohan ketika sambutan Karnival "Terima Kasih Rakyat" semalam didakwa didalangi Umno-BN. Bertempat di Stadium Kuala Selangor, kekecohon tersebut tercetus apabila kumpulan terbabit secara tiba-tiba membuat bising dan membaling batu ke arah para hadirin sambil membawa sepanduk yang tertulis 'Anwar Yahudi' dan 'Anwar sokong Israel' ketika ucapan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Kumpulan yang terdiri daripada enam orang itu juga bertindak menyerang kereta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru sahaja beredar untuk ke program lain selepas memberi ceramah di majlis itu. Karnival itu diadakan sempena ulangtahun ke empat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Keadaan itu menyebabkan orang ramai bertindak mengejar kumpulan terbabit yang menaiki tiga buah motorsikal. Bagaimanapun, salah seorang daripada ahli kumpulan itu berjaya ditahan orang ramai menyebabkan anggota Unit Amal PAS yang mengawal ceramah tersebut, terpaksa bertungkus berusaha menghalang remaja itu dari dipukul manakala lima remaja lain berjaya melarikan diri. Keadaan itu bagaimanapun kembali tenang sepenuhnya selepas remaja itu ditahan oleh polis. Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan kumpulan terbabit. Katanya, seperti biasa Umno-BN akan menghantar samseng upahan untuk menganggu setiap majlis Pakatan Rakyat. | ||
70,000 banjiri Terima Kasih Rakyat Selangor Posted: 26 Mar 2012 06:09 AM PDT
KUALA SELANGOR Lebih 70,000 kehadiran dicatatkan sepanjang dua hari program Karnival Terima Kasih Rakyat di Stadium Kuala Selangor di sini yang berakhir semalam. | ||
PAS dedah pelaburan FGVH di luar negara rugi Posted: 26 Mar 2012 06:07 AM PDT
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian. | ||
Tanda bersalah dari keluarga Shahrizat: Taktik melengah-lengah utk bantu individu berprofil tinggi? Posted: 26 Mar 2012 06:02 AM PDT Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle TERKINI Tujuan utama siasatan Jawatankuasa Public Accounts ialah mencari bukti,sekiranya ada bagi sebarang salahlaku, penyiasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak polis dan jika didapati tiada bukti,maka tiada sebarang masalah dan sebarang syak wangsa perlu di lupakan saja. PAC bukan nya mahkamah untuk mengadili atau menghukum seseorang. Walaupun jika ada bukti, terserah kepada mahkamah untuk menentukan keputusan setelah perbicaraan yang adil. Sebenarnya, PAC ialah satu peluang untuk mereka yang disoalsiasat bagi membersihkan nama mereka. Dalam mana mana peniasatam biasa, seorang individu yang tidak bersalah tidak sepatutnya rasa takut disoal dan haruslah menjawab dengan penuh terperinci bagi membuktikan bahawa dia tidak bersalah. Tapi jika individu itu hendak menyorokkan sesuatu, sudah tentu lah dia keberatan untuk bekerjasama dalam mencari kebenaran, Hakikat kehidupan: Mengigit tangan yang menyuap mereka
Ini hakikat kehidupan dan dalam kes rasuah melibatkan RM250juta NFC, setakat ini hanya seorang individu yang memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia iaitu Shamsulbahrin Ismail, salah seorang yang membuat pendedahan yang mendakwa Pengerusi NFC,Salleh Ismail meminta nya merasuah pihak polis dengan wang RM1.8 juta untuk mempengaruhi hasil siasatan berkenaan jenayah pecah amanah. Suami kepada ketua Wanita Umno Sharizat Jalil, Salleh dan 3 anak merela dijadualkan menghadiri sesi soalsiasat PAC berkenaan NFC pada hari Selasa.Tapi mereka tidak hadir dan hanya menghantar 2 peguam dan seorang pengurus pentadbiran.Suami dan anak-anak Shahrizat ialah pengarah NF Corporation,sebuah firma kepunyaan keluarga yang diberi projek pembiakan lembu oleh kerajaan BN dalam tahun 2006. Sebab yang diberi untuk tidak hadir ke PAC ialah Salleh telah di dakwa dengan tuduhan jenayah pecah amanan oleh yang demikian dia tidak mahu wujud prejudis dalam kes nya. Pengamal undang-undang bagaimana pun tidak percaya dan berpendapat kelaurga itu hanya memberikan alasan. Berita terbaru dilapurkan bahawa Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia telah mengarahkan PAC menghentikan siasatan dengan alasan ia nya satu pencetus sub judice kepada persepsi rakyat terhadap satu konspirasi politik besar oleh pemimpin tertinggi UMNO bagi menutup kes NFC. " Pada mulanya saya benarkan ia di baca tapi sekarang isu ini telah dibawa ke mahkamah,maka saya tidak boleh berbuat sesuka hati saya.Ia tidak boleh dibincangkan kerana telah dibawa ke pihak pengadilan,"kata Pandikar. Bagi keluarga Shahrizat, keengganan hadir ,bukankah ini satu tahap keangkuhan dan secara terbuka menghina rakyat yangmana Shahrizat terhutang budi dalam kareer politik dan keluarga nya, cara hidup mereka dari dana yang membiayai projek NFC?Malah beliau membesar besarkan perkara bagaimana beliau 3 kali mengerjakan Umrah dalam masa 3 bulan, agak pelik bagaimana Shahrizat gagal memahami hal ini dan enggan menunjukkan rasa berterima kasih nya kepada rakyat dan negara yang telah membiayai beliau dan kelaurga beliau selama ini. Tidak kisah nak menutup kesan jejak mereka
Setakat ini.para pengarah NFC telah terbuksi silap dalam semua langkah mereka dalam kes tersebut. Setiap kali mereka mempertahan tindakan mereka, ia gagal kerana alasan yang tidak kukuh sehingga sukar untuk dipercayai. Mereka tiada pengalam menjalankan ladang ternakan lembu dan tiasa pengetahun dalam perniagaan, mereka tidak sepatutnya diberi projek tersebut oleh kerajaan BN. Ketika mereka berjaya dalam proses tender tersebut, mereka sepatutnya menolak jika mereka orang yang berprinsip bagi memberi peluang kepada mereka yang lebih berpengalaman. Samada Salleh berkata benar atau tidak, beliau bertegas menyatakan beliau tidak sedar beza anatara firma NFCorp kepunyaan keluarganya dengan NFC sebuah entiti kerajaan. Ini menyebabkan beliau sangka kan keluarga nya boleh membelanjakan wang sesuka hati mereka.Apakah jenis pembelaan yang begini? Jika seorang pembunuh berkata beliau boleh dihukum kerana membunuh, adakah ini bermakna beliau tidak bersalah kerana membunuh? Bagi seorang yang mempunyai kuasa sebagai pimpinan NFC, alasan lemah sedemikian membodoh-bodohkan rakyat , dan juga dirinya sendiri dan keluarga. Mungkin inilah sebabnya keluarga Shahrizat mengelak dari menghadiri siasatan PAC pada hari Selasa. Bagaimana mereka boleh jadi terlalu jahil sehingga tidak tahu ini akan menimbulkan persoalan yang jelas? Tapi apa jawapan yang boleh mereka berikan kerana penjelasan paling bijak ialah selama ini mereka memamng sedar apa yang mereka lakukan dan tidak pernah kisah untuk menutup jejak mereka kerana mereka fikir akan dilindungi oleh presiden parti PM Najib Razak. Adakah keluarga Sharizat hanya pelakon barisan hadapan?
Isu dan pendedahan oleh Rafizi Ramli, ahli strategi dari PKR adalah keterlaluan untuk menahan kemarahan rakyat dan pendedahan itu mengandungi banyak kebenaran untuk Najib mengelak dari siasatan umum. Walaubagaimanapun, jikalau keluarga Shahrizat telah tiada, PAC yang didominasi oleh BN, dijangka akan lebih 'mesra' terhadap mereka. Ramai percaya keluarga Shahrizat dengan niat ,secara sengaja terus menerus menjadikan NFC sebagai perniagaan keluarga ,daripada meluaskan perniagaan dan menggaji para professional, kerana mereka mahu mengawal dan memanipulasi syarikat dan akaun syarikat tersebut. Ada yang mengatakan mereka hanya boneka kuasa yang lebih besar dari Shahrizat dalam UMNO dan berkelakuan demikian bagi mengikut kehendak dan arahan dari atas. Jika tidak, bagaimana para pengarah yang semuanya berpendidikan dari universiti, boleh menjadi bodoh sehingga penyalahguna dan menyalurkan wang pinjaman dari kerajaan sebanyak RM250 juta, bagaikan wang tersebut diwarisi oleh mereka?Sudah tentu Sharizat, seorang peguam terkenal sebelum menceburi arena politk, telah menjaga hal ehwal keluarga nya dan sekurang kurang nya memberi nasihat bagi melindungi mereka. Inilah salah satu sebab mereka dalam UMNO percaya ada seseorang yang berkuasa disebalik projek ini, manakala Sharizat dan keluarga nya cuma pelakun barisan hadapan. Prasangka makin kuat bila Najib mencuba berbagai cara untuk sembunyi, elak,nafi, beri alasan dan lindungi malahan menutup mata kepada masalah ini. Mungkin sudah terlambat.Namanya sudah terbabit dan ada khabar yang menyatakan keluarga Shahrizat membeli sebuah apartmen mewah berharga RM1.7juta sebagai hadiah perkahwinan anak perempuan Najib. Belajar dari yang lain
Mungkin sebab ini lah pengarah NFC berani tidak hiraukan PAC. Selain dari angkuh dan tidak mengenang budi terhadap hidup senang lenang dari peluang yang mereka ada, mereka harusnya ada motif jelas dan idea apa yang harus dilakukan seterusnya. Salah satu motif sudah tentu untuk melindungi 'orang atasan' atau melengahkan hal ini sementara mereka menunggu 'big boss' mencari penyelesaian. Kita telah lihat banyak contoh mereka yang sedia dipergunakan oleh yang berkuasa, berakhir dengan mereka sendiri menjadi mangsa keadaan. Contoh jelas ialah kes bunuh Altantuya dimana 2 orang pegawai polis ,yang mendapat arahan orang atasan sebelum membunuh Altantuya dengan kejam, kini mereka menunggu hukuman gantung. Hal yang sama sekarang berlaku kepada keluarga Shahrizat.Mereka tiada pilihan tapi bersubahat dengan orang seperti Najib kerana sebagai PM, beliau cukup berkuasa untuk selamatkan mereka.Bagaimanapun, jelasnya aset –aset mereka telah dibekukan dan skim cepat kaya melalui NFC akan membankruptkan mereka. Berapa lama agaknya pengarah NFC cuba lengah lengahkan masa dari bersemuka dengan PAC? Eric Chia yang terkenal dengan kes Perwaja, yang dilindungi oleh Mahathir Mohamad, tidak dapat lari.Dia di hukum walaupun dengan hkuman ringan.Hal yang sama kepada mantan Presiden MC Ling Liong Sik, yang menghadapai tuduhan dalam skandal PKZ berjumlah RM12.5 bil, beliau bertegas menyatakan beliau hanya kambing hitan untuk orang atasan. Pengarah NFC patut ambil ikhtibar dari semua contoh tersebut dan berhenti dari mmebuang masa dan duit rakyat. Ansuran pertama pinjaman RM250juta belum dilunaskan, dan mereka masih terus berani menyerang balas kritikan terhadap mereka dan menyalahkan pembangkang.adakah pemangkang yang mengajar Shahrizat dan keluarganya menyalahguna dana kerajaan dan beli kondo mewah untuk diri mereka sendiri? Melengahkan skandal untuk seseorang
Dipendekkan cerita,keluarga Shharizat menyembunyikan seseorang yang berkuasa, yang mereka fikir akan membantu mereka keluar dari maslaah ini. Atas sebab tertentu, seseorang ini mahu melengahkan penyelesaian isu NFC.Ya, seseorang ini lebih suka pembangkang menjadikan isu NFC senjata pemusnah terhadap UMNO.Siapa orang ini dan apa tujuan beliau berbuat demikian? Some say it is Najib Razak and his motive is to use the NFC mess as excuse for delaying the 13th general election, which he had previously hinted could be held in May or June. But if the Shahrizats remain stubborn, the scandal won't blow away. It would drag on and be a real liability to the UMNO, especially when the campaigning for GE-13 kicks off. Ada yang kata beliau ialah Najib Razak dan motifnya menggunakan NFV sebagai alasan melengahkan pilihanraya umum 13, yang pada awalnya diramalkan berlangsung dalam bulan Mei atau Jun. Jika keluarga Shahrizat berdegil, skandal ini tidak akan selesai.Ia akan terus berlengah dan menjadi satu tanggungan kepada UMNo terutama bila kempen pilihanraya 13 bermula. Ia jadi satu alasan kukuh untuk Najib mmeberitahu jawatankuasa tertinggi UMNO mengapa beliau 'tiada pilihan' dari membuat silap demi keselamatan dan tangguhkan PRU 13 ke tarikh lain- mungkin selepas pemilihan UMNO yang dijadualkan tahun ini. Untung untuk Najib kerana beliau boleh terus memegang kuasa lagi,membolehkan beliau mendapat habuan dari beberapa urusniaga mega sebelum penggal pemerintahannya tamat pada awal 2013. Bagi keluarga Shahrizat, bola kristal ajaib hanya menunjukkan rugi. Cuma mereka yang boleh membantu diri mereka dari terus jatuh. Malaysia Chronicle | ||
PRU13: Masa untuk menilai semula prestasi BN Posted: 26 Mar 2012 06:00 AM PDT Viktor Wong, Malaysia Chronicle Cubalah kita bayangkan jika anda adalah seorang pemilik sebuah syarikat perniagaan dan apakah yang akan anda lakukakan jika sekiranya ada seorang "pekerja" anda yang tidak pernah mempamerkan prestasi yang memuaskan sepanjang tempoh penggajiannya dengan syarikat anda? Kenapa? "Pekerja" yang prestasinya yang tidak baik selama ini sudah tentunya akan menerima tindakan yang sewajarnya, sama ada penggantungan kerja ataupun penamatan perkhidmatan. Dan ini adalah merupakan suatu keadaan yang hampir sama sekali apabila tibanya pilihanraya umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi. Kita semua selaku rakyat dan pengundi umum adalah merupakan "majikan" kepada kerajaan yang dipilih dan oleh itu, kita akan menilai semula prestasi kerajaan apabila PRU menjelang pada setiap lima tahun. Di dalam PRU 2008 yang lalu, rakyat telahpun memberikan satu peringatan dan amaran keras kepada kerajaan persekutuan BN agar berubah atau menghadapi penyingkiran di dalam PRU yang akan datang. Namum demikian, nampaknya rakyat jelata dilihat akan memberikan BN satu lagi peluang apabila kerajaan BN tanpa segan silu merasuah kita semua, selaku "majikan" dengan pemberian RM500 seorang, permohonan maaf yang tidak begitu ikhlas dan pelbagai-bagai janji-janji manis kononnya mereka akan berubah menjadi lebih baik. Jika sekiranya amalan ini berlaku di sesebuah syarikat swasta di mana seorang pekerja yang cuba merasuah majikan untuk terus bekerja di situ, sudah tentu pekerja tersebut akan disingkirkan serta-merta kerana cubaan merasuah majikan. Perkara yang sama inilah yang kini cuba dilakukan oleh kerajaan BN terhadap rakyat jelata. Apakah jenis "pekerja" ini? Dari masa ke semasa, kerajaan BN sering merayu rakyat agar mereka diberikan peluang dan kita senantiasa memberi laluan yang begitu mudah untuk kerajaan BN untuk kembali berkuasa pada setiap PRU. Akan tetapi, BN sering memungkiri janji-janjinya dengan tanggapan rakyat akan mudah lupa. Ini sememangnya sikap para pemimpin BN, seringkali menabur pelbagai janji dan akhirnya memungkirinya apabila PRU berlalu. Jika anda adalah "majikan" di dalam keadaan di atas, sudah tnetu "pekerja" sebegini akan disingkirkan dan digantikan denhan pekerja baru yang lebih berkebolehan. Inilah yang kita perlu tunjukkan kepada kerajaan BN siapakah yang sebenarnya Bos di negara ini. Dan dengan kad laporan prestasi BN inilah akan dijadikan sebagai satu daya pengukur di dalam persidangan parlimen yang telahpun berlangsung dari 12 Mac hingga 12 April dan berdasarkan keadaan yang terkini, sidang parlimen ini mungkin menjadi seesi yang terakhir buat BN. Isu-isu hangat Antara isu-isu yang dijangka "akan cuba dibangkitkan" oleh ahli-ahli parlimen gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) adalah seperti yang berikut: 1) Skandal kondo-lembu NFC, 2) Penetapan kadar gaji minimum, 3) Skim kesihatan 1Care, 4) Pembinaan kilang penapisan sisa toksik Lynas, 5) Kos Lebuhraya Ekspres Kinrara-Damansara (KIDEX) yang semakin meningkat, 6) Janji BN untuk membina enam buah sekolah jenis kebangsaan (Tamil) yang masih tinggal janji, 7) Pembiakan nyamuk yang diubahsuai secara genetik, 8) Penyenaraian saham Felda. Perkataan "akan cuba dibangkitkan" digunakan pada perenggan yang lalu kerana di kebanyakan seesi persidangan parlimen yang lalu, ahli-ahli parlimen PR tidak diberikan masa yang mencukupi untuk mengemukakan soalan ataupun membahaskan sesuatu perkara demi kepentingan rakyat dan negara. Pertama, siasatan terhadap skandal kondo-lembu NFC itu telah mengambil masa yang begitu lama sekali di dalam menentukan sama ada para pengarah syarikat berkenaan harus didakwa atau sebaliknya. Malah pihak polis dan pejabat peguam negara saling tolak menolak hasil kertas siasatan sebelum ini. Adakah ia merupakan suatu taktik kerajaan BN untuk melengahkan masa dan keadaan agar rakyat akan mudah melupakan kes tersebut? Akan tetapi, para pemimpin PR terus berusaha memberikan tekanan yang menyeluruh terhadap kes tersebut yang akhirnya berjaya dikemukakan ke mahkamah untuk didakwa para pesalahnya. Kita tengoklah apa yang telah berlaku pada kes skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang menyebabkan kerugian berjuta-juta Ringgit. Walaupun bekas presiden MCA dan bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik yang kini sedang didakwa berkaitan kes berkenaan, namum, satu demi satu bukti-bukti skandal dilesap atau dihilangkan dengan begitu sahaja agar kerajaan BN tidak akan menerima tamparan akibat daripada siri perbicaraan tersebut. Sementara isu yang kedua pula adalah mengenai penetapan kadar gaji minima yang kini hangat diperkatakan ramai. Apabila PR mengemukakan cadangan gaji minimanya pada kadar RM1100 sebulan melalui pembentangan Bajet Alternatif 2012 ppada 4 Oktober 2011 yang lalu, para pemimpin BN dengan lantas mentertawakan cadangan tersebut bagaikan jenaka. Kini tiba giliran BN pula yang akan mengemukakan cadangan gaji minimanya pada kadar di antara RM880 hingga RM900 sebulan yang dianggap rakyat jelata terlalu rendah berbanding dengan kenaikan kadar inflasi yang begitu mendadak. Seperti biasa golongan pekerja akan terus menjadi mangsa. Suatu perseimbangan kadar di antara majikan dan pekerja perlu diwujudkan bagi menangani masalah inflasi yang kini semakin meningkat agar suatu kadar gaji yang adil dapat dilaksanakan dan tidak membebankan kedua-dua belah pihak. Isu yang ketiga melibatkan skim insurans kesihatan 1Care yang penuh dengan misteri. Adalah difahamkan bahawa 10 peratus daripada gaji pekerja swasta akan dipotong pada setiap bulan untuk disalurkan kepada 1Care. Menurut BN, insurans sedemikian adalah untuk membantu mereka yang memerlukan rawatan bagi penyakit-penyakit yang serius. Tetapi, apakah yang akan berlaku jka sekiranya wang di dalam 1Care itu tidak digunakan oleh mereka-mereka yang sentiasa sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit? Ahli-ahli parlimen PR kini sedang memberikan tekanan yang menyeluruh terhadap timbalan presiden MCA dan menteri kesihatan Liow Tiong Lai agar mengemukakan maklumat yang lebih terperinci, namum sehingga hari ini Liow masih membisu dan enggan menggulas lanjut. Kontroversi yang seterusnya adalah pembinaan kilang pemprosesan sisa toksik Lynas di Gebeng, Pahang. Sebelum projek pembinaan itu dilaksanakan kerajaan BN telah merahsiakan tujuan pembinaan kilang itu daripada rakyat. Namun, akhirnya rakyat tetap juga mengetahuinya dan keluar beramai-ramai untuk membantah projek Lynas tersebut. Apakah yang telah berlaku pada slogan "Rakyat Didahulukan" uang sering dilaung-laungkan oleh perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak sebelum ini? Kalaulah Lynas itu merupakan satu projek yang selamat dan berfaedah seperti yang didakwa oleh Najib, kenapa pula merahsiakannya daripada rakyat sebelum ini? Dan kenapa pula kilang tersebut tidak dibina di atas tanah Australia itu sendiri oleh kerana syarikat itu milik pelabur Australia? Walau macam manapun, ahli-ahli parlimen PR akan tetap meneruskan tekanan mereka di dalam parlimen agar kilang tersebut segera ditutup demi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat jelata tidak tidak tergadai begitu sahaja demi keuntungan sesetengah pihak yang didokong oleh BN. Bagi projek Lebihraya Ekspres Kinrara-Damansara (KIDEX), kita juga dapati bahawa kos projek pembinaan tersebut telah meningkat secara mendadak sehingga mencecah RM2 bilion dan persoalannya adalah kenapa projek pembinaan tersebut tidak ditawarkan melalui proses tender terbuka seperti yang diwajibkan mengikut undang-undang? Selain daripada itu, kerajaan BN sebelum ini telah berjanji kepada masyarakat India bahawa 6 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) akan dibina tidak lama lagi, namum sehingga pada hari ini, janji tersebut hanya tinggal janji dan kerajaan BN masih tetap menjanjikannya tetapi tidak memberikan sebarang tarikh perlaksanaan tersebut. Persoalannya adalah bila? Adakah ianya hanya merupakan suatu tipu muslihat agar masyarakat India kembali menyokong BN pada PRU yang akan datang? Isu yang ketujuh pula adalah berkenaan projek pembiakan sejenis nyamuk yang dibuat secara genetik bagi memerangi ancaman nyamuk aedes, namum tidak ada maklumat terperinci yang dapat dikemukakan oleh kementerian kesihatan bagi memastikan pembiakan baka baru nyamuk tersebut tidak mengamcam orang ramai khususnya kanak-kanak. Apa yang pihak kementerian berikan sehingga pada hari ini adalah hanya maklumat-maklumat yang masih kabur dan tidak jelas. Cadangan penyenaraian Felda di dalam Bursa Saham oleh kerajaan BN turut menerima bantahan yang begitu hebat daripada para pemimpin PR dan sebilangan besar peneroka Felda itu sendiri yang telah melihat penyenaraian tersebut bakal mengancam kedudukan dan kebajikan mereka sebagai peneroka di masa yang akan datang. Walaupun kerajaan BN sebelum ini telah menjanjikan pulangan yang paling lumayan daripada penyenaraian Felda, namun para peneroka Felda masih tidak berpuashati mengenai maklumat-maklumat urusan tersebut yang dikatakan tidak telus dan kurang jelas serta tidak mudah difahami. Oleh yang demikian, kajian semua terhadap penyenaraian itu adalah perlu bagi memastikan kebajikan para peneroka Felda ini tidak tergadai dengan begitu sahaja pada masa yang akan datang. Ketidakseimbangan dalam parlimen Masalah yang utama sekarang adalah di kebanyakan seesi persidangan parlimen, ahli-ahli parlimen PR selalunya tidak diberikan peluang yang mencukupi bagi membahas dan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan. Selain daripada itu, ramai di antara menteri-menteri kerajaan BN juga gagal atau tidak dapat memberikan jawapan yang sempurna apabila disoal mengenai beberapa perlaksanaan dan projek di bawah kelolaan kementerian masing-masing. Maklumat mengenai persidangan parlimen yang diperolehi daripada rekod Hansard sering menunjukkan ahli-ahli parlimen BN dan menteri-menteri khususnya daripada Umno suka menunjukkan tingkahlaku yang tidak profesional apabila sedang bersemuka dengan ahli-ahli parlimen PR yang lebih giat menumpukan perhatian mereka terhadap tanggungjawab mereka sebagai ahli parlimen. Sementara speaker dan timbalan speaker parlimen yang kedua-duanya ahli BN juga asyik menghalang seesi perbahasan yang efektif daripada berjalan dengan lancar khususnya di pihak PR dengan alasan "masa tidak mencukupi" dan pada masa yang sama akan memberikan masa yang lebih panjang kepada ahli-ahli parlimen BN untuk berbahas dan mengemukakan sokongan mereka. Keadaan tersebut juga telah menyebabkan ketidakseimbangan kuasa di dalam parlimen dan mengakibatkan keseluruhan persidangan tersebut menjadi kurang berkesan dan tidak adil sama sekali pada akhirnya. Tibalah masa untuk rakyat untuk menunjukkan kepada BN siapakah "majikan" sebenarnya daripada terus dibuli sedemikian. Lebih baik BN ini digantikan dengan seberapa segera yang boleh, agar negara ini dapat kembali ke pangkal jalan demi kepentingan rakyat jelata.Malaysia Chronicle | ||
Pengurus bank dirompak RM200,000 Posted: 26 Mar 2012 05:55 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SHAH ALAM — Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata keluarga seorang pengurus kanan bank telah dirompak oleh empat lelaki bersenjatakan pisau di rumah banglo mereka di Jalan Lapangan Terbang Subang, dalam pukul 5 pagi hari ini. Dipetik Bernama Online, beliau berkata bahawa kumpulan perompak itu telah mengikat dua pengawal keselamatan warga negara Nepal sebelum mengumpil salah satu daripada tingkap dan masuk ke dalam rumah itu. Perompak yang memakai topeng itu kemudian mengikat isteri dan tiga anaknya sebelum menggeledah rumah itu. Semasa kejadian itu pengurus bank berkenaan tidak berada di rumah kerana mempunyai urusan rasmi di Sabah. Zahedi menambah bahawa kumpulan perompak itu kemudian melarikan barang kemas, wang tunai, mata wang asing dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai RM200,000. Sehingga ini tiada tangkapan dibuat namum polis telah menyoal siasat kedua-dua pengawal keselamatan itu untuk membantu dalam siasatan. | ||
Abdul Kadir tidak sertai PR, kembali berpolitik melalui NGO Posted: 26 Mar 2012 05:53 AM PDT KUALA LUMPUR — Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini menyatakan beliau akan kembali aktif semula dalam politik namun tidak menyatakan sama ada akan menyertai Pakatan Rakyat (PR). Abdul Kadir sebaliknya berkata untuk jangka masa terdekat ini, beliau hanya akan menggunakan saluran badan bukan kerajaan (NGO) setelah mengumumkan keluar Umno awal minggu lalu. "Saya isytiharkan hari ini saya berhenti dari bersara dan kembali aktif untuk membawa kembali perjuangan asal Umno yang dibawa pemimpin terdahulu. "Keputusan yang berat dan bukanlah sesuatu yang mudah kerana setakat hari ini saya telah 56 tahun menjadi ahli Umno. "Penghidupan saya abdikan kepada Umno, negara, dan perjuangannya," katanya ketika sidang media di sini. Menurut Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu, beliau melihat berlakunya korupsi dan pembaziran serta kronisme mega berlaku dalam Umno yang berbeza daripada perjuangan tokoh pengasas terdahulu Umno."Saya tidak ada masalah dengan Najib dan Muhyiddin, tapi keadaan sekarang menyimpang begitu jauh daripada niat murni pengasas negara dan Umno terdahulu. "Selepas 56 tahun, rakyat makin renggang oleh sebab sentimen keagamaan dan perkauman. Menurut bekas Menteri Penerangan ini lagi, kerajaan sekarang juga mengamalkan sekatan terhadap media arus perdana demi kepentingan mereka sahaja. "Hampir 100 peratus media arus perdana dikongkong satu suara sahaja," tegasnya kesal dengan tindakan sedemikian. Tambahnya lagi, beliau akan terus berjuang bersama-sama Amanah bagi mengembalikan perjuangan Umno lama yang menurutnya bersih, adil dan lebih menyayangi rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. "Sekarang ini saya berjuang melalui Amanah, untuk kembalikan perjuangan Umno lama," katanya. Abdul Khadir turut mendedahkan, beliau turut dipelawa untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR) bagi meneruskan perjuangan politiknya. "Ramai pemimpin dari Pakatan Rakyat, PAS, DAP, sahabat lama, kebetulan kawan-kawan saya dari dulu, ada berjumpa dalam pelbagai majlis, ramai yang pujuk, tetapi saya akan buat keputusan sendiri, bukan berdasarkan pujukan. "Saya lebih berminat perjuangkan isu yang saya rasa tak kena, sebab itu kami tubuh Amanah," katanya lagi. Beliau turut tidak menolak untuk menukar peranan Amanah daripada hanya sebagai NGO kepada sebuah parti politik. "Ramai ahli Amanah bercadang untuk tukar Amanah jadi parti politik, tapi itu belum diputuskan. Beliau juga mengharapkan pemimpin sekarang agar sedar dan melaksanakan transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri, dan mengubah perkara negatif yang wujud dalam parti agar rakyat mendapat manfaat. "Kalau pemimpin sekarang ikhlas untuk berubah, mereka perlu laksanakan, saya tidak merujuk kepada sesiapa, saya hanya harapkan kerajaan fokus kepada benda yang perlu berubah, dan ubahlah, tak perlu cakap perkara yang sudah-sudah, kita bawa pembaharuan, benda-benda hodoh tu kita buanglah," katanya lagi. | ||
24,000 ahli KWSP guna wang caruman daftar haji Posted: 26 Mar 2012 05:46 AM PDT MALAYSIA KINI Sejak dilancarkan 3 Januari lepas, seramai 24,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan caruman mereka untuk mendaftar mengerjakan haji.Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar berkata kemudahan itu bertujuan memberi peluang kepada ahli KWSP yang berpendapatan rendah menunaikan rukun Islam yang kelima. "Ahli yang layak menggunakan kemudahan ini adalah mereka yang warganegara Malaysia atau pemastautin yang tetap beragama Islam selain belum mencapai had umur 55 tahun dan mempunyai akaun simpanan di Tabung Haji. "Ahli yang berminat juga perlu memastikan mereka mempunyai sekurang-kurangnya RM1,300 di dalam akaun 1 KWSP," katanya dalam kenyataan hari ini. Nik Affendi berkata ahli KWSP yang ingin membuat pendaftaran haji dengan Tabung Haji hanya perlu mengemukakan MyKad dan penyata KWSP sebagai bukti. "Pendaftaran itu boleh dibuat di semua kaunter Tabung Haji, Cawangan Bank Rakyat dan Bank Islam seluruh negara namum ia tidak mempercepatkan giliran mengerjakan haji yang telah ditetapkan oleh Tabung Haji. "Selain itu, ahli KWSP yang telah mendaftar haji sebelum ini boleh menukarnya kepada kemudahan Pendaftaran Haji ahli KWSP tanpa melibatkan penukaran tarikh giliran haji yang telah diberikan sebelum ini," katanya. Untuk maklumat lanjut, ahli boleh melayari lamanweb www.kwsp.gov.my atau www.tabunghaji.gov.my selain menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 atau Tabung Haji 03-6207 1919. Bernama | ||
100 nelayan di Kedah demo minta k'jaan tambah diesel Posted: 26 Mar 2012 05:39 AM PDT MALAYSIA KINI Lebih 400 nelayan bot pukat tunda di Kedah mendakwa kerugian puluhan ribu ringgit kerana tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan disebabkan bekalan minyak diesel subsidi terputus sejak lima hari lalu. Kira-kira 100 nelayan mengadakan demonstrasi secara aman di jeti pendaratan ikan Kuala Kedah hari ini bagi mendesak kerajaan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) segera menambah bekalan minyak diesel bagi membolehkan nelayan dapat menjalankan aktiviti menangkap ikan seperti biasa.Pengerusi Pertubuhan Pemilik Bot Negeri Kedah Datuk Toh Sang Chai berkata ini merupakan kali pertama bekalan minyak diesel terputus menyebabkan nelayan bimbang situasi ini berlarutan sehingga mengakibatkanmereka terus menanggung kerugian kerana tidak dapat ke laut. Beliau berkata setiap nelayan mempunyai kuota minyak diesel antara 20,000 hingga 27,000 liter sebulan dan ada di antara mereka mempunyai baki kouta sekitar 11,000 liter tidak dapat menebusnya untuk digunakan. "Saya telah berhubung dengan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri dan alasan mereka bahawa kuota diesel bersubsidi kepada nelayan telah cukup sedangkan ada nelayan hanya menggunakan separuh sahaja," katanya kepada pemberita di jeti pendaratan ikan Kuala Kedah hari ini. Toh berkata selain itu kuota diesel sedia ada juga tidak mencukupi iaitu sekitar 4.8 juta liter sebulan sedangkan jumlah yang diperlukan adalah 8 juta liter bagi menampung keperluan 400 bot pukat tunda. Katanya mereka juga terpaksa menanggung kerugian apabila terpaksa membayar gaji dan menanggung kos makanan awak-awak tanpa melakukan sebarang pekerjaan selagi perkara ini tidak dapat diselesaikan. "Kami berharap kementerian yang terlibat peka dengan nasib yang menimpa nelayan di negeri dan dapat menyelesaikan perkara tersebut dengan cepat," katanya. Pemilik bot, Tan Lui Huai, 57, berkata jika masalah ini berlarutan tanpa ada sebarang tindakan, mereka tidak dapat menyalurkan bekalan ikan kepada penduduk di negara ini. Sementara itu, Pengarah LKIM Kedah, Mohamad Noor Had berkata masalah itu berlaku berikutan kekerapan nelayan turun ke laut disebabkan faktor cuaca yang baik dan menurutnya kuota yang diberikan adalah mengikut keperluan semasa. Beliau menasihatkan pemilik bot supaya tidak panik kerana diesel subsidi akan dibekalkan dengan segera. "Masalah ini juga tidak hanya berlaku di kawasan Kuala Kedah atau Kedah sahaja malah di beberapa negeri lain," katanya. Bernama | ||
Buruh dihadap ke mahkamah atas tuduhan bunuh Dirang Posted: 26 Mar 2012 05:37 AM PDT MALAYSIA KINI Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Baharu hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang, awal bulan ini. Muidin Maidin, 24, dituduh membunuh Nurul Nadirah, 5, di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lepas. Muidin yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mohd Isa kemudian menetapkan 4 Mei depan untuk sebutan semula kes. Sementara itu, di mahkamah yang sama, seorang lelaki yang ditahan bersama-sama Muidin untuk membantu siasatan berhubung pembunuhan Nurul Nadirah, dihukum penjara sebulan dan dua tahun pengawasan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah. Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, Masai, kira-kira pukul 8.40 malam, 2 Mac lepas. Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan. Mohd Isa memerintahkan hukuman penjara terhadap Razmin berjalan serentak dari tarikh tangkap, pada 2 Mac lepas. Pendakwaan terhadap Muidin dan Razmin dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M.Vinodharan.Bernama | ||
5 lelaki dituduh tampal poster hina Guan Eng, Ambiga Posted: 26 Mar 2012 05:34 AM PDT MALAYSIA KINI Lima lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga. Muhammad Nizam Ali, 24, Hamzah Mahmood, 32, Mohd Norizam Che Othman, 31, Shahir Saarani, 30, dan Mohd Jamil Jamaluddin, 36, didakwa bersama lima lagi yang masih bebas melakukan kesalahan dengan menampal di tempat awam poster mengandungi gambar dan perkataan seperti "Lim Guan Eng Racist", "Lim Guan Eng Anti Melayu" dan "Undi Ambiga Undi Seks Bebas". Muhammad Nizam dan Hamzah, kedua-duannya penganggur, Mohd Norizam dan Shahir, kedua-duanya mekanik, dan Mohd Jamil, seorang peniaga, dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di ibu negara pada 3.40 pagi 4 Feb lepas. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 15(2)(a) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya. Majistret Zulkpli Abdullah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri, manakala peguam Rezal Mazli Abdul Muin, mewakili kesemua tertuduh.- Bernama | ||
PAS sokong demo hapus hutang PTPTN sebelum p'raya Posted: 26 Mar 2012 05:30 AM PDT Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata PAS akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan. Beliau mengaitkan perkara itu dengan tindakan kerajaan melupuskan pinjaman sebanyak kira-kira RM589 juta yang ditanggung tokoh korporat Tan Sri Tajudin Ramli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. Ketika dihubungi selepas itu, Mohamad berkata perhimpunan tersebut antara lainnya akan diketuai kumpulan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan juga Solidariti Mahasiswa Malaysia. "Tarikhnya mereka belum tahu lagi bila," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad berkata PAS juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Terengganu yang menarik balik biasiswa ke atas sembilan orang pelajar tajaan negeri itu. Pelajar di universiti Mesir itu dikenakan tindakan berkenaan kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai tahun lalu. Katanya, PAS mengutuk tindakan kerajaan Terengganu merupakan tindakan keterlaluan, zalim dan menganiaya anak Melayu. Tambahnya, Dewan Pemuda PAS akan menghantar satu memorandum "dalam masa terdekat" untuk menyampaikan tuntutan berkenaan. "Kalau tidak ada apa-apa perubahan daripada tindakan menarik biasiswa maka kita akan bincang peguam untuk ambil tindakan," katanya lagi. | ||
Kenyataan media Tan Sri Rozali Ismail Posted: 26 Mar 2012 05:25 AM PDT TAN SRI ROZALI ISMAIL SYABAS menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan membenarkan Kerajaan Negeri Selangor menjalankan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Labu yang telah siap sepenuhnya baru-baru ini. Dengan pengoperasian LRA Sungai Labu, sistem agihan bekalan air sedia ada di beberapa kawasan bekalan LRA Sungai Semenyih akan mendapat tambahan bekalan air sejumlah 105 JLH (Juta Liter Sehari) bermula Mac 2013. Peringkat Pertama LRA Sungai Labu telah mula beroperasi pada 20 Mac 2012 dengan kapasiti bekalan sejumlah 45 JLH. Kawasan-kawasan yang akan menerima bekalan dari Peringkat Pertama LRA ini termasuk kawasan sekitar KLIA; Litar F1 Sepang; lain- lain kawasan di Sepang sehingga Sungai Pelek; Bagan Lalang; Tanjung Sepat dan Kundang. Manakala, Peringkat Kedua LRA dengan kapasiti rekabentuk berjumlah 60 JLH dijangka akan beroperasi pada Mac 2013 bagi membekalkan air ke kawasan-kawasan sekitar Bandar Baru Salak Tinggi. Menerusi operasi LRA Sungai Labu Peringkat Pertama, jumlah keseluruhan kapasiti bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan meningkat kepada 4,371 JLH berbanding kapasiti semasa berjumlah 4,326 JLH. Tambahan bekalan air ini dijangka secara langsung akan meningkatkan sejumlah kecil kapasiti rezab (berdasarkan purata permintaan) sebanyak 1%, iaitu daripada 2.47% (106.8 JLH) kepada 3.47% (151.8 JLH). Ini jelas menunjukkan bahawa pihak Kerajaan Persekutuan komited dalam menyelesaikan isu pembekalan air yang dihadapi di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Usaha-usaha yang dilaksanakan juga menunjukkan bahawa kepentingan pengguna adalah diutamakan. SYABAS berharap Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan usaha sepakat mereka terutamanya dalam aspek penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya memandangkan isu tersebut telah tertangguh sekian lama. Apa yang lebih penting di sini adalah untuk memastikan pengguna menerima bekalan air tanpa sebarang gangguan berdasarkan permintaan dan kualiti bekalan yang ditetapkan. Justeru itu , semua pihak perlu mengambil peranan masing-masing demi memastikan matlamat tersebut dapat dicapai. AGENDA DAILY. Penulis merupakan Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) | ||
Mahkamah tetapkan 11 hingga 15 Jun bicara kes Mat Sabu Posted: 26 Mar 2012 01:03 AM PDT AGENDA DAILY Mahkamah Sesyen di Butterworth Isnin menetapkan 11 hingga 15 Jun depan perbicaraan kes Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, yang didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya, Ogos tahun lepas. Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan tarikh itu kerana menunggu keputusan kes itu di Mahkamah Rayuan. Bagaimanapun Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' tidak hadir, dan diwakili peguam belanya Amirul Fairuzzeen Jamaluddin. Bernama melaporkan beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam, di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 23 Ogos tahun lepas. Pada 21 September tahun lalu, Mat Sabu dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Butterworth dan meminta dibicarakan. | ||
Gadis Dilanggar, Diculik & Dirogol Dalam Kereta Proton Posted: 26 Mar 2012 01:01 AM PDT KELAB GREENBOC Sabak Bernam – Seorang gadis bukan sahaja dilarikan secara paksa malah dirogol oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Panjang, di sini, malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian itu, mangsa berumur 17 tahun itu bersama adiknya menaiki motosikal diekori suspek dari sebuah stesen minyak di Pekan Sungai Besar. "Setibanya di Sungai Panjang, suspek melanggar motosikal yang dinaiki mangsa dan adiknya menyebabkan motosikal itu jatuh. "Suspek kemudiannya membawa lari mangsa secara paksa dan membawanya ke sebuah kebun di Parit 15, serta merogol mangsa," katanya adik mangsa terus pulang ke rumah dan memaklumkan kepada bapanya serta penduduk kampung serta laporan polis dibuat. Menurutnya, suspek sempat menghubungi rakan-rakannya dan mengugut untuk merogol mangsa beramai-ramai jika mangsa memberitahu kejadian itu kepada sesiapa. "Mangsa kemudiannya dibawa keluar dari kebun berkenaan dan diturunkan di tepi jalan selepas berjanji menyembunyikan kejadian itu," katanya. Beliau berkata, penduduk yang sudah dimaklumkan tentang kehilangan mangsa terlihat suspek menurunkan mangsa dan bertindak mengejar suspek. "Menyedari dirinya diburu, suspek memecutkan kereta yang dipandunya sehingga terbabas masuk ke dalam kebun. "Suspek yang panik meninggalkan kenderaan itu dan menyembunyikan diri di rumah majikannya di Parit 13," katanya. Noor Mushar berkata, polis berjaya menjejaki mangsa berdasarkan kenderaan yang ditinggalkan mangsa, kereta Proton Saga berwarna putih itu adalah milik majikan mangsa. "Suspek yang berusia 19 tahun akhirnya menyerah diri kira-kira jam 10.30 pagi semalam apabila majikan membawanya ke IPD bagi membantu siasatan," katanya mangsa masih mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Menurutnya, pihaknya menghargai kerjasama yang diberikan masyarakat setempat sehingga suspek dapat dikesan. "Kita juga memuji tindakan adik mangsa yang dapat mengingati dengan pantas nombor kenderaan, jenis dan warna kenderaan yang banyak membantu kepada menyiasat kes ini. "Kita juga menasihatkan ibu bapa atau penjaga memantau dan memastikan anak sentiasa dalam kawalan terutamanya perempuan," katanya Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (jenayah rogol) dan Seksyen 363 (menculik daripada jagaan sah). -SH Dukung dalam kereta sebelum dinoda Ulasan GB Baru beberapa hari Ketua Polis negara menafikan kejadian culik berleluasa, tetapi sebaliknya menyatakan ramai remaja yang lari dari rumah ikut teman lelaki. Berita di atas menjawab kenyataan KPN tersebut. Bukankah kisah di atas dengan jelas menunjukkan bahawa wujud jenayah culik & rogol dan bagaimana agaknya jawapan KPN kali ini? Kita tidak berhasrat untuk merendah-rendah kenyataan KPN tetapi kebenaran yang ada menunjukkan kenyataan KPN sebelum ini boleh tidak menepati kebenaran. Apa pula riaksi Menteri KDN yang sebelum ini membuat kenyataan Malaysia negara paling selamat? | ||
Buruh Kontrak Didakwa Bunuh Dirang Posted: 26 Mar 2012 12:55 AM PDT ANTARA POS.COM JOHOR BHARU : Seorang buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah,5, atau Dirang, awal bulan ini. Tertuduh, Muidin Maidin,24, didakwa membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit di Bandar Seri Alam kira-kira jam 11 pagi hingga 7 malam pada 1 Mac 2012. Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Pada prosiding hari ini, tertuduh mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan. Mahkamah kemudian menetapkan 4 Mei bagi sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan bedah siasat. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Terdahulu, keluarga Dirang, turut hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding yang dijalankan. Ibunya, Roselyn Alan,25, hadir bersama Milnah Jul, 56, dan saudara terdekat hadir kira- kira jam 9.30 pagi. | ||
PRU 13 : Anwar Ajak Rakyat Selangor Lancar Perang Posted: 26 Mar 2012 12:54 AM PDT ANTARA POS.COM KUALA SELANGOR : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru penyokong parti itu khususnya rakyat Selangor untuk 'melancarkan perang' terhadap Umno-BN kerana pilihan raya sudah semakin hampir. Malah, Anwar mendakwa perebutan untuk mendapatkan Selangor telah bermula menjelang pilihan raya ke 12 lagi apabila beliau mencabar Perdana Menteri untuk menawan kembali Selangor untuk Barisan Nasional (BN), dan menolak perikatan kerajaan itu sebagai ancaman untuk Pakatan Rakyat (PR). "Najib kata dia mahu ambil alih Selangor ... cerita apa ni? Dia nak ambil Selangor? Kita nak tawan Putrajaya!" katanya dihadapan kira-kira 5,000 hadirin, di Stadium Kuala Selangor malam tadi. Pemimpin pembangkang itu turut mendakwa Najib tidak akan memenangi Selangor kerana barisan kepimpinan BN mengamalkan sistem kronisme dan korup. Anwar turut mengecam Najib dan mempersoalkan tindakan beliau yang tidak mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC). "Pemimpin PR di Selangor, negeri-negeri kami bersih, bukan kotor, dan pemimpin kami bukan perompak," dakwa Anwar. Semalam, Najib berkata BN sudah bersedia untuk menang pilihan raya akan datang dan menawan kembali Selangor, dan sokongan orang ramai semakin menggalakkan. Beliau berkata masyarakat telah memberitahunya bahawa BN telah kembali menerima sokongan rakyat sejak pilihan raya 2008. Perdana Menteri itu menegaskan BN mesti memenangi semula Selangor, negeri utama untuk perindustrian dan hasil bumi "tanpa mengira apa pun yang berlaku". Anwar mengambil kesempatan dalam ceramahnya malam tadi untuk memberi amaran kepada Najib agar tidak menggunakan media untuk membuat serangan peribadi. "Saya mesti beri dia amaran, serang ikut undang-undang, kerajaan yang baik dan bukan serangan peribadi. Saya telah terlalu lama menjadi mangsa." katanya. Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata simpanan kerajaan negeri telah meningkat berkali ganda di bawah PKR dan pada masa kini berjumlah RM1.9 bilion. Beliau turut menyatakan Selangor menyumbang kepada 22 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar negara. Khalid turut menegaskan kejayaan Selangor berpunca daripada Anwar yang merupakan Penasihat Ekonomi Selangor. "Ini adalah petunjuk kepada pentadbiran negeri, kami lebih baik daripada kerajaan sebelumnya. "Kalau dia (Anwar) tidak ada di sini bagaimana saya hendak beri jumlah ini? Anwar bekas Menteri Kewangan. Ada wakil Umno di Selangor dengan jawatan sedemikian?" soal Khalid. | ||
Hasan Persoal Dana RM300 Juta 'Geran Selangorku' Posted: 26 Mar 2012 12:51 AM PDT ANTARA POS.COM SHAH ALAM : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas, Datuk Dr Hassan Ali hari ini mempersoalkan berhubung dana RM300 juta di bawah 'Geran Selangorku' yang dakwa beliau tidak direkodkan dalam akaun Menteri Besar Incorporated (MBI) seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Hasan ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata, hal ini menimbulkan keraguan dari segi bagaimana program-program di bawah geran itu dilaksanakan sekiranya dana tersebut tidak diletakkan di bawah akaun MBI. "Pada Bajet Selangor 2012, Yang Berhormat Ijok (Abdul Khalid) mengisytiharkan 'Geran Selangorku' dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di bawah bajet berkenaan. "Namun, saya difahamkan peruntukan tersebut tidak ada dalam akaun MBI. Dengan peruntukan sedemikian yang tidak ada dalam akaun (MBI), bagaimana kerajaan negeri mahu mengadakan program-program di bawah 'Geran Selangorku'," soal Hasan. Khalid bagaimanapun tidak menjawab secara secara terperinci berhubung soalan yang diajukan oleh Hasan sebaliknya hanya berkata, program di bawah 'Geran Selangorku' itu telah dimaklumkan kepada exco-exco kerajaan negeri dalam satu 'retreat' (pemukiman) di Melaka, Februari lalu. "Saya telah terangkan pada rakan-rakan exco mengenai bagaimana kita perolehi jumlah wang itu. Sebenarnya juga, kita ada lebih sedikit dari RM400 juta tapi kita hanya sebut RM300 juta sebab lebih banyak wang, lebih banyak permintaan. "Kalau ada kelapangan, saya jemput ADUN-ADUN untuk mendengar taklimat mengenai program Selangorku," ujar Khalid. 'Geran Selangorku' diumumkan Khalid ketika membentangkan Bajet Selangor 2012 November tahun lalu. Menurut beliau, tanggungjawab itu diserahkan kepada MBI memandangkan pengurusannya adalah bersepadu dengan pentadbiran kerajaan negeri. Antara program yang dikatakan akan dilaksanakan melalui Geran Selangorku adalah pengenalan gaji minima, program memperkasakan wanita, program keusahawanan muda, pembinaan infrastruktur sukan, program sokongan pendidikan, program dari kebajikan kepada pekerjaan dan program jangkaan kehidupan bandar. Dana untuk Geran Selangorku adalah berasaskan kepada sumbangan dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Selangor dan keuntungan yang diperoleh MBI, hasil daripada kutipan ke atas hutan Talam Corporation Sdn Bhd. Untuk rekod, Talam Corporation berhutang sebanyak RM391 juta dengan anak syarikat kerajaan negeri namun sehingga kini difahamkan, tidak sampai separuh daripada jumlah hutang itu berjaya dipungut oleh kerajaan negeri. | ||
Kadir akui dilamar pemimpin Pakatan Posted: 26 Mar 2012 12:43 AM PDT Oleh Nur Atiqah Abd Samad ANTARA POS.COM SERI KEMBANGAN : Bekas pemimpin veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini, mengakui memang ada dilamar oleh pemimpin tertentu untuk menyertai Pakatan Rakyat tetapi katanya belum ada keputusan muktamad yang dibuatnya. "Saya tidak mahu sebut begitu (sertai pembangkang) tapi ramai pemimpin dari Pakatan yang memujuk saya untuk masuk politik. (Tapi) saya akan buat keputusan sendiri. Apa yang lebih penting adalah memperjuangkan isu-isu yang tidak kena. "Saya akan buat keputusan, tapi bukan (masuk) kerana pujukan," katanya pada satu sidang media di pejabatnya, di sini hari ini. Menurutnya, buat masa ini beliau akan menerima tawaran daripada mana-mana NGO yang menawarkannya mengadakan ceramah-ceramah politik yang sebelum ini tidak dapat dilakukannya kerana terikat dengan parti. "Ada jemputan NGO untuk memberi ceramah tentang pelbagai isu, saya akan terima. Apabila berhenti saya bebas sikit, saya hanya terima jemputan NGO," katanya yang keluar daripada Umno pada 19 Mac lalu. Walaupun sudah meletakkan jawatan dalam Umno, pemimpin veteran itu mendakwa beliau masih berpegang teguh kepada perjuangan asal parti itu. "Saya isytiharkan berhenti dan bersara (dari Umno) dan akan membawa perjuangan Umno yang mulia itu ke tempat yang lebih sesuai. "Buat sementara saya dan Amanah akan memperjuangkan Umno yang lama terlebih dahulu," katanya yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). Sebelum ini, pelbagai pihak membidas tindakan Abdul Kadir yang meletak jawatan sebagai anggota Umno "seumpama kacang lupakan kulit". Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata bekas Menteri Penerangan itu tidak mengenang jasa terhadap parti yang disertainya selama ini sehingga memegang pelbagai jawatan termasuk Anggota Majlis Tertinggi Umno, Timbalan Menteri dan Menteri. Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula menyifatkan keputusan Abdul Kadir keluar parti sebagai keputusan silap kerana ia dibuat ketika BN mendapat sokongan menggalakkan daripada rakyat teramai. Abdul Kadir sejak kebelakangan ini sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu. 17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya.Bagaimanapun dua hari kemudiannya, beliau mengambil keputusan meninggalkan parti itu. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam mengesahkan parti itu telah menerima surat peletakan jawatan Abdul Kadir. Beliau berkata, pihaknya menerima surat itu melalui e-mel dan faksimili pada hari yang sama Abdul Kadir membuat kenyataan untuk menarik diri daripada Umno. "Kami telah menerima surat itu dan pihak pengurusan pun dah terima (peletakan jawatannya)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Mesyuarat Agung Tahunan 2012 Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) semalam. Bagaimanapun, Tengku Adnan enggan mengulas lanjut mengenai surat itu. | ||
Pengundi Muda Luar Terengganu Tunjuk Sokongan Luar Biasa Kepada PAS Posted: 26 Mar 2012 12:41 AM PDT Skuad BO KUALA TERENGGANU – Pengundi muda di luar Terengganu yang tinggal sekitar Kajang dan Kuala Lumpur 'tunjuk sikap' terbuka menyokong PAS apabila beratus-ratus orang daripada mereka hadir pada program Himpunan Anak-anak Terengganu di Perantauan (HAT) 2012. Menurut Setiausaha HAT 2012, Wan Faizul Abbas, program yang di anjurkan Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) dengan kerjasama Perantau itu mendapat sambutan yang di luar dugaan.Beliau berkata program tersebut yang diadakan di dewan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menjangkaui sasaran penganjur dan berjaya menarik kehadiran 1000 orang peserta. "AlhamduliLlah sambutan menggalakkan. Kehadiran melebihi sasaran 1000 orang, peserta (yang hadir terdiri) dari pelbagai lapisan masyarakat, "(ada) daripada (kalangan) pekerja swasta, kakitangan kerajaan, guru, pensyarah dan bekas pensyarah antara yang hadir,"ujarnya ketika ditemui. Menurutnya, penglibatan dikalangan peserta HAT dalam perbincangan manifesto pilihanraya umum ke-13 PAS Terengganu juga sangat memberangsangkan. Katanya perbincangan tersebut turut disertai warga perantau anak Terengganu yang sudah berpuluh tahun tinggal di negeri orang "Tidak ketinggalan juga mengambil bahagian dalam dialog yang diadakan, warga perantau yang sudah berpuluh tahun tinggal d Selangor, ada yang bangun minta nombor alaun PAS Terengganu untuk beri sumbangan,"jelasnya. Katanya, seruan beliau supaya anak-anak muda Terengganu balik menunaikan tanggungjawab mengundi pada pilihnaraya umum akan datang disambut baik dan mereka berjanji akan pulang bagi memenangkan PAS. Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Teregganu Haji Hanafiah Mat melahirkan rasa sukacita dan mengucapkan tahniah kepada BPPNT dan Perantau yang berjaya menganjurkan HAT 2012. Beliau yang turut hadir dalam himpunan tersebut berkata ia adalah satu petanda baik menunjukkan PAS berpeluang cerah menang dan memerintah Terengganu buat kali ketiga. "Ia satu petanda yang cukup baik, apabila anak-anak muda ramai hadir, menunjukkan tanda-tanda PAS akan menang pada pilihanraya umum akan datang,"ujarnya. Menurutnya, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga begitu bersemangat dan memberikan ucapan yang panjang, menyampaikan amanat dan pesanan kepada para pengundi muda PAS di luar Terengganu. Katanya, walau ada sedikit 'gangguan teknikal' bekalan elektrik terputus dalm beberapa minit, namun anak-anak muda yang hadir program tersebut tidak berganjak. Turut hadir dalam HAT 2012 adalah Ahli Jawatankuasa (AJK)PAS Pusat Dato' Ustaz Abu Bakar Chik Timbalan Pesuruhjaya 1 dan 2, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Haji Muhyidin Abdul Rashid serta beberapa AJK BPPNT termasuk Bendahari Cikgu Shukrimun Shamsuddin dan Dr Azman Ibrahim. | ||
Malaysia Setuju Henti Beli Minyak Iran Selepas Menerima Tekanan Daripada Amerika? Posted: 26 Mar 2012 12:32 AM PDT Kami menjangkakan keadaaan Amerika semakin "tenat" ketika ini dek kerana dilihat kekurangan pengaruh kuat seperti dahulu, terutamanya daripada aspek ekonomi. Tetapi sungguh tidak disangka walaupun Amerika yang sudah "nyawa-nyawa ikan" pun masih lagi mahu mendabik dada sebagai polis dunia. Iran yang buat program nuklear, akhirnya negara-negara yang berdagang terus dengan Iran turut terkena tempiasnya. Bagi kami, kelompok Amerika ini lebih dilihat mahu "main wayang" sahaja. Amerika kata mahu membuat sekatan kewangan kepada mereka yang berdagang dengan Iran. Tetapi….
Jikalau Jepun tunduk sekalipun dengan "tekanan" daripada Amerika, dunia masih lagi memahaminya. Semuanya kerana peristiwa perang dunia ke-2. Sebelah kekuatan Jepun "dipegang" oleh Amerika sebenarnya. Selepas Jepun kalah, terdapat perjanjian tentera dengan Amerika yang mana Jepun tidak dibenarkan bangunkan ketenteraan. Amerika yang buat pengkalan tentera di sana dan Amerika yang sebenarnya melindungi keselamatan Jepun. Itu kisah mengenai Jepun. Yang Malaysia, perlukah tunduk kepada tekanan Amerika?
Amaran Amerika Kepada Pengimport Minyak Iran!!2 hari lepas, Amerika telah mengeluarkan Amaran Kepada mana-mana negara yang membeli minyak daripada Iran
Bunyi macam menakutkan, itulah kuasa pembuli Amerika, semua negara kena patuh suruhan mereka dan Israel walau pun nyata yang Iran tidak memiliki senjata nuklear sepertimana dakwaan yang dibuat oleh negara haram Israel. Nak harapkan Arab Saudi? Negara boneka Amerika itupun, sudah awal-awal bersiap sedia untuk memenuhi mana-mana permintaan hasil sekatan Amerika.
Jadi apa keputusan yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menangani isu ini?
Hakikatnya sekarang ini jikalau Amerika buat "kacau" ia akan memberikan kesan kepasa sistem pembankan Malaysia. Apabila sistem pembankan terganggu, kesannya terhadap ekonomi agak besar. Silap haribulan, bank terpaksa menaikkan kadar faedah, pinjaman lebih sukar untuk dilakukan, kad kredit, pinjaman perniagaan tidak boleh diagihkan. Perdagangan juga akan terjejas kerana bank tidak boleh mengeluarkan atau mungkin boleh berikan limited LC. Harga barang pun akan naik. Perniagaan akan mula terjejas. Inilah bahananya apabila perbankan dunia berantaian secara elektronik dengan Amerika. Apatah lagi Amerika merupakan rakan dagangan Malaysia yang besar. Mungkin selepas ini, atas nama pun perdagangan bebas, tidak mustahil Malaysia juga boleh membeli minyak Iran dengan cara Iran boleh jual ke India. Kita beli melalui India. Mungkin? P/S : Apa pandangan anda dengan tekanan yang dilakukan oleh Amerika dan respon balas kerajaan Malaysia yang terbaru? | ||
Protokol Bangang Yang Sama-Sama Perlu Kita Hapuskan. Posted: 26 Mar 2012 12:26 AM PDT Oleh: Teh Tarik Gelas Besar Kehilangan wallet ini sama complicatednya dengan hilang motor atau hilang kereta sebenarnya. Cuma complicatednya ni kadang-kadang ridiculous sampai pada aku tak masuk dek akal. Tatkala hilang wallet – maka hilanglah identiti kau, sebab IC kau, kad pengenalan kau, dan segala kad insurans (jika ada) akan hilang serta-merta. Pada masa tu, kau akan rasa kau kena start everything, all over again. First sekali yang aku buat selepas kehilangan wallet ialah aku pergi report polis. OK, yang paling leceh bila pergi balai polis, bila polis menyoal siasat kita as if kita pulak yang penjenayah. Nasib baik time aku – polis macam malas nak tanya, dia tanya apa yang hilang and that's it. Kawan aku pernah kena, siap kena khutbah Rabu lagi(dia report hari Rabu) – cakap tentang jaga wallet elok-elok. Pundek, orang dah hilang wallet, kau nak membebel lagi buat apa. Aku tengok muka dia tension je masa aku teman dia dulu. Nasib baik time aku, polis tu tak banyak karenah sangat. Lepas report polis, aku kena pergi JPN untuk buat IC. Pergi ambik nombor – which is bagi aku ridiculous sebab aku tengok counter banyak, tapi macam semuanya tak buat apa-apa pun. Takpe, yang tu aku tak ralat sangat. Apa yang meralatkan aku ialah – aku kena bayar RM110. First, wallet aku kena cilok, definitely lah aku tak boleh keluarkan duit aku untuk bayar jadah ni, dan second – aku warganegara Malaysia, kenapa hak aku untuk berkad pengenalan perlu dibayar? Habis hasil cukai selama ni kau buat apa? Kenapa aku kena bayar hanya untuk aku tuntut hak aku sebagai warganegara? Lainlah passport – sebab nak keluar negara, maka hak aku di negara orang dijamin dengan bayaran tu. Ni aku nak buat duduk dalam negara. Bukanlah aku nak whine sangat pasal bayaran tu, but bukannya orang sengaja hilangkan wallet untuk kau jadikan penghilangan kad pengenalan tu satu denda. Cuba kau tanya, siapa yang suka hilang wallet? Cubalah rational sikit. Dah la hilang wallet lepas tu kena pow lagi. If let's say kau nak kenakan bayaran tu pun munasabahlah sikit, RM20 pun aku rasa okay dah. Ini sampai RM110 apa jadahnya? Kad biometriklah, apalah – lancau kau tahu, lancau? Satu kata pentinglah – kalau Pakatan Rakyat benar-benar nak menang pilihanraya ni – kau cakap mansuhkan bayar denda RM110 ni – konfirm aku akan undi kau. Aku tak tahu orang lain – tapi aku bajet mereka pun setuju benda ni. Lepas loan kawan aku aku pun pergi ke bank CIMB nak buat kad ATM yang baru. Lepas tu, aku pergi ke kaunter nak buat kad ATM tu. Perkara pertama yang dia cakap, "dik, mana MyKad adik?". First, wallet aku hilang, dah kad ATM aku hilang, automatiklah IC aku hilang. Common sense lah sikit. Jangan terlalu skema dan protokol sangat sampai tanya soalan bangang macam tu. Apa kebangangnya, yang JPN tadi bangang, gi mintak duit time kad ATM aku hilang, automatiknya memang tidak ada duit, yang ni pulak, aku nak pergi buat ATM card automatiklah IC aku hilang. "Dik, kad pengenalan sementara tak boleh, kena MyKad jugak". Kad pengenalan sementara tak boleh, then takkan kau nak tunggu sampai 3 minggu bila MyKad aku siap baru aku boleh keluarkan duit? Kau cakap macam tu sebab tak ada details pasal aku, apa kau takde central data ke? Habis aku keluar duit kat ATM mana, bank mana, kau takde record ke? Takkan takde data aku langsung? "Kalau adik nak buat kad ATM jugak jugak(memang dia cakap macam tu), adik kena pergi di cawangan yang adik buat kad ATM dulu". Pundek, aku kena pergi USM Penang untuk buat kad aku balik, walhal aku di Shah Alam? Apa kejadah? Ni kerja gila bro. Kadang-kadang orang kata, karenah birokrasi ni perlu bagi nak menguruskan urusan kerajaan atau bank dengan sistematik. Tapi apa yang aku nampak, ia hanya problematique yang hanya menyusahkan diri aku sebagai rakyat, dan menyusahkan aku sebagai seorang customer bank. Kalau kau nak cakap aku benak sebab tak faham pasal sistem bank atau JPN, please enlighten me kenapa kau rasa benda-benda macam ni bukan sahaja menyusahkan aku, tapi menyusahkan korang juga. Central data, kan senang. Lepas tu JPN pun, berapa banyak kau nak pow rakyat lagi? Takkan buat kad macam bodo macam tu pun kena bayar RM110? Jadi,lupakan ayat 1 Malaysia – Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan – sebab aku tak fikir aku selaku rakyat – tak rasa didahulukan pun, dan aku rasa pencapaian CIMB pun takdelah power mana pun. Kalau tak, kenapalah Lejen Press punya bos suka complaint pasal CIMB? | ||
Karzan, Nawi dan Idris Jusoh antara dapat tanah Posted: 26 Mar 2012 12:25 AM PDT
KUALA TERENGGANU: Sebagaimana dijanjikan, Pesuruhjaya PAS Terengganu mendedahkan nama penerima tanah dari kerajaan negeri Terengganu di kalangan wakil rakyat Umno. (Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menunjukkan gambar-gambar tanah yang didakwa milik Adun dan Ahli Parlimen BN.) Mohamad Abdul Wahid Endut mendedahkan sebahagian dari nama-nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang 'dianugerahkan' tanah oleh kerajaan negeri. (Wahid dedahkan lima nama pemimpin Umno yang dapat tanah) "Hari ini, saya akan dedahkan lima nama dulu. Kita (PAS) tidak mahu dedah semua sekaligus. Kita akan buat macam idu Nasional Feedlot Corporation (NFC) Sdn. Bhd jugalah lebih kurang. Menurutnya, jumlah satu hektar seorang kepada pemimpin Umno-BN tertentu tidak wajar dalam keadaan rakyat dinafikan hak tersebut. Ini kerana, katanya, jika satu hektar itu dibahagikan kepada lapan bahagian untuk rakyat sebanyak 20 lot tanah boleh diagihkan. "Satu hektar itu, jika dijadikan lot perumahan boleh diagihkan kepada 20 lot untuk 20 orang rakyat biasa. Jadi hak rakyat 20 orang telah dinafikan oleh seorang wakil rakyat BN yang dikurniakan tanah itu. "Jadi untuk lima orang Adun dan Ahli Parlimen BN itu, kerajaan boleh berikan kepada 100 orang rakyat yang memerlukan tanah penempatan masing-masing," ujarnya Menurutnya, tindakan pemimpin Umno-BN tersebut tidak selari dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dan "Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan". | ||
Blogger dakwa Umno akan beli agen PKR Posted: 26 Mar 2012 12:11 AM PDT
SHAH ALAM: Blogger Abdul Rahman Talib mendakwa, beliau mendapat maklumat Umno menyediakan peruntukan yang besar bagi membeli agen pengundian dan pengiraan undi dari PKR. Ia akan dilakukan sewaktu pilihan raya umum akan datang, dakwa blogger yang juga dikenali sebagai Tulang Besi itu. "Maklumat yang Tulang Besi baru dapat adalah sewaktu PRU nanti, sebuah dana telah disediakan khas bagi tujuan ini. "Diberitakan kepada Tulang Besi bahawa sebanyak RM30k-RM50k telah disediakan untuk membeli PACA(Polling Agent dan Counting Agent) dari PKR seluruh Selangor," tulis beliau dalam blognya hari ini. Yang akan dibeli oleh Umno adalah plling agent dan counting agen PKR di Selangor. "Polling Agent" adalah wakil parti yang duduk di dalam bilik-bilik darjah bagi mengawasi perjalanan pengundian. "Counting Agent" pula adalah wakil parti yang mengawasi perjalanan pengiraan undi selepas pengundian berakhir. "Counting Agent" pula akan menandatangani borang E yang menandakan keputusan rasmi bagi pusat pengundian tersebut. "Diberitakan kepada Tulang Besi juga, sejumlah RM3juta hingga RM5 juta disediakan bagi membeli calon2 PKR untuk menarik diri serta memberikan kemenangan percuma kepada parti itu," dakwa beliau lagi. Bagi Abdul Rahman, tindakan ini dibuat untuk mengulangi apa yang berlaku dalam DUN Sementa sewaktu Pilihanraya 2008 yang lepas di mana Rahman Palil (calon BN) telah menang percuma kerana calon PKR yang melawan beliau hilang entah ke mana. "Inilah agaknya yang menyebabkan Najib begitu gembira dan yakin mereka akan menangi Selangor dalam PRU yang depan," tulis Rahman lagi. | ||
PMBK sumbang RM55,800 kepada kakitangannya yang meninggal Posted: 26 Mar 2012 12:09 AM PDT
KOTA BHARU: PMBK Sawit, anak syarikat kerajaan negeri Kelantan, menyerahkan dua sumbangan kepada dua penerima masing-masing berjumlah RM70,000 dan RM55,800. (Husam menyampaikan cek kepada ayah Farah Matvi Dallah sebagai wakil sambil diperhatikan oleh Farah.) Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mewakili PMBK Sawit menyerahkan sumbangan kepada Pondok Moden sebagai pembayaran zakat tahun 2010. Kamaruzaman, kakitangan PMBK yang juga Pegawai Khas Datuk Husam Musa terlibat dalam kemalangan jalanraya sewaktu pulang dari menyertai tuntutan royalty kerajaan Kelantan di Kuala Lumpur 11 November tahun lalu (11.11.11). Sumbangan kepada Farahwaheeda sebagai bayaran faedah kematian kepada isteri kakitangan PMBK mengikut skim pengiraan perkhidmatan syarikat Artikel 54. Turut hadir pada majlis itu, Penolong Pengarah Yik (Bahagian Pelaburan), Ustaz Abdul Kader Othman, Penolong Pengarah Yik (Halehwal Murid), Ustaz Muslim Che Yusof dan lain-lain kakitangan PMBK Sawit. Hadir sama, Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani dan timbalannya, Rosli Abdullah. Husam berkata, sumbangan berkenaan diberikan semoga pihak yang memerlukan dapat memanfaatkan sumbangan itu dengan baik. "Sumbangan ini turut diberikan kepada Pondok Moden dengan harapan ianya dapat membantu 289 pelajar di sana termasuk isteri allahyarham Kamal,"ujarnya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan