Blog-list Malaysia |
- Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno
- Pemuda Umno Mengaku Bakar Bendera BN
- Permainan Kotor Dan Busuk Media Umno
- PAS Kedah Masih Bergolak??
- Lebuhraya MEX - Dana rakyat RM977j mesti dikembalikan
- Fenomena Batu Berdiri Di Kuala Perlis
- Keluarga Sharizat punya empat Syarikat di Singapura dengan modal RM8.85 Juta
- ‘Perangkap’ untuk Shahrizat?
- SUARAPAKATANRAKYAT.COM - BUKTI KEJAYAAN UNIT SARAF SIBER UMNO
- Debat Anwar-RPK, Kenapa Ianya Tidak Perlu
Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno Posted: 18 Mar 2012 11:29 PM PDT Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu. "Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini," katanya dalam satu kenyataan media ringkas. Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian. Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun. Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya. Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan. Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno. Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah. Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu. 17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya. |
Pemuda Umno Mengaku Bakar Bendera BN Posted: 18 Mar 2012 09:32 PM PDT Berikut adalah berita yang disiarkan oleh agensi berita pro UMNO iaitu Bernama. Nak kata Bernama penipu dalam isu UMNO/BN tak patut sangat tetapi itulah hakikatnya apabila ia melaporkan bahawa pembakar bendera itu dipercayai perbuatan penyokong parti pembangkang. Sapa lagi pembangkang di Kedah kalau bukan BN. 18 Mac 2012 SUNGAI PETANI - Pemuda Umno Bahagian Merbok hari ini membuat laporan polis berhubung 14 bendera Barisan Nasional (BN) dan enam bendera Umno di jalan masuk ke Taman Malinja, Merbok di sini dibakar dipercayai perbuatan penyokong parti pembangkang.Kejadian itu dipercayai berlaku malam tadi. Penyelaras Parlimen yang juga ketua Umno bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok Anuar Ahmad membuat laporan itu di Balai Polis Merbok. Beliau yakin perbuatan itu mungkin dilakukan penyokong parti pembangkang yang menghadiri ceramah politik di taman perumahan itu. Katanya beliau kesal dengan kejadian membakar bendera itu yang disifatkan bukan cara atau etika masyarakat Malaysia yang mengamalkan demokrasi. Menurutnya kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku dalam Parlimen Merbok kerana banyak poster BN yang dipasang dikoyak pihak tertentu atau ditampal dengan poster pembangkang sebelum ini. - Bernama (Hanya seorang ahli MCA Mabuk opss silap.. MCA Merbok, yang sedih tengok bendera UMNO dibakar) (Sedangkan ahli UMNO Merbok sendiri begitu gumbira bendera mereka dibakaq... maklumlah depa pun meluat dah kat UMNO) - Kedah La |
Permainan Kotor Dan Busuk Media Umno Posted: 18 Mar 2012 07:00 PM PDT Adalah amat mendukacitakan bahawa media kawalan BN telah memanipulasi dan memutar belit kenyataan-kenyataan media mereka sendiri untuk memberi gambaran palsu bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah melakukan serangan peribadi terhadap Presiden CAP SM Mohamed Idris. Ketua Menteri telah dituduh melakukan serangan peribadi terhadap Mohamed Idris dengan memanggilnya "orang tua". Kenyataan ini adalah kurang tepat dan mengelirukan, kerana mengikut laporan The Star pada 8 Mac 2012, Ketua Menteri telah dipetik berkata, "SM Mohamed Idris adalah seorang yang tua dan dihormati". Dalam konteks yang penuh dan betul, adalah jelas bahawa Ketua Menteri telah memberi penghormatan kepada seorang warga tua Malangnya, pemimpin-pemimpin BN sudah mula menyerang Ketua Menteri atas sebab beliau telah memanggil Mohamed Idris "orang tua", tanpa mengambil kira kenyataan lanjutannya bahawa beliau adalah seorang yang "dihormati". Yang lebih mengejutkan pula, The Star enggan melaporkan dengan penuh kenyataan Ketua Menteri yang terbaru dalam suratkhabarnya pada 14 Mac 2012 hari ini. Bagi BN untuk membuat kenyataan separuh benar atau fitnah adalah sudah dijangka. Tetapi, tindakan The Star yang sengaja tidak menyiarkan kenyataan penuh Ketua Menteri bahawa SM Mohamed Idris adalah seorang yang "dihormati" dan kemudiannya menyindir bahawa Ketua Menteri telah menggunakan ayat yang tidak pernah beliau gunakan, seperti "orang yang hilang ingatan", bukan sahaja bercanggah dengan laporan-laporan sebelumnya tetapi adalah tidak beretika langsung. Adalah sangat dikesali bahawa The Star telah memilih hanya untuk melaporkan secara ringkas kenyataan akhbar Ketua Menteri semalam berkenaan dengan proses rundingan umum yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam cadangan 4 projek infrastruktur untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di bahagian pulau. Projek-projek berkenaan adalah pembinaan terowong bawah laut 6.5km dari Gurney Drive ke Bagan Ajam (berdekatan dengan Butterworth), jalan 15km yang akan menghubungkan Tanjung Bungah dengan Teluk Bahang, jalan pintas 5km dari Gurney Drive ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong eu serta jalan pintas 5km dari Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Ketua Menteri telah menjelaskan secara terperinci bagaimana 4 projek infrastruktur ini akan memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi Pulau Pinang, serta bagaimana beliau telah meminta pandangan umum dan berunding dengan NGO-NGO seperti CAP, yang telah diwakili oleh Rudhrapathy Vijayala (Ravi). CAP bukanlah satu-satunya organisasi yang membantah 4 projek infrastruktur tersebut. Malah, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pun telah menentang pembinaan terowong bawah laut dari Gurney Drive ke Bagan Ajam pada 17 November 2011. Namun begitu, maklum balas daripada orang ramai di Pulau Pinang, khususnya mereka di Gurney Drive dan SPU, telah menunjukkan bahawa majoriti menyokong dan menghendaki supaya projek-projek infrastruktur ini diteruskan. Walaupun NGO-NGO seperti CAP mempunyai hak untuk berbeza pendapat dengan proses rundingan umum yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri, Ketua Menteri percaya bahawa perbezaan pendapat ini harus disuarakan secara sopan. Oleh itu, Ketua Menteri telah memberi jaminan bahawa beliau masih akan menjemput NGO-NGO seperti CAP untuk pusingan kedua rundingan umum apabila reka bentuk, pemilihan laluan dan kajian kesan alam sekitar untuk projek terowong bawah laut dijalankan pada tahun ini. Dalam proses pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang, Kerajaan BN tidak pernah melakukan rundingan umum seperti ini. Pun begitu, Kerajaan PR Pulau Pinang telah dikutuk dengan teruk kerana menjalankan proses yang lebih telus dan bertanggungjawab berbanding dengan Kerajaan Negeri BN sebelum ini.-HD |
Posted: 18 Mar 2012 06:22 PM PDT Sanusi diam tapi Phahrolrazi kata konspirasi 'pihak ketiga' wujud Di sebalik usul Pemuda PAS Kedah mahu merombak semua ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri menimbulkan pelbagai tanda tanya. Usul tergempar itu dikatakan untuk menyingkir Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah I Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh (Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah II) dari jawatan masing-masing. Walaupun Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Seri Azizan Razak telahpun menolak usul tersebut sekarang, tindakan itu lebih dilihat sebagai tindakan "psikologi balikan" untuk memulihkan imej peribadinya sahaja. Ini kerana, pentadbiran Azizan yang dikatakan "mesra Umno" serta bersifat kurang demokratik sebelum ini oleh khalayak telah mendesak campurtangan PAS Pusat hatta ditubuhkan Jawatankuasa Pemandu di negeri berkenaan. Usul kontroversi itu bagaimanapun masih belum mendapat reaksi Ketua Pemuda PAS Kedah Ahmad Yahaya serta timbalannya Mohammad Sanusi Md Noor. Sanusi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah mungkin tahu siapakah dalang sebenar yang cuba ingkar dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat mahu dua Exco (Phahrolrazi dan Dr Ismail) kekal dalam kepemimpinan kerajaan negeri dan PAS negeri. Beliau juga mungkin tahu siapakah dalang di sebalik kenyataan "psikologi balikan" yang begitu menyerlah pada tindakan Azizan semalam. Hakikat mengenai perenan Pemuda PAS Kedah sebagai pihak ketiga di sebalik konspirasi ini turut mendapat reaksi spontan serta seakan diakui Phahrolrazi sendiri. "Saya fikir Dewan Pemuda PAS tidak memahami apa yang berlaku dalam isu ini dan saya juga berasakan tidak semua pemimpin kawasan benar-benar faham. "Usul ini dibawa hasil perancangan pihak ketiga yang mahu ia berlaku," ujarnya. Pun begitu, Phahrolrazi tetap menyuarakan pendapat yang positif mengenai Azizan demi memulihara imej Islam, parti dan kerajaan negeri. -END http://faqar.blogspot.com/2012/03/sanusi-diam-tapi-phahrolrazi-kata.html |
Lebuhraya MEX - Dana rakyat RM977j mesti dikembalikan Posted: 18 Mar 2012 05:30 PM PDT Wang rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings Sdn Bhd untuk membina Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer yang dikenali sebagai Maju Expressway (MEX) mesti dikembalikan, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, berikutan penjualan konsesi itu kepada EP Manufacturing Berhad (EPMB) dengan nilai RM1.7 bilion. Rafizi berkata dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta telah diberikan kepada Maju Holdings semasa pembinaan MEX, sebelum projek itu siap dibina pada tahun 2007. Keseluruhan projek itu bernilai kira-kira RM1.32 bilion. Akhbar The Edge, Jumaat lalu melaporkan bahawa EPMB akan membiayai pengambilalihan itu dengan menerbitkan sukuk RM1.2 bilion manakala bakinya pula akan diperoleh daripada pinjaman bank. "Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5 peratus dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan," kata Rafizi, dalam satu kenyataan. Justeru, katanya, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. "Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja," kata Rafizi. Sehubungan itu, menurut Rafizi, PKR mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat. "Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat Umno? "Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada Umno sebagai dana pilihan raya?" soal pengarah strategi PKR itu lagi. Katanya, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni Umno/BN Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Lebih-lebih lagi, tambah Rafizi, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu. Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang didakwa membelakangkan kepentingan rakyat. Kes pertama adalah semasa pembelian aset dan perniagaan Tan Sri Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya perdana menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga. "Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan," akhiri kenyataan Rafizi itu. |
Fenomena Batu Berdiri Di Kuala Perlis Posted: 18 Mar 2012 09:39 AM PDT Kejadian pelik ini berlaku di sepanjang persisir pantai menuju ke Kuala Perlis.. Kejadian 50 biji batu berdiri ini sesuatu fenomena yang pelik berlaku.. Hampir semua orang yang tinggal di kawasan itu tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena alam yang dikatakan sangat pelik itu...sebagai bukti kejadian pelik ini berlaku ketua polis Negeri Perlis telah meninjau dan memerhati keadaan dan ianya mengesahkan kejadian ini. |
Keluarga Sharizat punya empat Syarikat di Singapura dengan modal RM8.85 Juta Posted: 18 Mar 2012 06:38 AM PDT Scandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkankeluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari UMNO iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil nampaknya kini turut mendapat perhatian pihak Media dari Singapura. Akhbar harian Singapura iaitu 'The Straits Times' beberapa hari lalu telah menyenaraikan empat Syarikat yang dimiliki oleh Keluarga Menteri dari UMNO itu di Singapura, ianya melibatkan Restaurant, Makanan dan Bahanapi, Firma Pelaburan dan juga Pasaraya. Salah satu dari empat Syarikat yang disenaraikan itu ialah firma pelaburan Icube Investments Pte Ltd yang mempunyai modal berbayar sebanyak S$1 Juta atau bersamaan dengan RM2.4 Juta. Menurut 'The Straits Times' berdasarkan profile syarikat yang diperolehi mereka dari 'Singaporean Accounting and Corporate Regulatory Authority (ACRA)' , Pengarah Urusan dan pemegang saham adalah suami Sharizat iaitu Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran. Sebelum ini pihak PKR melalui Pengarah Strategiknya Rafizi Ramli telah mendedahkan tiga syarikat yang dimiliki oleh keluarga Sharizat di Singapura iaitu Global Biofuture Pte Ltd, Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Farmhouse Supermarkets Pte Ltd. Disamping Salleh dan Izran, Anak perempuan Sharizat Wan Izzana Fatimah Zabedah dan seorang lagi anak lelakinya, Wan Shahinur Izmir juga adalah Pengarah didalam Syarikat-syarikat ini.. Modal berbayar bagi keseluruhan syarikat-syarikat di Singapura ini mencecah S$3.65 Juta, atau RM8.85 Juta. Menurut harian dari Singapura itu lagi kesemua Syarikat ini mempunyai alamat yang sama iaitu di Clifford Centre, Raffles Place. Bagaimanapun alamat tersebut adalah alamat pejabat sebuah Firma Guaman iaitu Wong Alliance. http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/03/akhbar-singapura-dedahkan-keluarga.html |
Posted: 18 Mar 2012 05:53 AM PDT MUNGKIN orang yang paling seronok bila Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masarakat, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil mengumumkan hasratnya berundur, 8 April 2012 ini ialah Presiden Umno, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Mungkin juga atas nasihat Najib, maka Shahrizat yang buatbuat tersenyum ketika membuat pengumuman tersebut, terpaksa melepaskan jawatan yang disandangnya kerana asakan kiri dan kanan, bukan sahaja dari pembangkang, tetapi daripada orang-orang dalam parti mereka sendiri. Mungkin juga, Najib tertekan apabila bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih berkuku dalam kerajaan, turut memberi pandangan supaya Shahrizat lebih elok jika berundur. Dari semua kemungkinan ini, Shahrizat dan selepas ini, sesiapa sahaja yang tidak dilihat menjadi "orang kesayangan PM" tidak akan dipertahankan oleh kawan-kawan sepasukan apabila mereka menghadapi masalah. Tetapi, andainya mereka itu datangnya dari kem PM, nasib mereka akan terbela, termasuklah dakwaan mengatakan ada seorang timbalan menteri menerima sumbangan yang dimasukkan terus ke dalam akaun peribadinya. Padahal, Umno buat-buat lupa, setiap sumbangan tidak boleh diterima secara peribadi dan mana-mana pihak yang mahu menderma atau menyumbang atas kepentingan parti, diarahkan menyerahkan sumbangan itu kepada Ibu Peiabat Umno atau Pejabat Umno Negeri-negeri dan kemudiannya akan diagih-agihkan. Bukankah ketetapan itu pernah dibuat? Apakah mereka sudah lupa dan mengapakah seorang timbalan menteri yang mengaku menerima sumbangan tersebut masih boleh kekal sebagai timbalan menteri hingga hari ini, tanpa apa-apa desakan dari kawan-kawan supaya timbalan menteri ini berundur? Dalam kes Shahrizat, daripada PM sampailah ke budak pejabat di Ibu Pejabat Umno tidak mempertahankannya. Mungkin, mereka menerima arahan supaya Shahrizat tidak dipertahankan dan serangan bertubi-tubi terus dilakukan oleh Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Ahli MT Umno sendiri seperti Dato' Bung Mokhtar Raden dan Dr Mohd Puad Zarkashi dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Dato' Wira Syed Ali Al-Habshie. Tiada siapa hairan apabila bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar menyerang Shahrizat kerana rekod terdahulu membuktikan Rafidah memang suka bermusuhan secara berpanjangan. Memetik kata bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid, beliau sendiri nampak hubungan tidak mesra antara Rafidah dengan seorang lagi bekas Ketua Pergerakan Wanita Umno, Dato' Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman apabila Dr Siti Zaharah mengalahkan Rafidah suatu ketika dahulu. Inilah Umno. Mereka suka bergaduh sama-sama sendiri dan bila mereka kalah dalam pilihan raya, mereka cari alasan mengatakan pembangkang main kotor, ada keganasan di hari mengundi dan pemindahan pengundi yang dilakukan pihak pembangkang. Jadi, dalam isu NFC yang menyebabkan Shahrizat seperti tersengkang tulang di kerongkongnya, tidak perlu menyalahkan pembangkang yang dilihat menyerangnya habis-habisan. Serangan pembangkang sebenarnya tidak cukup berkesan jika tidak mendapat kerjasama atau pertolongan dari Umno sendiri. Itulah sebabnya, seorang timbalan menteri yang mengaku menerima sumbangan ke akaun peribadinya tidak kelihatan resah kerana tiada sesiapa di dalam Umno yang berani menyambung serangan yang sudah dimulakan oleh seorang blogger itu. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah mendakwa, dalam Umno ada pendakwaan terpilih. Yang disukai oleh pucuk pimpinan akan dilindungi dan yang mana tidak disukai, kenalah menanggungnya sendiri. Elok juga kalau Shahrizat melepaskan sekali jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno, seperti yang pernah dilakukan oleh bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dahulu. Jika selesai penyiasatan dan terbukti beliau tidak bersalah, ambillah balik jawatan itu dan jika ditakdirkan dia bersih, tiada siapa yang mampu menggugat kedudukannya di dalam sayap parti itu. Namun, macam ada perangkap yang sedang dipasang. Shahrizat hanya diminta berhenti jawatan kabinet dan bukan jawatan dalam parti. Padahal, Rahim dahulu pernah diminta melepaskan semua jawatan termasuk Ketua Bahagian Masjid Tanah (dahulu dikenali dengan Bahagian Alor Gajah). Umno mempunyai standard yang berbeza. Ada orang yang kena tindakan disiplin, kena gantung tiga tahun. Ada pula yang dilarang bertanding dan ada juga yang hanya diberikan amaran sahaja. Padahal, kesalahan yang mereka lakukan, sama! Bunyinya macam pelik, tetapi inilah Umno. Jika Shahrizat faham semua ini, eloklah beliau tinggalkan sahaja Umno yang sudah lama beliau sertai kerana, penghujungnya, beliau akan mendapat penghinaan dan bukan penghargaan. Peringkat awal kes NFC ini, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy dilihat bangkit mempertahankan Shahrizat. Mungkin kerana Shahrizat orang kanan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan bapa mertua kepada Khairy. Tetapi selepas itu, Khairy Jamaluddin terus senyap. Tidak diketahui apakah beliau senyap kerana ada arahan supaya menutup mulut atau, beliau memikirkan tiada apa-apa faedah mempertahankan kawankawan dalam Umno, dibimbangi beliau pula akan diserang nanti. Khabarnya ada sekumpulan orang Umno bertindak ala samseng menyerang Ketua Umno Bahagian Cheras ketika turut mengkritik Shahrizat. Satu hal yang Najib paling senang dengan keputusan Shahrizat ini ialah, tidak perlu mencarikan tempat untuk Shahrizat bertanding dalam PRU13. Kebetulan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Dato' Raja Nong Chik Zainal Abidin sudah menafikan bahawa dia terlibat dalam pendedahan isu NFC ini, disebabkan ada kaitan berebut kawasan Parlimen Lembah Pantai antara dia dengan Shahrizat. Dalam masa yang sama, mungkin Dato' Ghaffur Salleh, Bung Mokhtar, Syed Ali dan Dr Mohd Puad cukup seronok, walaupun tidaklah sampai melompat-lompat di atas keputusan yang Shahrizat ambil ini. Mereka mungkin berhenti bercakap isu Shahrizat selepas ini dan yang paling kesal ialah Perkasa, kerana Perkasa baru-baru ini mahu mengambil peranan mahkamah meminta Audit Negara mendedahkan surat NFC kepadanya. Pembelaan Perkasa itu dilihat seperti ada udang di sebalik batu kerana Perkasa muncul selepas segala-galanya terdedah sudah. Apa lagi yang hendak dibela oleh Perkasa? Mungkin kerana ada sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka mencelah di tengah-tengah keributan itu. Sama-samalah kita tunggu hasil siasatan SPRM dan polis dalam kes ini dan siapa yang patut didakwa, perlu diseret. Dalam masa yang sama, saman menyaman antara mereka yang mendedahkan isu ini kepada umum juga sesuatu yang menarik untuk dinantikan. -Detikdaily- |
SUARAPAKATANRAKYAT.COM - BUKTI KEJAYAAN UNIT SARAF SIBER UMNO Posted: 18 Mar 2012 05:05 AM PDT Pelaburan yang dilakukan oleh UMNO melalui Unit Media Baru yang dipimpin oleh Tun Faisal Ismail Aziz didapati meningkat dengan berganda sejak 2 tahun lalu. Pada awalnya penubuhan UMB ini disokong oleh otai-otai blogger UMNO tetapi disebabkan UMB ini dilihat sebagai kerja fisabilillah atau kurang 'masyuk' berbanding berkhidmat kepada tuan tertentu, ramai otai blogger yang telah meninggalkan UMB. Blogger otai UMNO pula terdiri daripada blogger berkhidmat dengan ikhlas da nada yang berkhidmat kerana kertas berkepala Agong (ringgit Malaysia). Yang pasti majoriti blogger elitis ini menolak Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO yang masih lagi kekal di persada politik UMNO walaupun blogger elitis ini telah mendakwa merekalah yang berjaya menyingkirkan Pak Lah dengan mengkritik keras pentadbiran Pak Lah, mengkritik tindak tanduk 'budak tingkat empat' dan berkempen untuk menjatuhkan KJ semasa pemilihan Agung UMNO sebelum ini tetapi gagal. Blogger elitis ini lebih mudah berkerja dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau secara terus dengan tokoh-tokoh politik tertentu. Sumber-sumber kewangan blogger UMNO mengikut keutamaan: 1) Individu - Antara tokoh UMNO paling terkenal kerana kemurahan hati adalah Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai akses terhadap kewangan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan peruntukan Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Datuk Shafie Afdal, Dato Seri Nazri Aziz dan Datuk Saifuddin Abdullah. Selain tokoh UMNO, tokoh-tokoh korporat juga menggunakan perkhidmatan blogger bagi perkhidmatan 'pengurusan persepsi' dan menjatuhkan pihak lawan. 2) Jabatan Perdana Menteri - Melalui peruntukan khas yang diuruskan oleh Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO serta peranan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri dan lain-lain pegawai. Peruntukan ini semakin bertambah setiap masa dan membimbangkan Dato Seri Ahmad Farid Ridzuan yang mengetahui bahawa blogger-blogger meminta peruntukan ini makan kiri kanan atas bawah dan dari segi audit, sukar untuk mengira keberkesanan dan 'value for money' setiap artikel dan post dikeluarkan 3) GLC / Yayasan / NGO - Terdapat juga GLC di atas nasihat konsultan dan pengamal media melaburkan sejumlah wang yang amat besar untuk mengupah blogger. Tender ini kebiasaannya dilakukan secara tertutup. Sebagai contoh, pada bulan Januari Felda Global Ventures telah menjemput blogger-blogger untuk memberikan sebutharga dan profil masing-masing bagi tujuan memerangi persepsi bahawa penyenaraian Felda akan merugikan peneroka. Blogger Big Dog dan rakan-rakan di dalam gabungan The Mole dan MyKMU telah berjaya dipilih di dalam tender bernilai ratusan ribu ringgit tersebut. Pembayaran pula diuruskan melalui Yayasan Felda dan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures 4) Unit Media Baru UMNO - Kelemahan Tun Faisal sebagai Pengerusi UMB mendapatkan peruntukan daripada parti disebabkan nama Tun Faisal sendiri telah diburukkan di kalangan Blogger Elitis yang menganggap Tun Faisal sebagai exco pilihan KJ. Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger 'nyamuk' dan 'tiada kelas' dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya. Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, UMB akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam PR kerana cuba mengelak daripada menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais (Tukar Tiub) bagi membincangkan peranan dan etika blogger. Sepertimana tuan-tuannya di dalam UMNO, majority blogger UMNO gemar memainkan isu peribadi seperti seks, perkauman dan agama. Sebelum itu, kita kenali dahulu sedikit sebanyak blogger Elitis UMNO dan kecenderungan mereka: Blogger Elitis Penyerang Individu: 1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya 4 individu penaja dengan setiap individu memberikan tidak kurang RM2,000 sebulan. 2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses sulit kepada laporan JASA, SB dan perisikan tentera yang dipermudahkan oleh individu berprofil tinggi yang menaja 3. Berkecenderungan memilih subjek Anwar Ibrahim dan serangan peribadi menggunakan isu perkauman dan Islam. 4. Jarang mengambil assignment melibatkan korporat kecuali melalui rujukan rakan dan wang tersebut telah tersedia 5. Antara blogger ini adalah Papagomo, Parpukari dan Gelombang Wangsa Maju. Blogger Elitis Penyerang Berkumpulan: 1. Berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan secara individu dengan sekurang-kurangnya 2 individu penaja menyumbang RM3,000 sebulan dan mengambil sekurang-kurangnya 2 assignment korporat/politik berkumpulan sebanyak RM250,000 setiap satu 2. Berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses kepada korporat dan pemain media utama seperti Utusan, New Strait Times, TV3 dan Malay Mail 3. Lebih gemar mengambil tugasan berkaitan korporat dan politik yang menguntungkan individu atau kumpulan tertentu dalam UMNO. Kumpulan ini juga demi keuntungan sanggup menghadap musuh untuk mengadakan kerjasama atau menjual software. Sebagai contoh, blogger big dog pernah bekerjasama dengan blogger Jeff Ooi dari DAP untuk menjual software kepada Kerajaan P. Pinang Lim Guan Eng dan blogger Rockybru/Datuk Ahiruddin Atan bekerjasama dengan Malaysiakini untuk berkongsi contents 4. Antara kumpulan ini dikenalpasti adalah pakatan blogger BlogHouse Malaysia, pakatan The Mole, pakatan MyKMU, pakatan IsuPolitikSemasa dan pakatan Gelombang Wangsa Maju. Di antara pakatan ini, yang paling kaya adalah pakatan BlogHouse Malaysia dan The Mole yang berjaya mendapatkan jutaan ringgit assignment setiap bulan. Adakalanya Blogger Elitis Individu berasa bengang dengan kumpulan ini yang sanggup menyerang mana-mana individu UMNO atau tokoh korporat kerana upah yang lumayan. Selain itu, teknik mereka adalah untuk menyerang terlebih dahulu individu atau korporat tertentu dan kemudian datang kepada individu meminta wang jika tidak mahu dibongkarkan atau mahu memperbetulkan persepsi orang ramai. Kumpulan ini juga menganggap diri mereka terlalu otai, suka berada dikalangan individu berpengaruh sahaja, tidak turun padang dan tidak gemar bergaul dengan blogger 'nyamuk'. Begitulah sedikit sebanyak cerita tentang warna-warni blogger UMNO elitis yang siang malam bertungkus lumus menyembah Ringgit Malaysia. Sedikit peringatan kepada blog-blog PR, suarapakatanrakyat.com adalah ciptaan blogger UMNO Elitis yang diselenggarakan oleh anak-anak buahnya. Taktiknya mudah, menyiarkan berita ala portal news berkaitan Pakatan Rakyat dan akhirnya akan memberikan pandangan yang melaga-lagakan individu dalam PR khasnya PKR dan Anwar Ibrahim. Melihat gambar Anwar Ibrahim yang diberikan tulisan "Manusia Paling Suci" oleh blog ini sudah menggambarkan betapa antinya pemilik blog ini kepada Anwar Ibrahim. Selama ini blog SuaraPakatanRakyat.com cuma digunakan oleh blogger UMNO Elitis untuk menunjukkan blog PR juga membelasah PKR tetapi penulis terkejut apabila portal Tranungkite menyiarkan berita dipetik daripada SuaraPakatanRakyat.com berkenaan Rafizi Ramli kurang ajar dengan Anwar Ibrahim. Setahu penulis, portal Tranungkite dipunyai oleh Pas Kawasan Dungun dan turut mempunya ribuan link dengan blogger PR lain. Semoga blog-blog PR lebih berhati-hati dengan blog seperti ini dan mengambil iktibar daripada kejadian ini. p/s: Tahniah kepada Kickdefella yang telah bernaung dengan pakatan The Mole. Tak adakah YB PR nak kemukakan soalan berapa jumlah peruntukan Jabatan Perdana Menteri atau Felda Global Venture kepada blogger bagi menerangkan isu Felda dan lain-lain? OLEH: EX-BLOGGER UMNO Diterima melalui email - Puterikarimun Indo |
Debat Anwar-RPK, Kenapa Ianya Tidak Perlu Posted: 18 Mar 2012 02:04 AM PDT Raja Petra Kamarudin (RPK) meneruskan siri serangannya ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beberapa dakwaan mengenai penyelewengan bernilai dalam pemberian kontrak oleh di Selangor yang dikaitkan dengan Anwar. Terkini, RPK memanggil Ketua Pembangkang tersebut sebagai pengecut pula kerana enggan berdebat dengannya dalam satu forum yang dianjurkan oleh WikiLeaks yang dijadualkan hari ini di England. Persoalan utama yang dibangkitkan RPK dalam kenyataannya kepada FreeMalaysiaToday semalam ialah:- "How is Anwar going to debate Najib when he is too chicken to face me? He should try me out first before taking on Najib" (Bagaimana Anwar hendak berdebat dengan Najib bila dia terlalu pengecut untuk berhadapan dengan saya. Dia (Anwar) sepatutnya mencuba saya dahulu sebelum Najib). Sebelum itu biar penulis jelaskan. Anwar bukan pengecut, kalau beliau pengecut, sudah lama beliau angkat kaki melarikan diri dari tindakan undang-undang melalui tingkap-tingkap peluang yang terbuka. Tapi Anwar tidak melakukannya malah beliau lebih berani berhadapan dengan sistem keadilan, walaupun sistem tersebut telah diketahui tidak akan menyebelahinya. Akhirnya terbukti kuasa tuhan mengatasi apa sistem pun yang dicipta manusia sehingga menyaksikan beliau bebas dari fitnah liwat yang menghantuinya selama 3 tahun pada 9 Januari lepas. Di sebalik itu, RPK lah sebenarnya yang pengecut kerana melarikan diri dari tindakan undang-undang yang menghambatnya. Kalau dia berani, penulis cabar RPK kembali ke Malaysia dan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang dikenakan ke atasnya. Di antara itu, kalau ada kelapangan, RPK boleh mencabar Anwar berdebat pada bila-bila masa. Bukan mencabar Anwar di luar negara dimana tiada undang-undang yang boleh melindungi Anwar dari tuduhan semboro dan tidak berasas yang bakal dibuatnya nanti? Anwar tahu, pengalaman mengajarnya bahawa RPK penuh dengan tipu muslihat. Debat ini sendiri pun adalah satu helah RPK untuk menjatuhkan imej Anwar di peringkat antarabangsa setelah dia tidak mampu melakukannya di dalam negara kerana sedang dalam pelarian dari tindakan undang-undang. Kita perlu faham, sebelum 1998, RPK bukan sesiapa pun. Ledakan politik hasil gerakan reformasi yang dimulakan Anwar setelah pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, menarik ramai orang untuk berjuang bersama-sama dengannya di dalam PKR – RPK salah seorang darinya. Kalau ada yang menyanjung RPK sebagai penulis politik hebat, itu adalah kerana ruang dan peluang yang diberikan PKR (sebut Anwar). Walaupun di dalam penjara, Anwar mengawal PKR melalui isterinya Datin Sri Wan Azizah di kerusi Presiden parti, Tanpa Anwar dan isu-isu berkaitan dengannya, RPK hampir bukan sesiapa pun. Itu meletakkan Anwar dalam kemuliannya yang tersendiri, dibandingkan dengan pesalah undang-undang yang melarikan diri dari tindakan seperti RPK. Tidak sewajarnya Anwar diletakkan setaraf, apatah lagi dalam satu majlis kerana kredebilitinya akan mula menyusut dari saat pertama debat tersebut bermula. Sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, amat penting kelebihan dari segi kredebiliti itu dipertahankan, berbanding dengan RPK yang tidak punya apa-apa lagi yang tinggal pada dirinya yang boleh dipanggil sebagai maruah diri. Maka itu, sewajaranyalah debat itu dibatalkan. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan