Jumaat, 16 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Najib Perlu Curigai Daim, Mahathir...

Posted: 16 Mar 2012 03:58 AM PDT

MSO


Akhir-akhir ini bekas menteri kewangan dan bendahari Umno, Daim Zainuddin 'lacak berkecek' dan banyak berterori mengenai masa depan UBN dan juga peluang parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. Satu masa beliau menyatakan keyakinan UBN akan mampu menguasai Malaysia dengan pencapaian sama tahun 2008. Teori atau pandangan itu seperti memberi kelegaan tektikal kepada Najib Razak dan untuk membolehkan Najib memejamkan mata tidur seketika.

Terbaru beliau menyebut pula isu projek lembu gemuk (NFC) akan menentukan jatuh bangun UBN. Serentak itu beliau memberi teori Najib perlu berundur sekiranya tidak mampu mencapai kerusi banyak dalam pilihan raya ke-13. Katanya kalau pun tidak berundur Najib pasti akan dicabar dalam pemilihan Umno. Cabar mencabar itu adalah lumrah politik, katanya berhelah tanpa mempertahankan Najib. Kenapa? Kalau ada yang mencabar siapa?

Saya tidak mahu mengulas mengenai teori pertama Daim tentang keupayaan UBN dalam pilihan raya akan datang yang saya lihat lebih kepada beliau meralatkan apa yang beliau sebut sebelum pilihan raya ke -12 yang telah menjadi kebenaran.

Masa itu beliau telah meramalkan beberapa buah negeri akan jatuh dan ternyata benar. Mulut Daim seakan menjadi keramat, sedang beliau bersama Mahathir sendiri banyak mengecam Abdullah Badawi yang memimpin Umno ketika itu. Sikap pesimis mereka kepada Umno ketika itu adalah usaha menjatuhkan Abdullah. Dalam kata lain Daim dan Mahathir bersekongkol menjatuhkan Abdullah.

Jadi apabila beliau membuat ramalan yang UBN akan tetap menang ia sebagai untuk meralat mulutnya sendiri sedang dia tahu hakikat hari ini kedudukan dan reputasi UBN lebih teruk dari zaman Abdulah Badawi.

Isu-isu yang menimbun hari ini cukup penat untuk diselesaikan oleh Najib dan ada yang hampir tidak terselesaikan. Kalau masa Abdullah beliau dibenci kerana tidak tegas dan mengambil tindakan membatalkan projek mewah (yang dirancang Mahathir) kerana mahu mengawal wang negara, berbeza di zaman Najib ini. Najib jadi sebaliknya... semua kerja untuk menghidupkan Umno digunakan wang. Lebih terus lagi Najih melacorkan hak-hak Melayu yang kononnya diperjuangkan demi survival politiknya.

Selain pembawaan itu ia ditambah dengan beberapa isu mutakhir kini yang menyenakkan Najib. Isu projek lembu gemuk suami Sharizat adalah di antaranya. Ia menjadi isu terpenting. Selain itu isu SBPA yang baru diselesaikan tetapi tidak 'lendik belah mana'. Isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd., di bursa Malaysia masih dalam keadaan belum menentu. Begitu juga dengan isu alam sekitar pembinaan kilang mengeluarkan nadir bumi (Lynas) di Kuantan masih masih membara dalam jiwa rakyat terutamanya di Kuantan.

Isu Lynas mengenai bantahan puluh ribu rakyat boleh ditutup oleh media penjilat buntut tetapi tidak oleh media rakyat yang bebas yang menjelma dalam pelbagai bentuk hari ini. Mengenai jumlah yang membantah Linyas di Kuantan baru-baru ini hanya manusia jenis pak pandir tidak tahu membilang saja menerima jumlah pembantah hanya 3,000.

Lambakan isu-isu ini semua difahami oleh Daim ia menjadi kudis dan barah kepada UBN. Pemberian RM500 kepada rakyat dari wang rakyat juga tidak dapat mengambus dan mengubati kelukaan hati rakyat terhadap luka-luka lama dibinik UBN. Malahan kesan atau maksud untuk membeli dan mempengaruhi rakyat dengan RM500 tidak berapa menjadi dan berkesan.

Rakyat tidak akan ingat dan kenang kepada wang itu. Apa lagi sebaik tiba hari mengundi wang itu sudah pun habis. Rakyat tidak dapat menggunakan wang itu lagi untuk membeli sayur, ikan, daging semasa pulang dari tempat mengundi. Adalah baik kalau UBN berikan wang itu kepada pengundi beberapa jam sebelum mengundi atau sesudah mengundi dengan memberi syarat-syarat dan peraturan tertentu secara sulit. UBN tersalah besar apabila berbudi di luar edah pilihan raya.

UBN kena faham psikologi orang Melayu. Mereka mudah lupa dan mudah tidak mengenang budi. Mereka akan kenang selagi apa yang diberikan berada dalam tangan atau di hadapan mereka. Sebaik apa yang diberikan itu sudah luput, hilang dimata, di makan atau musnah mereka akan kembali kepada asalnya. Minda Melayu bukan minda sejarah? Bahkan mereka tidak pernah melihat najis mereka sesudah memakan sesuatu benda.

Bertolak dari itu saya mengira UBN tidak mendapat untung banyak dari pemberian wang rakyat kepada rakyat yang bernilai RM1.92 billion itu. Tetapi tidak mengapa kerana niat tidak betul maka wajar kalau rakyat tidak membalas budi yang diberikan itu. Rasnya tidak sampai 10 peratus daripada kira-kira 3.74 juta yang menerima wang itu akan memberi sokongan kepada UBN.

Berbalik kepada cerita Daim yang banyak bercakap hari ini; Najib kena faham isyarat yang diberikan oleh Daim itu, yang mengatakan Najib perlu berundur kalau UBN gagal mendapat undi banyak. Apa termaksud dari itu ialah sekiranya UBN masih gagal menguasai majorii 2/3 di parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Daim telah membawa senario yang ada hari ini, UBN tidak akan dapat majoriti 2/3. Malahan mungkin kerusi yang dimenangi kini akan menurun. Daim ada motifnya memberi isyarat begitu kepada Najib. Kenyataan dan pandangan itu adalah kata dua darinya. Apa yang boleh diterjemahkan Daim kini sedang menguruskan kejatuhan Najib dalam Umno. Dalam bahasa manis menguruskan persaraan awal Najib dalam Umno.

Kalau Daim tidak ada maksud dan niat itu dia tidak membuat predection atau pun pandangan sebegitu kerana ia menegatifkan Najib dan UBN. Sebagai seorang tokoh Umno kata-kata Daim amat diperhatikan dan boleh mempengaruhi pengundi. Dalam keadaan Najib lemah dan gundah hari ini Daim sepatutnya tidak mengugut dan mengancam Najib. Daim juga tidak perlu menyebut isu projek lembu gemuk sebagai isu yang boleh mengancamkan UBN sekiranya ia tidak diurus dengan baik.

Daim seakan memperkemaskan bahawa isu itu akan memakan UBN, bila mana dia mengatakan isu NFC itu berbeza dengan isu Lynas yang bersifat lokal berbeza dengan isu NFC yang bersifat nasional. Kalau Daim ikhas dan jujur ingin membantu Najib beliau patut memberi formula bagaimana menyelesaikan isu NFC itu.

Orang yang dapat membaca politik licit Daim akan tahu ke mana hujung jatuh, nasihat, ugutan dan suara kebimbangan Daim itu. Daim tidak akan menabur benih begitu sahaja kalau ia tidak berhajat untuk menunaikannya. Apabila dia merancang menjatuhkan seseorang sudah tentu ada seseorang lain yang dirancang supaya naik. Ingat otak Daim adalah otak kapatilis. Seorang kapatilis akan mengambil kesempatan dari celah dan keadaan mana sekali pun.

Selepas pilihan raya akan berlangsung perhimpunan agung yang melibatkan pemilihan kepimpinan. Di sinilah yang sedang dinanti oleh Daim dan Mahathir. Pemilihan Umno itu mereka nanti seperti mana menanti ikan masuk ke pergentingan setelah air di hulu milik kucahkan. Campur tangan Daim dan Mahathir dalam politik Najib hari ini ibarat mengucah air di hulu untuk menangkap ikan di hili.

Sudah tentu sekiranya Najib gagal mendapat majoriti 2/3 beliau harus berundur dengan terhormat sebagai presiden Umno. Najib tidak boleh bertahankan lagi dan ahli Umno juga terutama mereka yang veteran dan simpati dengan Abdullah tidak sedia untuk bersama Najib. Najib tidak ada apa-apa kelebihan dalam menguatkan politik dirinya selain dari menerusi jawatan-jawatan yang pernah disandangnya.

Di sinilah nanti Najib akan menangis tanpa lagu dan iramal. Sekiranya dia mengambil jalan untuk terus memipin Umno dia pasti akan dilawan. Orang yang diaturkan oleh Daim dan Mahathir nanti akan berdepan dengan Najib. Dalam konteks ini orang itu bukan Tengku Razaleigh Hamzah yang masih bermain mata untuk kerusi Presiden Umno.

Siapakah orang itu, dia tidak lain dan tidak bukan Muhyuddin Mohd Yassin alias Udin anak Yassin. Bagi Daim dan Mahathir mereka mempertaruhkan harapan besar untuk menganjakkan Muhyuddin ke atas. Bagi Daim sudah tentu kalau Muhyuddin naik beliau akan dibalas oleh Muhyuddin (sekiranya UBN menang) untuk menjaga khazanah negara. Gubuk ekonomi akan diserahkan kepada Daim.

Manakalan Mahathir ada kepentingan lain yang tidak tertafsir oleh Abdullah Badawi. Mahathir mahukan anaknya Mukhriz naik menjaluri belakang Muhyiddin Yassin. Untuk mencapai cita-cita ini mudah bagi Mahathir kerana kalau Muhyiddin naik bangsa-bangsa atau 'darga-darga' lain seperti Ahmad Zahid Hamid, Hishamuddin Hussein dan Shafei Afdal bukan pesaing lagi.

Apakah ada orang fikir Mahathir tidak mahu jadi seperti Tun Razak? Justeru Najib perlu mencurigai Daim Zainuddin dan jangan memberi ruang terlalu banyak dalam media milik Umno untuk orang kecil tinggal atas bukit ini bersuara.

Apa Beza Konsert Anjuran PAS Berbanding Anjuran Umno?

Posted: 16 Mar 2012 03:17 AM PDT

Skuad BO


KUALA TERENGGANU – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) berbelanja ribuan ringgit bagi 'mengarak' dan 'mengusung' konsert Wali Band ke seluruh pelosok negeri menjelang pilihanraya umum yang ketiga belas, bagi meraih sokongan anak-anak muda.

Manakala PAS sering mengadakan konsert-konsert kesenian dan muzik alternatif, di setiap ceruk rantau bagi memberi pilihan dan menjelaskan, hiburan itu tidak haram disisi agama Islam.

Kehadiran para artis 'rockers' yang cenderung dan yang telah kembali memilih jalan hidup Islam pada Konsert Gema Keinsafan di hadapan Pasar Borong Gong Pauh Kuala Terengganu, membawa makna dan perspektif yang berbeza tentang konsert dan muzik.

Skuad Buletinonline mengambil peluang mendekati bekas vokalis lagu-lagu 'rock', Ismail Zainuddin yang dikenali ramai dengan gelaran Mel Wings

Beliau mendapat gelaran demikian kerana pernah menganggotai Wings sekitar tahun 1995, apabila 'vakum' penyanyi utama kumpulan itu diisi olehnya.

[Gambar - (Atas) - Mel ketika bercakap pada sidang media dan (bawah) aksi Mel ketika membuat persembahan di Konsert Gema Keinsafan]

Wings yang sedang berada dipuncak dunia hiburan perdana tanah air ketika itu gagal mencari ganti 'Awie' yang mengundurkan diri.

Walaupun telah mencuba seramai 69 orang penyayi yang mahu menjadi seperti 'Awie' tidak seorang pun yang dipilih oleh kumpulan Wings.

Akhirnya, Ismail Zainuddin@ Mel diteima menggantikan Awie, setelah diperkenalkan oleh penyanyi era 'pop yeh-yeh', A.Romzie.

Apakah bezanya antara antara konsert anjuran PAS berbanding anjuran Umno atau penganjur lain?

"oooooi jauh beza (nya)…… PAS buat konsert kerana nak (mahu) meletakkan kalimah Allah di puncaknya (yang tertinggi). Nak ajak masyarakat kenal Tuhan,"kata Mel, apabila diajukan soalan tersebut.

Mel yang tidak kekal lama bersama kumpulan Wings hanya sempat merakamkan satu album yang berjodol Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat.

Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu (1996) dan Sukma'98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Unit Amal yang membantu beliau semasa konsert 'Kembalilah' anjuran Dewan Pemuda PAS Dungun pada 12 Mac lalu.

"Kakak ipar saya terharu macam nak menangis, bila Unit Amal bertungkus lumus tolong tolak kereta (saya) lekat (dalam selut) di tapak konsert di Dungun,"ujarnya.

Menurutnya, orang-orang diluar dan tidak biasa dengan PAS merasa hairan dengan semangat PAS dan ahli-ahlinya yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang lain.

Katanya, selepas kereta beliau berjaya dikeluarkan, kakak Ipar dan ahli-ahli rombongannya bertanya tentang sikap ahli PAS.

"dia orang (Unit Amal dan Ahli PAS) ni selalu mcm ni ke?"

"Saya jawab, beginilah selalu (sentiasa).........,"tambah Mel

Kejahatan SPR Makin Menjadi-Jadi

Posted: 16 Mar 2012 03:11 AM PDT

MSO

Pemimpin Pakatan Perlu Kemaskini Nama Masing-Masing


Pemindahan tempat mengundi MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim dari Petaling Jaya ke Lembah Pantai mengesahkan kerja jahat dan tidak bertanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjalankan amanah dan amanah rakyat.

Perpindahan nama Khalid tanpa pengetahuan itu adalah perbuatan paling jahat dan tidak bertanggungjawab. Tindakan itu membenarkan dakwaan Bersih dan pembangkang selama ini yang SPR adalah komponen ke 14 atau 15 Barisan Nasional.

Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf akan membuat seribu dalih termasuk soal teknikal berhubung perpindahan nama Khlid itu. Adalah dipercaya perpindahan haram itu untuk sebotaj PKR dan sekaligus menghalang Khlid bertanding di mana-mana kerusi di Selangor.

Niat lebih busuk dari itu ialah untuk menafikan hak Khalid dilantik menjadi MB Selangor sekiranya PKR menguasai Selangor dalam pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Kejadian seperti itu bukan baru dan hanya berlaku ke atas Khalid Ibrahim tetapi menimpa ramai lagi pengundi.

Saya dan isteri juga ada pengalaman tersendiri di dalam hal ini. Pada tahun 1993 nama saya dipindah ke kawasan lain tetapi nasib baik saya sempat membuat bantahan. Manakala dalam tahun 1999 nama isteri saya dihantar ke lokasi lain menyebabkan dia terpaksa mengundi jauh dari kawasan asal kami.

Perpindahan saya dan isteri diluar pengetahuan kami dan seingat kami tidak pernah memohon untuk membuat perpindahan ke mana-mana kawasan. Adalah dipercayai kerja pindah memindah secara haram ini dilakukan oleh egen Umno kerana pada masa itu ada pegawai dari ibu pejabat Umno berdekatan kediaman kami datang ke rumah meminta no kad pengenalan atas alasan untuk bancian penduduk.

SPR tidak boleh lari dari tanggungjawab ini dan wajar menerima cacian dan sumpah seranah dari rakyat terutamanya mereka yang terlibat dengan pertukaran itu. Mungkin borang permohonan tukar kawasan mengundi dikemukakan, tetapi SPR seharusnya terlebih dahulu kena mengesahkan apakah ia palsu atau benar.

Mungkin setiap kesalahan seperti ini hukuman sewajarnya perlu dikenakan ke atas pegawai terlibat kerana ia membabitkan hak asasi seseorang dan kerja jahat biadap ini satu pencerobohan hak asasi dan sekaligus merudumkan integriti kepada badan bebas itu.

Sehubungan ini para pemimpin perlu mengemaskini nama masing-masing dalam pendaftaran bagi memastikan nama tidak dilempar ke kawasan lain oleh SPR. Tektik menukar kawasan mengundi ini adalah tektik terbaru SPR dalam membantu UBN bagi menghalang pemimpin bertanding di kawasan asal

"Hari Kemarahan Rakyat", cadang Hishamuddin Rais

Posted: 16 Mar 2012 03:09 AM PDT

Lim Hong Siang


"Ini bukan untuk nak menjatuhkan kerajaan, buat ganas, bukan. Kita keluar beramai-ramai memberi tekanan kenapa lapan tuntutan kita tidak ditunaikan, atau kita bertanya bila hendak ditunaikan. Sebelum ini ditunaikan, maka kita tidak boleh adakan pilihan raya. Kalau tidak, kita menipu diri kita sendiri. Ertinya kita tahu bahawa sistem pilihan raya itu adalah tidak betul, dan kita bermain..."

Hishamuddin Rais (gambar kanan) berhenti sebentar, memberi laluan kepada sindirannya, "Saya tidak tahulah, apa hukumnya dalam agama Islam. Adakah ia bersubahat... Saya tak tahulah... Ada mengeluarkan fatwa, kalaulah kamu mengambil bahagian dalam pilihan raya yang tidak bersih ini, maka anda jugalah bersubahat... Saya tak tahu!"

Kemudian beliau meneruskan,"Ke jalan raya ini adalah untuk memperkasa... kemarahan rakyat ini akan diterjemahkan sebagai undi!"

Bosan dengan penipuan bagaimana reformasi tuntutan rakyat semuanya berada "di tengah jalan", Hishamuddin Rais mencadangkan agar satu hari untuk semua rakyat berkumpul, dinamakan "Hari Kemarahan Rakyat".

Menurutnya, semua kumpulan dengan agenda masing-masing, misalnya Himpunan Hijau, mahasiswa dengan isu pemansuhan AUKU, Gerakan Mansuhkan ISA, BERSIH dan sebagainya, turun untuk menunjukkan kemarahan. Mereka bebas untuk mengangkat kain rentang misalnya, "Saya BERSIH!", "Saya tak suka bos saya!", "Saya tak suka isteri saya!", sebelum beliau berjenaka "Saya tak suka Azmin Ali!"

Mungkin beliau serius dengan cadangannya ini, tetapi dibalas dengan ketawa oleh kira-kira 80 orang hadirin yang menghadiri forum "Analisis Arah Politik Malaysia Pasca PRU 13", selepas pelancaran buku "PRU 13, UMNO Tumpas?", tulisan Zainal Abidin Ahmad, di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam. Turut hadir sebagai panelis termasuklah AJK PAS Pusat Dzulkefly Ahmad dan pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari.

Minoriti menjadi suara hati kepada majoriti

Sebelum ini, Hishamuddin Rais dan Dzulkefly Ahmad mengambil pendekatan yang agak berbeza ketika mengolah hujah mereka, apabila diminta untuk meramalkan arah politik Malaysia pasca PRU 13. Dzulkefly Ahmad selaku pemimpin Pakatan Rakyat, bermula dengan "Walaupun kemenangan bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya menantikan kemenangan untuk kita laksanakan reformasi."

Mengakui bahawa dirinya tidak begitu ghairah untuk menang (I am not so keen to win), Dzulkefly sekadar menyatakan harapan untuk menyaksikan unjuran politik ke depan, yang memperkasakan sistem dua parti, sambil beliau melahirkan kekhuatiran bahawa seandainya politik kita berundur ke garis dasar (base line) tahun 2004 (keputusan PRU yang menyaksikan BN memenangi lebih 90% kerusi Dewan Rakyat), ia akan menjadi malapetaka untuk negara ini.

Hishamuddin Rais pula menganggap mustahil Pakatan Rakyat menumpaskan UMNO-Barisan Nasional dengan sistem pilihan raya yang sedia ada, namun menunjukkan jalan, bahawa turun ke jalan raya sebelum pilihan raya, adalah cara untuk memecah "kemustahilan" ini. Bagaimanapun, Hishamuddin Rais menjangkakan bahawa UMNO-BN akan kembali untuk serangan balas yang kuat, seandainya menang dalam PRU 13.

Dengan nada berjenaka, Hishamuddin Rais menggelar Dzulkefly Ahmad sebagai Etonian, dari sekolah Eton, yang bermain kriket. "Menang kalah tak apa, asalkan kita bermain." Dzulkefly mencelah, kebetulan kriket adalah sukan kegemarannya, menggelakkan satu dewan. Hishamuddin Rais mengingatkan, "(Pilihan raya umum) Ini bukan permainan kriket, tetapi rampasan kuasa."

Hishamuddin Rais tetap menganggap struktur sistem yang sedia ada bakal dikerah untuk menumpaskan PR, malah membuat ramalan dan amaran bahawa kroni UMNO yang menguasai bekalan air dan pungutan tong sampah boleh mensabotaj untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor.

Dzulkefly Ahmad (gambar kiri) bagaimanapun mempertahankan pendekatan dirinya, memetik Khalifah Umar al Khattab, "Saya bukan perompak, tetapi perompak tidak dapat mengatasi saya." Dzukefly meluahkan kebimbangannya melihat bagaimana peralihan 10% sokongan kepada Najib Razak selepas Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 diagihkan. Malah, Najib kini sanggup merendahkan dirinya untuk memohon maaf kepada rakyat. Ia menimbulkan kekhuatiran Dzulkefly, bahawa bahasa "pahlawan jalan raya" (street fighter) mungkin tidak sesuai di semua tempat, dan PR memerlukan pendekatan strategi berbeza untuk menjangkau kelompok yang berlainan.

Hishamuddin Rais bagaimanapun, berkata revolusi sesebuah negara tidak berlaku di semua tempat, maka jangan simpan ilusi bahawa Malaysia memerlukan demonstrasi di Jelebu, semua kampung pedalaman untuk membolehkan perubahan berlaku. Itu bukan pemikiran strategi, katanya, sambil memberi contoh bagaimana revolusi di negara lain hanya tertumpu di beberapa kawasan, dan kemudian menyaksikan perubahan di seluruh negara.

Hishamuddin Rais mengisahkan pengalaman dirinya ketika bekerja di BBC. Beliau selalu tanya kepada ketua pengarah, kenapa demonstrasi di Quartier Latin Paris, di Hyde Park London yang dihadiri 40 ribu orang tidak dilaporkan, sebaliknya dilaporkan demonstrasi empat orang di Red Square Moscow?

"Jawapannya cukup logik, ketika zaman perang dingin, Russia sebuah negara yang repressive, berbanding kota Paris atau kota London." Hishamuddin Rais bersambung, "Walaupun lima ribu orang, lima ribu orang itu adalah suara hati (conscience) of the majoriti. Mereka itu adalah empat orang muda Moscow yang berdiri di musim sejuk untuk membantah..."

Baca: Dzulkefly Ahmad: Dasar bersama Pakatan Rakyat tidak buat PAS kurang Islamik

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Malaysia.

Kerajaan BN masih pinggirkan pembangunan masyakarat India

Posted: 16 Mar 2012 03:04 AM PDT

Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Kegagalan kerajaan Barisan Nasional menyediakan peluang kerja kepada kaum India yang layak serta mampu bekerja telah menjadi punca gejala buruk sosial di kalangan masyarakat tersebut.

Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran berkata, peratusan kaum Indian yang ingin bekerja tetapi tidak diberi peluang amat tinggi manakala jumlah mereka yang tercicir dari sekolah serta tidak dibuka peluang belajar di universiti juga ramai.

Katanya, kadar bunuh diri, pertambahan jumlah ibu tunggal dan peningkatan orang India dalam kes-kes jenayah turut berleluasa.

"Apakah sebab-sebab ini berlaku? Itu menjadi tanda tanya. (Ini) adalah kegagalan kerajaan untuk memberi peluang-peluang yang tertentu kepada (kaum India)," katanya sewaktu perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat kelmarin.

Beliau mengingatkan kerajaan BN bahawa ia telah mengumumkan untuk meuwjudkan satu jawatankuasa cabinet Special Implementation Task Force (SITF) mengenai masyarakat India tetapi tidak jelas statusnya.

Beliau mahu kerajaan menjelaskan mengenai:

* Siapa yang mengkoordinasi semua projek dalam SITF?

* Setakat ini apakah kejayaan mereka dan apakah aspirasi masyarakat India yang telah dicapai setakat ini?

* Bagi tahun hadapan dan seterusnya, apakah rancangan-rancangan yang sedia ada?

"Ini kerana kalau kita tengok pada tahun 2000, kerajaan telah mengumumkan ekuiti India akan dinaikkan dari 1.2% ke 3% sebelum tahun 2010. Itu matlamat tahun 2010.

"Bila datang tahun 2010, ia ditukar kepada tahun 2020. Sampai sekarang hanya 1.2% sahaja dan masalah ini masih berlaku. Tidak ada cara atau apa-apa yang dibuat oleh kerajaan untuk menolong mereka mengatasi masalah ini," ujatnya.

Kula Segaran yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat berkata, pada tahun 1971, 17% masyarakat India bekerja dalam perkhidmatan awam tetapi hari ini peratusannya tidak sampai 5%.

"Ada dua orang Menteri (dari kalangan kaum India), apa guna? Tidak ada apa-apa keuntungan kepada masyarakat," tambah beliau.

Menurutnya, atas kesedaran masalah itu, DAP telah mencadangkan supaya diadakan debat perdana dengan Presiden MIC Senator Datuk G. Palanivel dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Namun, beliau kesal kerana mereka menolaknya atas alasan debat itu tidak akan menyelesaikan masalah.

"Kalau betul-betul mereka berani, mereka ada asas, fakta dan perangkaan. Kenapa mereka enggan? Ini menunjukkan bahawa mereka takut kerana mereka tahu ini semua adalah retorik.

"Apa yang dibuat oleh SITF, sasaran ekuiti untuk menolong masyarakat miskin tegar? Semuanya tidak sampai kepada golongan sasar tapi hanya mengkayakan yang sudah kaya," ujarnya.

Beliau menambah, ia menunjukkan bahawa BN tidak ada polisi rasional yang betul dan boleh memanfaatkan masyarakat India.

Kula Segaran juga membangkitkan soal diskriminasi bantuan kepada pelajar sekolah di mana sewaktu tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan membelanjakan RM33.50 sebulan bagi seorang murid sekolah kebangsaan tetapi untuk sekolah Tamil, hanya RM10.55 sebulan dan sekolah Cina RM4.50 sebulan sahaja.

"Kenapakah ada diskriminasi sedemikian? Bukankah anak-anak yang belajar di sekolah kebangsaan, sekolah Tamil dan sekolah Cina ini adalah rakyat Malaysia?" soal beliau.

Beliau juga mahu kerajaan BN menjelaskan mengenai masalah yang sama di bawah Rancangan Malaysia ke-10:

* Berapakah anggaran yang akan dibelanjakan dan berapakah yang telah dibelanjakan untuk setiap anak-anak kita di sekolah kebangsaan, sekolah Tamil dan sekolah Cina?

* Mengenai enam sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil yang akan dibina, berapa peruntukan yang akan digunakan untuk setiap sekolah-sekolah tersebut? – Roketkini.com

Kemaruk kuasa

Posted: 16 Mar 2012 03:01 AM PDT

Oleh Adil Mat Selamat



Sungguh pun Parlimen belum dibubarkan, UMNO yang dikepalai oleh Najib Razak semakin ligat berkempen di seluruh pelusuk tanah air. Nampaknya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya melihat saja, mungkin kerana mereka tidak mampu membezakan setiap lawatan Perdana Menteri ini atas kapasiti ketua kerajaan atau kepala parti.

Inilah amalan yang menimbulkan masalah apabila urusan negara itu telah disalah guna untuk urusan parti. Bak kata pepatah, sambil menyelam, minum air.

Dalam konteks pepatah ini, biasanya kita memahaminya sebagai mengambil kesempatan atas sesuatu peluang. Ia adalah dalam maksud yang baik contohnya, seseorang wartawan akan mengambil kesempatan atas kebolehannya menulis berita dengan menulis novel cereka.

Tetapi di sini, konotasi 'sambil menyelam minum air' itu diterjemahkan oleh amalan politik UMNO secara negatif bila mana perbelanjaan untuk urusan parti itu diambil dari kantung negara iaitu wang cukai rakyat dan hasil sumber negara. Ia bukan duit parti yang disalahgunakan untuk kepentingan parti.

Apabila sudah kemaruk dengan kuasa, sudah tentu apa sahaja peluang yang ada, akan dimanfaatkan sebaik-baiknya hingga mereka langsung tidak segan kepada khalayak rakyat. Sehinggakan Felda yang sepatutnya menjadi hak peneroka dari semua genereasi telah diuruskan seolah-olah ia milik UMNO.

Niat murni sebagai topeng

Baru-baru ini, menurut laporan media, Putrajaya akan tetap meneruskan niatnya untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), dengan atau tanpa 51 peratus saham daripada Felda Holdings yang dimiliki oleh peneroka Felda.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO dilaporkan sebagai berkata, kerajaan tidak akan menangguhkan penyenaraian tersebut sehingga Jun kerana mahu mengambil kesempatan daripada harga minyak sawit mentah (CPO) yang tinggi.

Dari laporan tersebut, mesej paling utama ialah, walau apa pun terjadi, UMNO akan tetap meneruskan hasratnya walau pun ia terus dibantah oleh peneroka Felda yakni rakyat yang sedar keuntungan hanya akan dimiliki elit pemerintah bersama para kroni mereka.

Begitu juga keadaannya apabila kerajaan yang kerja hakikinya bukan untuk berniaga ini, telah menggunakan rasional 'keuntungan' jualan dari harga minyak sawit yang sedang mencanak-canak ini.

Kerana itulah maka kerajaan sanggup membelakangkan rakyat demi 'keuntungan' tersebut. Ini saja sudah bertentangan dengan slogan Najib iaitu 'rakyat didahulukan'.

Ada udang di sebalik batu

Berita Felda ini disambut dengan satu kenyataan dari bekas menteri kewangan dan bekas Bendahari UMNO Tun Daim Zainuddin bahawa UMNO tidak perlu untuk mengumpul dana pilihan raya dari pasaran saham kerana ia mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Singnifikannya bukan sahaja kerana waktu ia dilaporkan, tetapi inti kepada kenyataan ini jelas menunjukan bahawa niat sebenar UMNO dalam kes penyenaraian FGVH ke bursa saham itu 'ada udang di sebalik batu'.

Penyenaraian FGVH ke bursa saham, dipercayai boleh membawa keuntungan kewangan yang banyak dan segera kepada UMNO, ini amat-amat diperlukan bagi sebuah parti yang sudah kemaruk untuk berkuasa dan mempertahankan kuasanya ketika menjelang pilihanraya akan datang.

Jangan kita lupa bahawa, pilihan raya kali ini amat-amat genting buat UMNO selepas momentum tsunami 2008 dilihat tidak kendur-kendur hingga kini.

Bagi Najib pula, pilihan raya ini akan menjadi penentu masa depan politik beliau. Melihat kepada senario inilah maka kita yakin bahawa niat regim untuk menyenaraikan FGVH ke bursa saham adalah untuk kepentingan parti, bukan untuk peneroka Felda.

Jadi siapa yang mengkhianati amanah kepada orang Melayu, yakni peneroka Felda yang rata-ratanya dari kalangan masyarakat Melayu?

Pecah lobang

Inilah strategi atau amalan politik UMNO BN selama ini. Mereka menggunakan aset rakyat untuk kepentingan politik mereka, hujah-hujah yang menjustifikasikan tindakan mereka itu hanyalah pembohongan.

Tun Daim ini bukan sahaja seorang yang mahir dalam urusan kewangan, beliau juga lebih tahu dan berpengalaman dalam permainan politik sebegini. Justeru, ulasan beliau itu jelas memberi isyarat kepada kedua-dua belah pihak iaitu BN dan Pakatan Rakyat.

Amaran kepada UMNO-BN amat jelas bahawa amalan sedemikian sangat merbahaya untuk masa depan parti. Dan isyarat buat PR juga sangat mudah iaitu, ia menjadi satu peluru yang kuat untuk kempen pilihan raya akan datang ini. Dalam kes ini, Tun Daim sudah pecah lobang.

Jadi, bagi PR dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), mereka harus fokus berkempen untuk memastikan aset ini tidak disalahgunakan oleh elit-elit UMNO yang sudah semakin teruk untuk mempertahankan kuasanya.

Malah, ia bukan sahaja kempen untuk PR dan ANAK tetapi juga semua masyarakat prihatin. Isu Felda bukan sahaja isu untuk orang Melayu, ia soal amanah kerajaan terhadap rakyat semua kaum dan agama. Jika kerajaan sudah tidak percaya dengan rakyat, maka rakyat perlu memperbetulkan keadaan ini. – Roketkini.com

Najib harus jelaskan kerugian anak syarikat Khazanah Nasional

Posted: 16 Mar 2012 02:58 AM PDT

Oleh: Darwish Zainal

Dr Mohamad Rafie Abdul Malek


SEREMBAN : Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak didesak menjelaskan kerugian di dalam empat syarikat yang dilabur oleh Khazanah Nasional.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek berkata empat syarikat itu berkaitan dengan pertanian dan ia adalah Malaysian Agrifood Corporation Berhad (MAFC), Blue Archipelago Berhad (BAB), Biotropics Malaysia Berhad (BMB) dan Langkawi Tuna Corporation Berhad (LTCB).

"MAFC ditubuhkan pada 2006 mempelopori sektor pengedaran bahan makanan tetapi penubuhan MAFC dipersoalkan pelbagai pihak kerana peranan dan fungsinya bertindih dengan Federal Agriculture Marketing Authority (FAMA). Ia juga dilaporkan tidak menyumbang kepada keuntungan Khazanah Nasional.

"Blue Archipelago diwujudkan pada 2007 terbabit dalam bidang akuakultur khususnya penternakan udang. Ladang ternak udang di Kerpan, Kedah membabitkan seluas 420 hektar dengan suntikan modal sebanyak RM50 juta dari Khazanah setelah mengambil alih ladang ternak udang Kumpulan Bin Laden yang kerugian dan seluas 1,000 hektar tanah di Setiu, Terengganu yang membabitkan kos sebanyak RM256 juta. Blue Archipelago Berhad dilaporkan tidak pernah mengalami keuntungan setakat ini.

"Biotropics Malaysia Berhad pula ditubuhkan pada 2007 dengan pengkhususan dalam sektor sumber bio untuk produk kesihatan. Manakala maklumat mengenai Langkawi Tuna Corporation Berhad tidak lagi dilaporkan di dalam website Khazanah kerana projek perikanan tuna ini dimaklumkan telah tidak lagi beroperasi.

"Projek yang difahami membabitkan RM50 juta ini juga gagal kerana kegagalan perancangan dan pelaksanaan untuk membawa ikan tuna dari Lautan India dan dibawa balik dengan kapal di dalam sangkar untuk diternak dan dibesarkan di Langkawi.

"Dilaporkan sejumlah RM12 juta dibelanjakan untuk membeli empat buah kapal termasuk sebuah kapal yang berusia lebih 30 tahun. Malangnya semua kapal ini langsung tidak digunakan dan masih tersadai di limbungan kapal," kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie yang juga merupakan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Seremban berkata Khazanah Nasional berada di bawah tanggungjawab Najib yang juga Menteri Kewangan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Kewangan Kedua, Dato' Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Manakala pengurusan Khazanah Nasional diketuai oleh Tan Sri Dato' Azman Mokhtar.

"Najib, Nor Mohamed dan Ahmad Husni wajar tampil menjelaskan kepada rakyat dan negara kerana butiran mengenai empat syarikat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara sebab kesemua projek Khazanah Nasional ini dipertanggunjawabkan terus kepada Perdana Menteri.

"Maklumat tidak rasmi menyatakan bahawa setakat ini kesemua operasi empat syarikat ini berada didalam kerugian dan rakyat berhak untuk mengetahui perkara yang sebenar didalam isu ini. Dianggarkan Khazanah Malaysia telah membelanjakan lebih dari RM500 juta untuk empat buah syarikat ini sahaja dan ia adalah satu jumlah yang cukup besar untuk dibazirkan," ulas Mohamad Rafie.

Bersih 2.0 : Perjelas Pemindahan Mengundi MB

Posted: 16 Mar 2012 02:57 AM PDT




SHAH ALAM : Pemindahan tempat mengundi tanpa penjelasan kepada pengundi seperti yang berlaku kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan bagaimana Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) sudah hilang kredibiliti.

Badan bukan kerajaan (NGO) yang memantau pilihanraya berpendapat SPR perlu menghantar notis kepada setiap pengundi berkenaan apa-apa pertukaran terhadap status mereka.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah mendesak SPR supaya menjelaskan status kes Abdul Khalid dan memastikan yang ia melaksanakan tugasnya dengan professional dan adil.

Maria berkata pemindahan itu satu indikasi jelas yang Kerajaan Umno-BN masih tidak dapat memastikan pilihanraya akan datang bersih dan adil, dan kerana itu, satu lagi perhimpunan besar-besaran mungkin akan diadakan bagi memaksa kerajaan melaksanakan tuntutn Bersih 2.0.

Semalam, media melaporkan kawasan mengundi Abdul Khalid telah ditukar tanpa pengetahuannya. Semakan di laman web SPR mendapati Abdul Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai.

Abdul Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Pengerusi Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata SPR perlu memberi notis kepada pengundi berkenaan pemindahan kawasan mengundi untuk mengelakkan kekeliruan.

"Jadi saya percaya perkara ini boleh diatasi jika pihak SPR bukan sahaja membuat pameran notis tentang perubahan-perubahan ini tetapi juga menghantar notis terus kepada pengundi berhubung pertukaran tempat mengundi atau jika nama mereka telah dikeluarkan.

"Tidak kira siapa pun samada Menteri Besar atau masyarakat awam, sepatutnya beliau perlu dimaklumkan sebab apa pemindahan."

Syed Ibrahim berkata SPR hanya mempamerkan beberapa pemindahan pengundi tetapi tidak mengambil langkah selanjutnya untuk memberitahu mereka.

"Tindakan SPR yang dilihat meragukan khususnya dalam konteks ini melibatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri, jadi ia menimbulkan pelbagai keraguan dan kemudian pihak SPR nanti akan dihujani dengan pelbagai kritikan," kata beliau.

Susulan Kes MB Selangor, Pengundi Tidak Percaya Kepada SPR

Posted: 16 Mar 2012 02:52 AM PDT



SHAH ALAM: Tindakan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang menukar kawasan mengundi tanpa pengetahuan pengundi menunjukkan SPR masih tidak telus dan gagal menunaikan janji untuk adil dan telus dalam pilihanraya.

Rata-rata pengundi kesal dengan tidakan SPR yang sewenang-wenangnya menukar kawasan mengundi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim seperti yang dilaporkan semalam.

Pengundi yang ditemui bukan sahaja hilang kepercayaan terhadap SPR dan pilihanraya, malah mereka tidak mahu mengundi untuk pilihanraya akan datang.

Tinjauan Selangorkini mendapati kebanyakkan pengundi tidak akan mengundi sekiranya terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh SPR.

Mereka mendakwa undian mereka tidak akan bermakna kerana dengan sewenang-wenangnya SPR boleh menggunakan kuasa menukar undian mereka sesuka hati, menukar kawasan undian mereka atau seorang pengundi boleh mengundi dua kali.

Kakitangan Swasta, Yusri Hashim, 40, berkata perkara sedemikian pernah berlaku terhadap rakannya. SPR secara tiba-tiba menukar kawasan mengundi rakannya daripada Subang Jaya ke negeri Perak.

"Ini menunjukkan tindakan SPR itu tidak bertanggungjawab dan tidak relevan terhadap rakyat," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata SPR sepatutnya memantau dan mengemas daftar pengundi.

"SPR tidak seharusnya bersikap sambil lewa, ini melibatkan rakyat untuk memilih siapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ahli Parlimen di kawasan mereka," katanya.

Pengundi lain, Zabidi Zainuddin, 53, berkata beliau tidak akan mengundi sekiranya bukan kawasan yang sepatutnya.

"Saya tidak percaya kepada SPR. Perkara sebegini memang banyak berlaku menjelang pilihanraya. Kenapa saya perlu mengundi untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang saya sendiri tidak kenal? Itu bukan kawasan untuk saya membuang undi.

"Tidak kisah jika mana-mana parti politik, tetapi biarlah bukan berlandaskan penipuan, setakat ini saya sudah menyemak kawasan mengundi, ianya betul tetapi saya akan menyemak semula agar tidak berlaku perkara itu kepada saya," katanya.

Bagi Maryam Yusoff, 52, berkata beliau akan menghantar memorandum dan meminta SPR memberi penjelasan sekiranya perkara sedemikian berlaku kepadanya.

"Jangan timbulkan kemarahan rakyat, rakyat sekarang bukan bodoh untuk menilai, sebagai rakyat kami mahu hak kami secara telus.

"Buat apa kita mengundi jika semua terdapat penipuan? Jangan gunakan individu rakyat untuk bertindak tidak adil hanya kerana untuk seseorang calon memenangi kerusi atau tempat di dalam DUN atau parlimen," katanya.

Sementara itu, Mohamad Nor Itam, 55 , berkata SPR perlu membuat sesuatu menjelang pilihanraya akan datang agar semuanya berjalan dengan lancar dan adil.

"Diharap SPR tidak menggunakan kuasa sesuka hati, jangan sabotaj mana-mana pemimpin hanya untuk kepentingan calon lain atau kerajaan lain. Elakkan sabotaj orang lain, jika sesuatu itu baik sudah tentu kita akan ikut, bukannya perkara begini," katanya.

Hassan Mohammad, 55, pula berkata semua rakyat tidak seharusnya mempercayai SPR.

"Mereka hanya menggunakan kuasa mereka sahaja dan kita pun faham mereka hanya dijadikan mangsa kepada kerajaan yang hanya mahu mereka mengekalkan kerusi dan kuasa mereka dalam negara kita ini.

"Saya akan berhati-hati supaya tidak akan berlaku kepada saya kerana saya tidak mahu diperbodohkan oleh mereka," katanya.

Guru India jadi sasaran Ali Rustam

Posted: 16 Mar 2012 01:28 AM PDT

Harakahdaily,

MELAKA: Nampaknya golongan guru sedang menjadi sasaran Barisan Nasional (BN) untuk mempastikan mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

(Surat yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran Melaka)

Kalau di Tawau, mereka di kelas-kelaskan mengikut sokongan kepada parti politik oleh Jabatan Pelajaran Daerah, di Melaka guru-guru India di'jemput' beramah mesra dengan Ketua Menteri Melaka.


Jemputan itu dibuat sendiri oleh Jabatan Pelajaran Melaka dan dihantar kepada pengetua dan guru besar setiap sekolah.

Menurut surat bertarikh 9 Mac yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran Melaka itu, semua guru India sekolah menengah dan rendah di Melaka di'jemput'.

Mereka dijemput menyertai majlis ramah mesra guru-guru India Melaka dengan Ketua Menteri Melaka pada 19 Mac Isnin ini.

Ia akan diadakan di Dewan Seri Negeri, Air Keroh, Melaka mulai jam 1.30 tengahari.

SPR tidak tunai janjinya - anggota PSC

Posted: 16 Mar 2012 01:26 AM PDT




Anis Nazri,


KUALA LUMPUR:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuktikan badan tersebut tidak menunaikan janjinya apabila bertindak menukar kawasan mengundi membabitkan kawasan Parlimen.

Biarpun ia ekoran pembetulan sempadan kawasan pilihan raya, pertukaran itu hanya boleh melibatkan kawasan yang dilingkungi Parlimen yang sama sebelum ini.

"Jika yang bertukar hanya Dun tetapi masih di Parlimen yang sama, ia tidak menjadi masalah. Tapi, apabila membabitkan pertukaran Parlimen (dan dalam kes MB Selangor negeri), itu sudah tidak betul," tegas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas jawapan SPR berhubung pertukaran kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, dari Parlimen Petaling Jaya Selatan di Selangor ke Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Akibat pertukaran ini, Khalid tidak lagi boleh bertanding dalam DUN Selangor dan menyebabkan beliau tidak lagi boleh menjadi MB Selangor.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Dr. Hatta yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi penambahbaikan pilihan raya (PSC), berkata dengan pertukaran tersebut menunjukkan tindakan SPR yang kononnya membekukan pembetulan sempadan pada 2011 itu sebenarnya tidak berlaku.

"Saya tidak tahu di mana silapnya SPR dalam hal ini, tetapi saya berharap SPR berpegang pada janji bagi memastikan badan itu bebas dari mengundang persepsi negatif daripada rakyat, lebih-lebih lagi dalam 'mood' pilihan raya umum yang semakin hampir, " tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau berkata sewajarnya pihak SPR memaklumkan kepada pengundi yang terlibat dalam pembetulan sempadan itu bagi mengelakkan sebarang kekecohan.

Katanya, jika pengundi dimaklumkan lebih awal tentang pembetulan kawasan mengundi tersebut, kemungkinan berlaku kekecohan pada hari mengundi kelak dapat dielakkan.

"Bayangkan, jika pengundi tidak membuat semakan awal dan tidak dimaklumkan, apabila hari pengundian baru tahu tempat mengundi yang lain, akan berlaku kekecohan. Macam Tan Sri ini, dia sendiri buat semakan," tegas beliau.

Kes membabitkan Khalid ini mula dikesan apabila Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi 'pengundi hantu' di Lembah Pantai.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata Khalid telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

Air: Selangor perkenal program 'Lapor dan Dapat'

Posted: 16 Mar 2012 01:23 AM PDT



Harakahdaily,



SHAH ALAM:
Penduduk pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal hanya perlu melaporkan kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB) mereka bilangan kediaman yang berpenghuni di pembangunan mereka untuk mendapat air percuma.

Demikian kata, Iskandar bin Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor dalam kenyataannya.

Apabila mendapat laporan itu, katanya, kerajaan negeri kemudian akan menyampaikan maklumat itu kepada SYABAS yang akan membuat potongan pada bil meter pukal.

"Oleh itu MC, JMB, agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk diminta berjumpa dengan COB mereka untuk mendapatkan air percuma tersebut," kata beliau dalam kenyataan itu.

Iskandar membuat kenyataan itu bagi menjelaskan tindakan kerajaan negeri untuk memberikan air percuma kepada penghuni flat yang tidak mendapat kemudahan itu ekoran berkongsi meter (meter pukal).

Melalui pendekatan ini, penghuni flat juga akan menikmati kemudahan 20 meter padu air percuma dari kerajaan negeri Selangor ini.

Program "LAPOR DAN DAPAT" akan berupaya memperlipat ganda bilangan penduduk rumah kos rendah mendapat air percuma.

Menurut Iskandar (gambar bawah), potongan yang diberikan oleh SYABAS adalah bersamaan nilai air untuk 20 meter padu kali jumlah kediaman yang berpenghuni.

Mereka kemudian mesti memberi potongan pada bil-bil meter individu penduduk, katanya.

Bukti potongan ini mestilah ditunjukkan kepada COB, tambah beliau.

COB juga akan melakukan pemeriksaan mengejut untuk memastikan bilangan kediaman yang berpenghuni adalah sepertimana yang dilaporkan.

Kaedah pemotongan pada bil meter pukal memang sedang dilaksanakan sekarang tetapi program "LAPOR DAN DAPAT" akan meringkaskan lagi prosedur permohonan.

Program ini akan bermula pada 1 April 2012.

Ekoran itu, penduduk pangsapuri rumah kos rendah digesa untuk mendesak MC, JMB, agen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk agar menghubungi COB supaya mereka mendapat air percuma.

Sistem kupon turut dilaksanakan sebelum ini di dalam usaha untuk memberi air percuma kepada penduduk rumah kos rendah tetapi ia juga amat rumit.

Pemotongan pada bil meter pukal dan sistem kupon dilaksanakan kerana migrasi dari meter pukal ke meter individu oleh SYABAS tidak dapat dilakukan secepat yang dihasrat.

Siapa sabotaj Khalid agar tidak jadi MB?

Posted: 16 Mar 2012 01:19 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:
Tan Sri Khalib Ibrahim tidak boleh lagi menjadi Menteri Besar Selangor selepas pilihan raya umum akan datang apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan kawasan pilihan raya beliau dari Selangor.

Berikutan perubahan sempadan kawasan pilihan raya, Khalid yang mengundi di Petaling Jaya Selatan, Selangor sebelum ini bakal mengundi di Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Menurut peraturan pilihan raya, hanya mereka yang berdaftar di di negeri berkenaan boleh menjadi calon Dewan Undangan Negeri di negeri itu.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Namun, dengan fakta yang ada, kelihatan sabotaj dalaman yang dimaksudkan Razlan adalah "untuk menghalang Khalid menjadi MB Selangor."

Dengan pengakuan SPR bahawa Khalid berubah kawasan ke Lembah Pantai akibat 'pembetulan sempadan pilihanraya', jelas yang mensabotaj Khalid adalah melalui SPR sendiri.

SPR sebelum ini menjelaskan bahawa Khalid kini merupakan pengundi di Lembah Pantai, walaupun sebelum ini mengundi di kerusi parlimen bersebelahan, ekoran langkah pembetulan sempadan kawasan pilihan raya.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, langkah tersebut dibuat pada awal tahun 2010 selaras dengan keputusan SPR untuk menyelaraskan peta pilihan raya dengan peta rasmi negara.

Beliau berkata menteri besar Selangor telah didaftarkan sebagai pengundi di Jalan 16/2 di Seksyen 16, Petaling Jaya, yang telah tersilap dimasukkan sebagai sebahagian daripada kawasan Petaling Jaya Selatan sebelum pembetulan sempadan itu dibuat.

Apabila peta pilihan raya dan peta rasmi itu diselaraskan dengan menggunakan sistem geografi, didapati Jalan 16/2 sebenarnya berada di bawah zon mengundi Rumah Kakitangan Universiti, di bawah kawasan Lembah Pantai.

"Beliau tidak dipindahkan. Beliau masih didaftarkan di alamat yang sama, tetapi sempadan telah diperbetulkan selaras dengan Akta Pilihan Raya 1958," kata Wan Ahmad ketika dihubungi.

Kes yang sama di Hulu Selangor.

Menurut Wan Omar, pembetulan sempadan itu juga menjadi sebab 228 pengundi yang mengundi di Hulu Selangor sebelumnya, mendapati mereka menjadi pengundi di Selayang.

Halang ceramah: Umno masih berpolitik cara kuno

Posted: 16 Mar 2012 01:14 AM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


KEPALA BATAS- Umno disifatkan masih bermain dengan politik kuno apabila sedaya upaya cuba menghalang ceramah Pakatan Rakyat khususnya di kawasan yang didakwa 'kubu kuat' mereka.

Di Kampung Rambai di sini, Umno Cawangan Permatang Rambai didakwa cuba menghalang majlis penerangan Pakatan Rakyat semalam dengan membuat laporan polis dan mengutip tanda tangan penduduk kampung.

Ekoran itu, majlis itu kemudiannya dipindahkan ke lokasi lain atas arahan pihak polis.

Pada ceramah pertama Pakatan Rakyat di kampung itu 5 Mac lalu, mereka didakwa mengganggu ceramah dengan membuat bising dan melaungkan kata-kata kesat ketika pemimpin sedang berucap.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Bertam, Asrol Sani Abdul Razak berkata, sikap Umno itu memperlihatkan mereka masih dibelenggu kerisauan ekoran sokongan yang mendadak terutamanya golongan muda terhadap ceramah PAS, DAP dan PKR.

"Apa yang mereka buat itu tidak langsung mengambarkan mereka berada di negara demokrasi sebaliknya berada di sebuah negara yang kuno, " tegasnya.

Selain itu katanya, tindakan itu juga tidak mengambarkan apa yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hasratkan iaitu mahu melaksanakan tranformasi politik negara ini yang memberikan kebebasan kepada parti politik menerangkan dasar-dasar parti kepada rakyat secara terbuka.

Namun sambung Asrol. perbuatan Umno cawangan tersebut akhirnya memakan diri sendiri apabila ramai penduduk kampung tersebut keluar juga mendengar ceramah di kampung Baru yang terletak berhampiran.

"Sebenarnya ada hikmah disebalik halangan itu. Sebelum ini ketika aktivis mahasiswa Adam Ali, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Timbalan Ketua AMK Kedah, Saudara Khairul Nizam diganggu. Ramai orang kampung sendiri tidak begitu senang, " katanya. -harakahdaily

NFC dan Shahrizat: Dilema politik baru bagi Najib dan Umno

Posted: 16 Mar 2012 01:09 AM PDT

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Kini yang merupakan kejatuhan RM250juta NFC pernah menjadi sebahagian daripada rancangan besar-besaran oleh ahli dalam Kementerian Pertanian untuk menjadikan Malaysia mencukupi dalam makanan, yang merupakan satu pelan yang baik dan boleh dilaksanakan dan boleh menjadi sangat berjaya. Tetapi malangnya, ia telah dirampas oleh UMNO dan bertukar menjadi skim membuat wang bagi pemimpin-pemimpin elit.

Begitu juga dengan Dasar Ekonomi Baru dan apa jua yang perancang negara setakat ini telah cadangkan bagi kerajaan untuk melaksanakan supaya memberi manfaat kepada negara. Semuanya sama ada telah dirampas oleh UMNO atau diluluskan kepada rakan-rakan BN. Ia adalah kerana sebab-sebab ini kerajaan yang diterajui UMNO dengan kuat melaungkan 'kemajuan', manakala apa yang rakyat benar-benar rasakan ialah 'mundur'.

Dengan sara diri dalam pemakananan, Malaysia akan berupaya untuk menyelamatkan berbilion-bilion dalam jangka masa panjang dan malah menjadi pengeksport makanan bersih. Jika DEB telah dilaksanakan dengan betul dan tekun, matlamat itu telah dicapai sekarang dan dasar itu dimansuhkan. Malaysia boleh menjadi kejayaan yang boleh dicontohi seluruh dunia.

Malangnya, UMNO telah merosakkan semuanya. Bagaimana? Mereka masuk campur, memperdaya, menipu, menyedut keluar dan mencuri segala-galanya yang dapat mereka capai. Ia bukan tanpa sebab UMNO digambarkan sebagai kapal lanun. Maka pencuri di Somalia, berhati-hati - UMNO Mari!

Kes klasik tentang skim-membuat-wang UMNO

Huru-hara NFC adalah satu kes klasik skim membuat wang UMNO yang bergerak lancar sehingga perbalahan dalaman membuat puak-puak yang bertelingkah di dalam UMNO berpaling menentang dan membocorkan rahsia satu sama lain. Dari Presiden Umno, timbalan presiden sehinggalah ke pimpinan atasan belia dan sayap Wanita, mereka semua dengan rela menyokong Shahrizat Jalil - Menteri Wanita dan ketua sayap Wanita –setelah keluarganya menggali 1 lubang besar untuk diri mereka sendiri dengan projek pembiakan lembu Pusat Fidlot Nasional.

Jadi ia tidak menghairankan apabila Shahrizat amat marah apabila rakan-rakan UMNO itu kemudian berpaling belakang mereka ke atas beliau dan keluarganya. Selepas mengkhianatinya, mereka memaksanya dan keluarganya untuk melangkah keluar dan disalahkan sepenuhnya. Ingat, seseorang telah membocorkan maklumat rahsia itu kepada PKR, beberapa orang didalam UMNO menyatakan bahawa ia merupakan seseorang dari kem Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi pada akhirnya dia terpaksa membuat pengunduran tergesa-gesa kerana skandal itu tidak terkawal lagi.

Kemudian seolah-olah untuk menunjukkan rasa terima kasih mereka, UMNO elit yang hipokrit bergegas untuk berterima kasih kepadanya kerana 'pengorbanan' dan semangat murah hatinya dalam menerima tanggungjawab dan tidak menconteng arang kepada mereka di dalam proses tersebut!

Tetapi jika Shahrizat adalah pintar, beliau perlu bertaubat dengan ikhlas dan sepenuhnya. Beliau juga perlu memberitahu tentang ahli elit lain bagi sikap mencuri mereka. Lagipun, dia telah pergi pada Umrah beberapa kali (perjalanan ke Mekah) dalam beberapa bulan lepas sahaja yang penuh tekanan dan dia harus tahu dengan baik bahawa rasuah adalah haram dan dosa di mata Tuhan dan Islam.

Cuba untuk melawan balik

Untuk sementara waktu, Shahrizat cuba untuk melawan balik. Komen terkenal beliau iaitu 'pemimpin BN tidak mempunyai masalah' bertujuan untuk menjauhkan serigala dan kawan-kawan yang bermuka-dua. Tetapi pada akhirnya, ia adalah terlalu banyak bagi elit UMNO untuk mengendalikan. Kesetiaan bukan merupakan kualiti yang mereka ada. Ia adalah wang yang sentiasa menjadi penyebut sepunya mereka. Dan apabila Najib, yang juga Presiden UMNO, mendapati sendiri 'urus niaga' dalam NFC terdedah, dia akhirnya mula bertindak terhadap Shahrizat.

Sebagai seorang peguam terlatih, Menteri Wanita harus memastikan bahawa denai kertas tidak membawa kepadanya dan namanya tidak berada dalam mana-mana dokumen. Tetapi jejak kertas terhadap suami dan tiga orang anaknya adalah terlalu besar untuk ditutup oleh helah biasa UMNO - bukan dengan pilihan raya umum ke-13 bakal datang dan Najib menghadapi risiko dimalukan secara awam jika hubungan Kazakhstan dalam NFC terdedah.

Ingat, Najib telah menyeru kepada orang kuat UMNO bahawa BN hanya boleh menang berdasarkan popularitinya sahaja kerana komponen-komponen individu seperti MCA, Gerakan, MIC dan UMNO sendiri telah hilang kredibiliti mereka dengan rakyat. Ini adalah mengapa dia mesti melindungi dirinya walau apapun - untuk melindungi mereka semua! Bahawa UMNO-BN boleh jatuh dan bersetuju adalah tanda betapa terdesaknya gabungan besar itu telah menjadi!

Lubang Buaya

Seseorang itu mungkin tertanya-tanya, mengapa Salleh Ismail, ketua NFC dan suami Shahrizat, tidak melibatkan pasukan profesional sebenar yang sepenuhnya untuk menguruskan projek. Pengkritik menunjukkan bahawa langkah sedemikian tidak menyokong tujuan mereka. Menguruskan projek itu dengan sendiri, dibantu oleh keluarga sendiri, menjadikan kecurian lebih mudah.

NFC pada akhir hari adalah hanya mesin UMNO yang lain bagi membuat wang. Mencuri adalah agenda utama dengan projek-projek lain yang dilancarkan oleh UMNO termasuk Proton, Malaysian Airlines, Zon Bebas Pelabuhan Klang, Tenaga, Telekom, Pengeluar Kuasa Bebas dan sebagainya. Bagi 5 dekad yang lalu, mencuri telah menjadi kepakaran UMNO. Ia telah menjadi satu seni yang diasah, dengan golongan elit UMNO juga mendapat kemahiran baru – menutup, memantul dan melindungi rakan-rakan mereka yang tergelincir.

Tetapi bagi mereka yang tidak dapat diselamatkan - seperti keluarga Shahrizat - ahli perniagaan kejam ini semua tidak mempunyai perasaan menyesal kerana menarikbalik sokongan mereka. Begitulah hidup dalam lubang buaya.

Pegangan Najib terhadap NFC dibuang

Ia tidak menghairankan bahawa Najib tidak banyak berkata mengenai kes NFC kerana bahagian terakhir berita NFC yang pedas melibatkan pembelian pangsapuri mewah RM1.7juta di Kazakhstan. Anak perempuannya berkahwin ke dalam keluarga politik yang berkuasa di sana dan dia dipercayai telah meluluskan satu memorandum persefahaman antara NFC dan pihak Kazakh ketika beliau melawat negara itu pada lawatan rasmi bulan Jun tahun lepas.

Pertama sekali, perjanjian sedemikian adalah salah di sisi undang-undang kerana NFC tidak mempunyai kuasa untuk melabur di luar negara. Kedua, mengapa Najib,yang juga Menteri Kewangan menutup mata? Adakah dia atau kawan Kazakhnya mendapat sesuatu dari itu? Tidak syak lagi, apa sahaja 'hadiah' yang dia telah dapat di Kazakhstan adalah kecil berbanding dengan suruhanjaya yang dia dituduh merasuah dari kapal selam Scorpene yang dibeli pada tahun 2002, tetapi Najib sedang menghadapi pertempuran hidupnya.

Najib tahu dia mesti memenangi PU-13 dan tidak perlu apa-apa publisiti yang lebih negatif. Sebaliknya, beliau perlu menjadikan dirinya seorang wira dan ini adalah apa yang dia kini cuba menipu rakyat Malaysia untuk percaya. Bahawa dia adalah seorang pejuang rasuah, manakala Shahrizat harus dikasihani dan diampunkan.

Ya, Shahrizat bakal melihat suaminya dan anak-anak disumbat ke dalam penjara. Bagi mereka yang lembut hati dalam UMNO, yang kebanyakannya adalah suri rumah luar bandar, ini mungkin cukup untuk membuat mereka mengambil apron mereka dan berarak ke peti undi dan mengundi untuk BN. Tetapi adakah ia juga akan menipu ahli-ahli bandar dan mereka yang berpendidikan tinggi dalam UMNO? Pastinya, muslihat ini tidak akan berkesan dengan rakyat Malaysia yang lain.

Dilema politik baru – UMNO tidak berdaya menangani rasuah

Jadi, buat masa ini, Najib menganggap bahawa dia telah melakukan perkara yang cukup untuk menyelamatkan UMNO dan menenangkan pengundi. Beliau berharap langkah itu juga akan mengambil angin keluar dari layar PKR dan pengarah strateginya, Rafizi Ramli, yang telah berada di barisan hadapan berkenaan pendedahan yang dibuat terhadap keluarga Shahrizat.

Tetapi di sini, Najib mungkin salah. Sama ada Salleh didapati bersalah dan dipenjarakan atau tidak kurang penting. Perkara yang paling penting di mana rakyat Malaysia prihatin, bagaimana Najib dan kerajaan membersihkan selerak NFC.

Cara di mana keluarga Shahrizat membeli kondominium dan sebuah pasaraya di Singapura dan penjualan firma Singapura yang diperbadankan telah mendedahkan bagaimana elit UMNO menggoyahkan wang negara di luar negara. Rakyat Malaysia kini dahagakan butirannya. Mereka mahu tahu bagaimana ia dilakukan dan apa yang Najib akan lakukan untuk memastikan bahawa wang itu dikembalikan.

Ini sudah tentu meletakkan Najib dalam dilema politik yang baru. Jika dia bermula untuk membersihkan kerajaan dan UMNO, beliau boleh menjangka untuk menghadapi rintangan segera dari puak lain termasuk dari Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang memerintah Malaysia dan UMNO selama 22 tahun. Memandangkan Najib sendiri mempunyai 'bagasi' besar untuk dibawa, ini adalah satu tugas yang dia tidak mungkin dapat selesaikan - dan itu adalah untuk menyaring rasuah. Malah, tidak ada pemimpin UMNO yang dapat menyelesaikannya, walaupun dia tidak mempunyai sebarang 'bagasi'.

Mereka yang mempunyai bagasi dalam UMNO melebihi orang-orang yang bersih dan mereka akan memastikan bahawa semua percubaan untuk 'mereformasi' Malaysia tidak menjadi. Ini adalah keadaannya dan ini adalah mengapa apabila bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi telah ditanya apakah isu utama yang dihadapi Malayia dalam satu temuramah Bloomberg baru-baru ini, Badawi hanya berani untuk menyatakan bangsa dan agama.

Senjata Kemusnahan

Oleh itu, tiada - UMNO atau Najib tidak lagi selamat. Shahrizat adalah kambing hitam yang baik tetapi bukannya kambing hitam yang cukup besar untuk menyerap semua salah laku UMNO-BN. Tambahan pula, tindak balas daripada keluarga Shahrizat dan puak UMNO lain yang tentang pengendalian terbaru Najib mengenai NFC - mendakwa Salleh untuk CBT - masih belum dapat dilihat.

Kejatuhan Cowgate Malaysia kekal sebagai "senjata pemusnah besar-besaran" supaya PKR dan Pakatan Rakyat menggunakan untuk mengalahkan UMNO-BN yang korup dalam PU-13.Malaysia Chronicle

BINTANG-BINTANG MUDA PKR: Harapan masih ada - pilihan di tangan kita

Posted: 16 Mar 2012 01:05 AM PDT

M Bakri Musa


Organisasi yang hebat memiliki pemimpin yang hebat. Semua tahu akan kebenaran itu.


Kurang diketahui ialah untuk mengekalkan kehebatan sesebuah organisasi ia mesti aktif memupuk generasi akan datang untuk memimpin. Jika gagal berbuat demikian akan hancurlah organisasi.

Allahyarham TunRazak juga menyedari tentang aspek kepimpinan yang penting ini. Dalam lawatan yang kerap ke daerah-daerah beliau sentiasa mencari bakat baru. Jika menjumpai bakat itu, beliau akan membawa individu itu balik ke ibu pejabat untuk apa yang kita panggil pada hari ini "fast tracking." Begitu juga Jack Welch, ketua eksekutif legenda GE.

Apabila dia melawat unit-unit dalam syarikatnya, dia akan meminta ketua jabatan untuk menamakan dua atau tiga orang yang ada potensi. Dia akan bertanya pada para pengurus apakah yang telah mereka lakukan untuk mengasah bakat orang yang berada di bawah jagaan mereka ini.

Sebagai kesimpulan pada pengamatan saya, kita boleh tahu banyak tentang potensi masa depan organisasi dengan melihat kepada barisan pelapis pemimpinnya. Atas sebab inilah saya yakin akan masa hadapan Keadilan. Parti itu mempunyai ramai bakat muda.

Bakat muda

Baru-baru ini, yang sering muncul dalam berita adalah ketua strateginya, Rafizi Ramli.

Ini adalah ukuran bagi kaliber pemimpin muda dalam Keadilan bahawa Rafizi yang sedang naik tidak menenggelamkan bakat muda yang lain. Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Ahmad and Sim Tze Szin merupakan antara bintang yang sedang begermelapan di ruang angkasa Keadilan. Ini seiring dengan bukan sahaja masa depan Keadilan yang gemilang, tetapi bangsa kita.

Cabaran bagi pemimpin keadilan adalah untuk mengekalkan kecermelangan bakat mudanya kerana merekalah yang akan menjadi daya penarik bagi orang lain.

Mereka yang berbakat akan menarik mereka yang lebih berbakat lagi. Mereka bukan seperti lilin yang kurang bercahaya; satu-satunya cara untuk menjadikan lilin yang kurang menyerlah bersinar dengan terang adalah dengan memadamkan lilin-lilin yang lain. Bintang yang bersinar menerima cabaran dari yang lain kerana bersama-sama mereka akan menyinari galaksi dan ruang angkasa pada waktu malam.

Tze Tzin

Selain daripada Tze Tzin, yang sekarang merupakan ahli dewan negeri Pulau Pinang, saya tidak pernah berkesempatan berjumpa dengan yang lain. Saya mengenali Tze Szin semasa dia merupakan pelajar siswazah lagi dan kemudiannya menjadi seorang jurutera di Lembah Silikon. Caranya yang agak pendiam, merendah diri dan kepimpinannya yang efektif sudah jelas pada masa itu. Saya menyedari akan kualitinya yang tiada tandingan apabila dia meminta nasihat saya untuk memasuki institusi undang-undang di Amerika.

Jika soalan yang ditanya adalah daripada orang Amerika, saya tidak akan terkejut, namun, dari seorang rakyat Malaysia yang telah dibesarkan dibawah sistem pendidikan yang dikawal ketat dan mempunyai trademark menjuruskan pelajar dalam bidang khusus, dia mencerminkan minda yang mampu berfikir diluar jangkaan, tidak dijumudkan oleh tradisi dan kebiasaan. Paling menakjubkan pula, dia telahpun mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan pada masa itu! Tze Sin ingin memainkan peranan sebagai pemimpin dan mahu memahami perihal prinsip undang-undang dan inilah yang menjadikannya berminat dengan bidang undang-undang. Saya memberitahunya bahawa seseorang itu tidak perlu dilatih sebagai peguam untuk memahami undang-undang. Sebaliknya, telah ramai yang dilatih dalam bidang itu tetapi menjadi pemimpin dengan sengaja menyalahgunakan undang-undang. Pemimpin Filipina, Marcos bukan sahaja contoh yang baik, malah dialah antara yang paling teruk.

Nik dan Nurul

Saya mengenali Nik Nazmi, seorang graduan undang-undang dari King's College melalui bukunya, Moving Forward: Malays of the 21st Century.

Dalam ulasan saya terhadap buku itu, saya menulis, "Mungkin saya akan melahirkan perasaan kurang selesa Nik kerana saya begitu terpanggil untuk membandingkan bukunya dengan sebuah buku yang ditulis oleh ahli politik yang agak berumur. Ia bukanlah sesuatu yang serupa malah berlainan dari pelbagai aspek. The Malay Dilemma tulisan Mahathir kasar dan penuh emosi, Moving Forward tulisan Nik bersifat intelektual dan rasional. Jika Mahathir menyakitkan hati kita , Nik Nazmi memujuk; dimana Mahathir mengkritik, Nik mendamaikan. Nik meminta kita berkongsi impiannya untuk Malaysia. Mahathir pula memaksa kita menerima impiannya." Nik merupakan ahli dewan negeri Selangor pada masa ini.

Saya menilai pemimpin politik bukan kerana retorik mereka yang tinggi mengewan tapi pada kepandaian mereka dalam berhujah tentang idea mereka serta pemikiran yang bijak. Nik Nazmi merupakan seorang ahli politik yang mempunyai masa depan yang cerah.

Nurul Izzah pula, seperti Nik Nazmi pada usia belum mencecah 30 tahun sudah menjadi ahli Parlimen. Dia telah memenanginya pada percubaan pertama menjadi calon, menewaskan menteri wanita yang veteran dan popular. Ingat, kawasan Lembah Pantai yang merupakan kawasan Nurul adalah dimana terletaknya kampus Universiti Malaya dan kawasan kediaman kelas atasan iaitu Bangsar. Maknanya, pengundinya yang berpendidikan tinggi serta sofistikated itu tidak dipengaruhi oleh pangkat dan janji manis, lebih kepada pengisian dan kebolehan.

Tun Razak yang muda

Kemudian, ada Rafizi Ramli. Jika ada seorang yang telah memalukan kerajaan Barisan pada hari ini, Rafizilah orangnya. Jika Barisan, terutama sekali UMNO, akan kalah pada pilihanraya umum yang akan datang, ia adalah hasil usaha Rafizi yang tidak pernah jemu mendedahkan skandal dan korupsi NFC yang melibatkan Menteri Wanita yang juga dari barisan UMNO BN.

Kesungguhan Rafizi menyamai ketelitiannya dalam mencari bukti korupsi peringkat nasional. Kemudian dengan cemerlangnya, dia mendedahkan butir-butir dalam skandal itu sikit demi sedikit, memerangkap lawannya.

Sharizat dan keluarganya telah jatuh tersungkur ke dalam perangkap Rafizi.

Apabila butir-butir ringkas yang pertama telah diturunkan, pegawai NFC cepat bertindak balas dengan membuat penafian. Kemudian setelah berjaya terjebak ke dalam perangkap, Rafizi menerkam kepada mereka dengan mendedahkan lebih banyak fakta, memaksa mereka menarik balik penafian awal itu.

Mereka memandang rendah keupayaan Rafizi, mereka mengemukakan satu lagi pertahanan kuat, tetapi ia telah dirobohkan oleh Rafizi dengan satu lagi pendedahan.

Rafizi menjadikan mereka kelihatan begitu bodoh, tidak cekap, atau kedua-duanya sekali, selain daripada melanggar undang-undang.

Apabila Rafizi mengeluarkan fakta pembelian kondominium mewah, pegawai NFC pada mulanya menafikannya dan cuba untuk melakukan serangan peribadi dengan merendah-rendahkan Rafizi, namun, mereka dengan cepat berundur apabila Rafizi mengeluarkan butir-butir yang lebih sulit. Selepas ini mereka cuba untuk merasionalkan pembelian sebagai 'pelaburan'! Pengurus NFC bukanlah satu-satunya yang diperangkap oleh Rafizi. Ketua Polis yang pada mulanya menolak dakwaan terpaksa menarik balik dan membuka semula siasatan. Sekarang, pegawai penyiasat yang bijak pandai telah mencadangkan agar pegawai NFC dikenakan dakwaan pecah amanah, pada asasnya untuk menghalang pegawai atasan daripada mencampuri siasatan.

Semua akuan-akuan yang bercanggah ini mendorong Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz untuk memberitahu pegawai NFC supaya menutup mulut mereka, nasihat yang sangat aneh dari seorang ahli politik yang biasanya tidak berhenti bercakap.

Perangkap Rafizi yang terbesar adalah pemfailan saman fitnah oleh Shahrizat terhadapnya. Dalam prosiding sivil yang berbeza daripada jenayah, kedua-dua plaintif dan defendan tertakluk kepada soal siasat dari mahkamah. Sekarang Rafizi akan mempunyai peluang di mana mereka yang terlibat perlu memberi keterangan bersumpah di mahkamah secara terbuka. Saman fitnah terbukti cara yang paling berkesan untuk mendedahkan adanya rasuah dalam politik, kerajaan dan perniagaan yang telah mencengkam negara kita sejak beberapa dekad lalu. Dari segi perbezaan jumlah RM250 juta ini skandal NFC agak kecil berbanding skandal kejatuhan pertukaran asing Bank Negara atau Pelabuhan Bebas Cukai Klang (PKFZ). Walaupun kurang dalam nilai wang, jika berbanding dengan pendedahan korupsi yang menjijikkan, terutamanya kerakusan dan keangkuhan ahli politik tertinggi UMNO, ia tiada nilainya.

Rafizi Ramli mengingatkan saya pada Tun Razak yang muda. Seperti dia, Rafizi berasal dari sebuah kampung di pantai timur Malaysia (Terengganu bagi Rafizi, Pahang bagi Razak). Kedua-duanya merupakan pelajar cemerlang di Kolej Melayu, dan kedua-duanya telah dihantar ke Britain atas biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional, undang-undang untuk Razak dan kejuruteraan untuk Rafizi. Sekali lagi, kedua-dua mereka telah mempunyai kerjaya yang baik sebelum berkecimpung dalam bidang politik. Razak mungkin telah menjadi anak negeri yang pertama memegang jawatan 'Gabenor-Jeneral British' di Malaysia. Beliau telah meninggalkan itu dan menyertai UMNO pada masa ganjaran pangkat mahupun kebendaan belum tentu diperolehi.

Rafizi telah mempunyai kerjaya "fast track" di PETRONAS dan mungkin juga boleh menjadi CEO pada masa depan tetapi meninggalkan itu semua untuk menyertai Keadilan yang pada masa parti itu tidak mempunyai kuasa politik langsung.

Musuh utama Razak pada masa itu adalah mereka yang berkulit putih, orang British yang berfikiran kolot dan bersifat kolonial; bagi Rafizi pula, tidak kurang menggerunkan orang-orang berkulit sederhana gelap, panglima UMNO yang berfikiran ala feudal yang sudah berakar umbi tetapi menyamar sebagai nasionalis Melayu.

Ia lebih senang untuk memperlekehkan Rafizi seperti wartawan bebas yang menyelongkar korupsi demi untuk mencari publisiti atau untuk memanggilnya dengan pelbagai nama, seperti Menteri Wanita Shahrizat telah lakukan. Kesilapan mereka adalah memandang rendah kepadanya, seperti ramai yang di dalam UMNO. Mereka yang tamak dan tidak malu kerana terlibat dalam skandal NFC lebih baik menjawab sahaja persoalan yang didedahkan oleh Rafizi, dan perlu berbuat demikian tanpa memperkecilkan kebijaksanaan rakyat Malaysia.

Rafizi tidak mungkin boleh mendapatkan butir-butir dan dokumen penting tanpa bantuan 'dalaman'. Mereka yang telah memilih untuk mengamanahkan ini kepadanya mencerminkan keyakinan mereka terhadapnya. Itu adalah kayu ukuran bagi lelaki muda yang pintar ini.

Rafizi Ramli, Nik Nazmi, Tze Szin dan Nurrul Izzah bukan hanya bintang yang bersinar dalam parti Keadilan, mereka juga milik Malaysia. Merekalah pemimpin muda yang berkaliber yang akan memimpin Malaysia ke arah masa hadapan yang lebih cerah.

M Bakri Musa adalah seorang penulis terkemuka Malaysia yang tinggal di Amerika Syarikat

Mengapa NFC beli kondo mewah di Kazakh: Hadiah perkahwinan utk anak PM?

Posted: 16 Mar 2012 12:56 AM PDT

Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle


Wang dan masa ialah dua perkara penting kepada PM Najib Razak jika beliau ingin kekalkan kedudukan nya sekarang, tetapi sumber kedua-duanya agak terhad. Pergerakan seharian nya telah di rangka untuk 12 bulan akan datang, yang kebanyakan nya telah direncanakan secara terperinci dan terancang. Tidak banyak ruang untuk perubahan kecuali keadaan bebetul memerlukan, kata kakitangan nya.

Seterusnya persoalan wang.Dengan hanya RM23,000 sebulan pendapatan sebagai Perdana Menteri, tidak masuk akal bagaimana Najib dan isterinya Rosmah boleh menjalani gaya hidup mewah dan glamor yang di idamkan. Seluruh negara mengetahui kedua mereka mewah,dengan kritik menyebut kareer lampau Najib yang mewah di Kementerian Pertahanan sebagai sumber kemewahan mereka. Sehingga hari ini,Najib dibelenggu dakwaan beliau mengambil imbukan RM570 juta dari pembuat senjata Perancis, DCN kerana bersetuju membeli 2 buah kapalselam Scorpene bagi pihak kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, wang ini tidak boleh dibelanjakan oleh kedua nya sewenangnya.Walaupun jika mereka boleh berbuat demikian,mungkin mereka tidak mahu. Tamak haloba ialah satu sifat yang buruk,dan kebanyakan orang hanya akan membelanjakan wang orang lain,tapi tidak wang mereka sendiri.

Pegawai/Kakitangan dan orang suruhan yang tidak sanggup lagi berkorban untuk tuan mereka

Bagaimanapun,sebagai perdana menteri dengan kuasa yang ada ditangan dan ribuan pegawai yang patuh kepada arahannya, kehendak dan permintaannya beliau dan keluarganya dengan mudah dapat ditunaikan. Walaupun mereka tidak mahu dilihat melakukan perkara tersebut, mereka dengan mudah boleh memperdayakan pegawai-pegawia mereka untuk menandatangani bebragai dokumen. Ugutan hukuman atau 'cold storage' sentiasa ada. Satu dilemma untuk memuaskan hati majikan atau meletakkan reputasi dan integriti mereka dalam keadaan bahaya. Apalagi menanggung kesalahan dan tidak mensabitkan Najib dan Rosmah-walau apa terjadi.

Tetapi itu stail yang lepas.Masa berubah dan pegawai lebih bijak dan berhati-hati kini. Mereka tidak rela lagi berkorban untuk majikan mereka, contoh terbaik yang dipelajari dari dua pengawal peribadi Najib .yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh warga Mongolia,Altantuya Shaariibu,perempuan simpanan kepada Razak Baginda, teman baik PM.

Tidak kira betapa berkuasanya PM,para pegawai lebih berhati-hati; mereka menyimpan dokumen-dokumen yang boleh mensabitkan sebagai 'insuran'.Dan mereka tidak ragu-ragu mendedahkan dokumen tersebut kepada orang ramai jika ada cubaan menjadikan mereka kambing hitam.Mereka sudah jemu dengan Najib dan Rosmah, ketua mereka yang banyak kerenah.

Hal ini menjelaskan kenapa tiba-tiba banyak maklumat terperinci berkaitan salahguna kuasa dan wang oleh teraju NFC yang berjumlah RM250juta. NFC ,sudah tentu di terajui oleh keluarga seorang Meneri UMNO Shahrizat Jalil, yang suaminya didakwa melakukan jenayah pecah amanah awal minggu ini.

Satu lagi perkara yang menyokokng perepsi bahawa keluarga Najib juga menyalahguna kuasa ialah dimana mereka mencampur adukkan perkara peribadu dengan urusan rasmi. Bukan sesuatu yang mengejutkan jika Najib telah menipu seluruh negara sejak dari beliau menjadi PM pada tahun 2009. Walaupun mereka mempunyai banyak wang, tidak mustahil mereka lebih suka membelanjakan wang orangramai termasuk negara. Jadi,mereka patut dilabel sebagai murahan.

Kejadian yang tepat pada masanya

Pada 17 Mei,2011, pasangan pertama ini yang kononnya dalam lawatan rasmi ke New York dan Washington DC tetapi akhirnya menghadiri majlis graduasi anak mereka,Nooryana di Universiti eorgetown.

Beberapa minggu kemudian pada awal Jun,Najib dan Rosmah dalam lawatan rasmi ke Kazkhstan.Najib juga mengetuai delegasi ke World Islamic Economic Forum (WIFE) yang berlangsung di Astana,ibu negara Kazakh. Satu kejutan kah bila Najib dituduh sengaja memilih supaya lawatan tersebut serentak seupaya beliau boleh menyelesaikan usuran peribadi seperti pertunangan anak perempuan nya dengan sebuah keluarga berpengaruh dari Kazakhstan? Lebih mengejutka n bila beliau melibatkan beberapa tetamu peribadi dalam rombongan rasmi nya untuk menghadiri majlis tersebut.

Malahan, lawtan ke Kazakhstan mula menghantui Najib. Semasa WIFE, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara pengarah NFC dengan daerah Jambly di Kazakhstan bertujuan pembiakan lembu untuk di expot ke Malaysia dan negara jiran. Sudah tentu Najib telah dinasihat kan oleh pegawai-pegawai nya merit MOU terebut, juga samada perjanjian tersebut dibenarkan antara NFC dan kerajaan Malaysia untuk melabur di Kazakhstan. Samada terdapat kepentinagn tersembunyi atau tidak,Najib secara melulu bersetuju dengan urusan tersebut.

Hadiah perkahwinan condo RM1.7 juta?

Pada September lepas,NFC membeli satu unit kondo mewah bernilai RM1.7 juta,kononnya untuk digunakan sebagai pejabat. Pembelian ini sekali dengan kondo di bangsar dan Singapore yang mana pengarah NFC dituduh dibeli secara rasuah sekarang menjadi perhatian lapuran polis , menurut lapuran berita terkini.

Kenapa membeli kondo mewah untuk dijadikan pejabat? Pembikana lembu bukannya satu pelaburan atau perbankan korporat dimana terdapat pelanggan jutawan yang perlu layanan istimewa, atau mungkin pengarah NFC anggap keluarga Najib demikian? Adakah kondo tersbeut dibeli untuk kemudahan anak perempuan Najib atau Rosamh atau ahli keluarga yang lain bila-bila mereka melawat Kazakhstan?

Satu keputusan perniagaan yang baik untuk menjadikan kediaman mewah sebagai pejabat bila membuat pesanan bekalan lembu, makanan ternakan dan sebagainya akan mejadi aktiviti utama? Lagipun, lembu dan condo tidak sama. Adalah lebih elok,bijak dan murah membuka pejabat di bandar atau daerah perniagaan.

Terdapat khabar bahawa NFC sering membantu beberapa ahli politik UMNO dengan mmebekalkan lembu2 utk upacara korban semasa hari raya haji, pada kadar harga lebih murah atau percuma.Jadi,membeli kondo untuk mengambil hati PM atau untuk kemudahan ahli keluarganya adalah tidak mustahil.

Samada mereka ingin menjual kondo tersebut kepada keluarga Najib dengan diskaun, keluarga Shahrizat boleh menafikan semua dan mendakwa pembangkang membuat tuduhan liar, tapi mereka perlu menjelaskan kenapa keputusan tersebut dibuat dan adalah ia mengikut perautran pinjaman RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan Malaysia.

Terdapat spekulasi yang mengatakan condo tersebut ialah hadiah perkahwinan anak perempuan Najib.Jika benar, semakin banyak tembelang pecah bila ianya berkait dengan rasa tak puas hati orang ramai.Terdapat penyalahgunaan kuasa diperingkat tertinggi dan tamparan kepada orangramai yang merungut betapa sukarnya hidup kerana kenaikan harga barang dan sarahidup.

Menyokong rasuah

Bukan perkara tidak adil jika ada gesaan untuk pendedahan peuh kerana ini satu contoh budaya Gua tolong lu, lu tolong gua yang secara terang di promosi oleh Najib sendiri. Jadi ia perlu disiasat secara terperinci. Ini lah sebabnya Suruhanjaya Pilihanraya patut menghukum Najib bila beliau mula-mula memberi komen berkaitan. Tidak bertindak segera terhadap rasuah tapi mengatakan ia tidak salah, ianya cuma gembar gembur dari pembangkang yang membesarkan isu,menyolong perbuatannya dan perkembangan terus budaya kotor terebut.

Ini antara sebab walaupun keputusan mendakwa suami Shahrizat,Salleh Simail dengan jenayah pecah amanah, tidak ramai yang percaya yang pemerintahan Najib akan dapat semula wang rakyat yang telah dibelanjakan.Untuk meredakan kemarahan orangramai, media UMNO bersungguh sungguh melapurkan isu lebih ramai pengarah NFC akan didakwa

Bagi keluarga Shahrizat,ini satu pengajaran yang pahit. Kawan-kawan berpengaruh yang sering mereka bantu tidak dapat membantu mereka.Ini lah lumrah politik.Hanya yang kuat akan bertahan. Melihat dari rekod lampau Najib dan Shahrizat, dan kerajaan BN selama ini, peluang besar untuk keluarga Shahrizat terlepas dengan hanya hukuman ringan.

Skandal bil jamuan makan malam

Sementara itu,najib dan Rosmah juga perlu bertanggungjawab. Permulaan nya ialah beri penjelasan kepada dakwaan terbaru yang mereka melepaskan tanggungjawab melunaskan bil jamuan makan malam RM410,000 di Putrajaya kepada pembayar cukai. Ini bukan satu jenaka kerana rakyat perlu membayar RM1.1 juta bagi penerbangan rombongan Najib ke WIFE tahun lepas, yang didakwa termasuk tetamu peribadi untuk majlis pertunangan.

Amat meragukan Najib dengan gaji sebulam RM22,826.65 mampu membelanja kan RM80,000 untuk majlis harijadi nya yang berlangsung pada bulan tersebut juga. Walaupu keluarga nya bersronok sepanjang 2011, rakyat Malaysia berhak bertanya bagaimana PM mereka yang menafikan salahguna kuasa dan berkeras menyatakan beliau menanggung sendiri kos kedua majlis- mampu berbuat demikian dengan jumlah gajinya.

Tambahan lagi.ketika sambutan Hari Kebangsaan,Najib dan keluarga nya menyelinap keluar dan terbang ke Perth untuk percutian dan menggunakan jet persendirian kerajaan untuk mereka dan tetamu mereka. Bila terlalu banyak kejadian salahguna kuasa dn wang,sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena.Malaysia Chronicle

S'gor beli 50 jentera baru untuk atasi masalah sampah

Posted: 16 Mar 2012 12:54 AM PDT

Kerajaan Negeri Selangor telah membeli sebanyak 50 buah trak penyendat untuk disewakan kepada kontraktor bagi menyelesaikan isu kutipan sampah yang berlaku di tiga kawasan majlis perbandarannya – Petaling Jaya, Subang Jaya dan Selayang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, jentera yang akan tiba pada April itu diharapkan mampu membantu kontraktor yang tidak mempunyai mesin tersebut untuk menjalankan tugas mengutip sampah.

"Kerajaan Negeri membeli dalam 50 buah kompektor secara berperingkat bagi membantu mereka kerana jika mereka sewa di luar, harga paling tinggi yang pernah saya dengar mencecah RM16,000 sebulan.

"Jadi diharap, dengan pembelian ini dapat membantu kontraktor membuat kerja," katanya pada sidang media di bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohamad Roslan Sukiman dan Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Zainal Abidin Aala.

Menurut Liu lagi, langkah lain bagi mengatasi isu sampah ialah dengan mencadangkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menubuhkan 'in house' kontraktor sebagai salah satu cara untuk memberi peluang kontraktor mengutip sampah.

Jelas Liu, 'in house' kontraktor itu mestilah tidak melebihi 15 peratus kontraktor yang berada di bawah PBT.

"In house kontraktor ini satu langkah yang baik dan ia sebagai 'back-up' dengan merekrut pekerja mereka sendiri dan juga dengan membeli atau menyewa jentera.

"Kita juga akan turut edarkan nama dan nombor telefon kontraktor yang telah kami yakin tidak akan undur diri, kepada penduduk bagi memudahkan mereka berhubung jika ada sampah yang tidak diangkut," katanya.

Kenapa afidavit Tengku Goh namakan Musa, Gani?

Posted: 16 Mar 2012 12:52 AM PDT

Adakah penjenayah dari Johor Goh Cheng Poh @ Tengku Goh mempunyai hubungan istimewa dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan?

Soalan ini ditimbulkan lima tahun lalu oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID), Datuk Ramli Yusuff dalam afidavit jawapan kepada permohonan habeas corpus Goh supaya dibebaskan daripada perintah kediaman terhad.

Dokumen mahkamah yang ditunjukkan kepada Malaysiakini, menambah lagi misteri mengenai kemungkinan wujudnya hubungan sedemikian, kerana Goh menyatakan dalam permohonannya pada 14 Ogos 2007: "Saya percaya bahawa Ketua Polis Negara juga tidak diberitahu langsung mengenai tangkapan dan tahanan saya."

ramli yusuff asset declare case 120310 05Goh ditahan di Johor Baru pada 1 Ogos 2007, dan diletakkan dikenakan perintah kediaman terhad sehingga dibebaskan empat bulan kemudian.

Ramli (tengah dalam gambar), dalam afidavit jawapan kepada permohonan Goh itu, berkata kenyataan itu "seolah-olah sabjek (Goh) mempunyai hubungan istimewa dengan KPN".

"Ia juga seolah-olah KPN (ketika itu) mempunyai minat khusus ke atas hal ehwal sabjek yg merupakan seorang kurang baik," kata afidavit bekas pengarah CCID itu.

johari baharumGoh telah mengaku mengenai latar belakangnya dan ini dinyatakan dalam afidavit untuk menyokong penahanannya oleh Ramli, bekas
timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharum (kanan) dan polis - bahawa Goh mempunyai sejarah jenayah yang panjang dan pernah dibuang negeri sebelumnya.

Goh mengaku dalam laporan polisnya berhubung aduan yang dibuat terhadapnya bahawa dia tidak mempunyai latar belakang yang baik kerana dia telah dibuang negeri ke Pahang kerana menjadi bookie taruhan kuda.

Afidavitnya yang menyatakan dia telah dibersihkan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan oleh Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani Patail, juga menimbulkan persoalan sama ada dia memperolehi pengetahuan dalaman.

Ramli menyifatkan ini dalam afidavitnya sebagai "satu lagi percubaan nakal mempalitkan nama baik penjawat awam dan agensi kerajaan."

Kata Ramli, terpulanglah kepada BPR dan Peguam Negara untuk menjawab atau menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Goh itu.

musa hassan pc 021107 answersAffidavit Goh menyifatkan tuduhan mengenai Musa mempunyai "hubungan" dengannya sebagai tidak berasas dan dia percaya Peguam Negara dapat mengesahkan perkara itu.

Sumber-sumber biasa dengan kes itu berpendapat, jika kenyataan Goh tidak betul, maka kenapa Musa (kiri) atau Peguam Negara tidak mengambil tindakan terhadap Goh ataupun menafikannya. Musa atau Gani tidak memfailkan apa-apa permohonan untuk menangkis dakwaan ini.

Juga, pada hari penangkapan Goh pada 1 Ogos, Musa memberitahu sidang akhbar bahawa beliau telah dianiaya oleh orangnya sendiri.

Pergelutan di SPRM ketika pekebun OKU buat laporan

Posted: 16 Mar 2012 12:49 AM PDT

Cubaan Frusis Lebi, seorang pekebun kurang upaya untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terganggu apabila berlaku pergelutan ketika pengawal keselamatan menghalang kumpulan itu daripada memasuki Bangunan Sultan Iskandar di Kuching.

NONEADUN Padungan Wong King Wei berkata kumpulan itu telah dihalang daripada memasuki bangunan yang menempatkan ibu pejabat SPRM Sarawak, atas alasan bahawa wakil yang mengiringi beliau memakai baju yang tertera logo DAP.

"Saya ditolak dan dihalang masuk oleh pengawal keselamatan di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar ... Pintu utama juga ditutup kepada ahli-ahli DAP dan orang ramai.

"Mengapa? Apabila saya bertanya kepada mereka, orang yang bertanggungjawab berkata ia adalah kerana logo berkenaan adalah dilarang, iaitu logo roket," katanya dalam satu tulisan di Twitter.

Turut mengiringi Frusis adalah ADUN Batu Kawah Christina Chew dan Ketua DAP cawangan Sri Aman Leon Jimat Donald.

NONEKetika dihubungi, Leon (kanan) berkata, kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 10:30 pagi apabila ahli kumpulan itu 'dikasari' selepas berkeras untuk memasuki bangunan itu bagi membuat laporan SPRM.

"Seorang pengawal keselamatan itu menolak bahu saya dan kami dihalau keluar dengan arahan supaya tunggu di luar," katanya.

Kumpulan itu, katanya, hanya dibenarkan masuk ke dalam bangunan itu dengan iringan pengawal keselamatan selepas lebih daripada 15 minit pertengkaran hangat.

"Kami mahu buat laporan tetapi apabila kita bertemu dengan pegawai itu, dia kata bahawa mereka sendiri sedang menyiasat perkara itu dan tidak ada keperluan untuk membuat laporan tambahan," kata Leon.

Laporan berkenaan adalah berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang yang mengakui beliau mengarahkan bantuan subsidi pertanian Frusis dihentikan kerana menyokong pembangkang.

NONESementara itu, penolong setiausaha publisiti DAP, Teo Nie Ching (kiri) yang melancarkan tabung mengumpul dana menerusi internet selama tujuh hari bagi membantu pekebun kurang upaya itu pada 8 Mac lalu, ketika dihubungi, berkata lebih daripada RM10,000 berjaya dikumpulkan.

Menurut Teo, jumlah sebenar dari kempen yang berakhir semalam akan disiarkan dalam masa terdekat, tetapi menegaskan bahawa ia sangat berjaya walaupun hanya dilakukan menerusi internet.

"Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia kebanyakannya lebih mengambil berat terhadap golongan miskin dan yang memerlukan daripada pentadbiran BN.

"Ini juga membuktikan bahawa walaupun dilabelkan sebagai 'samseng', kebanyakan pengguna internet adalah berfikir secara logik dan rasional. Mereka tahu bagaimana untuk menggunakan platform ini untuk memberi manfaat kepada rakyat," katanya.

NONEPenyata akaun untuk kempen derma itu akan disiarkan minggu depan, kata beliau.

Sambil menambah bahawa kejadian itu masih jauh daripda berakhir, Teo berkata Mong mesti meletakkan jawatan atas tindakannya dan segera mengembalikan subsidi pertanian kepada Frusis.

Nota: Perenggan kedua telah dipinda untuk menjelaskan bahawa pejabat SPRM Sarawak itu terletak di dalam Bangunan Sultan Iskandar di Kuching.

'Cowgate' akan tentukan keputusan PRU, kata Daim

Posted: 16 Mar 2012 12:47 AM PDT


MALAYSIA KINI

Pemimpin veteran Umno veteran yang juga bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin memberi amaran bahawa jika skandal National Feedlot Corporation (NFC) tidak diurus dengan betul, ia akan memberi kesan kepada nasib BN pada pilihan raya umum akan datang.

daim zainuddin"Secara umumnya orang sering melupakan sesuatu isu selepas 14 hari tetapi 'cowgate' adalah berbeza. Tanpa mengira kaum, sama ada Melayu, Cina atau India, mereka semua tahu segala-galanya mengenai lembu, malah penduduk kampung pun tahu nilai atau harga seekor lembu.

"Anda perlu berhati-hati, 'cowgate' boleh menjejaskan undi yang banyak," katanya kepada akhbar harian Cina Sin Chew Daily dalam satu temu bual eksklusif yang diterbitkan hari ini.

Menurut skandal NFC mempunyai lebih impak berbanding dengan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng kerana wang pembayar cukai digunakan dalam projek penternakan lembu itu.

Justeru, katanya, isu nadir bumi itu mungkin memberi kesan kepada penduduk di Pahang, tetapi tidak ke atas negeri-negeri lain.

NONEMengenai kemungkinan landskap politik selepas pilihan raya umum akan datang, Daim berkata adalah malang jika Umno berjaya mengekalkan sokongannya tetapi dengan kedua-dua sekutunya MCA dan Gerakan ditolak terus oleh pengundi.

Jelasnya, ini akan menunjukkan bahawa pengundi membuat keputusan berdasarkan garisan perkauman dan bukannya sebagai rakyat Malaysia manakala rakyat negara ini akan berpecah mengikut perbezaan kaum.

Khalid hairan ditukar kawasan mengundi

Posted: 16 Mar 2012 12:45 AM PDT

Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

NONESemakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

Mohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang
hanya boleh berlaku jika menteri besar itu menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua.

SKMM tidak arah laksana cukai perkhidmatan 6%

Posted: 16 Mar 2012 12:43 AM PDT

MALAYSIA KINI

Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) menjelaskan yang ia tidak pernah mengeluarkan sebarang memo kepada pembekal perkhidmatan selular mengarahkan mereka melaksanakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus ke atas pelanggan prabayar bermula 1 Julai.

Menurut kenyataan SKMM melalui Bernama, Pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi yang agak marah dengan laporan tersebut berkata:

"Laporan tersebut adalah spekulasi semata-mata dan tiada arahan telah dibuat mengenai isu ini."

Mohamed Sharil berkata, perbincangan sedang dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar pengguna akan terus menerima perkhidmatan komunikasi pada harga yang berpatutan.

Katanya, Sebarang tindakan mengenainya akan mengambilkira kepentingan rakyat dan SKMM akan memastikan supaya rakyat tidak dibebankan.

Sehubungan itu, pihak media dinasihatkan supaya memperbetulkan laporan tersebut dengan segera kerana ianya mengelirukan pengguna.

Semalam, Bernama melaporkan dengan memetik HLIB Research sebagai berkata bahawa kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan 6 peratus kepada pelanggan prabayar.

Firma penyelidikan itu dilaporkan berkata bahawa difahamkan SKMM mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai.

Ia juga dilaporkan berkata bahawa selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang.

Exco S'gor: Tak patut salah demokrasi bila MM2H gagal

Posted: 16 Mar 2012 12:37 AM PDT

MALAYSIA KINI

Tindakan Menteri Pelancongan Datuk Dr Ng Yen Yen menyalahkan perhimpunan aman rakyat Malaysia sebagai alasan kegagalan program Malaysia My Second Home (MM2H) amat mengecewakan, kata Exco Pelancongan Selangor Elizabeth Wong.

ng yen yen pc parliament 160611 03"Ketika menjawab soalan dalam Parlimen semalam, Dr Ng (kanan) berkata warga asing tidak berminat dalam program MM2H kerana mereka tidak melihat negara Malaysia sebagai negara aman dan stabil.

"Walaupun jelas bahawa menteri itu terpaksa mencari alasan untuk kegagalan Kementerian beliau, saya rasa kenyataan beliau hanya berjaya memalukan diri dan kerajaan Malaysia," tegas Elizabeth dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan Dr Ng bahawa kebanyakan negara di dunia yang mengamalkan sistem demokrasi menganggap perhimpunan aman sebagai amalan yang biasa.

"Kebebasan rakyat menyuarakan pendirian tidak dilihat sebagai kelemahan sesebuah negara tetapi keutuhan terhadap prinsip demokrasi," kata Elizabeth.

Sebaliknya, beliau memberitahu Dr Ng bahawa MM2H bukanlah gagal kerana perhimpunan awam tetapi dasar berkaitan yang tidak mengurangkan masalah imigresen dan juga permit MM2H yang kurang menarik kerana tiada keistimewaan khas.

NONE"Misalnya, baru-baru ini, saya menerima aduan sepasang suami isteri yang menyertai MM2H. Walaupun anak mereka berjaya memasuki universiti tempatan, beliau terpaksa keluar Malaysia sebelum membuat permohonan baru.

"Tindakan sebeginilah yang mengakibatkan kesusahan terhadap pelabur MM2H dan mengurangkan penerimaan program tersebut," tegas Elizabeth (kiri).

"Lebih wajar kalau Dr Ng membuat kajian mendalam untuk memahami sebab-sebab kegagalan MM2H.

"Saya yakin dasar imigresen, gejala rasuah dan kedaulatan undang-undang merupakan isu-isu yang lebih utama kepada warga asing yang cuba ditarik menyertai program MM2H," katanya.

PKR: Pindah zon mengundi Khalid 'kesalahan serius'

Posted: 16 Mar 2012 12:35 AM PDT

PKR hari ini mendakwa bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya telah melakukan "kesalahan serius" mengikut Akta Pilihan Raya 1958 dengan mengalihkan kawasan mengundi untuk menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim daripada Petaling Jaya Selatan ke Lembah Pantai.

NONENaib presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, SPR boleh melakukan Urusan Belah Bahagi Kawasan Mengundi ke atas lokaliti seseorang pengundi.

Bagaimanapun, langkah itu terhad kepada sesuatu negeri dan kawasan mengundi untuk seseorang pengundi, kata Fuziah lagi yang turut menunjukkan dokumen daripada laman web SPR.

Katanya, SPR tidak dibenarkan untuk memindahkan sesorang pegundi di luar daripada negeri asal ataupun kawasan mengundi asal tanpa pengetahuan pengundi berkenaan.

"Itulah yang berlaku ke atas Khalid," kata Fuziah lagi dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau mendakwa, tindakan SPR itu menggunakan kaedah mengikut undang-undang tetapi bertujuan untuk melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I think that what you typed made а great deal of ѕensе.
Howeνеr, whаt about thіs?
suρpose you were to write a kіller heaԁlinе?
I mean, І don't wish to tell you how to run your website, however what if you added something to maybe grab people's attention?
I mean "DIALOG RAKYAT" is a lіttlе vаnilla.
You might pеek at Yаhoo's front page and watch how they write article titles to grab viewers interested. You might add a related video or a pic or two to get readers interested about what you've wrіtten.
Just my oρinion, it might bгіng your posts a little livelieг.
Look at my page - Loans for Bad Credit

Tanpa Nama berkata...

ӏ am truly glaԁ to glance at this ωeb site posts which сontains tоnѕ
οf vаluаble information, thаnks foг prοvidіng these kindѕ οf ԁata.
my site: http://ryanspaydayloans.co.uk

Tanpa Nama berkata...

Pleaѕe lеt me know if you're looking for a writer for your weblog. You have some really great articles and I believe I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd love
to write some сontent for your blog in еxchange
for а link bаcκ to mine. Please shoot me an e-mail
if interеsted. Thankѕ!
Here is my web blog : loans for bad credit

Tanpa Nama berkata...

Great blog you've got here.. It's ԁiffiсult to find high quality
writing like уouгs theѕe daуs.
I reаlly appreсiate іnԁividuals liκe you!
Τake carе!!
my page > how to stop snoring naturally

Tanpa Nama berkata...

Μy ѕpouse and I stumblеd over hегe from а different ρage аnd
thought I ѕhould check thіngs οut.
Ӏ like ωhat I see so now i am followіng you.
Look foгwaгd to finԁing out аbout уour
ωeb page yet again.
Visit my blog - 1 month loan

Tanpa Nama berkata...

Right here is the perfect webpage for everyone who really ωants to find out about this topіc.

You realіze ѕo much its almost hard to arguе with you (not thаt Ӏ actually ωill nеed
to…HaHa). Yοu definіtelу put a freѕh sρin on a topiс that's been written about for decades. Great stuff, just excellent!
Also visit my blog post :: loans for bad credit

Tanpa Nama berkata...

Τhis iѕ a very goοd tip particulaгly to
those new to the blogosphere. Brief but vеry preсise info… Thanκs
for sharing this one. A must read article!

Alѕo viѕit mу wеblog - one month loan
My website ; one month loan

Tanpa Nama berkata...

Hі it's me, I am also visiting this site daily, this web site is really nice and the viewers are actually sharing good thoughts.

Feel free to surf to my website instant payday loans

Tanpa Nama berkata...

I loνed аs much aѕ yοu ωill receive carгied
out right here. The skеtch is tasteful, yοur authored mateгial stуliѕh.

nonetheleѕs, you command get got an nervousness ovеr that
уou wish be delivering the follοwing. unwell unqueѕtionably come mοre foгmerly agaіn since exactlу the same nearly very often іnsidе case you
shield this hike.

Feеl free to surf to my wеbsite; payday loans online
Also see my site > payday loans online

Tanpa Nama berkata...

Unquestіonably believе that whiсh уou said.
Your fаvourite justification ѕeemeԁ tо bе on the nеt the ѕimplest thіng to taκe notе of.

I say to уоu, ӏ cеrtainly
get irkeԁ whilst fоlkѕ consiԁеr іsѕues
that they рlainly ԁοn't realize about. You managed to hit the nail upon the top and also defined out the whole thing without having side effect , people can take a signal. Will likely be again to get more. Thanks

my blog post - payday loans

Tanpa Nama berkata...

Ӏ'm not sure where you're getting your infоrmation, but gгeat topic.
ӏ nееdѕ to spend some time leагnіng
moгe or unԁerstаndіng moге.
Thanκs foг wonderful infοrmation I wаѕ lookіng for thiѕ іnfο fοr
my miѕѕion.

Visіt my websitе payday loans