Ahad, 11 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PRU13: 200,000 pemilih dimasukkan secara senyap

Posted: 11 Mar 2012 06:10 AM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mendesak kerajaan agar memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang benar-benar adil dan telus.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, apa yang diragui kini adalah sejumlah 200,000 senarai pemilih yang dakwanya dimasukkan secara senyap-senyap yang terdiri dari pada warga asing.

"Ini meragukan kita, inilah dikatakan ancaman kepada ketulusan yang dijanjikan itu. Ada parlimen peningkatan pengundi lebih 30 peratus, ini pertambahan luar biasa.

"Rakyat dah muak dengan segala penipuan yang kita dah lalui dalam 12 pilihan raya umum sebelum ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang pada sidang media di Pejabat Agung PAS semalam.

Sementara itu, timblannya, Dr Siti Mariah Mahmood pula berkata, jentera muslimat pada ketika ini sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU 13.

Katanya, jentera mereka iaitu Halwa telah bergerak aktif di semua kawasan malah sudah mula membuka bilik gerakan.

Halwa katanya akan memberi fokus untuk membantu calon muslimat yang akan bertanding kelak.

"Kami akan bantu semua calon, akan buka bilik gerakan di semua kawasan yang muslimat bertanding," katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Mengulas soal calon pula, Dr Mariah memberitahu 30 nama yang dihantar kepada pusat terdiri daripada pelbagai latar belakang dan 50 peratus daripadanya adalah golongan muda.

Jumlah 30 itu juga katanya adalah termasuk semua nama wakil rakyat muslimat sedia ada yang dirasakan masih mampu untuk memberi khidmat berdasarkan laporan kecemerlangan mereka.

Muslimat juga ujarnya mensasarkan bertanding di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kami telah serahkan lebih 30 nama kepada pimpinan tertinggi, kami telah kenal pasti sampai ke peringkat kerusi pun.

"Kita juga telah mendapat persetujuan daripada pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri," katanya.

Bawa isu Felda

Sementara itu, Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Md. Nawi berkata, isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) antara isu besar yang akan dibawa jentera muslimat kepada rakyat.

Sehubungan itu juga, mereka semalam mengadakan bengkel kepada jentera muslimat bagi memberi kefahaman berhubung isu tersebut.

"Saya percaya kalau isu ini difahami dengan baik, pengundi wanita yang dianggar 51 peratus akan buat kejutan.

"Isu Felda boleh memberi kesan kepada lanskap politik keseluruhan negara kita," katanya.

Himpunan 10,000 wanita tuntut kerajaan bersih

Posted: 11 Mar 2012 06:04 AM PDT

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat akan bersama-sama badan NGO akan menganjurkan 'Himpunan 10,000 Wanita' bagi menuntut beberapa perkara daripada kerajaan.

Bertemakan 'menuntut kerajaan yang bersih', himpunan yang dijadual pada 18 Mac ini itu akan diadakan di Padang Astaka 1 Seksyen 14 Petaling Jaya, Selangor bermula jam 2 hingga 5 petang.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi pada sidang media di Pejabat Agung PAS semalam.

"Wanita melihat hari ini, antara krisis utama negara adalah kerajaan tidak bersih dan tidak adil.

"Sebagai simbol menuntut kerajaan yang bersih, kita akan pakai sarung tangan putih pada hari himpunan tersebut," katanya.

Menurutnya lagi, himpunan inisiatif NGO Gabungan Suara Wanita Untuk Perubahan itu akan menuntut enam perkara seperti berikut:

- Kerajaan yang bebas dari rasuah dan penyelewengan.

- Akta gaji minima, bukan dasar gaji minima.

- Kualiti hidup rakyat yang lebih baik.

- Hapuskan keganasan terhadap wanita.

- Membatalkan Akta Perhimpunan Aman.

- Pilihan raya bebas dan adil.

"Yang mana kita tahu tiga kali ganda wang hasil pendapatan negara telah tiris akibat rasuah dan penyelewangan," tambah Aiman.

Menurutnya lagi, perhimpunan wanita yang julung kali diadakan itu dibuat sempena sambutan hari wanita antarabangsa tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh wanita perihatin agar hadir bersama-sama pada hari perhimpunan tersebut.

Himpunan generasi kedua Felda April depan

Posted: 11 Mar 2012 04:30 AM PDT



Muhammad Faizal,


KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini menyatakan satu himpunan besar-besaran generasi kedua Felda akan diadakan pada April nanti.

Himpunan ini adalah sebagai pendirian mereka dalam menyokong penuh kepada kebangkitan generasi kedua Felda.

Jelas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan kepada Harakahdaily, tindakan itu adalah dalam memperjuangkan hak mereka yang bakal terancam ekoran daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

"Kita menyokong penuh kebangkitan generasi kedua Felda dan sudah pasti penyenaraian ini memberi kesan secara langsung terhadap masa depan peneroka Felda.

"Malah tanah milik mereka sudah tentu akan turut terjejas apatah lagi kepada generasi kedua sudah pasti lebih teruk akan mereka alami," jelasnya.

Menurutnya lagi, generasi kedua memerlukan jaminan terhadap masa depan mereka berhubung hak mereka terhadap Felda, tindakan penyenaraian ini sudah semestinya akan menyebab masa depan generasi tersebut tidak terjamin.

"Kita menuntut semua rakyat sama-sama hadir pada perhimpunan besar-besaran itu nanti bagi menyatakan bantahan penyenaraian serta sokongan terhadap mereka.

"DPPM merasakan langkah penyenaraian Felda ini adalah langkah mengugat dan mengancam masa depan generasi kedua Felda," sambungnya lagi.

Nasruddin menyatakan DPPM akan bersama-sama dengan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diketuai Pengerusinya, Mazlan Aliman dalam menjayakan himpunan tersebut.

"Kita akan membuat bantahan besar-besaran kepada pihak Felda, yang mana sejak muktahir ini kita nampak mereka beria-ia ingin menyenaraikan Felda ke bursa saham," kata Nasruddin.

DPPM memberitahu ini adalah langkah yang serius kerana keyakinan hilang apabila Felda dipegang oleh Tan Sri Isa Samad yang jelas mempunyai rekod buruk sebelum ini termasuk dalam soal rasuah.

"Kita tidak mahu Felda menjadi tempat mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab mengumpul harta kekayaan, bantahan terhadap penyenaraian ini akan diteruskan," katanya lagi.

Injuksi halang Felda Plantation pajak tanah

Posted: 11 Mar 2012 04:26 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan injuksi bagi menghalang Felda Plantation memajak 360,000 hektar tanah milik peneroka kepada Felda Global Ventures Holding (FGVH) untuk tujuan penyenaraian.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata injunksi tersebut akan difailkan secepat mungkin selepas pihak peguam selesai menyiapkan dokumen.

Menurut Mazlan lagi, pemberian tanah kepada FGVH merupakan satu kesalahan mengikut akta GSA 1960.

Akta GSA 1960 memperuntukkan tanah diberikan kepada orang persorangan atau felda dan bukan kepada syarikat termasuk Felda plantation.

"Kami bersama peguam akan memohon kepada mahkamah untuk membatalkan pemberian tanah itu dan memohon agar tanah itu dapat diberi kembali kepada rakyat.

"Walau apa pun, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan injunksi juga akan dilakukan dalam waktu terdekat," katanya

Saman 3 MB


Sementara itu Mazlan berkata, pihaknya juga akan memfailkan saman tiga bekas menteri besar iaitu bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Ini kerana menurut Mazlan, ketiga-tiga mereka gagal menunaikan janji mereka memastikan pampasan diberi kepada peneroka Felda yang menyerahkan tanah untuk tujuan pembangunan.

Peneroka terlibat adalah peneroka dari Felda Cahaya Baru, Johor, Sungai Buaya (Selangor), Labu Johnson dan Sendayan (Negeri Sembilan).

Hingga kini dakwa Mazlan, peneroka di keempat kawasan yang terlibat hilang punca pencarian dan ada dikalangan mereka kini 'merempat'.

Mungkin masyarakat tak tahu apa jadi kepada peneroka ini. Mereka ini hampir 100 peratus Melayu.

"Jadi kami telah bersetuju lantik panel guaman untuk kemukakan saman menuntut gantirugi atas kerugian peneroka Felda," katanya.

Mazlan berkata, apa yang dipersoalkan bagaimana kerajaan negeri termasuk menteri besar dan exco meluluskan projek pembangunan kepada kontraktor.

Sedangkan, katanya tanah tersebut adalah aset peneroka dan manyalahi akta GSA sekiranya dimajukan.

"Apa yang kita nak persoalkan ialah kenapa exco dan menteri besar meluluskan projek ini? Mereka semua ini telah mungkir janji," katanya.

Dua Terbunuh, 10 Cedera Dalam kemalangan Di Lebuhraya Utara-Selatan

Posted: 11 Mar 2012 04:22 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


IPOH: Dua terbunuh, manakala sepuluh cedera apabila dua kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabit dalam kemalangan di Km 181. 5 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Parit Buntar hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata, dua penumpang dalam kenderaan yang sama, yang dikatakan berhenti di lorong kecemasan, mati di tempat
kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

Menurutnya lagi, sepuluh lagi penumpung kedua-dua buah kenderaan termasuk seorang pemandu salah sebuah kenderaan itu cedera dan dirawat di hospital yang sama..
Beliau berkata, kejadian berlaku pada 7.10 pagi apabila kereta jenis Toyota Estima yang dikatakan berhenti di lorong kecemasan dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

Beliau menambah, ketika kejadian kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari Selatan ke Utara dan identiti mangsa yang meninggal dunia dan yang masih dirawat masih belum diketahui dan polis sedang menyiasat.

PM Yakin BN Mampu Hadapi Ujian Getir PRU 13

Posted: 11 Mar 2012 04:21 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


PASIR GUDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu mengharungi ujian yang dihadapi ketika ini sekali gus menjamin akan menghasilkan kejayaan dan kekuatan politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Beliau berkata sejarah telah membuktikan Umno dan BN sejak dulu lagi telah menghadapi pelbagai ujian, namun kesemuanya berjaya dihadapi sehingga BN mampu meneruskan kelangsungan pemerintahan sehingga kini.
Menurutnya lagi, Umno telah mengalami lima krisis besar sejak penubuhannya, antaranya termasuk pengasasnya Tun Hussien Onn keluar dari Umno dan penubuhan parti Negara, tragedi berdarah 13 Mei dan parti UMNO diharamkan.
Selain itu, gerakan reformasi dan demonstrasi jalanan pada tahun 1998 selepas pemecatan timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menguji kekuatan parti selain tsunami politik dalam PRU 2008 yang menyebabkan BN kehilangan lima negeri serta majoriti dua pertiga.
"Sejarah parti ada beberapa detik sebelum ini yang boleh dijadikan sebagai pengajaran setiap kali kita berdepan dengan krisis iaitu dengan kembali kepada asas kekuatan kita," ujarnya.
"Situasi ini hampir sama dengan keadaan pada 1999 di mana kita terpaksa melakukan pemulihan UMNO dan BN, jadi dalam situasi seperti itu kita kena melakukan sesuatu yang boleh menjamin kelangsungan kuasa kita kerana kita mempunyai banyak agenda besar untuk negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita BN, di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, di sini semalam.

Lebih 20,000 orang termasuk isterinya Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Wanita UMNO dari peringkat cawangan di seluruh negara serta dan sayap BN menghadiri majlis itu.

Najib yakin BN akan melepasi ujian dalam PRU kali ini dan parti kini sedang melakukan pelbagai usaha untuk menambah kekuatan dalaman termasuk kekuatan hubungan dengan rakyat.
"Kekuatan kita dengan rakyat bergantung kepada keyakinan rakyat sebab itu kita buat pelbagai usaha yang patut dilakukan," katanya.

Noh Gesa Kerajaan Selangor Jangan Jual Taman Botani Shah Alam

Posted: 11 Mar 2012 04:17 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor digesa jangan menjual sebahagian daripada Taman Botani Shah Alam Nasional di Bukit Cerakah, tetapi sebaliknya memajak keseluruhan tanah taman itu kepada kerajaan persekutuan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri telah mencadangkan mengambil alih pengurusan taman itu, yang sebelum ini dikendalikan oleh kementeriannya sejak ia dibangunkan pada 1986 lalu.

"Kementerian tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menjual 100 ekar (40.5ha) tanah taman itu untuk menjana sejumlah RM100 yang akan digunakan untuk mengurus taman berkenaan.," katanya.

"kementerian tidak bersetuju dengan cadangan ini. Jika mereka memajakkan tanah itu, kami memiliki dana untuk membangunkannya tanpa perluu menjual tanah berkenaan," katanya kepada wartawan selepas melawat taman itu, di sini, hari ini.

Taman Botani Shah Alam dibina pada 24 Aprl, 1986 lalu dan sebelum ini dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah dan Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam.

Selain daripada kegunaan kaji selidik dan mempamerkan kekayaan sumber fauna dan flora, ia juga adalah pusat tumpuan pelancongan yang berkonsepkan alam semula jadi.

Azizan Bertindak Betul Utamakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, Kata Rais

Posted: 11 Mar 2012 04:17 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


SUNGAI PETANI: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertindak betul apabila meletakkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sebagai keutamaan dalam menghadapi krisis kepimpinan dengan dua Exconya.

Pendapat itu disuarakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menyatakan ketegasan Azizan menangani krisis membuktikan beliau tetap mengutamakan undang-undang tubuh dan pandangan rakyat Kedah meskipun 'disepit' oleh kuasa luar.

Rais berkata Azizan tegas dalam menghadapi tekanan sehingga membawa campur tangan Pas Pusat dan penubuhan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran negeri,
"Ketegasan Menteri Besar Kedah ini harus dipuji kerana beliau tidak mahu pihak luar campur tangan dalam urus tadbir negeri," kata Rais selepas merasmikan program Komuniti 1Malaysia Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) di sini, hari ini.

"Sikapnya menunjukkan beliau Menteri Besar yang memahami undang-undang walaupun di belakang, kiri dan kanannya masih ada belas kasihan terhadap rakyat," ujar Rais.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Azizan semalam yang memberi 'pukulan balas'terhadap kelompok yang berusaha melemahkan kepimpinannya dengan menegaskan beliau hanya berpegang kepada peraturan yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah untuk mengurus tadbir kerajaan negeri.

Azizan berkata tiada perkara lebih tinggi dari Perlembagaan Kedah yang memperuntukkan Menteri Besar adalah ketua tertinggi bagi badan eksekutif negeri walaupun beliau bersikap terbuka dan sedia mendengar apa saja pandangan atau nasihat mana-mana pihak termasuk Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan Pas Pusat.
Rais juga berpendapat Azizan telah berjaya melaksanakan tugasnya menyebabkan sikapnya tidak disenangi oleh pemimpin pakatan pembangkang sendiri.

"Menteri Besar ini orangnya baik walaupun tidak dapat tunaikan kehendak rakyat sepenuhnya namun sikapnya disenangi rakyat. Oleh itu rakyat Kedah wajar membuat penilaian waras pada pilihan raya umum akan datang.
"Kalau rakyat berikan peluang kepada Barisan Nasional (BN), kita percaya boleh lakukan lebih baik daripada kerajaan Pas sekarang," katanya.

Kemelut kepimpinan Pas Kedah tercetus apabila exconya Datuk Dr Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh enggan dilantik semula kerana berbeza pendapat yang "kritikal" dengan Azizan dalam pentadbiran kerajan negeri sehingga memaksa campur tangan kepimpinan Pas Pusat.

Anwar Tak Campur Urusan Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, Kata Saifuddin

Posted: 11 Mar 2012 04:06 AM PDT

Oleh Nur Atiqah Abd Samad

Post Pic


SHAH ALAM : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah melibatkan pengaruhnya dan campur tangan isu kemelut pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh baru-baru ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution mendakwa desas-desus yang menyatakan Anwar cuba menjatuhkan Azizan sebagi satu tuduhan politik yang jahat dan bertujuan untuk mengeruhkan hubungan baik antara kedua-dua parti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, tuduhan rambang yang dibuat sesetengah pihak yang menyatakan Ketua Umum PKR mahu menggulingkan Pesuruhjaya Pas Kedah sekaligus memecah-belahkan perpaduan di antara PKR dan Pas sebaliknya mengkukuhkan lagi hubungan antara kedua parti terbabit.
"Itu satu tuduhan politik paling jahat saya dengar yang datang daripada musuh politik Pakatan Rakyat yang tidak mengenali hubungan akrab antara Azizan dan Anwar....Pakatan Rakyat akan menjadi semakin kuat bila kita berjaya melepasi ujian ini," katanya lagi.

Saifuddin turut melahirkan keyakinannya kemelut di Kedah tidak pernah sesekali menjejaskan keyakinan rakyat terhadap PR sebaliknya mendakwa isu terbabit mengukuhkan lagi perpaduan ahli di dalam PR.

Dalam pada itu, beliau berkata Anwar dan beberapa pimpinan kanan PKR telah bertemu Azizan di kediaman rasminya di Alor Setar, pada Jumaat lalu bagi mendapatkan penjelasan berhubung kontroversi yang melanda pentadbiran negeri itu baru-baru ini.

Saifuddin, yang juga ahli parlimen machang berkata, menteri besar itu menyebut secara umum mengenai kemelut yang berlaku antara dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh.

"Kedua-duanya membincangkan mengenai perkembangan politik Kedah dan kedua-duanya saling bertukar pandangan mengenai perkara kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Pertemuan berlangsung secara baik dan kondusif."

Antarapos.com turut difahamkan pertemuan itu juga berlangsung bagi menziarahi Azizan yang baru keluar daripada hospital dan berbincang mengenai keadaan kesihatannya yang semakin pulih.

Kertas Konsep 1Care tidak bertapak atas realiti sosioekonomi masyarakat Malaysia

Posted: 11 Mar 2012 04:03 AM PDT

KPRU


Penjagaan kesihatan merupakan hak asasi setiap rakyat Malaysia tanpa mengira usia, etnik atau status sosial. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, hak rakyat mengakses perkhidmatan kesihatan yang bersistem lengkap haruslah sentiasa terjamin. Sekali pandang, konsep 1Care yang bertujuan memperbaiki sistem perkhidmatan kesihatan awam demi kebajikan dan manfaat rakyat memang menggalakkan memandangkan sistem perkhidmatan kesihatan awam memainkan peranan yang amat mustahak dalam kehidupan semua lapisan masyarakat.

Namun, suara bantahan terhadap retorik skim 1Care yang kian mengombak di kalangan masyarakat bukannya tanpa alasan yang munasabah. Malahan, isu yang dibangkitkan berkenaan dengan cadangan skim 1Care turut mendedahkan kelemahan dan ketidaksempurnaan sistem penyampaian dan pembiayaian perkhidmatan kesihatan sedia ada di Malaysia. Sebagai langkah pertama, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menyokong cadangan pelbagai pihak bahawa meningkatkan peruntukan dana kerajaan dalam sektor perkhidmatan kesihatan merupakan penyelesaian yang lebih praktikal.

Peruntukan Terhad, Tadbir Urus Kerajaan Lemah


Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO – World Health Organization), kadar peruntukan dana kerajaan Malaysia untuk sektor penjagaan kesihatan masih rendah berbanding dengan negara-negara lain. Hanya 2.2% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diperuntukkan untuk sektor penjagaan kesihatan dan jumlah peratusan ini hanya mencakupi 7.1% daripada jumlah perbelanjaan kerajaan. Peratusan ini adalah jauh lebih rendah daripada cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan purata sedunia<1>. (Sila lihat Jadual1)

Jadual 1: Perbandingan Perbelanjaan Kesihatan antara Negara Tahun 2009

Negara
Jumlah perbelanjaan untuk kesihatan
(Peratusan daripada KDNK)
Perbelanjaan kerajaan untuk penjagaan kesihatan
(Peratusan daripada KDNK)
Perbelanjaan kerajaan untuk penjagaan kesihatan
(Peratusan daripada jumlah perbelanjaan kerajaan)
Canada
10.9%
7.5%
17.0%
UK
9.4%
7.6%
15.1%
Australia
8.5%
6.0%
18.3%
Singapore
3.9%
1.6%
9.8%
Malaysia
4.8%
2.2%
7.1%
Thailand
4.3%
3.3%
14.0%

Sumber: World Health Statistic, WHO<2>

Sesungguhnya, skim 1Care yang dikatakan diilhamkan daripada Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS – National Healthcare System) yang diamalkan di British telah mengabaikan secara dasarnya model peruntukan dan pembiayaan pihak kerajaan British bagi mengekalkan operasi sistem perkhidmatan kesihatan. Meniru konsep tanpa mempertimbang dan menyelidik sistem operasi keseluruhan, khususnya dari segi dasar negara dan keadaan sosioekonomi masyarakat secara keseluruhan adalah kurang bijak dan bakal menimbulkan lebih banyak masalah daripada memberikan penyelesaian.

Sememangnya, menelitikan mana-mana sistem pelaksanaan dan pengendalian di Malaysia, biarlah dalam sektor awam atau sektor swasta, penyelewengan yang berleluasa semakin menampakkan kehilangan integriti dan kredibiliti yang ada pada pihak kerajaan. Laporan mengenai Pembiayaan Sistem Kesihatan yang disediakan oleh Pertubuhan Kesihatan Seduniajelas menyebut antara 20 hingga 40% perbelanjaan kesihatan dibazirkan berikutan kekurangan kecekapandan ketelusan sistem<3>. Dalam konteks ini, biarpun berapa banyak wang yang disumbangkan kepada sektor penjagaan kesihatan berkemungkinan akan tersia-sia sahaja. Oleh demikian, hujah bahawa jumlah perbelanjaan negara tidak boleh dijadikan satu-satunya tanda ukur kualiti perkhidmatan kesihatan adalah munasabah dan bertapak atas realiti kelemahan tadbir urus kerajaan hari ini.

Walau bagaimanapun, hujah ini tidak harus dijadikan alasan bagi menghambat usaha mempertingkatkan prestasi perkhidmatan kesihatan. Atas premis peruntukan dan sumber yang mencukupi, pihak perkhidmatan kesihatan berpeluang mendapat ruang yang secukupnya untuk mengembang potensi mereka dalam membekalkan servis yang berkualiti tinggi. Hal demikian telah pun terbukti dengan sistem perkhidmatan kesihatan yang cemerlang di negara seperti Kanada dan British.

"Transformasi" Beban Kerajaan kepada Rakyat Terbanyak

Seperti yang dipaparkan dalamkertas konsep 1Care untuk 1Malaysia, Kementerian Kesihatan telah mendedahkan salah satu objektif bagi pelancaran 1Care ialah bagi meringankan beban kerajaan dalam menanggung kos perubatan dan kebajikan yang kian melonjak<4>. Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang memberi sokongan terhadap pelaksanaan skim tersebut turut menyatakan bahawa kos perubatan dan farmaseutikal yang kian meningkat telah membebankan pihak kerajaan. Maka hujah seterusnya ialah, kerajaan mengambil langkah dengan melaksanakan sistem perkhidmatan kesihatan yang berfungsi melalui "sumbangan" Rakyat merupakansesuatu yang berpatutan<5>.

Ironisnya, dalam hal kesihatan, bukankah menjadi kewajiban kerajaan bagi meringankan beban rakyat dan membekalkan servis yang memuaskan demi kebajikan dan kebaikan rakyat terbanyak? Jelasnya, skim 1Care lebih merupakan retorik golongan berkepentingan bagi mengelakkan kewajipan kerajaan dalam menjaga kesihatan rakyat Malaysia, seterusnya memungkinkan kewujudan peluang baharu dalam konteks aktiviti rent-seeking hari ini. Retorik sedemikian tidak membekalkan jalan penyelesaian yang menjaga kepentingan rakyat terbanyak dalam proses mereformasikan dan memperbaiki sistem perkhidmatan kesihatan sedia ada.

Cukai Tinggi, Keberkesanan Rendah

Aspek kedua yang harus diberi perhatian menyentuh "sumbangan mandatori" yang dicadangkan dalam kertas konsep 1Care. Cadangan ini adalah bercanggah dengan keupayaan kewangan dan tahap pendapatan rakyat terbanyak di negara ini. Bayaran mandatori yang bakal dikenakan pada golongan pekerja akan dijadikan dana biayaan untuk insurans kesihatan sosial (Social Health Insuranceor, SHI) dan insurans tersebut akan menawarkan pakej rawatan kesihatan dan perubatan yang asas dengan atau tanpa mengenakan bayaran. Penjawat awam, pesara, orang kurang upaya, golongan miskin dan individu yang menganggur akan dibiayai oleh pihak kerajaan manakala semua pekerja di sektor swasta terpaksa menanggung bayaran tersebut melalui pembiayaan insurans<6>.

Menurut Kertas Konsep 1Care untuk 1Malaysia, anggaran bagi pembiayaan skim perkhidmatan kesihatan tersebut adalah sebanyak 9.5% daripada jumlah purata pendapatan isi rumah. (Sila lihat Jadual 2)

Jadual 2:Anggaran Kos Tahunan Pembiayaan Sistem Kesihatan Malaysia

Anggaran kos tahunan bagi membiayai sistem kesihatan Malaysia (RM)
Perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan diri 27.87b
Peratusan daripada KDNK 3.9%
Perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan peribada per kapita 984.44
Perbelanjaan untuk semua penjagaan kesihatan per kapita 1,562.60
Premium SHI untuk penjagaan kesihatan diri 972.44
Premium SHI untuk purata isi rumah 4,181.50
Peratusan bagi Premium SHI untuk pendapatan isi rumah 9.5%

Sumber: Kertas Konsep 1Care untuk 1 Malaysia oleh Kementerian Kesihatan

Sebagai rujukan kepada model perkhidmatan kesihatan di luar negara seperti NHS, rakyat British tidak perlu membayar cukai tambahan untuk membiayai perbelanjaan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kerana cukai yang sedia dibayar adalah dikendali secara berasingan di bawah dua sistem, iaitu cukai pendapatan dan Insurans Kebangsaan (National Insurance). Cukai tersebut kemudiannya disalurkan bagi pembiayaan perkhidmatan kesihatan yang dikendali NHS Trust. Pada dasarnya, rakyat British dapat dimanfaatkan dengan menerima perkhidmatan percuma dalam bidang amalan am, kecemasan, penjagaan jangka panjang, dan pergigian<7>. Dalam sistem tersebut, pesakit turut diberi hak pemilihan dari segi doktor, penjagaan, dan tempat rawatan. Namun, pakej lengkap tidak ditawarkan dalam 1Care yang dicadangkan Kementerian Kesihatan.

Jadual 3
dan Jadual 4 di bawah menunjukkan perbandingan kadar cukai di antara British dengan Malaysia.

Jadual 3: Kadar Cukai Pendapatan di British berdasarkanBand, 2010-2011

Pendapatan berdasarkan Band (£) Kadar cukai
£0 - £2,440 Kadar permulaan untuk simpanan: 10%
£0 - £37,400 Kadar asas: 20%
£37,401 - £150,000 Kadar tinggi: 40%
Over £150,000 Kadar tambahan: 50%

Sumber: HM Revenue &Customs<8>

Jadual 4: Kadar Cukai Pendapatan Individu di Malaysia

Pendapatan yang dikena cukai (RM) Kadar Cukai
2,500 yang pertama 0%
2,500 yang seterusnya
5,000 yang pertama
1%
5,000 yang seterusnya
10,000 yang pertama
3%
10,000 yang seterusnya
20,000 yang pertama
3%
15,000 yang seterusnya
35,000 yang pertama
7%
15, 000 yang seterusnya
50,000 yang pertama
12%
20,000 yang seterusnya
70,000 yang pertama
19%
30,000 yang seterusnya
100,000 yang pertama
24%
50, 000 yang seterusnya
150,000 yang pertama
26%
100,000 yang seterusnya
Pada 250,000
26%
250,000 ke atas 26%

Sumber: taxrates.cc<9>

Secara perbandingan, walaupun cukai pendapatan yang dikenakan di British adalah jauh lebih tinggi daripada sistem pencukaian di Malaysia demi menanggung perbelanjaan institusi NHS dan institusi kebajikan yang lain, namun ia bukan sahaja tidak menimbulkan ketidakpuasan di kalangan masyarakat, malahan NHS telah terpilih sebagai institusi yang paling popular di UK dan mencapai penilaian kepuasan yang tinggi<10>. Hal ini telah menunjukkan bahawa perancangan mana-mana skim hendaklah mengambil kira keadaan dan realiti masyarakat. Sejauh mana tahap tadbir urus, ketelusandan pengagihan dana negara diterjemahkan sebagai sesuatu yang dapat menyakinkan rakyat terbanyak selari dengan prinsip keadilan merupakan faktor penting yang diambil kira oleh golongan pembayar cukai.

Sedangkan populasi di British dapat menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan justeru berupaya untuk menanggung cukai yang tinggi, statistik sosio-ekonomi yang dikumpul oleh Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2009 telah menunjukkan hakikat yang menyedihkan bahawa sebanyak 52.7% daripada isi rumah di Malaysia adalah berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan<11>. Ini bermaksud, sekiranya cukai tambahan sebanyak 10% dikenakan, golongan pekerja yang berpendapatan rendah dan sederhana terpaksa memikul bebanan ini. Dalam konteks ini, tidak kira cukai tambahan yang dikenakan bersamaan atau jauh lebih kurang daripada 10%, pelaksanaan 1Care melalui skim insurans kesihatan sosial jelasnya adalah tidak berpatutan bagi rakyat terbanyak. Sebaliknya, peningkatan jumlah peruntukan kerajaan berhubung sistem perkhidmatan kesihatan adalah langkah penyelesaian lebih bijak lagi munasabah.

Wujudnya Golongan Miskin Baru

Seterusnya, skim 1Care tidak dapat menangani masalah yang kini dihadapi oleh sistem perkhidmatan kesihatan dalam Malaysia ekoran jurang kemiskinan yang semakin lebar dan wujudnya golongan "miskin baharu", malah ia akan mengakibatkan perubahan besar dari segi penyusunan struktur dan sistem perkhidmatan kesihatan. Menurut Dr.Subramaniam Pillay, perkhidmatan kesihatan di Malaysia buat masa ini terbahagi kepada dua peringkat (2-tier system) yang masing-masing terdiri daripada sistem perkhidmatan kesihatan awam yang dikendalikan oleh pihak kerajaan dengan peruntukan wang yang terhad dan sistem kesihatan swasta yang dibiayai dengan perbelanjaan masyarakat<12>. Sesungguhnya, penyusunan struktur dan sistem pembiayaan sebegini telah menyebabkan munculnya perbezaan yang ketara dari segi amalan klinikal, kelengkapan infrastruktur dan juga kos perbelanjaan di antara sektor perkhidmatan kesihatan awam dan swasta.

Antara tahun 1997 hingga 2006, jumlah perbelanjaan dalam sektor perkhidmatan kesihatan telah melonjak daripada RM8.2 bilion kepada RM24.8 bilion. Sebahagian besar daripada jumlah peningkatan tersebut adalah berasal daripada perbelanjaan dalam sektor swasta, terutamanya yang dibelanja oleh pesakit dengan menggunakan wang sendiri (out-of-pocket spending). Perbelanjaan swasta meningkat daripada RM4.1 bilion pada tahun 1997 sehingga RM13.7 bilion pada tahun 2007<13>.(Sila lihat Jadual 5)

Jadual 5: Perbandingan Perbelanjaan Kesihatan dalamSektor Awam dan Swasta

AWAM VS SWASTA
PERBELANJAAN KESIHATAN
(1984/85) (2002) (2006)
AWAM
SWASTA
76 %
24%
56%
44%
45.2%
54.8%

Sumber: National Health Financing Study & Malaysian National Health Account

Tambahan pula, dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan seperti memperkenalkan dispensari swasta dan menyediakan "sayap swasta" (private wing) di sesetengah hospital kerajaan, mempromosikan pelancongan kesihatan di hospital swasta dan sebagainya telah menghakis daya tahan sektor awam secara beransur-ansur<14>. Sebagai akibatnya, peranan yang dimainkan oleh sektor awam dalam penjagaan kesihatan semakin hari semakin terhakis dan diganti oleh sektor swasta, malah beban masyarakat semakin memberatkan<15>.

Jurang perbelanjaan perkhidmatan kesihatan antara sektor awam dan swasta jelasnya bukan menunjukkan bahawa masyarakat adalah berupaya membiayai kos kesihatan tanpa bergantung kepada dana kerajaan dan perkhidmatan awam. Sebaliknya, seperti yang dinyatakan di atas, percanggahan dari segi kualiti servis dan kelengkapan infrastruktur dalam sektor awam dan swasta masing-masing telah menyebabkan pesakit terpaksa mendapatkan rawatan di hospital atau klinik swasta supaya rawatan yang diterima terjamin kualiti dan kesannya. Apa yang harus ditegaskan di sini ialah perkembangan sektor swasta dalam bidang kesihatan patutlah dihargai dan dikekalkan manakala kelemahan dalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh sektor awam hendaklah ditangani dan dinaiktarafkan.

Namun, keazaman pihak kerajaan dalam menambahbaik sistem perkhidmatan kesihatan awam dan mengekalkan sumbangan sektor swasta tidak terserlah dalam kertas konsep "1Care untuk 1Malaysia". Sebaliknya, sistem pengendalian perkhidmatan kesihatan awam yang dinyatakan adalah melalui penggabungan hospital awam dan hospital swasta supaya perbezaan dari segi kelengkapan infrakstruktur dan amalan klinikal dapat mencapai tahap keseimbangan. Isu seperti penghijrahan kepakaran (brain drain) turut dipercayai dapat diatasi melalui integrasi sektor awam dan swasta.

Namun begitu, seperti yang didakwa oleh Dr.Ng Swee Choon<16>, integrasi ini seakan-akan menghapuskan daya persaingan bersama yang sebenarnya dapat mempertingkatkan prestasi perkhidmatan kesihatan. Tambahan pula, integrasi yang disyorkan bukan sahaja akan menyekat perkembangan industri penjagaan kesihatan swasta, malah piawai penyeragaman kualiti juga tidak dapat dicapai<17>. Dari sisi pandangan ini, cadangan skim 1Care yang dikemukakan akan membazirkan usaha kegigihan pelbagai pihak tanpa mencapai objektif bagi mempertingkat perkhidmatan kesihatan.

Rumusan

Pada hakikatnya, kebanyakan projek yang dikendalikan oleh pihak kerajaan adalah berakhir dalam kekesalan disebabkan kelemahan dari segi kecekapan dan ketelusan dalam tadbir urus. Telahpun wujudnya begitu banyak usaha penstrukturan sebelum ini yang dilaksanakan bagi memperbaiki sistem kesihatan tetapi malangnya ketiadaan proses yang cekap dan telus telah menyebabkan timbulnya masalah yang lebih serius. Sebagai akibatnya, wang terbazir dengan sia-sianya manakala kebajikan dan kebaikan rakyat pula tidak terjamin. Sekiranya skim 1Care dilaksanakan, berkemungkinan besar sistem perkhidmatan kesihatan kini akan dilanda kerugian yang lebih besar.

Oleh demikian, KPRU menyaran pihak berkaitan mengkaji semula sistem pembiayaan dan peruntukan perkhidmatan kesihatan semasa di Malaysia dan mempertingkatkan perbelanjaan kerajaan dalam sektor tersebut. Di samping itu, sebuah suruhanjaya kesihatan yang dikendali secara awam di bawah kawalan masyarakat boleh ditubuhkan bagi memastikan pengendalian yang telus dan efektif. Dengan memastikan tiada ketirisan, peningkatan peruntukan wang dipercayai dapat menyelesaikan masalah seperti kekurangan infrasktruktur yang lengkap atau kakitangan perubatan yang profesional bagi memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat. Apa yang asas sekali adalah memastikan kecekapan dan ketelusan dalam segala sistem pelaksanaan dan pengendalian supaya hak rakyat yang terasas sentiasa terpelihara.

<1> http://www.who.int/whosis/whostat/EN_WHS09_Full.pdf
<2> http://www.who.int/whosis/whostat/EN_WHS09_Full.pdf
<3> http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12755
<4> http://www.slideshare.net/palmdoc/1-care-concept-caper
<5> http://www.malaysiakini.com/news/189214
<6> Forum Health Care Financing in Malaysia, by Subramaniam Pillay,organized by Coalition Against the Privatisation of Health Care Services,Malaysia. http://www.malaysiakini.com/letters/44619
<7> http://www.nhs.uk/NHSEngland/thenhs/about/Pages/overview.aspx
<8> http://www.hmrc.gov.uk/rates/it.htm
<9> http://www.taxrates.cc/html/malaysia-tax-rates.html
<10> http://www.socialmedicine.org/2011/11/08/uncategorized/the-fight-to-save-the-nhs-publicly-funded-and-universal-national-health-services-in-the-uk/
<11> http://www.epu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=2d9c3105-c9a0-4155-baf9-f737321e27f3&groupId=34492
<12> Forum Health Care Financing in Malaysia, by Dr. Subramaniam Pillay,Coalition Against the Privatisation of Health Care Services, Malaysia.
<13> Forum Health Care Financing in Malaysia, by Dr. Subramaniam Pillay,Coalition Against the Privatisation of Health Care Services, Malaysia.
<14> Selangor/Kuala Lumpur Healthcare Public Forum, 1Care: Why Paymore and Get Less? Organized by Citizens' Healthcare Coalition, 12 February 2012, Global Business& Convention Centre.
<15> Forum Health Care Financing in Malaysia, by Dr. Subramaniam Pillay,organized by Coalition Against the Privatisation of Health Care Services,Malaysia. http://www.malaysiakini.com/letters/44619
<16> Selangor/Kuala Kumpur Healthcare Public Forum, 1Care: Why Paymore and Get Less? Organized by Citizens' Healthcare Coalition
<17> http://www.merdekareview.com/bm/news_v2.php?n=12755


*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU - Political Studies for Change) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

Surat Anwar di Siar Untuk Tutup Surat Dr Mahathir

Posted: 11 Mar 2012 04:00 AM PDT




PETALING JAYA: PKR hari ini membidas media Umno, Utusan Malaysia hari ini berhubung surat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2007 kepada National Endowment For Democracy (NED) yang di petik dari laporan sebuah blog pro Umno.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ulasan Akhbar Utusan Malaysia hari ini yang bertajuk 'Surat Anwar Kepada Tokoh Yahudi' tidak sedikit pun mengandungi nilai kontroversi.

"Anwar menyatakan keperluan proses pilihan raya yang bersih dan adil dan menyeru NED, sebuah agensi dwi-parti Amerika Syarikat untuk menyokong usaha rakyat tempatan yang mahukan pilihan raya bersih dan adil.

"Ketempangan proses pilihan raya yang diluahkan oleh parti-parti pembangkang serta badan-badan bukan kerajaan menerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil kini turut diakui kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Jawatankuasa Terpilih Parlimen bagi Reformasi Pilihan Raya dibentuk." jelas beliau melalui kenyataan medianya sebentar tadi.

Beliau yang juga Adun Seri Setia berkata laporan berita tersebut merupakan usaha media Umno untuk mengalih perhatian rakyat ekoran pendedahan surat menyurat Dr Mahathir kepada pemimpin-pemimpin Yahudi Israel.

"Pendedahan tersebut serta penglibatan pegawai ketenteraan Israel di dalam syarikat perunding APCO yang dilantik Najib mendedahkan kepuraan UMNO/BN selama ini." ujar beliau lagi.

“Kalau Bawah Umno Dulu Kena Belanja, Sekarang Bawah Pakatan Dapat Senang Saja”.

Posted: 11 Mar 2012 03:54 AM PDT



KUANG : Setelah 30 tahun menanti, impian Yahaya Said untuk memiliki tanah yang sekian lama diduduki keluarganya secara sah akhirnya tercapai pagi ini.

Pesara tentera berumur 60 tahun itu antara 137 penduduk Kampung Melayu Sri Kundang menerima geran tanah daripada kerajaan Selangor yang disampaikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Yahaya ternyata tidak dapat sembunyikan perasaan gembira dan terharu ketika ditemubual sejurus selepas menerima geran tersebut.

"Alhamdulillah, akhirnya sempat juga kami dapatkan hak ini secara sah sebelum kami menutup mata. Sekurang-kurangnya kami lega adalah harta yang kami dapat wariskan ke atas anak-anak cucu kami kelak," ujar pesara tentera itu.

Menurut Yahaya lagi, pengalaman duduk di bawah pentadbiran Umno-BN dulu dan pentadbiran Pakatan Rakyat kini jauh berbeza.

"Dahulu di bawah Umno, kami perlu belanja minum dulu, berhibur dulu untuk mendapatkan ruang agar permohonan kami diproses. Yang tidak sebulu dengan mereka langsunglah tidak diendahkan.

"Tetapi sekarang ini jauh berbeza. Kerajaan Pakatan bekerja tanpa mengira sesiapapun. Malah orang Umno pun ada yang terima geran pada hari ini," beritahu Yahaya sambil menambah program kebajikan pentadbiran Pakatan bukti keikhlasan sebenar sesebuah kerajaan membela rakyat.

Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata kerajaan akan berusaha menolong penerima yang tak mampu membayar premium tanah.

"Bagi mereka yang tidak mampu menjelaskan jumlah premium, kita akan tolong jelaskan. Tetapi rakyat perlulah lakukan tugas-tugas kebajikan," jelas Abdul Khalid yang turut memberitahu hasrat Kerajaan Negeri adalah untuk melihat setiap rakyat negeri ini memiliki tanah sendiri.

Majlis Penyerahan Hak Milik pagi tadi diadakan di Balai JKKK Kampung Sri Kundang. Sebahagian lagi menerima Borang Notis 5A untuk mendapatkan status hak milik.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Exco Permodenan, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari, Ahli Parlimen Selayang yang juga Penyelaras Dun Kuang, William Leong Jee Keen, dan juga Pegawai Daerah Gombak, Ahmad Zaharin Mohd Saad.

YS Akan Heret 3 Bekas MB S’gor Ke Mahkamah

Posted: 11 Mar 2012 03:49 AM PDT




SHAH ALAM : Yayasan Selangor (YS) akan mengheret tiga bekas Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan tiga lagi bekas pengurus besar yayasan itu ke Mahkamah Sivil jika terdapat bukti penyelewengan aset yayasan itu sebanyak RM 500 juta.

Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki memberitahu pihaknya juga akan menuntut enam pihak yang terlibat dalam ketirisan aset itu supaya membayar balik kerugian seperti yang dilaporkan dalam Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT) baru-baru ini.

" Kita juga akan menyaman mereka yang bertanggung jawab di Mahkamah Civil untuk mendapatkan kembali hak Yayasan Selangor yang telah dilesapkan oleh mereka," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Pengerusi SELCAT, Datuk Teng Chang Kim mencadangkan YS supaya melantik Audit Bebas untuk menjalankan forensik audit.

Bagaimanapun menurut Ilham lantikan Audit Bebas itu tidak dibuat sebelum ini berikutan YS tidak mempunyai peruntukkan untuk membayar bayaran Audit Forensik yang tinggi.

Tambahnya sebelum ini juga YS masih mengharapkan tindakan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat.

Pertengahan tahun 2011 lalu YS telah membuat laporan kepada SPRM. Bagaimanapun tiada maklum balas diterima pihaknya dan prosedurnya agak merumitkan serta dilihat tindakan itu tidak berhasil.

"Aduan ke SPRM itu pernah dibuat tetapi memandangkan prosedur yang banyak jadi kami berbincang untuk menyiasat sendiri," katanya.

Tambahnya lagi, bagaimanapun, sejajar dengan saranan SELCAT, YS akan memohon Lembaga Pemegang Amanah yayasan tersebut untuk mendapatkan kebenaran melantik Audit Forensik Bebas secara tender terbuka dan memohon peruntukkan kewangan YS.

Katanya, YS sebelum ini membuat kajian dari tahun 1991 hingga Mac 2008 dan mendapati ketirisan aset Yayasan Selangor adalah tidak kurang daripada RM500 juta dibawah pentadbiran UMNO-BN.

Pihak YS membuat kajian itu berdasarkan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) apabila tanah YS dimajukan secara projek usahasama dengan pemaju dan pulangan yang lazimnya untuk YS hanya sekadar 30 peratus dari GDV projek itu.

Nilai GDV di kira dengan mendarab jumlah bangunan yang dibina dengan nilai sebuah bangunan yang di bina.

" Kita menyemak semula di dalam rekod kewangan berapakah nilai yang diterima dan setiap kekurangan dari apa yang patut diterima itu di kira ketirisan dan kita mendapati sekiranya dicampurkan, ketirisan semua projek usahasama bagi tempoh 1991 hingga 2007, jumlahnya adalah melebihi RM 500 juta," jelas Ilham.

Setakat ini aset tetap yang dimiliki oleh Yayasan Selangor bernilai RM500 juta dan aset semasa dalam bentuk wang tunai berjumlah RM51 juta berbanding hanya RM21 juta pada tahun 2007.

Selangor Akan Lancar Skim Rondaan Keselamatan

Posted: 11 Mar 2012 03:12 AM PDT




BATU CAVES : Satu skim rondaan rukun tetangga akan dilaksanakan di seluruh negeri Selangor dibawah program Kerajaan Negeri bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penghuni selaras dengan Kempen Pangsapuriku Bersih, Ceria dan Harmoni.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan, Pembangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, berkata inisiatif itu bagi membantu penduduk setempat yang menghadapi kesukaran memohon untuk menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) atau Rukun Tetangga dibawah Kerajaan Persekutuan.

" Terdapat banyak skim rondaan atau rukun tetangga dibawah Kerajaan Persekutuan, antaranya SRS bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan rukun tetangga, tetapi kebanyakkannya penduduk menghadapi masalah kelewatan untuk memohonnya dan jika mereka ingin membuat rondaan sendiri pula, kadangkala mereka dipertikaikan dan banyak soal jawab.

" Mereka juga akan terdedah dengan bahaya dan yang paling kita menitik beratkannya adalah apabila ketiadaan Insurans Perlindungan, jadi saya telah membuat perbincangan dengan pegawai-pegawai supaya diwujudkan satu skim di bawah Kerajaan Negeri dan ianya akan dilakukan dikawasan perumahan bertingkat terlebih dahulu," katanya kepada SelangorKini selepas Majlis Penyerahan Kunci Pangsapuri Banjaria Court.

Hadir sama Timbalan Pengurus Besar bahagian Pentadbiran dan Pembangunan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Noraida Mohd Yusof dan Timbalan Pengurus Besar bahagian Teknikal, Abdul Ghani Hashim.

Beliau berkata salah sebuah syarikat Insurans sudah bersetuju untuk memberikan perlindungan kepada penduduk dalam perbincangan yang dilakukan baru-baru ini.

" Saya akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai perkara ini dan akan dipanjangkan di dalam mesyuarat Exco serta akan dilaksanakan secepat mungkin," katanya.

Tambahnya lagi, skim itu bermatlamat untuk mengurangkan kadar jenayah dan vandalisme dan mewujudkan komuniti bagi menjadikan masyarakat setempat lebih baik.

" Bagi Kerajaan Negeri, kunci keharmonian komuniti bukan hanya kepada infrastruktur sahaja tetapi bagaimana komuniti itu sendiri membawa perubahan dan menaikkan kawasan kediaman mereka," katanya.

RM2.65J Untuk Tingkat Pasarana UNISEL

Posted: 11 Mar 2012 03:10 AM PDT




SHAH ALAM : Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM2.65 juta bagi meningkatkan prasarana teknologi dan komunikasi (ICT) Universiti Selangor (UNISEL).

Peruntukkan tersebut diberi baru-baru ini selaras dengan dasar Kerajaan Negeri untuk membina kelompok masyarakat yang mahir dalam penguasaan bidang ICT yang semakin pesat dan canggih.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berucap dalam Istiadat Konvokesyen UNISEL kali keenam bagi sidang tujuh juga menyeru pelajar dan para graduan supaya membudayakan kecemerlangan dan kemahiran serta mengelakkan budaya "cakap tak serupa bikin" atau membuat kenyataan tanpa bukti dan kajian terlebih dahulu.

" Mungkin ada pernah mendengar orang yang berjawatan menteri yang bercakap tentang pengurusan dan kewangan tetapi sebenarnya dia tidak mempunyai latar belakang atau pengalaman mengurus kewangan dan syarikat korporat sehinggakan kenyataannya boleh dipertikaikan malah menjadi bahan lucu bagi orang yang arif dalam bidang berkenaan," katanya.

Khalid yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd/UNISEL berkata pelajar juga harus meningkatkan pembangunan insan dengan kerjasama daripada keluarga dan masyarakat sekitar.

" Hal ini demi melahirkan rakyat yang berilmu, berakhlak dan beriman serta menjadikan kerajaan negeri Selangor merupakan negeri ilmu atau hab ilmuan.

" Dasar dan aspirasi Kerajaan Negeri secara keseluruhannya juga bermatlamat untuk membentuk golongan berpendidikan tinggi dan profesional," katanya.

Dalam konvokesyen itu, seramai 259 graduan menerima ijazah dan diploma termasuk 86 orang akan menerima diploma bagi program Japanese Associate Degree Programme (JDA), hasil kerjasama UNISEL dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) sebagai penaja.

Hadir sama dalam konvokesyen terbabit ialah Canselor UNISEL, Raja Tan Datuk Seri Arshad Raja Tun Uda, Pro Canselor UNISEL, Tan Sri Ismail Adam dan Datuk Seria Dr Anuar Masduki serta Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali.

Pendengaran SELCAT Tidak Di Bawa Ke DUN Tak Benar

Posted: 11 Mar 2012 03:09 AM PDT




SHAH ALAM : Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) menafikan dakwaan laporan media berhubung tindakan SELCAT tidak akan membentangkan keputusan siasatan awamnya selepas sesi pendengaran awam ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) depan.

Dalam laporan media itu memberitahu, jawatankuasa SELCAT tidak akan membentangkan keputusan siasatan awamnya mengenai tiga syarikat milik negeri di DUN yang dijadual bermula 19 Mac ini.

Pengerusi Selcat Teng Chang Khim, berkata keputusan untuk tidak membawa ke Sidang DUN 19 Mac ini bukan kerana SELCAT tidak mahu mengambil apa-apa tindakan tetapi kerana ianya tidak sempat berikutan masa yang terlalu singkat.

" Sesi pendengaran awam SELCAT baru sahaja selesai pada 7 Mac lalu, ianya satu masa yang singkat untuk dibawa ke Sidang DUN 19 Mac ini, pihak kita memerlukan masa untuk meneliti semua keterangan dalam SELCAT sebelum membuat sebarang rumusan," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata ianya bukan bermaksud untuk tidak dibincangkan langsung di dalam Sidang DUN tetapi memerlukan tempoh dua minggu sebelum membawa usul itu ke Sidang Dun.

"Kita juga memerlukan perbincangan dengan semua pihak untuk membuat sebarang keterangan bertulis kerana ianya banyak syarat-syaratnya, jadi keterangan dalam sesi itu belum siap dicatat, jadi segala tindakan kita akan ambil kemudian," katanya yang juga Speaker Dun Selangor.

Dalam persidangan SELCAT baru-baru ini, Yayasan Selangor mendapati ketirisan aset yayasan itu adalah tidak kurang daripada RM 500 juta berdasarkan kajian dari tahun 1991 hingga Mac 2008.

Turut didedahkan punca Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sebelum 2008 yang mengalami kerugian jangkaan pendapatan RM 20 juta setahun disebabkan pengurusan yang tidak cekap serta ketirisan.

Selain itu, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) turut mencatatkan perkembangan positif terutama dari segi jumlah jualan berdasarkan ringkasan prestasi tahun kewangan 2008-2012 dengan nilai tertinggi pada tahun 2011 sebanyak RM 84,413,801 daripada jualan 8,030,801 tan metrik pasir.

Shahrizat Letak Jawatan April ini

Posted: 11 Mar 2012 03:07 AM PDT




SHAH ALAM : Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan meletakkan jawatannya sebagai menteri selepas tempoh perlantikannya sebagai senator tamat bulan April depan.

Shahrizat yang dilantik sebagai senator pada 9 April 2009 akan tamat tempoh penggal sebagai Senator pada 8 April depan.

Beliau bagaimanapun hanya berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi masih kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Keputusan itu diumumkan oleh beliau dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri selepas kontroversi panjang isu skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya, Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail.

Skandal NFC dalam projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan itu turut mengaitkan dirinya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan kedudukan Shahrizat pada waktu yang sesuai ekoran pelbagai khabar angin mengatakan Senator itu akan meletakkan jawatan.

Sebelum ini, Shahrizat kelihatan berbincang dengan Najib beberapa ketika sebelum perdana menteri memberitahu perkara itu akan diumumkan tanpa mahu mengulas lanjut soal berkenaan.

Selain desakan banyak pihak termasuk pihak pembangkang, beberapa individu dalam Umno seperti bekas ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee juga menggesa Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan menjadi bebanan parti.

Malah, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan menasihatkan bekas anggota parlimen Lembah Pantai itu agar "jangan sayang kepada jawatan."

Sementara itu semalam, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli memfailkan saman balas terhadap Shahrizat.

Tujuan saman balas tersebut menurut Zuraidah dan Rafizi berikutan khuatir pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen penting dan pemimpin tertinggi BN diseret ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Pada 19 Januari lalu Ketua Wanita Umno tersebut bertindak menyaman Zuraidah dan Rafizi kerana mengkaitkan beliau terlibat dengan skandal penyelewengan NFC.

Bazir wang rakyat untuk naikkan imej Najib

Posted: 11 Mar 2012 01:26 AM PST

Oleh Daing Yahya




Media massa UMNO hari ini melaporkan bahawa Najib Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk menaik taraf lebuh raya Pasir Gudang di negeri Johor.

Kita melihat begitu banyak sekali Perdana Menteri membelanjakan wang rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13 ini. Setiap kali datang program di mana-mana pun pasti ada saja pengumuman peruntukan itu dan ini. Seolah-olah beliau membelanjakan duit poketnya sendiri.

Kita tidak pasti adakah peruntukan RM150 juta ini ada dalam Bajet 2012 atau diumumkan sesuka hati sahaja. Banyak lagi peruntukan berbilion ringgit yang kita tidak pasti sudah disahkan dalam Bajet negara 2012. Wallah hu'alam.

Tak kiralah walau atas niat baik dan murni sekali pun, wang rakyat untuk rakyat itu juga mestilah dibelanjakan dengan telus dan berhemah. Kerajaan, selain diamanahkan untuk mengagih wang tersebut, wajib juga mengikut peraturan yang telah ditetapkan, barulah telus dan amanah namanya.

Tetapi, gaya pentadbiran Najib ini begitu terdesak sekali. Mentang-mentanglah rakyat sedang susah, mudah sekali Najib membeli hati rakyat dengan berbelanja sakan tanpa mengikut peraturan. Ini sudah jadi kes, niat menghalalkan cara!

Kemudian, setahu kita juga. Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini turut mendedahkan bahawa lebuh raya Senai-Desaru menghadapi masalah, kerajaan dilaporkan terpaksa menanggung kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru sebanyak 103%, iaitu RM375.60 juta! Itu pun duit rakyat.

Pembinaan Lebuh Raya Senai-Desaru bermula pada Julai 2004 dan siap hanya sepenuhnya pada Jun 2011 telah menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos pengambilan balik tanah yang berjumlah RM740.6 juta.

Malah laporan tersebut ada menyatakan bahawa, spesifikasi lebuh raya tersebut tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Ini projek apa ni? Bagaimana pula dengan RM150 juta yang Najib baru umumkan untuk lebuh raya Pasir Gudang?

KATANYA… semua peruntukan ini adalah untuk menaikan imej Najib di mata rakyat. Maklumlah, menurut kajian, populariti Najib naik mencecah 69 peratus. Nampaknya UMNO dan BN terpaksa bergantung pada imej Perdana Menteri untuk menang pilihan raya.

Rakyat bukan bodoh. Kerana itu UMNO-BN dan para menteri mereka terus merudum di mata rakyat. Kes sombong dan angkuh yang menjatuhkan lima negeri dan menghilangkan majority dua pertiga Parlimen dalam PRU 2008 masih terus menjadi amalan dan budaya UMNO-BN. – Roketkini.com

Siapa saya akan undi dalam pilihan raya umum akan datang?

Posted: 11 Mar 2012 01:23 AM PST

Roketkini.com


DILEMA



Bila saya tengok Datuk Seri Najib Razak, hebat juga orangnya. Slogan 1Malaysia cukup baik. Pelbagai bantuan dia beri kepada kita. Bukan sahaja Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dia juga ada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan nanti kita akan ada perkhidmatan kesihatan 1Care.

Rasa-rasanya teringin juga nak undi Najib. Tapi dia tak bertanding macam Prresiden Amerika Syarikat. Jadi kalau suka dia pun, saya kena undi Barisan Nasional (BN) yang pakai simbol dacing.

BN bukan Najib seorang

Tapi BN itu bukan ada Najib seorang. Ada ramai menteri dan pemimpin-pemimpin parti komponen seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB, SUPP, PBS, UPKO dan macam-macam lagi.

Banyak pula mereka ini terlibat dalam macam-macam skandal. Ada tuduhan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan korupsi. Ini tidak baik untuk negara kalau pemimpin jenis ini yang berkuasa.

Malah, selepas didedahkan dengan salah guna kuasa, ada antara mereka yang bongkak menyalahkan orang lain pula. Macam seorang menteri yang mana suami dan anak-anaknya dapat projek jaga lembu. Dengarnya, habis duit rakyat disapu untuk beli kondo di merata dunia, sampai ke Kazakhstan. Daging lembu untuk kita di mana?

Lagi pun, saya sudah sedar bahawa bila kerajaan kata dia bagi peruntukan atau bantuan, itu bukan duit menteri. Itu duit rakyat. Duit itu datangnya dari kutipan cukai dan hasil-mahsul sumber dalam negara.

Ya tak ya juga. Kerajaan mana ada duit sendiri. Dia bukan berniaga. Dia hanya kutip dari rakyat, baik yang miskin mahu pun yang kaya. Lagi pun sumber-sumber negara seperti minyak, gas, pokok, balak, tanaman dan sebagainya, itu hak kita semua sebagai rakyat.

Mana Najib dapat duit?

Tapi kalau difikir balik, bagus juga Najib sanggup beri duit BR1M dan baucar buku dan macam-macam lagi. Apa salahnya kita dapat wang yang sepatutnya kita dapat.

Tapi dari mana pula datangnya duit itu? Mungkin dia buat pinjaman, agaknya. Tapi siapa pula nak bayar hutang itu?

Ada cerdik pandai berkata, zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dulu pun dia buat macam itu juga. Dengarnya, bukan saja hari ini, malah bagi tahun-tahun mendatang dan dekad-dekad akan datang, kita dan anak cucu kitalah yang kena bayar semua hutang-hutang ini.

Kita kita bayar hutang kerajaan?

Kenapa pula kita kena bayar? Seperti yang dikatakan tadi, kerajaan bukan syarikat atau badan berniaga. Jadi, kita sebagai rakyatlah yang terpaksa bayar.

Bagaimana cara kerajaan paksa kita dan anak cucu kita bayar? Yang tiap-tiap hari kita kena kena bayar tempat letak kereta, cukai perkhidmatan telefon, cukai perkhidmatan restoran, tol lebuh raya, cukai pintu, bil elektrik dan air, dan entah apa-apa cukai dan caj lagi; yang itu semualah yang kita kena bayar bagi pihak kerajaan.

Memang tak ada salahnya kita bayar jika kerajaan sediakan perkhidmatan yang baik dan bermutu. Masalahnya di Malaysia, segala skandal, pembaziran dan kronisme, itu membaham semua wang rakyat. Jadi kenapa saya kena bayar untuk jadikan orang lain jutawan atau laksawan?

Kalau macam itu, malaslah saya nak undi untuk Najib. Kalau saya beri undi kepadanya, bermakna BN akan terus jadi kerajaan tanpa ada apa-apa perubahan. Malah, mungkin lebih teruk lagi.

Mungkin juga ramai pemimpin BN ingat undi saya kepada mereka bererti saya menghalalkan segala penyelewengan, rasuah dan kronisme mereka.

DILEMA…Maaf, itu tak sanggup saya lakukan. Mungkin saya kena lihat di sebelah sana. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik dengan Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP. – Roketkini.com

Tiada ulasan: