Sabtu, 24 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Keadilan untuk Syauqey: Kutipan 15 ribu dalam 50 jam

Posted: 24 Mar 2012 12:10 AM PDT

Lim Hong Siang


Dalam tempoh 50 jam, sumbangan sejumlah RM 15,000 telah berjaya dikutip, dan dimasukkan ke dalam akaun isteri Ahmad Syauqey, Salwati Mohd Ariffin. Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers For Liberty, bagi pihak rakan Ahmad Syauqey telah menerima sumbangan tersebut daripada Pow Kien An, dengan MerdekaReview sebagai saksi penyerahan tersebut.

Ia bermula apabila MerdekaReview membuat laporan khas pada 19 Mac 2012, berjudul "Ahmad Syauqey: Kenapa harus saya bayar wang kepada peguam untuk membela saya?", lantas tercetus idea oleh aktivis sosial Wong Chin Huat untuk memanggil satu kutipan derma bagi Ahmad Syauqey.

Pow Kien An (gambar kiri, paling kanan) mengakui bahawa beliau bukan satu-satunya orang yang terlibat dalam usaha ini. Ramai lagi yang membantu untuk mengumpulkan wang derma ini, namun enggan mendedahkan identiti diri. Matlamat yang disasarkan adalah RM10 ribu pada mulanya, untuk menampung kos guaman dan kos sara hidup keluarga Ahmad Syauqey. Kempen ini telah diumumkan tamat pada jam 11 malam, 22 Mac, dengan sejumlah RM15,000 dikutip.

Ketika ditemuramah MerdekaReview, Pow Kien An berkata dirinya telah memohon izin daripada isteri Ahmad Syauqey sebelum melancarkan kutipan derma ini. Pow enggan menggunakan istilah "membantu", sebaliknya memohon agar diberi peluang untuk menyumbang kepada Ahmad Syauqey.

"Saya rasa terhutang budi kepada Ahmad Syauqey (gambar kanan)," kata Pow, menjelaskan bahawa Ahmad Syauqey sebagai seorang warga sivil telah melaksanakan haknya yang diperuntukkan di bawah undang-undang, dan beliau kini terpaksa berdepan dengan keadaan yang menimpanya.

Semalam, Pow telah berkongsi mesej daripada Salwati Mohd Ariffin yang diterimanya melalui sms, di laman Donate To Free Syauqey.

"Saya dan keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Setiap yang disumbangkan untuk membantu orang yang dizalimi itu ganjarannya amat besar di sisi Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas segala jasa baik semua. Saya amat terharu dengan usaha semua.

Terima kasih banyak. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki oleh Yang Maha Kuasa.
"

Salwati Mohd Ariffin kini adalah ibu kepada tiga orang anak, pada masa yang sama sedang mengandung, terpaksa menyara hidup sekeluarga dengan gaji RM1,500 sebulan.

Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan


Fadiah dari Lawyers For Liberty menganggap kes Ahmad Syauqey adalah contoh yang mencerminkan situasi bagaimana mereka yang tidak mampu dari segi ekonomi, gagal dibela peguam. Beliau mengisahkan pengalaman yang disaksinya sendiri di Majistret Kuala Lumpur, bagaimana mereka yang direman memohon agar hakim memberi masa yang lebih panjang kepada mereka ketika menentukan tarikh perbicaraan, kerana perlu "menjual harta milikan diri untuk membayar peguam".

Ini bukan kes terasing, sebaliknya 80% daripada mereka yang ditahan dan direman di penjara, gagal diwakili peguam. Fadiah (gambar kiri) berkata, jalan penyelesaiannya bukan untuk mencari khidmat peguam yang percuma, kerana peguam mungkin mampu mengendalikan beberapa kes, tetapi bukan kesemuanya. Untuk Fadiah, kerajaan harus memperuntukkan dana agar tertuduh mendapat hak untuk khidmat guaman.

Fadiah mengambil kesempatan untuk mengkritik Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, yang diumumkan Perdana Menteri Najib Razak pada Februari 2011, dengan geran permulaan RM 5 juta. Sebagaimana yang difahamkan Fadiah, yayasan ini masih di peringkat "perbincangan", sekadar "lips service" yang masih tidak memperlihatkan hasil konkrit.

Fadiah menganggap jumlah RM5 juta terlalu sedikit untuk menyelesaikan masalah ini, menyeru agar kerajaan Malaysia menjadikan model sistem bantuan guaman di Taiwan, Hong Kong dan New Zealand sebagai rujukan, di mana hak untuk mendapat khidmat guaman terbela di sana, dengan peruntukan daripada kerajaan, menggunakan wang cukai rakyat.

Baca: Kutipan derma langkaui batas kaum: Solidariti menentang keganasan polis

Baca: Ahmad Syauqey: Kenapa harus saya bayar wang kepada peguam untuk membela saya?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

8 PBT Selangor mendapat 4 bintang

Posted: 24 Mar 2012 12:05 AM PDT

Taufik

Negeri itu menjadi yang terbaik tetapi tiada satu pun PBT di seluruh negara yang mendapat 5 bintang.

SHAH ALAM: Dua majlis bandaraya dan enam majlis perbandaran di Selangor mendapat empat bintang dalam "Sistem Star Rating" bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 2010/2011.

Dua majlis bandaraya itu ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), manakala majlis perbandaran ialah Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Manakala empat majlis daerah di Selangor mendapat taraf tiga bintang iaitu Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyatan media hari ini..

"Keputusan ini satu peningkatan drastik dan memberangsangkan bagi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor. Ia juga membuktikan kerjasama baik antara kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

"Saya mengucapkan tahniah kepada semua Datuk Bandar dan Yang di-Pertua (YDP) pihak berkuasa tempatan serta pegawai mereka dan berharap mereka akan terus berusaha bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berjalan dengan baik," tambahnya.

Tiada PBT dapat 5 bintang

Sebanyak 354 indikator digunakan dalam Sistem Star Rating bagi Pihak Berkuasa Tempatan berdasarkan empat bidang utama iaitu pengurusan, perkhidmatan-perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti.

Sistem ini bermula pada 2008 atas saranan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – juga menggunakan borang soal selidik daripada responden yang terdiri daripada 70 peratus penduduk, peniaga (20 peratus) dan NGO (10 peratus).

Menurut Menteri Besar, tidak ada satu pun PBT yang mendapat taraf lima bintang bagi tahun 2010/2011.

Kamilia Macam Kakak Saya - Shahrizat

Posted: 24 Mar 2012 12:03 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata hubungan beliau dengan Naib Ketua sayap itu, Datuk Kamilia Ibrahim tidak ubah seperti adik dan kakak.

Justeru tidak timbul soal kecil hati berhubung gesaan Kamilia supaya beliau meletakkan jawatan sebagai ketua pergerakan tersebut ekoran kontroversi yang membelit dirinya sebelum ini.

Malah katanya, beliau dan Kamilia selain mempunyai hubungan akrab, mereka juga mempunyai peranan besar dan harus berganding tenaga bagi memastikan kemenangan Umno-Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

"Saya hendak jelaskan di sini, Datuk Kamilia dengan saya sudah lama, Datuk Kamilia bukan sahaja sebagai naib saya.

"Alhamdulillah hubungan saya dengan Datuk Kamilia baik. Saya kenal Datuk Kamilia sebagai kakak saya. Kami mesti menjadi payung kepada semua.

"Saya memahami Datuk Kamilia, jadi tidak menjadi isu besar," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat pada Perhimpunan Wanita Umno, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, beliau menerima apa yang berlaku sebagai cabaran dalam karier politiknya.

"Saya bukan orang yang mudah kecil hati, saya sebagai ketua perlu terima semua cabaran, jadi saya tidak pernah berkecil hati," katanya.

Kamilia sebelum ini menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.

Bagaimanapun, Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini memberitahu bahawa Shahrizat kekal memegang jawatan sebagai ketua sayap bagi pergerakan itu kerana Shahrizat belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang berhubung isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.

SPR Bidas Pembangkang Sengaja Bangkit Isu Undi Pos

Posted: 23 Mar 2012 11:54 PM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam membidas pembangkang yang sengaja membangkitkan isu berkaitan undi pos di kalangan petugas suruhanjaya itu.

Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR sejak dari dahulu lagi menggalakkan petugasnya mengundi secara pos untuk memastikan perjalanan proses pengundian ketika pilihan raya tidak terganggu.

"Kalau mereka ini mengundi secara biasa, siapa yang akan menggantikan mereka yang nak koyakkan kertas undi, calit dakwat ini siapa yang nak buat.

"Sebab itu, di bawah peraturan pengundian pos 2003 SPR, mereka ini dibolehkan (mengundi secara pos). Saya hairan kenapa isu ini berbangkit sedangkan inilah amalan SPR selama ini dalam mana-mana pilihan raya dan kita membuat mengikut peraturan yang sedia ada," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor kelmarin bahawa SPR sepatutnya mengehadkan petugasnya sebagai pengundi pos agar tidak mengganggu sebarang keputusan di mana-mana peti undi.

Riduan mendakwa sejarah pilihan raya umum di negara ini, sudah acapkali undi pos menjadi faktor kemenangan calon dan ia mampu mengubah keputusan pilihan raya.
Namun menurut Wan Ahmad, itu adalah tuduhan melulu kerana petugas SPR mengundi tertakluk di kawasan mana petugas berdaftar.

Katanya, undian petugas juga disimpan dalam satu sampul surat yang dilakri dan hanya akan dikira selepas proses pengundian secara biasa tamat.

"Kita mempunyai 22,000 saluran mengundi dan mempunyai 222 kawasan Parlimen dan 576 Dewan Undangan Negeri, kalau mereka ini keluar daripada tempat mereka bertugas untuk mengundi secara biasa, siapa yang akan memikul tugas mereka itu?" katanya.Wan Ahmad berkata meskipun SPR mempunyai 240,000 petugas, namun itu tidak bermakna kesemua petugas akan mengundi secara pos dan ada di kalangan mereka mengundi secara biasa.

Katanya, antara mereka yang mengundi secara pos ialah penyelia pusat pengundian, pemandu arah SPR dan petugas di saluran-saluran.

"Petugas SPR yang mengundi pos, nama mereka juga dipotong daripada senarai nama pemilih biasa. Agihan kertas undi juga dibuat depan wakil calon parti politik. Pada saya sepatutnya tidak timbul masalah.

"Pembangkang ini saya rasa saja-saja buat tak faham mengenai perkara ini. Bukan semua petugas SPR undi pos. Ini telah lama kita lakukan bertujuan untuk memastikan proses pengundian biasa lancar dan tidak terganggu," katanya.

Rumah panjang di Sibuti masih ketinggalan

Posted: 23 Mar 2012 11:50 PM PDT

Jofri Jaraiee,

SIBUTI: Baru-baru ini PAS Miri telah berkunjung dan meninjau keadaan pendududk di beberapa buah rumah panjang sekitar kawasan Parlimen Sibuti di lokaliti Niah dan Saeh. Kebanyakan penduduk disitu berbangsa Iban dan terdapat juga orang Melayu dan Cina.


Disitu kita telah menerima beberapa aduan serta maklumat tentang keadaan kehidupan mereka di kawasan tersebut. Diantara isu utama yang mereka luahkan kepada pihak kami ialah keadaan jalan masuk kampung yang hampir 10 km masih tidak berturap dengan sempurna.

Begitu juga jalan menuju ke sekolah, yang terdapat ditepi jalan kampung tersebut yang tidak begitu selamat digunakan oleh pelajar terutama sekali kepada kanak-kanak kecil. Beberapa kemudahan disekitar sekolah tersebut seperti jambatan di tasik dalam keadaan usang dan membahayakan pengguna terutama kepada kanak kanak dan juga pelajar sekolah tersebut.

Menurut penduduk di rumah panjang tersebut, bantuan untuk penambahbaikan rumah panjang mereka, sehingga kini masih belum lagi diterima, walaupun sudah beberapa kali mereka dijanjikan oleh pihak pemerintah. Begitu juga keperluan bekalan air bersih dan elektrik yang masih lagi tidak mencukupi untuk penduduk di kampung tersebut.

Ramai penghuni di rumah panjang yang kami lawati, mengatakan terdapat hampir 60% masih lagi tidak menerima bantuan wang sebanyak RM500 BR1M seperti yang dijanjikan oleh pihak pemerintah.

Begitulah keadaan rumah-rumah panjang di sekitar kawasan Sibuti yang kami kunjungi, mereka merayu kepada pihak berwajib agar dapat menunaikan janji mereka untuk memberi kemudahan asas serta infrastruktur di kawasan tersebut agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa setelah hampir 50 tahun mereka masih hidup dalam keadaan daif serta terpinggir dari arus pembangunan.

Kita mendesak agar pihak berwajib segera menunaikan janji-janji mereka kepada penghuni rumah panjang tersebut agar mereka ini tidak terus menunggu dengan penuh harapan, tetapi kehidupan mereka terus terpinggir dan mereka ini hanya diperlukan waktu pilihanraya semata-mata untuk meraih undi.

Pihak yang diamanah untuk menjadi pemerintah seharus berlaku adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Kalau tidak sanggup berjuang dan berkhidmat untuk rakyat, usahlah jadi pemerintah lebih baik beri amanah dan kuasa tersebut kepada mereka yang jujur dan adil untuk semua.

Kes EO6: PSM saman KDN, ketua polis negara

Posted: 23 Mar 2012 11:44 PM PDT

Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR Mac:
Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan kerajaan Malaysia antara defenden yang dinamakan dalam saman Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini.

Saman sivil itu ekoran enam anggota parti itu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) pada bulan Jun tahun lalu.

Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, anggota jawatankuasa PSM pusat, Choo Chon Kai, M. Sukumaran, Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu.

Saman tersebut difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh peguam Yudistra Piagam Dorai dengan keseluruhan menamakan 82 defenden majoritinya adalah anggota polis.

Mereka mendawa pihak polis telah salah tangkap dan memenjarakan enam pemimpin parti itu secara tidak sah.

Mereka juga menuntut ganti rugi kerana dibelasah, pendakwaan yang berniat jahat, tidak ada alasan yang munasabah ketika ditangkap dan salah guna proses pejabat awam.

Kesemua aktivis tersebut ditahan sewaktu menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun tahun lau, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Mereka ditahan selama 28 hari di bawah EO atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan sebelum dibebaskan pada pada 29 Julai 2011.

Umno jual 74 ekar tanah rizab Melayu

Posted: 23 Mar 2012 11:39 PM PDT

Muhammad Faizal,


SHAH ALAM: Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa kerakusan Umno di kawasan Gombak menyebabkan 74 ekar tanah rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual dan dipindah milik kepada Syarikat Triump City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain.

Dakwanya sewaktu membahas titah ucapan Diraja di Dewan Negeri Selangor, selain itu juga syarikat tersebut turut gagal membangunkan tanah berkenaan dan berdegil utuk menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah tersebut telah ditukar.

"Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terpaksa merampas kembali tanah tersebut untuk menjaga kepentingan rakyat negeri Selangor.

"Ini satu amalan yang seringkali dilakukan oleh pentadbiran Umno dalam menguruskan tanah rizab Melayu ialah dengan menukarkan tanah rizab di kawasan bandar dan diberikan tanah di kawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal," katanya.

Tambah beliau lagi, tindakan ini menyebabkan tanah rizab Melayu di Selangor susut nilai dan memberi impak kepada nilai aset orang Melayu, inilah amalah khianat Umno kepada orang Melayu di Selangor ketika mentadbir negeri ini.

"Kerajaan Pakatan Rakyat terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Oleh itu, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat merangka satu Pelan Strategik Pengurusan Tanah Rizab Melayu supaya dapat dibangunkan secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan," sambung beliau lagi.

"Isu Tanah Rizab Melayu turut dibangkitkan dalam titah Tuanku Sultan dan saya menyambut baik nasihat Tuanku supaya Kerajaan Negeri memelihara Tanah Rizab Melayu," katanya

Beliau yakin kerajaan negeri akan mematuhi peruntukan perlembagaan berkenaan tanah rizab Melayu selaras dengan prinsip 'rule of law' dan semangat berperlembagaan.

Siang 'hidup Melayu', malam 'jual tanah Melayu'

Posted: 23 Mar 2012 11:38 PM PDT

Idris Ahmad,


Siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu inilah yang selayak dilebelkan kepada pemimpin Umno. Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara ini maka ada satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama.

Terbaru apabila pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan menggadai tanah Melayu di Kelantan. Maka ia telah menjadi bahan ketawa, tidak ubah seperti pencuri menjerit pencuri.

Semua dunia maklum pemimpin Umno adalah juara broker tanah Melayu selama ini. Apabila Umno membangkitkan tanah rizab Melayu seolah-olah Umno mengusik sarang tebuan dan bola tanggung kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Rekod membuktikan bagaimana pengkhianatan Umno terhadap tanah rizab Melayu.

Sejahat-jahat penjajah lebih baik daripada Umno sehingga mewartakan seluas 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957, namun selepas merdeka, pada tahun 1995 tanah rizab Melayu hilang seluas 1.7 juta hektar.

Sekarang mungkin tanah rizab Melayu sudah tergadai hampir 2 juta hektar. Persoalannya siapa punya angkara?

Buktinya 200 ekar tanah rizab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay. (YTL.).

Sewaktu Umno berkuasa, 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rizab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rizab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.

Seluas 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

Seluas 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang.

Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega.

Tanah rizab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umno lah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu. Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

Siasat peguam: Majlis Peguam bantah SPRM

Posted: 23 Mar 2012 11:30 PM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam Malaysia membantah tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak mengarahkan agar kenyataan diambil dari peguam yang memberikan khidmat kepada anak guam mereka.

"Tindakan SPRM adalah satu tindakan membuli peguam, dan boleh menganggu kebebasan peguam untuk bertindak bagi pihak anakguamnya tanpa takut dan gentar," kata Lim Chee Wee Presiden Majlis Peguam dalam satu kenyataanya hari ini.

Peguam Latheefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar yang bertindak sebagai peguam kepada Datuk Shamsubahrain Ismail dan mengiringinya semasa disoalsiasat oleh SPRM telah turut diarahkan disoal siasat oleh SPRM.

Bagi Majlis Peguam, kehadiran peguam semasa sesaorang individu disoalsiasat akan melahirkan akaunterbiliti kerana peguam bertindak sebagai pengawal kepada hak orang yang disiasat.

Dia juga boleh bertindak sebagai check-and-balance (semak dan imbang) di tempat kejadian dari sebarang salahlaku, katanya.

Bagi Majlis Peguam, sudah menjadi amalan dan pengesahan di peringkat antarabangsa, para peguam dibenarkan bertindak bagi anakguamnya untuk mendapat keadilan.

Sehubungan itu, Majlis Peguam meminta SPRM menarik balik notisnya untuk menyoalsiasat para peguam itu dan membenarkan para peguam menjalankan tugasnya secara profesional tanpa gangguan.

Mula-mula lihat iklan telanjang, lepas tu agama

Posted: 23 Mar 2012 11:27 PM PDT

Harakahdaily,

(Muka 25 iklan ini, muka 26 dan 27 baca pula ruang agama.....hehehe Utusan-utusan)

KUALA LUMPUR- Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dilihat masih tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terbaru menyiarkan iklan yang boleh disifatkan lucah dan menjolok mata.

Kali ini iklan produk mandian berjenama Follow Me pada muka surat 25 sisipan Mega yang mempamerkan sepasang kaki 'bertelanjang' dari paras peha yang dalam keadaan menjulang ke atas.

Lebih menyedihkan, akhbar berbahasa Melayu dengan moto 'pemangkin fikiran rakyat' itu menempatkan iklan itu pada muka surat sebelum ruangan agama.

Dengan kata lain, pembaca perlu melalui iklan yang mengambil ruang semuka surat penuh itu dahulu sebelum ke ruangan agam

Tarikh PRU: Najib teruskan legasi 'PM penakut'

Posted: 23 Mar 2012 11:21 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR
: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang masih berteka-teki dengan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 disifatkan sebagai meneruskan legasi perdana menteri sebelum ini yang juga penakut.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Sany Hamzan (gambar) berkata, Najib hanya nampak gagah perkasa seperti Badang tetapi sebenarnya seorang yang penakut dan bacul kerana masih lagi terus berahsia.

"Datuk Seri Najib meneruskan legasi ketakutan perdana menteri sebelum beliau untuk mengumumkan tarikh pembubaran parlimen kerana mereka semua tidak mempunyai keyakinan diri sendiri terhadap kekuatan jentera dan sokongan rakyat kepada mereka.

"Datuk Seri Najib hanya akan berani membubarkan parlimen setelah petunjuk sokongan telah 'solid' untuk Umno dan Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Sany, Najib pada masa sama sebenarnya sedang melakukan kezaliman kepada parti-parti pembangkang kerana hanya pihak Umno dan Barisan Nasional sahajalah yang mendapat manfaat daripada merahsiakan tarikh tersebut.

Berbeza dengan negara yang dianggap kurang maju dari Malaysia seperti Thailand dan Indonesia, mereka juga lebih berani untuk mengumumkan tarikh pilihanraya mereka kepada rakyat supaya segala proses pengundian akan berjalan lebih lancar.

"Bahkan di Indonesia, Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia (seperti SPR) telah diberikan kuasa penuh untuk mengendalikan proses pilihanraya secara bebas tanpa campurtangan pihak kerajaan hingga te tahap pemilihan tarikh pengundian.

"Tetapi Malaysia yang dikatakan sebagai sebuah negara maju masih lagi memiliki seorang perdana menteri yang berfikiran kuno, sempit dan ketinggalan zaman," katanya.

Beliau berkata, biarpun Najib masih berahsia, Dewan Pemuda PAS telah mempersiapkan jentera mereka untuk berhadapan dengan pilihan raya pada bila-bila masa.

"Kita ingin memberi 'signal' kepada Umno dan Barisan Nasional walaupun mereka terus berahsia tentang tarikh pembubaran Dewan Rakyat tetapi pemuda PAS telah cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum pada bila-bila masa," katanya.

Perniagaan: PAS hanya kecam Zionis

Posted: 23 Mar 2012 11:13 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Isu perniagaan dengan orang Yahudi yang diketengahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan perkara yang sukar difahami oleh umat Islam, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam satu kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa Abdul Hadi hanya menjelaskan fakta sejarah dari perspektif sirah Rasullullah di mana baginda menjalankan muamalah urusniaga dengan orang Yahudi di Madinah kerana perkara ini jelas disebut dalam banyak buku-buku sirah.

"PAS dukacita dengan pelbagai kenyataan yang dikeluarkan pelbagai pihak yang menganggap kenyataan Presiden PAS bermotif politik kerana beliau menjelaskan dari sudut ilmiah perbezaan antara bangsa Yahudi dan gerakan Zionis, yang telah merampas tanah umat Islam di Palestin dan sentiasa memberi amaran kepada umat Islam," kata beliau.

Dalam satu makan malam minggu lalu, Abdul Hadi berkata, aktiviti urusniaga dengan Yahudi dibenarkan, tetapi bukan dengan Zionis kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ," katanya dalam sesi soal jawab pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Kenyataan Abdul Hadi telah diserang oleh pemimpin Umno dan para mufti yang pro-kerajaan sebagai kenyataan politik semata-mata.

PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan timbalan presiden Mohamad Sabu turut menyokong kenyataan Abdul Hadi dengan menyatakan bahawa Yahudi merupakan bangsa seperti bangsa-bangsa lain di dunia sedangkan Zionis sebagai 'parti' dalam Yahudi itu sendiri.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, hakikatnya menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi.

"Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka. Demikian juga dengan mereka yang mengaku Muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan.

"Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi," katanya lagi.

Sementara itu, Mohd Sabu pula berkata umat Islam boleh bermuamalah dengan Yahudi, tapi menegaskan bahawa urusniaga dengan Yahudi Israel tidak boleh sama sekali kerana mereka jelas berfahaman Zionis.

Menurut Tuan Ibrahim pula, Yahudi adalah bangsa yang disebut dalam al-Quran. Al Quran banyak menyatakan kecaman dan juga pujian kepada Bani Israel.

"Bangsa adalah ketentuan Allah. Manakala yang kita tentang ialah gerakan Zionis yang sentiasa mewujudkan tindakan huru-hara dalam dunia, khususnya tindakan ganas mereka terhadap umat Islam di Palestin.

Lantaran itu, PAS mengecam tindakan kerajaan berurus niaga dengan negara Israel kerana tindakan itu nyata bercanggah dengan dasar dan polisi negara yang tidak mengiktiraf tanah rampasan Zionis yang dijadikan negara Israel," tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Zambry: Nama dalam senarai calon BN Perak boleh digugur serta-merta

Posted: 23 Mar 2012 11:11 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


IPOH, -- Nama calon yang dikenal pasti mewakili Barisan Nasional (BN) Perak pada pilihan raya umum ke-13 kelak boleh digugurkan serta- merta sekiranya gagal mempamerkan prestasi baik kepada rakyat, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata parti melakukan penilaian prestasi mereka dilakukan secara berterusan, dan yang demikian tiada sesiapa boleh 'mempromosi' nama sebagai calon yang layak dan mendakwa mempunyai hubungan baik dengannya, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Kita telah ada senarai calon tetapi tidak mustahil (digugurkan) sekiranya mereka yang dilihat berpotensi tetapi pada peringkat akhir, mereka dilihat tidak lagi berpotensi.

"Perdana Menteri sendiri telah mengingatkan pemilihan calon kali ini lebih pentingnya adalah kepada rakyat iaitu yang disukai rakyat atau dianggap ada hubungan rapat dengan rakyat, atau boleh menang serta setia kepada parti sebagai antara kriteria," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Menteri Besar Perak itu ditemui pada majlis pertemuannya dengan warga perkhidmatan awam yang berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.- BERNAMA

Langkah 'pre-emptive' Najib gagal: Peluang berubah arah, PRU-13 selepas pemilihan Umno

Posted: 23 Mar 2012 11:04 PM PDT

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Sejak 12 pilihanraya umum yang lepas,UMNO dapat menentukan tarikh untuk mengundi bila-bila masa tanpa bimbang dan ragu.Penuh yakin pemimpin mereka ,setiap kali diumumkan pembubaran Parlimen, mereka sentiasa tersenyum lebar,melangkah bertenaga dan sentiasa menunggu dengan penuh debar.

Calun-calun untuk kerusi negeri dan parlimen dengan segera nya akan mengesahkan pesanan dengan tukang jahit mereka, yang akan mula menerima tempahan untuk sut baru dengn songkok, untuk di pakai oleh klient mereka yang 'sudah pasti terpilih' pada majlis angkat sumpah di hadapan Agong atau Sultan kelak.

Tapi keadaan tersebut dah berlalu bagi yang pasti menang, bila jenaka kegemaran ramai ialitu jika Umno mencalunkan batang pokok pun, batang pokok tersebut pasti akan ke Parlimen.Malahan masa lampau tersebut mungkin telah berlalu selama nya ,sejak tsunami politik 2008 bila parti tersebut mengalami kejutan besar bila hampir diundi keluar dari Putrajaya oleh para pengundi yang semakin bosan.

Dibawah PM Najib Razak sejak 2009, UMNO semakin berubah, yang sedihnya kearah keburukan. Najib sendiri telah menjadi seperti agar-agar, beliau amat risau keadaan parti yang telah 56 tahun memegang tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan makin hampir ke titik akhir dibawah pemerintahan beliau. Beliau akan dikenang dalam sejarah,bukan saja sebagai PM terakhir UMNO tapi juga sebagai yang paling pendek penggal pemerintahannya.

Hadapi kenyataan

Setelah 30 tahun lebih dalam politik, Najib,58 tahun, tahu yang tiada tarikh terbaik untuk pilihanraya umum ke 13. Tarikh ideal hanya bila ekonomi dalam keadaan baik, parti2 komponen BN kuat dan bersatu, rakyat gembira dan berkeupayaan, pemimpin UMNO dan BN tiada skandal untuk dijawab dan parti pembangkang bergaduh antara satu sama lain.

Malangnya , scenario ini berlaku sebaliknya. Pembangkang lebih bersatu padu dari tahun 2008, skandal dan kontroversi menghantui pemimpin UMNO dan BN. Setiap hari, ada saja salahlaku,ketamakan dan rasuah seperti penjualan Maju Expressway bernilai RM1.7 juta yang didedahkan oleh Rafizi Ramli dari PKR hujung minggu lepas.

.Rakyat tidak puas hati dan marah dengan kenaikan kos sara hidup,kejatuhan kualiti hidup manakala harga hartanah makin meningkat sehingga diluar kemampuan golongan berpendapatan sederhana. Pari2 komponen BN masih cuba menjatuhkan sesama sendiri dengan Presiden MCA Chua Soi Lek yang keji dan masih cuba menjatuhkan pengganti nya Ong Tee Keat supaya keluar dari MC walaupun PRU 13 telah makin hampir. Dari segi ekonomi,Najib yang juga menteri kewangan sentiasa merujuk keadaan ekonomi berdasarkan kepada statistik Bank Negara yang sentiasa mengikut kehendak beliau, dipercayai satu angka yang jauh lebih rendah dari hakikat sebenar.

Perselisihan dalaman UMNO juga makin hebat, bukan hanya dapat kerana ahli merasakan tahun ini merupakann tahun terakhir beliau berkuasa. Senarai calun yang boleh menang Najib yang di keluarkan kepada perwakilan dalam mesyuarat agung parti tahun lepas mengeruhkan lagi keadaan dan boleh memusnahkan parti pada bila-bila masa saja. Berbanding lain-lain parti komponen nya, UMNO adalah yang paling sakit.Memandandangkan UMNO memegang jumlah kerusi terbesar, jika ianya hilang,BN juga akan lenyap.

Sebab ini jugalah, bagi para pemerhati , semakin tarikh PRU13 dilengahkan, semakin teruk keadaannya untuk UMNO. Jadi, peluang UMNO untuk menang dengan majoriti mudah adalah lebih baik jika pilihanraya diawalkan. Tiada siapa yang terfikir pasal majoriti dua pertiga lagi bagi BN. Jika Najib berharap keadaan bertambah baik,beliau memang jahil dan buat kerja sia-sia.Sedihnya bagi rakyat-inilah yang dilakukan oleh Najib.

Untuk berlaku adil kepada beliau, mungkin beliua tahu tiada apa yang dapat dilakukan untuk membetulkan keadaan atau sudah terlambat sekarang. Tiada wang dan masa yang cukup untuk membaiki ekonomi.Dan mustahil baginya untuk selesaikan perselisihan dalam UMNO dan parti komponen BN atau menyelesaikan semua skandal yang menyelubungi UMNO-BN terutamanya skandal besar yang beliau juga sama terbabit.

Hanya 2 pilihan dan Najib dalam keadaan panik

Apa yang terbaik yang boleh beliau lakukan sekarang ialah menipu rakyat dan terus menipu-salah satu tabiat buruk yang makin berleluasa sejak UMNO berkuasa. Pada asasnya, hanya ada 2 keadaan untk Najib pertimbangkan dan pilij.Bagaimanapun, beliau masih belum memilih yang mana satu .Dan ini menjadi punca masalah.

Najib ialah faktor utama melengahkan pilihanraya umum.Beliau sentiasa tidak dapat buat keputusan dan menukar fikirannya, satu trade mark nya , akibat kurang bijak dalam mengkaji secara berhati-hati sebarang keputusan besar. Pengkritik berkata beliau ialah 'macro'. ( terma yang sopan untuk orang yang malas memikir hal-hal terperinci) ,lebih suka habiskan masa di luar negara dengan lawatan2 rasmi dimana beliau boleh dilihat berjabat tangan dengan pemimpin-pemimpin terkenal dan memimpin kroni2 nya terus mengkayakan UMNO dan penyokong kuat beliau.

Najib tidak pasti dan risau akan PRU 13- satu keputusan yang penting dalam karier pollitik beliau. Malangnya, beliau tiada sesiapa untuk menasihat, kerana pemimpin terdahulu seperti Mahathir,Abdullah Badawai atau Daim Zainuddin semua mempunyai agenda mereka sendiri untuk PRU 13 yang hanya untungkan diri dan penyokong mereka sahaja. Najib akan terus tidak keruan, dan beliau sendiri tiada idea bila PRU 13 dan beliau sendiri mengakui " Saya pasti anda dapat faham kenapa saya tidak dapat mendedahkannya…walaupun jika saya tahu,saya harus menyiimpan rahsia ini," Bernama dipetik sebagai melapurkan demikian beberapa hari lepas.

Dua perkara jelas PRU 13 ialah sebelum atau selepas pemilihan parti UMNO. Ramai penasihat Najib memberitahu beliau langkah pre emptive boleh menghalangnya. Sediakan medan perang tetapi secara senyap- memberi kejutan kepada semua. Malah ahli UMNO sendiri tidak sedar atau seperti Mahathir, mereka mula sibuk sibuk dan merangka plan mereka sendiri yang mungkin bakal menggangu rancangan besar Najib.

Jelasnya, cadangan tersebut ialah satu percaturan yang berisiko dan peluang besar untuk menambah kekeliruan dan memakan diri kecuali jika Najib dan penasihatnya telah benar2 mengkaji sedalam dalam nya. Perlu diberi perhatian yang keputusan spontan dan berani bukan nya sebahagain dari DNA Najib, maka langkah pre emptive jika ianya berlaku, akan menjadi kejutan.

PRU 13 selepas perhimpunan agung UMNO

Jika perhimpunan agung UMNO dijalan kan dulu, kemungkinan Najib akan kekal sebagai Presiden UMNO memang terjamin kerana beliau akan memastikan mereka yang hadir bahawa mereka berada dalam senarainya untuk dipilih sebagai calun pilihanraya bagi kerusi negeri atau parlimen. Dan mereka akan menyokong beliau sepenuhnya. Stail ahli silap mata UMNO.

Sebaliknya, mereka yang tidak puashati akan sabotaj UMNO ketika PRU13 dijalankan. Ahli UMNO yang berpengaruh besar juga mungkin meninggalkan Najib, yang lebih berkesan dari cuba menggantikan beliau dengan pemimpin lain. UMNO-BN mungkin tewas dalam PRU 13.Tapi mereka yang sabotaj tidak akan terkesan kerana jika UMNO menang, mereka tidak akan dipelawa oleh Najib untuk berkongsi kekayaan. Jika UMNO-BN tewas, ini akan menghalang saingan mereka dari sebarang peluang dan menyokong semula UMNO. Ini lah dipanggil pergeseran dalaman.

Pergeseran dalamna juga sebabnya jika UMNO menang,Najib mungkin tidak kekal sebagai PM atau Presiden UMNO lagi. Majoriti undi BN-UMNO akan kurang,dan beliau akan diserang terus-terusan oleh mushnya dalam UMNO sehingga beliau tiada usaha serius untuk mempertahankan kedudukan nya atau terus memerintah negara. Najib akan terlalu sibuk untuk menangkis serangan tersebut dan lebih banyak skandal peribadinya akan terdedah. Akhirnya beliau mungkin diusir lebih awal dari Badawi. PRU 12 yang dijalankan pada bulan March 2008, dan pada bulan Oktober Badawi sudah dipaksa keluar dan menerima plan bersara awal.

UMNO dan pemimpin besar nya seperti Mahathir tidak risau kerana UMNO masih berkuasa-hanya Najib yang risau.Beliau akan digantikan,sebagaiman cadangan mantan menteri kewangan Daim-samada oleh orang no 2 dalam UMNO Muhyiddin Yassin atau pencabar baru. Najib berharap untuk melengahkan masa dan mencari lebih banyak sokongan.Beliau akan berusaha menjadi Mr Nice Guy kepada pemimpin besar UMNO, membuat perbagai rundingan,rancangan dan urusniaga politik dan beberapa urusniaga kewangan kepada musuh0musuhnya. Dengan cara ini,Najib bleh melengkapkan penggal pemerintahan sebagai PM dan mengumumkan PRU13 bila penggal tersebut tamat.

Sementara itu, makin anyak skandal akan didedahkan. Peneyenaraian Felda mungkin tidak menjadi. Inititif ekonomi beliau yang lain juga mungkin tidak berjaya. MAS-AirAsia mungkin yang seterusnya. Dan perbicaraan berkaitan kes imbuhan RM570 juta kapalselam Scorpene serta rayuan 2 bekas pengawal peribadinya dalam kes bunuh Altantuya.

Dengan berbagai skandal dan salahlaku,Najib tidak boleh berharap sehingga kepada PRU 14, hanya PRU 13.Betapa lemahnya beliau dan helahnya sekarang Cuma senarai calun nya.

PRU 13 sebelum perhimpunan agung UMNO

Menjalankan PRU 13 sebelum pemilihan parti UMNO juga tidak lari dari risiko tapi dengan masa yang tepat. Najib boleh menggunakan mood ahli UMNO dan penyokongnya untuk kepentingan beliau. NST melapurkan pada 24 Feb ulangtahun ke 66 UMNO bakal disambut pada 11 Mei 2012 di Stadium Merdeka dan Najib berjanji ia akan menjadi satu detik kenangan yang akan menyatu dan mengerakakan moral UMNO dan untuk meyakinkan ahli UMNO beliau la h orang yang terbaik untuk menjadi Presiden UMNO dan PM Malaysia.

Ini masa sesuai untuk Najib menggunakan langkah pre emptive dan umumkan tarikh PRU 13-dua minggu sebelum tarikh nya. Semua akan tidak bersedia termasuk pembangkang. PRU 13 dulu, kemudian perhimpunan agung UMNO sebaik saja selepas PRU 13. Serampang dua mata Najib.Kejutan untuk ahli UMNO. Ahli UMNO yang berhasrat mensabotaj beliau tidak punya masa untuk merancang plan mereka.

Jadi dengan keputusan segera, masa yang tepat dan kejutan,Najib boleh menjalankan helah tersebut. Atau itulah yang difikirkan oleh strategis beliau. Kerana misi nnya ialah untuk menang,walaupun dengan majoriti mdah dalam kedua pilihanraya. Masalahnya, berani kahNajib berbuat demikian? Malah,sejak details berkenaan plan ini diketahui ramai, dimana –mana blog, dimana elemen kejutan dalam plan tersebut? Sudah pecah tembelang.

Melihat betapa cepatnya macam2 konflik dalam UMNO berlaku.Najib mungkin tiada pilihan. Tapi semakin hari semakin menakutkan bagi belaiu untuk menekan 'butang merah'.Mungkin peluang makin hampir ke arah PRU 13 selepas perhimpunan agung,kerana tidak seperti Badaw, Najib sudah menyiapkan diri dengan senjata kuasa tinggi-senarai calun.Ini dapat membantu beliau memantau ketua2 bahagian yang berhajat untuk berada dalam senarai tersebut.Malaysia Chronicle

Setelah Kadir letak jawatan, sekarang isunya hanya masa untuk Ku Li dan Tee Keat

Posted: 23 Mar 2012 11:01 PM PDT

Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle


Beberapa pemimpin UMNO mengalu alukan perletakan jawatan mantan Menteri Pelancongan Kadir Sheikh Fadzir, yang dalam keadaan sukar bila dengan lantang mengecam gejala rasuah dalam parti. Ada yang melabelkan beliau sebagai pembelot dan tidak mengenang budi tetapi hal ini sudah dijangkakan- UMNO perlu menjaga airmuka segera setelah Kadir yang dengan lantang membuat kecaman tersebut, dengan senang hati melepaskan keahlian yang telah sekian lama di pegangnya.

Kini, jelas lah Kadir,Naib Presiden gerakan reform Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah terus ke lembaran baru dari bertekak dengan pemimpin seperti Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan atau ketua penerangan Ahmad Maslan.

Walaupun Kadir tidak menyatakan apa rancangan seterusnya, perletakan jawatan tersebut mencetuskan spekulasi beliau akan menyertai parti pembangkang,bekerja sepenuh masa untuk Amanah atau bersara terus dari politik. Antara tiga perkara itu,pilihan terakhir dijangkan yang paling kurang kebrangkalian untuk diambil memnadangkan semangat baru Kadir dengan pembentukan Amanah dalam bulan Julai tahun lepas oleh tokoh UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

Ucap tahniah dari Anwar kepada Kadir atas keputusannya

Reaksi dari pihak pembangkang sangat positf. Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah mengalu alukan usaha Kadir untuk 'menyertai agenda reform' manakala pemimpin2 lain dalam Pakatan Rakyat menjangka lebih banyak perletakan jawtan dari BN akan menyusul. Parti2 dalam BN termasuk UMNO secara perlahan tapi jelas semakin pecah belah beberapa tahun kebelakangan ini akibat pimpinan yang lemah, politik basi dan ketidakupayaan untuk berubah mengikut masa.

Dalam UMNO sendiri, ketika pemimpin2 nya termasuk ketua menteri Melaka Mohd Ali Rustam mengecam Kadir sebagai pembelot, keengganan parti tersebut untuk berubah walau seinci polisi dan kesilapan nya mungkin menjadi penyebab ahli-ahlinya menyerah merupakan satu bayangan kepada keadaan tegang dalam UMNO.Ramai ahli2 menjadi lebih marah dan mempersoalkan samada mereka ada masa depan atau tidak.

Setelah 5 dekad mempunyai kuasa hampir mutlak, pemimpin-pemimpin asal dan ahli keluarga bekas-bekas presiden menganggap parti tersebut sebagao harta persendirian mereka dan sesiapa yang ingin memimpin UMNO perlu datangnya samada dari keluarga Mahathir Mohamad,Razak atau Hussein Onn, atau seseorang yang mendapat sokongan mereka.

Siling kaca dan waran kematian

Siling kaca ini ialah halangan utama untuk bakat baru dan muda dari menyertai UMNO. Ia juga menjadi waran kematian untuk parti.Jika Kadir yang selama ini mengabadikan beberapa dekad dalam hidupnya untuk UMNO boleh pergi begitu sahaja, apa lagi pemimpin2 baru yang lebih muda dan bersemangat pasti akan terasa lebih hangat .

Penghijrahan keluar meninggalkan parti beramai ramai sudah pasti, samada masuk PKR atau PAS. Dalam lingkungan nya sendiri, presiden UMNO dan PM Najib Rzak tidak mengeluarkan sepatah pun perkataan untuk terus mendemokratkan UMNO atau menyegerakan kenaikan pemimpin muda ke pimpinan tertinggi.Malahan beliau dan penasihat nya sibuk mencipta aura hebat untuk diri,seumpama pimpinan diktator Korea Utara,dan bagi tujuan meneruskan pemerintahan nya.

Berdasarkan mendung yang berarak, bukan kejutan jika pemerhati menunggu siapa kah seterusnya akan meninggalkan UMNO dan BN terutama pemimpin Amanah?Kadir meletak jawatan setelah pendedahan politik wang yang kotor dalam UMNO.Beliau juga enggan menarik balik kata-katanya, dan kes beliau tidak akan jadi kes terpinggir. Baru-baru ini, pemimpin veteran UMNO seperti MP Pulau Manis Mohd Ariff Sabri Aziz dan Aspan Alias dari Negeri Sembilan meninggalkan UMNO untuk sertai DAP,walaupun kedua nya bukan pemimpin sneior, hal ini membuka mata ramai.

Ku Li seterusnya?

Bagaimana dengan Tengku Razaleigh atau Ku Li, pengasas Amanah dan MP Gua Musang yang dikatakan penyelamat UMNO oleh puak kiri dan atas pagar dalam parti itu. Sebetulnya, ketika Tengku Adnan menyelar Kadir di khalyak ramai, kata-kata nya juga ditujukan kepada Ku Li, yang juga lantang menghentam politik UMNO lapuk dan perkauman UMNO.

Pemerhati berpendapat Ku Li 'belum bersedia' lagi untuk meninggalkan UMNO kerana masih ada apeluang baginya untuk menggantikan Najib dan melaksanakan perubahan yang diperkatakan oleh nya sejak sekian lama. Terbaru,mantan menteri kewangan Daim Zainuddin berkata Najib perlu undur diri jika BN tidak perbaiki keputusan pilihanraya 2008. Dalam keadan itu, daim berkata beliau berharapa Muhyiddin atau 'pencabar' baru akan tampil. Pencabar tersebut kemungkinan besar ialah Ku Li, yang pernah mencabar Najib untuk kerusi presiden parti pada 2008 tetapi gagal.

4 tahun sudah berlalu, dan sekarang cerita sudha lain buat Ku Li. Jika hanya kerana beliau tidak yakin dengan parti mana beliau boleh menang, nampaknya sudah jelas politik yang di momokkan oleh Mahathir dan diamalkan oleh Najib telah ditolak rakyat dan UMNO perlu segera berubah untuk terus hidup. Pada umur 75 tahun,masa tidak menyebelahi Ku Li wapaupun beliau masih sihat. Begitupun, Ku Li masih mahu melihat pengaruhnya dalam UMNO sekurang kurang nya sehingga perhimpunan agung dan pemilihan parti yang dijangka berlangsung tahun ini.

Ku Li sendiri saja yang tahu keadaan sebenar.Bila ditanya kemungkinan meninggalkan UMNO, Ku Li dipetik sebagai berkata"Jika saya ingin meninggalkan UMNO,saya dah bebuat demikian lama dahulu."

Tee Keat juga tunggu masa saja

Jika PRU 13 diadakan sebelum pemilihan UMNO, mungkin Ku LI akan buat keputusan lebih awal. Kubu kuatnya ialah di Gua Musang tapi adakah belaiu akan bertanding disitu atas tiket UMNO? Lagipun agak janggal jika beliau keluar selepas itu.Tentunya Ku Li tersenarai dalam senarai calun Najib dan terpilih bertanding mempertahankan Gua Musang dengan harapan beliau akan berpuas hati dan berdiam diri setelah memperolehi kerusi mudah untuk UMNO.

Berkenaan kes rakan seperjuangan dalam BN dan Amanah Ong Tee Keat, yang memberi amaran akan mempertahankan kerusi Ampang Jaya dengan atau tanpa BN, para penyokongnya berkata kemungkinan beliau tiada dalam senarai calun memandangkan belisu disenaraihitam oleh pesaing nya,Presiden MCA Chua Soi Lek yang nampaknya sanggup menggadai MCA demi untuk menjatuhkan Tee Keat.

Soalan sama terpakai kepada Kadir,terpakai kepada Ku Li dan Ong.Adakah mereka akan sertai Pakatan Rakyat atau bertanding sebagai ahli Amanah? Jawapan Ku Li bila ditanya ," Kita tidak boleh menafikan apa apa kerana kemungkinannya ada". Walaupun menimbangkan pintu Pakatan yang terbuka,jawpan Ku Li menunjukkan beliau lebih suka bertanding atas tiket Amanah sendiri.

Bagaimanapun Amanah mungkin tidak dapat kebenaran dari pihak berkuasa untuk bertanding dalam pilihanraya. Pembentukan nya sebagai badan bukan kerajaan, bukan parti politik, melihat kepada reaksi kritikan dan perletakan jawatan Kadir, kerajaan pimpinan BN sukar untuk memberi peluang tersebut kepada Amanah.

Perubahan besar sentimen rakyat terhadap Pakatan

Ketika Amnah di tubuhkan tahun lepas,UMNO masih bercakap mengenai dapatkan majoriti 2 pertiga di Parlimen. Sekarang,UMNO tertanya samada Najib boleh beroleh majoriti mudah. Najib sendiri mengakui mimpi ngeri baginya ialah Parlimen yang tergantung.Ku Li dan lain2 ahli Amanah patut tahu terdapat perubahan besar terhadao pilihan pengundi dan jika mereka masih memilih UMNO-BN, mereka mungkin tidak dapat meraih sokongan atau bantuan sekarang.

Pakatan pula masih berdiam diri mengenai pandangan merela." Kami terbuka untuk sebarang perbincangan dan kerjasama dengan Amanah," Timbalan Presiden Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle, enggan meneka apa langkah yang bakal diambil oleh Amanah.

Malah, bola berada di gelanggang masing-masing-Ku Li,Tee Keat dan juga Kadir. Mereka Cuma akan dapat tiket bertanding dengan Amanah jika mereka setuju menjadi perosak undi untuk BN melawan dengan Pakatan

Amanah juga sedar perubahan fikiran dan persepsi rakyat terhadap Pakatan, yang dilihat sebagai penyelamat Malaysia. Nampaknya banyak gerakan peringkat kebangsaan untuk menjatuhkan UMNO –BN dan melantik kerajaan baru yang akan meng hapuskan semua kesilapan lalu.Ini lah harapan rakyat Malaysia.

Samada Amanah berjaya sebagai NGO bergantung kepada keikhlasan pemimpinnya.Jika mereka silap pilih, mereka akan dikeji dan dicampak ke tong sampah yang dihuni Perkasa, Jati dan Kita. Mereka dilihat sebagai penjahat yang boleh dibeli dengan wang ringgit untuk membantu UMNO terus menindas dan membuli rakyat.

Keputusan ini bukan sukar untuk Amanah. Mungkin, masa ialah isu terakhir.Tapi setelah Parlimen bubar, seluruh Malaysia dapat menjangka untuk melihat garis peperangan baru.Dan dijamin akan menejutkan.Malaysia Chronicle

Tikus bisu dan buta menyerang Parlimen Malaysia

Posted: 23 Mar 2012 10:56 PM PDT

Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle


Jangan bimbang, bergembiralah! Kenapa? Kerana hutang negara masih kurang 2% dari tahap kritikal, kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek, yang jelas masih bertoleransi tinggi terhadap risiko dan bahaya.

Samada beliau tiada penjelasan lain untuk diberi dan terpaksa menjaga air muka berkaitan isu tersebut, yang tentunya memalukan dan contoh klasik bagaiman buruknya pengurusan fiskal dan kewangan.

"Masih belum ditahap krtikal ketika ini. Had kita ialah 55 peratus dari Keluaran Negara Kasar, kita sekarang pada kadar 53 peratus.Jadi tidak perlu bimbang," Awang memberitahu Parlimen yang agak terkejut pagi tadi.

"Kebijaksanaan" seperti itu, patut diberi hadiah kepada Awang kerna membuat satu kenyataan paling bodoh setakat bulan ini. Iya, ada lagi –seperi kaliber ahli-ahli politik Malaysia terutama dari BN. Patut ada yang menyenaraikan dan memantau supaya bila sesi Parlimen berakhir pada 12 April, badut-badut ini patut diberi anugerah.

First basket case

Berdasarkan kenyataan mudah dan tidak bertanggungjawab dari Awang,kita mungkin tertanya berapa kali agaknya kereta beliau ditunda ke stesen minyak untuk mengisi minyak? Berdasarkan ketidakprihatinan nya kepada langkah berjaga-jaga dan berjimat, mungkin setiap hari . Begitu cara Awang musnahkan keretanya, dengan tidak mematuhi amaran petrol semakin kurang sehingga habis kering. Sama keadaan nya dengan Malaysia.Setelah kita mencecah 55%,apa gaknya cadangan Awang ketika itu?.

Ini lah jenis ahli politik jahil yang PM Najib Razak letakkan dalam kabinet, dan ditugaskan menjaga kewangan- sudah pasti satu potfolia penting yang patut di pimpin oleh seorang yang prefessional dalam bidang tersebut.

Tidak hairan la ekonomi Malaysia semakin jatuh. Selagi ada yang seperti Awang mempertahankan ketidakupayaan Najib, tanpa mengambil kira alasan bodoh yang diberikan mereka, PM terus senang hati dan terus melawat merata dunia dengan wang pembayar cukai.

Masa terus bergeral ke tahun 2019, tahun diramalkan negara mengalami bakrupsi sebagaimana di ramalkan oleh menteri2 Najib sendiri. Tapi tiada sesiapa yang terkejut atau bimbang lagi. Kerana ia sudah tidak dapat dielakkan.Selagi Najib memerintah negara, negara akan hancur ditangan mereka2 ini.

Kes jahil kedua dan ketiga

Kong Cho Ha ialah contoh kedua yang perlu dikecam kerana kurang bijak dan kurang daya berfikri.Bila ditanya oleh Tony Pua dari DAP penjelasan berkenaan kenaikan kos penempatan semula KLIA2 dan apa kan rasional disebalik memilih tapak untuk lapangan terbang baru tersebut, jawapan hebat Kong ialah kerana"ia berdasarkan KLIA blueprint Disember 2008."

Apa jenis jawapan kah ini? Jika Kong dibangku sekolah, sudah tentu gurunya menghukum beliau berdiri atas kerusi untuk 2 jam sekurang kurangnya. Pemimpin MCA ini tidak serius dalam memberi maklumbalas, dan tidak ada unsur tanggungjawab. Mungkin fikir nya," Oh hanya Tony Pua dan pembangkang bertanya, siapa mereka ini?

Bodohnya sehingga Kong tidak sedar rakyat Malaysia tidak suka hal ini.Tony bertanya soalan bagi pihak rakyat, dan kerjanya ialah cuba melindungi mereka dan mereka sedar hal itu. Sebab itu mereka memilih pemimpin seperti Tony. Jika Kong berhasrat dipilih semula, lebih baik beliau berhenti dari memberi jawapan bodoh dan buat kerja rumah nya.Pemalas.

Biar semua rakyat malaysia tahu kos pembinaan KLIA2 secara misteri meningkat dari RM1.7 bil kepada RM3.9 bil dan antara sebabnya ialahpertukaran lokasi.Kenapa perlu pindah ke tempat lain? Lagi pun lokasi baru ada kekurangan nya sebaberi perlunya menara kawalan tambahan dan kerja kerja pecah tanah kerana keadaan tanahnya.

Bagaiman seorang menteri pengangkutan tidak tahu sebabnya? Atau beliau pura pura tak tahu! Mudah saja bagi Kong untuk sewenang nya hantam apa apa jawapan, tapi ia mengesahkan beliau tak layak menjadi menteri. Mungkin kita tertanya bagaimana beliau lulus peperiksaan di sekolah dan tamat pengajian di universiti?

Bagi pembaca yang mengtap gigi,genggam penumbuk dan bersa marah- sabar dulu, Ada seorang lagi badut yang nak lalu.

Siapa lelaki ketiga itu,anda mungkin tertanya? Siapa lagi kalau bukan PM Najib Razak sendiri. Sudah tentu beliau juara antara mereka yang jahil kerana beliau sendiri tidak tahu apa yang menteri2 beliau lakukan, dan betapa bodohnya mereka dan beliau sendiri akibat perbuatan menteri2 ini.Malaysia Chronicle

PKR tuntut audit dan inkuiri untuk bersihkan SPR

Posted: 23 Mar 2012 10:54 PM PDT


KUALA LUMPUR — PKR mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar membenarkan satu audit dan inkuiri dilaksanakan ke atas badan tersebut bagi membersihkan imej mereka ataupun pengerusinya harus bersedia untuk meletak jawatan.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh (gambar) dalam satu kenyataan hari ini berkata, Pakatan Rakyat (PR) dan PKR mahukan SPR mempunyai imej yang bersih dan menjawab segala persoalan berkenaan daftar pengundi oleh rakyat.

"Prosedur sedia ada terbuka kepada penyalahgunaan dan berkemungkinan besar telah mewujudkan "Sistem B" dalam SPR.

"Pangkalan data SPR boleh dipersoalkan kerana berlakunya pelbagai manipulasi terhadap Daftar Pemilih yang mencemarkan imej dan kredibiliti SPR," jelas Fuziah menulas berkenaan isu pengumpulan pengundi di Parlimen Pekan.

Malah, Ahli Parlimen Kuantan ini turut mempertikaikan jawapan yang diberikan oleh pegawai SPR berhubung jawapan mereka berkenaan isu Zarina Tausi dan menegaskan kenyataan tersebut adalah cubaan untuk menutup kesalahan mereka.

"Jawapan yang diberikan pegawai SPR itu adalah seperti "Kambing Hitam" yang digunakan untuk menutup kesalahan mereka.

SPR sebelum ini menjelaskan bahawa dakwaan penipuan daftar pemilih yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tempoh hari sebenarnya kes tulen pengundi biasa yang memohon untuk menjadi pengundi tidak hadir (PTH).

Menurut seorang pegawai kanan SPR yang enggan namanya disiarkan, semakan yang dibuat dengan jabatan IT suruhanjaya itu mendapati pengundi Zarina Tausi hanya didaftarkan sekali sahaja dalam daftar pemilih.

Katanya, nama Zarina sebelum ini berada di dalam daftar induk sebagai pengundi biasa tetapi telah memohon untuk menjadi pengundi tidak hadir pada 20 Disember 2011 kerana suaminya berkhidmat dalam tentera.

Pegawai itu berkata tanda (/) pada akhir nombor kad pengenalan itu juga telah menimbulkan salah faham yang seakan bermaksud pengundi itu telah didaftarkan dua kali.

Katanya, rekod yang sedang diproses mempunyai tanda tersebut adalah untuk memisahkan nombor kad pengenalan baru dan nombor kad pengenalan lama.

Ketua umum PKR sebelum itu di Parlimen telah mendedahkan bagaimana SPR telah melakukan "penipuan" dalam memanipulasi daftar pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan pengundi dengan mengemukakan contoh pengundi yang didaftarkan di Pulai, Johor didaftarkan semula sebagai pengundi baru di Pekan, Pahang.

Jelas Anwar, jika mereka memasukan data yang sama, komputer akan menolaknya, lalu mereka menambah tanda pangkah (/) selepas nombor kad pengenalan dalam pendaftaran baru.

Imam baling kasut: Isteri, peguam fail semakan

Posted: 23 Mar 2012 10:51 PM PDT


MALAYSIA KINI

Peguam veteran Karpal Singh dan isteri seorang imam, Noorliza Mat Isa, 43, hari ini memfailkan permohonan semakan kehakiman di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan bagi mengkaji semula tempoh tahanan satu tahun penjara ke atas Hoslan Hussein.

Mereka memohon agar tempoh pemenjaraan itu disemak dan dikurangkan atas alasan Mahkamah Persekutuan melampaui bidang kuasanya ketika menjatuhkan hukuman penjara setahun.

Hujah mereka, hukuman maksimum yang diperuntukkan di bawah Seksyen 228 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menghina pegawai kehakiman adalah penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Hoslan pada 8 Mac dijatuhkan hukuman penjara satu tahun oleh mahkamah tertinggi di negara ini kerana didapati bersalah membaling seliparnya ke arah panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Insiden melempas selipar itu berlaku pada 22 Februari.

Tindakan itu selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Hoslan yang kini ditempatkan di Penjara Kajang.

Wanita no 2 ikrar setia, enggan tarik gesaan awal

Posted: 23 Mar 2012 10:49 PM PDT


MALAYSIA KINI
Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim akhirnya berikrar untuk bekerjasama dengan ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil tetapi enggan menarik balik gesaan berundur yang disuarakannya sebelum ini.

umno 2007 wanita 071107 kamilia ibrahimKatanya, tindakan itu bagi memastikan kepimpinan pergerakan itu sentiasa utuh di semua peringkat untuk memastikan kejayaan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebagai pemimpin nombor dua dalam Wanita Umno, menjadi kewajipan baginya untuk memastikan kemenangan BN, kata Kamilia (kiri).

Akhbar The Star kelmarin melaporkan Kamilia sebagai menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.

PM: Tribunal siasat AG tak akan ditubuhkan

Posted: 23 Mar 2012 10:47 PM PDT

Abdul Rahim Sabri



Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan menubuhkan tribunal untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hasan yang didakwa memerangkap bekas ketua jabatan siasatan jenayah Datuk Ramli Yusuf.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, perdana menteri berkata ia merupakan dakwaan yang perlu disahkan.

"Tidak (akan ditubuhkan). Itu merupakan dakwaan. Dakwaan perlu disahkan," katanya.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan, timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Johari Baharom mengarahkan Ramli untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan itu, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

'Skandal Copgate': Gantung tugas AG, kata PKR

Posted: 23 Mar 2012 10:45 PM PDT

Hafiz Yatim

Pembangkang hari ini menggandakan desakan terhadap kerajaan supaya menggantung tugas Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail ekoran dakwaan penglibatannya dalam skandal 'Copgate'.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, ini kerana, ia dakwaan yang serius kerana beberana pihak seperti bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) turut dikaitkan.

Malah, katanya, ia melibatkan penangkapan penjenayah penting.

Surendran berkata, pegawai terlibat juga bukan polis berpangkat rendah, tetapi pegawai tertinggi pasukan keselamatan.

"Dakwaan juga bukan dibuat daripada lelaki di tepi jalan tetapi (bekas pengarah siasatan jenayah) Datuk Ramli Yusuff, pegawai polis yang sangat kanan dalam pasukan keselamatan.

"Terdapat juga dakwaan selain ini terhadap peguam negara. Kenapa kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka?" soal Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Nelayan Pengerang dakwa rugi lebih ½ pendapatan

Posted: 23 Mar 2012 10:40 PM PDT

Abdul Rahim Sabri & Lee Long Hui

Sejak projek tambakan laut dan kewujudan pelantar minyak untuk projek Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor, beberapa nelayan sekitar mendakwa pendapatan mereka terjejas sehingga RM2,000 sebulan.

Penduduk di Kampung Jawa dan Kampung Sungai Kapal berkata, kehidupan mereka tidak ceria lagi kerana biasanya mereka mampu mendapat RM3,000 sebulan tetapi kini hanya RM1,000 sahaja sejak projek itu dijalankan.

Ini kerana, kata mereka, projek itu menyempitkan laluan menangkap ikan, mengeruhkan air, mengeluarkan bunyi bising yang menyebabkan ikan lari selain wujudnya sempadan dan kawasan larangan menangkap ikan.

"Selalunya kita mendapat antara 70 hingga 80 kilo, (itu pun) kalau ada ikan.... Projek di sana ada kapal korek, kapal pasir, ikan tak berani ke situ, (jadi) memang terjejas pendapatan kita.

"Kita nak menjaring (di situ) tak boleh. Mereka letak boya, jadi jaring tak boleh berjalan. Nelayan mengeluh. Tempat laluan (ikan) dah terjejas habis," kata Wan Mustapha Wan Harun, nelayan dari Kampung Jawa.

Bahkan, faktor cuaca juga menjadi penentu kepada hasil tangkapan, jelas Wan Mustapha, 57, yang ditemui bersama empat nelayan lain di sebuah kedai makan yang mengadap Selat Tebrau.

'Kali terakhir turun tahun lepas'

Rakan-rakannya – Isa Abdul Hamid, Sahlan Khairudin, Rahmat Sudin dan Khalid Ahmed – yang bersetuju dengan apa yang diutarakan rakannya itu.

Bercakap dalam temubual dengan Malaysiakini Ahad lalu, Wan Mustapha berkata, projek itu juga menyebabkan kerosakan kepada alatan menangkap ikan mereka, terutama jala.

Kos memperbaikinya pula, menurutnya lagi, mencecah RM200 setiap satu dan memakan masa yang agak lama untuk diselesaikan.

Wan Mustapha – yang menjadi nelayan sejak berumur 15 tahun – berkata, untuk mendapatkan jala baru pula kosnya agak mahal apabila mereka perlu menyediakan kira-kira RM5,000 untuk memperoleh jaring seluas 15 utas.

NONE"Yang dibawa ke laut sebanyak lapan keping... Kalau koyak-koyak, nak menyelam pun tak sampai ke dasar," kata Isa mencelah.

Sementara itu, nelayan Cina dari Kampung Sungai Kapal Seng Kwee Teck, 40, berkata dia kini tidak ke laut sejak akhir tahun lalu, ekoran projek tambakan laut itu yang menyebabkan ikan semakin kurang.

"Sekarang duduk di rumah, tak buat apa. Kali terakhir menangkap ikan ialah akhir tahun lepas," katanya.

'Kena kaji semua sudut', Hadi jawab PKR

Posted: 23 Mar 2012 10:35 PM PDT

MOHD AZLIM ZAINURY

Abdul Hadi Awang

MARANG – Dalam reaksi pertamanya, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat menyindir PKR berhubung hasrat parti itu mahukan lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk ditandingi tetapi menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) perlu meletakkan calon yang benar-benar "berpengaruh dan layak" untuk membawa kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kita kena kaji dari segi politik, nak menang dengan rakyat, dan dengan jentera parti.

"Oleh sebab itu, kita hendak meletakkan calon, kita akan melihat jentera parti, cawangan-cawangan parti dan kita kena lihat pengaruh calon mendaftar di kawasan itu," kata beliau ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini, hari ini.

Abdul Hadi mengulas mengenai hasrat PKR Terengganu baru-baru ini, bahawa ia mahu bertanding di 11 bahagian Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi Parlimen pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mengumumkan hasrat untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri dan tiga kerusi Parlimen dalam PRU13 dan hal tersebut dikatakan telah disepakati PKR peringkat negeri.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Besar Terengganu ini berkata, dalam menghadapi pilihan raya, parti mesti meletakkan calon yang ada pengaruh, bukan setakat menurunkan calon-calon yang dikategorikan sebagai mereka dari 'Somalia'.

"Mesti hendak calon yang ada berpengaruh, kita tidak boleh ambil calon dari Somalia untuk bertanding di sini, tak boleh.
"Kita ambil ambil calon tempatan yang ada pengaruhnya, yang partinya ada jenteranya, bagi yang tidak ada jenteranya tidak boleh berjalan," kata beliau.

Pada PRU12, PKR meletakkan beberapa calon dari luar Terengganu. Pas dan PKR merupakan komponen PR. Satu lagi komponen ialah DAP.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan bahawa soal meletakkan calon bertanding pada PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan Jun ini, akan berdasarkan kepada keperluan kawasan masing-masing.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada Pas sudah menentukan calon-calon yang akan bertanding kali ini, Abdul Hadi berkata, Pas ada menerima beberapa nama bakal calon dari beberapa tempat, dari seluruh negara dan akan memutuskan calon terbaik, yang dapat memberi kemenangan, sekali gus memikul amanah.

Sehingga kini menurutnya, kerusi Pas adalah terbanyak ditentukan dalam Pakatan Rakyat.

"Dalam pilihan raya 2008 pun Pas tumpu negeri. Pas dapat 82 kerusi, Keadilan 40 kerusi menang, DAP 70 kerusi dan Pas memimpin tiga buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Perak, DAP memimpin Pulau Pinang dan Keadilan memimpin Selangor," katanya.

Beliau kemudiannya menegaskan, apa yang paling penting dalam PR adalah dapat melaksanakan mesej diperjuangkan dan tidak menjadi masalah bagi Pas jika calon PKR Terengganu bertanding di negeri itu sekiranya calon terbabit didapati layak.

Terkejut putih telur berwarna biru

Posted: 23 Mar 2012 04:51 PM PDT

RAIHAM MOHD SANUSI

telur terengganu

KERTEH – Selera sebuah keluarga di Taman Indah Permai, Kampung Baru Kerteh di sini, kelmarin untuk menjamah hidangan tengah hari terjejas selepas telur yang direbus bertukar menjadi warna biru pada bahagian putih telurnya, dipercayai telur tiruan.

Mohd Yusof Abdul Aziz, 48, yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkata, dua biji telur yang dimasak isterinya, Sharah Shahernie Shafie juga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Katanya, telur yang telah direbus dikupas kulit dengan setiap biji telur dibelah dua untuk ditumis, sebelum isterinya terkejut apabila melihat bahagian putih pada telur terbabit bertukar menjadi warna biru dan terdapat tompokan seperti dakwat biru di tengah-tengah bahagian putih telur itu serta kuning telurnya juga berwarna agak pekat.

"Seumur hidup, inilah pertama kali saya lihat putih telur berwarna biru. Terkejut saya apabila melihat keadaan putih telur berubah warna sebegini.

"Dua biji telur ini adalah antara 10 biji telur dalam satu bungkusan kotak telur plastik, yang saya beli (malam Rabu lalu) di sebuah pasar raya di Paka, Dungun. Tarikh luput telur yang tertera pada bungkusan juga masih jauh dan ia masih boleh dimakan. Itu menyebabkan saya pelik," katanya ketika ditemui di rumahnya kelmarin.

Sejurus melihat keanehan pada dua telur tersebut, Mohd Yusof segera memeriksa lapan lagi telur yang tinggal dan mendapati salah sebiji daripadanya berbentuk agak ganjil dengan saiznya lebih besar daripada telur lain.

Menurutnya, pada ruang tengah kulit ayam tersebut licin seolah-olah dilakukan penyambungan pada bahagian luaran kulit telur tersebut manakala pada kotak plastik telur terbabit tertera telur berkenaan dikeluarkan di Melaka.

"Kemungkinan juga telur tiruan dicampurkan bersama telur tulen bagi mengelakkan ia disedari. Kalau dua telur tadi digoreng mungkin kami sekeluarga tidak sedar akan keganjilan pada dua biji telur itu.

Mohd Yusof dan isteri serta anak-anak kemudiannya hanya makan nasi berlaukkan kicap bagi mengalas perut kerana sudah hilang selera makan.

"Jadi saya sebagai pengguna merasa sangat dukacita dengan perkara ini kerana jika benar ia telur tiruan ia boleh membahayakan nyawa pengguna.

"Pengguna lain juga perlu berhati-hati ketika membeli telur bagi mengelakkan ditipu dan diharap pembekal juga tidak mementingkan keuntungan sahaja," katanya.

Panas: Kehilangan Memalukan Di Pahang, Modus Operandi Dan Strategi Sama Amat Mencurigakan!

Posted: 23 Mar 2012 04:36 PM PDT

PAHANG DAILY


Apa sudah jadi agaknya dengan anak-anak remaja di negeri Pahang ini?. Sungguh memalukan dan menyusahkan pihak berkuasa dengan sikap dan perangai mereka. Baru saja kita dikejutkan dengan kehilangan adik Siti Nur Fatihah Mahadi dari Taman Tas Kuantan yang kononnya telah diculik ketika membeli kad tambah nilai prabayar berhampiran kawasan rumahnya. Tiba-tiba esoknya, satu lagi kejadian memalukan berlaku lagi di negeri ini.

Modus operandinya tetap sama iaitu hilang ketika membeli kad tambah nilai prabayar. Kejadian kedua pada Isnin itu membabitkan adik Nornabila Mat Yaakob dari Taman Koperasi, Jerantut. Apa yang menghairankan kita ialah kedua-duanya berusia 15 tahun, hilang ketika membeli kad tambah nilai prabayar dan kemudiannya dijumpai bersama teman lelaki masing-masing.

Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong Pekan petang kelmarin. Sementara itu Nornabila pula di temui bersama teman lelakinya di Kuantan malam tadi.

Apa yang memusykilkan dalam kes ini, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan dan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa?. Mahu disalahkan keluarga masing-masing, pasti mereka tidak tahu kehilangan tersebut kerana anak masing-masing ke kedai untuk membeli kad tambah nilai prabayar.

Soalnya sekarang, apakah kehilangan adik Nur Fatihah dan Nornabila ini mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Tambah memusykilkan, adik Nornabila dipercayai telah ditemui bersama teman lelakinya di sebuah kedai serbaneka di Taman Tas Kuantan iaitu lokasi tempat tinggal adik Nur Fatihah.

Apakah kehilangan ini disengajakan untuk mencari publisiti murahan atau masing-masing mahu popular kerana kisah dan gambar-gambar mereka akan disiarkan di dalam media arus perdana?.

[Justeru, pihak polis digesa membuat siasatan yang rapi terhadap dua kes kehilangan yang cukup memalukan ini. Kita tidak mahu sampai satu tahap, rakyat tidak akan percaya lagi dengan kes kehilangan yang benar-benar terjadi. Semuanya gara-gara kehilangan yang tidak bertanggungjawab seperti ini.

Ibu bapa digesa memainkan peranan lebih tegas untuk memantau pergerakan anak-anak mereka selepas ini. Kita tidak mahu ada pihak yang cuba mencari kesempatan untuk menjadikan mereka terkenal dengan merancang kehilangan, walhal mereka sebenarnya mengikut teman lelaki masing-masing.

Apakah, ini caranya akhlak remaja kita hari ini. Pihak berkuasa agama juga harus memainkan peranan untuk lebih memberikan penekanan terhadap kehidupan beragama kepada para pelajar kita.

Jika tidak, maka masa depan mereka akan lebih rosak selepas ini. Bayangkan, pelajar 15 tahun sanggup mengikut teman lelaki berumur 26 tahun?. Maka, apakah kita yakin pelajar terbabit selamat atau sebaliknya?. Selamatkan anak remaja kita!].

Tiada ulasan: