Jumaat, 2 Mac 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Kem. Belia Dan Sukan Biaya Program Sampah Hasan Jati

Posted: 01 Mar 2012 10:30 PM PST

Mahfuz dakwa kementerian biaya program Hasan Ali

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar hari ini menuntut supaya satu audit penuh dijalankan ke atas satu unit strategik di Kementerian Belia dan Sukan yang didakwa telah menyediakan sejumlah dana untuk membiaya program bekas ahli PAS Datuk Hasan Ali.

Mahfuz mendakwa, jumlah sebanyak RM30 juta untuk unit strategik "seperti cawangan Umno" itu telah dikumpul daripada unit lain di kementerian berkenaan.


Mahfuz(kanan) juga mendakwa, unit berkenaan akan membantu membiayai aktiviti berkenaan untuk menarik belia supaya menyokong Umno dan BN.

Beliau turut mendakwa bahawa keseluruhan dana RM30 juta itu, atau sekurang-kurangnya sebagian daripadanya telah diperuntukkan bagi tujuan itu.

http://malaysiakini.com/news/190849


Wujudkan 2 MB Di Kedah.. 1 MB Kedah Dan 1 MB Kuala Kedah.. Kahkahkah

Posted: 01 Mar 2012 07:26 PM PST

Mukadimah: Nak habag mai, selama bergiat dalam PAS ini, saya dok nampak ada satu BUDAYA orang PAS yang saya tak nampak dalam UMNO mahu pun dalam PKR, iaitu lah budaya MERAJUK.

Dalam PAS ini, sikit sikit merajuk; tak setuju sikit – merajuk. Orang tak terima pandangan dia - merajuk. Orang kondem sikit – merajuk. Kalah bertanding pun merajuk; sikit-sikit nak merajuk.

Dalam UMNO jarang ada budaya ini. Dalam UMNO kalau depa tak puas hati, depa lawan, londeh luar dalam, sampai dua-dua tumbang. Kalau tak dilantik jadi calon sanggup sabotaj parti mcm satu kes di Kedah hari tu, ada kawan cerita calon UMNO yg tidak tercalun namanya, berhenti kereta tepi jalan, hulur duit kat budak-budak PAS yg tengah pelekat poster suruh pulun boh poster lagi – biaq lawan dia tumbang, parti kalah pun tak apa, janji puas hati.


PKR pula, kalau tak puas hati – lagi teruk, terus lompat parti; lawan balik kawan yg dulunya baik sakan, habis londeh luar dalam, hentam thru media, tv, surat khabar, sanggup jadi BARUA lagi – tak apa, janji puas hati.

PAS tak macam tu; dalam PAS, tak puas hati kalu – merajuk.

Saya ingat lagi waktu mula2 giat dgn PAS di Kedah ni, sekali tu saya terpilih jadi wakil cawangan ke Mesyuarat Agong kawasan. Saya ini, latarbelakangnya Engineer (tapi bukanlah bertaraf IR mcm EXCO bermasalah itu), berkelulusan dari Univ di Amerika – macam EXCO YB Amirudin yg diminta keluar dari kawasan PAS Kuala Kedah itu.

Dalam mesyuarat agong berkenaan, waktu perkara berbangkit, saya bangun dan hentam sakan lajnah ekonomi yang buat projek sabun tapi rugi, tak ingat apa saya cakap tapi lebih kurangnya kalau tak reti buat kerja jangan dok gatal nak buat, bagi kat orang lain yang lebih tau, taklah rugi macam ini, dah la duit kawasan pun ada berapa ringgit saja, bla,bla,bla.

Kemudian, bangunlah sorang sahabat antara ramai itu, dia jawab, dia kata inilah jadinya bila orang-orang macam dia yang cuma kerja menoreh getah disuruh buat bisness sabun itu. Dia kata lagi, yang jadi masalahnya org2 yang bijakpandai, yang kerja engineer, yang balik Amerika, tak mau buat, tapi pandai cakap saja, bla bla bla.

Memang terasa dia tujukan kata-kata itu kat saya. Diringkaskan cerita, brother itu merajuk, projek sabun itu stop macam itu saja. Sekali itu, on the way nak pi kerja, saya nampak brother itu berkopiah putih, naik mutu (motorsikal) keluar dari kawasan kebun getah hantar anak dia ke sekolah.

Laa, ingatkan dia merendah diri saja kata dia menoreh getah, memang dia penoreh getah pun. Saya rasa bersalah sungguh sebab kerana kata-kata saya yang pedas menyebabkan seorang pejuang yang ikhlas macam tu berundur, merajuk macam itu saja. Itulah pertama kali saya bertemu dgn budaya merajuk dalam PAS.

Dua tahun lepas di cawangan saya ini, tepat dua tahun pemerintahan PAS Kedah, kami menerima surat perletakan jawatan secara mengejut oleh Hj Usop, AJK kami, lewat 50an, org lama PAS cawangan kami. Beliau adalah antara org lama PAS yg masih hidup yang ditarbiah secara direct oleh Al-Syahid Al-Marhum Ustaz Ibrahim Libya; memang jenis PAS Piang Berdengung punya. Tanpa beliau, memang satu kehilangan besar untuk cawangan kami.

Pasal apa Hj Usop letak jawatan? – dia merajuk sebab tak puas hati dengan apa yang dia lihat sebagai pertambahan pusat2 maksiat di pekan kecil kami ini sejak PAS memerintah Kedah (Karaoke, Cyber CafĂ©, 7-11 24Jam dll). Dia dah cakap direct kat YB, tapi dia merasakan YB tak serius nak basmi benda ini, natijahnya Hj Usop merajuk, dan letak jawatan – tapi mesyuarat cawangan baru2 ini dia mai lah pulak, sebagai ahli biasa.

Itulah budaya orang PAS, merajuk tapi tang parti sokong jugak.

Beberapa bulan lepas heboh dalam Utusan Malaysia kisah hampir seluruh AJK PAS kawasan Pendang dan Barisan Pemudanya letak jawatan dan dikatakan sebagai krisis kepimpinan PAS Pendang, protest tidak percaya kpd EXCO Taulan Rasul sebagai YDP mereka. Apa yang berlaku sebenarnya adalah sebuah lagi kisah Merajuk – mereka semua ini bersama sama dengan TG Hj Rahim tidak dapat menerima cara bekerja Taulan Rasul, lalu mereka memilih untuk meletak jawatan ramai-ramai.

Semalam saya SMS salah seorang AJK Pemuda PAS Pendang yg merajuk ini, nak tahu apa pandangan Tuan Guru Hj Rahim berkenaan krisis MB dan Phahrolrazi ini. Sahabat ini SMS balik, dia tulis:

"TG bagitau jgn ada 2 puak. Jgn ada A atau B, rosak parti. Kalau tak puas hati turun bagi org lain buat kerja. Jgn berkelahi, contohnya buat mcm PAS Pendang. Dulu ada 2 klik. Sekarang yang tak puas hati semua lepas jawatan bagi org boleh buat kerja buat. Kan senang, baru tak gaduh. Depa buat kerja pun senang. Yang lepas jawatan sokong kot bawah".

Sahabat ini SMS tambah:
"Esok depa tak larat, semua turun, kami naik pulak...he he he"

Nah – hari itu riuh isu PAS Pendang ini, sekarang dah aman damai. Org PAS ini macam itulah, merajuk sekejap saja, sekali bunyi gendang p.raya, bersinsing lengan depa pakat bawa parang pi tebang buluh nak pasang bendera.

Jadi, saya ingat dalam kes Phahrolrazi ini pun macam itu juga lah, semuanya kes merajuk saja ini. Tambah-tambah pula bila saya analisa sendiri video press conference Phahrolrazi bertarikh 28 Feb 12 itu. Antara kata beliau ialah "MB kata kerajaan negeri tetap teguh (walaupun ada krisis ini), jadi saya tak jadi Exco pun tak ada masalah lah, kerajaan negeri tetap teguh" – bunyinya sebijik macam orang merajuk.

Macam itulah yang saya dok ingat, hanya sebuah lagi kes orang PAS merajuk, hanya orang2 PAS saja yang paham budaya ini tapi org2 UMNO dan org2 yg tak pernah bersama PAS depa tak akan paham.

Macam itulah yang saya sangkakan – hinggalah saya baca berita the STAR dan SINAR Harian hari ini 1-Mac-12 yang memuatkan kenyataan Phahrolrazi yang memberi kata dua kepada EXCO IR Amirudin sama ada nak letak jawatan dan join team beliau team PAS Kawasan Kuala Kedah atau pun nak bersama dengan MB.

Aik, ini bukan merajuk lagi dah ini – mana ada orang merajuk pi gertak orang lain ajak merajuk sama. Ini bukan budaya PAS ini, ini dah budaya parti lain.

Macam ini kalu, tak tau nak kata apa dah la – kalau nak bagi puas hati dua dua pihak, MB dan Phahrolrazi, kita mencadangkan satu antara dua pilihan berikut:

Pertama: Azizan Razak pegang jawatan MB sampai bulan 5, kemudian bagi Phahrolrazi pegang sat – supaya tercatat nanti dalam buku Sejarah kata IR Phahrolrazi sebagai Menteri Besar Kedah daripada PAS yang TERAKHIR selepas PRU13 nanti!!

Atau pun

Kedua: Kerajaan Negeri gubal perlembagaan supaya negeri Kedah boleh ada dua orang MB pada satu-satu ketika, seorang MB KEDAH dan seorang lagi MB Kuala KEDAH ......muarghahahahaha.......mangkuk ayun betoi!!

Sekian berita semasa dari bumi Kedah!

http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com


Noh Omar Cakap Benar Dan Betul.. Dap Yang Serang Majlis Umno..

Posted: 01 Mar 2012 06:36 PM PST

Ini buktinya.. Lee sedang memaki hamun sambil menendang kemaluan Noh Omar.. Polis tu saksinya... Hehe..

Menjawab dakwaan ahli-ahli DAP yang mereka telah dikasari oleh penyokong BN di satu majlis di Bandar Sungai Long semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar sebaliknya mendakwa merekalah yang patut dipersalahkan.

"Tebukti DAP pembohong besar. Mereka yang datang macam samseng dan menceroboh majlis BN tapi BN pula yg dsalahkan.


"Saya pergi untuk tenangkan keadaan tapi saya pula dituduh samseng. Jelas putar belit DAP," katanya Noh dalam SMSnya kepada Malaysiakini lewat semalam.

Semalam, ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lee Kee Hiong dan beberapa pemimpin DAP tempatan mendakwa mereka telah dikasari di
luar SRJK (C) Bandar Sungai Long, Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut.

Lee berkata, pergi ke sana dengan rombongan kira-kira 20 ahli dan bekas ahli majlis perbandaran itu dan penduduk, dengan memakai baju hijau, tetapi mereka dihalang dan didatangi 30 hingga 40 orang yang memakai baju-T BN dan 1malaysia.

Kumpulan yang didakwa penyokong BN itu didakwa telah mengkasari empat orang dalam kumpulan Lee.

Lee akan memanggil satu sidang akhbar berhubung perkara itu hari ini.

http://malaysiakini.com/news/190816


Cer Teka.. Ceramah Siapakah Ini??

Posted: 01 Mar 2012 04:56 PM PST







Kahkahkah...


Ada Orang Fitnah Gani Patail..

Posted: 01 Mar 2012 07:10 AM PST

Oh...Tersangat PANASSS!!! : GANI PATAIL BEBASKAN PENJENAYAH DALAM KES TERTINGGI DAN BERPENGARUH!!!

Bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf semalam mendedahkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menggunakan kuasanya melepaskan penjenayah di dalam kes yang diklasifikasikan sebagai "amat sulit"....

Malaysiakini

Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli.

"Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap "rahsia tertinggi" dan kes yang amat sulit."


"Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut.

"Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada timbalan menteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad).

"Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli.

"Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan).

"Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk mengganggu saksi," kata Ramli lagi.

Pakatan Rakyat memang sudah lama tahu sikap buruk Peguam Negara Malaysia ni...

Tetapi disebabkan kuasa undang-undang berada di dalam tangan Gani Patail dan juga BN maka tidaklah kita boleh buat apa-apa untuk menghalangnya...

Dipetik dari - http://www.ohrakyat.org/2012/03/ohtersangat-panasss-gani-patail.html


'Penyokong BN kasari kami di majlis Najib'

Posted: 01 Mar 2012 06:48 AM PST

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lee Kee Hiong dan beberapa yang lain mendakwa mereka telah dikasari di luar SRJK (C) Bandar Sungai Long, Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut hari ini.

Lee (kiri), seorang ahli DAP, berkata beliau pergi ke sana dengan rombongan kira-kira 20 ahli dan bekas ahli majlis perbandaran itu dan penduduk, dengan memakai baju hijau, tetapi mereka dihalang oleh seorang lelaki berbaju hitam selepas pemeriksaan keselamatan dibuat oleh pihak polis di tempat kejadian.


Pada masa itu, seseorang berteriak kepada kumpulan itu 'Bos kata tidak boleh masuk' dan menurut Lee, beliau, seorang anggota kumpulannya menjawab bahawa mereka hanya ke situ untuk makan.

Mereka kemudiannya didatangi kira-kira 30 hingga 40 orang, yang didakwanya memakai baju BN dan 1Malaysia, dan mengkasari empat orang dalam kumpulannya.

Lee berkata, polis yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikannya, tetapi tidak mampu menghalang kumpulan yang ramai itu.

"Sejak (menyertai politik pada) 1993, inilah kali pertama saya rasa dilindungi oleh polis," kata Lee ketika dihubungi.

Beliau bimbang keadaan mungkin menjadi bertambah buruk sekiranya pihak polis tidak menghalangnya.

Lee mendakwa ketika kejadian itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar muncul dan menjerit 'Mengapa datang nak buat kacau?"

Seseorang menjawab yang mereka mendapat risalah yang menyatakan 'semua dijemput' dan menambah "kami hanya mahu makan, mengapa tak boleh?"

Seorang yang didakwa Lee sebagai pembantu kepada Noh, telah menolaknya.

Polis akhirnya mengiringi Lee dan kumpulannya beredar dari situ.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Noh tetapi tidak berjaya.

http://malaysiakini.com/news/190807


Umno Pasir Mas Lemah Dan Ketandusan Pemimpin

Posted: 01 Mar 2012 06:43 AM PST

PASIR MAS - Umno bahagian sedia memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali bertanding atas parti itu dalam pilihan raya umum ke 13, kata seorang AJKnya. "Kalau Datuk Seri Najib (Tun Razak) setuju, kita akan terima. Asal calon boleh menang, kita boleh terima. "Jika Najib pilih Tok Him (Ibrahim) bertanding atas tiket Umno, kita terima," katanya.

Perdana Menteri akan mengadakan program bersama rakyat di Pasir Mas, petang esok.

Beliau berkata, ahli parlimen bebas Pasir Mas itu lebih sesuai bertanding di atas tiket Umno kerana presiden NGO Perkasa itu pernah menjadi ahli Parlimen Umno sebelum ini.


Pada tahun 1990, Ibrahim memenangi parlimen Pasir Mas atas tiket parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dipecat

Pada tahun 2006, beliau ketika itu ketua Umno Pasir Mas dipecat dari parti ekoran tindakannya bertanding atas tiket pilihan raya kecil negeri Pengkalan Pasir.

Pada pilihan umum lalu, PAS memberi beliau peluang atas tiket parti dan mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Rahim Rahman.

Beliau, bagaimanapun mengisytiharkan sebagai ahli parlimen bebas selepas itu atas alasan tidak sesuai dengan dasar PAS.

Kata AJK Umno itu, jika Ibrahim sayang orang Pasir Mas, beliau perlu bertanding atas tiket Umno.

Bagaimanapun, usaha menghubungi Ibrahim gagal kerana panggilan telefonnya tidak berjawab.

- freemalaysiatoday



Anwar Macam Iblis

Posted: 01 Mar 2012 04:04 AM PST



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.

"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.

"Dia sekarang kata bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)," kata Nazri ketika ditanya tentang tindakan kementerian luar menyiarkan tiga surat Dr Mahathir kepada kerajaan Israel ketika pentadbirannya.

"Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang berkata keselamatan Israel itu penting."


Isu Lynas - Siapa Bodoh Dan Yang Diperbodohkan..?

Posted: 01 Mar 2012 01:49 AM PST

Kabinet setuju pulang sisa nadir bumi ke Australia

Walaupun ditolak kerajaan Australia, Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan empat menteri supaya sisa dari loji nadir bumi Lynas dihantar pulang ke Australia.

Kerajaan akan menulis surat kepada kerajaan Australia tidak lama lagi untuk menyampaikan pendirian tersebut, katanya kepada akhbar Cina hari ini selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet.

Menurut News Oriental Daily, Liow berkata, kerajaan hanya akan memberikan lesen operasi kepada Lynas jika ia memenuhi kriteria tersebut.


"Kalau Lynas tidak boleh memberi jaminan, kita tidak akan luluskan (lesen operasi)," Liow dipetik sebagai berkata.

Mengenai keengganan Australia untuk menerima sisa tersebut, Liow sekali lagi menolak isu itu kepada Lynas, dengan mengatakan ia adalah masalah yang perlu diuruskan oleh syarikat Australia tersebut.

April lepas, Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain.

http://www.malaysiakini.com/news/190776



Sikap berpura-pura Dr M terdedah

Posted: 01 Mar 2012 01:40 AM PST

PETALING JAYA: Pendedahan surat-surat yang ditulis Tun Dr Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak mengesahkan kebenaran dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuktikan sikap berpura-pura Dr Mahathir selama ini.

"Ketika mantan perdana menteri itu sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai 'pro-Yahudi', secara senyap-senyap beliau mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin Zionis."


Setiausaha Agung PKR Dato' Saifuddin Nasution Ismail menegaskan demikian dalam satu kenyataan media hari ini sebagai merujuk kepada laporan akhbar tempatan yang mendedahkan surat-surat Dr Mahathir itu.

Menurut beliau, media milik Umno-Barisan Nasional (BN) menyerang Anwar dengan begitu lantang berhubung kenyataan Anwar ketika diwawancara Wall Street Journal mengenai isu Palestin-Israel baru-baru ini.

Katanya, dalam wawancara itu Anwar menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

"Kemahuan ini merangkumi Baitul Muqaddis sebagai ibu negara Palestin, kepulangan pelarian Palestin, penghentian penerokaan tanah dan pengiktirafan negara Palestin yang merdeka oleh Israel.

"Anwar juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Namun Anwar juga menolak hubungan diplomatik dengan Israel di dalam wawancara tersebut," ujar Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang.

Beliau berkata, Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan PM-PM Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin.

"Sikap ini diteruskan oleh pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak yang melantik APCO sebagai perunding mereka.

Antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

Kerajaan Malaysia juga katanya, selama ini mengambil sikap berat sebelah di dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambilkira Hamas yang telah dipilih rakyat Palestin.

"Ini membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel," tegas beliau.

Kata Saifuddin, pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan PKR selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepura- puraan ini.

"PKR akan terus menyokong usaha mencapai perdamaian yang berkekalan di Timur Tengah dan keadilan buat rakyat Palestin," tambahnya.

http://www.freemalaysiatoday.com/2012/03/01/sikap-berpura-pura-dr-m-terdedah/


Tiada ulasan: