Rabu, 21 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Hasan Ali Diserang Sawan Dipersidangan DUN Selangor

Posted: 21 Mar 2012 01:02 AM PDT

Ahli PAS yang dipecat Datuk Hasan Ali (Gombak Setia-Bebas) hari ini memulakan tugasnya sebagai wakil rakyat Bebas di dewan undangan negeri Selangor dengan membidas bekas rakan-rakan partinya semasa perbahasan titah diraja.

Sasaran pertama beliau adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman (Meru-PAS), yang semalam menyelar Hasan kerana tidak hadir pada Majlis Santapan Diraja, semalam.

Apabila Abdul Rani cuba mencelah dengan soalan yang berkaitan dengan kes murtad, Hasan cuba mengelakkan dirinya daripada menjawab.


Sebaliknya beliau menyelar Abdul Rani kerana menyerang peribadinya dengan mengatakan bahawa bidasan ke atas beliau itu tidak mencerminkan kebijaksanaan yang seharusnya dimiliki oleh seorang ADUN.

"Saya juga pernah jadi ahli parlimen. Kadang-kadang menteri tidak menghadiri sidang Parlimen kerana mempunyai beberapa perkara lain yang mendesak. Adakah itu bermakna mereka tidak menghormati Dewan Rakyat?"

"Meru hanya menyerang peribadi saya semata-mata kerana beliau tidak dilantik sebagai exco (Selangor) selepas saya telah digugurkan.

"Beliau harus berjumpa dengan seorang pakar psikologi untuk mengubati masalahnya," katanya sambil disambut dengan tepukan oleh ADUN BN.

Berang dengan kata-kata Hasan itu, Abdul Rani sekali lagi mencelah dan menuntut Hasan menarik balik kata-katanya.

"Saya seorang doktor profesional, awak bukan. Saya tahu saya tidak perlu seorang pakar psikologi," katanya.

Hasan membalasi: "Apa masalah awak? Jumpa psikologi bukan perkara yang tidak baikbagi semua orang."

- malaysiakini


Fitnah Tanah Rizab Melayu - Kerajaan Kelantan Saman Utusan

Posted: 21 Mar 2012 12:39 AM PDT

KOTA BHARU, 21 Mac: Kerajaan negeri Kelantan mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia yang memfitnah mereka berkaitan isu tanah.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

"Laporan itu kami sifatkan sebagai tidak berfakta, menghasut agar membenci kerajaan negeri dan fitnah," kata Dr Mohd Fadhli Hassan, Exco kerajaan negeri Kelantan.


Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan muka depan kononnya rakyat Kelantan dianiaya ekoran dakwaan tindakan kerajaan negeri memajak tanah kepada syarikat bukan bumiputra.

Laporan itu memetik kenyataan Datuk Mustapha Mohamad, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar notis saman kepada Utusan ekoran laporan media itu yang mendakwa beliau seorang biseksual.

Anwar menuntut penarikan balik berita itu, permohonan maaf dan bayaran gantirugi RM100 juta.

Dr Fadzli, exco penerangan Kelantan dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan tindakan itu dilaksanakan.

"Laporan itu berunsur fitnah dan ada niat politik untuk burukkan Kelantan," kata Dr Fadzli selepas menghadiri mesyuarat Exco pagi ini.

Beliau mempertikaikan, bagaimana akhbar itu boleh menyiarkan berita sebegitu sedangkan tanah rizab Melayu di negeri ini yang dikatakan dilelong dan sebagainya tidak berbangkit langsung kerana ia tidak dijual.


Kembang potensi diri, Rosmah nasihat generasi muda

Posted: 20 Mar 2012 11:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Generasi muda perlu mengembangkan potensi untuk menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri dan masyarakat, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor kata Selasa malam.

Beliau berkata generasi muda merupakan kumpulan penting dalam meneraju masa depan negara dan untuk itu mereka perlu menyerlahkan jati diri, dan mengembangkan potensi untuk menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri dan negara.

Melaporkan Bernama Online, beliau berkata demikian dalam kata aluannya yang disiarkan pada awal program akhir "Misi 12", program realiti Astro di Pusat Penyiaran Asia, Astro di sini.


Rosmah (gambar) pada majlis itu menyampaikan hadiah kepada para peserta termasuk peserta terbaik yang dimenangi oleh Muhammad Subky Halib. Subky, 23, membawa pulang wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Rosmah turut berkata program itu mempunyai hasrat murni bagi membantu memperkasakan para remaja serta membina kerjaya mereka demi menjamin masa depan golongan belia.

Menurut laman web Astro, Misi 12 merupakan sebuah program untuk membantu dan merubah masa depan 12 orang remaja terpilih, yang terdiri daripada mereka yang menganggur, bertaraf pendidikan rendah, tiada cita-cita, kurang keyakinan diri serta mempunyai masalah sosial.

Tujuan utama Misi 12 adalah untuk mengukuhkan emosi mereka supaya mereka memperoleh kemahiran hidup secara praktikal, menjalani kehidupan lebih sihat, melaksanakan matlamat pendidikan mereka dan membentuk asas yang diperlukan untuk mencapai objektif berdikari dan peralihan mereka ke dalam hidup mereka sendiri.

Dalam program tersebut, kesemua 12 peserta dipecahkan kepada tiga kumpulan di bawah pengawasan tiga orang ikon yang bertindak sebagai mentor iaitu Pengurus Besar Mercedes Benz Malaysia Datuk Soke Clement Soo, Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn Bhd Gayatri Su-Lin Pillai dan Pengarah Coffee Scene Sdn Bhd (Bangi Kopitiam), Ooi Kim Chong.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kembang-potensi-diri-rosmah-nasihat-generasi-muda/


Gadai Tanah Kelantan - Mustapha Didesak Kemuka Bukti

Posted: 20 Mar 2012 08:25 PM PDT

KOTA BHARU, 21 Mac: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad didesak mengemukakan bukti terhadap dakwaannya tanah Rizab Melayu di gadai kepada syarikat bukan bumiputra di Kelantan.

(Tajuk sensasi Utusan Malaysia hari ini tetapi tanpa fakta dan retorik sahaja)

"Saya pohon Mustapha agar mendatangkan data dan fakta keluasan tanah Rizab Melayu di Kelantan yang dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, janganlah hanya bercakap tanpa fakta sedangkan anda seorang Menteri!" kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadhli Shaari dalam kenyataannya.


Sebelum ini, Fadhli dalam kenyataannya berkata, kebanyakan projek yang disebut itu ialah tanah kerajaan yang yang diberi milik kepada agensi-agensi kerajaan negeri termasuk Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Perbadanan Bandar Baru Tunjung, Yayasan Islam Kelantan dan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin).

Ia kemudiannya dimajukan dengan kerjasama syarikat swasta secara pajakan dalam tempoh tertentu misalnya 66 tahun.

Ia sama sekali tidak diberi milik kekal kepada pemaju terlibat dan dilaksanakan berdasarkan pegangan ekuiti kebiasaannya 30 peratus agensi kerajaan dan 70 peratus pemaju.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi pula berkata, tanah-tanah yang dibangunkan ladang kelapa sawit dengan kerjasama syarikat swasta adalah milik kekal Ladang Rakyat.

Katanya, syarikat swasta hanya diberi izin mengusaha hasil tanaman kelapa sawit di atas tanah tersebut dalam tempoh tertentu.

"Tanah-tanah tersebut adalah milik Ladang Rakyat dan tidak timbul sama sekali tanah berkenaan diserah kepada syarikat swasta," katanya.

Menurut Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan, kenyataan Mustapha kali ini merupakan kali berikutnya Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mengeluarkan kenyataan tanpa fakta dan data.

Padahal, katanya, Datuk Seri Najib Razaklah sendiri yang mencadangkan agar undang-undang tanah dipinda bagi membolehkan tanah rezab Melayu dpinda untuk membolehkan ianya dimajukan.

"Barangkali beliau lupa bahawa kerajaan UMNO dan Barisan Nasionallah yang telah meminda Enakmen Rizab Melayu (ERM) bagi membolehkan tanah rizab Melayu dipajak kepada bukan Melayu untuk dimajukan.

"Sedarkah Mustapha bahawa inilah yang dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos 2004 setelah mempengerusikan mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-60? Kenyataan tersebut disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Ogos 2004 di dalam bahagian Ekonomi," kata Fadhli (gambar) dalam kenyataannya.

Utusan hari ini menyiarkan kenyataan fitnah dan sensasi dari Mustapha kononnya rakyat Kelantan dianiaya.

Sebelum ini, kata Fadli, rakyat Kelantan masih ingat pada awal Februari lepas, individu inilah yang mengeluarkan kenyataan bahawa RM600 juta telah diberikan secara PERCUMA kepada kerajaan Kelantan untuk menyelesaikan masalah air.

"Hakikatnya, ia adalah pinjaman yang perlu dibayar," kata Fadhli.

Menurut Fadhli, tindakan terkini yang dilakukan Umno dalam isu ini adalah kenyataan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada 15 Mac 2012 yang lalu yang menyatakan bahawa kerajaan negeri Perlis sedang mengkaji kemungkinan memajak tanah rizab Melayu bagi tujuan pembangunan.

Ini boleh dibaca dalam berita bertajuk Perlis Kaji Kemungkinan Pajak Tanah Rizab Melayu.

Fadhli juga meminta Mustapha tidak lupa dengan tindakan kerajaan Malaysia pada hari ini yang sedang berusaha memajak tanah Felda melalui penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

"Logiknya, apabila ia disenaraikan, ia bebas untuk dibeli oleh sesiapa sahaja dan yang dipertaruhkan ialah aset peneroka! Tidakkah ini yang sebenarnya mengancam kepentingan rakyat?" kata beliau.

Fadhli secara sini berkata, "Bersedia menjadi seorang Menteri Besar Kelantan ialah bersedia untuk dilantik secara rasmi dan beribu pejabat di Kota Darulnaim dan bukannya hanya sekdar bersedia untuk melayakkan diri ditabal di atas Gunung Reng, Jeli."

Harakah Daily


Tempat Duduk Hasan Ali Dipindahkan Ke Belakang Bersama Adun BN

Posted: 20 Mar 2012 06:42 PM PDT

SHAH ALAM 19 Mac – Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Ali mencuri tumpuan ahli dewan, pengamal media dan para jemputan yang hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kali ini.

Ini merupakan kali pertama bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu hadir sebagai wakil rakyat Bebas selepas beliau digugurkan daripada jawatan itu pada Januari lalu ekoran pemecatannya daripada Pas.


Hasan dipindahkan ke bahagian belakang kawasan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) manakala tempat duduknya sebelum ini digantikan oleh seorang lagi Exco kerajaan negeri dari Pas iaitu Ir. Iskandar Abdul Samad yang juga merupakan ADUN Cempaka.

Ketika ditemui pemberita, Hasan berkata, beliau akan terus membawa perjuangan memartabatkan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR) dalam sidang DUN.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja isu yang akan dibangkitkan oleh Hasan pada sidang DUN kali ini kerana menganggap ADUN Gombak Setia itu sebagai wakil kepada rakyat di kawasan berkenaan.

"Peranan persidangan DUN adalah untuk memberi peluang kepada setiap wakil rakyat melontarkan segala pandangan atau masalah di kawasan mereka.

"Maknanya apabila (Hasan) dipilih oleh rakyat untuk menjadi wakil di kawasan mereka, beliau berhak untuk membangkitkan apa sahaja isu," katanya.


Hasan Ali Junjung Raja Tapi Tak Hadir Santapan Di Raja

Posted: 20 Mar 2012 04:34 PM PDT

Hasan Ali tak hadir takut jadi kera sumbang

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman mempersoalkan ketidakhadiran Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Majlis Santapan Diraja, semalam.

Menurutnya, Hasan perlu hadir dalam majlis tersebut sekiranya benar beliau mempunyai prinsip memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR).

Beliau menegaskan, Islam tidak mengajar sikap mementingkan satu kaum sahaja seperti yang mahu dibawa oleh Hasan menerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO), Jati.


"Hari ini (semalam) saya ingat mahu tujukan hujah ini kepadanya tetapi Gombak Setia tidak hadir, semalam majlis santapan diraja pun beliau tidak datang.

"Saya juga tidak setuju dengan konsep IMR yang dibawa oleh beliau, kerana Islam diturunkan untuk semua," katanya pada sesi perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), hari ini.Majlis Santapan Diraja diadakan di Hotel Concorde di sini, disertai oleh kesemua Adun Negeri Selangor.

Difahamkan, Hasan tidak hadir dalam majlis berkenaan kerana berpuasa dan beliau juga pulang awal dalam upacara pembukaan Sidang Dun Kali Kelima, pada sebelah pagi.

Beliau juga tidak hadir dalam sesi perbahasan yang bermula hari ini.

Setelah tiga bulan dipecat sebagai ahli Pas, Hasan tampil kali pertama pada Sidang Dun iaitu sebagai wakil bebas dan yakin tidak akan menghadapi masalah dengan situasi baru itu.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berkata, beliau akan meneruskan agenda IMR dalam perbahasan Sidang Dun, walaupun atas kapasiti Adun Bebas.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah berhadapan dengan Adun Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dalam sesi perbahasan kali ini.

-sinarharian-



Pengikut PM di Twitter 500,000, Facebook sejuta

Posted: 20 Mar 2012 04:27 PM PDT

Jumlah pengikut Datuk Seri Najib Razak di laman sosial Twitter dan Facebook masing-masing mencecah hampir 500 ribu dan sejuta malam tadi.

Perdana Menteri dalam Tweetnya pada pukul 10.30 malam tadi melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan itu selain mengucapkan terima kasih kepada para pengikut beliau.

"Terharu lihat pengikut Twitter hampir 500 ribu. Facebook pula sudah dekat satu juta. Terima kasih kepada semua pengikut saya," katanya.


Beliau turut meminta pandangan rakyat untuk meraikan pengikutnya yang ke 500 ribu dan sejuta.

"Mungkin anda semua ada cadangan sempena mencecah pengikut saya yang ke 500 ribu dan sejuta?," katanya.

Semasa berita ini ditulis pada jam 11.35 malam tadi, pengikut Najib di Twitter adalah seramai 498,527 orang manakala rakan Facebook beliau seramai 977,282 orang.

Pengikut di Twitter meningkat ke 498,627 kira-kira 10 minit selepas itu.

- Bernama


TERKINI - Umno Tahan Petugas Nurul Izzah Di Balai Polis!

Posted: 20 Mar 2012 06:02 AM PDT

Umno sekali lagi bertindak ganas apabila bertindak menahan tiga petugas Nurul Izzah dan mengheret mereka ke balai polis sewaktu mereka membuat bancian bagi Ahli Parlimen itu.

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, tindakan itu jelas bertujuan menghalang tugas Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai untuk membantu rakyat di kawasannya.

"Petugas ini ditahan sekumpulan ahli Umno ketika mereka membuat bancian di kawasan PPR Kg Limau Pantai Dalam.


"Bukan setakat ditahan, malah petugas ini juga dibawa kumpulan Umno itu ke balai polis dan ini jelas bertujuan menghalang tugas Izzah selaku Ahli Parlimen di kawasan ini," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Menurut Fahmi, petugas-petugas dari pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memang membawa bersama surat mengesahkan mereka dari pejabat Nurul Izzah sewaktu membuat bancian itu.

"Dua petugas ini sekadar membuat bancian bagi membantu pejabat Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai dan kedua-dua mereka juga sudah mendapat kebenaran dari Izzah sendiri dan tugas bancian mereka bermula sejak Sabtu lalu hingga semalam," katanya.

Mengenai dakwaan Umno semalam kononnya tiga mahasiswa diperalat dan menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau menegaskan mahasiswa adalah golongan intelek dan tidak semudah itu mereka diperalat.

"Kenyataan itu jelas berniat jahat untuk memburuk-burukan Izzah selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai yang konsisten memperjuangkan hak rakyat di sini," tegasnya.

Selepas Izzah menawan Parlimen Lembah Pantai, Umno menggunakan pelbagai taktik untuk mengganggu tugas-tugas beliau sebagai Ahli Parlimen kawasan itu.

Selain gangguan Umno, Izzah juga disabotaj Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mana Izzah berjaya mengesan berlakunya peningkatan mendadak undi pos di Lembah Pantai sebanyak 1,363 peratus.

Turut didedahkan sebelum ini adalah seorang pengundi bernama 'Balai Polis Kerinchi' yang 'lahir' pada tahun 1983 menggunakan kad pengenalan polis RF161872.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/03/terkini-umno-apco-tahan-petugas-nurul.html


MB Khalid Jemput SPR Hadiri Mesyuarat Exco

Posted: 20 Mar 2012 05:26 AM PDT

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menjemput Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof menghadiri mesyuarat exco bagi meminta penjelasan mengenai bagaimana kawasan seseorang pengundi diubah.

Beliau berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan pengundi mengetahui dan bersetuju dengan perubahan yang dilakukan oleh SPR itu.

"Saya telah meminta setiausaha kerajaan negeri untuk menjemput pengarah SPR untuk menjelaskan apa yang berlaku, kenapa ia berlaku dan bagaimana mereka mengubahnya.


"Adakah mereka telah dimaklumkan dan bagaimana untuk tentukan jika mereka bersetuju atau tidak dengan perkara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan, kawasan mengundi Khalid telah ditukar tanpa pengetahuannya seperti yang terbukti menerusi carian di laman web SPR.

Semakan di laman web itu mendapati Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi universiti.

Selain itu, Khalid menegaskan beliau masih lagi boleh bertanding di Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya, hal ini kerana, kad pengenalannya masih beralamat Kampung Pasir Tuntong, Kuala Selangor.

"Alamat saya masih lagi di Pasir Tuntong di mana tempat saya dilahirkan. Kedudukan saya di Ijok bukan satu isu kerana semasa saya bertanding di Ijok pun, saya menggunakan alamat yang sama.


Hasan Jati - Kalau Takut Berdebat Jangan Mencabar

Posted: 20 Mar 2012 04:55 AM PDT


Saya dalam perjalanan balik dari Kelantan. Seorang kawan memandu, sedang saya bermain FB menggunakan galaxy Tab di sebelahnya. Melihat kandungan FB, ada seorang memaklumkan melalui Inbox bahawa Hasan Basri yang merupakan ketua penerangan JATI telah mencabar ustaz-ustaz PAS berdebat tentang isu Tahaluf Siyasi.

Mengenangkan saya mempunyai pendidikan agama dan berkeahlian PAS, Saya menyambut cabaran itu dan menyatakan kesedia tersebut dalam FB saya. Malahan, ada pula pihak bersedia menjadi penganjur.


Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan bahawa Hasan Basri Jati itu dah nyatakan kesedian untuk sepentas dengan saya, sama ada secara terbuka atau tertutup. Saya telah nyatakan perkara ini dalam FB saya.

Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan pula bahawa Hasan Basri tidak bersedia pula dengan debat tersebut. Antara alasan yang saya diberitahu adalah menyatakan bahawa saya tidak beretika. Yang saya pelik tu, apakah tindakannya mencabar ustaz-ustaz PAS berdebat di khalayak ramai untuk berdebat tu adalah satu perkara yang etika? Apakah menarik diri dari debat setelah beliau sendiri mencabar terlebih dahulu itu sebagai beretika?

Saya berpesan kepada Ustaz hasan basri dari Jati yang merupakan bekas Yang Dipertua PAS di kawasan Saya, bahawa jika beliau tidak bersedia berdebat, beliau tidak perlu meroyan dipentas murahan JATI mencabar dalam perkara yang beliau sendiri tak memahaminya.

Wallahu 'Alam

Sekian..

http://g-82.blogspot.com/2012/03/hasan-basri-jati-tak-sedia-debat-tak.html


Tiada ulasan: