Rabu, 7 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


NFC Beli Kondo Lagi Di Kazakhstan

Posted: 07 Mar 2012 12:33 AM PST



Bahagian Jenayah Komersial PDRM dikatakan sedang menyiasat pembelian sebuah pangsapuri di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation's (NFCorp) yang bernilai RM1.7 juta.


Adalah difahamkan bahawa hartanah, yang terletak di bandar selatan Almaty, telah dibeli pada September tahun lepas, hanya beberapa bulan selepas syarikat itu menandatangani perjanjian untuk membantu ternakan lembu baka kerajaan Kazakh.

Satu memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai pada bulan Jun 2011 antara NFCorp dan daerah Jambyl di Kazakhstan untuk meningkatkan pemeliharaan lembu bagi tujuan eksport ke Malaysia dan negara-negara jiran.

Sepenuhnya korang bacalah di akhir entry..

Hebatnya keluarga Sharizat ni punya pelaburan bukan saja di Singapura terdapat pelaburan malah hingga ke Kazakhstan pun ada.. kalau melabur menggunakan duit sendiri itu Alhamdulillah lah...

Tapi masaalahnya ialah melabur untuk perkara yang tidak ada sangkut paut dengan ternakan lembu sedangkan pinjaman dibuat untuk perkara yang punya kaitan dengan ternakan lembu..

Masaalah lagi besar pula ialah pelaburan dikatakan untuk kebaikkan NFCorps tapi penama bagi hartanah tersebut ialah suami dan anak-anak Sharizat..

Kalau pelaburan untuk NFCorps.. gunalah nama NFCorps...

Cuba korang tengok syarat utama perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp kat bawah ni..



NFCorp's RM1.7m Kazakhstan office under probe, say sources

KUALA LUMPUR, Mar 7 — Commercial crimes police are now investigating the National Feedlot Corporation's (NFCorp) purchase of a RM1.7 million apartment in Kazakhstan for use as an office, sources within the department have said.

It is understood that the property, which is located in the southern city of Almaty, was bought in September last year, just a few months after the company signed on to help the Kazakh government breed cattle.

A memorandum of understanding (MoU) was inked in June 2011 between NFCorp and the Jambyl district of Kazakhstan to raise cattle for export to Malaysia and neighbouring countries.

The deal was one of five signed between Putrajaya and Astana. Malaysia has also pledged to invest in an Islamic bank, oil and gas exploration by state oil company Petronas, energy generation as well as the construction of a hotel.

A high-ranking source in the commercial crimes department told The Malaysian Insider police were attempting to obtain more details about the apartment, which was registered to NFCorp.

"We are still trying to get the information from abroad," he said, on condition of anonymity.

He added that the apartment appeared to be the company's only acquisition in the oil-rich Central Asian republic, which the Najib administration has sought closer ties with.

NFCorp hit the national headlines after it made it into the Auditor-General's Report last year for missing production targets.

The publicly-funded company is run by Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, the husband of federal minister Datuk Seri Shahrizat Jalil, and their three children.

NFCorp has been repeatedly accused by the opposition of using its RM250 million soft loan from government for purposes unrelated to cattle farming.

These include the purchase of multi-million ringgit luxury condominium units in Bangsar and Singapore as well as land in Putrajaya.

Questions have also been raised about NFCorp's Singaporean operations — which allegedly include a supermarket — that Salleh has said are necessary as the local market cannot support the company's beef production.

PKR and DAP, however, have said that the company's overseas venture makes no sense in light of its federal mandate to fulfil up to 40 per cent of Malaysia's demand for beef by 2015.

Police recommended last month that the Attorney-General (A-G) charge NFCorp's directors for criminal breach of trust, but the A-G has asked the police to conduct further investigations.

The Malaysian Insider

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/03/di-kazakhstan-pun-nfc-ada-kondo.html


Bila Datang Hidayah Allah..

Posted: 07 Mar 2012 12:29 AM PST


Mahkamah Kanggaru - Noh Omar

Posted: 07 Mar 2012 12:19 AM PST

Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) adalah "mahkamah kanggaru" yang bertujuan untuk menutup salah laku dan kepincangan kerajaan negeri, kata timbalan pengerusi badan perhubungan BNSelangor Datuk Seri Noh Omar.

Menurut Noh, pendengaran Selcat sebelum ini seringkali mencapai kesimpulan bahawa mereka "berpuas hati" dengan penjelasan kerajaan negeri dan membiarkan pesalah laku bebas.

"Mereka hanya dedahkan sahaja, mereka tidak pernah menghukum sesiapa, (jadi) apa gunanya?" soalnya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.


Ditanya sama ada beliau akan menghadiri pendengaran yang sedang berlangsung itu, Noh menjawab: "Hanya buang masa!"

"Mereka tidak pernah disepina saya. Sepatutnya, mereka perlu sepina saya jika mereka mahu saya datang. Mereka juga minta saya untuk memohon kebenaran."

Ku Li Dialukan Sertai Pas Kelantan

Posted: 06 Mar 2012 08:18 PM PST

Pas Kelantan menolak desas-desus yang mengaitkan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu atas tiket parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, setakat ini pihaknya tidak dimaklumkan sebarang perbincangan sedang diadakan bersama Zaid sama ada di peringkat Pusat mahukan negeri.

"Kita tidak dapat maklumat sebarang perbincangan dibuat, namun bagi saya agak mustahil (untuk bertanding atas tiket Pas) kerana kita tidak menerima cara dia berpolitik, lompat sana-sani," katanya kepada pemberita selepas hadir di pelancaran Bulan Dakwah di Kompleks Balai Islam Lundang.


Semalam Sinar Harian melaporkan Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang mempertimbangkan sama da kemungkinan bertanding sebagai calon Bebas atau menggunakan tiket Pas.

Zaid sebelum ini menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu dari 2004 hingga 2008 mewakili Barisan Nasional (BN) sebelum digantung keahlian pada 2 Disember 2008.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri memberi pandangan berbeza terhadap kenyataan veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu bertanding calon Bebas di Gua Musang sekiranya tidak dicalonkan BN.

Katanya, Pas Kelantan sedia membuka sebarang bentuk perbincangan, namun ia bergantung pada keadaan bagi membolehkan Tengku Razaleigh bertanding atas tiket Pas.

"Pas Kelantan tidak ada masalah dengan beliau terutama soal tuntutan royalti yang jelas dia begitu konsisten. Dari segi itu kita ada persamaan dan dulu pun kita pernah bekerjasama melalui Semangat 46, jadi kalau PRU ini ada perbincangan (untuk bersama), bukan sesuatu yang pelik,"katanya. Pada PRU12 empat tahun lalu, Datuk Ibrahim Ali dan Pas menjalin ikatan bagi membolehkan beliau bertanding atas tiket Pas di kerusi Parlimen Pasir Mas, namun hubungan itu tidak berkekalan.


Hasan Ali JATI berperasit dibawah khemah UMNO dengan isu basi di Batu Kurau

Posted: 06 Mar 2012 07:17 AM PST

Ceramah Roadshow Dr Hasan Ali berlangsung di Batu Kurau yang membanggakan riak-kan diri DHA yang konon-nya sudah mencecah 34 lokasi semuanya dan Batu Kurau adalah lokasi yang ke 35. DHA juga berkata disetiap roadshow-nya semua perjalanan majlis berjalan dengan lancar tanpa halangan…

"Woi..!!! DHA……!!!!! " kamu dah lupa ke bala bencana sehinggakan khemah dan pentas kamu terpelanting disapu hujan ribut dengan petir sambung menyambung di Seri Manjung Lumut..??? Sumber berkaitan Klik [ Sini ] dan [ Sini ].

Dalam ceramah DHA di Batu Kurau ini juga jelas menunjuk-kan yang beliau bertambah hebat dikalangan pemimpin UMNO yang menganggapnya hero dalam UMNO sekarang terutamanya di negeri Perak . Kehadiran para pemimpin UMNO di lokasi jelas menunjuk-kan DHA adalah talian hayat terakhir UMNO dalam meraih sokongan rakyat.


UMNO negeri Perak tidak boleh menyangkal lagi perkara ini,kerana disetiap ceramah DHA sekarang pasti akan ada para pemimpin UMNO akan turun serta melutut,mencangkung memperhampakan diri didepan pentas. Segala persiapan majlis kesemuanya jelas menunjuk-kan semuanya disediakan oleh pihak UMNO.



Kantoi…!!! Kelihatan khemah yang digunakan milik UMNO
( Sumbangan Adun Batu Kurau YB Kapt(B) Dato' Mohd Najmuddin B. Elias - UMNO BN )

Dalam ceramah semalam yang pada perancangan awalnya akan digandingkan DHA dengan Ust Kazim, tetapi DHA terpaksa terpekik terlolong sendirian selama 2jam lebih kerana Ust Kazim tidak hadir… (Penulis tidak tahu kenapa Kazim tidak hadir disaat-saat akhir diumumkan semalam…macam ada yang tak kena…haha…)



Antara pemimpin UMNO yang sudi datang mendengar dan menjilat kelentong DHA

Dari pemerhatian semalam,mejoriti yang datang adalah dari kalangan penyokong UMNO sahaja walaupun DHA dengan "muka tak malu dan perasan "mengatakan yang hadir ramai terdiri dari penyokong PAS. Manakala isu-isu yang disampaikan oleh DHA hanyalah copy and paste dari ceramah-ceramahnya yang lepas..nampak sesangat dah basi yang dijaja oleh DHA buat UMNO yang semakin basi dalam sokongan…hahaha…

http://demokrasi93.blogspot.com/2012/03/dr-hasan-ali-jati-berperasit-dibawah.html


Kontrak RM600 Juta Punca PAS Kedah Bergolak

Posted: 06 Mar 2012 03:49 AM PST

Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.

Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.

Ketika ditemui Malaysiakinisemalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.


Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.

Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".

"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.


Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.

Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.

Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.

Seorang pembantu Azizan memberitahu, Azizan mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.


Tiada ulasan: