Isnin, 19 Mac 2012

.

.


Berita Terkini

Posted: 18 Mar 2012 10:08 PM PDT

Tinggal Umno: Selepas Kadir Tengku Razaleigh Pula?

Duri yang mencocok punggung Umno sejak kebelakangan ini telah tercabut dengan sendirinya apabila Kadir Sheikh Fadzil telah mengumumkan keluar dari parti berkenaan hari ini. Surat keluar dari Umno dihantar kepada Setiausaha Agung Umno hari ini.

Tindakan bekas menteri penerangan itu dikatakan menjadi duri dalam daging kepada Umno dengan sikapnya mengkritik parti berkenaan. Kritikan yang tidak dapat diterima Umno ialah berhubung dakwaan Kadir yang Umno membeli pengundi dalam pilihan raya lalu.

Sehubungan itu Umno sedang mengumpul maklumat untuk mengambil tindakan ke atasnya. Mungkin Kadir yang juga timbalan presiden Amanah Merdeka sudah dapat menghidu yang Umno akan bertindak ke atasnya menyebabkan beliau mengambil tindakan mendahului Umno.

Persoalan kini ke manakah Kadir selepas ini? Apakah dia akan menyertai salah satu parti gabungan Pakatan Rakyat ataupun kekal sebagai ahli politik tidak berparti?

Sehubungan tindakan itu tanda tanya juga timbul mengenai nasib presiden Amanah, Tengku Razaleigh Hamzah. Apakah Tengku Razaleigh juga akan mengambil tindakan sama dengan Kadir meninggalkan Umno?

Ada kemungkinan. Khabarnya Umno Gua Musang akan menolak sekiranya BN masih mencalonkan Tengku Razaleigh bertanding dalam pilihan raya akan datang. Beberapa hari lalu beberapa ketua cawangan Umno dalam bahagian Gua Musang membuat kenyataan mendedak Tengku Razaleigh tidak lagi dicalonkan.

Sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah juga mengambil tindakan sama ia menjadi pukulan hebat kepada Umno menjelang pilihan raya. Belum pernah berlaku dalam sejarah Umno pemimpinnya meninggalkan parti menjelang pilihan raya.

Tengku Razaleigh juga dianggap sebagai duri dalam daging bila mana lantang menyuarakan kritikan atau pandangan yang tidak menyeronokkan Umno seperti meminta royaliti petroleum yang digali di perairan Kelantan dikembalikan kepada Kelantan. [wm.kl.1:25 t/hari 19/03/12]

Pandangan

Posted: 18 Mar 2012 07:05 PM PDT

Pembahagian Kerusi Pas - PKR Terengganu
Perlu Diselesaikan Segera

Pilihan raya
sudah semakin dekat tetapi ada beberapa perkara nampaknya masih belum selesai dan dimuktamadkan oleh Pakatan Rakyat. Soal pengagihan kerusi masih menjadi masalah secara senyap. Di beberapa buah negeri pengagihan masih belum selesai sepenuhnya. Apakah Pakatan Rakyat akan menanti disaat-saat akhir?

Walaupun soal kerusi tidak diperdebatkan secara umum, tetapi dari dalam ia bergelora. Perkara ini tidak boleh dinafikan. Salah satu negeri yang masih dimuktamadkan ialah Terengganu. Masih 'bersoksek - soksek' kata orang.

Sebelum ini Pas Terengganu katanya hanya bersedia memberikan satu kerusi Parlimen sahaja kepada Pas. Khabar itulah menyebabkan PKR kurang senang dan terus mencari jalan bagaimana untuk mendapat lebih dari itu. PKR Terengganu cukup kurang berpuas hati dengan pembahagian itu.

Katanya kerusi parlimen yang akan diserahkan kepada PKR ialah Kemaman. Kerusi Dungun yang ditandingi PKR dalam 2008 ditarik balik. Begitu juga kerusi Dun, jumlah lima kerusi yang diberikan kepada PKR dulu akan dikurang hingga menjadi dua atau tiga saja.

Kita tidak faham apakah kriteria digunakan dalam Pakatan Rakyat dalam mengagihkan kerusi. Apkah ia berpandu kepada komposisi pengaruh ataupun atas ehsan mana-mana pihak? Apakah Pakatan tidak melihat dari segi matlamat untuk menumbangkan UBN? Cara apa dilakukan di Terengganu itu seakan ia melihat kepada pengaruh dan kekuatan lokal - Terengganu. Pas menjadi tuan besar manakala PKR pengemis buta.

Jika itulah dijadikan ukuran, betullah apa yang didesas desuskan itu. Di negeri itu PKR tidak begitu menonjol seperti di negeri sebelah pantai Barat. Pengaruh dan kekuatan PKR di Terengganu sama seperti di Kelantan. Tetapi Kelantan bernasib baik kerana parti itu menang ketiga-tiga kerusi parlimen dan satu Dun dari tiga Dun yang diperuntukan.

Satu segi pembahagian berdasarkan pengaruh dikira sudah adil. Tetapi Pas perlu melihat dalam konteks lebih luas dari itu. Misalnya Pas kena lihat pengaruh PKR untuk seluruh negara. Tanpa melihat atau mengasingkan kejayaan mengikut kaum tetapi pengaruh PKR lebih besar berbanding dengan Pas. Walaupun PKR baru berusia suku dari usia Pas tetapi ia telah memberi impak besar kepada perkembangan Pas.

Pas jangan merasakan dia sahaja yang memberi kekuatan kepada PKR khasnya dalam menggerakkan jentera pilihan raya, tetapi dari sudut lain PKR juga memberi bantuan kepada Pas. Pengaruh penasihat umumnya Anwar Ibrahim tidak boleh siapa nafikan. Baik Pas Terengganu, Pas Kelantan dan Pas Kedah semuanya menumpang pengaruh Anwar.

Siapa berani mengenepikan bahawa kejayaan Pas menguasai Terengganu tahun 1999 yang ianya tidak ada kena mengena dengan pengaruh dan juga isu yang terbangkit oleh Anwar Ibrahim? Dan apakah bila Pas Terengganu cuba hendak mengenepikan PKR mereka sudah mengira aura Anwar sudah pun lenyap?

Bukan saya nak sakit hati sesiapa, hari ini kalau ceramah tanpa dihadiri Anwar Ibrahim sukar untuk Pas mengerah orang sampai lima atau 10 ribu. Biarlah Anwar tidak sehebat Nik Aziz dan Haji Hadi dalam agama, tetapi orang akan datang apabila beliau tampil. Isu, hujah dan pandangan-pandangan politiknya menarik minat umum. Kehadiran anak-anak muda di ceramah Anwar melebihi dari yang hadir pada ceramah Nik Aziz dan Haji Hadi.

Di Terengganu sebaiknya Pas mengembalikan status quo dalam pengagihan kerusi. Paling baik lagi di samping memberi peruntukan dua kerusi parlimen tambah satu lagi. Manakala pengurangan boleh dibuat untuk kerusi Dun. Ini sesuai kerana yang hendak menjadi MB bukan PKR tetapi Pas.

Pembahagian sebegitu adil dan ini menunjukkan kerjasama mantap dan kemas antara keduanya.
Apabila soal kerusi tidak menjadi masalah sudah tentu perjuangan untuk menumbangkan Mat Said dan Umno akan menjadi lebih mudah.

Isu kerusi di Terengganu ini perlu diselesaikan segera untuk memudahkan semua pihak. Tanpa ada penyelesaian dan kata putus menyebabkan ada sedikit kegencatan dalam menyusun paln dan strategi di Terengganu. Keadaan ini sudah pasti menyukakan pihak UBN. Orang-orang berkenaan juga serba salah untuk menggerak jentera atas kapastitinya sendiri selagi kedudukan kerusi tidak menentu.

Cadangan Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut (foto) soal pengagihan kerusi akan diserah kepada pemimpin pusat kedua parti itu dialu-alukan. Mandat itu hendak segera dilaksana. Dalam masa terdekat presiden Pas Abdul Hadi Awang perlu berjumpa dengan Anwar Ibrahim untuk 'berjemak berkira' mengenai kerusi di Terengganu.

Apa-apa keputusan yang dibuat nanti hendaklah diterima dengan biak oleh semua pihak di peringkat negeri. Jangan pula ada protes dan sanggah menyanggahan apabila konsensus sudah dibuat. Pas dan PKR Terengganu perlu menunjukkan sikap dan semangat untuk menbumbangkan UBN bukan saling hendak tunjuk siapa paling henalan, gagah dan berpengaruh. [wm.kl.11:05 am 19/03/12]

Saja Saja Nak Cakap

Posted: 18 Mar 2012 03:35 AM PDT

PSC Gambar Kelemahan Najib

Persetujuan kabinet untuk mewujudkan jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai Lynas menjelaskan bahawa projek mengeluarkan nadir bumi (Lynas) di Gebeng, Pahang itu bermasalah.

Kalau tidak ada masalah dan selamat, untuk apa jawatankuasa khas untuk menilai tahap keselamatannya lagi? Jadi munasabahlah kalau kumpulan hak asasi manusia dan oposisi menentang projek berkenaan kerana dikatakan tidak selamat kepada manusia dan alam sekitar.

Najib dalam mengulas penubuhan jawatankuasa itu berkata ianya perlu untuk mendapat pandangan umum berhubung projek berkenaan. Peliknya di sini kenapa jawatankuasa atau kepedulian itu dibuat setelah projek itu sudah bermula. Tindakan ini kurang bijak?


PSC itu dianggotai sembilan anggota yang terdiri daripada empat wakil dari Barisan Nasional, tiga daripada pembangkang dan seorang anggota bebas, akan diketuai Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin demikian menurut Nazri Aziz.

Dengan wujudnya jawatan kuasa itu dakwaan sesetengah pakar "mulut renyuk" memberi jaminan dari segi profesional mereka projek itu selamat termasuk seorang pakar dari Pas tidak boleh dipakai lagi.

Orang juga akan mempersoal sejauh manakah wibawa pakar-pakar berkenaan.


Walaupun PSC kata Najib tidak boleh membuat kata putus berhubung projek itu, tetapi dari segi moral ianya telah merosakkan imej kerajaan sendiri. Walaupun PSC tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menutup, tetapi perjuangan para anti Lynas dikira sudah berjaya apabila kerajaan sendiri meragui akan keselamatannya.
Kalau tidak ragu kenapa perlu tubuh jawatankuasa khas parlimen lagi.

Sudah lama terpampang dalam benak saya kenapa bersungguh benar kerajaan hendak bangun projek berkenaan? Apakah wang pelancar untuk projek berkenaan sudah pu diambil? Baik kerajaan menjelaskan saja yang mereka telah terperangkap pihak tertentu dengan projek berkenaan. Projek itu hanya dipertahankan oleh kontrektor dan konsultan berkepentingan saja.

Saya teringat kata Daim Zainuddin UBN tidak perlu adakan 'stok BN' atau 'stok Umno" untuk cari dana pilihan raya. Parti itu katanya ada cara dan sumber sendiri. Apakah salah satu sumbernya komisyen kepada projek nadir bumi itu? [wm.kl.6:45 pm 18/03/12]

Tiada ulasan: