Sabtu, 31 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


PRU13 - Panglima Pas Sudah Bersedia Untuk Tawan Johor

Posted: 30 Mar 2012 11:34 PM PDT

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub akhirnya mengesahkan hasrat mahu bertanding di Johor, kampung halamannya, dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Walaupun belum menetapkan mana-mana kerusi, beliau berkata kerusi seperti Pulai, Tanjung Piai dan Batu Pahat "dilihat menarik" untuknya pada masa ini.

"Saya tiada masalah jika pucuk kepimpinan parti sedia beri laluan di kerusi-kerusi yang saya sebutkan tadi," katanya kini yang bertugas sebagai anggota parlimen Kubang Kerian, Kelantan.


Beliau mengumumkan perkara itu hari ini dalam pertemuan dengan beberapa media terpilih dan penulis blog di sebuah hotel di Skudai.
Turut hadir Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat dan anggota jawatankuasa pusat PAS Mazlan Aliman.

Sementara itu, ditanya tentang khabar angin bahawa beliau berniat untuk menjadi menteri besar Johor jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Johor, Salahuddin sambil tersenyum berkata:

"Soal siapa nak jadi menteri besar, itu mesti diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat dan perkara itu tidak berbangkit langsung buat masa ini."


'Betina Garik' @ Ummi Hafilda Tak Laku Di Kedah

Posted: 30 Mar 2012 06:45 PM PDT



Ini yang depa dok kata kat Kedah sekarang nie... depa mohon supaya pimpinan atasan memahami situasi politik di Kedah. Orang Kedah bukan suka dok cerita bab dalam kain nie.. depa nak tahu isu pemerintahan.. salah guna kuasa...apa yang boleh pemimpin nak beri kepada rakyat...itu antara yang mereka hendakkan...

Tetapi jika betina garik nie mai.. yang dia tahu cerita bab "DALAM KAIN SAHAJA" isu lain bukannya dia tahu... jadi kepada pihak yang dok bawak mai minah nie pikaiq la noo...
Kami puak PR lagi suka bawak mai laa sekerap mana pun... tak heran aihh.. yg nak dengaq pun orang UMNO jaa puak kami tak mau aihh dengaq cerita langau tuu

- Kedah Lanie


Daftar Pengundi SPR Kacau Bilau..

Posted: 30 Mar 2012 05:41 PM PDT

Nama hilang daftar pemilih, SPR maklum Ivan Ho sudah 'mati'

KUALA LUMPUR 30 Mac: Seorang pengundi terkejut apabila mendapati beliau sudah mati mengikut daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia terbongkar apabila Ivan Ho Heng Thong, 54, melalui Setiausaha Ranting KEADILAN Taman Pekan Baru, Delren Douglas membuat semakan ke atas punca kehilangan nama Ivan dari daftar pemilih sebelum ini.

Kata Delren, Ivan cuba mendaftar namanya sebagai pemilih di pejabat pos Pudu pagi tadi tetapi tidak boleh kerana pernah mendaftar sebelum ini manakala laman web SPR juga tiada rekod.


"Saya kemudian ke pejabat SPR Putrajaya. Mengikut mereka, Ivan dikeluarkan daripada senarai pengundi kerana beliau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengisytihar mati oleh JPN," katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Berita kehilangan nama Ivan Ho disiar Suara Keadilanedisi 58 sekitar dua minggu lalu. Beliau membuat laporan di balai polis Kota Damansara 10 Maclalu selepas menyedari namanya hilang dalam daftar pemilih walaupun pernah lima kali mengundi di Bukit Lanjan.

Beliau juga mengundi pada pilihan raya (PRU) ke-12 pada 2008.

- Keadilan Daily


PANAS - Ketua Pemuda Umno P. Pinang Halau Melayu Bagan Keluar Dari Tanah Wakaf

Posted: 30 Mar 2012 04:36 PM PDT

Paku dulang, paku serpih. Mengata orang tapi dia yang lebih. Nak tau?hehehehhe. Cerita Ketua Pemuda Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin memberi amaran kepada Guan Eng agar memulangkan semula tapak masjid berkenaan kerana ia boleh mencetuskan isu perkauman. "Saya tidak kisah jika dia nak buat pembangunan macam mana rupa sekalipun tetapi tapak masjid Bayan Mutiara jangan kacau, ini perkara serius. Ia milik orang Islam," tegasnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat UMNO Pulau Pinang di sini hari ini.(Utusan Online).

CT cuma nak kata, Shaik Hussein ni juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan. Apa plak cerita Tanah Wakaf Abdul Qader Jalan Mengkuang, Bagan? Bukankah beliau berkrompomi dengan Ketua UMNO Bahagian Bagan dan beriya-iya menghalau penduduk Melayu keluar daripada Tanah Wakaf tu? Jangan Tipu? Orang kampong semua dah tau!!! Tujuan untuk menjalankan Projek Pangsapuri puluhan juta ringgit! Yang pasti, projek tersebut dapat ke siapa erk?

Ceritanya di sini dan di sini

Pekeliling Jadual Gaji Baru Kakitangan Awam Bil 1 / 2012

Posted: 30 Mar 2012 04:15 PM PDT

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2012


Kira di sini - http://docs.jpa.gov.my/ssm/

Umno Sudah Habis Modal.. Terpaksa Guna Ulama Upahan Untuk Aibkan Musuh..

Posted: 30 Mar 2012 10:41 AM PDT


Tok Guru Nik Aziz Lakukan Dosa Besar Kerana Kesalahan Ini..

Posted: 30 Mar 2012 05:28 AM PDT

Di petik dari blog bodoh pancacai yang bernama eXception Macam le takde kerja lain dah nak bantai orang sampaikan benda2 bodoh macam ini pun dikutip dan disensasikan dalam blog bodohnya.. Hehehe...


Gaji Baru Kakitangan Awam - Sekali Lagi Golongan Bawahan Akan Dipermainkan?

Posted: 30 Mar 2012 05:09 AM PDT

Mengapa Cuepacs di ketepikan sekali lagi?

Sekali lagi rakyat gelisah mendengar berita bahawa CUEPACS, seperti yang disebut presidennya Datuk Omar Osman, tidak dimaklumkan tentang siapa yang akan menyertai suruhanjaya untuk mengkaji penyelaran gaji perkhidmatan awam selepas pembatalan tiba-tiba skim Saraan Baru Perkidmatan Awam (SBPA).

Pakatan Rakyat menyokong penuh gesaan CUEPACS untuk dijadikan salah satu pihak berkepentingan ("stakeholder") dalam isu ini, tapi juga agar pihak kerajaan tidak lagi melakukan tindakan bersifat "unilateral" seperti skim SBPA dahulu, yang telah gagal akibat tentangan yang begitu kuat dari pelbagai pihak.


Pakatan Rakyat juga sedar akan usaha kerajaan untuk meneruskan dan menambahbaik sistem Skim Saraan Malaysia (SSM) sedia ada, termasuk menubuhkan suruhanjaya khas untuk melaksanakan penambahbaikan yang "komprehensif dan menyeluruh" terhadap perkhidmatan awam negara.

Oleh itu, kami menyarankan satu Jawatankuasa Tetap Parlimen ditubuhkan agar semua pihak berkepentingan termasuklah pihak Pembangkang akan dapat memberi cadangan-cadangan membina bagi perkhidmatan awam, yang merupakan salah satu tunjang pembangunan negara.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN


Laman Rasmi FAM Digodam Lagi..

Posted: 30 Mar 2012 02:51 AM PDT


Tuanku,

Sudah-sudah lah pegang tapuk FAM tu. Dah 28 tahun dah. Tak cukup kaya lagi ke? Rasanya dah byk dah sponsorship masuk FAM tu. Bolasepak bukan makin naik, makin merudum ada la. Pepatah Melayu ada mengatakan " Bapak Borek, anak Rintik". Sorang pegang bola, sorang pegang hoki. Result? dua-dua lingkup!!!


Sultan Haji Ahmad Shah 1984- Sekarang ( 28 Tahun)


Anak bapak~

p/s: Oh Malaysiaku..Kalau takde campur tangan pihak Istana & orang politik memang bukan Malaysia namanya.

Sumber di sini dan di sini


RM609 Juta Duit Rakyat Diguna Untuk Kempen BN

Posted: 30 Mar 2012 02:10 AM PDT

RM609j dilulus dalam 11 minggu lawatan PM, TPM

Kerajaan telah membuat pembayaran RM608.68 juta sepanjang tempoh 11 minggu kepada rakyat melalui lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin ke seluruh negara.

Menurut jawapan bertulis di Dewan Rakyat, "peruntukan segera" yang diluluskan dari Januari hingga 15 Mac telah diserahkan semasa lawatan mereka ke 14 negeri, dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek.

Pada 27 Mac lalu, Ahli Parlimen PAS Jerai, Mohd Firdaus Jaafar telah meminta Jabatan Perdana Menteri menyenaraikan semua peruntukan yang diluluskan untuk lawatan rasmi perdana menteri ke negeri-negeri berkenaan.

Tiada ulasan: