Khamis, 22 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Wanita UMNO Pulau Pinang rela digelar sebagai 'Lembu' demi Sharizat?

Posted: 22 Mar 2012 04:40 AM PDT



Berbeza dengan kenyataan Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim yang jelas tidak tertahan lagi menanggung malu bila mendapat tahu Ahli Wanita UMNO yang turun keakar umbi digelar sebagai 'Lembu', Ketua Wanita Umno Pulau Pinang masih rela digelar sebagai 'Lembu'.


Sebelum ini Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim dalam kenyataannya yang disiarka oleh The Star telah berkata "Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka. Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka mudah.

Oleh itu beliau telah mendesak agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Umno bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan – laporan penuh sila baca di ( SINI )

Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata, semua pemimpin Wanita Umno perlu terus memberi sokongan padu kepada Shahrizat kerana beliau mempunyai karisme sebagai seorang pemimpin wanita yang amat disegani oleh kawan dan lawan selama ini.

Karisme sebagai seorang pemimpin wanita?? Kah..kah..kah.. ikut suka hangpa la…


*******************************************

P. Pinang mahu Shahrizat kekal Ketua Wanita

GEORGETOWN - Perkhidmatan cemerlang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam Pergerakan Wanita Umno perlu dikekalkan demi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Justeru, Ketua Wanita Umno itu wajar meneruskan kepimpinan dalam pergerakan itu dan BN kerana terbukti berjaya melakukan perubahan yang amat memberangsangkan sejak mengambil alih kepimpinan pada 2009.

Ketua Wanita Umno Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata, Shahrizat mempunyai karisme sebagai seorang pemimpin wanita yang amat disegani oleh kawan dan lawan selama ini, terutama ketika turun padang mengadakan program atau kempen pilihan raya.

Menurutnya, kepimpinan Shahrizat berjaya memberi suntikan baru kepada sayap Umno itu yang kini lebih proaktif dan bermaya dengan pelbagai program yang berjaya mendekatkan rakyat dengan kerajaan dan pemimpin parti.

"Saya sudah melihat semangat dan kepimpinannya yang berjuang untuk menyelami hati dan naluri rakyat dengan mengenepikan kepentingan peribadi.


"Oleh itu, semua pemimpin Wanita Umno perlu terus memberi sokongan padu kepada Shahrizat menerajui pergerakan itu dan tidak mengambil kesempatan untuk memporak-poranda perpaduan yang wujud selama ini semata-mata demi menjayakan agenda peribadi pemimpin tertentu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang juga Adun Bertam mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik Naib Ketua wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim sebagai berkata, Shahrizat wajar meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno untuk mengekalkan kewibawaan parti, sayap itu, BN dan kerajaan.

Kamilia berkata, langkah Shahrizat meletak jawatan sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April ini adalah tidak memadai untuk Wanita Umno dan Wanita BN terutama ketika PRU akan datang kerana masyarakat menganggap ia menyalahi dari segi politik dan moral berkiatn isu National Feedlot Corp (NFCorp) yang diterajui suaminya.

Menurutnya, ketika PRU13 semakin hampir, ahli pergerakan itu sewajarnya bersatu padu untuk menguatkan parti dan jentera pilihan raya dan tidak mencetuskan isu yang boleh memecahbelahkan perpaduan ahli.

"Janganlah kita terikut-ikut dengan rentak parti pembangkang yang sentiasa mencari kesalahan pemimpin BN tetapi hanya memejamkan mata atau mendiamkan diri apabila ia melibatkan pemimpin mereka," katanya sambil menyatakan sokongan padunya kepada kepimpinan Shahrizat.

Menurutnya, pemimpin dalam pergerakan itu yang tidak sealiran dengan suara majoriti wajar mengundurkan diri agar tidak menjadi parasit yang boleh melemahkan agenda dan perjuangan wanita Umno yang menjadi tonggak dalam parti keramat orang Melayu itu.

Sinar Harian

Debat anjuran Wikileaks: Anwar sudah terima, bagaimana pula dengan Najib?

Posted: 22 Mar 2012 12:12 AM PDT



KUALA LUMPUR 22 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia berdebat dengan blogger kontroversi, Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran pengasas Wikileaks Julian Assange.


Beliau berkata, Assange telah menghubunginya melalui twitter untuk menganjurkan debat antara Raja Petra dan Najib yang akan dianjurkan sendiri oleh Wikileaks.

"Saya berkata saya bersetuju dengan debat yang ingin dianjurkan itu. Sebelum ini saya diwawancara Julian Assange tetapi Raja Petra mahu menumpang. Saya kata kepada Julian saya hanya bersetuju dengan permintaan asal sahaja.

"Oleh kerana Julian Assange melihat Raja Petra dan Najib seolah-olah berminat, beliau ingin menganjurkan debat antara kami bertiga," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Sebelum ini Anwar diwawancara Julian Assange dalam Forum di Kent, England bagi membincangkan senario politik global.

Selepas Anwar bersetuju dengan wawancara itu, beliau diberitahu blogger Raja Petra mahu menumpang dalam wawancara itu.

Anwar kemudiaanya menyatakan persetujuan untuk permintaan asal iaitu wawancara antara beliau dengan Julian Assange.

Isu mula timbul apabila Raja Petra mendakwa Anwar takut berhadapan dengannya dalam forum tersebut.

Raja Petra turut disokong oleh Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mendakwa Anwar tidak konsisten dan penakut kerana didakwa enggan berdebat dengan bloger itu.

Anwar berkata, debat yang akan dianjurkan oleh Wikileaks itu akan diadakan secara terbuka dan akan disiarkan secara langsung seluruh dunia.

Bagaimanapun beliau berkata, tarikh untuk program debat itu masih belum ditetapkan kerana Julian Assange perlu mendapatkan maklum balas daripada Najib dan Raja Petra terlebih dahulu.

"Kalau kedua-dua mereka bersetuju saya bersedia berdebat pada bila-bila masa," kata Anwar - Keadilandaily


*******************************************

WikiLeaks invites Najib, Anwar, Raja Petra to live discussion over Malaysia's future

KUALA LUMPUR - Whistleblower site WikiLeaks made an invitation to Malaysian Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to join a discussion on the future of Malaysia with Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and political blogger Raja Petra Kamaruddin, moderated by WikiLeaks founder Julian Assange.

A press release published Thursday morning by the WikiLeaks twitter account stated, 'In response to the recent controversy over Anwar Ibrahim and Raja Petra and following Prime Minister Najib Razak's comments on the matter, we have formally invited Prime Minister Najib Razak to discuss the future of Malaysia together with Mr. Ibrahim, moderated by Mr. Assange. We now extend our invitation to Mr. Najib to debate Mr. Raja Petra and Mr. Ibrahim together, or in isolation. If accepted, the filmed discussion will be seen by up to 600 million people and will be available online.'

Anwar, who heads the opposition Parti Keadilan Rakyat, had originally been invited to a WikiLeaks forum in Kent, England.

He then turned down the invitation after the addition of Raja Petra, whose Malaysia Today website had launched scathing attacks on the Penang-born politician and the opposition coalition of Pakatan Rakyat.

In response to the spat between Anwar and Raja Petra, Prime Minister Najib commented that Anwar's unwillingness to debate Raja Petra was inconsistent with Anwar's stand on practising democracy and openness.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin had dared Anwar to 'be man enough' to face Raja Petra, suggesting that Anwar's assertion to have Raja Petra removed from the political global forum had been out of fears that Raja Petra would reveal secrets about the opposition leader.

Anwar accepted the invitation in a public tweet addressed to WikiLeaks. He later told reporters at Parliament today, 'Julian Assange has agreed to host the debate between Najib, RPK and me and I have said yes.'

At time of publication, Najib had not responded to the debate.


Msn News

Tak tahan digelar sebagai 'Lembu' Naib Ketua Wanita UMNO desak Sharizat lepas semua jawatan..

Posted: 21 Mar 2012 09:42 PM PDT



"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja"


KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan."

Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.

Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu "yang salah dari segi moral dan politik" berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan.

"Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman.

"Dan mereka bertanya bagaimana NFCorp boleh membeli kereta dan unit-unit kondominium dengan pinjaman yang dimaksudkan untuk (membeli) lembu," katanya dalam satu temu bual.

"Kredibiliti kami dipertaruhkan. Saya telah pergi ke peringkat akar umbi dan ini secara umumnya apa yang mereka kata. Mereka mendapati sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej pemimpin mereka (Shahrizat) tercemar.

"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah.

"Sebagai seorang pemimpin, kita perlu mendengar apa yang akar umbi berkata."

Kamilia mengulas perkara berkenaan dua hari sebelum Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan untuk bertemu dengan pergerakan Wanita.

Beliau berkata, Najib telah menjelaskan bahawa beliau tidak mahu Shahrizat untuk terus menjadi menteri dan kini terpulang kepada Wanita untuk memutuskan sama ada masih boleh menerima beliau sebagai pemimpin yang diingini.

"Sebagai naib ketua, saya perlu melakukan apa yang terbaik untuk parti dan negara. Saya mungkin tidak popular tetapi saya bersedia untuk menerimanya kerana ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya. Demi kepentingan parti dan Wanita, dia harus pergi," katanya.

Beliau menjelaskan, adalah sesuatu yang pelik bagi Shahrizat berkempen untuk sebuah kerajaan yang bersih, adil dan baik.

"Kami akan serahkan kepada kebijaksanaan beliau terlebih dahulu. Sebagai seorang pemimpin, dia sepatutnya dapat menilai sendiri. Takkan kita nak beritahu (jangan katakan yang kami perlu beritahu apa yang anda perlu lakukan)."


mStar

Tiada kerusi untuk ketua Gerakan PP?.. bagi Kerusi Elektrik saja kat dia...

Posted: 21 Mar 2012 09:09 PM PDT



Ketua Gerakan Pulau Pinang Dr Teng Hock Nan tidak akan tersenarai sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya spekulasi berhubungnya benar.


Menurut sumber, kesemua senarai calon Gerakan di negeri itu sudah diserahkan kepada Presiden Tan Sri Koh Tsu Koon, nama Teng dikatakan tidak termasuk.

Beliau sebelum ini pernah menang di kerusi Pulau Tikus.

Tiga muka baru - peguam Rowena Yam dan Baljit Singh serta ahli majlis negeri Geeta Suresh Chand - sebaliknya sudah dinamakan.

Teng sebelum ini menghadapi cabaran getir dalam karier politik apabila menghadapi mesyuarat agung khas bagi mengadakan undi tidak percaya terhadapnya pada 2010.

Sumber juga berkata, Gerakan akan bertanding di empat kerusi parlimen dan 13 kerusi negeri seperti yang dilakukan pada 2008.


Malaysiakini

Utusan lapor Anwar mahu lari ke Luar Negara pula.. nak kena saman lagi ke?

Posted: 21 Mar 2012 06:43 PM PDT



Mungkin kerana menyedari nama Najib bukanlah satu nama yang mempunyai 'selling point' maka kolumnis-kolumnis yang mencari makan dalam Lidah Rasmi UMNO kini sering menggunakan nama Anwar Ibrahim..


Biarpun kelmarin dulu Lidah Rasmi UMNO itu telah disaman sebanyak RM100Juta kerana menyiarkan fitnah Nalla terhadap Anwar yang mendakwa kononnya Anwar seorang biseksual (baca di SINI), semalam satu lagi artikel yang memburukkan Anwar disiar pula.

Semalam dalam ruangan Cuit, Kolumnis Lidah Rasmi UMNO telah mendakwa kononnya dari maklumat dalaman PKR yang beliau perolehi Anwar Ibrahim telah mempersiapkan perancangan untuk melarikan diri ke luar Negara.

Tulis Zaini Hassan menurut rancangan itu Anwar akan meninggalkan negara ini dan hidup dalam buangan di sebuah Negara iaitu Amerika Syarikat bukan kerana dibuang negeri oleh sang penguasa, tapi memilih untuk tinggalkan negara secara sukarela, macam Raja Petra tu lah..

Menurut maklumat itu tulis Zaini Hassan, segala berita mengenai sokongan yang diperolehnya daripada kumpulan Yahudi antarabangsa, dan kritikan yang dihadapinya di Malaysia, telah menaruh simpati yang amat sangat di kalangan pelobi-pelobi Yahudi di Amerika Syarikat.

Korang bacalah mamat yang dah ketandusan idea ni tulis kat bawah ni…

*******************************************

Benarkah Brother Anwar pilih tinggal dalam buangan di Amerika?
Oleh Zaini Hassan

BENARKAH apa yang saya dengar ni? Yang memberitahu saya pun bukan calang-calang orang. Siap dengan pelan rancangan dan sebagainya. Ia mengenai kisah, siapa lagi, jika bukan Brother Anwar bin Ibrahim kita.

Menurut rancangan itu dia akan meninggalkan negara ini dan hidup dalam buangan di sebuah negara. Orang putih kata hidup dalam exile. Segala persiapan, menurut al-kisah itu sudah siap sedia. Tapi exile yang dimaksudkan bukan dia dibuang negeri oleh sang penguasa, tapi memilih untuk tinggalkan negara secara sukarela.

Negara yang akan didiaminya tidak lain dan tidak bukan ialah negara Uncle Sam iaitu Amerika Syarikat. Bandar raya yang dipilih ialah New York. Beliau dikatakan sudah pun memiliki rumah di situ.

Benarkah Brother Anwar? Mengapa sudah tidak tahan lagikah tinggal di Malaysia? Menurut maklumat itu, segala berita mengenai sokongan yang diperolehnya daripada kumpulan Yahudi antarabangsa, dan kritikan yang dihadapinya di Malaysia, telah menaruh simpati yang amat sangat di kalangan pelobi-pelobi Yahudi di Amerika Syarikat.

Kononnya, lagi banyak Anwar kena hentam di Malaysia di atas pembabitannya dengan kumpulan Yahudi itu, lagi banyak simpati yang akan diperolehnya daripada puak-puak pelobi Yahudi di negara itu.

Anwar, mungkin merasakan lebih senang tinggal di luar negara, dan melancarkan 'serangan politik' ke atas Malaysia dari sana. Banyak juga pemimpin antarabangsa (seperti dan setaraf Anwar) yang akhirnya tinggal dalam buangan di luar negara, serta melancarkan serangan balas ke atas negara mereka sendiri dari negara buangan itu.

Ada yang berjaya pulang semula ke negara asal sebagai Presiden atau PM, ada yang mati dibunuh separuh jalan dan ada yang terus tinggal sampai habis hayat di negara buangan itu.

Cerita mengenai Anwar ini bukan mustahil boleh berlaku. Persoalannya bila? Mungkin juga sebelum pilihan raya umum ini atau selepas itu, kita tidak tahulah. Tapi menurut kisah itu, perancangan telah diatur rapi.

Benarkah juga Anwar kini dikatakan tidak lagi mendapat sambutan di kawasan pilihan rayanya sendiri di Permatang Pauh? Benarkah ada satu insiden baru-baru ini Anwar dikatakan naik berang dengan menumbuk meja di depan jentera kempennya kerana sambutan yang diterima dalam satu ceramah di situ sungguh mengecewakan sekali?

Benarkah Anwar tidak lagi selesa untuk bertanding di Permatang Pauh dan mencari satu atau dua kawasan yang lebih selamat dalam PRU-13 ini? Antara kawasan-kawasan yang disebut-sebut ialah Batu Kawan atau Nibong Tebal?

Benarkah puterinya, Nurul Izzah juga akan meninggalkan Lembah Pantai? Para penasihat PKR dikatakan menasihati Nurul supaya meninggalkan kawasan itu. Penasihat Nurul sendiri telah melabelkan Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik dengan jolokan Menteri Lembah Pantai, dan oleh itu lebih baik Nurul angkat kaki sahaja.

Nurul dikatakan akan balik bertanding di Permatang Pauh, mengambil alih tempat bapanya?

Benarkah juga ada cadangan supaya sekiranya Anwar bertanding sekali pun, calon yang paling layak dan sesuai untuk melawannya ialah Ketua Pemuda UMNO yang cukup versatil iaitu Khairy Jamaluddin (KJ)? Bagi saya itu juga satu cadangan yang baik kerana ia akan memperlihatkan pertandingan buku bertemu ruas.

Berbalik kepada rancangan besar Anwar untuk hidup dalam buangan, menurut al-kisah itu, Anwar akan ditemani oleh isterinya Wan Azizah Wan Ismail. Anak lelaki mereka, dalam pada itu, kini sudah pun tinggal di Washington D.C menemani isterinya yang bekerja di sebuah bank Amerika di situ.

Jika begitulah al-kisahnya, maka lebih baik Anwar berada di sana sahaja. Sebelum ini semasa kes Saiful Bukhari sedang berlangsung, kedengaran juga Anwar akan meninggalkan Malaysia dan tinggal di negara luar. Tapi kisah itu hanya tinggal kisah kosong sehingga kini.

Kali ini mungkin betul kot? Berdasarkan cerita itu nampaknya memang ada pergerakan ke arah itu. Maka kononnya juga Anwar dikatakan mempunyai sejumlah wang yang mencukupi untuk tinggal di Amerika Syarikat, selama mana yang beliau mahu.

Benarkah juga akan berlaku sesuatu yang besar di Malaysia sebelum Anwar berangkat?

Jika semua ini tidak benar, anggaplah sahaja ia satu lagi gosip politik yang perlu kita renungkan. Lagi pun, Malaysia kan sebuah negara yang asyik bercakap politik 24/7 – 24 jam 7 hari seminggu!


Lidah Rasmi UMNO

Tiada ulasan: