Anak Sungai Derhaka |
- Guan Eng jual tapak Masjid?.. Shaik Hussein!! Bodoh tu jangan tunjuk sangat kat orang ..
- Noh ditanya apakah dasar Kementeriannya akan berubah jika PR berkuasa?.. err.. cantik jam Noh.. berapa harga?
- Mahathir Kecam Amerika kerana Najib hentikan import minyak Iran..
- BUKTI UMNO merayu minta sokongan Israel anjur sidang gas
- UMNO memerintah atas kebodohan rakyat kata Aziz Bari
Guan Eng jual tapak Masjid?.. Shaik Hussein!! Bodoh tu jangan tunjuk sangat kat orang .. Posted: 29 Mar 2012 08:15 AM PDT Kadang-kadang tertanya-tanya juga aku kenapa pihak UMNO Pulau Pinang sering memainkan isu yang bukan satu isu sebenarnya atau isu yang cuba diketengahkan itu sebenarnya hanya mengketengahkan kebodohan mereka sendiri. Dalam hal pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang dituduh menjual tapak masjid yang telah diluluskan dalam pelan pembangunan asal Bayan Mutiara kepada pihak pemaju ini sekali lagi mereka menyerlahkan kebodohan mereka. Yang telah memutarbelitkan isu ini ialah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang sendiri iaitu IR Shaik Hussein, beliau telah menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak tersebut. Shaik Hussein berkata, mengikut pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006, pelan kebenaran merancang fasa satu Bayan Mutiara mempunyai pelbagai jenis perumahan turut merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti, tapak sekolah dan tapak masjid. Namun, beliau berkata, selepas Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 41.6 hektar itu dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat Ivory Group, projek pembangunan itu tidak termasuk dengan pembinaan tapak masjid dan sekolah. Ini sikit penjelasan yang rakyat Pulau Pinang dan seluruh rakyat Malaysia perlu ketahui.. Bagi setiap kawasan yang pembangunannya mempunyai 1200 atau 1500 buah rumah, pihak pemaju perlu menyediakan tapak untuk Masjid dan juga Sekolah di dalam pelan pembangunan (Master Plan) mereka. Ini adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh Pemaju bagi membolehkan perancangan mereka diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran. Namun begitu 'Master Plan' tersebut hanya diluluskan kepada Pihak Pemaju yang mencadangkan rancangan pembangunan mereka, dan jika tapak cadangan mereka telah dijual, Pihak yang membeli tanah tersebut perlu menyediakan perancangan pembangunan mereka sendiri pula kerana Pelan Pembangunan asal telah tidak boleh diguna pakai lagi. Dalam hal ini pelan asal Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006 tidak lagi boleh digunapakai kerana tanah telah dijual kepada syarikat Ivory Group. Terpulang kepada Tuan Tanah yang baru bagaimana hendak digunakan tanah tersebut sesuai dengan kanun tanah negara dan selaras dgn keperluan dan syarat pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang . Syarat-syarat ini juga tertakluk kepada bilangan unit, jenis unit dan sebagainya. Oleh itu tidak timbul soal tapak untuk Masjid atau Sekolah dijual kerana selagi pembangunan belum dilaksanakan tanah untuk dibina Masjid atau Sekolah tidak akan dipindah milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang atau Kementerian Pelajaran. Pemindahan milik kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk Masjid dan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah pula hanya dilakukan apabila Sijil Layak menduduki (CF) dikeluarkan.. Dan perlu kita fahami juga bahawa tapak yang dicadangkan oleh pemaju atau pemilik asal pelan pembangunan itu iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tidak mungkin sama dengan tapak yang dicadangkan oleh pemaju yang mengambil alih tapak yang hendak dibangunkan itu iaitu Syarikat Ivory Group.. Sekali lagi Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein mempamirkan kebodohannya dalam menyerang pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang!! Bagaimana beliau boleh menuduh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjual tapak Masjid sedangkan tapak Masjid yang telah dicadangkan oleh pemaju itu adalah milik pemaju dan hanyalah cadangan yang pasti berubah bila pemaju yang baru mengambil alih tapak tersebut. Ianya hanya menjadi milik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) setelah Masjid tersebut diserahkan oleh pemaju setelah sijil layak menduduki diperolehi.. Itulah… aku kata kat hangpa orang bodoh saja dalam UMNO ni, hangpa tak percaya.. tengok bodoh tak Ketua Pemuda UMNO tu?? Mahathir pun kata dalam UMNO sekarang cuma ada golongan bodoh saja.. tak percaya baca kat SINI Berkenaan dengan pemilikan tanah oleh Ivory tu pula kalau nak tahu samada ianya diberikan secara rundingan terus (direct nego) atau tender terbuka sila baca di SINI Shaik.. takkanlah pasai depa dah scrap pelan Masjid yang jang lukis untuk PDC dulu tu hang nak marah kot.. apa susah hang bawak balik plan tu, hang buatlah Masjid yang dah lukis tu di Bagan.. ***************************************** Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri PulauPinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 29.3.2012 Tidak Akan Komen Mengenai Fitnah PemudaUMNO Pulau Pinang Yang Berulang-Ulang Tetapi Akan Mengambil Tindakan MahkamahUntuk Mencegah UMNO, Utusan Malaysia Dan Akhbar-Akhbar Lain DaripadaMengapi-Apikan Sentimen Perkauman Dan Agama Untuk Melemahkan Kerajaan Negeri PRPulau Pinang. Saya tidakakan memberi komen mengenai fitnah Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berulang-ulangtetapi akan mengambil tindakan mahkamah untuk mencegah UMNO, Utusan Malaysiadan akhbar-akhbar lain daripada mengapi-apikan sentimen perkauman dan agamauntuk melemahkan Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang. Saya telah cuba untuk sabarapabila UMNO menggunakan retorik perkauman dan agama untuk melemahkankepimpinan saya dan juga Kerajaan Negeri PR. Tetapi, permainan yang bahaya inisudah melintasi had dengan fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ShaikHussein Mydin bahawa saya telah menjual tanah masjid. UtusanMalaysia telah menyiarkan kata-kata tidak beradab yang menyerang saya denganfitnah bahawa saya telah menggadai tanah masjid. Ini bukan kali pertama UMNOmembuat dakwaan fitnah terhadap saya. Sebelum ini, Shaik Hussein denganpemimpin-pemimpin UMNO lain telah menyerang saya dengan fitnah bahawa sayatidak menjual tanah 102.6 ekar Bayan Mutiara melalui tender terbuka. Beliauterus memfitnah demikian walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak pemajusudah mengemukakan bukti bahawa tanah tersebut telah dijual melalui tenderterbuka. Shaiktelah meneruskan fitnahnya dengan menuduh bahawa saya menyatakan tidak perlusokongan kaum India. Apabila fitnahnya dibuktikan salah, Shaik bukan sahajaenggan memohon maaf seperti yang dijanjikan tetapi beralih kepada fitnah lainbahawa saya telah melenyapkan tanah masjid. Fitnah kali ini sangat bahayakerana ia menyentuh sentimen agama dan bertujuan untuk menimbulkan kebencianorang Islam terhadap saya sebagai seorang pemimpin bukan Islam. Apabilatanah 102.6 ekarBayan Mutiara telah dijual melalui tender terbuka, geran tanah tidak dipecahsempadan tetapi dijual secara menyeluruh. Pihak pemaju hanya akan memecahsempadan geran selepas pelan baru diserahkan kepada MPPP untuk kelulusan.Apabila pelan baru dan pemecahan sempadan geran belum lagi dibuat, bagaimanaUMNO boleh mendakwa bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual ataudilenyapkan? UMNO mesti ingat bahawa syarat-syarat biasa untuk sekolah dantempat-tempat beribadat seperti surau atau masjid yang diwajibkan oleh pihakberkuasa tempatan semestinya akan termasuk dalam apa-apa projek pembangunan. UMNO hanyaboleh mengatakan bahawa tanah masjid atau sekolah telah dijual atau dilenyapkanjika pelan baru oleh pemaju telah diluluskan oleh MPPP tanpa ada tanah masjidatau sekolah. Sebagai kerajaan berjiwa rakyat, PR Pulau Pinang selalu memegangkepada prinsip asas untuk TIDAK membenarkan tanah yang diperuntukkan untuksekolah, tempat-tempat beribadat, masjid, surau, gereja, kuil Cina, Hindu atauBuddhist untuk hilang begitu sahaja. Dengan mengulangifitnah dan mengapi-apikan ketegangan kaum dan agama, UMNO ingin menimbulkankebencian perkauman dan agama terhadap saya sebagai Ketua Menteri dan jugaKerajaan Negeri PR. Fitnah yang berasaskan kepalsuan ini terhadap seorang bukanMelayu dan bukan Islam menunjukkan bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yangbertujuan untuk menipu rakyat untuk mengundi parti-parti perkauman ekstrim BNdalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Lim Guan Eng | ||||
Posted: 29 Mar 2012 04:57 AM PDT
Sesiapa yang menyaksikan rancangan tersebut pasti akan menyedari yang Noh Omar lebih banyak meletakkan tangan kirinya dibawah meja dari meletakkannya diatas meja.. Itu menyebabkan ada sahabat yang call aku suruh tengok jam dia.. pasal katanya mahal ooo...
Soalan PR kuasai Putrajaya di majlis dialog Noh Omar KOTA BHARU, 29 Mac: Setiap kakitangan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) dikehendaki menandatangani kedatangan pada program bersama menteri di sini, pagi tadi. Program itu dikenali Perhimpunan Bulanan Bersama Menteri diadakan di Tanjung Chat dekat sini. Turut hadir Pengerusi Kada, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat. Ketika dialog diadakan tiba-tiba Datuk Seri Noh Omar diajukan soalan antara lain berbunyi "adakah dasar kementerian akan berubah sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrjaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti." Bagaimanapun menurut beberapa pegawai yang hadir, menteri tidak menjawab soalan tersebut, sebaliknya menjelaskan tidak mungkin Barisan Nasional (BN) tumbang di Putrajaya. Sebaliknya sepanjang program berlangsung Noh menggunakan kesempatan memburukkan kerajaan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Dakwa mereka menteri terbabit lebih banyak mengapi-api isu perkauman dengan mengulangi kenyataan lama, PAS menjadi alat kepada DAP. "Menteri juga memberitahu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya ada kakitangan di bawah agensi pertanian persekutuan mensabotaj kerajaan BN pada pilihan raya umum nanti," kata mereka. Pada sebelah petang Noh merasmikan program MoA Bersama Rakyat di padang awam Taman Guru di Pintu Geng. Ekspo pertanian itu berlangsung sehingga 31 Mac ini. Sementara itu sumber lain pula mendakwa Terminal Agribisnes Negara (TEMAN) yang baru beroperasi di Tunjung bakal ditukar nama kepada Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Wakaf Che Yeh. TEMAN diwujud hasil cetusan idea Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi Perdana Menteri dan majlis pecah tanah dilakukan sebelum pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun TEMAN yang kini diurus di bawah FAMA disebut-sebut bakal dikendalikan pula di bawah Kementerian Luar Bandar bagi menyelaras gagasan Perdana Menteri dengan slogan 1Malaysia. Baru-baru ini media melaporkan Datuk Seri Najib Razak dijadual merasmikan RTC di Kota Bharu pada 4 Mei depan. Harakahdaily | ||||
Mahathir Kecam Amerika kerana Najib hentikan import minyak Iran.. Posted: 29 Mar 2012 01:47 AM PDT Dengan melantik Apco sebagai penasihat kerajaan Malaysia, Iran yang dianggap musuh Amerika dan Israel turut menjadi musuh Malaysia. Ini menunjukkan Malaysia tunduk terhadap lobi Israel dan Amerika Syarikat. Bagi menunjukkan atau memperbodohkan rakyat, Tun Mahathir membidas tindakan Amerika Syarikat (AS) yang kononnya memaksa negara lain untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran dengan memberhentikan pengimportan minyak negara terbabit sedangkan Malaysia adalah negara yang merdeka. Untuk mengimport atau tidak itu adalah hak Negara kita kerana Negara kita bukanlah tanah jajahan Israel atau Amerika Syarikat.. Tidak terfikirkah Najib dengan menghentikan import minyak dari Iran itu, Negara kita yang dikatakan Negara Islam telah menindas Negara Islam yang lain.. ****************************************** Tun Mahathir kecam Amerika sekat minyak Iran. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang memaksa negara lain untuk melaksanakan sekatan ekonomi terhadap Iran dengan memberhentikan pengimportan minyak negara terbabit. Sambil menyatakan tindakan itu tidak wajar, beliau turut menegaskan keadaan itu akan menimbulkan suasana tegang dari skop ekonomi. "Saya tidak bersetuju dengan cara Amerika Syarikat yang mahu melaksanakan sekatan terhadap minyak Iran sedangkan orang lain enggan berbuat demikian. "Sekiranya negara lain enggan berbuat demikian, mereka akan mengambil tindakan umpamanya menyekat dagangan, mata wang dan pelbagai lagi. "Amerika Syarikat hendak buat sesuatu buatlah tetapi mengapa perlu paksa negara lain. Cara mereka seolah-olah membuli negara seperti kita tetapi dia tidak berani lakukan terhadap China, India ataupun Eropah," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Simposium bertajuk Budaya Global Menghasilkan Perpaduan Sejagat di sebuah resort di Melaka semalam. Dr Mahathir berkata, kenaikan harga minyak yang berlaku juga disebabkan oleh AS. "Amerika patut bayar semua kenaikan yang berlaku dan tidak sepatutnya rakyat yang menanggung semua ini. "Ini tidak adil bagi negara miskin yang terjejas disebabkan kenaikan harga minyak sehingga banyak syarikat penerbangan mengalami gulung tikar," katanya. Beliau berkata, di Malaysia terdapat subsidi harga minyak yang diberikan kerajaan, namun ia akan meningkat sekiranya harga minyak terus naik. "Apa yang dilakukan terhadap Iran hampir sama dengan apa yang dilakukan terhadap Iraq sebelum ini dengan menggunakan alasan kononnya negara terbabit ada membangunkan nuklear," katanya. Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April iaitu dua bulan sebelum sekatan AS berkuat kuasa. - Sinar Harian | ||||
BUKTI UMNO merayu minta sokongan Israel anjur sidang gas Posted: 28 Mar 2012 11:36 PM PDT Selepas mendedahkan hubungan dagangan Malaysia dan Israel, KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti membongkar penglibatan Malaysia melobi negara Zionis itu untuk mendapatkan sokongan penganjuran Persidangan Gas (WGC) yang akan berlangsung pada Jun 2012. Setiausaha Agong KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan surat daripada Persatuan Gas Malaysia (MGA) kepada Institut Petroleum dan Tenaga Israel bertarikh 6 September 2005 menunjukkan Malaysia merayu Israel bagi menyokong negara ini menjadi tuan rumah persidangan tersebut. "Pendekatan merayu bantuan Israel mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjuran pula dikendalikan WGA yang diwakili Petronas dan dinasihati bekas Perdana Menteri Tun Mahathir. "Malah KEADILAn mempunyai bukti Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenai pendekatan Malaysia merayu sokongan Israel untuk mendapatkan hak penganjuran tetapi merestui sahaja pendekatan ini," dedahnya di lobi Parlimen hari ini. Sidang media itu turut dihadiri Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli. Bermula 4hingga 8 Jun 2012, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada persidangan WGC yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia. Menurut Saifuddin, penganjur WGC dipilih oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa yang turut diangotai Israel, Rusia, Brunei dan Indonesia. Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pada surat melobi Israel itu, Malaysia turut menawarkan untuk mengurus penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke persidangan IGU di Tianjun China. "Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. "Malah pendedahan kali ini membongkar hipokrasi Umno dalam hubungan dengan Zionis kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untyuk mengadakan hubungan diplomatik malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan Israel," katanya - KeadilanDaily Kenyataan Media. Keterlibatan Kerajaan Malaysia Merayu Kepada Badan Israel Untuk Mendapatkan Sokongan Penganjuran Persidangan Gas Dunia KEADILAN mempunyai bukti kukuh termasuklah laporan, surat menyurat dan dokumen-dokumen lain yang mengesahkan sikap talam dua muka Umno yang secara diam-diam merestui hubungan dua hala di antara Malaysia dan Israel sedang ia menyerang Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel. Tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang melantik APCO yang diketuai tokoh-tokoh yang rapat dengan Israel mengesahkan lagi wujudnya hubungan baik di antara Umno dan Israel. Malah, sikap ini turut menular di dalam dasar luar negara seperti yang ditentukan oleh Wisma Putra. Hari ini, KEADILAN akan membongkarkan bagaimana Umno dan pimpinannya mengambil sikap berbaik-baik malah memohon bantuan dari Israel, walaupun secara rasminya Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut. Bermula 4 hingga 8 Jun 2012, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Gas Sedunia (World Gas Conference) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. Persidangan ini adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia. Penganjuran Persidangan Gas Sedunia dipilih melalui undi oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa (International Gas Union) yang turut dianggotai oleh negara-negara seperti Malaysia, Israel, Russia, Brunei, Indonesia dan banyak negara lain. KEADILAN boleh mengesahkan bahawa semasa Malaysia melobi untuk mendapatkan hak menganjurkan persidangan ini dalam tahun 2005, Malaysia telah merayu bantuan Israel untuk menyokong cadangan Malaysia menjadi tuan rumah. Malah, Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan IGU di Tianjin, China. Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh PETRONAS dan dinasihati oleh Tun Mahathir. Malah, KEADILAN mempunyai bukti bahawa Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenai pendekatan Malaysia merayu sokongan dari Israel untuk mendapatkan hak penganjuran tetapi merestui sahaja pendekatan ini. Bersama-sama ini disertakan satu surat dari wakil Malaysia kepada wakil Israel yang mengesahkan bahawa Wisma Putra telah merestui pendekatan merayu bantuan dan sokongan Israel demi mendapatkan hak penganjuran sebuah persidangan antarabangsa. Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel. Malah, pendedahan kali ini membongkarkan hipokrasi tertinggi Umno dan pimpinan mereka dalam isu hubungan dengan Israel kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untuk mengadakan hubungan diplomatik, malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan dari Israel. KEADILAN mendesak penjelasan dari Wisma Putra dan Tun Mahathir Mohamad mengenai pendirian yang telah diambil sehingga merestui pendekatan pihak penganjur Persidangan Gas Sedunia yang merayu bantuan dan sokongan Israel, kerana ini bertentangan dengan solidariti rakyat Malaysia dengan perjuangan rakyat Palestin. KEADILAN akan terus menyiarkan dokumen-dokumen dan surat-menyurat bagi membuktikan bagaimana pimpinan Umno terlibat secara langsung di dalam perkara ini. DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, SETIAUSAHA AGONG KEADILAN MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN 29 MAC 2012 *Dokumen dibekalkan oleh Rafizi Ramli, sila copy dan sebarkan* | ||||
UMNO memerintah atas kebodohan rakyat kata Aziz Bari Posted: 28 Mar 2012 04:30 PM PDT Alahaiii.. aku ingatkan hanya Tun Mahathir yang berkata UMNOkini dikuasai oleh golongan kurang cerdik dan kurang pandai.. rupa-rupanya DrAbdul Aziz Bari pun mengatakan perkara yang sama.. Semalam Sinar Harian melaporkan Tun Mahathir telah berkata "UMNOdah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk UMNO" Secara tak langsung Tun Mahatir mengakui yang ada dalam UMNOsekarang ialah orang-orang yang Bodoh-bodoh belaka.. (sila baca di SINI laporanitu) Ini pula Aziz Bari berkata UMNO menang dan boleh memerintahatas kebodohan rakyat… ***************************************** Ramalan Daim boleh jadi kenyataan – Aziz BariTEMERLOH, 28 Mac: Ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa BN hanya akan memperoleh tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang perlu diberi perhatian serius kerana bukannya ramalan kosong. Pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari ketika berceramah di sini menegaskan, jika ramalan tersebut menjadi kenyataan seperti ramalan beliau pada PRU 2008, sudah tentu Pakatan Rakyat (PR) akan mara ke Putrajaya. "Daim kata BN hanya selamat di tiga negeri saja iaitu Johor, Melaka dan Pahang apa yang dikatakannya bukan ramalan kosong tetapi fakta dan ada kredibiliti kerana beliau rapat dengan saudagar, agen risikan dan badan politik. "Dulu sebelum 2008 Daim juga ramal lima negeri akan jatuh kepada pembangkang dan setelah keputusan PRU ternyata tepat. "Malah badan penyelidik Merdeka Centre yang mendapati kajian imej (Datuk Seri ) Najib (Tun Razak) naik itu mengeluarkan kenyataan jika 45 peratus undi Melayu menyebelahi Putrajaya akan dikuasai PR," ujarnya. Abdul Aziz yang berceramah di perkarangan pejabat PKR di sini kelmarin mengulas kenyataan Daim juga bekas Bendahari Umno dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini meramalkan BN hanya akan memperoleh kemenangan di tiga negeri sahaja pada PRU-13 nanti. Serentak dengan itu beliau menggesa jentera PR Pahang digerakkan segera kerana komposisi kaum di Pahang sama seperti Selangor dan jika pengundi diberi akses maklumat tidak mustahil boleh berubah. Abdul Aziz berkata, orang-orang Melayu yang kurang maklumat terpengaruh dengan propaganda kalau PR menang Cina akan memerintah atau Malaysia akan jadi republik sedangkan itu tidak betul. "Sebab itu Umno menang dan memerintah atas kebodohan rakyat. Ini terbukti tempat yang dimenangi mereka tempat-tempat yang kurang akses maklumat dan di situlah juga berlaku pelbagai masalah. "Peranan jentera penerangan ialah memberitahu rakyat kali inilah kita kena ubah jika tidak entah bila lagi. Jika tidak Umno akan lebih ganas lagi, rasuah akan lebih berleluasa lagi. "Umno takut untuk berdebat soal-soal dasar dan polisi tetapi mereka lebih mudah mengganggu ceramah PR dengan mengupah samseng-samseng. Beritahu rakyat cara politik seperti inilah yang kita kena hentikan," tambahnya lagi. Abdul Aziz mengingatkan, dalam PRU yang lalu kira-kira 1.8 juta orang Umno mengundi parti-parti Pakatan justeru beliau meminta jangan disisihkan penyokong-penyokong Umno bawahan. "Kemenangan PR bermakna kemerdekaan rakyat kali kedua dan PR perlukan 112 kerusi untuk membentuk kerajaan di mana peluang itu ada. "Tetapi orang Pahang tentulah tidak mahu sekadar menonton saja kemenangan negeri," katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang berceramah sebelum itu mendedahkan kehidupan rakyat pada masa ini begitu terhimpit dengan melambungnya kos hidup yang sudah sedia tinggi. "Harga barang naik 80 peratus sejak di bawah pemerintahan Najib dan apa jadi jika BN menang PRU kerana Najib sendiri menyebut lepas PRU cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekitar empat peratus akan dilaksanakan. "Itu kehidupan rakyat yang makin susah. Pada masa sama hutang negara sudah cecah hampir RM500 bilion yang boleh menyebabkan negara bankrap," katanya. Tambahnya dalam masa yang sama pemimpin negara berbelanja dengan boros antaranya kediaman Perdana Menteri sendiri yang menggunakan air sehingga RM40,000, elektrik RM189,000 sebulan dan baiki bilik air sehingga RM9.3 juta. Serentak dengan itu beliau menyeru rakyat membina tekad untuk membuat perubahan dalam PRU akan datang demi survival rakyat sendiri pada masa depan. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan