Jumaat, 23 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500 saje...

Posted: 23 Mar 2012 06:06 AM PDT



Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.


Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.

Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.

"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.

"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?

"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.

Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.

"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.

Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.

"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan - Harakahdaily

Hutang RM589 juta Tajudin dilupuskan

Tan Sri Tajudin Ramli tidak perlu membayar RM589 juta wang yang dihutangnya daripada Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd kerana ia sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

Ini disahkan kepada Malaysiakini oleh sumber dalaman selepas ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua pada 15 Februari lalu mendakwa terdapat penyelesaian rahsia yang dicatatkan oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC.

"Daripada sumber saya, saya boleh sahkan bahawa hutang itu telah dlupuskan sepenuhnya sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu. Saya tahu tentang ini daripada sumber dalaman. Penyelesaian ini menyebabkan negara serta merta kerugian RM589 juta," kata Pua kepada Malaysiakini bulan lalu.

Penyelesaian itu berikutan persetujuan Tajudin untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan - Malaysiakini

Najib contohi kemoderatan Rasulullah?.. err.. jauh panggang dari babi..

Posted: 23 Mar 2012 02:33 AM PDT



Nak bodekpun agak-agaklah Mashitah ooiii.. Isteri sendiri pun dia tak boleh nak kawal dikatakan mencontohi kemoderatan Rasulullah S.A.W..


Ada ka patut Najib dikatakan mencontohi kemoderatan Rasulullah S.A.W.. Birthday sendiri habis RM80K, majlis tunang anak habis RM400K lebih.. moderate sungguh Najib ya..

Bak kata orang sekarang 'Jauh panggang dari babi'….


*******************************************

Najib contohi kemoderatan Rasulullah


DR MASHITAH IBRAHIM
23 Mac 2012

Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin moderat. Dalam melaksanakan tugasnya, beliau tidak bertindak melampau atau ultra. Apa lagi negara kita yang berbilang kaum dan agama.

Garis pemisah antara pemimpin nombor satu kerajaan dan presiden parti adalah jelas dan tidak bersilang. Sebagai pemimpin kepada semua warganegara Malaysia, beliau bersikap adil, bertolak ansur dan inklusif.

Sikap begini adalah selaras dengan teladan yang digariskan oleh Rasulullah SAW sesuai dengan tuntutan semasa dan serasi dengan manusia sejagat. Bersikap moderat bukan bermaksud ambil mudah akan sesuatu perkara dan hanya berserah kepada takdir dan nasib. Sebaliknya, ia lahir daripada ilmu dan prinsip yang hakiki, tahu beza yang mana benar dan batil serta bersikap toleran dan munasabah.

Kejayaan Rasulullah SAW mengembangkan dakwah Islamiah sehingga tertegaknya sebuah negara Islam adalah berasaskan pendekatan yang diamalkannya. Sikap moderat Baginda, misalnya dalam soal ibadah, cukup jelas. Ketika Rasulullah SAW mendengar ada orang berkata, "Aku akan berpuasa selamanya." Satu lagi berkata, "Aku tidak akan kahwin". Maka Rasulullah SAW membawa mereka untuk kembali bersikap rasional dan moderat. Baginda bersabda maksudnya: Sungguh, demi ALLAH, aku adalah orang paling takut dan paling bertaqwa kepada ALLAH di antara kamu. Namun, aku berpuasa dan tidak, solat dan tidur, aku juga mengahwini perempuan. Barang siapa tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku." (Riwayat al-Bukhari)

Sikap moderat Rasulullah SAW cukup menonjol dalam hal menjaga kebajikan penduduk Mekah. Dalam kalangan mereka yang baru peluk Islam dan tahap keimanan belum kuat, Nabi SAW bersabda kepada Sayidah Aishah bahawa jika tidak kerana hakikat mereka baru sahaja keluar daripada kepercayaan dan amalan jahiliyah, sudah tentu Baginda akan mengubah Kaabah, mengikut Riwayat Ahmad. Baginda tidak berbuat demikian untuk menjaga hati penduduk di situ. Beliau tumpu kepada melaksanakan amanah menyebar agama ALLAH dengan cara baik, atas dasar kasih sayang dan mendekatkan manusia kepada Tuhan mereka.

Dalam berinteraksi dengan golongan berlainan, Rasulullah SAW mengajar umat untuk berprasangka baik. Apabila kalimat Lailahaillallah diucapkan, maka kita tidak boleh berprasangka buruk, malah mesti memberi penghormatan sewajarnya kepada orang yang ucap kalimat itu.

Sebagaimana juga disebutkan dalam hadis. "Apakah engkau membunuhnya setelah ia mengucapkan Lailahaillallah?" Usamah menjawab: "Hai Rasulullah, ia mengucapkan Lailahaillallah setelah melihat pedang di atas kepalanya, kerana ia takut mati." Maka Rasulullah SAW bersabda: "Kenapa tidak engkau bedah saja hatinya? Celaka engkau, bagaimana sikapmu terhadap Lailahaillallah. Apakah engkau membunuhnya setelah ucapkan kalimat itu?" (Riwayat Muslim)

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah SAW mendengar ada sahabat memanggil sahabat lain begini: "Hai Ibnus-Sauda (anak daripada perempuan hitam)." Maka Baginda menegurnya ketika bertemu. "Engkau, masih melekat dalam dirimu sifat jahiliyah." (Riwayat Muslim). Abu Dzar faham teguran itu. Beliau pergi menemui Bilal. "Ke sini, aku mengucapkan kata-kata itu kepadamu. Aku salah," katanya.

"Engkau telah aku maafkan."

"Oh, tidak. Ini kening dan mukaku. Aku letakkan di tanah. pijakkan kakimu ke mukaku biar kesombongan itu lenyap dari batinku."

"Aku telah maafkan engkau."

"Demi ALLAH, aku tidak akan tenang, dan diriku tidak akan tenteram sebelum kau pijakkan kakimu ke pipi dan mukaku... ."

Begitulah secebis kisah untuk renungan kita. Oleh itu, kita harus memahami falsafah kemoderatan yang sebenar, yakni petunjuk ALLAH SWT. Sikap ini dapat menyelamat dan menyucikan kita dari kepentingan sementara, malah jadi lebih seimbang dan yakin - Sinar Harian


Align Center

Anak Menteri mana pakai Porsche, perangai macam Iblis ni??

Posted: 23 Mar 2012 12:22 AM PDT



Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.


Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya 'menutup' kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.




Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatannya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.


Malaysiakini

Sumber Kerajaan dedah lima isu punca PRU yang dijangka Jun ditanguh lagi..

Posted: 22 Mar 2012 09:13 PM PDT



KUALA LUMPUR, 23 Mac - Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan lima isu yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan sokongan untuk pilihan raya yang mana menurut sumber kerajaan mungkin akan dilaksanakan pada Jun.


Difahamkan lima isu tersebut adalah Pusat Fidlot Nasional (NFC), semakan semula pendapatan kakitangan awam, pertukaran saham Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) - Air Asia, kilang pemprosesan nadir bumi Lynas, dan penyenaraian saham FELDA, FELDA Global Venture Holdings (FGVH).

Turut difahamkan Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Pengerusi Jawatankuasa Manifesto BN telah mengadakan perbincangan dengan wakil editor di Kumpulan New Straits Times pada Selasa lalu berhubung isu berkenaan.

"JJ telah memberikan taklimat dan menyenaraikan isu, namun beliau tidak mendedahkan tarikh tersebut," menurut sumber, memanggil nama panggilan bekas menteri dan juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat itu.

Sumber lain turut mengesahkan taklimat tersebut dan berkata Jamaluddin turut menyebut Jun sebagai tarikh terawal untuk mengadakan pilihan raya.

"Wakil BN yang dilantik dan calon sedang bersiap sedia untuk pilihan raya Jun ini tapi kami masih lagi perlu menyelesaikan kesemua isu tersebut," menurut sumber BN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata beliau masih lagi mencari tarikh sesuai untuk pilihan raya dengan menambah ia hanya akan berlaku setelah keyakinan rakyat berpihak kepada pentadbirannya.

"Macam-macam boleh berlaku tapi pilihan raya adalah berdasarkan pelbagai faktor tapi kami perlu meyakinkan rakyat.

"Masa yang sesuai adalah bila terdapatnya keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan ... kami masih lagi mengenalpasti sokongan bagaimana yang kami miliki," katanya kepada radio berbahasa Cina 988FM pagi tadi.

Ditanya sama ada pilihan raya akan dilaksanakan pada Jun atau May, Najib berkata perkara itu ditentukan oleh keupayaan pentadbirannya untuk "menyelesaikan isu besar". Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berkenaan isu itu.

"Faktor boleh menang itu adalah masa yang sesuai untuk kami gerakkannya," kata PM.

The Malaysian Insider pada 10 Mac lalu telah melaporkan Najib telah mengarahkan kesemua pemimpin BN untuk menyenaraikan calon mereka tapi hanya beliau yang berhak membuat kata putus daripada 13 parti komponen perikatan tersebut bagi mencapai kemenangan.

Setiap parti daripada jumlah itu biasanya akan menyerahkan senarai yang telah dipersetujui oleh pengerusi tapi Najib menegaskan untuk meletakkan "calon boleh menang" atau calon yang mampu untuk mengekalkan atau menguasai 222 kerusi Parlimen dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat - Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, dan Selangor.

Disamping keyakinan beliau itu, kaji selidik yang dijalankan telah menunjukkan peningkatan 10 peratus rating beliau kepada 69 peratus kerana penambah baikan ekonomi dan juga pemberian wang tunai RM500 kepada rakyat berpendapatan rendah di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Kajian Merdeka Centre menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri daripada golongan isi rumah berpendapatan kurang RM1,500 sebulan adalah sebanya 78 peratus dengan empat perilima India, dan 74 peratus Melayu menyukai Najib.

Namun kurang separuh daripada 1,022 pengundi di Semenanjung Malaysia berkata "mereka berpuas hati dengan kerajaan."

Populariti Presiden Umno itu menurun sejak mencapai tahap tertinggi 72 peratus pada May 2010, menurun kepada 69 peratus pada November tahun yang sama sebelum terus menurun kepada 59 peratus pada Ogos 2011.

Ekonomi Malaysia telah pulih daripada kemelesetan pada 2009 kepada kenaikan 7.2 peratus pada 2010 kembali perlahan pada tahun lepas kepada 5.1 peratus.

Bank Negara menjangkakan kadar kenaikan akan berada pada tahap 4.5 kepada 5 peratus tahun ini.


The Malaysian Insider

Debat Anjuran WikiLeaks : Raja Petra juga telah terima.. Najib bagaimana? Updated

Posted: 22 Mar 2012 07:10 PM PDT



Sebelum korang baca laporan yang mengatakan Raja Petra juga bersetuju untuk berdebat ni.. ni ada pantun buat Najib pasal debat anjuran WikiLeaks ni..

Raja Petra terima, Anwar pun tak takut
Jawapan Najib kini dinanti
Kalau takut, katalah takut..
Tidak kami ternanti-nanti...


SHAH ALAM - Raja Petra Kamarudin bersedia untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, di bawah kendalian pengasas Wikileaks, dengan fokus pada isu Islam.

"Ya, saya sudah pasti akan bersetuju untuk berdebat dengan kedua-dua Najib dan Anwar.

"Dan, oleh kerana saya pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atas dakwaan bahawa saya telah menghina Islam, dan diugut dengan (kemungkinan) penahanan kali ketiga, yang memaksa saya meninggalkan negara, saya mahu berdebat mengenai Islam," kata Raja Petra dalam entri blognya, menjawab respons Anwar petang semalam.

Semalam, Anwar berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan Najib dan Raja Petra, yang kini berada di luar negara.

Menurut Anwar, pengasas Wikileaks, Julian Assange menyatakan bersetuju untuk menganjurkan debat tersebut.

"Saya telah menyatakan persetujuan kepada beliau, kini terpulang kepada Perdana Menteri dan Raja Petra sama ada mereka bersetuju ataupun tidak.

"Ia boleh diadakan di mana-mana saja secara sidang video tanpa bertemu antara satu sama lain, saya menyerahkan kepada mereka bila perlu diadakan. Saya sentiasa bersedia," katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter kelmarin, Wikileaks mempelawa Najib untuk mengadakan debat dengan Anwar dan Raja Petra sama ada secara bersama atau secara berasingan.

Menurut Wikileaks, kenyataan akhbar itu dikeluarkan sebagai respons kepada kontroversi baru-baru ini berkenaan Anwar dan Raja Petra serta kenyataan Najib yang menyusul.

Wikileaks berkata, jika Najib menerima jemputan itu, debat itu akan difilemkan dan akan diikuti oleh lebih 600 juta pengikut laman web kontroversi itu.

Menurut Raja Petra lagi, beliau berada dalam 'buangan kendiri' sebab dikatakan telah menghina Islam.

"Saya mahu berdebat mengenai Islam, jadi kita boleh berhujah sama ada saya telah atau tidak menghina Islam," katanya lagi.

Raja Petra juga berkata: "Anda tidak boleh menghina sesuatu yang tidak wujud."

"Jadi, Najib dan Anwar masing-masing boleh mempertahankan versi atau tafsiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mengenai Islam," kata Raja Petra.


Sinar Harian

Tiada ulasan: