Jumaat, 2 Mac 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


MB: RM2.71b Untuk Umno Selangor Bukti Penyelewengan Dana Rakyat

Posted: 02 Mar 2012 04:18 AM PST

Nazli Ibrahim



SHAH ALAM: Tindakan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak menyalurkan RM2.71 bilion kepada Umno Selangor membuktikan amalan penyalahgunaan wang rakyat secara berleluasa digunakan untuk kepentingan sempit politik.

Tindakan tersebut juga sekali gus memberi gambaran usaha terdesak Umno untuk menawan Selangor sehingga sanggup membelakangkan kepentingan dana awam yang sebegitu besar.

Demikian menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu wawancara eksklusif bersama TVS pagi tadi.

Menurut beliau wang yang digunakan oleh Umno untuk menawan negeri Selangor merupakan dana pembayar cukai dan mestilah diurus dengan sempurna.

"Ini adalah satu contoh usaha kerajaan pusat ini membelakangkan rakyat. Rakyat bukan hanya BN, bukan hanya Umno.

"Ini kesalahan kerajaan (pusat) kerana duit cukai bukan untuk parti politik.

"Duit kerajaan mesti disalurkan dengan tatacara dan tatakelola yang betul bagi pentadbir negeri dan negara.

"Cara yang dibuat oleh (Datuk Seri) Najib, Umno dan BN ini adalah sesuatu yang salah," kata beliau dalam wawancara yang diadakan di Pejabat Menteri Besar itu sendiri.

Khalid turut menggesa rakyat negara ini agar menolak BN dalam pilihan raya akan datang ini kerana tidak mampu mengambil tindakan yang tepat.

"Untuk membetulkan ini kita harus ubah kerajaan sebab mereka sudah tak tahu mana yang betul, mana yang salah.

"Jadi, kalau satu kerajaan tak tahu mana yang betul dan mana yang salah, patut ditukar supaya dapat diberi peluang kepada pihak yang dapat menjalankan usaha ini cara yang betul.

Menurutnya lagi rakyat negeri Selangor hari ini semakin matang dan tidak boleh dirasuah dengan peruntukan RM2.71 billion itu.

"Rakyat tidak boleh dirasuahkan dan saya percaya rakyat Selangor sudah lebih matang.

"Mereka akan terima peruntukan yang diberi sebab mereka tahu itu adalah duit cukai, tetapi saya berpendapat dan pasti mereka tidak akan memilih BN dan Umno," ujar beliau.

Pada 19 Disember lalu, Perdana Menteri Merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan RM2.71 bilion diperuntukkan untuk Selangor.

Susulan dari itu, Abdul Khalid membidas tindakan tersebut kerana memberikan wang rakyat yang sebegitu besar kepada Umno Selangor tanpa melalui kerajaan negeri.

Menurut Khalid wang tersebut perlu dipantau dan diaudit secara berhemah bagi memastikan wang tersebut memenuhi inspirasi pembangunan yang dirancang kerajaan negeri dan keperluan rakyat Selangor.

Bagaimanapun peruntukan tersebut disalurkan melalui saluran parti politik Umno dan BN sekaligus menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan politik.

Johari Abdul: Umno Jadi Samseng Kerana Terdesak

Posted: 02 Mar 2012 03:29 AM PST





SHAH ALAM- Budaya samseng yang diamalkan Umno sejak dahulu lagi kini dilihat semakin menjadi-jadi ekoran terdesak bagi meraih undi menjelang pilihanraya akan datang.

Hal ini dilihat banyak berlaku di program Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan kecederaan dikalangan penyokong Pakatan tetapi kelakuan mereka hanya dibiarkan polis.

MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan perbuatan melampau itu di sebabkan Umno/BN sebagai sebuah parti yang mula hilang sokongan seterusnya mula gelabah untuk mendapatkan sokongan rakyat sehingga sanggup menjadi samseng.

Katanya, pemimpin Umno hanya berani berkelakuan sedemikian di kawasan majoriti kecil pihak pakatan seperti Pulau Pinang bukannya kawasan besar seperti di Selangor dan Kuantan.

"Di kawasan kecil mereka berani bertindak sedemikian tetapi bukan di kawasan besar kerana mereka takut.

" Tindakan mereka itu seolah-olah sebagai isyarat mengugut rakyat untuk memberitahu semua bahawa mereka mempunyai samseng, jadi rakyat akan berasa selamat dan mengundi Umno," katanya kepada pemberita ketika dihubungi.

Beliau turut menyelar tindakan Perkasa yang dilihat sebagai 'Gedebe' dan 'samseng pekan' untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dengan harapan Umno akan memberi kerusi kepada mereka bagi membolehkan mereka bertanding.

" Mereka sanggup memilih menjadi samseng untuk mendapatkan kerusi bertanding daripada Umno, rakyat boleh lihat mereka ini akan berkeliaran dan kemudian akan dapat duit 'kopi'," katanya.

Johari berkata taktik pemimpin Perkasa hanya lakonan semata-mata supaya mendapat nama dan terkenal dalam arena politik tanah air.

" Kita cuma memberi amaran kepada puak-puak Umno ini, pihak kita tidak akan mengikut jejak mereka kerana jika kita melakukan perkara yang sama ianya hanya dilihat sebagai pemusnah bangsa.

" Orang yang lazimnya berlagak dan menunjukkan dirinya samseng ini adalah seorang yang tidak mempunyai kekuatan ilmiah, mereka ini hendak berhujah ilmu tetapi ilmu tiada, jadi mula tunjuk samseng, seperti suami pukul isteri, jadi hal sebegini kita tidak terkejut.

" Tetapi peringatan kepada mereka, kita tidak bertindak kerana bukan budaya kita, jangan anggap kita semua pondan, berpada-pada kalau hendak tunjuk samseng," katanya.


Sebelum ini terdapat beberapa tindakan samseng dilakukan oleh samseng Umno dan Perkasa.

Antaranya, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, Mohd Nazri Ismail cedera di tangan dan bajunya koyak ketika menghalang samseng yang cuba mendekati Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong.

Kejadian yang sama turut berlaku kepada Nurul Izzah Anwar dalam ceramah di Felda Lepar Hilir, Gambang apabila seorang samseng Umno mengacu penumbuk, beberapa inci sahaja dari wajahnya selain kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim dibaling batu dalam ceramah di parlimen Sembrong, menyebabkan cerminnya retak manakala bahagian sisi kenderaan kemek.

Turut berlaku apabila sekumpulan samseng Umno naik ke pentas ketika Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang memberi ucapan sempena Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota, Pulau Pinang dan anggota Perkasa telah mencetuskan kekecohan yang mengakibatkan dua petugas media cedera, Ahad lalu.

PKR: Pendedahan surat Mahathir bukti dakwaan Anwar benar

Posted: 02 Mar 2012 02:25 AM PST

Saifuddin Nasution Ismail


Pendedahan surat-surat yang ditulis Mahathir Mohammad kepada tiga Perdana Menteri Israel - Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak mengesahkan kebenaran dakwaan Anwar Ibrahim dan membuktikan sikap kepura-puraan Mahathir selama ini.

Ketika beliau sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai "pro-Yahudi", secara senyap-senyap beliau mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin Zionis.

Kenyataan Anwar (gambar kiri) yang diserang oleh media UMNO-BN dibuat apabila disoal akhbar antarabangsa Wall Street Journal berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Beliau menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Kemahuan ini merangkumi Baitul Muqaddis sebagai ibu negara Palestin, kepulangan pelarian Palestin, penghentian penerokaan tanah dan pengiktirafan negara Palestin yang merdeka oleh Israel.

Beliau juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Namun Anwar juga menolak hubungan diplomatik dengan Israel di dalam wawancara tersebut.

Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan PM-PM Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin.

Sikap ini diteruskan oleh Pentadbiran Najib Razak yang melantik APCO sebagai perunding mereka. Antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

Kerajaan Malaysia juga selama ini mengambil sikap berat sebelah di dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambilkira Hamas yang telah dipilih rakyat Palestin. Ini membuktikan kerajaan UMNO-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel.

Pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan KEADILAN selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepuraan ini. KEADILAN akan terus menyokong usaha mencapai kedamaian berkekalan di Timur Tengah dan keadilan buat rakyat Palestin.

*Kenyataan media oleh Saifuddin Nasution Ismail (gambar kanan) selaku Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.

Bekas Adun sedia tanding Parlimen Batang Lupar

Posted: 02 Mar 2012 02:20 AM PST

"Kalau ini (dicalon) ketentuan takdir, saya sedia menyahut cabaran bertanding pada pilihan raya akan datang," kata Datuk Haji Bolhassan Haji Di.


KUCHING: Datuk Haji Bolhassan Haji Di bersedia untuk menyahut cabaran bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Batang Lupar pada pilihan raya umum akan datang andai itu kemahuan rakyat dan pemimpin tertinggi parti.

Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Beting Maro yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Beting Maro selama lima penggal itu mengakui mengetahui ada 'suara' dari beberapa pihak di peringkat akar umbi mahu beliau dicalonkan.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk menentukan semua itu (calon) kerana ia terpulang kepada kehendak dan kemahuan rakyat serta parti.

"Kalau ini (dicalon) ketentuan takdir, saya sedia menyahut cabaran bertanding pada pilihan raya akan datang, tetapi atas tiket BN dengan syarat pencalonan itu adalah kerana kehendak rakyat dan parti.

"Malah saya juga tidak pernah memaklumkan berhenti dari arena politik tetapi mengatakan 'bercuti' ketika mengumumkan tidak mempertahankan kerusi Dun Beting Maro yang lalu," katanya.

Beliau berkata ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Installer IBS (Sistem Binaan Berindustri) anjuran ABB Trading Sdn. Bhd dan Swakkom Enterprise Sdn. Bhd dengan kerjasama MARA dan CIDB.

Bolhassan menambah, sukar baginya untuk melupakan bidang politik apatah lagi kecintaannya untuk memajukan negeri dan negara ini bersama kerajaan sentiasa menebal dalam jiwa.

Terdahulu, beliau percaya mereka yang mempunyai kemahiran tentang
pemasangan teknologi IBS mempunyai peluang cerah untuk maju.

"Ini kerana, IBS mungkin akan menjadi komponen penting struktur pembinaan bangunan bagi menggantikan konkrit dan kayu pada masa akan datang," katanya pada majlis yang turut dihadiri oleh Pegawai MARA Negeri, Adenan Bukra.

Lebih 50 orang menghadiri Kursus Kemahiran Installer IBS bermula dari 20 hingga 25 Februari lalu.

Ibrahim Ali tanding atas tiket Umno?

Posted: 02 Mar 2012 02:18 AM PST

"JIka Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima," katanya.



PASIR MAS: Umno bahagian sedia memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding atas parti itu dalam pilihan raya umum ke 13, kata seorang AJKnya.

"Kalau Datuk Seri Najib (Tun Razak) setuju, kita akan terima. Asal calon boleh menang, kita boleh terima.

"JIka Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima," katanya.

Perdana Menteri akan mengadakan program bersama rakyat di Pasir Mas, petang esok.

Beliau berkata, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu lebih sesuai bertanding di atas tiket Umno kerana presiden NGO Perkasa itu pernah menjadi ahli Parlimen Umno sebelum ini.

Pada tahun 1990, Ibrahim memenangi parlimen Pasir Mas atas tiket parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dipecat

Pada tahun 2006, beliau ketika itu ketua Umno Pasir Mas dipecat dari parti ekoran tindakannya bertanding atas tiket pilihan raya kecil negeri Pengkalan Pasir.

Pada pilihan umum lalu, PAS memberi beliau peluang atas tiket parti dan mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Rahim Rahman.

Beliau, bagaimanapun mengisytiharkan sebagai ahli parlimen bebas selepas itu atas alasan tidak sesuai dengan dasar PAS.

Kata AJK Umno itu, jika Ibrahim sayang orang Pasir Mas, beliau perlu bertanding atas tiket Umno.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Ibrahim gagal kerana panggilan telefonnya tidak berjawab.

Sikap berpura-pura Dr M terdedah

Posted: 02 Mar 2012 02:16 AM PST

Beliau menzahirkan sikap keras dengan Israel tetapi dalam diam-diam beliau bersikap lunak dengan pemimpin Zionis melalui surat-suratnya.



PETALING JAYA: Pendedahan surat-surat yang ditulis Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak mengesahkan kebenaran dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuktikan sikap berpura-pura Dr Mahathir selama ini.

"Ketika mantan perdana menteri itu sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai 'pro-Yahudi', secara senyap-senyap beliau mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin Zionis."

Setiausaha Agung PKR Dato' Saifuddin Nasution Ismail menegaskan demikian dalam satu kenyataan media hari ini sebagai merujuk kepada laporan akhbar tempatan yang mendedahkan surat-surat Dr Mahathir itu.

Menurut beliau, media milik Umno-Barisan Nasional (BN) menyerang Anwar dengan begitu lantang berhubung kenyataan Anwar ketika diwawancara Wall Street Journal mengenai isu Palestin-Israel baru-baru ini.

Katanya, dalam wawancara itu Anwar menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

"Kemahuan ini merangkumi Baitul Muqaddis sebagai ibu negara Palestin, kepulangan pelarian Palestin, penghentian penerokaan tanah dan pengiktirafan negara Palestin yang merdeka oleh Israel.

"Anwar juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Namun Anwar juga menolak hubungan diplomatik dengan Israel di dalam wawancara tersebut," ujar Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang.

Beliau berkata, Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan PM-PM Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin.

"Sikap ini diteruskan oleh pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak yang melantik APCO sebagai perunding mereka.

Antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

Kerajaan Malaysia juga katanya, selama ini mengambil sikap berat sebelah di dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambilkira Hamas yang telah dipilih rakyat Palestin.

"Ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel," tegas beliau.

Kata Saifuddin, pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan PKR selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepura- puraan ini.

"PKR akan terus menyokong usaha mencapai perdamaian yang berkekalan di Timur Tengah dan keadilan buat rakyat Palestin," tambahnya.

Sembilan Kedai Di Wakaf Che Yeh Terbakar

Posted: 02 Mar 2012 02:13 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


KOTA BHARU : Sembilan buah rumah kedai sederet, hangus dalam satu kebakaran di Wakaf Che Yeh, di sini lewat petang semalam.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 5.45 petang itu, disedari oleh orang ramai yang melihat api menjulang dari sebuah kedai yang dipercayai menjual barangan runcit.

Kedai lain yang musnah antaranya kedai tayar dan kedai kopi.

Pemilik kedai tayar, Tan Choong Siang, 40, berkata dia hanya menyedari mengenai kejadian tersebut selepas mendengar jeritan orang ramai selepas api semakin marak.

"Saya sedang berada di dalam kedai bersama seorang anak, Tan Lee Lian, 5, dan ayah, Tan Cheng Li, 80, serta empat orang pekerja yang ketika itu sedang menutup kedai.

"Sejurus mendengar jeritan tersebut, saya keluar dan melihat api di kedai sebelah dan terus mencapai alat pemadam api bagi memadam kebakaran tersebut, namun gagal berikutan api yang marak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Choong Siang berkata, dia kerugian kira-kira RM300,000 apabila 500 biji tayar dalam kedainya hangus.

Katanya, 300 biji dari tayar itu baru dihantar ke kedainya tengah hari tadi, namun bersyukur kerana semua anggota keluarga serta pekerjanya terselamat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Penguasa Bomba Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata, operasi memadam kebakaran itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan, Azmi Osman.

"Kita menerima panggilan 6.05 petang dan berjaya mengawal api kira-kira 35 minit kemudian.

"Seramai 30 anggota dari Balai Bomba Kota Darulnaim, Balai Bomba Kota Baharu, Balai Bomba Pengkalan Chepa dan Bomba Sukarela Pengkalan Chepa dengan enam jentera, datang untuk memadam kebakaran itu," katanya.

Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian belum dapat dipastikan.

Kedudukan Ahli Parlimen Sabak Bernam Akan Ditentukan Majlis Tertinggi Umno

Posted: 02 Mar 2012 02:09 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


SHAH ALAM : Majlis Tertinggi Umno akan menentukan kedudukan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dalam parti itu setelah beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status Abdul Rahman yang merupakan Ketua Umno Sabak Bernam itu.

"Legal standing pemimpin Umno adalah mengikut Majlis Tertinggi bukan bahagian ataupun badan perhubungan negeri," katanya.

Mohd Zin berkata, kedudukan Abdul Rahman selaku Ahli Parlimen juga akan ditentukan selepas proses undang-undang selesai.

Mahkamah Sesyen Rabu lalu menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri dan pembantu tadbirnya, Rosli Busro bagi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu yang disabitkan terhadap mereka.

Mereka juga didenda RM400,000 setiap seorang oleh Hakim Azhaniz Teh Azman Teh yang mengarahkan kedua-dua tertuduh menjalankan hukuman itu serentak bermula 29 Febuari.

Azhaniz turut mengarahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman penjara selama setahun bagi setiap hukuman denda sekiranya gagal membayar jumlah denda berkenaan.
Selasa lalu, hakim mensabitkan Abdul Rahman atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000 ketika menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, empat tahun lalu.

Rosli disabit kesalahan bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesalahan itu.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cenderamata dan jamuan Program Motivasi Pelajar di Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO), Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO, Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Dia didakwa melakukan semua perbuatan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008.

Bagi setiap pertuduhan, Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Bersih 1.0 : Mat Sabu, Tian Chua, Gobalakrishnan Dan 13 Yang Lain Dibicara 9 Hingga 11 Mei Ini

Posted: 02 Mar 2012 02:05 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 9 hingga 11 Mei ini untuk perbicaraan kes Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan 15 yang lain, yang diperintah membela diri terhadap pertuduhan mengambil bahagian dalam satu perhimpunan haram, yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007.
Hakim Datuk Jagjit Singh menetapkan tarikh itu apabila kes berkenaan disebut di hadapan beliau.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha memerintahkan Mohamad Sabu, Anggota Parlimen Batu Tian Chua, Anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan dan 13 orang yang lain, membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh dan mengetepikan keputusan melepas dan membebaskan mereka sebelum ini.
Pada 19 Nov 2010, Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan kesemua mereka daripada pertuduhan utama dan pilihan yang dihadapi mereka.
Bagi pertuduhan utama, Mohamad Sabu, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang dan Gobalakrishnan didakwa terhadap pertuduhan utama dan pilihan
iaitu menyertai perhimpunan haram dan mengingkari arahan polis untuk bersurai di beberapa tempat di sekitar ibu negara seperti Jalan Raja Laut, Jalan Istana Baru dan Jalan Tun Perak antara pukul 1 petang hingga 4 petang, 10 Nov 2007.
Turut sama didakwa bagi pertuduhan itu ialah Mohd Zad Abdullah, Mohd Salim Yeslam, Abdul Razali Abdul Rahman, Razali Abdul, Mohd Harith Fathillah, Saleh Mohd Tahir, Azahar Yusop, Sulaiman Ahmad, Taib Abdullah, Mohd Shafie Ismail, Mohd Nazreen Mohd Nasir, Mohd Abi Salam Ariffin dan Ishak Othman.
Bagi pertuduhan utama, mereka didakwa mengikut Sesksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau
kedua-duanya.
Pertuduhan pilihan pula mengikut Seskyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 27(8) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri manakala barisan pembelaan diketuai Mohamed Hanifa Maidin.

Kemelut Exco Kedah : Amiruddin Balas Surat PAS

Posted: 02 Mar 2012 02:01 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


ALOR SETAR : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Bekalan Air Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah berkata beliau telah membalas surat PAS Kuala Kedah berikutan tindakannya menerima pelantikan semula jawatan Exco kerajaan negeri walaupun telah diarahkan tidak menerima pelantikan itu.

Sehubungan itu, beliau menganggap kes yang membabitkan dirinya dalam isu PAS Kawasan Kuala Kedah itu selesai setelah menjawab surat yang dihantar oleh Setiausaha PAS kawasan itu semalam.

"Saya tak jangka akan ada masalah mengenai jawatan saya dalam PAS. Saya anggap perkara itu sudah selesai dan saya juga telah membalas surat itu kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Pendidikan Kedah Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan PAS Kuala Kedah yang memberikan kata dua kepadanya kerana melanggar keputusan mesyuarat jawatankuasa kawasan pada 24 Februari lalu yang menyokong Yang Dipertua PAS kawasan itu Datuk Phahrolrazi Zawawi yang tidak mahu dilantik semula sebagai Exco dan menetapkan semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah menolak pelantikan Exco.

Amiruddin, yang merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Kedah, adalah antara lapan Exco yang menerima pelantikan semula bagi tempoh 2012/2013 manakala dua lagi Exco termasuk Phahrolrazi telah menulis surat kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyatakan keengganan dilantik semula.

Amiruddin berkata antara kandungan yang terdapat dalam surat itu ialah meminta supaya beliau mengatakan pandangan dan pendiriannya terhadap isu berkenaan.

"Saya telah membalas surat itu dan saya tidak bercadang untuk mengumumkannya di sini apa kandungan yang saya tulis. Ini hal adik beradik dan saya rasa ia tidak akan terjejas kedudukan saya dalam PAS dan mereka boleh menerimanya," katanya.

Amiruddin berkata kandungan surat yang diterimanya tidak sama seperti apa yang digambarkan dan dihebahkan sebelum ini (memberi kata dua), sebaliknya ia ditulis secara berhemah.

"Jadi saya rasa eloklah saya jawab dengan cara yang elok kerana surat itupun ditulis dengan cara baik," katanya.

Apabila ditanya tentang penerimaan masyarakat (penyokong PAS) terhadap dirinya selepas berlakunya perkara itu, beliau menjawab:

"Respons dari bawah itu (masyarakat) macam-macam, tapi saya ingat bila isu ini reda ia akan balik seperti asal".

Menteri : Garis Panduan Bagi Umat Islam Rai Majlis Orang Bukan Islam Telah Ditetapkan Sejak 2005

Posted: 02 Mar 2012 01:58 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam sebelum ini telah menetapkan garis panduan bagi orang Islam untuk menghadiri mahupun meraikan perayaan orang bukan Islam.

Malah katanya, garis panduan dan syarat-syarat tersebut telah dikeluarkan sejak tahun 2005 lagi.

Jamil Khir berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ketua Pembangkang yang mengenakan 'kum-kum' ketika hadir di majlis sambutan Hari Ponggal di sebuah kuil Febuari lalu.

"Garis panduan tersebut sudah ada di dalam muzakarah fatwa dan peraturannya juga sudah ada. Jadi nak hadir macam mana majlis yang dibenarkan rujuk sahaa di dalam laman web Jakim (pautan fatwa). Malah garis panduan itu sudah lama diwujudkan (fatwa itu) cuma ramai orang yang tidak menyedari," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan bantuan am pelajaran kepada pelajar Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) bertempat di Bangunan Wisma Baitulmal,di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyampaikan bantuan pelajaran kepada seramai 110 pelajar daripada 6 kursus yang ditawarkan oleh pihak PICOMS yang berjumlah sebanyak RM330,000.

Menurut Jamil Khir yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu, garis panduan terbabit boleh didapati di laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), melalui pautan e-Fatwa.

Malah, tinjauan Antarapos.com berhubung garis panduan itu jelas menunjukkan tindakan Anwar itu bertentangan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Febuari lalu membenarkan dahinya dicalit dengan kum-kum ketika hadir di majlis sambutan Hari Ponggal di sebuah kuil.

Bagaimanapun, tindakan ini dipertahankan Setiausaha Agongnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan mendakwa media arus perdana cuba mempolitikkan isu tersebut dengan menyiarkan gambar Anwar berpakaian tradisi masyarakat India termasuk serban serta dicalit dengan kum-kum yang lazim diamalkan di majlis sembahyang agama Hindu.

Berikut antara kriteria-kriteria yang telah diputuskan adalah majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam, contohnya :

i. menyertakan simbol-simbol agama seperti salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas dan sebagainya.

ii. menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota tubuh.

iv. memberikan ucapan atau isyarat yang berbentuk pujian kepada agama orang bukan Islam.

v. tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah menghormati upacara agama orang bukan Islam.

Bagi maklumat selanjutnya bolehlah melayari laman web Jakim untuk pelbagai rujukan dan garis panduan bagi sebarang kekeliruan.

Mustafa : Isu Timbalan Presiden PAS Bukan Islam Selesai

Posted: 02 Mar 2012 01:55 AM PST

Post Pic

ANTARA POS.COM


PETALING JAYA : PAS menganggap kenyataan kontroversi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berhubung pimpinan tertinggi bukan Islam dalam PAS sebagai telah selesai.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu tersebut tidak harus diperbesarkan setelah Dr Dzulkefly memberi penjelasan secara bertulis kepada pimpinan tertinggi parti.

"Saya sudah jumpa dia semalam (Khamis). Dia pun sudah beri penjelasan bertulis, bukan kepada saya sahaja tapi kepada semua pimpinan.

"Saya kira isu ini sudah habis dan tak perlu diperbesarkan lagi," katanya lapor mStar Online.

Menurut Mustafa, beliau bersama pimpinan tertinggi PAS bertemu Dr Dzulkefly ketika menghadiri Mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, semalam bagi membincangkan kemelut yang melanda pentadbiran PAS Kedah.

Dr Dzulkefly yang turut hadir ke mesyuarat itu telah memberi penjelasan berhubung kenyataannya kepada pimpinan tertinggi PAS.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Jelas beliau, isu ini tidak dilihat sebagai satu isu besar sehingga boleh menjejaskan imej dan kredibiliti parti.

"Setakat ini saya puas hati (penjelasan). Bukan satu isu besarlah...dan sudah selesai," tegasnya.

Mustafa, dalam kenyataannya sebelum ini berkata kenyataan Dr Dzulkefly itu hanyalah sekadar teori.

Bagaimanapun, Mustafa berpendapat perlembagaan PAS menyebabkan parti itu tidak boleh menerima bukan Islam memegang jawatan tertinggi parti berkenaan.

"Saya kira PAS patut kekalkan sahaja apa yang ada sekarang," memetik kenyataannya terdahulu.

Dr Dzulkefly menimbulkan kontroversi dengan kenyataan beliau mengenai kesediaan PAS menerima bukan Islam menduduki jawatan tertinggi dalam parti, sehingga ke peringkat timbalan presiden sekiranya ada keperluan.

Dr Dzulkefly berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengambil bahagian dalam forum bertajuk 'Mengapa Undi Melayu Pecah' di Shah Alam, Selasa.

Dr Dzulkefly percaya perkara berkenaan tidak mustahil memandangkan ia boleh menangani perubahan dalam pembaharuan intelektual dan tahan terhadap cabaran semasa.

"Mungkin belum ada keperluan untuk perkara ini sekarang, tetapi kalau sudah diutarakan, kami bersedia berbincang perkara ini dalam Muktamar PAS.

"Bagaimanapun, ini bergantung kepada keperluan parti," kata Dr Dzulkefly.

Nafi hudud dalam al-Quran bermakna tolak al-Quran

Posted: 02 Mar 2012 01:53 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPURc: Menyatakan bahawa hukum hudud tidak terdapat dalam al-Quran dan hanya ciptaan manusia boleh menjejaskan aqidah.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir (gambar), kenyataan seperti itu juga bermaksud menolak al-Quran itu sendiri.

"Hukum hudud ini ditentukan oleh Allah, dalam al-Quran disebut secara jelas. Sepakat ulama juga tetap bahawa hukum hudud ada dalam al-Quran seperti hukum potong tangan dan bunuh balas (qisas).

"Sesiapa yang menidakkan hudud dalam al-Quran, maksudnya dia tolak al-Quran," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sedangkan katanya rukun iman yang keempat adalah percaya kepada kitab Allah termasuk al-Quran.

Beliau yang juga bekas Mufti Kerajaan Terengganu berkata demikian ketika diminta memberi pandangan terhadap kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program bersama mahasiswa baru-baru ini bahawa hudud tidak ada dalam al-Quran dan perlaksanaannya tidak adil.

Rakaman video ucapan Mahathir itu juga kini disebar meluas di internet khususnya di Youtube.

Dalam perkembangan lain, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik turut menggesa para alim ulama, mufti hingga ke Majlis Raja-Raja Melayu menegur Mahathir yang juga mantan Presiden Umno itu.

Ini kerana kenyataan Mahathir itu bukan sahaja boleh disifatkan teroesong dari ajaran Islam malah boleh mengelirukan umat Islam seluruhnya.

"Kenyataan Tun Dr Mahathir ini 'besar' (salah) apabila menafikan hudud atau mengatakan hudud tidak ada dalam al-Quran. Sedangkan perkataan hudud itu sendiri jelas disebut dalam al-Quran.

"Hukum hudud bermakna hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran secara nas qat'ie iaitu nas yang putus seperti hukum mencuri, hukum berzina ada dalam al-Quran.

"Begitu juga dengan nas yang berhubung dengan murtad, nas berhubung dengan arak, qazaf dan semuanya ada jelas dalam al-Quran," jelasnya.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS Pusat pula akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat mereka minggu depan.

"Insyaallah, minggu depan meeting DPPM, saya akan bincang dgn rakan-rakan bentuk tindakan wajar dan sesuai ke atas Tun Mahathir atas istiqamah kenyataannya yg menolak hukum hudud dan menyebutnya ia tdk terdapat di dalam al quran.

"Mungkin DPPM akan request untuk bertemu Tun Mahathir bagi menyampaikan betul duduk hukum hudud," kata ketuanya Nasruddin Hassan di laman Facebooknya.

Hapus tol: Bukti Buku Jingga bukan retorik

Posted: 02 Mar 2012 01:51 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat tindakan kerajaan menghapuskan bayaran tol RM1 di Plaza Tol Batu 9 menghala Kuala Lumpur dan 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala Kajang menunjukkan bahawa kerajaan sebenarnya mampu untuk menghapuskan tol di negara ini jika berbuat demikian.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, tindakan kerajaan itu membuktikan bahawa kerajaan tidak rugi sekiranya tol-tol di negara ini dihapuskan sebagaimana dakwaan pemimpin mereka sebelum ini.

Ini juga, katanya membuktikan bahawa perjuangan Pakatan Rakyat selama ini yang berusaha menghapuskan tol di negara ini sebenarnya adalah benar dan tidak sia-sia.

"Janji di dalam Buku Jingga bukanlah suatu retorik atau janji palsu, tetapi merupakan realiti yang mampu dilakukan sekiranya kerajaan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan," katanya dalam satu kenyataan.

Namun demikian, ujarnya DPPM merasa kesal kerana kerajaan tidak bersedia menghapuskan bayaran tol secara keseluruhan di kawasan terbabit.

Menurutnya, pengurangan sebanyak 50 peratus dianggap sebagai suatu kejayaan besar kepada negara dengan publisiti meluas seolah-olah mereka telah mendapat kemenangan yang dramatik.

Hakikatnya, kata beliau pencapaian kerajaan tidaklah boleh dibanggakan sangat memandangkan mereka hanya mampu mengurangkan bayaran sebanyak 50 peratus.

Itupun, ujarnya keputusan itu diambil setelah bertahun-tahun lamanya pengguna lebuh raya di kawasan terbabit menanggung bebanan membayar tol.

"Sedangkan Pakatan Rakyat (PR) telah berjanji sekiranya PR memenangi Putrajaya dalam PRU ke 13 nanti, keseluruhan kadar tol di kawasan terbabit malah di seluruh negara akan dihapuskan," katanya lagi.

Malah, jelasnya PR telah mengkaji implikasi terhadap syarikat konsesi tol dan merasa yakin, tol secara keseluruhannya mampu untuk dihapuskan.

"DPPM melihat sendiri bagaimana sorakan ahli dan pemimpin Umno apabila tol di kawasan tersebut diumumkan dihapuskan semalam.

"Ia bererti ahli dan pemimpin Umno sendiri bersetuju bahawa tol adalah suatu bebanan kepada rakyat dan bergembira apabila tol dihapuskan atau dikurangkan," katanya.

Jika demikian, ujar beliau sudah tentu mereka akan merasa lebih puas jika Pakatan Rakyat pula yang telah berjanji sekarang akan menghapuskannya apabila mendapat mandat kerajaan kelak.

Oleh itu, katanya DPPM mencabar kerajaan supaya mengkaji balik semua perjanjian dengan syarikat konsesi tol dan mengumumkan kepada rakyat bila untuk dihapuskan tol di kesemua lebuh raya secara berperingkat.

Jika tidak, tambah beliau mereka dianggap masih gagal menambat hati rakyat serta tidak mampu menandingi kemampuan Pakatan Rakyat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Selepas NFC, skandal lembu Felcra pula

Posted: 02 Mar 2012 01:40 AM PST

Dr. Rosli bin Yaakop,

Dalam sidang akhbar pada 29 Februari 2012 di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra Kebangsaan (BAPA), Tuan Haji Razman Haji Zakaria mendedahkan pelbagai kepincangan di dalam pengurusan projek penggemukan lembu dilaksanakan Felcra yang dimulakan pada hujung tahun 2008.

Projek ini melibatkan pembinaan 17 buah kandang lembu secara berperingkat-peringkat di 17 kawasan ladang yang telah dikenalpasti. Kos kandang ialah RM300,000 sebuah, bermakna jumlahnya ialah RM5,100,000. Ia dimulakan dengan projek perintis di Seberang Perak.

Merujuk kepada potongan laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 Jun 2010 yang diedarkan, tender telahpun dikeluarkan untuk pembinaan kandang berkenaan. Pada peringkat awalnya, sebanyak 2,000 ekor lembu akan dibekalkan kepada setiap ladang, bermakna, apabila semua kandang siap dibina, jumlah lembu yang diternak akan meningkat kepada 34,000 ekor, melibatkan kos – pada harga anak lembu RM400 se ekor - sebanyak RM13,600,000. Felcra Berhad memperuntukkan sebanyak RM18 juta untuk projek ini.

Dikatakan, bila dilaksanakan sepenuhnya, projek ternakan lembu ini berupaya menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500-1,000 sebulan kepada setiap peserta Felcra yang berjumlah sekitar 92,000 itu (Petikan ucapan Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam potonga akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 Disember 2008 yang diedarkan berbunyi:

"Melalui program ini peserta Felcra diharap mampu menambah pendapatan di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.") . Ini bermakna perojek ini mampu menjana jumlah pendapatan di antara RM46-92 juta sebulan atau RM552-1,104 juta setahun, amat bermakna bagi peserta Felcra yang rata-ratanya miskin.

Projek dimulakan pada awal tahun 2009 dengan pelancaran projek perintis di ladang Felcra di Seberang Perak yang dikenali sebagai Bio Valley Felcra Berhad , Seberang Perak dengan 800 ekor lembu. Namun, lawatan yang dibuat oleh Haji Razman ke tapak projek baru-baru ini mendapati hanya ada di antara 10-15 ekor lembu yang diternak di situ membayangkan status projek itu sebagai "projek gagal."

Namun, Felcra nampaknya mendakwa projek perintisnya berjaya. Hasil dari "kejayaan" projek perintis ini, maka itulah Felcra Berhad telah melancarkan projek ternakan lembu besar-besaran pada pertengahan tahun 2010 melibatkan pembinaan 17 buah kandang di 17 buah ladang. Betulkah ladang-ladang ternak lembu ini wujud?

Potongan akhbar Harakah keluaran 16-19 November 2009 yang diedarkan melaporkan bahawa Pengerusi BAPAK ketika itu Akmaluddin Mohd. Noor telah datang ke pejabat akhbar itu mengadu bahawa tambahan pendapatan sebanyak RM500-1000 sebulan kepada 92,000 peserta Felcra selepas enam bulan projek berjalan masih belum lagi dibayar walaupun semasa pengaduan dibuat masa sudah pun berlalu sepuluh bulan.

Beliau lalu menuduh bahawa Pengerusi Felcra, Dato Tajuddin Abdul Rahman telah membuat janji yang tidak munasabah kepada peserta Felcra. Betulkah? Mari kita lihat sama ada munasabah atau tidak janji untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500-1000 sebulan melalui projek ternakan lembu ini.

Bilangan kandang - 17

Bilangan lembu setiap kandang - 2,000 ekor

Jumlah lembu - 34,000 ekor (17 x 2,000)

Harga anak lembu - RM400 se ekor

Kos penggemukan lembu selama 6 bulan - RM1,000 se ekor

Lain-lain kos selama 6 bulan - RM500 se ekor

Kos menggemukkan lembu selama 6 bulan - RM1900 se ekor (400 + 1,000 + 500)

Jumlah kos menggemukkan lembu selama 6 bulan RM64,600,000 (RM1,900 x 34,000)

Harga jualan lembu - RM3,000 se ekor

Jumlah hasil jualan - RM102,000,000 (RM3,000 x 34,000)

Keuntungan projek dalam 6 bulan - RM37,400,000

Bilangan peserta - 92,000

Agihan keuntungan kepada peserta (6 bulan)- RM406.52 se orang

Agihan kepada perserta setiap bulan - RM33.88 se bulan

Ternyata kalau bilangan lembu yang dibela hanya 2,000 ekor setiap kandang setiap bulan, cita-cita untuk menambahkan pendapatan peserta Felcra sebanyak RM500 se orang tidak akan kesampaian. Untuk menambah pendapatan peserta sebanyak RM500 se orang setiap bulan, skala projek harus jauh lebih besar. Mari kita buat perkiraaan.

Tambahan pendapatan bulanan peserta - RM500 se orang sebulan

Bilangan peserta - 92,000

Jumlah tambahan pendaptan bulanan - RM46,000,000 sebulan

Jumlah tambahan pendaptan untuk 6 bulan - RM276,000,000

Keuntungan julan lembu - RM1100 se ekor

Bilangan lembu yang perlu diternak - 250,909 ekor setiap enam bulan

Bilangan lembu diternak dalam setahun - 501,818 ekor setahun

Untuk menjana pendapatan tambahan sebanyak RM500 bagi setiap peserta, maka setiap enam bulan secara berterusan, Felcra Agro Industries Berhad kenalah membela dan menggemukkan 250, 909 ekor lembu setiap 6 bulan. Ini adalah satu projek yang amat besar. Harga membeli anak lembu sahaja – RM400 se ekor - sudah melibatkan kos sebanyak RM100,363,600 setiap enam bulan.

Kalau dimasukkan kos penggemukkan dan lain-kos yang terlibat (jumlahnya dianggarkan RM1,900 se ekor lembu), maka kos operasi projek ini boleh mencecah RM476,727,100 se tiap enam bulan. Kalau setahun kosnya menjadi RM953,454,200. Bukankah ini satu jumlah kos yang amat besar? Ini lebih besar dari projek fidlot nasional di Gemas. Kalau peruntukan kepada projek ternakan lembu ini hanya setakat RM18 juta, maka bolehkah di ramalkan projek in sudah gagal sebaik ia bermula.

Atas asas ini maka kata-kata Akmaluddin: "Inilah yang saya katakan projek mustahil Tajuddin" adalah tepat sekali.

Juga didedahkan pada Hari Raya Korban 2009 (sekitar bulan November 2009), Felcra Agro Induaries Berhad telah menjual 45 ekor lembu kepada syarikat induknya, Felcra Berhad pada harga RM3,000 se ekor untuk ibadah korban. Jumlah kosnya RM135,000. Felcra Berhad telah meletakkan perbelanjaan itu di bawah kod alaun keraian Pengerusi Felcra Berhad. Kesemua lembu-lembu itu diagihkan kepada ahli-ahli politik UMNO-BN. Pecahannya seperti berikut:

Ahli Parlimen Batang Sadong, Sarawak - 5 ekor

Ahli Parlimen Lenggong, Perak - 5 ekor

Ketua Wanita UMNO, Bahagian Padang Serai - 5 ekor

Ahli Parlimen Pasir Salak - 30 ekor

Walau bagaimana pun, berdasarkan rekod resmi penghantaran, hanya 37 ekor lembu sahaja dihantar ke pelbagai lokasi termasuk 10 ekor ke rumah kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Pengerusi Felcra. Tiada bukti penghantaran telah dibuat ke Batang Sadong, Sarawak (5 ekor) dan ke Bahagian UMNO Padang Serai (5 ekor). Kalau lembu dihantar ke kedua tempat ini, jumlahnya menjadi 47 ekor sedangkan pesanan hanya 45 ekor. Ini menimbulkan keraguan: Betulkah lembu telah diagihkan sehingga ke Sarawak? Bagaimanakah ia dihantar? Dengan kapal terbangkah?

Jelas di sini bahawa harta milik seramai 92,000 peserta Felcra telah disalahgunakan oleh pemimpin politik UMNO-BN untuk kepentingan politik mereka. Yang memberi lembu korban bukan ahli politik ini tetapi 92,000 peserta Felcra. Ia adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan Felcra.

Dicadangkan peserta Felcra wajar membuat aduan polis akan hal ini. Juga, disyorkan peserta Felcra pergi melawat kesemua 17 kadang lembu bagi menentukan berapa ekor lembu yang ada. Betulkah ada? Jangan-jangan ini satu lagi projek auta UMNO-BN bertujuan menyelewengkan dana pembasmian kemiskinan.

Zambry diminta jelas projek pulau Matangor

Posted: 02 Mar 2012 01:40 AM PST

Harakahdaily,


IPOH: Pemuda PAS Perak mempertikaikan pentadbiran kerajaan negeri Perak pimpinan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang masih gagal menjelaskan kegagalan projek marina di pulau Matangor, Pangkor.

Ini kerana, projek yang menelan belanja RM28 juta ini terbiar dan tidak digunakan walaupun sudah siap sejak lima tahun lalu.

Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Laut dan Kementerian Pengangkutan bagi kemudahan pelayar dari seluruh dunia yang melalui Selat Melaka perlu penjelasan lanjut daripada pihak Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan.

Walaupun ianya telah didedahkan awal bulan Oktober tahun lepas, tetapi hasil penyiasatan yang dimaklumkan oleh Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir masih belum menampakkan puncanya, kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Haji Salleh (gambar kanan).

"Datuk Seri Zambry hanya mampu mengistilahkannya sebagai satu projek 'Gajah Putih' dan kini cuba membentuk satu Jawatankuasa Khas untuk memantau projek-projek yang akan dibina pada masa akan datang," katanya.

"Apa yang terjadi dengan projek marina di Pulau Matanggor hingga ke saat ini? Syarikat siapakah yang terlibat di dalam memastikan pelaksanaan projek marina tersebut?" soal Salman lagi.

Tetapi yang paling penting, katanya, siapakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pangkor ketika pelaksanaan projek tersebut?

Bagi beliau, rakyat dan penduduk Pulau Pangkor tentu kesal dengan projek yang menelan belanja RM28 juta tersebut yang telah berlaku ketirisan sehingga merugikan wang rakyat seluruhnya.

"Sudah tentu nilai RM28 juta tersebut boleh digunakan sebagai bantuan khas kepada penduduk di Pulau Pangkor yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik dan air yang sempurna sepertimana yang pernah kami dedahkan sebelum ini," katanya.

Bercakap tentang RM28 juta tersebut, kata Salman, jika digunakan untuk kebaikan rakyat sudah tentu kemudahan rakyat di sana akan lebih baik daripada hanya membina satu projek 'Gajah Putih' yang tidak mendapat manafaat rakyat seluruhnya atau penduduk Pulau Pangkor sedia ada di sana!

Erykah: The Star bakal terima hukuman hari ini

Posted: 02 Mar 2012 01:28 AM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Lima editor akhbar The Star termasuk yang bertanggungjawab memasukkan gambar penyanyi Erykah Badu yang bertatu perkataan 'Allah' dalam akhbar itu 27 Februari lalu dipanggil berjumpa dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, pagi ini.

(Gambar poster konsert Erykah tiada tatoo nama Allah telah The Star menggunakan gambar yang ada nama Allah)

Mereka dijangka akan menerima hukuman daripada KDN berhubung penyiaran gambar kontroversi Erykah itu yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Akhbar The Star di dalam halaman Star 2 - Music pada muka surat 17 pada artikel bertajuk Living off the wall menyiarkan gambar penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat itu yang jelas menampakkan tatu perkataan 'Allah' dalam tulisan Arab di dadanya.

Artikel itu berkaitan dengan konsert Erykah yang diadakan di Pusat Konvevsyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 29 Februari.

Ekoran bantahan umat Islam termasuk Pemuda PAS Malaysia, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membatalkan konsert itu.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, The Star sendiri menjangka mereka akan dikenakan tindakan oleh KDN kali ini selepas dua kali menerima amaran ekoran menyiarkan bahan yang menaikkan kemarahan umat Islam.

"Kami jangka, paling kurang pun kena gantung tiga hari atau seminggu," kata sumber berkenaan kepada Harakahdaily.

The Star janji kuliah agama untuk kakitangannya

Posted: 02 Mar 2012 01:26 AM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:
Akhbar MCA, The Star berjanji kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempastikan kejadian menyiarkan gambar Erykah Badu tidak akan berulang lagi.

Menurut sumber, janji ini dibuat empat editor kanan The Star yang diketuai Datuk Seri Wong Chun Wai dan dua editor yang bertangungjawab menyiarkan gambar itu pagi tadi.

Janji itu dibuat dalam pertemuan mereka dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam pagi tadi.

KDN dikatakan akan memutuskan hukuman terhadap The Star tidak lama lagi.

Para editor ini bertemu KDN buat kali keduanya ekoran penyiaran gambar penyanyi Amerika yang bertatu nama Allah pada dadanya yang telanjang.

Antara janji itu adalah memberikan maklumat yang lengkap tentang agama di negara ini khasnya Islam kepada semua kakitangan.

"Kami kakitangan The Star akan menghadiri kuliah agama selepas ini termasuk dari bahagian pengiklanan, sumber manusia apatah lagi editorial," kata sumber itu kepada Harakahdaily.

Oleh itu, katanya, jika umat Islam mendengar kuliah agama untuk menyambut Ramadhan, semua kakitangan The Star juga akan diarahkan mendengar kuliah agama juga.

"Misalnya sebulan sebelum Ramadhan, semua bahagian The Star akan diminta menyertai kuliah tentang Ramadhan bagi mengelakkan kami dari tersalah tulis atau siar selepas ini," kata sumber itu.

Pegawai KDN juga akan dijemput dari masa ke semasa untuk menjelaskan isu-isu keselamatan dan isu yang sensitif.

Selain tindakan itu, The Star juga membawa bersama mereka Rozaid Abdul Rahman, Editor Bersekutu yang mereka lantik untuk mengawasi isu agama dalam The Star.

Ia bertujuan untuk menunjukkan kepada KDN akhbar ini serius dalam menangani kesilapan itu, kata sumber itu.

Ini adalah antara langkah yang telah diambil The Star untuk memastikan KDN hanya mengenakan hukuman yang ringan sahaja ekoran kesalahan itu.

Bagaimanapun, akhbar ini juga dikatakan bersiap untuk menghadapi hukuman yang berat dari KDN.

Ini kerana, laporan The Star tentang gambar itu juga telah dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu lalu.

Para menteri Umno dikatakan sangat marah dengan laporan ini kerana bimbang PAS akan mendakwa Umno membiarkan akhbar MCA itu berbuat demikian.

Dalam pertemuan pagi tadi, mereka turut menyerahkan jawapan bertulis rasmi terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan KDN beberapa hari lepas.

Dalam pertemuan itu, Harakahdaily difahamkan, pihak KDN meminta The Star juga melaksanakan polisi memecat kakitangan yang bersalah sebagaimana yang diamalkan oleh dua akhbar Cina sebelum ini yang juga tersalah lapor tentang isu agama yang sensitif.

"Namun bos kami hanya mendengar sahaja tanpa memberikan sebarang komitmen," kata sumber itu.

KDN dikatakan memaklum kepada editor kanan The Star itu, jika kakitangan kerajaan yang membuat kesalahan yang serupa mereka telah dipecat dari perkhidmatan.

Sehingga kini, dua editor yang terlibat menerbitkan gambar itu telah digantung jawatan.

The Star juga menyiarkan permohonan maaf yang disifatkan Mufti Perlis sebagai 'ciput' sahaja berbanding gambar besar Erykah Badu yang disiarkannya.

Takut debat, maka sepak terajang pilihan Umno

Posted: 02 Mar 2012 01:24 AM PST

Fairuz Azhan,

Semakin hari semakin terserlah sikap pemimpin dan penyokong Barisan Nasional, khususnya Umno dan pecacai mereka, yang menyerang serta menimbulkan kekacauan di majlis-majlis majlis anjuran masyarakat madani dan rakyat prihatin.

Antara peristiwa yang menonjolkan sifat ganas para pecacai Umno adalah:

* Kekacauan yang ditaja oleh Perkasa dan UMNO pada hari keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta sehingga adanya letupan yang mencederakan orang awam;

* Kekacauan program Hindraf dan NGO Asalkan Bukan UMNO (ABU) oleh samseng-samseng pro-Umno di Dewan Orang Ramai Jalan Kebun, Klang;

* Kekacauan semasa ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan dalam kawasan Parlimen yang diwakili oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Johor sehinggakan kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalami kerosakan teruk;

* Keganasan samseng pro-UMNO di Sudut Pidato Pulau Pinang sewaktu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turun padang untuk menyatakan sokongan beliau terhadap gerakan anti-Lynas, di mana beberapa peserta perhimpunan aman cedera manakala Guan Eng diserang dan dirosakkan para pengacau;

* Percubaan untuk mencederakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Pahang; dan

* Perbuatan membakar rumah dan kereta Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Zulkifli Ahmad.

Kesederhanaan Najib?

Adakah semua perbuatan ganas ini yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri sebagai "kesederhanaan yang berpotensi menjamin keamanan dan keharmonian"? Apakah jaminan Datuk Seri Najib Razak tentang budaya demokrasi dan politik matang yang diwarwarkannya hanya sekadar omongan kosong?

Bukan sahaja Najib berdiam tidak mengutuk trend ganas oleh kumpulan-kumpulan penyokong dan pecacai Umno, malah gerak dan gayanya bagaikan menghalalkan segala yang berlaku.

Budaya baling batu dan sembunyi tangan sememangnya bukanlah budaya baru, lebih-lebih lagi daripada pihak yang ekstrem dalam Umno dan BN. Kita akui masih ramai ahli UMNO-BN tidak suka kepada keganasan tetapi jika mereka berdiam diri dengan budaya keji yang sedang berlaku sekarang, ia seolah-olah mencerminkan UMNO-BN menyokong perbuatan ganas ini.

Mengapakah tidak kelihatan sebarang usaha daripada kerajaan Najib untuk mengutuk kegiatan samseng tersebut yang ditujukan, bukan sahaja kepada para pemimpin Pakatan Rakyat tetapi juga terhadap rakyat prihatin yang tidak menyertai mana-mana parti seperti ribuan orang yang menentang projek sisa toksik Lynas?

Jika keganasan berleluasa, bagaimana Najib mahu perkenalkan demokrasi matang?

Bagaimanakah Malaysia boleh mengorak langkah ke arah sebuah demokrasi yang matang jika kejadian-kejadian ini boleh terus dibiarkan oleh kerajaan?

Jika seorang pemimpin pembangkang boleh dibakar kereta dan rumahnya, bahkan kereta seorang Ketua Menteri boleh diserang dan dirosakkan, apakah jaminan keselamatan yang boleh diberikan kepada rakyat biasa?

Jelas keganasan seperti ini menunjukkan betapa rendahnya tahap kematangan dan daya intelektual parti pemerintah. Malah, para pemimpin kerajaan Umno-BN menyatakan bahawa berdebat itu budaya barat.

Kita tanya pula, samseng dan keganasan itu budaya siapa? Jelas sekali kerajaan UMNO-BN yang semakin terdesak hanya mengharapkan sokongan fanatik dan pelampau perkauman sebagai tunjang politik mereka.

Di mana perginya intelek? Di mana perginya budi pekerti? Di mana perginya rasa hormat? Entah ke mana. Hanya tinggal papan tanda usang yang tercatat kata-kata "sopan santun budaya kita".

Kasihan sungguh mereka yang berada di penghujung usia kuasa. Mereka ketandusan idea, kekuranga pimpinan berwibawa dan merendahkan akhlak sendiri dengan perbuatan ganas yang kurang cerdik.

Jalan keluar untuk Umno-BN sebenarnya tidak sukar. Tunaikanlah segera janji-janji transformasi politik dan kerajaan. Bersihkan negara dari rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Utamakan rakyat dengan mengurangkan beban ekonomi seperti tol, cukai dan pelbagai bayaran yang tidak perlu dibayar oleh rakyat.

Jika UMNO-BN masih degil, maka pilihannya tentulah Pakatan Rakyat. Roketkini.com

Tokoh PPP akan sertai PAS

Posted: 02 Mar 2012 01:23 AM PST



Harakahdaily,


KUALA LUMPUR:
Seorang bekas ahli majlis tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP) akan menyerahkan borang menyertai PAS secara rasmi dalam masa terdekat.

Beliau dijangka mengetuai penghijrahan beramai-ramai ahli PPP ke dalam PAS termasuk menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Difahamkan, beliau yang juga bekas ketua salah satu bahagian PPP di SElangor itu akan menyerahkan borang keahlian PAS berserta lebih 500 yang lain secara rasmi kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu majlis di Klang pada 10 Mac ini.

Kesemua mereka adalah ahli PPP daripada 15 cawangan di Klang.

Malam tadi, individu berkenaan dibawa ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut bagi diperkenalkan kepada pimpinan dan AJK PAS Pusat yang berkebetulan bermesyuarat malam tadi.

Antaranya beliau bertemu dengan Mohamad Sabu, Dr Siti Mariah Mahmud dan juga Mazlan Aliman.

Beliau telah bersama PPP lebih empat tahun. Sebelum bersama PPP, beliau bersama Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) selama 13 tahun dan pernah menjawat jawatan sebagai setiausaha agung.

Rakyat Kelantan sambut 'meriah' kedatangan Najib

Posted: 02 Mar 2012 01:16 AM PST

Harakahdaily,

(Antara banner yang dinaikkan untuk menyambut kedatangan Najib)

KOTA BHARU: Kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan disambut meriah oleh rakyat negeri itu termasuk mengantung banner.

Di Jeli, tempat Najib dibawa oleh Datuk Mustapha Mohamad bertemu rakyat, kain-kain pemidang dinaikkan oleh rakyat kawasan itu.

Najib dalam rangka lawatannya ke Kelantan hari ini dijangka akan bertemu rakyat di Jeli, kawasan Parlimen pengerusi perhubungan Umno Kelantan.

Lawatan terakhir Najib ke Kelantan adalah Julai tahun lalu di mana beliau telah melawat daerah Pasir Puteh, Machang dan Kota Bharu.

Di Pasir Puteh, beliau telah melawat stesen teksi Pasir Puteh dan berjanji akan membina stesen teksi baru di situ.

Untuk lawatan kali ini, Perdana Menteri akan memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota Tentera dan keluarga Rejimen Sempadan 2 di Batu Melintang, Jeli.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, akan mengiringi lawatan Perdana Menteri itu.

PAS dakwa kementerian belia seleweng duit untuk politik

Posted: 01 Mar 2012 09:00 PM PST

Hazayani Zakaria,


KUALA LUMPUR: PAS menuntut Kementerian Belia dan Sukan menjelaskan kewujudan Cawangan Strategik dan Urat Saraf di bawah kementerian itu yang didakwa digunakan untuk tujuan pilihan raya.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kewujudan cawangan itu sangat diragui ketelusannya lebih-lebih lagi ia tidak mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurutnya, cawangan tersebut tiada organisasi khusus, malah peruntukannya diambil daripada bahagian lain dalam kementerian.

"Banyak peruntukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk kepentingan belia tapi hakikatnya cawangan ini digunakan untuk tujuan politik, bagi tujuan pilihan raya dengan mewujudkan unit-unit tertentu dalam kementerian.

"Saya angap ini satu penyelewengan apabila mengambil peruntukan dari bahagian lain.

"Semasa pilihan raya Sarawak, cawangan ini bermukim di Sarawak selama tiga bulan dan mengadakan pelbagai program gerak saraf belia yang memakan belanja sehingga RM40 juta. Saya minta Menteri Belia dan Sukan jelaskan perkara ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut menambah, Ketua Setiausaha Kementerian juga telah mengarahkan cawangan ini untuk mengadakan program politik di semua daerah lebih iaitu 2,000 program setiap negeri dengan kos RM30 juta untuk Pakar Motivasi, Datuk Dr. Hasan Ali berceramah kepada pengundi muda.

"Nampak sangat Umno guna peruntukan untuk kepentingan politik Umno. Sekarang mereka tak perlu turun padang, hanya guna Hasan Ali sebagai mata kapak dan hulu kapak," katanya.

Selain itu, beliau turut mempersoal "kehilangan RM8juta peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk belia pada Himpunan Sejuta Belia 2011.

Menurut maklumat, hanya RM2 juta diterima oleh Majlis Belia.

"Saya setuju kalau peruntukan untuk pembangunan belia, tapi bukan dalam bentuk program himpunan sehari yang tidak memberi apa-apa kesan, hanya seperti Karnival Jom Heboh dan sebagainya," katanya.

Turut dipersoal beliau, kos yang terpaksa ditanggung kerajaan akibat pembatalan belia kreatif 2012 yang sepatutnya diadakan pada 10 hingga 12 Februari lalu serta sebab pembatalannnya.

"Karnival ini telah diiklan secara meluas di media massa tapi akhirnya dibatalkan. Kenapa program ini dibatalkan dan berapa pula kos yang terpaksa ditanggung kerajaan setelah pelbagai promosi telah dilakukan?" soalnya.

Dalam pada itu, beliau meminta Kementerian terbabit menjelaskan bagaimana projek perkhidmatan kafe di 17 Instititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) hanya diberikan kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kelantan.

"Kalau betul kerajaan ingin membangunkan syarikat bumiputera, kenapa hanya beri kepada sebuah syarikat? Sepatutnya kalau ada 17 IKBN, berilah kepada 17 syarikat," katanya.

Kontroversi "PAS sedia dipimpin bukan Islam": Dr.Dzulkefly menjawab...

Posted: 01 Mar 2012 08:35 PM PST

Dzulkefly Ahmad


Wacana "Mengapa Undi Melayu Pecah" anjuran Sinar Harian (SH) dari Kumpulan Karangkraf berlangsung pada 28 Februari lalu. Rata-ratanya ia ditanggapi sebagai hangat, tegang tetapi lancar dan terkawal. Mereka yang gagal untuk hadir dalam dewan menonton melalui internet @SinarOnline dan @Mobtv.my. Liputannya dibuat dalam dua keluaran SH dan secara verbatim esok mengikut maklumat pihak pengurusan SH.

Dalam hampir tiga jam perbahasan bersekali dengan sidang akhbarnya yang menghuraikan pelbagai isu di sekitar tajuk wacana, amat malang sekali, ada pihak yang memanipulasi laporan wacana ini dengan sengaja mengenengah dan kini "memporakperandakan" minda rakyat yang tampaknya bermotifkan politik.

Paling mutakhir seorang mantan PM juga tumpang semangkuk sekaligus dengan lebih jelas membuktikan bagaimana pihak media yang andainya tidak cermat atau juga punyai agenda tertentu akan terpalit untuk memenangkan sesuatu tumpuan umum dalam memobilisasi pandangan awam (public opinion). Lebih malang lagi bila saya kesani ada segelintir kecil pihak PAS sendiri yang terpengaruh meminta saya tarik balik kenyataan saya.

Nyata bahawa Wacana "Mengapa Undi Melayu Pecah" yang saya kira sihat dan informatif, kini telah diheret pihak tertentu secara sengaja atau tidak bagi menonjolkan isu "PAS bersedia dipimpin bukan-Islam". Bukan tajuk wacana sama sekali, tetapi itulah nasib panelis, yang mesti menjadi peringatan yang bakal bersetuju menjadi panelis. Satu perkara atau isu, yang awalnya ditanggapi isu sampingan atau "side-dish" menjadi habuan utama atau "main meal" bagi lawan politik atau pihak tertentu.

Saya diingatkan supaya tulis penjelasan ini ringkas tetapi jelas. Biar orang kampung semua boleh faham. Saya cuba insyaAllah. Untuk tujuann tersebut saya mendengar rakaman verbatim dalam @Mobtv.my beberapa kali dan telah pun meminta pegawai saya menyalinnya. Justeru yang tidak hadir dan tidak dengar perbahasan tiga jam itu tetapi mahu membuat kenyataan rasmi seperti Tun termasuk ramai dalam media sosial lain, tolong beri perhatian yang serius.

Soalan dari Moderator Dr.Maszlee adalah "Apakah PAS bersedia untuk melantik Timbalan Presiden dari kalangan bukan-Islam seperti Ikhwan Muslimin baru-baru ini"... tekuni jawapan saya..

Perkara seperti ini bukan perkara-perkara prinsip yang tetap. Dalam (Syariat) Islam ada dua perkara-kategori (hukum). Satu, perkara-perkara "Tetap" yang tidak bolehubah dikatakan "Al-Thawabit". (Tetapi) Ini perkara-perkara dalam ruang lingkup Ijtihad dan yang dikatakan sebagai "Al-Mutaghiyyaraat". Dua perkara ini kita mesti bezakan atas apa susun atur politik itu semua perkara-perkara yang boleh berubah…..

Pada perkara yang boleh berubah kita ubah pada waktu dan tuntutannya. Ini perkara... PAS berani berubah! Ada perkara yg tetap tapi ada perkara yang tertakluk kepada perubahan. Jadi kita boleh bersedia untuk menerima perubahan dan pindaan seperti itu.


Pada persoalan: Jangka masa? Bila? Jawab saya: Ha! Jangka waktu itu segalanya tertakluk kepada needs atau keperluan. Ya! Terima kasih.

Ketika saya diasak soalan tambahan: "Keadaan sekarang needs tu dah..?"

Jawab saya: Mungkin belum ada needsnya (keperluannya) tapi kalau dah diutarakan kita akan bincang dan di Muktamar kita putuskan bersama.

Pada soalan: Belum dibawa?

Jawapan saya: "Belum lagi. Ini Dr.Mazlee pertama kali dengar ini. Tapi kalau perkara itu dah menekan, sebab apa.. Sebab itu mengikut katanya peredaran… peredaran zaman ya… dan Islam itu mampu menangani peredaran zaman. Itu yang dimaksudkan. Its able to withstand the challenges of time dan realities. Ini perkara-perkara yang tentunya mendatang kita akan hadapi pada waktunya dan kemaslahatan kepentingannya."

Nah itulah jawapan saya yang telah mencetuskan kontroversi .

Persoalan besar yang ramai menunggu penjelasan ialah mengapa saya berpendirian sedemikian. Ini hujjah saya secara ringkasan sahaja bersandarkan hujjah yang dikemukakan oleh Al-ImamMawardi dalam Kitab nya Al-Ahkam Al-Sultaniyyah (Beirut).

Al-Mawardi membezakan jawatan dalam kerajaan (dan ada Ulama yang qiyaskan dalam parti-jamaah Islam)... Kedudukan nombor satu yang disebutkan sebagai "Wazir Tafwidh" tidak boleh diberikan kepada bukan-Islam tetapi pada kedudukan "Wazir Tanfidz" (Menteri-menteri Kabinet yang lain atau jawatan lain dalam organisasi), maka ianya boleh sahaja dilantik dan diserah kepada orang bukan-Islam.

Bila saya menjawab dengan positif pada soalan moderator saya cukup jelas landasan dan sandaran saya. Nombor satu adalah bersamaan dengan kedudukan "Wilayatul Tafwidh" tetapi pimpinan yang lain Timbalan-timbalan bahkan Naib-naibnya juga boleh sahaja dibanyakkan jumlahnya dan disusun-atur mengikut kepentingan fasa (fatrah) perjuangan. Ini perkara Ijtihadiyyah.

Di sini kita tidak perlu jumud dan beku kerana saya bercakap dengan rangka masa depan. Dulu kita tidak ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tetapi kini sudah ada. Saya boleh bayangkan satu hari nanti kalau ia membesar sehingga akan berlaku pindaan perlembagaan PAS yang mencadangkan supaya Ketua Dewan dijadikan salah seorang Naib Presiden, satu unjuran yang amat munasabah.

Saya cukup jelas dengan kedudukan Majlis Syura Ulama dan Muktamar yang sentiasa menjaga landasan parti supaya tidak tergelincir. Tetapi parti mempunyai ruang yang cukup luas dalam pentadbiran, organisasi dan pendekatan (strategi) perjuangan, yang semestinya sentiasa mengalami "pembaharuan" dan "renewal" (tajdid) namun dibuat melalui saluran dan kaedahnya.

Pokoknya saya tidak mahu berulang situasi di mana kita tolak dan kita sempitkan apa yang sebenarnya luas dan boleh sahaja dilakukan, tetapi atas kononnya "jatidiri" atau "keaslian" atau "tamayyuz" (perbezaan), kita "haramkan" atau "tolak" macam satu masa dahulu ada di kalangan kita yang 'haramkan' bekerja dengan orang bukan Islam tetapi bila kita mahu wujudkan "Tahaaluf" atau "Muafakat Politik" ahli dan umum, tampak macam kita berbolak-balik. Sebenarnya tidak demikian, tetapi kita tidak jelaskan awal-awal dulu sebab pemikiran kita tak kesampaian lagi. Ini sebab kita tidak terangkan bahawa ia boleh sahaja berubah atas tuntutan maslahah fasa perjuangan dalam rangka Ijtihad.

Saya tidak hairan Mahathir memutarbelitkan kenyataan saya secara cukup tidak sopan ketika mencadangkan Lim Kit Siang supaya menjadi Presiden PAS, sekiranya Al-Quran pun Tun boleh putar-belit dengan mengatakan bahawa dalam Al-Quran pun tidak ada Hukum Hudud dan Hukum Hudud zalim.

Saya cadangkan Tun tumpukan menjelaskan dakwaan bahawa dalam era 22 tahun pemerintahannya sebanyak USD100 (RM330bilion) hangus kerana ketirisan dan rasuah dalam pengurusan kewangan yang tempang.

Baca: Pemuda PAS Titiwangsa minta Dzulkefly tarik balik kenyataan dan minta maaf

PAS perlu 1 lagi mesyuarat selesaikan isu Kedah

Posted: 01 Mar 2012 08:29 PM PST

Abdul Rahim Sabri
Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat malam tadi memutuskan untuk mengadakan satu pertemuan dengan kepimpinan PAS Kedah termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan timbalannya Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Bercakap kepada pemberita selepas bermesyuarat lebih tiga jam, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata pertemuan tersebut untuk menyelesaikan isu perlantikan exco yang berlaku di negeri itu.

Katanya mesyuarat tersebut akan berlangsung pada Sabtu ini, jam 9 malam di Alor Setar. Bagaimanapun tempat akan dimaklumkan kemudian.

"Kita akan adakan pertemuan mahabah di antara kedua-dua belah pihak, antara YB Ustaz Azizan dan pihak YB Datuk Phahrolrazi untuk menyelesaikan masalah ini.

"Pada malam ini, kita bersetuju, apa perkara yang akan dibincangkan, insya-Allah kita akan bincang pada Sabtu malam Ahad ini di Alor Setar," katanya.

Turut hadir dalam sidang media ringkas kira-kira 5 minit itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

Presiden akan turun ke Kedah

Mohamad berkata pihaknya telah berbincang dan mengambil pandangan yang diutarakan dengan "penuh harmoni dan mesra" serta mengambil berat apa yang berlaku di negeri itu.

"PAS Pusat akan turun ke Kedah untuk berdialog dengan (Badan) Perhubungan PAS, ADUN-ADUN, Dewan Ulama dan Dewan Pemuda.

"Kita akan semua pandangan dan Insya-Allah penyelesaian yang baik, sedang diatur oleh kami," kata Mohamad

Menurutnya, pihaknya yakin "penyelesaian" dapat dicapai secepat mungkin.

Katanya, semua jawatankuasa pusat PAS akan hadir dalam pertemuan Sabtu ini termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS negeri-negeri.

ADUN Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh yang enggan mengangkat sumpah menyambung menjadi exco turut dijemput hadir dalam pertemuan tersebut.

"Tunggu (hasil) perbincangan kami (Sabtu nanti)," kata Mohamad yang didesak berhubung sama ada kedua-dua exco tersebut menerima jawatan itu ataupun tidak.

Salahudin berkata ADUN Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah juga hadir dalam mesyuarat khas malam tadi.

Tahanan ISA ditanya tentang M'kini

Posted: 01 Mar 2012 08:28 PM PST

MALAYSIA KINI

Seorang bekas tahanan ISA, Badaruddin Ismail berkata beliau telah ditanya mengenai perkara yang tidak berkaitan dengan tuduhan ke atasnya, termasuk mengenai portal berita Malaysiakini ketika beliau ditahan pada 2001.

Badaruddin ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam berkata, polis juga telah menyoal beliau mengenai hubungannya dengan wartawan Malaysiakini.

badaruddin ismail pak dinKatanya, polis telah bertanya sekiranya beliau kenal perwatakan, kecenderungan politik dan kepercayaan, selain sumber pembiayaan Malaysiakini, katanya yang merupakan anggota sekretariat badan pemerhati hak asasi Suaram ketika itu.

Selain itu, polis turut bertanya mengenai pemimpin di dalam Suaram, Parti Keadilan Nasional pada masa itu dan juga mengenai perhimpunan Black 14, katanya.


Polis juga bertanya mengenai bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan polis cuba memberitahunya bahawa Anwar merupakan "ejen asing" dan seorang yang tidak bermoral, katanya.

Badaruddin merupakan salah seorang daripada lima orang plaintif dalm kes tuntutan deklarasi bahawa penahanan mereka mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 73 ISA itu tidak mengikut perlembagaan.

Dalam saman tersebut, plaintif berkenaan turut menuntut kerugian untuk satu jumlah yang tidak dinyatakan.

Beliau juga merupakan salah seorang daripada pemimpin reformasi yang ditahan pada 2001 atas dakwaan berhubung cubaan mengguling kerajaan dengan kekerasan.

Turut ditahan pada waktu itu ialah Tian Chua, Raja Petra Kamaruddin, Hishamuddin Rais, N Gobalakrishnan, Ezam Mohd Nor, Lokman Adam dan Badrolamin Bahron.

Tiada ulasan: