Selasa, 13 Mac 2012

Biaqpila

Biaqpila


Panas: Kecewa Sikap Kerajaan Tangani Isu Lynas, Resort Bernilai 'RM30 Juta' Terpaksa Di Batalkan!

Posted: 13 Mar 2012 12:00 AM PDT

KUANTAN, 12 Mac - Atas kedegilan Kerajaan Barisan Nasional meneruskan projek kilang nadir bumi Lynas, sebuah projek resort di Pantai Balok yang bernilai RM30 juta akan dibatalkan. Dengan ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) merasa amat kesal atas kedegilan pihak kerajaan BN yang enggan mendengar kepada suara rakyat tetapi membiarkan pembangunan ekonomi Kuantan mengalami penganiayaan kilang racun Lynas. AJK Keadilan Pahang, Lee Chean Chung (foto) berkata, projekGold Coast Kuantan di Balok di bawah STG Group yang dianggarkan bernilai RM30 juta pada asalnya dijangka akan membawa 500 – 600 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Sebaliknya, sehingga kini Lynas hanya memberi 200 peluang pekerjaan tetapi menikmati keistimewaan tanpa cukai selama 12 tahun di samping menerima pengecualian duti setem 100 peratus dalam pembelian tanah tapak kilang. Tindakan kerajaan BN yang “Memajak harta negara, Menggadai nyawa rakyat” ini adalah sama sekali tidak boleh diterima. Menurut Pengarah STG Group, Dato’ Dr. Alex Tan Siong Seng, walaupun mereka telah membuat pelaburan sebanyak RM3 juta dalam projek itu, namun mereka terpaksa mempertimbangkan kepentingan para pelabur. “Seandainya kami meneruskan projek berkenaan, kami bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian RM3 juta, tetapi kerugian sebanyak RM30 juta yang akan kami hadapi dengan mulanya beroperasi kilang Lynas”, katanya. Di samping itu, Chean Chung juga bersetuju dengan hujah Dr Alex Tan di mana detik permulaan operasi kilang Lynas menandakan detik kemelesetan ekonomi di sekitar Balok dan Kuantan, terutamanya dalam industri pelancongan dan hartanah. “Kuantan merupakan sebuah pusat pelancongan. Seandainya kilang Lynas mula beroperasi, bidang perikanan, produk-produk lautan seperti ikan masin, industri sarang burung walet, bidang perladangan, hartanah mahupun industry pelancongan akan dilanda Kesan Domino (Domino Effect) dalam ekonomi, dan kesan ini akan berterusan dan membawa impak-impak negative yang berlanjutan", katanya.


Gara-gara menafikan bantahan rakyat maka akhirnya pelabur lari keluar

Chean Chung juga mengkritik tindakan Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan yang tidak bertanggungjawab dan enggan megakui kesan-kesan negatif yang diakibatakan oleh Kilang Nadir Bumi Asia Rare Earth (ARE) di Bukit Merah, Ipoh. “Datuk Abdul Aziz telah memberitahu rakyat bahawa tiada sebarang data di Menteri Kesihatan menandakan bahawa Kilang ARE telah mengakibatkan leukemia. Malahan beliau berkata, dalam kes terencat akal anak Lai Kuan yang pernah bekerja dalam industry nadir bumi yang lepas, kontraktor yang mengupah Lai Kuan yang harus bertanggungjawab terhadap peristiwa itu, tetapi bukan pihak kerajaan.” “Dengan teori yang sama, adakah pihak kerajaan tidak perlu bertanggungjawab seandainya sebarang penyakit telah berlaku akibat radiasi atau sisa-sisa beradioaktif di Kilang Lynas. Adakah kerajaan pada masa itu akan memberitahu: Lynas saja yang harus bertanggungjawab, tetapi kerajaan BN yang degil meluluskan kilang itu tidak perlu bertanggungjawab?”, tambah Cheang Chung.


Inilah dia projek Gold Coast Kuantan yang sedang dimajukan oleh STG Group
tetapi ia terpaksa dibatalkan akibat sikap kerajaan yang berdegil isu Lynas
Menurut Chean Chung, Abdul Aziz harus meminta maaf daripada mangsa-mangsa Bukit Merah yang menderita atau yang terkorban akibat penyakit-penyakit yang diakibatkan Kilang Nadir Bumi ARE. “Mengapakah pihak AELB masih enggan menerima hakikat, tetapi masih mengeluarkan hujah yang tidak bertanggungjawab untuk membina pusat rekreasi di tapak sisa Bukit Merah walaopun pihak Mitsubishi di Jepun telah mengakui kesilapan tersebut?” “Jelas bahawa pihak Umno dan kerajaan Barisan Nasional masih berat sebelah memperjuangkan kepentingan pihak Lynas walaupun menghadapi pelbagai fakta yang jelas serta bantahan rakyat tempatan.” “Seandainya pihak kerajaan yang berkuasa enggan menghadapi fakta-fakta yang jelas dan suara rakyat asyik ditenggelami, siapakah yang dapat memberi jaminan kepada kehidupan generasi Kuantan pada masa akan datang?", tambah beliau lagi. Cheang kini memangku Ketua PKR Cabang Indera Mahkota selepas YB Azan Ismail dilantik sebagai Pengerusi PKR Terengganu. Beliau juga adalah salah seorang dari calon PKR di DUN Semambu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti.

[Difahamkan pelaburan STG Group terhadap Gold Coast Kuantan yang bernilai RM30 juta itu melibatkan pembinaan Hotel Mall, Resort dan Kondominium. Projek telah dilancarkan pada Jun 2009 dan 60% sudah pun ditempah oleh para pelanggan. Maknanya, jika projek ini dibatalkan maka ia akan memberikan tamparan yang cukup hebat kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dan pusat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan yang tergamak membawa masuk prohek berisiko ke negeri ini menyebabkan pelaburan yang sepatutnya seperti dibidang perhotelan ini terpaksa menarik diri. Malah, difahamkan pihak agensi kewangan juga kini sudah menurunkan kadar pinjaman mereka kepada mana-mana pihak yang membeli aset-aset sekitar kawasan Balok, Cherating dan sekitarnya. Ini menunjukkan mereka juga tidak yakin dengan kenyataan MB Pahang bahawa Lynas adalah selamat. Jalan terbaik ialah kerajaan perlu mendengar suara rakyat jika mahu mereka terus dihormati. Pastikan mereka dijatuhkan pada PRU13 ini].

pahangdaily

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Kejam!! Mazlan Aliman Di Biarkan Lapar Dan Dahaga Dalam Tahanan

Posted: 12 Mar 2012 06:00 PM PDT



Tindakan Kerajaan BN Sabah yang di dalangi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menghalang saya masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul. Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang ditandatangani oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Addy Rizal bin Jamlidi telah mencabul hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia. Berkali-kali saya mempersoalkan kenapa saya di tahan dan tidak di benarkan masuk ke Sabah?





Apa kesalahan saya; apa jenayah yang saya lakukan? Mereka mengatakan tiada alasan dan sebab melainkan arahan Pihak Berkuasa Negeri!




Saya di kawal ketat, dalam keadaan lapar; bukan sahaja tidak diberi makan; segelas air pun tiada!



Saya telah membuat laporan Polis di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan di hantar balik melalui penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam tadi.



Hampir dua tahun yang lalu, regim Taib Mahmod juga telah memperalatkan Imigresen untuk menghalang saya masuk ke Sarawak.



Saya berkeyakinan ini semua berpunca dari kebimbangan dan ketakutan regim Musa Aman dan Taib Mahmod dari kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman Kerajaan BN.



Isu rampasan tanah Adat atau NCR berleluasa dan sangat kritikal. Kuasa Ketua Menteri sangat besar; sewenang-wenangnya tanah yang di duduki dan di usahakan penduduk puluhan tahun di rampas. Kononnya penduduk menceroboh kawasan hutan simpan dan tadahan air.



Ada rumah penduduk yang dibakar, kebun di sodok oleh jentolak, tanaman musnah dicincang lumat oleh anggota penguatkuasa kerajaan negeri seperti Jabatan Hutan dll.



Peliknya; kawasan yang dirampas di beri pula kepada syarikat-syarikat kroni atas nama pembangunan. Rakyat menderita dan hilang pergantungan.



Hatta; menuntut hak di Mahkamah pun di tangkap, dipukul dan di penjarakan seperti yang berlaku di Pensiangan.



Saya mengetuai Lajnah(Biro) Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat bersama rakan-rakan berulang alik ke Sabah Sarawak secara konsisten bertahun lamanya. Turun ke kawasan Pedalaman dan menyaksikan penderitaan rakyat.



Kemiskinan tegar, kemunduran melampau, sangat kurangnya kemudahan asas dan tersiksanya rakyat akibat cengkaman regim BN yang menindas rakyat. 20 tahun ke belakang jika dibandingkan Semenanjung.



Bahkan jika di ukur dengan negeri Kelantan pun seperti langit dengan bumi!

Kelantan jauh lebih maju dan membangun daripada Sabah dan Sarawak.



Saya bawa wakil penduduk ke Parlimen bertemu menteri dan pimpinan BN dan Pakatan Rakyat. Kita iringi mereka membuat aduan di Suhakam. Suhakam mengakui isu tanah Sabah dan Sarawak begitu kritikal dan political will pimpinan BN untuk menyelesaikannya sangat menyedihkan. Laporan Polis, serahan memorandum, bawa kes ke Mahkamah dan apa ruang telah kami lakukan.



Himpunan 123



Pagi ini Himpunan 123 Bangkit di adakan di perkarangan Pejabat Ketua Menteri. Ratusan rakyat yang datang dari Tawau, Keningau, Pensiangan, Kudat, Lahad Datu, Sandakan, Sepanggar dll dengan Bas sewa khas serta pengangkutan awam di layan begitu buruk oleh Musa Aman.



Harapan tinggi rakyat yang sengsara kerana tanah mereka di dirampas untuk mengiringi pimpinan Ngo dan pimpinan etnik kaum menyerah memorandum di anggap remeh Kerajaan BN.



Adakah wajar pegawai rendah di tugaskan menerima memorandum hanya di 'tepi jalan' Wisma Negeri?



Mana pergi Musa Aman atau sekurang2nya Menteri Kanan Sabah? Hina sungguh rakyat jelata diperlaku Kerajaan Bn!



Apa salahnya di bawa masuk wakil2 Ngo dan penduduk sekurang-kurangnya di ruang tamu Wisma Negeri?



Apa salahnya Kerajaan Negeri mendengar dulu isi hati dan derita rakyat?



Ada penduduk menempuh perjalanan selama 12 jam; hanya mampu makan nasi bungkus sepanjang perjalanan, tayar kereta pancit di tengah jalan dan macam-macam kesukaran yang di alami untuk sampai ke Pejabat Ketua Menteri. Begini kesudahan layanan Musa Aman. Mana slogan ' Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan?



Perjuangan rakyat akan di teruskan. Seperti slogan penduduk Sabah; 'Tanah adalah nyawa kami, tanah adalah kehidupan kami.'



Kami tidak akan putus harapan dan patah semangat. Regim Musa Aman wajib di tumbangkan! ~harakahdaily


addin77

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: