Khamis, 8 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Rakyat Selangor Bernasib Malang Dapat Menteri Penipu Seperti Noh Omar

Posted: 08 Mar 2012 12:35 AM PST

Muhyiddin Buat Lawak.. Kalau Lawak Kat Afrika Orang Percaya Laa..

Posted: 07 Mar 2012 11:15 PM PST

Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno adalah "berdasarkan merit", kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Projek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan dan Zabima Engineering Sdn Bhd.

Penasihat undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun adalah seorang pengarah dalam kedua-dua syarikat berkenaan.


"Ia berdasarkan penilaian yang sewajarnya berdasarkan kertas kerja yang dibuat oleh syarikat itu kepada kerajaan," kata Muhyiddin ketika ditanya wartawan.

Sebelum ini, penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa kerajaan persekutuan mengamalkan kronisme dalam penganugerahan projek itu dan dipercayai projek Lebuhraya Kinrara-Damansara itu adalah sebagai habuan atau ganjaran kerana peranannya membantu BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat.

Namun Hafarizam ketika dihubungi Malaysiakini pada 21 Februari lalu berkata bahawa kedua-dua syarikat itu menghadapi "persaingan sengit" semasa proses tender.

Katanya, pengalaman mereka menyiapkan projek landasan berkembar keretapi dari Rawang ke Ipoh sepanjang 179 kilometer diambil kira dan mereka menang atas merit.

Raja Petra berkata Hafarizam adalah ahli lembaga pengarah di kedua-dua syarikat - Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd yang mendapat konsesi lebuh raya itu.

Selain penasihat undang-undang Umno itu, Raja Petra juga mendedahkan bahawa seorang lagi pengarah Emrail adalah Nik Sazlina Mohd Zain, isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi - Malaysiakini


Baca pula apa ulasan Peguam UMNO itu..

Peguam UMNO yang dimaksudkan, Datuk Hafarizam Harun memberitahu Malaysian Insider bahawa sebarang tanggapan kononnya satu persetujuan dibuat berikutan peranan beliau dalam krisis perlembagaan negeri Perak pada 2009 telah 'dicemari dan bersifat mala fide (berniat buruk) serta bertujuan mencetuskan kebencian, skandal dan memburukkan nama mereka."

Hafarizam yang merupakan penasihat undang-undang UMNO, bagaimana pun menafikan konsesi pembinaan lebuh raya itu diberikan kepada beliau dan Tun Zaki kerana peranan mereka dalam krisis perlembagaan negeri Perak pada 2009. Dalam krisis tersebut kerajaan negeri bertukar tangan dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang dikuasai UMNO.

Usaha Malaysian Insider untuk mendapat penjelasan daripada Tun Zaki gagal kerana beliau enggan membuat sebarang komen.

Dalam satu pesanan ringkas yang dikatakan dihantar kepada Malaysian Insider, Hafarizam dilaporkan berkata,"Kontrak tersebut diberikan kepada kami setelah syarikat berkenaan terbukti mempunyai keupayaan berdasarkan rekod prestasinya."

Hari ini portal itu melaporkan pengesahan Hafarizam bahawa syarikat Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd dianugerahkan kontrak bernilai RM2.2 bil itu untuk membina Lebuh raya Kinrara-Damansara.

"Ya, saya pengarah kedua-dua syarikat Zabima dan Emrail," beliau memberitahu Malaysian Insider dalam jawapannya pagi tadi.

"Kedua-dua syarikat adalah berasingan dari segi pengkhususan, iaitu kepakaran dalam pembinaan landasan kereta api dan kontraktor Kelas A. Perkataan 'D' yang bermaksud 'deal' (urus janji) tidak tepat dan mengelabui fakta, selain dicemari niat buruk (mala fide) dan juga bertujuan mencetuskan kebencian, skandal dan memburukkan nama mereka," jawab beliau apabila diminta menjelaskan berhubung dakwaan oleh RPK pada Ahad.

Dalam artikel bertajuk "Episod 9: Ganjaran kerana memulangkan Perak kepada UMNO" yang disiarkan dalam Malaysia Today, RPK mendakwa Hafarizam dan Tun Zaki yang bersara pada 9 September tahun lalu, dianugerahkan kontrak pembinaan lebuh raya bertol, melalui syarikat Emrail.

"Secara kebetulan, apakah anda dapat mengesan sesuatu yang penting dalam hal ini? Ya, betul tu…Penasihat Undang-Undang UMNO sekarang ini, yang mewakili parti tersebut sepanjang Krisis Perlembagaan Negeri Perak, sementara Penasihat Undang-Undang UMNO sebelumnya (Ketua Hakim Negara) membuat keputusan untuk 'mengarahkan orang nombor dua beliau mengambil tempat di mahkamah sebagai menggantikan beliau.' Cuba teka siapa yang menang dalam kes tersebut? Semua dalam keluargalah, katakan…!"

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/03/muhyiddin-kata-projek-lebuhraya-rm22b.html


Negeri Dikuasai Pakatan Terima Pelaburan Paling Tinggi

Posted: 07 Mar 2012 08:18 PM PST

ALOR SETAR – Bagi tahun 2011, Kedah menduduki tempat kelima di kalangan negeri-negeri di Malaysia menerima kemasukan pelaburan di sektor perkilangan.

Jumlah pelaburan yang diterima hingga Disember 2011 adalah sebanyak RM6.14 bilion yang melibatkan 42 projek yang diluluskan.

Prestasi ini menunjukkan peningkatan yang memberansangkan, berbanding bagi tahun 2010 yang hanya mencatat nilai pelaburan sebanyak RM1.96 bilion.


Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan, YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah berkata, daripada jumlah projek tersebut, 23 adalah projek baru dan 19 adalah projek pembesaran.

Bagi projek baru, ia berjumlah RM4.7 bilion dan projek yang diperbesarkan sebanyak RM1.44 bilion.

"Kita menduduki tempat kelima di Malaysia dengan jumlah pelaburan adalah sebanyak RM6.14 bilion, 42 projek.

"23 adalah projek baru, iaitu mereka yang baru melabur dengan Kedah, 19 adalah projek pembesaran operasi yang sedia ada.

"Tempat pertama adalah Pulau Pinang dengan jumlah pelaburan RM9.106 bilion, diikuti Selangor dengan jumlah RM8.741 bilion, Sarawak dengan jumlah RM8.453 bilion dan tempat keempat adalah Johor dengan jumlah RM6.584 bilion," ujar beliau.

Tambah beliau, berikutan perkembangan pesat pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelabur, kerajaan telah bersedia dengan kelengkapan zon industri dan infrasturktur.

"Di KHTP, kita telah tambah kepada zon industri fasa empat kepada pelabur yang berminat.

"Kita dah beri maklumat kepada pengarah-pengarah MIDA di seluruh dunia bahawa kita ada lebihan tanah untuk pelabur, jadi jika mereka hendak ke sini, kita telah ada tanah, yang jadi masalah kepada pelabur, mereka dah minat, tapi dia kena tunggu dulu untuk penyediaan tanah," ujar beliau.


Imam baling selipar dipenjara setahun

Posted: 07 Mar 2012 07:38 PM PST

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas seorang penjawat awam, Hoslan Hussin atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan lelaki itu membaling selipar ke arah panel hakim.

Hakim, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin (kanan) ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.


Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruh mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.

"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung.

Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong.

Terdahulu mahkamah turut mendengar permohonan maaf daripada Hoslan, 46 berhubung tindakan membaling selipar itu.

Hoslan turut menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu.

Hoslan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal."

Kes tersebut sepatutnya di dengar di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil, katanya yang meminta prihatin mahkamah.


SBPA Yang Hanya Untungkan Puak Pengurusan Tertinggi Dibatalkan..

Posted: 07 Mar 2012 07:16 PM PST


SHAH ALAM - Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia, yang diguna pakai sebelum ini, tetapi ia akan diperbaiki.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya.

Berhubung pelarasan gaji pula, keputusan yang dibuat seperti berikut:

Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.

Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.

Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.

Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.

Hubungan telefon pada malam Altantuya dibunuh

Posted: 07 Mar 2012 05:34 PM PST

Beberapa panggilan telefon dikenalpasti dibuat antara penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan tertuduh pertama, Ketua Inspektor Azilah Hadri, pada malam warga Mongolia ltantuya Shaariibuu dibunuh.

Ini termasuk satu panggilan yang dibuat sejurus sebelum pembunuhan itu - perkara itu dinyatakan pada kertas pertuduhan yang mencatatkan masanya sebagai antara jam 10 malam pada 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi, keesokan harinya - yang menyaksikan Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.


Azilah menelefon Abdul Razak, sekutu rapat dan orang kepercayaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ketika itu, pada jam 9:41 malam, 19 Oktober 2006, dan perbualan telefon itu berlangsung selama 40 saat.

Panggilan itu dirakamkan oleh syarikat pengendali telefon dilakukan sekitar pondok tol di Jalan Duta. Pada hari berikutnya, sekitar jam 10:41 pagi, Azilah sekali lagi berhubungan dengan Abdul Razak selama 32 saat.

Azilah dan Sirul - kedua-dua mereka adalah anggota polis yang ditugaskan menjaga keselamatan Timbalan Perdana Menteri - bersama-sama disabitkan kesalahan membunuh Altantuya di kawasan hutan yang sedang dibersihkan di Shah Alam enam tahun lalu.

Walau bagaimanapun, bentuk perbualan antara Abdul Razak dan Azilah tidak diketahui.

Azilah dan Sirul membawa Altantuya dari luar rumah Abdul Razak di Damansara Heights pada malam 19 Oktober, selepas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang ketika itu berkhidmat dengan penganalisis politik itu, menyerahkannya kepada mereka.

http://malaysiakini.com/news/191434


KL Eco City: Saya tiada kena mengena, kata Shahrizat

Posted: 07 Mar 2012 07:20 AM PST

Ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil menafikan sekeras-kerasnya "fitnah" yang mengaitkan beliau dengan projek pembangunan KL Eco City, seperti yang ditimbulkan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak ada kena mengena dengan pembangunan KL Eco City di Lembah Pantai," katanya dalam satu kenyataan, lewat malam ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab kenyataan Nurul Izzah hari ini yang menimbulkan persoalan berhubung pembangunan projek hartanah bernilai RM6 bilion itu.


"Sila rujuk segala soalan berkaitan pembangunan mahupun pembelian hartanah diarahkan kepada pihak pengurusan KL Eco City.
"Kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau ataupun mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan mengaitkan saya dengan KL Eco City ini," katanya lagi.

Nurul Izzah menimbulkan persoalan itu ekoran dakwaan bahawa syarikat milik keluarga menteri pembangunan wanita tersebut, National Feedlot Corporation (NFC) telah membeli lapan unit komersial di kawasan tersebut.

Nurul Izzah turut mempersoalkan sama ada Shahrizat terlibat dalam konflik kepentingan memandangkan menteri berkenaan mungkin telah mengetahui rancangan pembangunan kawasan tersebut.

Projek tersebut yang diumumkan pada tahun 2000, telah tertangguh selama kira-kira 10 tahun kerana tentangan dari peneroka bandar yang tinggal di kawasan terbabit.


KL Eco City.. Shahrizat & Keluarga Ada Kepentingan Juga Ke?

Posted: 07 Mar 2012 05:52 AM PST

KL Eco City: Nurul Izzah tuntut penjelasan Shahrizat

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menuntut supaya bekas wakil rakyat kawasan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menjelaskan penglibatan dalam pembangunan projek hartanah KL Eco City yang bernilai RM6 bilion.

Nurul menimbulkan persoalan itu ekoran dakwaan bahawa syarikat milik keluarga menteri pembangunan wanita tersebut, National Feedlot Corporation (NFC) telah membeli lapan unit komersial di kawasan tersebut.


"Ia juga menimbulkan pertanyaan sama ada ini ada kena mengena dengan kepentingan keluarga beliau yang berhasrat membeli hartanah di KL Eco City," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Shahrizat mempunyai kaitan dengan usaha memindahkan penduduk Kampung Abdullah Hukum daripada tapak projek berprestij itu.

"Dalam kes pembangunan KL Eco City, ia melibatkan pemindahan penduduk berpendapatan rendah yang tidak diberikan pampasan berpatutan," katanya.

Projek tersebut yang diumumkan pada tahun 2000, telah tertangguh selama kira-kira 10 tahun kerana tentangan dari peneroka bandar yang tinggal di kawasan terbabit.

Kaitan dengan pemimpin Umno

Kawasan terbabit pada mulanya dimajukan oleh Pelita Dunia - satu usahasama antara SP Setia dan anak syarikat Yayasan Gerakbakti Kebangsaan YGP Holding.


Lembaga pengarah YGP Holding itu antaranya dianggotai ketua
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (kanan) serta pemimpin lainnya – Datuk Abdul Rahman Dahlan dan juga Datuk Megat Firdouz Megat Junid.

SP Setia memberi kepada YGP Holdings saham bernilai RM75 juta dalam syarikatnya untuk memperolehi 40 peratus pegangan dalam KL Eco City yang dimiliki YGP Holdings.

"Saya akan tunggu jawapan daripada ketua wanita dan ketua pemuda Umno mengenai penglibatan mereka di dalam projek ini," katanya.

Turut bercakap dalam sidang media itu ialah pengarah pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli yang menimbulkan dakwaan mengenai tindakan NFC menggunakan pinjaman mudah oleh kerajaan sebagai cagaran untuk membeli lapan hartanah komersial KL Eco City.

Sementara itu, ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin ketika bercakap dalam sidang media sama berkata, beliau dan Rafizi akan mengemukakan pembelaan terhadap tuntutan saman berjumlah RM100 juta yang dikemukakan oleh Shahrizat.

Pembelaan itu akan dikemukakannya di mahkamah pada Jumaat.

http://malaysiakini.com/news/191425


Fitnah Mashitah Terhadap Pimpinan PR Telah Dipadam

Posted: 07 Mar 2012 05:11 AM PST



Tulisan Dr Mashitah Ibrahim yang bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan bertarikh 2 Mac 2012 di akhbar Sinar Harian telah dipadam. Tulisan yang mengutuk serta memfitnah peminpin PR termasuk Datuk Haji Hadi tidak lagi kelihatan di akhbar tersebut. Mungkin dia telah insaf.

Semalam kali terakhir ia dilihat masih terdapat di ruang kolumnis, tetapi hari ini dibuang. Kini hanya tinggal tulisan sebelumnya Dana Yahudi untuk pilihan raya? bertarikh 24 Februari 2012.

Hilangnya tulisan tersebut, ia memberi menggambar bahawa;

  • Sememang Dr Mashitah mengakui tulisan bersumberkan 'tepi longkang' itu sememang fitnah dan tak terpakai. Dia mengakui ketelanjurannya.
  • Mungkin juga ia diarahkan oleh pihak UMNO sendiri kerana tulisan dengan fitnah keterlaluan boleh memudharatkan UMNO sendiri, lantas ia terpaksa dibuang.
  • Atau sememangnya pihak Sinar harian sendiri merasakan buruknya tulisan tersebut dan ia terpaksa dipadam.

Jadinya kalau Mashitah begitu sayangkan UMNO, ingin menulis untuk menangkan UMNO jangan menjadi seperti blogger pencacai, sesedap rasa ingin menulis. Ini kerana dia seorang Ustazah bertaraf Menteri, yang tulisannya dipakai puak-puak pokai ilmu!!

http://www.ekeleh.com/dr-mashitah-insaf-tulisannya-di-sinar-harian-telah-dipadam


Skandal Lembu - Kambing Hitam Serah Bukti

Posted: 07 Mar 2012 04:23 AM PST

Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini menyerahkan transkrip komunikasi SMS dan telefon miliknya yang mengandungi beberapa mesej kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan bahawa seorang tokoh penting dalam National Feedlot Corporation (NFC) cuba merasuah polis.

Shamsubahrin, yang sebelum ini, didakwa menipu pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 12:15 tengahari dengan diiringi oleh empat peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

"Ia adalah mengenai apa yang diperkatakan oleh Shamsubahrin sebelum ini dalam laporan awalnya bahawa beliau mempunyai bukti dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung cubaan merasuah polis oleh tokoh utama dalam NFC," kata peguam, N Surendran.


"Pada masa itu, hanya yang ada kata-kata Shamsubahrin. Sekarang beliau telah tampil dengan bukti kukuh, konkrit ... dan ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Jadi tidak ada sebarang alasan lagi mengapa pihak berkuasa tidak boleh bertindak dan mengambil langkah sewajarnya dengan segera," katanya.

Surendran juga berkata SPRM sebelum ini menyimpan telefon berkenaan tetapi kemudian memulangkannya tanpa sebarang tindakan sehingga isu itu didedahkan.

Shamsubahrin, yang juga merupakan penasihat dan perunding korporat NFC, menambah bahawa bukti-bukti berkenaan akan menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah.

Dalam laporan awalnya, beliau menuduh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri shahrizat abdul Jalil mendesak beliau merasuah polis dalam usaha untuk menutup skandal syarikat projek ternakan lembu itu.

Walau bagaimanapun, Mohamad Salleh menafikan dakwaan berkenaan.


Tiada ulasan: