Ahad, 4 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Felda bakal jadi seperti Manchester United

Posted: 03 Mar 2012 11:43 PM PST

FELDA 30 TAHUN AKAN DATANG

Pada awal penyenaraian saham kelab bola sepak terkenal, Manchester United. Mereka beranggapan dengan penjualan saham di bursa saham boleh mendekatkan pasukan itu dengan peminat dari pelosok Britain. Benar, 10 tahun pertama penjualan saham hanya berlegar di kalangan pemegang saham dari peminat tetapi 15 tahun kemudian, sedikit demi sedikit saham itu dipegang oleh pelabur asing, sehinggalah pada lewat tahun 2000, peminat Manchester United kecewa kerana kelab tersebut akhirnya dimiliki oleh pelabur Yahudi.

Yang paling malang mereka akan menanggung hutang akibat pembelian saham yang menggadaikan semula kelab tersebut kepada bank. Penjualan tiket meningkat hampir 30% dan pelbagai pendekatan bermotifkan keuntungan diambil oleh pemilik baru untuk membayar kembali kos pembelian mereka.


Apabila sesuatu syarikat mengeluarkan saham baru di pasaran terbuka, syarikat itu perlu menyenaraikan harta dan aset syarikat untuk menunjukkan keupayaan syarikat dan meyakinkan pelabur (pembeli saham baru) dan siapa sahaja boleh membeli saham tu sekiranya dia ada duit dan berminat untuk melabur. Orang asing dari Amerika Syarikat pun boleh beli saham tersebu

Selepas dijual di pasaran terbuka, maka pemegang saham dianggap memiliki syarikat itu. Pada permulaan, syarikat akan mendapat modal yang banyak apabila menjual saham-saham tersebut. Modal ini boleh digunakan utk apa saja kegunaan syarikat dan tidak mustahil dihabiskan, apatah lagi tidak dimaklumkan perancangan yang bakal dibuat selepas memperolehi pelaburan dari pasaran terbuka. Saham yg didagangkan kemudian dari jualan pertama hanya lah memberi keuntungan kepada pemegang saham berikutnya, bukan lagi kepada syarikat. Kerana keuntungan atau kerugian dari penjualan berikutnya tidak memberi kesan pada modal syarikat. Lumrah alam, tiada saham yg tidak mampu dibeli, kerana org yang berduit mampu membeli saham-saham tersebut.

Pemegang saham yang memiliki saham paling besar adalah berkuasa. Masalah timbul jika pemegang saham (terbesar) substiantial, tidak lg memikirkan manfaat peneroka-peneroka. Sudah tentu mereka memikirkan apa keuntungan yang mereka boleh dapat dari pelaburan ini. Mereka buleh membuat apa saja terhadap asset syarikat. Mereka boleh menjual, memajak dan menyewakan tanah tersebut. Peneroka juga tidak mustahil akan dihalau atau mungkin menjadi buruh di tanah yang dulu milik mereka sendiri.

Mungkin kita boleh fikirkan jika petronas dijual di pasaran terbuka, siapa yang mampu membeli Petronas? Jika dulu KFC milik bangsa bukan Melayu pun boleh dibeli oleh pelabur Melayu, tidak mustahil pelabur Yahudi boleh membeli saham Felda. Terdapat banyak kaedah untuk membeli saham secara diam-diam. Apabila berjaya mendapat jumlah tertentu baru lah pemilik sebenar akan muncul. Tanyalah Stan Kroenke dan Malcom Glazer bagaimana mereka menggunakan kedudukan mereka dengan saham yang kecil di dalam kelab Arsenal dan Manchester United walaupun pada awalnya kelab bolasepak ini adalah syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham. Sedangkan kelab-kelab bola ini pun mampu dibeli. Inikan pula Felda.

Cara yang paling mudah ialah menggunakan proksi untuk membeli saham awalan (IPO) yang dijual, Kemudian jumlah saham akan dibeli sedikit demi sedikit menggunakan pelbagai proksi. Ianya sukar dikesan, sudah tentu jika dilihat dari permukaan kita tidak akan dapat mengesan proksi-proksi ini. Ianya hanya akan terdedah apabila pelabur sebenar muncul dengan memiliki sekurang-kurangnya 30%. Pada kebiasaanya jumlah 30% diperlukan untuk menwajibkan baki 70% dijual kepada pemegang saham (compulsory acquisition). Tidak penting berapakah harga yang perlu dibayar kerana ia mampu dibayar, yang kita perlu fikirkan akan tergadaikah tanah-tanah peneroka kelak. Pada ketika itu tiada apa yang mampu menghalang sebarang tindakan pemilik, kerana dia berhak sepenuhnya.

Tentulah orang yang bertanggungjawab menyenaraikan Manchester United tidak terfikir 20 tahun kemudian kelab ini akan dimiliki oleh pemilik Yahudi. Dan siapa boleh tahu 20-30 tahun lagi siapakah pemilik Felda? Sama ada pelabur Yahudi, Russia, China, Latin, Iran, Arab, mafia Itali, tak siapa yang tahu. Dalam dunia pelaburan pasaran terbuka, siapa yang memiliki wang, dialah raja.

Mungkin Isa Samad dan Najib Razak tidak sempat untuk melihat siapakah pemilik Felda 30 tahun akan datang, tetapi orang-orang Felda 30 tahun lagi akan menyesali tindakan ini. Dan tidak mustahil kita akan rasa diperbodohkan seperti mana kita melihat perjanjian jual beli air Johor dan Singapura sedekad yang lalu.

Saudara Nazimi Zaim al-Qedahy,
Alor Star, Kedah.

http://gayapeneroka.blogspot.com/2012/03/felda-30-tahun-akan-datang.html


Maafkan Kami!! Banyak Sangat Dosa Kami..

Posted: 03 Mar 2012 10:34 PM PST

Tiada sebab kami menentang pentadbiran Ust Azizan

Posted: 03 Mar 2012 09:44 PM PST

Menarik apa yg diperkatakan oleh Tuan Guru Awang Lanai iaitu dengan kata2 beliau seperti berikut :

"Tiada sebab untuk kami menentang pentadbiran Azizan. Saya ingin tegaskan kami bimbang perbuatan dan tindakan mengganggu gugat kerajaan dan parti yg sedang berlaku sekarang ini boleh membawa mereka ke dalam golongan 'Bughah' (penderhaka) yang amat berat hukumannya di sisi Islam

sudah tentu apa yg disebutkan oleh seorang yg terlalu amat lama dalam PAS dan mengetahui segala selok belok perjuangan PAS dan sejak puluhan tahun telah menginfakkan diri ke dalam perjuangan ini membawa erti yg amat dalam.....


beliau juga dipetik sebagai berkata sikap yang bermotifkan kepentingan peribadi dan perbezaan pandangan yang ada sehingga menatijahkan tumpuan dan sokongan rakyat menghadapi PRU 13 amatlah dikesali....

Tuan Guru Awang Lanai merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kedah yang tidak bersetuju dengan tindakan yg boleh memecahbelahkan perpaduan parti walau apa pun alasannya, tindakan sedia ada kini sebenarnya tidak membantu menyelesaikan sebarang permasalahan....tetapi sebenarnya lebih kepada membinasakan......

aku tak berniat nk bancuh banyak sbb apa yg diperkatakan adalah amat jelas dan syabas aku ucapkan juga kepada PAS Kawasan Baling yg menzahirkan sokongan tidak berbelah bagi demi perpaduan ahli parti dan demi kelansungan pentadbiran negeri

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=12815


Syarikat Gergasi APPLE Hina Islam

Posted: 03 Mar 2012 09:10 PM PST


MID TOWN, Manhattan, New York, BAR berbentuk Kaabah baru dibuka dengan nama APPLE MECCA. Bar yang menyajikan minuman keras seperti wine, whisky, brandy serta minuman beralkohol yang lain.






Logo APPLE jelas kelihatan membuktikan bahawa syarikat komputer gergasi Amerika ini adalah pemiliknya. Persoalannya kenapakah bar yang berbentuk Kaabah ini dibina? Adakah ianya disengajakan bertujuaan menghina Islam?


Cukuplah lakonan Perkasa

Posted: 03 Mar 2012 08:03 PM PST

Pihak Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) melahirkan rasa kecewa yang amat sangat terhadap perbuatan biadap oleh budak hingusan yang kononnya "WIRA PERKASA PULAU PINANG". Insiden yang menunjukkan kasut kepada Ketua Menteri baru-baru ini amatlah tidak bertamadun sebagai seorang Melayu yang beragama Islam.

Beginikah caranya PERKASA menyelesaikan masalah orang-orang Melayu di negeri ini? Dari mula lagi memang majoriti melayu di sini tidak bersetuju langsung dengan cara pihak PERKASA membantu permasalahan orang-orang melayu Pulau Pinang. Dengan mempraktikkan revolusi fizikal bagi tujuan memaksa Kerajaan Negeri melayan kehendak mereka bukanlah jalan yang terbaik. Kalau hendak menjadi gangster jalanan bukanlah di negeri ini.


Pihak PERKASA perlu cermin diri mereka terlebih dahulu tindak-tanduk yang bermula dengan cara agresif dan kemudiannya menggertak Kerajaan Negeri supaya tunduk kepada kemahuan mereka sudah tidak terpakai. Pihak KMPP sendiri begitu lantang bersuara tetapi tidak pernah memberontak, justeru tiada masalah kepada kami untuk menyampaikan terus memorandum kepada Ketua Menteri biar kurang publisiti asalkan kita diterima baik seadanya.

Pihak saya percaya walaupun Ketua Menteri bukan orang Melayu namun beliau ada caranya untuk sedaya upaya membantu orang-orang Melayu di negeri ini. Beliau lebih sedar tanpa sokongan orang-orang Melayu pentadbiran Kerajaan Negeri akan menjadi kucar kacir. Beliau lebih arif tentang geo-politik di negeri ini, "Bertepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi". Hentikanlah sandiriwara wahai pihak PERKASA. Jangan mengambil terlalu banyak kesempatan untuk menjadi hero orang-orang Melayu. Cukuplah lakonan anda.

Adalah dikhuatiri orang-orang melayu dinegeri ini akan terus terpinggir dan berada di dalam kerugian akibat permainan politik serta tindakan ganas seperti itu. Berilah peluang kepada orang-orang melayu yang seramai hampir 640,000 dinegeri ini memulihkan maruah mereka serta menarik nafas lega sementara menanti kedatangan PRU-13 nanti. Tindak - tanduk pihak PERKASA berkenaan semestinya bakal menguntungkan sokongan terhadap pihak lain. KMPP berpandangan tidak perlulah pihak Kerajaan Negeri membuang masa melayan karenah yang berunsur keganasan seperti ini. Pihak saya hairan kenapa pemimpin-pemimpin politik melayu di negeri ini khususnya hanya membisu dalam soal ini? Mengapa tidak berani menyuarakan pandangan bagi memperbetulkan akhlak anak-anak muda ini dari terus berkelakuan biadap atau mungkin juga pemimpin berkenaan bersekongkol dengan isu tersebut.

Pada masa yang akan datang adalah disarankan agar pihak Kerajaan yang diterajui oleh Parti DAP tidak memandang ringan ke atas isu-isu yang melibatkan soal ekonomi orang-orang Melayu di negeri ini. Kita faham perlaksanaanya tidak mudah seperti yang diungkapkan. Namum pelan transformasi bagi tujuan penambahbaikkan perlu diterjemahkan supaya tidak timbul persoalan kedudukan Melayu di negeri ini dianaktirikan.

Itulah sebabnya pihak KMPP telah mengemukakan cadangan agar pihak Kerajaan Negeri dapat menubuhkan MAJLIS RUNDINGAN EKONOMI MELAYU PULAU PINANG (MREMPP) supaya semua permasalahan ekonomi serta kebajikan orang-orang melayu di negeri ini dapat disalurkan terus kepada Majlis Rundingan berkenaan. Ini disebabkan tiada seorang Exco Melayu pun dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang yang berkaliber serta berkebolehan dapat menyelesaikan masalah-masalah orang-orang melayu dinegeri ini. Situasi demonstrasi dan tindakan biadap seperti itu berkemungkinan dapat diredakan. Pihak KMPP memohon supaya cadangan tersebut dikaji secara serius dari sudut positif setidak-tidaknya satu impak yang berkesan dari segi sokongan moral kemanusiaan dapat diterjemahkan demi keselesaan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Pihak KMPP tidak berhasrat menyebelahi mana-mana pihak namun atas nama maruah orang-orang Melayu di negeri ini maka pihak kami mengutuk sekeras-kerasnya insiden tersebut yang secara tidak langsung menjatuhkan maruah orang Melayu di sini. Jika beginilah perbuatan mereka maka sudah pasti orang Melayu di negeri ini akan terus terpinggir tanpa pembelaan.

Mohd Noor Mohd Abdul Kader,
Setiausaha KMPP


Samseng Umno Buat Hal Lagi..

Posted: 03 Mar 2012 05:11 PM PST

MELAKA - Umno Barisan Nasional kian terdesak dalam usahanya mempertahankan kuasa, apabila terus membiarkan penyokongnya berkelakuan ganas dan samseng, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau mengulas tindakan terbaru sekumpulan ahli Umno membaling telur dan menjerit perkataan lucah dalam ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Kampung Kerubung, Melaka- salah satu kubu kuat Umno di negeri itu- malam tadi (2 Mac).

"Samseng umno melakukan provokasi termasuk mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap penceramah Pakatan Rakyat.

"Malah, semasa S Kesavan (Adun KEADILAN Perak) berucap, secara tiba-tiba dua dari samseng Umno itu membaling telur dan mengenai penduduk kampung yang hadir.


"Salah seorang dari samseng Umno itu dikenalpasti sebagai pemimpin cawangan Umno yang turut menjerit-jerit terhadap kita semasa ceramah berlangsung," kata Shamsul kepada keadilandaily.

Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata, penduduk kampung sendiri malu dan meluat dengan gelagat tersebut, namun hanya mampu meminta supaya penceramah Pakatan Rakyat bersabar.

Ekoran kekecohan itu katanya, sebuah van dan empat kereta peronda datang bagi mengawal keadaan.

Beliau dalam pada itu merasa kesal kerana penceramah yang hadir pada malam itu hanya mahu memberi penerangan mengenai perbezaan dasar negeri Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional di Melaka.

"Kita menerangkan dasar ini pada rakyat kerana mereka berhak tahu apa yang kita tawarkan jika diberi mandat sebagai kerajaan baru.

"Lagipun, media Umno langsung tidak memberi kita peluang menerangkan dasar ini walaupun sekadar setengah jam di media rasmi kerajaan," tegasnya.

Kejadian keganasan penyokong Umno itu merupakan rentetan dari siri keganasan yang berlaku di Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

Sebelum ini, penyokong Umno bertindak ganas apabila menyerang ceramah yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sembrong, Johor dan turut merosakkan kereta milik ketua Umum KEADILAN itu.

Di Pahang pula, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar hampir dicederakan penyokong Umno dalam satu majlis ceramah di Felda Lapar Hilir 1 di Gambang.

Manakala di Pulau Pinang pula, penyokong Umno bertindak ganas menyerang Himpunan Anti Lynas, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng- menyaksikan dua wartawan cedera.

http://www.keadilandaily.com/samseng-umno-baling-telur-jerit-kata-lucah/


Krisis Pas Kedah 'sudah diselesai'

Posted: 03 Mar 2012 03:52 PM PST

ALOR SETAR - Pertemuan khas misi damai yang diadakan kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di sini, berlangsung lebih lima jam sehingga 3 pagi tadi, telah mencapai satu penyelesaian yang diputuskan "secara sebulat suara", kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub awal pagi ini.

Menurut beliau, keputusan itu yang diterima semua pihak akan diumumkan dalam waktu terdekat, kemungkinan tengah hari ini, pada sidang media khas.

Bagi Pas, salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat, yang menerajui kerajaan negeri sejak Mac 2008, kontroversi terbaru ini adalah ujian paling besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.


"Sudah ada keputusan, keputusan ini keputusan sebulat suara... ia akan diumumkan dalam waktu terdekat. Itu sahaja yang boleh saya cakap buat masa sekarang," kata beliau kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi sekitar jam 4 pagi tadi.

Wartawan yang menunggu sejak 8 malam tadi dimaklumkan bahawa satu sidang media akan diadakan hari ini. Lokasinya akan diberitahu kemudian.

Pertemuan lebih lima jam itu dibahagikan kepada dua iaitu pertemuan Salahuddin dengan pemimpin-pemimpin yang menjadi fokus kontroversi, dan keduanya mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri.

Jawatankuasa Kerja Pas Pusat telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan kemelut kepimpinan Kedah ini, di ibu negara Khamis lalu.

Difahamkan pertemuan sesi pertama dipengerusikan oleh Salahuddin selama dua jam manakala mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pula diketuai sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bermula 12 tengah malam dan berakhir sekitar 3 pagi tadi.

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang menjadi fokus kontroversi ini, apabila menolak tawaran untuk dilantik semula sebagai Exco pula berkata, biar Pas Pusat memberikan kenyataan terlebih dahulu.

Difahamkan kedua-dua Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Phahrolrazi, masing-masing diberi masa sejam untuk mengemukakan hujah dalam pertemuan dengan Salahuddin.

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri yang menolak tawaran pelantikan semula, Dr Ismail Salleh tidak dipanggil untuk memberi hujah.

Kedua-dua pertemuan ini, sebahagian daripada usaha Pas Pusat untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan negeri, diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di sini.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri I dan II. Azizan adalah Pesuruhjaya Pas Negeri.

Dalam laporan awal Sinar Harian Online, disebutkan bahawa pertemuan bersejarah ini, menurut pemerhati dan penganalisis, tidak mungkin akan membawa kepada penyelesaian muktamad. Banyak pihak meragui sama ada pertemuan misi damai akan membawa formula penyelesaian.

Dalam pada itu, antara pemimpin Pas Pusat yang dilihat hadir awal pada pertemuan kali ini di Seri Mentaloon ialah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Salahuddin serta seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz merupakan pemimpin dari Kedah dan Ahli Parlimen Pokok Sena.

Pun begitu, Sinar Harian Online difahamkan hampir sebahagian besar ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhububungan Negeri Kedah menghadiri pertemuan kali ini.

Pertemuan misi damai ini hanya bermula sekitar jam 10 malam tadi, lewat sejam berbanding maklumat yang diperoleh sebelum ini.

Keperluan mengadakan pertemuan ini diputuskan pada mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan di ibu negara Khamis lalu susulan kunjungan misi khas oleh Salahuddin ke Kedah awal minggu lalu.

Pihak media tidak dibenarkan masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar untuk membuat liputan, sebaliknya hanya dibenarkan berkumpul di depan pintu masuk utama Seri Mentaloon.

Wartawan Sinar Harian yang berada di lokasi pertemuan sejak 8 malam tadi juga melaporkan bahawa setiap kenderaan yang masuk ke premis kediaman rasmi Menteri Besar diperiksa rapi dengan hanya mereka yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk.

Sinar Harian Online juga difahamkan dua pemeriksaan perlu dilalui setiap kenderaan yang masuk ke pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar. Mereka sekali lagi diperiksa sebelum masuk ke dalam dewan mesyuarat.

Malah ada sumber memberitahu bahawa kesemua pemimpin tidak dibenarkan membawa masuk alat perakam termasuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat bagi mengelak perbincangan disebarkan kepada umum.



Phahrolrazi Dengan Angkuh Yakin Akan Menang..

Posted: 03 Mar 2012 07:36 AM PST

ALOR SETAR - Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yakin beliau akan "menang" dalam pertemuan khas yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini bagi membincangkan kemelut kepimpinan Pas negeri Kedah.

Pertemuan yang dihadiri oleh barisan kepimpinan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dan Badan Perhubungan Negeri Kedah sedang berlangsung.

Phahrolrazi, yang tiba sekitar jam 8.50 malam, semasa dikerumuni wartawan ketika memasuki pekarangan Seri Mentaloon sempat berkata:


"Saya yakin boleh menang."

Beliau diajukan soalan tentang harapannya terhadap pertemuan bersejarah malam ini

Sinar Harian


Soalan Kaji Selidik Bodoh Kementerian Pelajaran Malaysia

Posted: 03 Mar 2012 07:28 AM PST



APABILA ditanya "bilakah tarikh PRU13?", tidak ada seorang pun di Malaysia yang mampu menjawab atau mengagak dengan tepat. Tidak kiralah pakar politik, penganalisis hebat, dukun, bomoh mahupun ahli nujum.

Sikap Najib yang teragak-agak untuk mengumumkan tarikh pilihanraya juga menunjukkan betapa lemahnya beliau di dalam membuat keputusan. Ternyata Rosmah jauh lebih bijak membuat keputusan berbanding pemimpin lemah seperti Najib.

Bilakah sebenarnya PRU13 akan diadakan? Tentu sekali Najib Razak akan membubarkan parlimen sebaik sahaja beliau yakin bahawa Barisan Nasional akan menang besar dalam PRU13.

Sebuah email yang dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mendedahkan sebuah borang kaji selidik yang diberikan kepada isterinya yang merupakan seorang guru.

Borang itu menurutnya merupakan satu tinjauan yang dibuat oleh Barisan Nasional untuk melihat apakah kedudukan sokongan para guru terhadap Barisan Nasional masa kini.

Sahabat pembaca ini menjelaskan bahawa isterinya terpaksa berpura-pura memberikan reaksi yang positif atau dalam bahasa mudahnya, berpura-pura menyokong Barisan Nasional.

Menurut beliau lagi, mereka sekeluarga bimbang jika menjawab dengan jujur tinjauan tersebut, maka dengan nada berseloroh beliau menjelaskan isterinya bakal dipindahkan ke Lahad Datu, Malaysia Timur atau mana-mana kawasan pedalaman dalam masa 24 jam.

Maka ramai guru-guru yang juga merupakan sahabat isterinya terpaksa mengisi jawapan-jawapan mebodek bagi menyelamatkan diri mereka dari dikenakan tindakan. Ini merupakan satu contoh yang dapat kita lihat. Walhal ribuan lagi seperti ini berlaku di luar sana.

milosuam.blogspot.com


Umno mula buka bilik gerakan pilihan raya

Posted: 03 Mar 2012 05:59 AM PST


(Ketua Umno Cawangan BTP, Syed Ahmad Firdaus di depan bilik gerakan pilihan raya yang dibukannya)

KUALA LUMPUR, 3 Mac: Pilihan raya umum ke 13 sudah dekat benar apabila melihat parti yang memerintah mula membuka bilik-bilik gerakan mereka.

Ini mula dapat dilihat di Selangor, negeri yang mahu ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) dan Terengganu, negeri yang cuab dipertahankan BN.


Ada yang berkata, pilihan raya ke 13 akan diadakan secepatnya April ini selepas Parlimen dibubarkan pertengahan bulan ini.


(Markas pilihan raya Umno Peti Undi Kedai Buluh, Marang, Terengganu)


Di Rawang, Umno cawangan Bandar Tasik Puteri mula membuka bilik gerakan mereka di kawasan taman perumahan itu.

Ketua Umno cawangan itu, Syed Ahmad Firdaus ketika ditemui di hadapan bilik gerakan yang sedang dipersiapkannya itu berkata, ia dibuat atas arahan Presiden Umno.

"Datuk Seri Najib kan dah kata kena membuat persiapan untuk pilihan raya umum. Ini yang kami buat ni," kata Syed Ahmad Firdaus ketika ditemui didepan bilik gerakan itu.

Dalam nada berseloroh, Syed Ahmad juga berkata, "Sediakan payung sebelum hujankan."

Di Marang Terengganu, Umno juga kelihatan sudah mempersiapkan markas dan bilik gerakan mereka.

Di kampung Kedai Buluh, Bukit Payong, Umno cawangan di situ sudah membuka markas peti undi mereka di situ.


Aksi Anak Iblis..

Posted: 03 Mar 2012 05:46 AM PST



Agak-agak siapa bapak IBLIS??

Pas Kedah Akan Tumbang

Posted: 03 Mar 2012 04:09 AM PST

Ramalan Tun Daim Pilihan Raya Umum Ke-13 – Parlimen Tergantung

Sebelum kita membaca ramalan Tun Daim Zainuddin yang dibuat melalui wawancara khas dengan akhbar China Press, adalah amat penting untuk kita mengingati bahawa Daim adalah satu-satunya pemimpin yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa negeri dan mencatatkan keputusan terburuk dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu.

Justeru, bersandarkan pengalaman sebelum ini, maka ramalan yang dibuat Daim pastinya memiliki nilai politik yang tinggi dan perlu diberikan perhatian.


Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :

-Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan 'Parlimen Tergantung' atau Hung Parliament.

-Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.

-Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim)

-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.

-Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.

-PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.

-BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.

-Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.

-BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.

-Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.

**Parlimen tergantung juga adakalanya dikenali sebagai Parlimen seimbang. Ia biasanya wujud dalam negara demokrasi dengan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak.

**Tun Daim adalah Menteri Kewangan negara antara tahun 1984 hingga 1991. Beliau juga merupakan seorang usahawan dan ahli ekonomi yang amat disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam dunia perniagaan peringkat global.


PAS akui kemelut di Kedah bantutkan jentera Pakatan

Posted: 03 Mar 2012 01:38 AM PST

PAS mengakui kemelut politik di Kedah berikutan beberapa pemimpin termasuk exco yang tidak berpuas hati dengan cara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mentadbir negeri itu "sedikit sebanyak kesan" terhadap fokus jentera parti dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bahkan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, pergeseran berkenaan juga mengganggu kerancakan gerak kerja jentera dan 'membantutkan' usaha Pakatan Rakyat memandangkan pilihan raya umum akan berlangsung dalam masa yang terdekat.

"Ia sedikit sebanyak memberi kesan dan merencatkan kerancakan gerak kerja (jentera) pilihan raya (yang) menyebabkan semua peringkat dalam parti semua hilang fokus pilihan raya, kepada membincangkan kemelut yang berlaku.


"Bila gangguan itu berlaku kepada jentera pilihan raya, maka sudah tentu masyarakat juga akan terkesan. Sebab jentera fokus dan sentuhan mereka (untuk) menguasai masyarakat.

"Tapi jentera hari ini sendiri pun berada dalam keadaan tidak dapat memberi tumpuan kepada sasarannya (iaitu) pengundi. Maka sudah tentu semua akan 'jam' (terbantut). Ini merugikan PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Bercakap pada wawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera supaya fokus jentera gabungan itu dapat dikembalikan bagi menghadapi pilihan raya umum kelak.

Khamis lalu, Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas dan memutuskan untuk bertemu kepimpinan PAS Kedah termasuk Azizan yang juga pesuruhjaya negeri, timbalannya Datuk Phahrolrazi Zawawi dan ADUN Alor Mengkudu Dr Ismail Salleh bagi menyelesaikan kemelut itu.

Dilaporkan kepimpinan PAS Pusat akan bertemu di Alor Setar malam ini untuk menyelesaikan masalah yang berlarutan itu.

Phahrolrazi (kiri) dan Dr Ismail dilapor enggan mengangkat sumpah semula sebagai exco kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan pentadbiran Azizan. Ekoran itu, hanya lapan exco sahaja yang mengangkat sumpah memegang semula jawatan itu baru-baru ini.

Mengulas kemelut yang berlarutan itu, Mahfuz yang juga yang dipertua PAS Pokok Sena optimis masalah itu dapat diselesaikan walaupun mendakwa "tidak begitu tahu dan tercari-cari" apa punca sebenarnya disebabkan beliau "berada di luar kerajaan negeri".

Katanya, adalah menjadi hasrat Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri, mahu mengekalkan semua sepuluh exconya tetapi Phahrolrazi dan Dr Salleh enggan menyertainya.

Mahfuz juga menolak tanggapan ketegasan Azizan dalam Akta Universiti dan Kolej Univerisiti (AUKU) atau akta yang mirip dengannya terhadap pelajar Kolej Univerisiti Insaniah (KUIN) menjadi punca permasalahan di negeri itu.

"Kami tidak duduk dalam kerajaan, sebab itu kami mencadangkan (untuk) mengadakan satu pertemuan, untuk mendengar penjelasan kedua-dua pihak. Jadi saya harap pertemuan itu nanti, dapat merungkai permasalahan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dan sebagainya," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan sesetengah ahli bahawa Azizan (kanan) seorang pemimpin tua yang degil dan sukar didisplinkan, Mahfuz berkata manusia harus ada sentuhan seni memahami tabiat, keperibadian dan cara bergaul mengenai seseorang pemimpin.

"Jadi jika orang dapat memahami dari segi seni ini, saya percaya tidak timbul perkara-perkara itu. Sebab itu, kadang-kadang manusia tidak boleh diprovok.

"Kalau ada provok, dia akan menunjukkan satu sikap yang kadang-kadang kita tengok macam sukar untuk didisplinkan. Dia mempertahankan sesuatu yang dia buat," katanya sambil menjelaskan bahawa kenyataannya itu tidak merujuk kepada Azizan.


Tiada ulasan: