Sabtu, 17 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sidang DUN Terakhir Sebelum PRU-13 Lebih Panas!

Posted: 17 Mar 2012 04:24 AM PDT

Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU - Persidangan dewan Undangan Negeri Terengganu (sidang DUN) akan diadakan bermula pada Isnin 23 April dan berakhir pada Khamis 26 April, 2012, sekiranya parlimen tidak dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut pihak Dewan undangan Negeri telah pun menghantar surat dan meminta para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menghantar soalan-soalan untuk dikemukan pada sidang tersebut.

Katanya, ia merupakan sidang DUN terakhir, sekiranya pembubaran parlimen sebagaimana dijangka pada bulan Mei akan datang.

"Kita telah pun berbincang berkenaan soalan-soalan yang akan dikemukakan, insyaAllah, kita harap pihak Umno dan BN 'gentlemen' tidak menolak soalan-soalan sebagaimana dalam sidang-sidang DUN yang lalu,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal (DUN) PAS Terengganu yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS hari ini, 17 Mac.

Apabila ditanya adakah sidang DUN terakhir ini akan menjadi lebih 'panas' berbanding sidang-sidang yang lalu, beliau berkata ia bergantung kepada samada phak kerajaan jujur atau tidak dalam menjawab persoalan yang dikemukakan.

"kalau dia main 'mengelat' tolak soalan, tak mahu jawab, rakyat akan menilai mereka dan saat hampir PRU-13 ini, ia sangat penting kepada rakyat,"jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata Parlimen Malaysia juga sedang bersidang yang bermula pada 12 Mac lalu dan akan berakhir pada 12 April depan.

Mampukah Umno Tawan Lapan Kerusi Parlimen Kelantan

Posted: 17 Mar 2012 03:21 AM PDT

MSO


Telah
menjadi pengetahun umum Umno Kelantan mensasarkan lapan kerusi parlimen termasuk yang dimiliki sekarang ini dalam pilihan raya umum akan datang.

Kerusi-kerusi yang menjadi sasaran Umno dan tumpuan kerja sedang diperkuatkan, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Ketereh dan Bachok. Dua kerusi lagi yang dimiliki sekarang Gua Musang dan Jeli.

Umno seakan sudah yakin kerusi Gua Musang dan Jeli berada dalam tangan mereka. Ketokohan penyadang kerusi Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (foto) menjadi modal tunai dan keyakinan itu kepada Umno.

Namun kerusi Gua Musang bagaimana pun masih di persimpangan dan menjadi teka teki. Sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah dinafikan untuk bertanding atas tikit BN, lebih 100 peratus kerusi Gua Musang tidak akan menjadi milik Umno lagi. Ada usaha oleh pemimpin budak-budak di Gua Musang yang tidak mahu Tengku Razaleigh bertanding atas tikit Umno dan mahu anak raja itu nyah dari parti Melayu yang dikaguminya itu.

Sekiranya pemimpin Umno Kuala Lumpur terikut-ikut dengan angin tohor dan politik 'anak kucing lembek tengkuk' dengan desakan budak-budak itu ia bakal memberi naas dan mimpi buruk buat Umno Kelantan. Mungkin untuk pertama kalinya Umno akan kehilangan kerusi teras dan keramat mereka di Gua Musang. Catatan: sejak kerusi parlimen itu wujud (dulunya atas nama Hulu Kelantan) ia tidak pernah dirasai oleh Pas atau mana-mana parti kecuali Umno.

Berbeza dengan Jeli yang kini disandang oleh Mustapa Mohamed, dengan gerak kerja, penambahan pengundi mendadak di Jeli khususnya dari kalangan tentera, Mustapa dijangka dengan senang akan memenangi kerusi berkenaan.

Pun begitu Mustapa tentu tidak dapat duduk diam sehingga selesai hari mengundi kerana beliau pernah tewas di Jeli pada tahun 1999, dikalah oleh Apandi Mohamad. Air yang tenang jangan mudah disangka tiada buaya. Mustapa tidak pernah melupai ini dan kekalahannya kepada Apandi itulah menyebabkan beliau terus menjadikan Jeli sebagai kampung halaman dan bandar metropoliton utamanya berbanding kampung asal Bachok.

Kenapa tidak, walaupun dia menginap dan tidur di Bukit Tunku, Kuala Lumpur - rumah kediaman rasmi, tetapi hati dan jiwanya tetap di Jeli.

Atas kertas sehingga hari ini Jeli menjadi kerusi denak bagi Umno seperti Pengkalan Chepa, dan Kubang Kerian yang menjadi kerusi denak buat Pas. Menurut nisbah (modal) hari ini 2 : 1. Dua untuk Pas dan satu untuk BN.

Dan sekiranya kedua-dua kerusi ini Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian juga akan dirampas Umno, ini bermakna seluruh kerusi parlimen dan state di Kelantan akan jatuh ke tangan Umno. Boleh jadi Umno akan menyapu bersih kesemua kerusi parlimen dan state mengulangi peristiwa 1990 yang dicatat Pas - Semangat 46. Tetapi ia sangat mustahil.

Bagaimana pun kelebihan tetap kepada Pas, di mana Pas mempunyai peluang 55 peratus berbanding Umno di kerusi; Kota Bharu, Rantau Panjang, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai serta Pasir Puteh. Yang menjadi masalah kepada Pas yang bergabung dengan Pakatan Rakyat ialah kedudukan tiga buah kerusi dimiliki PKR, Tanah Merah, Ketereh dan Machang.

Peluang PKR untuk mengekalkan kerusi-kerusi ini pada masa ini di bawah 49 peratus. Ketiga-tiga kerusi inilah yang menjadi tumpuan utama Umno. Umno sangat berharap sekiranya mereka dapat merampas kerusi PKR ini jikapun gagal memerintah Kelantan ia sudah satu kejayaan kubra, kerana kerusi itu akan dapat menimbus beberapa kerusi yang bakal hilang di Johor, Pahang, Negeri Sembilan serta Sarawak.

Sebenarnya Umno lebih obses untuk merampas tiga kerusi berkenaan disamping mengekalkan dua kerusi yang sedia ada daripada merampas Kelantan. Hakikatnya Umno memerlukan enam hingga lapan daripada 14 kerusi parlimen dan Umno lebih rela melepas Kelantan kepada Pas daripada kehilangan kerajaan Persekutuan.

Apakah asas menyebabkan Umno yakin akan berjaya mengambil alih tiga kerusi milik PKR itu? Ada beberapa faktor dalaman dan luar yang membantu Umno. Antaranya ialah organisasi PKR itu sendiri lemah. Selama ini pun jentera pilihan raya Pas yang membantu PKR. Tanpa Pas PKR tidak dapat berbuat apa-apa. Pas Kawan Rapat (PKR).

Selain itu ketandusan PKR mempunyai ramai pemimpin menjadi penyebabnya. PKR Kelantan hidup seolah 'bawang dalam leka' di mana ia berakar tetapi akar tidak sampai ke bumi. Ditambah pula dengan kelemahan keseluruhan PKR itu sendiri termasuk di peringkat nasional. Tidak ada plan atau startegi khas yang diilhamkan oleh PKR pusat bagaimana untuk PKR Kelantan menyuburkan diri. Dalam kata lain PKR Kuala Lumpur tidak berbuat apa-apa untuk menambah hebat PKR Kelantan.

Pas pula hanya membantu dalam menggerakkan jentera pilihan raya atau memberi jentera mereka membantu calon PKR semasa pilihan raya. Bantuan secara menyeluruh di luar pilihan raya termasuk sama-sama berikhtiar untuk mempertahankan Kelantan dengan cara memberi keyakinan dan peluang berpatisipasi dalam jentera pilihan raya kepada PKR tidak begitu kelihatan dan serius.

Padahal dalam kawasan di mana ada kerusi ditandingi PKR, Pas sepatutnya bersepakat membentuk jentera bersama. Sayang sikap nafsu nafsi (individualistik) masih berlaku dalam hal ini. Selalu kendengaran alasan diberikan PKR tidak ada ahli dan tidak banyak cawangan. Soalnya macam mana parti itu untuk mendapat ahli kalau tiada bantu dan diajak kerjasama. Lainlah kalau pemimpin PKR seperti Dr Wan Suhaimi Wan Daud di Pasir Mas yang aktif memugarkan PKR siang malam tanpa mempedulikan apa orang kata dan mengharap pujian.

Faktor-faktor lain ialah tokoh yang akan dikemukakan oleh PKR dalam pilihan raya akan datang menjadi faktor kenapa Umno berharap sangat akan merampas tiga kerusi parlimen itu. Di parlimen Machang khabarnya Saifuddin Nasution Ismail tidak lagi akan bertanding di situ. Beliau akan dihantar pulang ke Kedah untuk bertanding di Kulim-Bandar Baru kemudian memimpin PKR Kedah.

Peninggalan Saifuddin satu kekosongan buat PKR. Umno sudah menghitung kekosongan ini akan memberi peluang kepadanya. PKR tiada calon berkelayakan dan berpengaruh di Machang mengganti tempat Saifuddin. Keadaan inilah menyebabkan Umno optimis mereka akan dapat merampas kerusi Machang.

Demikian juga di Tanah Merah, kedudukan ahli parlimen, Amran Abdul Ghani dikatakan kurang bertenaga dan tidak berkeupayaan untuk mengekalkan kerusi Tanah Merah. Kekurangan pengalaman dan sebagai orang politik baru menyebabkan Amran kurang berjaya menonjolkan dirinya sebagai pemimpin berpengaruh dan bervisi di Tanah Merah.

Keadaan ini menyulitkan lagi apabila ada perebutan sesama sendiri. Tidak semua ahli PKR Tanah Merah berada di belakang Amran. PKR di Tanah Merah berpecah lebih dari dua firkah. Dalam pada itu ada pula unsur-usnur cuba mengkhianti kedudukan Amran bila mana ada usaha untuk menyingkirkan Amran dan diganti dengan muka baru (sebenarnya muka lama dah tidak laku lagi) tertentu.

Gerak kerja memburuk Amran supaya ia tidak dipilih menjadi calon sedang dilaksanakan penuh tektikal. Satu laporan mengenai pencapaian beliau katanya sudah berada di tangan penasihat parti. Amran dirumuskan sebagai calon yang berpotensi untuk kalah. Tidak menjadi masalah kalau Amran hendak ditukar atau dirihatkan tetapi lakulah dengan penuh berhikmah dan tidak mengemukakan laporan yang diambil di warung kopi sebelah kiri landasan kereta api sahaja.

Dibimbangkan calon yang berminat hendak kerusi Tanah Merah itu akan mengalami kekalahan lebih besar dari Amran kalau dia diberi peluang tanpa membuat persiapan rapi dan persefahaman dengan Amran. Iya, Amran mungkin kecil dan dianggap mentah, tetapi si mentah inilah yang sanggup menggadaikan diri untuk menjaga maruah PKR dalam pilhan raya 2008 dulu. Kalau diharapkan kepada orang dewasa, tokoh perniagaan hebat awal-awal lagi menolak kerana kurang yakin dia akan menang.

Sesuatu budi dan pengorbanan besar Amran yang tidak diketahui ramai ialah apabila beliau menolak tawaran jutaan ringgit agar meninggalkan PKR. Ini adalah pengorbanan besar Amran. Kalau beliau terpesil dengan wang ringgit sudah tentu dia akan menyeberang pengkalan.

Demikian halnya kerusi Ketereh. Kedudukan Abdul Aziz Kadir (foto) kini tidak seselesa tahun 2008. Setelah tiga tahun lebih jadi wakil rakyat, rakyat sudah dapat melihat Aziz luar dan dalam. Orang sudah mengenali senyum dan tawanya. Sejauh mana keupayaan Aziz sudah dapat dinilai oleh rakyat. Sekiranya Aziz tidak mengambil tindakan segera membaiki beberapa kecacatan kecil yang ada, kerusi Ketereh dalam bahaya. Aziz walaupun dia adalah Pengerusi PKR Kelantan tetapi pembawaannya tidak lebih sebagai ahli jawatan kuasa surau sahaja. Tidak agresif.

Nasib Aziz bergantung kepada keadaan. Sekiraknya Umno terus meletakkan Annuar Musa untuk berhadapan dengan Aziz, kerusi itu masih selamat. Tetapi apakah Mustapa Mohamed akan teruja dengan pencapaian Annuar dalam bolasepak untuk dijadikan sandaran Umno di Ketereh? Kalau jawabnya ia, insyaAllah Aziz masih mampu berdepan dengan bekas menteri yang pernah disiasat SPRM itu. Dalam konteks Annuar di Ketereh rakyat tidak melihat kejayaan duniawi beliau tetapi rakyat lebih melihat dosa peribadi dan syaksiah pengerusi KADA itu sendiri.

Dari sudut ini walaupun Aziz tidak sepengalaman Annuar pernah menjadi menteri tetapi tidak banyak membantu Kelantan, tetapi Aziz mendahului Annuar dari soal keperibadian dan syaksiah ini. Peribadi Aziz jauh lebih baik dari peribadi Annuar Musa. Aziz tidak pernah dilibatkan dengan apa-apa skadal dan siasatan pihak berkuasa. Tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana wanita termasuk isteri orang. Kalau bertanding untuk mendapatkan peribadi yang baik Aziz akan menang.

Soal besarnya kini, apakah persoalan yang disebut tadi dapat diatasi oleh PKR di ketiga-tiga kerusi itu tadi? Kalau PKR gagal; gagal meletakkan calon sama hebat dengan Saifuddin di Machang, gagal meletakkan calon lebih baik dari Amran di Tanah Merah, dan Aziz kalau gagal memperbaiki kelemahan kecil yang ada dalam masa tersisa, ini bermakna apa diidam-idamkan BN untuk merampas ketiga-tiga kerusi itu akan menjadi kenyataan.

Adapun kerusi-kerusi lain peluangnya seperti dinyatakan di atas tadi. Tetapi Pas juga tidak perlu beriba tangan kerana di antara kerusi yang dimiliki sekarang ada yang boleh bertukar tangan kepada BN kalau percaturan dan calon diturunkan tidak selayaknya. Kerusi-kerusi Pas dalam bahaya ialah, Bachok, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Rakyat `buta’ tarikh pilihan raya umum ke 13

Posted: 17 Mar 2012 03:10 AM PDT

Bagaimanapun, mereka sependapat petunjuk bahawa Parlimen akan dibubarkan semakin jelaa kelihatan.



PETALING JAYA: Kalangan rakyat sukar meramalkan tarikh pilihan raya umum walaupun sedar ia akan diadakan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, mereka sependapat petunjuk bahawa Parlimen akan dibubarkan semakin jelas kelihatan.

Kontraktor, Halizi Abu Bakar berkata, tranformasi Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mencapai kemuncak.

"Pasaran saham negara kini mencecah 1. 500 dan terus meningkat. Ini bermakna dalam tempoh sebulan dua lagi ia akan mencapai 1.600′
"Bila mencapai tahap itu, ia masa yang paling baik untuk membubarkan Parlimen," katanya.

NGO Pendidikan – Gagasan – meramalkan pilihan raya umum ke 13 apabila BN telah melaksanakan janji-janji pilihan raya lalu.

Manakala di peringkat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, DUN dibubarkan setelah mereka melaksanakan janji.

Pemimpin Umno Kelantan, Che Johan Che Pa berkata, sukar untuk meramalkan tarikh pilihan raya umum 13.

Bulan Mei?

"Apa yang berlaku dan yang dilakukan kerajaan bukan jaminan pilihan raya akan diadakan segera," katanya.

Pemandu lori pasir, S Priya meramalkan pilihan raya akan diadakan bulan Mei ini.

Katanya, petunjuk itu ialah pemberian bantuan RM500 kepada rakyat tetapi adakah mereka akan meyokong BN.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, kerajaan memberi bantuan kewangan sedemikian banyak kepada rakyat," tambah beliau.

Pekerja binaan, Fandi Anuar pula berkata, pilihan raya akan diadakan setelah BN merasakan mereka akan menang.

Beliau menambah, memandangkan kerajaan sedang menghabiskan wang untuk rakyat, pilihan raya ke 13 akan diadakan tidak lama lagi.

"Petunjuknya sudah ada cuma belum diumumkan sahaja," kata beliau.

Najib, orang nombor satu Umno parti yang memerintah sejak merdeka berulangkali mengatakan pilihan raya umum sudah dekat.

Program turun padang ke seluruh negara menguatkan dakwaan bahawa tarikhnya semakin hampir.

MINGGU DEPAN: Ringgit dijangka rendah

Posted: 17 Mar 2012 03:08 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR -- Ringgit dijangka mengikut aliran menurun berbanding dolar AS minggu depan, kata para peniaga.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran bagi dolar Amerika meningkat, dirangsang oleh data ekonomi AS yangbertambah baik yang dikeluarkan seminggu sebelumnya, disertai prospek positif Rizab Persekutuan bagi ekonomi terbesar dunia itu.

"Pasaran juga positif terhadap angka keluaran perindustrian dan inflasi AS yang akan baik bagi dolar," katanya.

Seorang lagi peniaga berkata dolar Amerika menjadi lebih menarik dan terus mencatatkan kenaikan dengan keyakinan yang semakin meningkat terhadap ekonomi Amerika dan ini memberi tekanan terhadap ringgit.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit menyaksikan pergerakan bercampur-campur.

Ia memulakan minggu dengan lebih tinggi dan susut daripada Rabu dan seterusnya disebabkan oleh pemulihan ekonomi AS yang lebih teguh dan pengukuhan dalam dolar.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 3.0560/0590 daripada 3.0060/0090 minggu lepas dan turun berbanding dolar Singapura kepada 2.4206/4232 daripada 2.3964/4007 sebelumnya.

Ia turun berbanding pound British pada 4.8059/8115 daripada 4.7483/7539 minggu lepas dan turun berbanding euro kepada 3.9924/9972 daripada 3.9724/9767.

Unit tempatan, bagaimanapun naik berbanding yen kepada 3.6494/6534 daripada 3.6757/6821 sebelumnya.- BERNAMA

Guna Saluran Betul Kritik Umno, Kata Abdullah

Posted: 17 Mar 2012 03:06 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KEPALA BATAS -- Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan veteran Umno menggunakan saluran betul mengkritik parti daripada membuatnya secara terbuka demi menjaga imej parti itu.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata tindakan segelintir veteran parti mengkritik Umno secara terbuka perlu segera dihentikan kerana ia akan menimbulkan perbalahan antara anggota parti.

"Tidak salah jika veteran Umno mahu memberi pendapat terhadap pimpinan tertinggi atau parti namun ia haruslah dibuat dengan niat mahu memberi kebaikan dan bukannya merosakkan imej parti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Seberang Perai Utara (SPU), di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir vateran Umno yang dilihat lantang mengkritik parti secara terbuka.

Katanya, sikap buruk seperti perang mulut dan saling menunding jari antara satu sama lain dalam Umno perlu dielakkan kerana boleh menyusah dan menimbulkan perbalahan sesama anggota seterusnya memberi gambaran buruk kepada rakyat.

"Kalau ada pandangan beritahu kepada pemimpin Umno dalam majlis-majlis parti atau bawa kepada jawatankuasa parti sama ada di peringkat bahagian atau cawangan atau tulis surat kepada majlis tertinggi.

"Jangan menghina dan mengkritik parti kita (Umno) kerana kita mahu Umno menang dalam pilihan raya akan datang. Kalau ahli sendiri memburukkan parti ia boleh merosakkan imej Umno," katanya.

Abdullah berkata pimpinan Umno boleh bertemu dan berbincang dengan golongan veteran parti bagi mendengar sendiri masalah dan pandangan golongan tersebut terhadap parti.

"Tidak salah kalau pemimpin Umno juga turun padang dan mendengar sendiri pendapat golongan veteran ini kerana kadangkala pandangan mereka boleh digunakan oleh parti," katanya.

Ketika mengulas konsep negara kebajikan sebagaimana diamalkan di negara maju yang memberi bantuan sepenuhnya kepada golongan tidak berkemampuan dan kurang upaya, Abdullah berkata Malaysia mempunyai pendekatan tersendiri dalam merencana pembangunan dan kebajikan rakyatnya.

Katanya, konsep kebajikan produktif yang dibuat kerajaan ketika ini dengan memberi bantuan kepada rakyat sebagai galakan untuk mereka menambah nilai dan pendapatan hasil bantuan yang diberikan kerajaan, dilihat lebih membantu rakyat berdikari memajukan diri.

"Saya yakin kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pendekatan tersendiri menghadapi masalah berkaitan kebajikan. Kerajaan kita sentiasa berusaha menambah program yang dirancangkan," katanya.

Terdahulu, Abdullah yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (Mayang) SPU, dalam ucapannya berkata kerajaan memperuntukkan RM12 juta menyalurkan kepada 4,768 penerima bantuan JKM di daerah itu tahun ini. BERNAMA

Himpunan Hijau kedua 14 April

Posted: 17 Mar 2012 03:03 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Solidariti Semalaysia Himpunan Hijau merancang satu himpunan besar-besaran di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak bagi membantah projek memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang, 14 April ini.

Himpunan yang diadakan secara serentak itu akan bermula selepas solat Jumaat, mengikut lokasi-lokasi yang akan ditetapkan kelak.

Namun, himpunan utamanya akan diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, di mana sebelum itu para peserta akan berarak dari Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata tujuan himpunan itu diadakan bagi menunjukkan komitmen rakyat di seluruh negara bahawa isu Lynas bukan merupakan isu rakyat Pahang semata-mata.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, lokasi perhimpunan bagi negeri-negeri lain akan diumumkan kemudian selepas membuat perbincangan lanjut dengan NGO-NGO anti Lynas di peringkat negeri masing-masing.

Dalam pada itu, beliau melahirkan kekesalan apabila terdapat beberapa pemimpin BN yang mengatakan isu Lynas ini merupakan isu penduduk Pahang dan orang Cina.

"Pandangan saya, isu ini bukan hanya melibatkan penduduk Pahang, dan juga masyarakat Cina tetapi turut membabitkan seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum.

"Ia soal kesihatan rakyat, dan ada kes menunjukkan projek seumpama ini memberi kesan kepada rakyat seperti di Bukit Merah, Perak dan beberapa kawasan lain di seluruh negara," tegas beliau ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai turun beramai-ramai bagi menyertai himpunan aman tersebut sebagai satu langkah sokongan terhadap usaha membantah pembinaan Lynas dan projek-projek lan seumpamanya di negara ini.

Pada 26 Feb lalu, satu himpunan besar-besaran berjaya diadakan di Padang MPK, Kuantan dengan penyertaan puluhan ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Selain di Kuantan, bantahan tersebut juga diadakan serentak di Pulau Pinang, Sarawak, Perak dan Kuala Lumpur.-harakahdaily

Gaji baru, upah lebih masa amah Indonesia menjadi masalah

Posted: 17 Mar 2012 02:59 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Perjanjian baru untuk kerja, gaji dan upah lebih masa amah Indonesia telah dibantah oleh beberapa kumpulan di Malaysia, megikut laporan media tempatan.

Majlis Belia Malaysia (MBM) meminta kerajaan agar menilai kembali keputusan berkenaan amah dari Indonesia hanya melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700 sebulan.

Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata ketetapan tersebut akan menimbulkan kesukaran dan membebankan pihak majikan di Negara ini.

"MBM melihat hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia seperti berat sebelah dan banyak menguntungkan amah, sebaliknya membebankan pihak majikan.

"Dalam tempoh jangka panjang, MBM berharap kerajaan dapat mengambil inisiatif bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja Indonesia," katanya dalam kenyataan semalam yang dipetik dari Bernama Online.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk beralih kebergantungan pembantu rumah dari Indonesia kepada negara-negara lain yang bersesuaian dan tidak mengenakan syarat ketat.

Utusan Malaysia juga melaporkan bahawa penetapan supaya amah dari Indonesia melakukan hanya satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji minimum RM700 bukan sahaja tidak adil malah membebankan majikan.

Presiden Majikan Amah Malaysia (Mama), Engku Fauzi Engku Muhsein berkata, penetapan itu juga akan menyebabkan pembaziran tenaga yang serius jika dilaksanakan.

"Kami terkejut dengan keputusan yang tidak masuk akal ini. Adakah majikan perlu menggaji sehingga tiga atau empat amah untuk menjalankan tugas memasak, mengasuh bayi dan mengemas rumah?'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman, semalam yang mendakwa penetapan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia.

Dari Jakarta, Bernama melaporkan Majikan Malaysia perlu membayar upah lebih masa RM27 sehari bekerja jika memerlukan khidmat pembantu rumah Indonesia pada hari cuti rehat mingguan mereka.

Jika mereka bekerja penuh sebulan tanpa mengambil cuti mingguan, bererti majikan perlu membayar upah lebih masa berjumlah RM108, sebagai tambahan kepada gaji bulanan mereka. kata Dr Reyna.

Beliau berkata mesyuarat Pasukan Petugas Bersama (JTF) Indonesia dan Malaysia menetapkan tangga gaji pembantu rumah Indonesia antara RM600 dan RM800 sebulan namun JFT Indonesia tetap berjuang menetapkan upah minimum RM700.

Dalam satu temu ramah dengan media Malaysia di sini, Reyna berkata pembantu rumah Indonesia yang akan mula dikirim ke Malaysia bulan depan akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.

Sebagai contoh jika seorang pembantu rumah digaji sebagai pengasuh bayi, tugasnya hanyalah mengasuh bayi dan tidak melakukan kerja-kerja rumah yang lain.

Kesepakatan JTF menetapkan bahawa amah Indonesia mesti mengikut latihan kemahiran dalam empat bidang iaitu memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah.

Sebelum dihantar ke Malaysia, pembantu rumah terbabit diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama 200 jam yang mengambil masa 21 hari.

PRU13: Ramai pemerhati ramal bulan Jun

Posted: 17 Mar 2012 02:57 AM PDT

Bila tarikh Parlimen akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan terus menjadi topik perbincangan dan bahan spekulasi menarik banyak pihak.

Baru-baru ini apabila Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke Sabah, beliau mengadakan satu perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional Sabah.

Seorang pemimpin yang ditemui pemberita berkata Perdana Menteri mengingatkan bahawa pilihan raya semakin dekat.

Bagi anggota parti sama ada Umno atau parti komponen Barisan Nasional (BN), kata-kata Najib yang juga Pengerusi BN sebenarnya lebih berupa peringatan kepada jentera parti BN di Sabah dan juga negeri-negeri lain supaya bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa pun.

Namun ungkapan 'semakin dekat' itu jelas memberi isyarat pilihan raya umum bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Bahkan dalam kalangan rakyat cakap-cakap mengenai pilihan raya umum ke-13 kini menjadi perbualan harian apatah lagi bila pemimpin negara semakin kerap turun padang ke merata pelosok negeri bertemu rakyat.

Menurut pemerhati politik ada beberapa fakta mungkin memberi petanda bahawa kemungkinan besar Parlimen dibubarkan pada Mei atau Jun, dan seterusnya dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran satu pilihan raya umum diadakan.

Pemerhati politik menggariskan beberapa fakta kebarangkalian bagi menyokong telahan mereka bahawa Mei atau Jun bakal menyaksikan pilihan raya umum ke-13 Malaysia diadakan.

Fakta pertama ialah terungkainya kemelut gaji baru penjawat awam dengan pengumuman Najib pada 8 Mac lepas bahawa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Kemelut ini sangat penting diselesaikan terlebih dahulu kerana penjawat awam bukan membabitkan jumlah yang kecil, tetapi kira-kira 1.4 juta orang di seluruh negara, yang memainkan peranan penting untuk melaksana dan menjayakan pelbagai dasar transformasi dan penambahbaikan yang dilakukan kerajaan untuk rakyat.

Fakta kedua menurut pemerhati politik adalah Perdana Menteri dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, secara mantap dan terancang menjelajah ke seluruh negara setiap hujung minggu untuk bertemu rakyat, seperti yang dijanjikan pada satu sidang akhbar sebaik Perhimpunan Agung Umno 2010 tamat.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan juga semakin galak mahu semua jentera pilihan raya BN khususnya Umno bergerak pada kelajuan 'gear lima' bagi menghadapi pilihan raya umum yang 'semakin dekat' ini.

Beliau dipetik sebagai berkata pilihan raya jarang-jarang melebihi empat tahun lebih, oleh itu ia mungkin tinggal satu, dua, tiga, empat atau lima bulan sahaja lagi.

Fakta bahawa pilihan raya hanya dilakukan selepas tempoh mandat kerajaan berakhir juga sangat jarang-jarang berlaku. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada 28 April 2013.

Fakta ketiga, Umno juga awal-awal lagi sudah menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan, iaitu sehingga September 2013, dari tarikh kali terakhir diadakan pada Mac 2009, bagi mengukuhkan parti dan mengelakkan pergelutan jawatan di dalam parti demi untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mantap dan sepadu.

Fakta keempat, yang juga petanda positif pilihan raya Mei atau Jun adalah ekonomi Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk meneruskan kemajuan pada 2012 seperti laporan Oxford Business Group (OBG), firma penerbitan, penyelidikan dan perundingan risikan ekonomi global.

Laporan itu menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia meningkat, inflasi terkawal dan sektor kewangan teguh. Menurut laporan itu hasil prestasi kukuh di kebanyakan sektor ekonomi dalam tempoh 12 bulan lalu, Malaysia dijangka dapat mencapai prestasi lebih baik dalam 2012.

Fakta seterusnya tertumpu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat banyak pemerhati sebagai telah memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Perdana Menteri tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangannya ke Dewan Rakyat pada April.

Sebagai persediaan awal, SPR sudah menjelajah ke seluruh negara untuk memberi taklimat kepada para petugas pilihan raya.

Seorang petugas yang dilantik SPR memberitahu Bernama bahawa pegawai SPR menyatakan sekiranya pilihan raya tidak diadakan dalam masa terdekat, satu lagi taklimat akan diberikan untuk melancarkan operasi dalam sistem pilihan raya kelak.

Pemimpin parti-parti politik terutamanya pembangkang dilihat sudah lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 ialah awal Jun pada cuti sekolah.

"Ini kerana perbahasan Parlimen kali ini akan membentangkan beberapa rang undang-undang penting seperti pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memang telah dijanjikan pada persidangan kali ini," katanya.

Katanya sekiranya pilihan raya tidak diadakan Jun ini, mungkin Perdana Menteri akan menunggu sehingga tamat penggal ke-12 mandat kerajaan pada tahun depan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula berkata tiada masalah untuk mengadakan perasmian persidangan Parlimen yang baru selepas pilihan raya umum walaupun perasmian baru sahaja disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 12 Mac lepas.

"Apa sahaja yang belum habis, Rang Undang-undang yang dibentangkan, usul dan sebagainya boleh dibawa ke persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang baru untuk dihabiskan, jadi tidak timbul masalah," katanya kepada Bernama. Bernama

Ku Nan: Lembaga disiplin kumpul bukti isu Kadir

Posted: 17 Mar 2012 02:56 AM PDT

MALAYSIA KINI
Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung isu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang dilapor mendakwa BN membayar pengundi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu dalam pilihan raya umum lepas.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata siasatan dibuat bagi memastikan sama ada benar atau tidak veteran Umno itu mengeluarkan kenyataan tersebut.

"...kalau betul kita (lembaga disiplin) akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya hari ini.

Tengku Adnan diminta mengulas mengenai laporan media kelmarin yang antara lain menyebut bekas Menteri Penerangan itu menafikan beliau mengeluarkan dakwaan tersebut.

Januari lepas, Abdul Kadir dilapor mendakwa BN membayar antara RM200 dan RM1,000 kepada pengundi di kawasan berkenaan agar memilih calon BN pada pilihan raya umum itu.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata selaku bekas pemimpin Umno yang masih memegang jawatan bendahari Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu, Abdul Kadir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti.

"Jika beliau berasakan Umno tidak betul, mengapa beliau tidak keluar parti?" kata Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya.

Katanya BN dan Umno tidak pernah dan tidak perlu membeli undi dalam pilihan raya umum.

Beliau juga menasihatkan Abdul Kadir agar berbincang dengan parti sekiranya ada perkara yang tidak disenanginya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan veteran Umno menggunakan saluran betul mengkritik parti
daripada membuatnya secara terbuka demi menjaga imej parti itu.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas berkata tindakan segelintir veteran parti mengkritik Umno secara terbuka perlu segera dihentikan kerana ia akan menimbulkan perbalahan antara anggota parti.

"Tidak salah jika veteran Umno mahu memberi pendapat terhadap pimpinan tertinggi atau parti namun ia haruslah dibuat dengan niat mahu memberi kebaikan dan bukannya merosakkan imej parti," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Seberang Perai Utara (SPU) hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan segelintir vateran Umno yang dilihat lantang mengkritik parti secara terbuka.

Katanya, sikap buruk seperti perang mulut dan saling menunding jari antara satu sama lain dalam Umno perlu dielakkan kerana boleh menyusah dan menimbulkan perbalahan sesama anggota seterusnya memberi gambaran buruk kepada rakyat.

"Kalau ada pandangan beritahu kepada pemimpin Umno dalam majlis-majlis parti atau bawa kepada jawatankuasa parti sama ada di peringkat bahagian atau cawangan atau tulis surat kepada majlis tertinggi.

"Jangan menghina dan mengkritik parti kita (Umno) kerana kita mahu Umno menang dalam pilihan raya akan datang. Kalau ahli sendiri memburukkan parti ia boleh merosakkan imej Umno," katanya.

Abdullah berkata pimpinan Umno boleh bertemu dan berbincang dengan golongan veteran parti bagi mendengar sendiri masalah dan pandangan golongan tersebut terhadap parti.

"Tidak salah kalau pemimpin Umno juga turun padang dan mendengar sendiri pendapat golongan veteran ini kerana kadangkala pandangan mereka boleh digunakan oleh parti," katanya.

Ketika mengulas konsep negara kebajikan sebagaimana diamalkan di negara maju yang memberi bantuan sepenuhnya kepada golongan tidak berkemampuan dan kurang upaya, Abdullah berkata Malaysia mempunyai pendekatan tersendiri dalam merencana pembangunan dan kebajikan rakyatnya.

Katanya, konsep kebajikan produktif yang dibuat kerajaan ketika ini dengan memberi bantuan kepada rakyat sebagai galakan untuk mereka menambah nilai dan pendapatan hasil bantuan yang diberikan kerajaan, dilihat lebih membantu rakyat berdikari memajukan diri.

"Saya yakin kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pendekatan tersendiri menghadapi masalah berkaitan kebajikan. Kerajaan kita sentiasa berusaha menambah program yang dirancangkan," katanya.

Terdahulu, Abdullah yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (Mayang) SPU, dalam ucapannya berkata kerajaan memperuntukkan RM12 juta menyalurkan kepada 4,768 penerima bantuan JKM di daerah itu tahun ini.Bernama

SPR: Pembetulan sempadan sah bawah undang-undang 'raya

Posted: 17 Mar 2012 02:53 AM PDT

MALAYSIA KINI
Menukar kawasan mengundi seseorang pemilih ekoran pembetulan sempadan, adalah diperuntukkan di bawah undang-undang pilihan raya, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut lamanwebnya, "membetulkan sempadan pilihan raya tanpa mengalih lokasi sebenar pengundi" adalah antara jenis-jenis perubahan yang diperuntukkan di bawah seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958.

Seksyen 7 adalah berkaitan dengan pembahagian kawasan pilihan raya.

NONEInilah yang menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim, yang sebelum ini pengundi di Petaling Jaya Selatan dan kini perlu mengundi di Lembah Pantai ekoran pembetulan sempadan pilihan raya tersebut.

Khamis lalu, SPR menjelaskan bahawa Jalan 16/2, di mana menteri besar didaftarkan, telah tersilap ditanda sebagai sebahagian daripada Petaling Jaya Selatan, sedangkan mengikut sempadan rasmi negeri, lokasinya ialah di Lembah Pantai dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ini bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Khalid sebagai menteri besar kerana kad pengenalannya (IC) mencatatkan alamat rumah beliau di Pasir Tuntung, Kuala Selangor. Keperluan undang-undang bagi tujuan tersebut adalah berdasarkan IC.

Sehingga 2011, SPR telah cuba untuk menyelaraskan sempadan pilihan raya dengan sempadan rasmi negeri, tetapi memutuskan untuk menangguhkannya sehingga selepas pilihan raya umum kerana berlakunya "kekeliruan awam".

Lamanweb SPR menyatakan bahawa langkah pembetulan sempadan itu bertujuan antara lain, "untuk keselesaan pengundi kerana mereka akan lebih dekat dengan pusat mengundi" dan bagi mengelak "kesesakan pada hari pengundian".

Anggota polis tawar beri keterangan pada tribunal

Posted: 17 Mar 2012 02:30 AM PDT

Beberapa anggota polis yang masih berkhidmat, telah memaklumkan kepada Malaysiakini mengenai kesediaan mereka tampil secara sukarela memberi keterangan kepada tribunal berhubung dakwaan salahlaku terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Keterangan tersebut, tegas mereka, akan melampaui dakwaan wujudnya pakatan sulit antara kedua-duanya dengan penjenayah.

Malaysiakini telah menyiarkan satu siri laporan sejak seminggu lalu mengenai dakwaan bahawa pasukan polis bersekongkol dengan penjenayah.

Ia dipercayai telah mendorong anggota polis berkenaan yang masih berkhidmat itu, untuk tampil memberi keterangan.

Mereka - yang enggan mendedahkan nama melainkan sebuah tribunal ditubuhkan - berkata ketika pasukan itu bertambah baik di bawah kepimpinan Tan sri Ismail Omar sekarang, namun pengaruh Peguam Negara Abdul Gani masih menimbulkan rasa takut di kalangan banyak pihak.

Ini, kata mereka, akan berterusan melainkan sebuah tribunal bebas ditubuhkan.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddinIsnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kiri) meminta bukti terhadap dakwaan salahlaku tersebut.

Ini ekoran laporan Malaysiakini mengenai ucapan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID), Datuk Ramli Yusuff, yang mendakwa Gani bersama dengan Musa dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, telah menganiayainya dan orang-orangnya.

Tuduhan itu berasal daripada siasatan mereka terhadap Goh Cheng Poh atau Tengku Goh, seorang penjenayah dari Johor yang didakwa mendapat sokongan Musa.

Tengku Goh ditangkap oleh Ramli pada 1 Ogos 2007 tetapi dibebaskan empat bulan kemudian.

Ketika dakwaan semakin menggunung, Musa kemudiannya disiasat dan dibersihkan oleh Abdul Gani dan BPR, manakala kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung sehingga persaraannya pada 2010.

Bagaimanapun, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini persoalan mengenai dakwaan pembabitan kedua-duanya itu, masih berterusan.

Najib tinggal dua bulan lagi

Posted: 16 Mar 2012 10:31 PM PDT

Subky Latif,


SAYA ditanya tentang ratus ribu belanja bertunang anak Perdana Menteri dan banyak ribu lagi untuk hari jadinya yang bayarannya dikatakan dibuat dari Jabatan Perdana Menteri serta berbilion membeli undi – RM500, RM200 dan RM100 bagi seorang.

Apa reaksi saya tentang Perdana Menteri itu, 'Biarkanlah. Dia tinggal dua bulan saja lagi jadi Perdana Menteri.'

Mengapa?

Kalau pilihan raya diadakan hujung Mei atau awal Jun, lepas itu habislah tempohnya. Orang lainlah pula jadi Perdana Menteri.

Bagaimana?

Tidak perlu dicerita lagi. Orang lain dari parti lainlah yang mengambil kuasa di Putrajaya.

Lagi cepat pilihan raya itu diadakan, lagi cepatlah Rosmah Mansor tidak bergelar Wanita Pertama.

Habis, Perdana Menteri macam mana? Siapa pula?

Anwar Ibrahimlah! Siapa lagi?

Kalau begitu Dr. Wan Azizahlah jadi Wanita Pertama?

Tidak. Ia diserahkan semula kepada Raja Permaisuri Agong. Tiada lagi selepas itu orang biasa menjadi Wanita Pertama. Isteri Najib saja orang biasa pertama dan terakhir jadi Wanita Pertama.

Memulangkannya kepada Raja Permaisuri Agong adalah adab memelihara institusi istana. Tidaklah lagi orang-orang di kayangan mengata institusi istana sudah goyah.

Apakah tempoh Perdana Menteri Najib hendak berakhir?

Apa lagi yang ditunggu?

Memanjangkan tempohnya hingga setahun lagi akan menyegerakan negara jadi macam Greece dan Itali, berada di ambang muflis. Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sudah berkata, Malasyia boleh bankrap sebelum tahun 2020.

Yang menyebabkan muflis itu bukan lagi kerana meneruskan subsidi tertentu, tetapi berbelanja menteri kewangan seperti hujan lebat mencurah bumi. Jika lepas dua bulan nanti Najib tidak digantikan, tunggulah berlakunya amaran Idris Jala.

Apakah selepas dua bulan ini Najib akan pergi? Jika dia adakan pilihan raya seperti yang dirancangnya itu, maka dia menempah untuk pergi cepat. Kalau ditunggunya hingga tahun depan, bagaimana? Tunggu tahun depanlah pula.

Apa yang tidak sempat dibuat kiranya Najib digantikan dua bulan lagi?

Mungkin rayuan pembebasan Anwar atas kes liwat 2 tidak sempat diselesaikan. Tetapi entahlah kalau ia disegerakan.

Bagaimana kalau rayuan itu lambat selesai?

Sempat Anwar jadi Perdana Menteri dulu.

Apa ajaibnya kalau Najib berakhir dua bulan lagi?

Ia memberi peluang kepada Dr. Mahathir melihat apa yang dia tidak mahu lihat selama ini.

Bukankah ia memakbulkan impian Anwar selama ini?

Itu Anwar dulu. Semasa dia berdua Mahathir. Tetapi sudah dia tidak lagi berdua, keutamaannya Dr. Mahathir tidak mahu melihatnya menjadi Perdana Menteri.

Kalau Najib tumbang dua bulan lagi, ia bukan kekalahan Najib yang utama, tetapi yang utama itu ialah kegagalan dan kekecewaan Dr. Mahathir. Najib itu sekadar buah catur Mahathir saja.

Yang membuang Abdullah Badawi dulu ialah Mahathir. Tetapi kalau Najib dibuang ia kerana Dr. Mahathir sudah tidak tahu nak apa lagi. Ia adalah kerana orang ramai hendak menyelamatkan negara jadi muflis seperti yang Idris Jala sebut dan mahu mengelakkan Perdana Menteri berbelanja ikut suka hati isteri.

Anwar sudah tidak seperti dulu lagi hendak menjadi Perdana Menteri. Hal itu sudah jadi payah apabila Mahathir buat dia begitu. Tetapi yang mahukan Anwar menggantikan Najib ialah sekalian rakyat dan orang-orang yang kesiankan Malaysia yang tidak lalu lagi tinggal di bawah penyelewengan UMNO, BN dan Najib.

Setakat ini dia yang berupaya untuk mencabar kerakusan UMNO dan Najib.

Tunggulah dua bulan lagi apakah dapat diselamatkan atau pun terpaksa menanggung beban lagi?

SPR jangan khianati amanah negara

Posted: 16 Mar 2012 10:28 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA TERENGGANU:
Dewan Ulama PAS Pusat mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menjadi pengkhianat terhadap ketelusan dan keadilan proses pilihan raya di negara ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, tindakan menukar alamat pengundi secara senyap-senyap tanpa kebenaran pengundi adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh badan yang diamanahkan mengurus pilihan raya.

"Tidak wajar menjadi pengkhianat kepada amanah negara dengan memindahkan tempat mengundi pengundi tanpa permohonan daripada pengundi dan tidak mengikut undang-undang yang diperuntukkan, iaitu Akta Pilihan Raya 1958," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau merujuk kepada kes yang berlaku kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga sejumlah 31,294 pengundi yang didakwa dipindahkan tanpa kebenaran.

Dalam semakan di laman web SPR, tempat mengundi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan bukan lagi di Parlimen Petaling Jaya Selatan, Selangor seperti pada PRU 2008 lalu.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti Malaya di bawah daerah mengundi Universiti.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, urusan pilihan raya merupakan amanah terpenting negara kerana ia menentukan parti mana yang akan memerintah.

Sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menguruskan pilihanraya sewajarnya SPR tidak melakukan pecah amanah, kata beliau lagi.

Menurutnya, Dewan Ulama PAS Pusat mahu memperingatkan semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya yang terlibat dengan firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 58 bermaksud: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak".

Begitu juga peringatan Nabi saw kepada pengkhianat amanah seperti hadis baginda yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Hakim:

"Ketahuilah sesungguhnya setiap pengkhianat itu pasti memiliiki bendera di hari Qiamat berdasarkan kadar pengkhianatannya. Ketahuilah sebesar-besar pengkhianatan ialah pengkhianatan pemerintah kepada urusan awam".

Ceramah PAS di Pekan disambut gangguan dan provokasi

Posted: 16 Mar 2012 10:25 PM PDT

Khairil Abdul Rahim,

(Orang ramai yang memenuhi program ceramah PAS di Pekan)

PEKAN: Provokasi Umno dengan mengadakan ceramah bersebelahan ceramah PAS dan perbuatan memekik-melolong tidak sepatutnya berlaku di kawasan yang diketuai Presiden Umno yang juga Perdana Menteri jika penyokong parti itu berpolitik dengan matang.

Malangnya setelah pelbagai slogan dilaungkan seperti transformasi, wasatiyah dan rakyat didahulukan cara berpolitik kuno juga menjadi pilihan konco-konco Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Serentak dengan itu, PAS Pahang melahirkan rasa kesal, kecewa dan tidak puas hati yang tidak terhingga dengan kejadian gangguan ceramah di Sungai Miang di sini kelmarin yang melibatkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Turut berceramah ialah bekas Adun (BN) Pulau Manis yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan Datuk Mohd Ariff Sabri, bekas bloger Umno Aspan Alias dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kasim Manaf.

(Antara yang membuat kacau di majlis ceramah PAS)

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad yang turut berada di pentas ceramah berkata, bukan sahaja ceramah Umno dibuat saat akhir dalam jarak tidak sampai 100 meter dari lokasi ceramah PAS, pembesar suara pula dihalakan dengan kuat walaupun ceramah mereka tidak ramai yang hadir.

"Malah sekumpulan pemuda Umno yang diketuai timbalan ketua pemudanya sendiri memekik dan melolong macam orang gila dan disampuk hantu mengganggu ceramah Mat Sabu.

"Lebih mengecewakan kami, pihak polis yang sepatutnya bertindak menjaga keamanan hanya melihat aksi provokasi melampau itu seolah-olah mahu melihat pergaduhan sesama Melayu pada malam itu," ujarnya kesal.

Tambah Suhaimi, pihak keselamatan sepatutnya bertindak profesional dan mesti berani bertindak demi keamanan, bukan dilihat "takut" apabila berhadapan dengan samseng Umno.

Serentak dengan itu, Suhaimi berkata PAS Pahang akan menghantar surat bantahan mengenai perangai Umno dan pasukan polis Pekan kepada Perdana Menteri dan menteri berkaitan dalam masa terdekat ini.

(Ceramah Umno yang kosong tetapi pembesar suara dipasang secara maksima)

"PAS Pahang juga memuji penyokong Pakatan Rakyat dan Unit Amal yang dilihat tenang berhadapan dengan provokasi itu dan mujurlah tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

"PAS beranggapan gangguan ini hasil daripada ketakutan Umno yang sarat dengan masalah dan rasuah sehingga amat takut apabila mahu dibuat pendedahan walaupun mereka sudah menguasai media cetak dan elektronik.

"Jadi gangguan dan provokasi melampau ini berlaku kerana Umno Pekan dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa sebab kalau Umno cukup kuat di Pekan apa perlunya ceramah PAS diganggu," jelasnya.

sementara itu seorang ahli PAS Pekan yang dikenali sebagai Rahim, berpendapat sudah sampai masanya pimpinan tertinggi PAS Pahang bertemu dengan pemimpin Umno negeri ini bagi membincangkan supaya tidak akan terjadi lagi gangguan yang sedemikian rupa kerana boleh mendatangkan kesan yang amat negatif kepada demokrasi dan keharmonian penduduk setempat.

Tambahnya, cukuplah Umno Melaka yang suka mengganggu ceramah PAS dan kejelekan itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini dengan berpolitik secara matang apatah lagi di kawasan Perdana Menteri.

Bulan lalu ceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Felda Lepar, Kuantan kecoh setelah diserbu oleh samseng Umno tempatan sehingga hampir mencederakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Sebelum itu beberapa ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pahang turut diganggu oleh penceramah Umno Umi Hafilda Ali.

Makan malam muslimat meriah, Presiden jelas kenapa tidak bersama Umno

Posted: 16 Mar 2012 10:17 PM PDT

Harakahdaily,

(Dewan Shah Alam Convention Centre penuh dengan peserta yang menyertai majlis makan malam dengan pemimpin malam tadi)


SHAH ALAM,: Lebih 1,500 termasuk Mursyidul Am dan Presiden PAS menyertai majlis makan malam bersama pemimpin anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat malam tadi.

Mereka memenuhi dewan besar Shah Alam Covention Centre dan menjadikan ia antara majlis makan malam terbesar yang dibuat untuk memungut dana pilihan raya PAS.

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang antara yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan majlis itu.

(Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz di SACC malam tadi)

Di samping makan dengan selesa dan berselera, para tetamu sempat mendengar ucapan mereka berdua di samping berdilog dengan Abdul Hadi dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof.

Turut berucap malam tadi adalah timbalannya, Dr Siti Mariah Mahmod.

Selain mereka, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan isteri turut hadir di majlis itu.

Kenapa tidak bersama Umno

Dalam ucapannya malam tadi, Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan jelas kenapa PAS tidak bersama Umno walaupun sudah didesak dan dipujuk oleh parti nasionalis itu beberapa kali.

Abdul memberikan alasan, sejak PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 lagi sebagai sebab mengapa PAS tidak boleh bersama dengan Umno.

(Istreri dua pemimpin utama PAS turut serta malam tadi...Datin Tuan Sabariah [kiri] Datin Seri Zainab [tengah] dan Siti Zailah)

"Apabila PAS memerintah Kelanta, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan capitation grant kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan sahaja iaitu mendera PAS.

"Apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

"Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India...bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu.

"Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah," kata Abdul Hadi mendedahkan tembelang Umno yang sebenarnya.

Bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam tetapi yakinlah Melayu akan layu tanpa Islam dan hanya dengan Melayu sahaja.

Ustaz Abdul Hadi juga membangkitkan hubungan PAS dengan Umno dalam kerajaan persekutuan ketika PAS menyertai BN akibat peristiwa 13 Mei 1969.

(Nik Aziz bersalam dengan salah seorang kanak-kanak yang menyertai majlis malam tadi)

Ia pula dibuat hasil dari satu keputusan yang dicapai dalam satu muktamar khas yang dianjurkan oleh PAS.

"Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku.

"Hasilnya PAS ditendang keluar dari BN," kata Abdul Hadi mengibau peristiwa 1978 apabila PAS ditendang keluar dari BN.

Beliau menjelaskan isu itu panjang lebar selepas ditanya oleh salah seorang peserta majlis makan malam itu kenapa PAS tidak bersama dengan Umno padahal Umno bertalu-talu berusaha mahu bersama PAS.

Wanita Umno sokong walau Shahrizat tiada jawatan kabinet

Posted: 16 Mar 2012 10:16 PM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Beberapa pemimpin Wanita Umno berpandangan bahawa ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – yang dilanda kontroversi melibatkan isu National Feedlot Corporation (NFC) – masih diperlukan untuk memimpin sayap parti tersebut.

Pendapat seperti itu antara lainnya disuarakan penolong setiausaha Wanita Umno Wilayah Persekutuan, Khadijah Alang Ibrahim yang berkata, sayap Wanita akan sentiasa menyokong Shahrizat tidak kira apa perkara yang berlaku.
Menurut Khadijah yang juga merupakan ketua Wanita Umno Titiwangsa berkata, tindakan Shahrizat (bertudung putih) untuk mengundurkan diri daripada jawatan kabinet merupakan satu perkara biasa bagi seseorang pemimpin.

"Apa yang dilaluinya ialah masalah biasa. Pemimpin memang akan datang dan pergi. Lagipun, dia tidak akan letak jawatan sebagai ketua (Wanita Umno) kerana dia bukan dilantik, tetapi menang sebab dipilih.
"Dia masih jalankan kerja-kerja Wanita dan bahagian pun masih berjalan seperti biasa. Kita buat masa ini tidak ada fikirkan benda-benda ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini.
Malaysiakini meminta pandangan pemimpin pergerakan ini ekoran pengumuman Shahrizat pada Isnin bahawa beliau akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat pada April.

Shahrizat mengumumkan demikian sehari sebelum suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail (kiri) didakwa di makhamah berhubung berhubung projek fidlot yang diusahakan keluarga menteri berkenaan.

Projek yang diusahakan NFC itu dijalankan menggunakan pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan.

Khadijah dalam pada itu berkata, Wanita Umno Wilayah Persekutuan juga tidak memikirkan mengenai pengganti bagi menerajui Wanita Umno kerana yakin dengan kemampuan Shahrizat untuk terus mengetuai sayap berkenaan walau tidak lagi menjadi menteri.

Beliau menegaskan bahawa Shahrizat merupakan pemimpin yang "bagus" dalam melaksanakan tugas di dalam parti dan pengunduran daripada jawatan kabinet sedikitpun tidak menjejaskan sayap Wanita.

"Malah Wanita bertambah kuat dan akan terus menyokong dia. Tetapi jika dia menarik diri, sebelum itu kita mesti bercakap dan berbincang dengan dia.

"Walau apa pun tindakan yang nak dilakukan, mestilah bertindak selepas pilihan raya umum nanti. Bukan sekarang. Sekarang, kita mesti bersatu," ujarnya.

Di bahagian Shahrizat sendiri, sokongan keatasnya juga dapat dikesan dengan jelas melalui pandangan seorang pemimpin akar umbinya di Bahagian Kepong.

Ketua Cawangan Kepong Sentral, Salimah Ibrahim berkata beliau merasakan tiada calon yang layak bagi menggantikan Shahrizat sebagai ketua bahagian tersebut sekiranya pemimpinnya itu mengundurkan diri daripada jawatan tersebut.
Beliau juga menyifatkan Shahrizat sebagai seorang pemimpin yang rajin dan sentiasa menolong orang Melayu.
"Kami di Bahagian Kepong tak ada masalah. Buat masa ini, semuanya OK. Siapa yang akan ganti Shahrizat, saya pun belum pasti. (Walau) apa pun, insya-Allah, Shahrizat akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno bahagian Kepong," katanya.

Selain itu, sokongan ke atas Shahrizat juga dapat dilihat di Melaka, melalui seorang bekas anggota exco Wanita, Datuk Hazizah Mohd Sultan.

Ketua Wanita Umno Bahagian Bukit Katil itu berkata, pergerakan itu akan meneruskan perjuangan walaupun Shahrizat tidak lagi menjadi Senator.

Katanya lagi, Shahrizat masih perlu bertugas untuk parti dan sehingga kini masih tiada siapa yang yang boleh menyaingi Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno.

Beliau berkata lagi, sehingga kini tiada siapa yang boleh menyaingi dan menggantikan Shahrizat sebagai Ketua Wanita Umno.
"Dia ada kewibawaan sebagai pemimpin. Tak ada siapa lagi yang layak ganti beliau. Beliau letak jawatan sebagai menteri kerana terpaksa walaupun tidak terlibat. Dia berkorban demi keluarganya. Itu pengorbanan dia," katanya.
Hazizah juga berkata, sebagai Ketua Wanita, Shahrizat perlu mengekalkan jawatan yang dipilih oleh akar umbi itu.
"Perjuangan tidak akan tamat sekiranya individu itu gagal tetapi akan tamat sekiranya parti itu hancur. Saya tahu, Shahrizat sayang pada parti."

Anwar Enggan Bersemuka Dengan RPK Di Forum WikiLeaks

Posted: 16 Mar 2012 10:12 PM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berkongsi pentas dengan blogger Raja Petra Kamaruddin dalam satu forum anjuran Wikileaks untuk membincangkan senario politik global.

Berikuatan permintaan dari Anwar, Raja Petra, atau lebih dikenali sebagai RPK telah diketepikan dari menyertai forum berkenaan.

Forum itu dijadual akan diadakan Sabtu ini di Kent, England dan perbincangan di forum itu pada asalnya dirancangkan disertai oleh RPK, Anwar dan pengasas Wikileaks, Julian Assange.

Anwar dirancangkan menyertai forum itu melalui perhubungan komunikasi menggunakan Skype dan perbincangan berkenaan akan dirakamkan bagi satu dokumentari untuk Wikileaks, bagaimanapun selepas keengganan Anwar meyertainya jika RPK turut diundang sama menyaksikan foum berkenaan hanya disertai oleh beliau dan Assange.

Dalam pada itu, RPK dilaporkan sebagai berkata kepada sebuah akhbar portal, Free Malaysia Today (FMT)," Saya mendapat panggilan dari Wikileaks bahawa Anwar tidak bersetuju saya menyertai forum itu."

Beliau seterusnya membidas Anwar kerana mendakwa beliau (Anwar) gentar berhadapan dengannya di perbincangan berkenaan yang juga merangkumi keadaan semasa arena politik di Malaysia.

"Bagaimana Anwar mahu berdebat dengan Najib jika dia terlalu takut untuk berhadapan dengan saya ? Dia sepatutnya mencuba dulu dengan saya sebelum berhadapan dengan Najib," persoalnya lagi.

"Juga ia menunjukkan Anwar tidak menghoramati dan menerima kebebasan media dan banthan atau perbezaan pendapat," katanya lagi.

"Dia (Anwar) hanya berurusan dengan mereka yang menyokongnya dan bersetuju dengannya. Jika inilah Anwar sebagai pemimpin pembangkang, saya mengiggil memikirkan bagaimana rupanya jika dia menjadi PM (Perdana Menteri)," beliau dipetik berkata kepada media portal berkenaan.

RPK, mendedahkan portalnya Malaysia Today telah mengadakan persetujuan dengan Wikileaks bagi membolehkan blognya menyiarkan semua pendedahan berkaitan Malaysia. Kontrak berhubung persetujuan berkaitan telah ditandatangani beberapa minggu lalu.

Sebelum ini, RPK merupakan penyokong kuat Anwar bermula sejak zaman awal Reformasi, bagaimanapun sejak beberapa bulan lalu beliau telah mengkritik Anwar secara terbuka kerana mendakwa Anwar tidak memiliki visi untuk Partinya, Part Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat.

Isu Pembantu Rumah Indonesia Ikut Persefahaman Sedia Ada - Subramaniam

Posted: 16 Mar 2012 10:08 PM PDT

Post Pic



IPOH: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam menyifatkan kenyataan bahawa pembantu rumah dari Indonesia hanya akan melakukan satu tugas yang khusus dengan gaji bulanan minimum RM700 sebagai tidak mengikut persefahaman yang dicapai antara Malaysia dengan negara jirannya.

Sehubungan itu, katanya wakil kedua-dua negara akan mengadakan mesyuarat di Jakarta untuk menyelesaikan perkara berhubung isu syarat pembantu rumah yang dikenakan itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan dari Jakarta yang memetik seorang pegawai tinggi kerajaan Indonesia yang menyatakan seorang amah hanya menjalankan satu tugas,

Katanya kementerian berkenaan telah meminta pihak di Indonesia memberi latihan secara lebih luas dalam semua bidang supaya pembantu rumah yang dihantar ke negara ini boleh bekerja dengan baik.

"Kita setuju latihan dijalankan dan dalam pada itu ada bidang pengkhususan untuk mereka yang mahukan kerja khusus. Yang (mahu) am, mereka boleh dapatkan pembantu am. Kita akan jelaskan apa yang diputuskan dalam jawatankuasa bersama," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dokumen kewarganegaraan Malaysia kepada 212 penerima di bawah program MyDaftar kebangsaan di sini, semalam.

Indonesia melaksanakan pembekuan sementara itu pada 26 Jun, 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.

Pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada pertemuan di Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.

Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006, dengan memperkemaskan peruntukan-peruntukan, terutamanya berkaitan perlindungan dan kesejahteraan untuk pekerja dan majikan

Isu Pasir: KSSB Akan Saman The Star

Posted: 16 Mar 2012 09:25 PM PDT




SHAH ALAM : Tidak wujud pertikaian antara Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Kumpulan Hartanah Sdn Bhd (KHSB) berhubung operasi perlombongan pasir seluas 50 ekar di Dengkil, tegas Ketua Pegawai Eksekutif KSSB, Wan Halim Wan Ismail.

Sebelum ini laporan The Star bertarikh 15 Mac di muka depan dan empat bertajuk "KSSB's shortcomings the reason for rampant illegal mining" mendakwa wujudnya penyelewengan dan kecurian dalam pengendalian perlombongan pasir di Selangor.

Wan Halim berkata KSSB kini sedang berunding dengan pihak peguam untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang berhubung penyiaran artikel tersebut.

"KHSB bersetuju untuk KSSB untuk melombong kawasan pasir sebelum operasi bermula dengan terma yang dirundingkan bersama.

"KSSB telah membayar dengan sewajarnya KHSB berjumlah RM630,968 pada bulan Februari 2011, dan KHSB tidak pernah membangkitkan perkara tersebut sejak itu," kata Wan Halim dalam satu kenyataan.

Beliau juga menafikan bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah terlibat dalam rundingan atau perkiraan kewangan antara kedua-dua syarikat.

Wan Halim juga menjelaskan bahawa KSSB tidak terlibat dalam penguatkuasaan terhadap perlombongan pasir haram kerana syarikat tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk berbuat demikian, tetapi ia telah membantu dengan melaporkan aktiviti-aktiviti tersebut kepada pegawai-pegawai tanah masing-masing.

Isu Air: Selangor Akan Guna Kepakaran UK, Perancis

Posted: 16 Mar 2012 09:19 PM PDT




MARSEILE,PERANCIS : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan perjumpaan dengan dua operator air antarabangsa, Suez Environment yang berpangkalan di Perancis dan Wessex Water dari United Kingdom untuk mendapatkan pandangan pengurusan air yang cekap sebagai persediaan Kerajaan Negeri mengambilalih industri air.

"Pertikaian rundingan untuk Kerajaan Negeri mengambilalih industri perkhidmatan air daripada syarikat konsesi seperti yang ditetapkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, tidak sepatutnya menghalang Kerajaan Negeri daripada membuat persediaan. Kami amat gembira apabila pakar-pakar ini sanggup berkongsi pengetahuan teknologi mereka," kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid berkata, beliau gembira apabila dua syarikat air antarabangsa itu (yang ditemui secara berasingan) memberikan kesediaan untuk berkongsi kepakaran dalam pengurusan air bagi memastikan model Kerajaan Negeri bukan saja cekap dan berkesan malah pada tarif munasabah.

Beliau bagaimanapun menekankan bahawa sebarang kerjasama dua pihak perlu melalui proses telus dan kebertanggungjawab bagi memastikan ia berbaloi dengan wang yang dibelanjakan (value for money).

Pada sesi perbincangan di Marseile, Perancis, dengan kumpulan Suez Environment yang diketuai Naib Presiden Eksekutif Kanan bagi Penyelidikan Penyelaras Air dan Pembangunan, Bernard Guirkinger, Abdul Khalid menyatakan kesukaran yang dihadapi Kerajaan Selangor untuk mengambil alih industri perkhidmatan air dari syarikat konsesi.

"Model penswastaan hari ini tidak membawa sebarang kebaikan kepada industri air yang kini sarat dengan pelbagai masalah termasuk sistem pengurusan dan perancangan air yang tidak holistik, struktur peraturan tidak berkesan, pengoperasian tidak berkesan dan kadar air tidak berhasil (NRW) yang tinggi.

"Ini berlaku apabila syarikat konsesi yang dipilih tidak mahir, tiada pengalaman malah tiada wang untuk melaksanakan kerja ini. Kes di Selangor bukan soal apa yang anda boleh lakukan tetapi siapa yang anda kenal," tegas beliau.

Di London, Abdul Khalid bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Wessex, Colin Skellet dan Dave Elliot yang juga Pengarah Perancangan dan Pengurusan Aset.

"Model pembahagian yang dipratikkan di Selangor membuktikan bahawa industri perkhidmatan air kita tidak boleh dipisah-pisahkan dengan memberi bahagian yang lebih untung kepada syarikat swasta sedangkan pihak kerajaan terpaksa menanggung beban kerugian," kata beliau.

Dalam lawatan ke London,beliau dibawa melawat ke ibu pejabat Wessex di Bath dan syarikat sekutunya, GenEco, yang merawat sisa kumbahan menggunakan teknologi terkini dan loji biogas di Bristol, loji kitar semula bahan buangan menjadi tenaga diperbaharui.

Pada Rabu lalu, Abdul Khalid membentangkan kertas kerja sempena Forum Air Sedunia di mana beliau memaklumkan kepada peserta forum bahawa penswastaan air di Malaysia telah gagal kerana dipergunakan oleh golongan rentier.

Fuziah : Abdul Khalid Tak Hilang Kelayakan Tanding DUN Selangor

Posted: 16 Mar 2012 09:12 PM PDT







SHAH ALAM: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan pusat mengundi Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghilangkan kelayakkan beliau untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Tindakan tersebut juga tidak menghalang Abdul Khalid untuk terus menjawat jawatan Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) akan datang.

Demikian menurut Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh dalam satu sidang media di Ibu Pejabat parti itu hari ini.

"Itu sebenarnya konspirasi Umno memindahkan nama Tan Sri Khalid ke luar Selangor supaya dia hilang kelayakan dicalonkan sebagai MB.

"Tetapi SPR telah pun membetulkan perkara tersebut dengan mengatakan ini adalah perpindahan mengikut sempadan.

"Salinan kad pengenalan (KP) Tan Sri Khalid ini bahawa alamat di KP beliau di lot 133, Kampung Pasir Kuntum, Bukit Rotan, Kuala Selangor ini adalah alamat kampung beliau dalam KP.

"Jadi disini dari segi kelayakan beliau sebagai MB tidak ada isu kerana memang sah alamat dalam KP beliau di Kuala Selangor, jadi tak timbul isu Tan Sri Khalid hilang kelayakkan sebagai MB atau dicalonkan bertanding.

"Jadi kepada blogger Umno lain kali kena buat kerja rumah lebih sedikit," kata Fuziah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Semalam, media internet melaporkan yang kawasan mengundi Abdul Khalid telah dipindahkan daripada Petaling Jaya Selatan ke Lembah Pantai.

Penukaran kawasan mengundi menimbulkan kerisauan yang Abdul Khalid akan hilang kelayakan bertanding di Selangor.

Fuziah turut memberitahu media bahawa bahawa Khalid telah menjadi pengundi di PJS semenjak tahun 1985 lagi.

"Perkara kedua, berkenaan pusat mengundi beliau dipindahkan, sebenarnya beliau tinggal di jalan 16/2 PJ dan mengundi di PJS semenjak tahun 1985.

"Jadi apabila beliau tukar alamat dalam KP beliau ke kampung beliau di Ijok, beliau tidak menukar tempat mengundinya menyebabkan beliau terus mengundi di PJ Selatan.

"Apabila SPR buat persempadanan semula ikut sempadan Wilayah (Persekutuan) dan Selangor, maka secara automatik SPR memindahkan beliau.

Fuziah juga memberitahu bahawa SPR tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membuat persempadanan semula tanpa majoriti dua pertiga parti yang menang di Parlimen.

"Jadi BN tidak boleh menggunakan SPR untuk buat persempadanan semula untuk keuntungan politik mereka kerana mereka telah dinafikan majoriti dua pertiga di parlimen."

Loji IPP terbesar, kerajaan gagal kemuka tender terbuka

Posted: 16 Mar 2012 09:11 PM PDT

Oleh: Nabihah Hamid

KUALA LUMPUR – Kerajaan gagal mengemukakan tender terbuka bagi projek loji jana kuasa IPP berkapasiti 1,000MW, yang merupakan loji berdasarkan batu arang yang terbesar di Asia Tenggara.

Kerajaan semalam memaklumkan projek di Tanjung Bin itu diberikan secara tender terhad kepada Tanjung Bin Power (TBP) dan Jimah Energy ventures (JEV).

"Apa sebabnya loji ini ditawarkan secara rundingan terus dan tidak secara tender terbuka? Dan apakah terma dalam perjanjian konsesi dengan kerajaan?," Soal Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Menurut Tony Pua, alasan kerajaan yang memberikan projek secara terus kepada JEV dan TBP kerana perlu disiapkan dalam masa singkat, juga tidak munasabah kerana ia hanya akan beroperasi pada 2016.

Katanya, jika projek itu mahu disiapkan segera, kenapa hanya dua syarikat sahaja dipanggil mengambil bahagian dalam "tender tertutup" itu seperti dinyatakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

"Banyak IPP yang ada di Malaysia yang berminat boleh mengambil bahagian. Industri IPP juga besar dan matang," kata Tony Pua.

Beliau juga mempersoalkan mengapa terma dan jumlah wang yang digunakan untuk membayar projek ini, tidak dinyatakan.

Pada masa sama, kerajaan masih lagi belum menetapkan kadar tarif serta tempoh konsesi dan ia hanya akan dimuktamadkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan dijangka diselesaikan hujung tahun 2011.

Menurutnya, tidak hairan jika tarif elektrik negara ini masih tinggi berbanding di negara jiran walaupun kerajaan membelanjakan wang yang besar untuk subsidi kepada IPP.

"Gas asli dijual kepada IPP Malaysia pada RM13.70 mmBtu, manakala di negara Thailand dijual RM23.10 mmBtu.

"Tetapi rakyat Malaysia perlu membayar RM157.20 bagi penggunaan 500kW sebulan berbanding RM129.50 perlu dibayar oleh rakyat di negara Tahiland," soalnya.

Projek USD 20 bilion Petronas tanpa tender terbuka – Azmin

Posted: 16 Mar 2012 09:08 PM PDT

Oleh: Masdar Wahid



KUALA LUMPUR- Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menyatakan keistimewaan syarikat Dialog Berhad dengan pengurusan tertinggi Petronas.

Ini kerana katanya, syarikat itu bakal mendapat projek Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid) di Pengerang, Johor bernilai USD 20 bilion tanpa tender terbuka.

"Sila jelaskan juga apakah Petronas menjalankan feasibility studies dan risk management studies memandangkan projek itu bernilai besar dan apakah tender terbuka akan dilaksana Petronas dalam projek ini," soalnya di Parlimen 14 Mac lalu.

Beliau turut mendesak pentadbiran Najib menjelaskan nilai pampasan yang diberi kepada lebih 900 keluarga dari tujuh kampung yang terlibat ekoran projek itu.

Petronas juga katanya, menganugerahkan Risk Service Contract bagi Balai Pembangunan Balai Cluster Marginal Field bernilai RM 1bilion kepada Konsortium Dialog Berhad.

Dalam konsortium itu, katanya, Dialog Berhad diberi saham 32 peratus, berbanding Petronas Carigali (20 dan Australia ROC Oil (48).

"Persoalannya mengapa Petronas membenar Dialog Berhad menjadi pemegang saham lebih besar daripada Petronas carigali sedangkan Petronas Carigali memiliki keupayaan teknologi, kewangan serta pengalaman carigali di 32 negara termasuk Malaysia.

"Apa kriteria pemilihan rakan kongsi dalam konsortium ini selain daripada teknologi dan keupayaan yang dimiliki Petronas carigali dan Australia ROC Oil," soalnya lagi.

Pada Oktober 2011 pula katanya, Dialog Berhad turut dianugerah kontrak Tanjung Langsat Storage Tank Terminal Facilities di Johor hampir RM400juta bersama pegangan saham 40.7, peratus berbanding MISC (33.3) dan China Aviation Oil (Singapore, 26).

Anggota MCA Sabotaj Calon BN Akan Digantung Atau Dipecat - Dr Chua

Posted: 16 Mar 2012 09:03 PM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Anggota MCA yang didapati mensabotaj calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang berdepan dengan tindakan tatatertib yang keras termasuk digantung atau dipecat daripada parti.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata keputusan itu dicapai sebulat suara oleh pucuk pimpinan parti tersebut pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat pada Jumaat.

"Ini adalah penting supaya ahli-ahli MCA sentiasa sokong calon BN termasuk pemimpin-pemimpin yang tidak dicalonkan kerana kesetiaan kepada parti dan semangat setia kawan adalah penting.

"Jadi tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana ahli yang menjadi pengkhianat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu, di sini.

Katanya jika terdapat bukti kukuh dan sahih, anggota MCA yang terbabit dengan perbuatan tersebut akan dirujuk kepada lembaga disiplin parti bagi tindakan lanjut.

Selain itu, Dr Chua berkata mesyuarat hari ini juga membincangkan isu kekurangan guru bahasa Mandarin di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang perlu diselesaikan segera.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) amat prihatin dengan isu itu dan telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong untuk menangani isu itu dengan segera dan efektif," katanya.

Dr Chua berkata MCA merakamkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas penubuhan jawatankuasa khas tersebut yang jelas menunjukkan komitmen B Nuntuk menyelesaikan masalah itu.

Jawatankuasa itu katanya sedang berusaha mendapatkan input daripada pihak yang berkepentingan dan setakat ini perkembangannya amat menggalakkan.

Beliau turut menyokong cadangan Jemaah Menteri untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memperhalusi isu-isu berkaitan pelaksanaan kilang memproses nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Kuantan, Pahang. - BERNAMA

Jingga 13: Perhimpunan 'bebaskan imam Hoslan'

Posted: 16 Mar 2012 05:41 PM PDT

NGO bawah PKR, Jingga 13 akan mengadakan perhimpunan aman pada 24 Mac bagi menuntut kebebasan imam Hoslan Hussain yang dijatuhkan hukuman penjara setahun, Khamis lalu di atas kesalahan melemparkan seliparnya ke arah panel hakim.

Ketua Jingga 13, Fariz Musa berkata kumpulan itu juga akan berarak dan menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menuntut pembebasan Hoslan (foto).

NONE"Kita juga menyeru supaya orang ramai (supaya) turun menyertai himpunan ini. Dijangka juga isteri serta anak-anak imam Hoslan akan turun selain pimpinan Pakatan Rakyat.

"Kita jangkakan lebih daripada 500 orang akan hadir," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kumpulan itu merancang untuk berhimpun di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta bermula jam 2 petang, kata Fariz lagi yang menambah, perhimpunan itu juga akan disertai pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia.

Sementara itu, ketua penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, kutipan wang bagi tabung derma keluarga Hoslan kini masih giat dijalankan.

Katanya, hasil wang yang telah diterima akan didermakan secara berperingkat dan pihaknya yakin kutipan itu akan mencapai sasaran iaitu sebanyak RM20,000.

"Kita masih lagi terbuka jika ada pihak ingin menderma dan kita juga akan mula mengira jumlah wang yang telah didermakan pada akaun bantuan kemanusiaan pemuda PAS selepas 19 Mac ini.

"Respon yang kami terima sangat bagus kerana kita telah iklankan di dalam akhbar Harakah," katanya.

Dewan Pemuda PAS melancarkan tabung berkenaan minggu lalu, bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga Hoslan akibat hukuman pemenjaraan itu.

Selain bantuan daripada tabung tersebut, keluarga Hoslan juga akan menerima sumbangan sebanyak RM800 sebulan daripada Dewan Muslimat PAS yang akan diberikan berterusan sepanjang tempoh pemenjaraan tersebut.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata sumbangan itu diberikan sebagai tanda simpati dan juga untuk membela nasib isteri Hoslan, Noorliza Mat Isa yang perlu menyara tujuh orang anak yang masih bersekolah.

Tiada ulasan: