BRIGED MP SEGAMBUT |
Posted: 02 Mar 2012 06:47 AM PST Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Lee Kee Hiong hari ini berkata beliau dan rombongan kira-kira 20 ahli dan bekas ahli majlis serta penduduk yang memakai baju hijau, menghadiri majlis pecah tanah bagi pembinaan sebuah sekolah baru di Bandar Sungai Long semalam sebagai tetamu. "Kami bukan 'samseng' seperti yang dituduh oleh seorang menteri Umno," katanya. Lee menafikan bahawa kumpulan itu berada di sana untuk menimbulkan masalah dan menceroboh majlis BN seperti yang didakwa oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar. Untuk membuktikannya, Lee menunjukkan satu salinan risalah jemputan BN yang diterima di rumahnya di Sungai Long, yang sangat dekat dengan tempat majlis itu diadakan. Oleh itu, Lee percaya beliau juga dijemput sebagai tetamu, dan kehadirannya di majlis itu adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan penduduk yang sudah lama menunggu pembinaan sekolah Cina yang baru di Bandar Sungai Long. "Ini adalah SRJK (C) yang kami perjuangkan selama 12 tahun. Kami telah menunggu dengan penuh sabar, tak mungkin (kami akan) menganggu majlis tersebut, "kata Lee (kiri dalam gambar). "Kami dikasari oleh sekumpulan orang, dan kemudian Noh muncul menuduh kami menimbulkan masalah ... Saya sangat terkejut olehnya," kata Lee dalam satu sidang akhbar di Bandar Mahkota Cheras hari ini. [Baca berita penuh] |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan