Anak Sungai Derhaka |
- Tun Mahathir akui hanya yang Bodoh dan Bengong kini bersama UMNO..
- Hanya kerana gambar begini, ADUN PAS Ustaz Salleh Man dituduh mahu keluar PAS?
- Scandal NFC: Tender Terbuka untuk menyelamatkan Najib?
- Rafidah samakan Sharizat dengan Pijat?
- Ayah Pin kini kembali.. tapi kenapa tidak ditangkap lagi?
- Nalla Dakwa Diugut Minta Jangan Cakap Hal Anwar .. boleh percaya ka?
- Bukti, UMNO bagi tanah milik Kerajaan kepada UMNO
Tun Mahathir akui hanya yang Bodoh dan Bengong kini bersama UMNO.. Posted: 28 Mar 2012 08:20 AM PDT Kesimpulan dari apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathirseperti yang boleh dibaca di atas ialah, setelah berpuluh tahun golonganProffesional dan cerdik pandai dihalang dari menyertai UMNO, maka UMNO kiniketandusan golongan tersebut. Oleh itu secara amnya bolehlah kita katakan berdasarkan apayang telah dinyatakan oleh Tun Mahathir juga kini apa yang tinggal di dalamUMNO adalah golongan tidak proffesional , tidak cerdik dan tidak pandai. Atau dalam bahasa mudahnya ialah golongan Bodoh dan Bangangserta Bengong yang kini bersama UMNO ini kerana sudah berpuluh tahun UMNO tidakmembenarkan golongan cerdik pandai menyertai UMNO. Selain dari itu Tun Mahathir juga menjelaskan bahawa golongan cerdik pandai tidak disokong di dalam UMNO dalam lain ayat hanya yang Bodoh dilantik memimpin UMNO. Setelah berpuluh tahun hasilnya kita telah melihat kinidimana kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO jelasmempunyai unsur-unsur Bodoh dan Bangang serta Bengong.. Antara kenyataan tersebut ialah : 1 1- Hutang negara masih tidak kritikal biarpun ianyatinggal lagi 2% untuk sama dengan KDNK negara iaitu 55%, peratus yangdibenarkan oleh Bank Negara. 2 2- Saya tidak terlibat dengan NFC dan saya tidaktahu menahu urusan NFC sedangkan mereka tidur dalam satu selimut dan satu katilyang sama. 3 3 3- Saya tidak bertanggungjawap atas perbuatan anaksaya. a 4- Mansuh PTPTN akan membebankan negara sedangkanmereka telah memansuhkan hutang Tajuddin Ramli berjumlah RM589Juta begitu saja. Dan banyak lagi kalau nak disenaraikan.. Selain dari itu segelintir bijak pandai yang tinggal didalam UMNO kini kebanyakkan dari mereka telah ditranformasikan daya fikir dantahap intelektual mereka agar sama atau setaraf dengan ternakan KeluargaSharizat.. Ini adalah penting bagi yang sedang berkuasa, keranaahli-ahli yang tahap intelektualnya setaraf ternakan keluarga Sharizat mudahdiperlembukan mereka… ************************************ Tun Dr Mahathir: Buka pintu bagi golongan profesional cerdik pandai sertai Umno 28 Mac 2012 Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno. "Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS. "Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja. "Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti. Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno. "Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya. Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya. "Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya. Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.- Bernama | ||
Hanya kerana gambar begini, ADUN PAS Ustaz Salleh Man dituduh mahu keluar PAS? Posted: 28 Mar 2012 05:07 AM PDT Hanya berdasarkan gambar di atas dan juga beberapa keping gambar di bawah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man yang juga ADUN Permatang Pasir didakwa mahu melompat Parti. Ianya telah dirakamkan di sebuah Restaurant Mee Udang, Pengkalan Tambang, Sungai Dua ketika Ustaz Salleh man secara kebetulan berada di kedai Mee Udang itu. Sememangnya ia satu spekulasi yang bodoh oleh pencacai UMNO itu kerana jika difikirkan memang tidak rasional langsung jika Ustaz Salleh Man menyatakan hasratnya mahu keluar parti kepada Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh dan Penyelaras DUN.. Selain dari memperlihatkan ianya satu tuduhan pihak yang sangat terdesak ianya juga memperlihatkan sifat ketidakcerdikan atau dalam lain ayat 'Bodoh' tuan empunya blog yang telah membuat tuduhan tersebut. Berikut adalah print screen fitnah Blogger Pencacai UMNO itu.. Jawapan dari Ustaz Salleh Man yang dipetik dari HarakahDaily.. Kerana salam di kedai kopi, dituduh lompat parti KUALA LUMPUR, 28 Mac: Hanya kerana bersalam dengan Ketua Pemuda Umno, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) dituduh mahu melompat parti. Salleh yang kebetulan berjumpa dengan pemuda Umno itu ketika sedang menjamu selera di sebuah kedai mi udang di Sungai Dua. "Ketua Pemuda Umno datang jumpa saya, bagitahu abang iparnya sudah meninggal dunia, dan memang saya kenal sebab duduk satu kampung," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily. Beliau baru pulang dari Mekah dan tidak mengetahui kematian abang ipar Pemuda Umno berkenaan. Semasa menghubungi Harakahdaily, kedengaran beliau ceria dan bergelak tawa sebaik sahaja diajukan dakwaan itu. Kebetulan pula, menurut beliau, pemuda dan wanita serta puteri Umno pun menjamu selera di kedai yang sama. "Mungkin mereka yang ambil gambar saya bersalam dengan pemuda Umno sudah membuat persepsi saya keluar PAS. Ingat senang-senang ke nak lompat parti? Tuduhan tak kena orang," katanya. Salleh yang menganggap tuduhan itu sangat terdesak dan mempamerkan ketidakcerdikan orang yang melaporkan tanpa bersandarkan kepada sumber yang tepat. "Saya minta, rakyat Pulau Pinang jangaan terpengaruh dengan dakyah Umno. Mereka tidak ada modal. Saya dan PAS Pulau Pinang berdiri teguh dengan Pakatan Rakyat di bawah pentadbiran Lim Guan Eng," katanya yang meminta pihak berkenaan tarik balik kenyataan itu. Salleh Man menafikan spekulasi bahawa beliau merancang untuk melompat atau meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinan DAP. Adun Permatang Pasir berkata, dakwaan itu dibuat oleh "budak Umno" yang menangkap gambarnya bersama Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said dan penyelaras BN Permatang Pauh, Rahim Man. Saleh berkata, mereka hanya bersalaman dan tidak banyak bercakap sebelum beliau beredar selepas mendapati sekumpulan anggota Puteri Umno mengadakan pertemuan di situ. Dan ini adalah Blog Pencacai UMNO yang menyebarkan fitnah itu.. Link tak perlu... | ||
Scandal NFC: Tender Terbuka untuk menyelamatkan Najib? Posted: 28 Mar 2012 01:53 AM PDT Mungkin ada yang sudah terlupa, ketika pendedahan mengenai Scandal Fidlot ini baru bermula Noh Omar menjelaskan bahawa penganugerahan projek berkenaan dibuat tanpa melanggar apa-apa peraturan. "Ya, apa salahnya kalau dia meniaga dan dia bukan kerja direct nego (rundingan terus)?" soal Noh kembali ketika ditanya mengenai projek yang menurutnya telah dianugerahkan melalui "tender terbuka" itu. Noh bagaimanapun bersetuju bahawa projek berkenaan telah diberikan secara tender terhad. "Cara pemilihan syarikat yang dipilih untuk program National Feedlot ini bukan diberi secara rundingan terus. Semasa dibuka projek ini, ada enam syarikat buat persembahan kepada pihak jawatankuasa," katanya – dipetik dari Malaysiakini Kini setelah segalanya berjalan tunggang langgang sekali lagi Kerajaan UMNO/BN akan membuka membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) pula.. Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini. Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan, lapor Bernama. Eloklah tu… buat open tender sekali lagi .. panggil 5 atau 6 syarikat kroni kemudian anugerahkan kepada salah seorang dari mereka.. bila dah lingkup, buat lagi open tender.. ulang perkara yang sama.. Tak apa .. dana dari EPF ada banyak lagi.. ************************************** Berikut adalah kenyataan Media dari Pengarah Strategik PKR TENDER BARU UNTUK MENGENDALIKAN NFC BERTUJUAN MENUTUP KESALAHAN PERDANA MENTERI KEADILAN membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit. Beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan termasuklah: 1. 1) Pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri; tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa; bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan; 2. 2) Pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri; tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat. Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin. Persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karib beliau, Dato' Seri Shahrizat Jalil. Tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah. Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak. KEADILAN berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ini cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri. Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC. Hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil. Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan. MOHD RAFIZI RAMLI PENGARAH STRATEGI KEADILAN 28 MAC 2012 | ||
Rafidah samakan Sharizat dengan Pijat? Posted: 28 Mar 2012 12:15 AM PDT Katanya, isu berkenaan tidaklah terlalu besar sehingga "kelambu BN" itu patut dibakar atau dibuang dalam pilihan raya. "Kerana kelambu BN, memanglah ada lubang di sana sini, maklumlah, tapi kelambu ini jangan dibuang, kalau ada lubang bantu baiki balik. "Kalau ada pijat di dalam itu yang hendak mengacau kita itu kerja kita (untuk) buang pijat tapi kelambu jangan dibuang," katanya lagi dalam satu pertemuan bersama penggiat media sosial di Kuala Lumpur malam tadi. Kenyataannya mengenai "pijat" itu mencuit hati para hadirin apabila beliau pada masa sama ditanya mengenai tegurannya kepada ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang popular dengan nama timangan "Kak Ijat." Jelasnya, gesaannya kepada Shahrizat supaya meletak jawatan daripada jawatan kabinet itu dibuat demi keuntungan parti dan bukannya untuk mendapatkan jawatan itu semula. Beliau juga membuat teguran demikian kerana jentera parti perlu bekerja untuk menjelaskan isu melibatkan syarikat National Feedlot Corporation (NFC) yang diusahakan keluarga Shahrizat. "Awal-awal saya kata kepada Shahrizat, kalau dia membebankan parti ambil keputusan supaya parti kita dapat terlepas daripada kejejasan. "Mungkin dia fikir tak terjejas, itu terpulang kepada orang yang tahu dia dan maklum. Tapi kalau saya bercakap lain pandangannya," kata Rafidah lagi. Bagaimanapun, tambahnya, beliau terkejut apabila menerima satu SMS apabila mengeluarkan kenyataan tersebut. "Bila saya kata suruh dia letak jawatan tempoh hari, saya dapat SMS, 'dah tua bangka ni, hendak lagi jawatan tu.' "Dia kata memanglah saya suruh dia resign sebab saya hendak balik jawatan itu," katanya lagi tanpa mendedahkan nama pengirim SMS tersebut, ketika ditanya dalam program berkenaan. Jelasnya, beliau menyatakan teguran berkenaan memandangkan beliau mendengar sentimen di akar umbi dan mendengar cakap-cakap di sekelilingnya mengenai isu itu. "Saya duduk kat rumah itu bukan saya tak dengar orang bercakap. Bila saya ditanya pemberita, saya jawab. Kalau saya tak mahu jawab, saya kata 'no comment'. "Bila saya kata begitu sebab kita kena jelaskan. Bukan saya saja, orang GERAKAN pun kata 'aiya, banyak susah mau explain'," kata Rafidah lagi. Selain Rafidah, turut lantang menyuarakan kritikan ke atas Shahrizat sebelum ini ialah naib ketua pergerakan itu, Datuk Kamilia Ibrahim yang menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan. Shahrizat bagaimanapun mendapat sokongan padu daripada presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan juga pemimpin tertinggi Umno supaya mengekalkan jawatan tersebut. Selain itu Rafidah turut ditanya mengenai tindakan Shahrizat yang mencabar beliau untuk jawatan ketua Umno dalam pemilihan parti Mac 2009, walaupun selepas beliau berjanji untuk menyerahkan jawatan tersebut kepada Shahrizat. Rafidah ditanya demikian memandangkan Shahrizat kini dilanda pelbagai kontroversi melibatkan projek NFC dan juga tewas di kerusi parlimen, sedangkan beliau sendiri masih tetap terpilih di kerusi Kuala Kangsar pada pilihan raya 2008. "Saya tak tahu apa yang berlaku pada orang, tapi masa saya kalah lawan ketua wanita, tak jadi masalah buat saya, tak jadi kudis kepada saya. "Tapi kita dah janji kan, ada peralihan pada bulan Jun (2009). Dia hendak lawan juga. Jadi saya kata kita lawanlah. Kalah menang Tuhan menentukan. "Kalah tak jadi masalah buat saya, jawatan ini bukan hendak dibawa ke kubur. Tapi saya tak jadi ketua saya risau juga pada wanita Umno," katanya yang menegaskan bahawa beliau "tidak ada rasa pun" untuk menjawat jawatan itu sekali lagi. Malaysiakini | ||
Ayah Pin kini kembali.. tapi kenapa tidak ditangkap lagi? Posted: 27 Mar 2012 10:06 PM PDT Ayah Pin kini dilaporkan telah kembali semula ke daerah kelahirannya di Besut setelah sekian lama dikatakan menjadi buruan pihak berkuasa. Malangnya kini beliau berada dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar . Biarpun dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut namun masih tiada tangkapan keatasnya. Adakah kerana beliau lumpuh maka pihak berkuasa tidak menangkapnya atau adakah kerana beliau seorang Ahli UMNO Cawangan Batu 13, Hulu Besut yang memegang keahlian bernombor 00791672 beliau tidak boleh ditangkap? Berita berkaitan.. Mulut herot BACHOK: Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ayah Pin yang ghaib selepas digempur pihak berkuasa kini muncul kembali, tetapi dalam keadaan menyedihkan apabila lumpuh separuh badan bahagian kanan akibat angin ahmar dan hanya mampu berjalan dengan dipimpin orang. Bagi mengubati penyakitnya itu, Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhammad, 75, kini dikatakan berulang-alik dari tempat tinggalnya di Batu 13, Hulu Besut ke Bachok untuk berurut dengan seorang tukang urut.
Setiap kali datang berurut, Ayah Pin ditemani dua isterinya serta seorang anak perempuan berusia belasan tahun dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna gelap. Keadaan terbaru Ayah Pin itu disahkan adiknya, Abdul Rahman Muhamad, 64, yang kerap dikunjungi abangnya itu ketika datang berurut di Bachok. Abdul Rahman berkata, abangnya itu diserang angin ahmar ketika minum di sebuah gerai di Batu 13, Hulu Besut bulan lalu. myMetro | ||
Nalla Dakwa Diugut Minta Jangan Cakap Hal Anwar .. boleh percaya ka? Posted: 27 Mar 2012 08:58 PM PDT KUALA LUMPUR – 'Jangan bercakap mengenai Anwar dan jangan beri sebarang kenyataan kepada media. Jika tidak anda akan dipukul'. Itu antara ugutan diterima oleh Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan semasa didatangi dua lelaki tidak dikenali petang semalam. Insiden ugutan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual. Menurut Nallakaruppan, dua lelaki berkenaan telah mendekati dan mengugut mahu memukulnya jika berterusan bercakap mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu semasa berada di sebuah kedai di Bukit Tunku di sini pada pukul 3 petang semalam. Beliau yang bimbang perkara buruk menimpanya dan keluarga membuat laporan di Balai Polis Sentul di sini pada pukul 12 tengah malam tadi. "Dua orang mendekati saya. Dia orang kata 'awak tak usah cakap Anwar punya hal, Suresh Kumar (pemimpin PKR) punya hal, jangan bagi kenyataan akhbar "Dia orang menakutkan saya. Jadi saya sudah buat laporan polis. Saya buat laporan untuk keselamatan keluarga saya," katanya ketika ditemui di Balai Polis Sentul pada awal pagi ini iaitu selepas dua jam membuat laporan dan diambil keterangan. Menurut Nallakaruppan, selain didatangi dua lelaki berkenaan, beliau turut menerima ugutan berkaitan perkara sama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada hari sama. Pada 20 Mac lalu, Nallakaruppan membuat kenyataan mendakwa mempunyai bukti kukuh mengaitkan Anwar yang juga bekas rakan karibnya itu sebagai biseksual dan disiarkan oleh Utusan Malaysia. Berikutan kenyataan tersebut, Anwar melalui peguamnya memberi notis kepada Nallakaruppan mengarahkannya berhenti bercakap mengenai perkara itu dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam. Desakan Anwar bagaimanapun tidak diendahkan oleh Nallakaruppan, malah mencabar Ketua Pembangkang itu agar segera menyamannya. Sebagai reaksi balas, Anwar diwakili peguam, R. Sivarasa pada pukul 10.30 pagi semalam, memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. kerana mendakwa memfitnahnya melalui kenyataan tersebut. Saman itu berhubung petikan ringkas disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk 'Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang – Nalla' dan berita penuh di muka surat enam bertajuk 'Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual'. – mynewshub.my | ||
Bukti, UMNO bagi tanah milik Kerajaan kepada UMNO Posted: 27 Mar 2012 10:28 AM PDT Sebahagian dari dokumen ini membuktikan bahawa Parti yang selama ini gah melaungkan kononnya merekalah pejuang bangsa adalah pengkhianat bangsa yang sebenar. Kerana mereka telah menggunakan kuasa yang ada ditangan mereka untuk menjadikan tanah milik Kerajaan sebagai tanah milik Parti mereka.. Tidakkah khianat namanya itu bilamana diamanahkan untuk mentadbir Kerajaan dalam masa yang sama mengagihkan Tanah Milik Kerajaan kepada Parti mereka? Dokumen ini menyatakan dalam satu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007 mereka telah meluluskan seluas 7 ekar tanah kepada UMNO Bahagian Kota Raja. Perlu diketahui Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007 adalah dibawah penguasaan UMNO/BN, oleh itu dalam hal ini UMNO telah meluluskan tanah kerajaan untuk dimiliki oleh UMNO.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan