Khamis, 29 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Hina Manusia Penjara 1 Tahun.. Hina Tuhan RM25 Aje...

Posted: 29 Mar 2012 12:03 AM PDT


Tiga penari tiang didenda RM25

Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.

SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.


Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.


PANAS - Polis Digunakan Untuk Pukul Peneroka Felda

Posted: 28 Mar 2012 08:36 PM PDT

Gengster FELDA pukul dan halau peneroka di Lahad Datu

Salah seorang teman meminta untuk aku siarkan kejadian memukul peneroka yang menuntut semula tanah yang dirampas oleh FELDA. Kemungkinan juga kejadian ini berlaku disebabkan dari kehadiran wakil ANAK yang mendengar rintihan mereka baru-baru ini. Berikut gambar kejadian dimana polis menjalankan arahan BOS mereka.









Berikut pula adalah catatan dari anak salah seorang mangsa kekejaman pihak berkuasa yang diambil dari facebooknya.
tuntut tanah yang di rampas FELDA, ini balasan nya diberikan oleh tentera najib...kekayaan didahulukan, kesengsaraan rakyat diutamakan. lepas rampas tanah orang kampung,pegi pukul orang plak
sahabat2, tanah ni milik orng kampung, tapi felda ceroboh n rampas dulu, 17000 ekar, lpas tuntut blik, mahkamah kluarkan surah perintah d mana orng kampung ble masuk ke tanah dorang balik. tapi FELDA main kotor, hantar polisko( kuli-kulinya) p pukul orng kampung...soma polisko yng ada dlm gambar ni trmasuk 40 polisko lain yng ada di kawasan itu sedang menghadapi dakwaan di mahkamah

Inilah kerja UMNO dulu kini dan selamanya...

Dipetik dari - http://sahabatblogsabah.blogspot.com/2012/03/gengster-felda-pukul-dan-halau-peneroka.html


Awang Adek Akan Menangis Tidak Berlagu?

Posted: 28 Mar 2012 07:46 PM PDT

Berita ini belum disahkan tetapi kemungkinan ianya sahih 90%. Malam tadi ketika singgah di sebuah kedai mamak di Kuala Lumpur yang menjadi setesen malam para broker politik dan facebooker saya terdengar satu berita yang menyayatkan hati. Sedih dan terkejut.

Mulanya saya kira ianya hanya gurauan sahaja sekadar untuk menyedapkan hati beberapa orang yang ada di situ tetapi bila saya minta kepastian penyampai berita itu mengesahkan. "Ini serius," ujarnya.

Turut ada di situ malam tadi dua orang wakil rakyat dan beberapa orang yang sedang mencari kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Saya tidak pasti orang lain peduli atau tidak pada cerita itu walahualam. Barang kali tidak kerana mereka sudah mengenali penyampai maklumat itu mungkin sudah boleh mengagak benar tidaknya.


Tetapi yang menyampaikan berita itu bukan sebarangan. Dia adalah seorang diplomatik yang baru pulang bercuti. Saya tidak fikir dia berbohong kerana maklumat sebegitu tidak boleh dibuat bergurau. Kapasititnya sebagai diplomnati cukup dipercayai. Dan saya juga tidak mengira dia bergurau kerana dia mengenali siapa saya, MSO.... sebutnya.

"Betul ke?" tanya saya ingin ketegasan terhadap apa yang dikatakan.

"Betul... mereka tunggu masa saja, mampus...," katanya.

"Apa sebabnya..." tanya saya lagi kurang percaya.

"Semua orang tahu, demo gi sendiri orang akan cerita...," balasnya. "Katanya seorang dah pun ambil keputusan..." sambungnya lagi. Tentang itu saya kurang mengambil peduli.

Malam 31 Mac ini ada keramaian di kawasan berkenaan. Katanya seorang yang telah membuat keputusan akan memberi maklumat lanjut. Jadi kalau hendak tahu silalah ke tempat itu. Sudah pasti benar atau tidak cerita diplomat itu.

Yang pastinya kalau berita semalam betul dan benar ini bermakna Awang Adek Hussein akan menangis tidak berlagu. [wm.kl.8:46 am 29/03/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/03/sebuka-mata.html


Ramalan Daim boleh jadi kenyataan – Aziz Bari

Posted: 28 Mar 2012 05:44 PM PDT

Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong.

Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya.

"Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik.


"Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat.

"Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR," ujarnya.

Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti.

Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah.

Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul.

"Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah.

"Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi.

"Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan," tambahnya lagi.

Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan.

"Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada.

"Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi.

"Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan.

"Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap," katanya.

Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta.

Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan.
template joomla


Ceramah Mat Sabu Malam Tadi

Posted: 28 Mar 2012 04:33 PM PDT


Tender baru: Tak semudah itu nak tutup isu NFC

Posted: 28 Mar 2012 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 28 Mac: PAS menyifatkan tindakan kerajaan BN mahu menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) sebagai cubaan 'menutup buku' skandal tersebut dari diperkatakan rakyat.

Selain cuba menutup kes, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) juga mendakwa, ianya juga dilihat sebagai cubaan pemimpin tertentu khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilarikan dari terpalit dengan skandal yang menggemparkan negara itu.

"Ini semua cubaan nak lari, nak tutup kes yang membabitkan kelemahan Najib dan Muhyiddin. Isu sebenar adalah mengapa Najib dan Muhyiddin meluluskan projek bernilai RM250 juta ini kepada syarikat Agro Science Sdn Bhd milik keluarga (Datuk Seri) Shahrizat yang diketahui tiada pengalaman.


"Ini mesti diperjelaskan sebelum tender baru dibuat," katanya kepada Harakahdaily.

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar mengumumkan, kerajaan akan membuka tender baru NFC untuk meneruskan projek itu bagi memastikannya berjalan lancar.

Bercakap dalam sesi penggulungan di Parlimen semalam, Noh berkata, kementerian juga melantik juruaudit bagi projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan itu.

Noh bagaimanapun tidak menyebut sama ada keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kehilangan projek itu dan sama ada kerajaan akan mendapatkan semula pembayaran daripada pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan sebelum ini.

"Kita nak tanya, apabila ditender bermakna syarikat sedia ada perlu diterminate. Tapi setakat ini kita tidak nampak ketegasan oleh kerajaan untuk terminate Agro Science itu.

"Juga tidak ada ketegasan apa mekanisma duit RM250 juta yang dipinjam sebelum ini dapat balik. Kita tak mahu ulangi kesilapan dalam tender baru," katanya sambil mengulangi desakan agar Suruhajaya Diraja ditubuhkan menyelesaikan keseluruhan isu tersebut termasuk mendapatkan semula wang RM250 juta itu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9172-#fb


Betul Kata Nazri Aziz.. Isytihar Harta Memang Bahaya..

Posted: 28 Mar 2012 05:51 AM PDT

Nazri Aziz pernah kata Isytihar Harta oleh Menteri Bahaya. Selepas pembelian porche oleh anaknya didedah baru kita boleh faham macam mana bahayanya..






Ali Rustam Ketinggalan Bas.. Kesian..

Posted: 28 Mar 2012 04:34 AM PDT

KM cabar Pakatan, media dedah ADUN diperiksa polis

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar pembangkang supaya menunjukkan bukti menunjukkan ada wakil rakyat BN diperiksa polis ketika serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.

Beliau turut meminta media sekiranya menyimpan sebarang maklumat atau rakaman foto dan video yang menunjukkan wakil rakyat terbabit berada di pusat hiburan tersebut dalam serbuan jam 2.40 pagi itu.

"Saya tidak menerima sebarang laporan pun seperti apa yang didakwa pihak pembangkang dan setakat ini tiada laporan polis dibuat.


"Dakwaan itu hanyalah fitnah yang dilontar pembangkang. Mereka memang suka membuat fitnah, padahal sebelum ini pun pembangkang pernah menuduh kita sebagai kafir," katanya hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan ketua menteri Melaka diberikan tempoh seminggu untuk mendedahkan nama seorang wakil rakyat yang didakwa diperiksa polis itu atau mereka akan mengambil tindakan itu.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka Kamaruddin Sidek, Mohd Ali perlu mengambil tindakan itu memandangkan rakyat selaku pengundi ingin tahu siapakah wakil rakyat berkenaan.

Dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Melaka 24 Mac lalu, polis dikatakan memeriksa 27 pelanggan pusat hiburan berkenaan termasuk wakil rakyat terbabit.

Pemeriksaan awal itu juga mendapati seramai 12 orang didapati positif dadah.

Malaysiakini sudah menghubungi ADUN yang dituduh itu bagi mendapatkan reaksinya. Bagaimanapun belum ada jawapan balas diberikan setakat ini.

http://malaysiakini.com/news/193436


Kerja Jahat Untuk Jatuhkan Anwar Di Parlimen Sedang Giat Dilakukan

Posted: 28 Mar 2012 02:27 AM PDT

Nalla cari jalan lucut Anwar sebagai ketua pembangkang

Senator Datuk S Nallakaruppan sedang mencari jalan untuk mengadakan impeachment (mencabar supaya dilucutkan jawatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang ekoran dakwaan terlibat dalam aktiviti biseksual.

Peguamnya, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu.


"Secara teknikalnya usul ini boleh dibawa dan kita perlu teliti dan study mengenai perkara ini terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas sidang media di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Beliau mengambil contoh dalam kes kes bekas presiden Amerika Bill Clinton dengan Monica Lewinsky dalam skandal seks yang berakhir dengan pengundurannya.


Menteri Pertahan PTPTN Dengan Alasan Bodoh

Posted: 28 Mar 2012 02:21 AM PDT

Menteri: Mansuh PTPTN bebankan kerajaan

Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat.

Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.


"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS?

"Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohamed Khaled berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang.

Menteri Pengajian Tinggi itu berkata kerajaan sebaliknya telah mengambil pendekatan lain dalam mengurangkan beban pelajar dengan menukar status pembiayaan PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama untuk terus mecapai matlamat membentuk rakyat yang berdaya saing.

"Kalau kita pandai dapat kelas pertama, PTPTN itu tukar jadi biasiswa pada akhirnya... Kalau kata semua pelajar pun dapat kelas pertama, semua pun dapat biasiswa, jadi macam hapus jugalah PTPTN itu," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/193428


Tol Yang Kaut Duit Rakyat Akan Diambil Alih Jika Pakatan Menang PRU13

Posted: 28 Mar 2012 01:59 AM PDT

Pakatan Rakyat berjanji akan mengambil alih semua konsesi tol yang meraih untung terlampau besar tetapi membebankan rakyat, bermula dengan konsesi Lebuh Raya MEX jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum kelak.

"Ini merupakan antara janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan membuktikan bahawa sebuah kerajaan Pakatan akan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti BN yang hanya memperkaya kroni-kroni mereka," menurut kenyataan bersama Pakatan.

Berhubung Lebuh Raya MEX, gabungan pembangkang berkata, pengambilalihan itu akan dilaksanakan mengikut syarat-syarat yang tertakluk dalam perjanjian konsesi.


Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, pengambilalihan tidak akan mengambil kira sama ada penjualan konsesi itu kepada EP Manifacturing Bhd (EPMB) telah dimuktamadkan.

"Penjimatan kepada rakyat dengan keputusan pengambilalihan Lebuh Raya MEX adalah melebihi RM4.6 bilion," kata kenyataan itu.

Cadangan itu dibuat PKR, DAP dan PAS ekoran dakwaan MEX merugikan rakyat tetapi memberikan keuntungan keterlaluan kepada pemiliknya sehingga 1,800 peratus.

Menurut mereka, terdapat cadangan untuk menjual konsesi itu kepada EPMB dengan harga RM1.7 juta yang akan akan memberikan untung bersih RM1.09 bilion, selepas ditolak hutang RM550 juta dan pelaburan sendiri RM60 juta.

"Keuntungan ini terlampau tinggi kerana kerajaan telah menggunakan wang rakyat untuk membiayai sebanyak RM967 juta untuk menanggung kos pembinaan MEX," kata Pakatan sambil mendakwa wang itu tidak akan dipulangkan kepada rakyat.


Isu lompat parti : Ini semua fitnah Umno..

Posted: 28 Mar 2012 01:16 AM PDT

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Salleh Man hari ini menafikan spekulasi bahawa beliau merancang untuk melompat atau meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinan DAP.

ADUN Permatang Pasir berkata, dakwaan itu dibuat oleh "budak Umno" yang menangkap gambarnya bersama Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said dan penyelaras BN Permatang Pauh Rahim Man.

Salleh berkata, mereka hanya bersalaman dan tidak banyak bercakap sebelum beliau beredar selepas mendapati sekumpulan anggota Puteri Umno mengadakan pertemuan di situ.


Namun, Adun Permatang Pasir itu tidak mengulas mengenai dakwaan kononnya beliau mahu membuat kejutan ketika ceramah Hasan Ali dikawasan beliau pada 7 April nanti.

Sebelum ini, terdapat dakwaan di beberapa blog berhubung spekulasi melompat parti itu dengan menyandarkan kepada gambar pertemuan tersebut.

Didalam gambar tersebut, Pesuruhjaya PAS itu dilihat mesra berbual bersama Penyelaras BN Dun Permatang Pasir dan juga Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh.

Salleh bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen berkenaan isu penjualan tapak masjid di Bayan Mutiara yang didakwa dilakukan oleh kerajaan negeri DAP.


Tiada ulasan: