DIALOG RAKYAT |
- 60 % MUKA BUMI SABAH MASIH HUTAN
- Bantah bina banglo bimbang tanah runtuh
- Jabatan Amal harum nama PAS di luar negara
- Royalti bebaskan bebanan PTPTN graduan
- Kickdefella kali kedua mohon tukar hakim
- Panas: Penduduk Kecewa, Gara-Gara MB Datang Penganjur Dirikan Khemah Di Atas Jalan Utama !
- HRP amat yakin rampas kerusi Kota Raja dari PAS
- DAP pelik dengan kenaikan pengundi luar bandar
- Negara muflis kerana boros, bukan gaji minimum
- Program Ziarah Prihatin ADUN Taman Medan Ditingkatkan
- Tiada Pelajar Malaysia Terbabit Dalam Bencana Puting Beliung Di AS
- Sin Chew : Shahrizat Mungkin Tidak DiLantik Semula Senator
- Sindiran kepada Hasan, Star hina Islam terhangat
- Kelantan tidak ganggu bukan Islam beribadat
- Najib pohon maaf bukti benarnya PAS lawan Umno
- PAS umum penyelesaian isu Kedah esok
- Kerajaan tiada cadangan kurangkan cuti umum
- Sokong pembangkang, bantuan OKU dihentikan
- Soalan buku latihan sejarah timbulkan kemarahan
- PRU-13: Giliran Najib 'dihukum', kata Saifuddin
- Pemandu sendiri rompak Zahida RM200k?
- `IBLIS' PERNAH ISLAMKAN UMNO?
- Penyampai Radio Popular Bercerai Dengan Suaminya Dengan Talak 1... Walaupun Dikurniakan Sepasang Anak Kembar
- Bergambar - Hebat Peniaga Tepung Ini Membeli Kereta Secara Tunai Dibayar Dengan Wang Syiling Seberat 300 Kg
- 5 askar AS bakar al-Quran di Afghan
60 % MUKA BUMI SABAH MASIH HUTAN Posted: 04 Mar 2012 04:49 AM PST
SABAH KINI KIRA-KIRA 60 peratus daripada muka bumi Sabah masih dilitupi hutan, sekalipun negeri ini menyaksikan perubahan lanskap yang pesat sejak beberapa dekad yang lalu. Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan berkata walaupun kerajaan memperkenalkan pertanian bagi mengurangkan penggantungan kepada balak, saiz hutan Sabah tidak banyak terjejas susulan pelaksanaan sistem hutan simpan. "Kira-kira empat juta hektar muka bumi Sabah masih dilitupi hutan meliputi hutan simpan, taman dan santuari hidupan liar," katanya ketika menyampaikan taklimat kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang berangkat melawat Pusat Penemuan Hutan Hujan di Sepilok, di Sandakan,kelmarin. Katanya, kadar penerokaan hutan bagi tempoh 1970 hingga 2010 adalah 0.5 peratus dengan kemuncaknya sekitar 1990 dan 2000 iaitu ketika tempoh letusan ladang kelapa sawit. Bagaimanapun katanya, hutan hujan di negeri ini berupaya pulih dengan sebahagian besar aset biologinya kekal utuh serta tiada rekod mengenai kepupusan haiwan setakat ini. "Paling hampir untuk pupus ialah badak sumbu Sabah yang kita cuba selamatkan menerusi pembiakan dalam kurungan," katanya. Mengenai pusat itu, beliau berkata kos pembangunannya telah melangkaui RM25 juta dan dianggar RM10 juta akan dibelanjakan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 bagi terus membangunkan fasiliti itu. (BERNAMA) | ||||||||||||||||||||||
Bantah bina banglo bimbang tanah runtuh Posted: 04 Mar 2012 04:47 AM PST
PETALING JAYA: Penduduk sekitar Bukit Gasing hari ini berhimpun berhampiran kawasan hijau bukit itu bagi membantah pembinaan 142 lot banglo di kawasan seluas 14.2 hektar di situ. Pada himpunan itu, tandatangan juga turut dikumpulkan bagi menyatakan sokongan bantahan penduduk terhadap pembinaan tersebut yang dibimbangi berlaku tanah runtuh. Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut hadir pada himpunan tersebut memberitahu bantahan itu bukan bermaksud penduduk tidak menyokong sebarang pembangunan tetapi biarlah dilakukan mengikut apa yang ditetapkan. "Kita hadir hari ini adalah bagi mengumpul seramai yang mungkin bagi tujuan menyelamatkan Bukit Gasing, yang mana ia merupakan kawasan hijau terakhir berada di Lembah Klang yang perlu diselamatkan. "Bantahan ini bukannya bermaksud kita tidak manyokong pembangunan tetapi setiap apa yang dilakukan biarlah mengikuti piawaian yang ditetapkan demi keselamatan penduduk sekitar," jelasnya. Beliau yang juga Naib Presidn PKR turut mempersoalkan kenapa sehingga sekarang pemaju belum lagi mengemukakan laporan penilaian kesan alam sekitar. "Saya ingin bertanya kenapa sehingga sekarang pemaju masih gagal untuk menyerahkan laporan penilai kesan alam sekitar kepada penduduk sekitar. "Kalau ini tidak diberikan bagaimana penduduk akan berasa yakin dengan keselamatan mereka dalam tempoh jangka masa yang panjang," katanya lagi. Tambahnya lagi, pemaju mahupun kerajaan jangan hanya memikirkan pembangunan tetapi mengabaikan keselamatan penduduk sekitar. "Telah banyak bencana alam yang berlaku berhubung dengan tanah runtuh sebelum ini yang mengakibatkan kematian serta kerosakan yang teruk, jangan pula bila sudah berlaku maka berlakulah situasi tuduh menuduh sedangkan pada peringkat awal lagi banyak perkara tidak dipenuhi terutamanya tentang laporan penilaian itu," sambung Nurul Izzah lagi. Projek pembangunan milik Gasing Meridian Sdn Bhd (GMSB) di Taman Gasing Indah itu bersempadanan dengan kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Bagaimanapun di kawasan Petaling Jaya, segala aktiviti pembangunan telah dihentikan sejak beberapa tahun dahulu. | ||||||||||||||||||||||
Jabatan Amal harum nama PAS di luar negara Posted: 04 Mar 2012 04:43 AM PST
IPOH: Jabatan Amal PAS kini boleh berbangga dengan pencapaian mereka apabila tugas sukarela mereka sering mendapat pujian pelbagai pihak. | ||||||||||||||||||||||
Royalti bebaskan bebanan PTPTN graduan Posted: 04 Mar 2012 04:41 AM PST
KOTA BHARU: Graduan lepasan universiti di Kelantan yang kini dibebani pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh menarik nafas lega apabila bebanan mereka bakal dilangsaikan hasil royalti minyak. Sejak 1997 sehingga tahun lepas lebih 93,000 anak Kelantan yang dibebani dengan hutang pinjaman PTPTN berjumlah RM3.3 bilion. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, berdasar kepada tunggakan bayaran royalti petroleum sejak 2005 sehingga sekarang, Kelantan sepatutnya mendapat RM4.2 bilion. Katanya, setiap tahun lebih 6,000 anak Kelantan berjaya mendapat tempat di universiti atau institusi pengajian tinggi, di mana setiap seorang akan menanggung purata hutang pengajian sebanyak RM35,000. "Ini bermakna setiap tahun sebanyak RM220 juta hutang pengajian yang terpaksa ditanggung anak-anak Kelantan yang belajar di universiti. "Sedangkan royalti minyak yang sepatutnya dibayar kepada Kelantan setiap tahun sebanyak RM500 juta," katanya menjawab soalan Abdullah Ya'kob (PAS-Air Lanas) pada persidangan Dun hari ini. Menurutnya minyak dan gas dikeluarkan dari Medan PM301 iaitu di Bumi Selatan bermula pada 2005. Kata Husam kemungkinan tempoh tersebut boleh diambil kira untuk membantu pelajar yang dibebani hutang PTPTN. Beliau juga berkata, graduan-graduan anak Kelantan sudah mendapat maklum mengenai cadangan tersebut sehingga ada facebook khas diwujudkan bagi tujuan itu. "Biar pun Umno kata cadangan berkenaan hanya sebagai rekaan politik, namun pelajar-pelajar telah memberi respon positif," katanya. Beliau juga memberitahu sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, kakitangan kerajaan berpeluang mendapat pinjaman membiayai pembelian rumah dan kenderaan tanpa sebarang faedah. Menurutnya sekarang kerajaan BN mengenakan kadar faedah sebanyak 4 peratus bagi setiap pinjaman. "Kita boleh laksanakan skim pinjaman tersebut tanpa dikenakan sebarang faedah seperti yang telah diamalkan di Kelantan sejak 1990. "Biar pun tidak dikenakan sebarang caj, namun kewangan kerajaan Kelantan tidak terjejas," ujarnya. | ||||||||||||||||||||||
Kickdefella kali kedua mohon tukar hakim Posted: 04 Mar 2012 04:38 AM PST
KOTA BHARU: Blogger, Syed Azidi Syed Abdul Aziz sekali lagi membuat permohonan di Mahkamah Tinggi di sini, supaya hakim yang mengendalikan kesnya menarik diri daripada mendengar kes tersebut. Sebelum ini, Hakim Azman Abdullah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan juga dibuat atas permohonan Syed Azidi yang lebih dikenali sebagai Kickdefella. Pada prosiding hari ini sepatutnya peguam Syed Azidi dan peguam Datuk Husam Musa berhujah ekoran permohonan Kickdefella mahu memindahkan kes tersebut ke Kuala Lumpur. Permohonan tersebut kemudian dibantah peguam Hisham Fauzi yang mewakili Husam. Kes berkenaan dibicarakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Pada 19 September lalu Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM5 juta ekoran penyiaran artikel yang ditulis defendan berunsur fitnah terhadap plaintif. Rencana tersebut bertajuk 'Husam telah menipu rakyat dan sahabat' diterbit pada 27 Januari 2011, kedua, 'Sebelum kita lupa Normala Sudirman' (3 Februari 2011) dan artikel 'Husam itu pembohong' (3 Julai 2011). Pada writ saman juga Husam menuntut Syed Azizi memohon maaf secara bertulis tanpa syarat, memadam rencana terbabit dalam laman blog defendan dan mengiklankan permohonan maaf dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu. Hakim Ahmad Zaidi kemudian menangguhkan kes kepada 17 April hadapan untuk membolehkan beliau membuat rujukan kepada Hakim Besar Malaya berkaitan isu berkenaan. Hisham berkata, hujahan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga isu berkaitan penarikan diri hakim diselesaikan terlebih dahulu. "Jika kes ini tidak didengar di hadapan mana-mana dua hakim Mahkamah Tinggi di sini, maka hakim dari negeri lain terpaksa dibawa untuk mendengar kes tersebut," katanya di sini. Pada prosiding berkenaan Hisham turut dibantu peguam Zainal Abidin Mustapha, manakala Kickdefella diwakili peguam Datuk Firuz Hussein Jamaludin dan Nur Natasya. Sementara itu pengurusan kes anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah menyaman Pengerusi MCA Kelantan, Datuk Seri Ng Yen Yen akan diadakan pada 1 April depan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Prosiding kes itu hari ini ditangguhkan bagi membolehkan peguam defendan memfailkan pernyataan pembelaan. Anuar Tan diwakili peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Ng Yen Yen diwakili Peguam Tara Singh dari Tetuan D.S. Tara & Co. | ||||||||||||||||||||||
Panas: Penduduk Kecewa, Gara-Gara MB Datang Penganjur Dirikan Khemah Di Atas Jalan Utama ! Posted: 04 Mar 2012 04:21 AM PST PAHANG DAILY KUANTAN - Para penduduk di sekitar kawasan Taman Yew Hong, Indera Mahkota dekat sini kecewa dengan tindakan pihak penganjur majlis perasmian pondok Skim Rondaan Sukarela (SRS) membina khemah-khemah (kanopi) di atas jalan utama di taman terbabit. Ini menyebabkan mereka dan termasuk juga orang ramai yang lalu di situ menghadapi kesulitan melalui jalan tersebut. Difahamkan, majlis perasmian program itu akan disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob hari ini. Kerja-kerja pemasangan khemar terbabit telah dijalankan sejak semalam. Orang ramai dilencongkan ke jalan lain ketika kerja-kerja tersebut dilakukan dan kemungkinan besar mulai hari ini mereka tidak dibenarkan lagi melalui jalan itu hingga program selesai. Persoalannya yang timbul, kenapa ia dibuat di atas jalanraya?. Sedangkan padang awam hanya terletak beberapa meter saja dari lokasi berkenaan. "Kenapa begitu bodoh dan menyusahkan orang ramai?. Kenapa tidak dibuat atas padang yang lebih selesa dan tak ganggu lalu lintas. Bukankah MB boleh berjalan melintas jalan untuk rasmikan pondok SRS itu. Lagi pun jaraknya tidaklah terlalu jauh. Kenapa perlu tutup jalan?. Adakah MB terlalu manja hingga terpaksa buat khemah untuk perasmian pondok terbabit begitu dekat dengan lokasi tersebut. Nak mengampu pun tengok tempatlah...", kata seorang penduduk yang ditemui. Dia kecewa kerana pihak penganjur begitu "pendek akal" dengan menutup jalan sedangkan ada padang yang cukup luas berdepan dengan lokasi itu. [Tinjaun krew PDO ke lokasi berkenaan mendapati sememangnya tidak wajar khemah terbabit dibina betul-betul atas jalan utama. Sedangkan ia adalah laluan masuk penduduk ke Taman Pasdec Makmur bersebelahan. Akibat penutupan jalan itu, maka orang ramai terpaksa berpusing jauh dalam keadaan bersesak-sesak untuk ke kediaman mereka. Tindakan penganjur yang "tidak cerdik" itu menyebabkan sebahagian besar penduduk marah dan kecewa. Mungkin mereka mahu mengampu MB Pahang dengan membina khemah dengan jarak yang begitu dekat dengan pondok SRS yang mahu dirasmikan itu. Namun, sepatutnya pihak terbabit sedar bahawa perbuatan itu jelas menyusahkan orang ramai dan tidak masuk dek akal. Sepatutnya mereka bertanya terlebih dahulu dan bawa berbincang sebelum melaksanak kerja-kerja berkaitan. Apa yang berlaku ini tidak lebih untuk mengampu MB Pahang demi kepentingan peribadi pihak-pihak tertentu sebenarnya. Senario ini amatlah mendukacitakan !!]. | ||||||||||||||||||||||
HRP amat yakin rampas kerusi Kota Raja dari PAS Posted: 04 Mar 2012 04:18 AM PST Parti Hak Asasi Manusia (HRP) amat yakin mampu merampas kerusi Parlimen Kota Raja dari Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang. | ||||||||||||||||||||||
DAP pelik dengan kenaikan pengundi luar bandar Posted: 04 Mar 2012 04:14 AM PST Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching menimbulkan kecurigaannya berhubung kenaikan mendadak pengundi baru di luar bandar berbanding dengan tahun 2008. Contoh, kata beliau, adalah di bahagian pilihan raya Parlimen Hulu Selangor yang mengalami kenaikan mendadak 23.2 peratus iaitu daripada 63,593 pengundi kepada 78,370 pengundi. "Di tempat yang mempunyai bandar-bandar baru, ini boleh diterima. Tetapi di Hulu Selangor tidak ada ramai orang yang berpindah ke sini, jadi kita dapati peningkatan dalam jumlah yang besar ini sangat mencurigakan," katanya ketika dihubungi. Kerusi Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh PKR pada tahun 2008 dengan hanya majoriti 198 undi tetapi ia berjaya ditawan semula oleh calon BN P Kamalanathan yang mendapat 24,997 undi berbanding saingannya Datuk Zaid Ibrahim yang meraih 23,272 undi. Teo juga mendakwa peningkatan ketara juga dikesan di kerusi-kerusi marginal atau yang dimenang dengan tipis oleh Pakatan Rakyat. Contohnya, kata beliau kerusi Hulu Langat yang telah dimenangi oleh PAS dengan majoriti 1,745 undi dan Selayang yang dimenangi oleh PKR dengan majoriti 3,567 undi, masing-masing melihat lonjakan sebanyak 21.7 peratus dan 22 peratus pengundi baru. "Peningkatan ini adalah dari pengundi baru, bukan dari pengundi yang berpindah alamat. Jumlah mereka adalah jauh lebih ramai daripada pengundi baru yang telah kami daftarkan," katanya. Dalam bahagian pilihan raya yang diwakili Teo di Parlimen Serdang, terdapat juga peningkatan 21.2 peratus pengundi baru menjadikan jumlah pengundi dari 94,877 kepada 117,979. Perangkaan yang dipetik itu adalah daripada data terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga akhir tahun lalu. Ia juga menunjukkan jumlah pengundi di Selangor meningkat sebanyak 17.5 peratus daripada 1.57 juta kepada 1.84 juta orang. Menurut Teo, data baru yang dikeluarkan SPR itu juga mempunyai ramai pengundi senarai baru tidak mempunyai alamat yang lengkap. | ||||||||||||||||||||||
Negara muflis kerana boros, bukan gaji minimum Posted: 04 Mar 2012 12:15 AM PST Salmiyah Harun KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis kerana perbelanjaan yang terlalu boros bukannya pelaksanaan dasar gaji minimum sebagaimana yang didakwa oleh Tun Mahathir Mohamad. Pakar ekonomi Dr Rosli Yaakob berkata, perbelanjaan boros kerajaan antara faktor yang meyakinkan negara ini bakal menjadi muflis seperti yang berlaku di Greece. Jelasnya, kerajaan hari ini berbelanja terlalu boros sehingga terpaksa berhutang malah hutang itu meningkat tiap-tiap tahun. "Ini mungkin berlaku kepada kerajaan Malaysia kerana lebih 10 tahun perbelanjaan kerajaan terus defisit. Defisit berterusan inilah yang boleh membankrupkan negara," katanya kepada Harakahdaily. Kenyataan Dr Rosli itu sekali gus menyangkal dakwaan Tun Mahathir yang membayangkan negara akan munflis ekoran pelaksanaan dasar gaji minima bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara. Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengetengahkan dasar gaji minimum di dalam bajet alternatifnya, usaha ini mendapat sambutan baik rakyat akhirnya kerajaan terpanggil untuk melaksanakan dasar itu. Kira-kira 30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum yang belum ditetapkan lagi itu. Menurut Dr Rosli, sebarang kenaikkan gaji melebihi kadar produktiviti pekerja adalah tidak wajar berlaku kerana ia akan merugikan majikan. Bagaimanapun, katanya, jika kadar gaji selaras dengan produktiviti pekerja atau lebih rendah daripada kadar produktiviti maka keadaan ini tidak akan merugikan majikan. Apa yang berlaku hari ini, jelasnya kenaikan produktiviti yang membawa pertambahan keuntungan kepada majikan dibolot semua oleh majikan tanpa dikongsi dengan pekerja. Oleh yang demikian, katanya, polisi gaji minima yang mengambil kira pertumbuhan produktiviti adalah jalan terbaik bagi memulihkan pekerja dan majikan, sama-sama berkongsi dari hasil pertumbuhan produktiviti. Justeru, katanya, kenyataan Tun Mahathir adalah satu kenyataan am seolah-olah penentuan gaji minima akan lebih tinggi daipada produktiviti pekerja. "Ini tidak mungkin berlaku biasanya kadar gaji minima yang ditentukan oleh majikan adalah lebih rendah daripada nilai produktiviti pekerja. Mungkin gaji minima yang ditetapkan berdasarkan produktiviti inilah boleh bankrupkan negara,"katanya. | ||||||||||||||||||||||
Program Ziarah Prihatin ADUN Taman Medan Ditingkatkan Posted: 03 Mar 2012 11:41 PM PST PETALING JAYA : Pejabat ADUN Taman Medan telah meningkatkan program Ziarah Prihatinnya agar lebih ramai orang di kawasan bandar yang padat penduduk ini mendapat pertolongan kebajikan. Terbaru, Fatimah Landot, 59, yang menghidap penyakit lumpuh sejak empat bulan lalu menerima bantuan makanan dan pakaian semasa lawatan ADUN Taman Medan Haniza Talha. "Saya berasa syukur dan berterima kasih kepada keperihatinan ADUN. Kepimpinan yang ditunjukkan oleh wakil Pakatan Rakyat patut dipuji," ketika ditemui Selangorkini. Haniza berkata sebanyak 20 buah rumah golongan susah setiap bulan akan dilawatinya sendiri dalam program tersebut. "Tetapi kebiasaanya kita akan pergi lebih daripada 30 buah rumah setiap bulan, ada juga penduduk yang datang sendiri ke pejabat untuk terus berurusan, kita menetapkan sebanyak lima buah rumah setiap minggu untuk dilawati. "Jika mereka terus datang ke pejabat, biasanya kami akan mensalurkan bantuan secara terus, bergantung kepada keperluan dan permintaan. Haniza berkata selain itu, inisiatif yang dilakukan adalah untuk mengembirakan penduduk supaya tidak berasa terpinggir. "Kita akan cuba membantu, jika mereka memerlukan bantuan secara berterusan, kita akan merujuk kepada Jabatan kebajikan Masyarakat dan jika sebaliknya kita juga ada sediakan wang tunai untuk meringankan beban mereka. | ||||||||||||||||||||||
Tiada Pelajar Malaysia Terbabit Dalam Bencana Puting Beliung Di AS Posted: 03 Mar 2012 11:39 PM PST ANTARA POS.COM NEW YORK: Tiada pelajar Malaysia di Indiana, Kentucky dan Ohio, Amerika Syarikat dilaporkan terbabit dalam bencana puting beliung yang melanda kawasan itu sejak dua hari lepas, kata Konsul Jenaral Malaysia di sini, Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman. Beliau berkata Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) di Washington setakat ini belum mendapat sebarang laporan mengenai pelajar Malaysia yang terbabit dalam bencana itu, dan menasihatkan ibu bapa supaya tidak bimbang mengenai anak-anak mereka di sini. Pelajar Malaysia yang menghadapi masalah akibat bencana berkenaan boleh menghubungi MSD dan juga pejabat konsul di sini untuk diberi bantuan, katanya kepada Bernama dan RTM di pejabatnya di sini. Laporan CNN menyebut puting beliung melanda Amerika Syarikat pada Jumaat sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 28 orang terkorban di Indiana, Kentucky dan Ohio. | ||||||||||||||||||||||
Sin Chew : Shahrizat Mungkin Tidak DiLantik Semula Senator Posted: 03 Mar 2012 11:32 PM PST ANTARA POS.COM KUALA LUMPUR : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mungkin tidak akan dilantik semula sebagai Senator apabila penggalnya berakhir pada 8 April, lapor akhbar Sin Chew. Jika tidak dilantik semula, Shahrizat terpaksa melepaskan jawatan dalam Kabinet susulan skandal Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) yang membabitkan suami dan anak-anaknya. "Jika tidak ada perkembangaan baru, Shahrizat mungkin tidak dapat melanjutkan tempoh pelantikannya sebagai senator manakala kedudukannya di Kementerian tidak diisi sehingga Parlimen dibubarkan," lapor akhbar berbahasa Cina itu. Beliau dilantik sebagai senator dan Menteri Kabinet walaupun tewas pada pilihanraya umum tahun 2004. Ketua Wanita UMNO itu kerap menegaskan isu NFC tidak ada kena mengena dengannya dan adalah sebuah projek yang diuruskan oleh suami beliau. Pembangkang mendakwa suami dan anak-anak Shahrizat menggunakan sebahagian daripada pinjaman kerajaan RM250 juta untuk membeli tanah, kereta mewah, kondominium serta untuk pelaburan di luar skop projek ternakan lembu daging. | ||||||||||||||||||||||
Sindiran kepada Hasan, Star hina Islam terhangat Posted: 03 Mar 2012 11:30 PM PST
KUALA LUMPUR: Sindiran blogger Mimpi Senja terhadap sambutan ceramah Presiden Jati, Dr Hasan Ali yang dipecat daripada PAS menggunakan tajuk "10 ribu hadir ceramah Hassan Jati di Kg Melayu, Subang" adalah artikel terhangat di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-9. Dalam blognya, Mimpi Senja memaparkan gambar-gambar yang amat berlawanan dengan tajuk artikel beliau, yang kemudiannya diakhiri dengan satu sindiran tajam "sesak nafas gua tadi berhimpit himpit utk mendengar ceramah Hasan Ali beb.. sampai tak boleh nak duduk dekat mana lagi penuh dengan lautan manusia.. kah kah kah." Pada tangga kedua, ialah persoalan mengapa akhbar milik MCA, The Star sanggup memaparkan gambar penyanyi Erykah Badu dengan tatu kalimah Allah di badannya yang disiarkan di bahagaian Star 2 - Music muka surat 17 pada 27 Februari 2012. Lanjutan daripada itu, Kementerian Dalam Negeri telah memanggil editor-editor The Star untuk menjawab kesilapan 'terlepas pandang' akhbar tersebut, yang sudah kali ketiganya terang-terang menghina Islam. Namun, sehingga ini, tiada pemimpin Umno yang tampil untuk mengutuk akhbar milik rakan baik mereka. Penjelasan Ketua Penerangan PKR Selangor Dr Badrulamin Bahron yang dituduh berkhalwat menduduki tempat ketiga, manakala pendedahan SAMM bahawa gangster-gangster yang mengganggu ceramah Pakatan Rakyat ada hubungan intim dengan pemimpin Umno menduduki tangga keempat. Pada tangga kelima, ialah cerita bagaimana Ustaz Azhar Idrus terpaksa bertarung dengan jin untuk membantu sebuah keluarga yang mengalami penderitaan akibat sihir. Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 26 Februari hingga 3 Mac, 2012.
| ||||||||||||||||||||||
Kelantan tidak ganggu bukan Islam beribadat Posted: 03 Mar 2012 11:27 PM PST
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersyukur kerana kini ramai dari kalangan kaum Cina dan India menyokong PAS termasuk menubuhkan Kelab Penyokong PAS. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas sokongan memberangsangkan dari pelbagai kaum dan tokoh agama khasnya terhadap kepimpinan Kelantan diketuainya kini. "Baru-baru ini beberapa tokoh agama di Malaysia termasuk dari Kristian, Buddha dan lain-lain agama, datang ke Kelantan dan mereka berjumpa saya mengucapkan terima kasih banyak bahawa Kerajaan Kelantan tidak pernah mengganggu mereka termasuk dalam urusan ibadat," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam PAS Kawasan Bachok di sebuah hotel di sini, malam tadi. Turut hadir Ahli Parlimen Bachok yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Nasharuddin Mat Isa, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed, Adun Tawang Hassan Mohamood dan Adun Jelawat Abdul Aziz Kadir, kepimpinan PAS Kawasan Bachok dan para dermawan. Mengulas peranan ahli dan pemimpin PAS, beliau menyeru semua pihak memainkan peranan masing-masing terutama menjelang Pilihan Raya ke-13. "Bagi mereka yang ada mulut, bercakap. Ahli yang boleh memanjat pokok, panjat untuk menampal poster parti. "Mereka yang ada wang, menderma. Yang berkebolehan dalam internet, gunakan internet, semuanya untuk memberikan kemenangan kepada Islam dalam semua segi," ujarnya. Mursyidul Am PAS itu juga berkata, antara langkah manusia bagi mengelak diri daripada api neraka di akhirat kelak ialah berusaha memperbetulkan urusan pemerintahan negeri dan negara. Sehubungan itu, ujarnya antara usaha wajib dilakukan para pemikmpin ialah memperbetulkan hal ehwal pemerintahan di Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya. "Ini penting supaya betul sebagaimana kehendak 'tuan punya' iaitu Allah SWT. "Jadi oleh demikian, wajib kita menggunakan parti, bahkan menolong parti dalam usaha memberi kemenangan kepada dasar Islam, dan ini kita telah buat sungguh-sungguh sejak lama dahulu khususnya sejak 1990," jelasnya. | ||||||||||||||||||||||
Najib pohon maaf bukti benarnya PAS lawan Umno Posted: 03 Mar 2012 11:25 PM PST
KUALA LUMPUR- Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kesilapan yang dilakukan Umno BN selama ini membuktikan bahawa perjuangan PAS menentang dasar-dasar Umno BN selama ini adalah benar. Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan media semalam yang menyatakan bahawa Perdana Menteri memohon maaf di atas kesilapan Umno BN yang terdahulu dan berjanji untuk memperbetulkannya semula. "Kita amat yakin dengan kebenaran perjuangan PAS , dan rakyat yakin dengan perjuangan kita untuk melakukan perubahan di Malaysia, dan ini diperkukuhkan lagi dengan permohonan maaf oleh Najib kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap kesilapan yang lalu," tegas beliau. Menurut beliau lagi, walaupun Najib terpaksa berlutut kepada rakyat dengan mengeluarkan kenyatan seperti itu, namun rakyat yakin bahawa rakyat Malaysia tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali. "Kita percaya rakyat Malaysia tidak akan membiarkan pisang berbuah kali, atau dipatuk dua kali oleh kerajaan Umno BN, bisa patukan pertama masih belum hilang. "55 tahun rakyat Malaysia menderita dek kerajaan Umno BN, baru sekarang dia (Najib) minta maaf, tapi kita percaya permohonan maaf itu ada makna sebab pilihan raya sudah berada diambang pintu, kita percaya kesilapan sama akan berulang dan rakyat akan terus menjadi mangsa kiranya Umno BN terus diberikan mandat," kata beliau. Justeru itu, beliau menyeru agar rakyat Malaysia terus melakukan agenda perubahan dengan menumbangkan kerajaan Umno BN dalam PRU13 yang akan datang serta tidak termakan dengan pujuk rayu dan permohonan maaf mereka khususnya ketika nyawa mereka berada di penghujung halkum. | ||||||||||||||||||||||
PAS umum penyelesaian isu Kedah esok Posted: 03 Mar 2012 11:16 PM PST
KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan sidang media khas jam 11 pagi esok di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, bagi menjelaskan formula penyelesaian isu Kedah yang dicapai pada mesyuarat khas yang berakhir jam 3 pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily tengah hari ini. "PAS akan membuat sidang media khas isu Kedah jam 11 pagi esok, Isnin di pejabat agung PAS Jln Raja Laut. Semua wakil media dijemput," katanya melalui kiriman SMS. Malam tadi, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi. Pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak. Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri. Dalam laporan Harakahdaily awal pagi tadi, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi berkata, perbicangan tersebut telah mencapai keputusan sebulat suara dan telah mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang. Namun katanya, keputusan tersebut hanya akan diumum secara rasmi dalam satu sidang media khas yang akan diadakan dalam masa terdekat. "PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang. "Kita akan umum keputusan tersebut secara rasmi dalam masa terdekat," katanya. | ||||||||||||||||||||||
Kerajaan tiada cadangan kurangkan cuti umum Posted: 03 Mar 2012 11:08 PM PST MALAYSIA KINI Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada cadangan untuk mengurangkan jumlah cuti umum apabila cadangan gaji minimum dilaksanakan kerana pendirian itu diyakini telah mengambil kira aspek produktiviti. Muhyiddin berkata butiran mengenai dasar gaji minimum itu akan diumumkan Najib tidak lama lagi. 'Privatising profit, socialising losses' Sementara itu, ketika diminta mengulas dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa dasar penswastaan yang diamalkan kerajaan sebagai 'privatising profit, socialising losses' (menswastakan keuntungan, menjadikan hak milik awam kerugian), Muhyiddin berkata kerajaan mempunyai asas dan pertimbangan dalam melaksanakan dasar tersebut. | ||||||||||||||||||||||
Sokong pembangkang, bantuan OKU dihentikan Posted: 03 Mar 2012 11:03 PM PST Nigel Aw Sepucuk surat yang didakwa ditandatangani oleh Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang yang mengarahkan bantuan kerajaan kepada seorang lelaki kurang upaya dihentikan atas tuduhan menyokong pembangkang telah menimbulkan kemarahan warga maya. | ||||||||||||||||||||||
Soalan buku latihan sejarah timbulkan kemarahan Posted: 03 Mar 2012 10:59 PM PST Nigel Aw Sebuah buku latihan sejarah bagi pelajar tingkatan lima yang memuatkan soalan tentang cara-cara mempertahankan status orang Melayu telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah pihak. Salinan buku dan soalan itu dimuat-naikkan di Facebook pada 26 Februari dan telah dikongsi oleh hampir 3,000 pengguna lain. Buku latihan sekolah menengah itu adalah sebahagian daripada siri latihan topikal yang diterbitkan oleh Oxford Fajar untuk pelajar tingkatan lima di bawah tajuk "Effective Practise". Soalan yang dipertikaian adalah soalan pada halaman 31 yang berbunyi: "Sekiranya anda seorang pemimpin, nnyatakan dua langkah yang boleh anda lakukan untuk mempertahankan status quo Melayu." Warga maya, Jack Lim yang memuat naikkan soalan itu, menulis di Facebook: "Saya singkap buku latihan sejarah anak gadis saya dan soalan itu menarik perhatian saya. Sedih anak-anak saya terpaksa belajar di negara ini. " Selain itu, terdapat pelbagai bidasan dari pembaca lain berhubung soalan berkenaan. "Ini adalah kerja mereka yang bersifat rasis tetapi bersembunyi di dalam sistem negara ini," kata Chin Yew Meng di Facebook, manakala Vincent Wong menambah: "Ini kerja orang sakit" Walau bagaimanapun, ketika dihubungi, pengurus editorial unit sains sosial, Oxford Fajar Nurazizan Abdul Aziz menjelaskan bahawa soalan itu diambil dari luar konteks. "Apabila soalan dibuat, ia dalam konteks 'orang Melayu menentang British', bukannya 'orang Melayu menentang mana-mana kaum-kaum lain.' "Jangan salah faham, ia adalah mengenai Malayan Union, bukan Melayu seperti kedudukan mereka sekarang," katanya. Menurut Nurazizan, semua soalan telah dibuat berdasarkan buku teks yang ditetapkan oleh kerajaan kepada sekolah menengah, dan tidak ada niat di pihak penerbit untuk menyinggung sesiapa. | ||||||||||||||||||||||
PRU-13: Giliran Najib 'dihukum', kata Saifuddin Posted: 03 Mar 2012 10:57 PM PST Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf atas kesilapan lalu BN tidak membawa sebarang makna melainkan ia disusuli dengan langkah-langkah pembetulan. Menurut beliau, antara keutamaan Najib kini ia menyelesaikan gejala rasuah dan salah urus dana awam, seperti yang melanda projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Sama ada memohon maaf atau tidak, kata Saifuddin, hukuman sedia menanti pemimpin BN dan sekiranya rakyat memutuskan bahawa Pakatan Rakyat berkuasa, mereka akan bertindak ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang korup dan menyalahgunakan kuasa. "Kita akan heret mereka satu per satu untuk dibicarakan di mahkamah jika kita mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya akan datang," katanya pada ceramah di Sungai Petani, malam semalam. Saifuddin mengulas kenyataan Najib semasa Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat Baling, semalam yang memohon maaf atas kesilapan lalu sehingga kalah banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah pada pilihan raya umum 2008. Permohonan maaf secara terbuka itu adalah yang kedua dalam tempoh enam hari berhubung kepincangan pentadbiran BN, khususnya Umno sehingga membawa kepada kekalahan mereka di Selangor dan Kedah. Kali pertama, Najib mengakui kesilapan BN dan Umno itu adalah pada 26 Februari lalu di Pelabuhan Klang, Selangor. Mengulas permohonan maaf itu, Saifuddin berkata, walaupun pengundi di Selangor, Kedah dan tiga lagi negeri lain telah "menghukum" BN pada tahun 2008, namun pilihan raya umum akan datang adalah peluang untuk menghukum Najib pula. Ini, kerana menurut Saifuddin, Najib selepas mengambil-alih pentadbiran Putrajaya daripada Tun Abdullah Badawi yang digulingkan oleh Umno pada tahun 2009, tidak mengambil sebarang tindakan bagi memperbetulkan segala kepincangan BN. "Kita masih belum menghukum Najib. Kita akan berbuat demikian pada pilihan raya umum akan datang ini," katanya, seambil disambut tepukan gemuruh oleh hadirin. | ||||||||||||||||||||||
Pemandu sendiri rompak Zahida RM200k? Posted: 03 Mar 2012 04:18 PM PST KL TODAY Pelakon dan ahli perniagaan, Zahida Mohamed Rafik dilaporkan kerugian berjumlah RM200,000 apabila wang tunai yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun banknya itu dilarikan oleh pemandu peribadinya. Zahida yang kini giat menguruskan perniagaan milik keluarganya menyerahkan wang tersebut kepada pemandunya atas dasar percaya kira-kira pada jam 11 pagi Rabu lalu untuk tujuan tersebut sebelum pemandunya itu 'menghilangkan' diri selepas itu. "Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan," katanya kesal dengan apa yang berlaku. Beliau kemudiaannya membuat laporan berkenaan kejadian tersebut di Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, mengesahkan menerima laporan itu dan disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan atas dakwaan pecah amanah. Menurut Zahida, beliau biasanya akan pergi sendiri ke bank untuk memasukkan wang sambil ditemani oleh pemandunya itu. Namun memandangkan ibunya sakit dan terlalu sibuk menguruskan beberapa perkara penting menyebabkan beliau terpaksa mengamanahkan pemandunya untuk melakukan proses kemasukan wang tersebut. "Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara," ujarnya lagi dalam Harian Metro. Selepas menyedari 'kehilangan' pemandunya dan wang yang besar jumlahnya itu, Zahida pergi ke rumah pemandunya untuk berbincang dan bertanyakan tentang wang itu terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis. "Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama. "Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis," jelas pelakon filem Anak Mami The Movie itu. | ||||||||||||||||||||||
Posted: 03 Mar 2012 04:12 PM PST PERCAYAKAH anda bahawa Umno pernah memelihara `Iblis'? Dan, paling ajaib `Iblis' ini wujud di dalam Umno hanya untuk memperbertulkan Umno agar kelihatan lebih Islamik walaupun tidak boleh disamakan dengan PAS yang darah dagingnya adalah Islam. Aku masih ingat, sebelum `Iblis' ini masuk gerombolan Umno, Umno tiada banyak bezanya dengan MCA dan MIC cuma Umno untuk Melayu, itu sahaja. Aspek agama Islam, bagaimana MCA dan MIC memandang Islam, begitulah otak-otak pemimpin Umno melihat Islam. Hukum Islam pada mereka hanya berkisar soal haid, nifas dan nikah kahwin. Sebab itu tidak pelik satu makhluk tua yang pernah menjadi pemimpin Umno dan pemimpin negara sehingga kini lidahnya fasih menghina hukum Allah. Itu berkat terlalu lama berada di dalam parti yang wujud hasil dari kerja penjajah.
Umno hanya boleh dipuji sedikit (jika mahu puji) adalah sewaktu `Iblis' ini diimport menjadi ahli Umno. Beliau tidak mengambil masa terlalu lama untuk naik menjadi pemimpin di dalam Umno dan kesemua jawatan di dalam Umno beliau tidak pernah naik hasil dari telunjuk pemimpin lain, ertikata naik dengan pengaruh orang lain. Pak Lah naik jadi Presiden Umno dan PM kerana telunjuk orang tua yang rosak akidah bernama Mahathir Kutty. Kemudian Najib juga naik kerana telunjuk Pak Lah. Jawatan utama di dalam Umno mereka `faraid' sesama mereka, manakala yang di bawah menjadi `berok Pak Yeh'. Mungkin Islam lebih baik di bawah tok aji ini? Manusia yang dianggap seperti `Iblis' oleh Nazri Aziz ini bernama Anwar Ibrahim dan beliau naik di dalam Umno adalah kerana kekuatan pengaruhnya. Beliau bertanding Ketua Pemuda Umno menewaskan tokoh hebat bernama Suhaimi Kamarudin. Bukan seperti Najib yang menang bertanding Ketua Pemuda Umno adalah kerana sokongan dan pengaruh dari Anwar Ibrahim juga waktu itu. Begitu juga, hebatnya Ketua Wanita Umno waktu itu bernama Rafidah Aziz, beliau tumbang di tangan Siti Zaharah Sulaiman kerana Siti Zaharah disokong kuat oleh Anwar Ibrahim. Bahkan, orang tua rosak akidah bernama Mahathir Kutty berjaya menang tipis ke atas Ku Li di dalam perebutan Presiden Umno juga adalah kerana kekuatan pengaruh Anwar berada bersamanya ditambah pula dengan tipu daya mamak bendahara itu.
Universiti Islam, Bank Islam, Takaful dan beberapa sistem kewangan berunsurkan Islam diperkenalkan di dalam kerajaan adalah dari idea Anwar Ibrahim. Sistem pendidikan yang menekankan moral dan akhlak, pelajar lelaki memakai seluar panjang, pelajar perempuan pula berbaju kurung dan bertudung adalah hasil dari Anwar sewaktu beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran. Kakitangan pejabat kerajaan ditetapkan seminggu sekali mengadakan majlis tazkirah di jabatan masing-masing juga adalah di antara program yang dibentuk oleh Anwar. Beliau juga tampil mendahului sejarah pemimpin utama di dalam Umno yang mampu menjadi Imam Solat dan membaca Khutbah kemudiannya baru lah Pak Lah sewaktu Pak Lah menjadi PM. Sejarah Umno tidak pernah mencatatkan Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, jauh sekali Mahathir Kutty kerana Mahathir adalah tokoh utama di dalam sejarah Umno yang paling kuat menentang hukum Allah sehingga kini.
Namun, oleh kerana sejak azali lagi Umno memang dilahirkan bukan untuk perjuangan Islam, maka kemasukan Anwar ke dalam Umno tidak menjadikan Umno itu Islam. Walaupun beberapa usaha Anwar untuk memperbaiki Umno agar lebih Islamik disokong kuat oleh ahli-ahli Umno di akar umbi, tetapi Umno hakikatnya amat anti kepada tokoh Islamik. Siapa tokoh Islamik yang boleh berjaya di dalam Umno? Us Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden PAS memasuki Umno hanya layak menjadi tukang baca doa makan. Begitu juga bekas Imam Masjid Negara, us Firdaus yang sekarang mungkin kembali menjadi Imam kampong. Jamil Khir pula sibuk mendirikan mahligainya di samping belasah duit zakat. Ahli-ahli Umno dan Bn pun naik meluat dengan perangai pemimpin mereka Akhirnya Anwar menerima kifarah' apabila dipecat dari Umno dan kerajaan. Bahkan, beliau difitnah dan dizalimi oleh puak-puak yang tidak mahu Islam itu berkembang. Hikmahnya, Anwar Ibrahim seorang tokoh Islam kini boleh mengenali siapa Umno sebenarnya. Beliau sedar beliau telah tersasar sewaktu memilih Umno dahulu, justeru itu beliau kini berusaha sedaya upaya untuk menebus kembali kesilapannya yang lalu. Kini, Anwar bersama kita. Tidak hairanlah sekarang ini Umno cuba untuk mengungkit kembali sejarah lampau Anwar ketika berada di pihak Jahiliyyah dahulu. Kita tidak lagi memandang sejarah lampau Anwar, kerana Khalifah Islam bernama Omar Al-Khatab yang dijanjikan Syurga oleh Nabi itu juga lebih hebat sejarah lampaunya dari Anwar. Allah memandang manusia di akhir usianya, bukan di awal usianya. Apatah lagi Nazri Aziz yang menggelar Anwar seumpama `Iblis', apakah jasa Nazri Aziz terhadap Islam? Lihat sahaja akhlak keluarga beliau kita akan tahu sikap Nazri Aziz dan Mahathir terhadap Islam tidak banyak bezanya./wfauzdin.blogspot.com | ||||||||||||||||||||||
Posted: 03 Mar 2012 04:10 PM PST
Tanpa sebarang desas-desus mahupun gosip mengenai keretakan rumah tangga mereka, penyampai radio popular Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 29, atau Leya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Ashraf Aasimudin, 32. Pasangan berkenaan bercerai secara baik dan mendapat persetujuan bersama dalam satu proses tertutup pada pukul 10 pagi 29 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Shah Alam. Leya yang mengesahkan perkara tersebut berkata, walaupun sudah bercerai, mereka tetap berhubungan sebagai kawan baik. "Ya, kami sudah bercerai talak satu pada 29 Februari lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut tentang perceraian kami. Doakan yang baik-baik sahaja," katanya. Pasangan yang bernikah pada 8 Disember 2007 itu dikurniakan sepasang anak perempuan kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, yang kini berusia dua tahun setengah. Sementara itu, Ashraf yang merupakan seorang komposer ketika dihubungi turut mengakui perceraian mereka. | ||||||||||||||||||||||
Posted: 03 Mar 2012 03:59 PM PST SEDAKA SEJAHTERA SEBUAH cerita menarik di Negara China, biasa kita dengar orang membeli kereta secara tunai. Lain halnya dengan Wang, seorang peniaga, membeli sebuah kereta menggunakan duit syiling di China. Pengusaha perniagaan tepung itu, tiba dengan menaikki van di sebuah kedai kereta di Xianyang sebuah bandar di dalam wilayah Shaanxi pada 1 Ogos tahun lalu. Dia membuka bonet kenderaanya dan membawa keluar tujuh karung duit syiling untuk diserahkan kepada pengurus yang menguruskan jual beli kereta di kedai tersebut. "Saya nak beli sebuah kereta, Saya ada wang tunai 60,000 yuan (RM27,756)," katanya sambil menyatakan bahawa keseluruhan duit syilingnya itu memiliki berat kira-kira 300 Kg. Menurut Wang, dia mengumpulkan kira-kira 10,000 yuan (RM4,626) duit syiling setiap bulan yang diperolehi dari para pelanggannya termasuk peniaga roti dan pemilik kilang mee. Bagaimanapun, pengurus kedai kereta tersebut telah mengalami masaalah untuk mendapatkan bank yang boleh menerima pembayaran yang lain dari yang lain itu, memandangkan proses mengira jumlahnya bukan sesuatu yang mudah. Akhirnya, dia berjaya menemukan sebuah bank yang hanya bersetuju untuk menerima sebahagian duit berjumlah 15,000 yuan (RM6,940) daripada keseluruhan syiling itu. Dalam masa yang sama, Wang pula terpaksa mencari bank lain yang boleh menerima untuk memasukkan sejumlah syiling lagi ke dalam akaun bank penjual kereta sebagai transaksi pembelian kereta tersebut. Tambah melucukan Wang terpaksa bermenung panjang dan bermasam muka memandangkan dia tidak boleh memandu pulang kereta yang sudah dibelinya sehingga pihak bank selesai mengira kesemua duit syiling tersebut. | ||||||||||||||||||||||
5 askar AS bakar al-Quran di Afghan Posted: 03 Mar 2012 03:57 PM PST WASHINGTON - Lima askar Amerika Syarikat (AS) secara langsung terlibat dalam insiden membakar al-Quran di pangkalan tentera Bagram di utara Afghanistan, demikian menurut pegawai-pegawai pertahanan dan tentera, semalam. Keputusan penuh siasatan itu tidak akan dikeluarkan sehingga siasatan yang serupa dijalankan oleh kerajaan Afghanistan dan AS didedahkan kepada umum, yang dijangka akan muncul dalam beberapa hari lagi. Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dalam protes di seluruh Afghanistan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan