Selasa, 20 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anwar Biseksual? Nalla dan Utusan disaman RM100 Juta.. amek kau!!

Posted: 20 Mar 2012 08:11 AM PDT



Kerana menyiarkan kenyatan fitnah si Nallakaruppan yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin pembangkang, Lidah Rasmi UMNO kini berhadapan saman RM100 Juta pula..


Sebelum ini Lidah Rasmi UMNO ini telah disaman sebanyak RM150 Juta oleh Anwar kerana menyiarkan laporan berbentuk fitnah yang mendakwa Anwar Ibrahim mahu menghalalkan homosek.. (baca di SINI)

Saman yang pertama berjumlah RM150Juta itu belum bermula lagi prosidingnya tapi Lidah Rasmi UMNO iaitu Utusan Melayu (M) Sdn. Bhd penerbit akhbar Utusan Malayisa, Kosmos dan beberapa buah majalah dilaporkan sudah menjual peralatan mencetaknya (baca di SINI)

Akhirnya apa yang tinggal dalam Lidah Rasmi UMNO ni agaknya..

Yang disiarkan fitnah si Nallakarupan tu buat apa?? Takkan lah Editor Lidah Rasmi UMNO itu tak tahu bagi Nallakarupan tu tak ada dosa dan pahala..

Bloger Pro UMNO yang turut menyebarkan fitnah kononya Anwar Biseksual ni.. buat masa sekarang tak perlu risau, pasal aku tak dengar sebarang tindakan akan diambil Anwar terhadap mereka..

Nak saman buat apa.. buang masa saja sebabnya depa tu bukan ada berjuta-juta RM macam Utusan tu..

***********************************************

Biseksual: Anwar tuntut ganti rugi RM100j dari Nalla

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang dengan menghantar notis tuntutan sebanyak RM100 juta kepada senator Datuk S Nallakarupan kerana mendakwanya seorang biseksual dan tidak memimpin pembangkang.

NONENaib Presiden PKR N Surendran berkata, dalam notis yang turut dihantar kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu, Anwar juga menuntut permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan itu.

"Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur," kata Surendran yang juga seorang pengamal undang-undang.

Dalam kenyataannya hari ini, Surendran berkata, dakwaan yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu jelas bersifat dusta, bermotif politik dan mencerminkan "kewartawanan yang menjijikkan".

Ini kenyataan Media dari Surendran..

Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan S. Nallakarupan

Saya merujuk kepada laporan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia yang mendakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual dan tidak layak menjadi pemimpin pembangkang. Dakwaan yang dikeluarkan oleh S Nallakaruppan ini jelas bersifat dusta dan bermotif politik dan mencerminkan kewartawanan akhbar Utusan yang menjijikkan.

Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Najib Razak perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan jahat yang dilakukan oleh akhbar milik UMNO terhadap Anwar Ibrahim. Manakala beliau berdolak-dalih dalam menerima tawaran berdebat dengan Anwar berkaitan isu dasar dan ekonomi, Najib mengambil kaedah keji dengan melakukan serangan peribadi menerusi Utusan Malaysia.

Kejelekan laporan Utusan Malaysia ini menzahirkan wajah sebenar UMNO dan Najib serta melekehkan retorik Najib terhadap agenda kesederhanaan dan perubahan. Ketidakjujuran dan ketidakadilan dalam laporan melibatkan isu politik adalah kebiasaan buat media yang dikawal oleh BN.

Walaubagaimanapun, tindakan UMNO yang berterusan menabur fitnah, pembohongan dan memainkan sentimen perkauman tidak dapat dinafikan lagi sepanjang sejarah kewartawanan Malaysia.

Dalam isu ini, Anwar Ibrahim telah mengarahkan tindakan perundangan diambil. Menerusi pasukan guamannya, beliau telah mengemukakan notis kepada Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. yang memiliki akhbar Utusan Malaysia serta editor akhbar tersebut supaya menarik balik laporan dan dakwaan yang dilemparkan serta mengemukakan permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM 100 juta. Notis sama turut dikemukakan kepada S Nallakaruppan. Tindakan ini diambil demi kepentingan awam dan demi memastikan pelaporan media membabitkan isu awam dilakukan secara adil dan jujur.

N. SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT

****************************************
Datuk Seri Anwar Ibrahim begins legal action against Utusan Malaysia & S. Nallakaruppan

I refer to the report published today in the front page of Utusan Malaysia alleging that Federal Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim is bisexual and unfit to be the opposition leader. The allegations which are attributed to S Nallakaruppan are completely false, politically motivated and the worst kind of gutter journalism.

Prime Minister and UMNO President Najib Razak is fully responsible for this vile attack made by the UMNO-owned Utusan Malaysia upon Anwar Ibrahim. Instead of agreeing to Anwar's challenge for a public debate on policies and the economy, Najib has resorted to the lowest kind of character assasination through Utusan Malaysia. Utusan Malaysia's intolerance and lack of scruples reveals the true face of Umno and Najib, and makes nonsense of Najib's show of moderation and reform. Dishonest,unbalanced and unfair news reporting on political matters is usual among the BN-controlled print and electronic media. However, the UMNO-owned Utusan's continuous descent into lies,deceit and vicious political and race baiting has no parallel in the history of Malaysian journalism.

In these circumstances, Datuk Seri Anwar Ibrahim has commenced legal proceedings.Through his solicitors, he has on 20.3.2012 issued demand notices to Utusan Melayu(Malaysia) Bhd which is the owner of Utusan Malaysia and its Editor demanding retraction of the above allegations, an apology and damages in the sum of RM 100 million. A similar notice has been sent to S.Nallakarupan. Datuk Seri Anwar Ibrahim brings this action in the people's interest and to ensure fair and honest media reporting on matters of public interest.

Issued by,

N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN

Bekas SU politik Nor Mohamed Yakcop hadapi 28 tuduhan

Posted: 20 Mar 2012 03:38 AM PDT



SHAH ALAM - Hasbie Satar, bekas setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 28 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi mendepositkan wang tunai berjumlah RM935,000 ke dalam akaun 11 individu termasuk anggota keluarganya.


Hasbie, 39, yang memakai sut kelabu membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di beberapa bank dan Tabung Haji di tiga lokasi iaitu di Salak Tinggi, Sepang, Bandar Baru Bangi dan Putrajaya antara 4 Dis 2008 dan 18 Jun 2009.

Hasbie didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis dan Hazril Harun mencadangkan agar tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dan memohon kesemua 28 pertuduhan itu dibicarakan bersama.

Pihak pendakwaan turut memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang di mana tertuduh mempunyai satu lagi pertuduhan di bawah akta yang sama.

Permohonan di bawah Seksyen 165 Kanun Prosedur Jenayah itu dibuat atas alasan kesemua 28 pertuduhan tersebut melibatkan seksyen yang sama dan kebanyakan saksi adalah saksi yang sama dalam kes di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Pada 10 Feb tahun lepas, Hasbie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas tuduhan memiliki wang daripada hasil aktiviti haram berjumlah RM2,134,656 dan dia dibebaskan dengan jaminan RM60,000 serta dua orang penjamin.

Peguam Y. Sheelan Samuagam yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan ikat jamin RM30,000 atas alasan jumlah yang ditawarkan pihak pendakwaan terlalu tinggi memandangkan anak guamnya telah dituduh di Mahkamah Sesyen Butterworth.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM90,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 April ini untuk sebutan semula kes.

Beliau turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar kesemua 28 pertuduhan dibicarakan bersama tetapi menolak permohonan mereka untuk memindahkan kesemua kes itu ke Mahkamah Sesyen Butterworth. - Bernama

Apa punya kenyataan Najib keluarkan ni??

Posted: 20 Mar 2012 01:58 AM PDT



KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak terus berahsia mengenai bila Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.


Perdana Menteri berkata, melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu," katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.

Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.

Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.

"Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat," katanya, sambil menambah kata, ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.

"Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh," katanya.

Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.

Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata, lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan. - Bernama

French case draws closer to Malaysian Officials.. jeng..jeng..jeng...

Posted: 19 Mar 2012 11:15 PM PDT



Baca dan fahamkan apa yang tertera pada kontrak yang ketiga dari empat pecahan kontrak yang terdapat dalam penyata kewangan kes yang didedahkan oleh Asia Sentinel ini..


In accordance with the French legal system, the Malaysia case has first been the subject of a preliminary survey from the financial division of the legal police. So the appointment of the two investigating judges, Serge Tournaire and Roger Le Loire, follows more than two years of investigation. The two are known for previous investigations on national and international corruption matters. They have broader powers to investigate independently and can call witnesses and conduct international surveys.

According to financial statements, the cost of the program was divided into four contracts:

•The contrat Scorpene, about €670 million, for two Scorpene submarines, built in France and Spain, and delivered in July 2009 and July 2010 ;

•The contrat Formation, signed in 2003, to train 156 submariners over four years.

•The contrat Ouessant for the rehabilitation of an Agosta-type submarine which has never seen service and is now a museum in Malaysia. The two together amount to 313 million euros/

•The contrat Malsout, provided logistics for the installation of Malaysian navy personnel, over 200 people located in Brest and Cherbourg, from December 2002.


*******************************************


French case draws closer to Malaysian officials

Two magistrates have been nominated in Paris to investigate the politically explosive 2002 purchase of Scorpene submarines by the Malaysian Ministry of Defense when Najib Tun Razak was Defense Minister.

The case focuses on a 1.2 billion euro contract called a "programme soumalais" with the state-owned French defense giant DCNS, formerly known as DCN. The contract was later transferred to Armaris, a joint venture between DCNS and the French company Thales. In questioning in the Dewan Rakyat, the Malaysian Parliament, it transpired that a €114 million (US$150 million at current exchange rates) commission had been paid to a newly-minted company called Perimekar Sdn Bhd, nominally owned by the wife of one of Najib's best friends, Abdul Razak Baginda, then the head of a Malaysian think-tank.

It is likely to take several years before the case comes to fruition. In the meantime Najib, now Malaysia's prime minister and head of the United Malays National Organization, the country's biggest political party, is preparing for snap elections, possibly in May or June, according to political observers in Kuala Lumpur.

At the heart of the story are allegations of a massive scandal involving not only Malaysian officials but top French politicians and arms purchases in Pakistan, Taiwan, India, Chile, Argentina, Saudi Arabia and other countries as DCNS geared up to sell naval equipment across the planet. The allegations include blackmail, kickbacks, a string of murders in Pakistan, Taiwan and Malaysia and involvement of such top figures as former French Prime Minister Edouard Balladur and others.

Other magistrates are handling different aspects of the affair. One, called "l'affaire Karachi," has raised suspicions of the involvement of the current French President Nicholas Sarkozy, who faces a difficult re-election campaign. Sarkozy has angrily denied any involvement. In that case, the deaths of 11 French engineers who were blown up in Karachi was first laid to a bomb set by Al Qaeda. However the bomb was later believed to have been set off by Pakistani military officials angered because the French had reneged on bribes promised by Balladur but cancelled by Jacques Chirac after he defeated Balladur for the presidency.

Judges investigating the affair have been probing whether Balladur received "retro commissions" or kickbacks for the contract. Balladur has given no credible explanation for 10 million French francs (€1.5 million) which found their way into his campaign coffers. Sarkozy was his campaign finance minister at the time.

In accordance with the French legal system, the Malaysia case has first been the subject of a preliminary survey from the financial division of the legal police. So the appointment of the two investigating judges, Serge Tournaire and Roger Le Loire, follows more than two years of investigation. The two are known for previous investigations on national and international corruption matters. They have broader powers to investigate independently and can call witnesses and conduct international surveys.

According to financial statements, the cost of the program was divided into four contracts:
•The contrat Scorpene, about €670 million, for two Scorpene submarines, built in France and Spain, and delivered in July 2009 and July 2010 ;
•The contrat Formation, signed in 2003, to train 156 submariners over four years.
•The contrat Ouessant for the rehabilitation of an Agosta-type submarine which has never seen service and is now a museum in Malaysia. The two together amount to 313 million euros/
•The contrat Malsout, provided logistics for the installation of Malaysian navy personnel, over 200 people located in Brest and Cherbourg, from December 2002.

The payment of bribes -- called commissions in this case – to foreign public officials as part of international contracts has been illegal in France since the ratification of the Organization for Economic Cooperation and Development Convention on bribery of September 2000.

Since the beginning of the probe, bribes amounting to €32.5 million have been investigated, authorities say.

In other cases involving DCNS, particlarly the Karachi one, Nicholas Bazire, 54, the best man at Sarkozy's wedding to supermodel Carla Bruni, was arrested and charged with misuse of public funds in Balladur's 1995 presidential campaign. Another friend, Thierry Gaubert, Sarkozy's cabinet chief when he was budget and communication minister, was arrested earlier.

Sarkozy is seeking avoid the appointment of an instruction judge in other aspects of the DCN case.. But the political knives may be out, especially if Sarkozy loses the presidential election.Having been named in the press in the Karachi case, observers in Paris say he could use the Malaysian case as a weapon against the Socialists. Currently his Socialist opponent, Francois* Hollande, leads him by 10 percentage points. The first round of voting is to be held in May.

The case also holds obvious political implications for Najib. A former DCN financial director, questioned in another case, alleged that the Malaysian case violated the OECD bribery convention. The Malaysian end of the episode has received widespread publicity, not just because of the €114 million commission paid to Razak Baginda's company, but because of the gruesome murder of Altantuya Shaariibuu, a Mongolian translator and party girl, who was killed in 2006 by two of Najib's bodyguards and whose body was blown up with military explosives in a patch of jungle outside Shah Alam.

Razak Baginda's jilted lover, Altantuya was believed to have served as a translator in at least some of the negotiations over the submarines and is believed to have accompanied Razak Baginda and Najib to France. In a note found after her death, she said she was attempting to blackmail Razak Baginda for US$500,000. Najib has sworn on the Quran that he never met the woman.

The two bodyguards were found guilty of murder and sentenced to hang. Although Razak Baginda was arrested along with the two, he was freed without having to put on a defense and immediately left the country for England. The appeal of the two bodyguards has droned on for more than two years and has been delayed again until August, after expected elections.

The French judges face many difficulties. During a police search of the DCNS offices few files were allowed to be opened. Most remain closed on the pretext that they contain military secrets.

Moreover, no DCNS cases have yet been completed. Unlike in the United States, no plea bargaining is allowed. The judges are almost certain to face industry opposition, particularly in this case, which made Malaysia DCNS's first export customer.

Please continue yours reading HERE

Wanita dikait kes khalwat Badrolamin tuntut fasakh

Posted: 19 Mar 2012 08:38 PM PDT



Sebelum itu.. faham betul-betul ayat nih.. "sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) tidak membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita tersebut."


Pemimpin PKR yang dituduh khalwat tu.. oleh kebanyakkan Blogger Pro UMNO.. berbagai cereka fitnah mereka sebarkan..

Tapi yang menghairankan kenapa hingga sekarang tiada tuduhan dikenakan terhadap mereka berdua?

Kalau ada kes.. hmmm.. awal-awal lagi Ustaz Badrolamin dan Zati Iwani didakwa..

Takkan Anwar dah bagi arahan kepada Jabatan Agama Islam Pahang supaya mengugurkan tuduhan kot.... Sebarlah fitnah lagi wahai pencacai UMNO..

Malang buat Ustaz Badrolamin disamping pencacai UMNO yang menyebarkan fitnah bagi menjatuhkan beliau ada juga barua-barua dalam PKR yang gembira dengan fitnah yang disebar itu..

Malah kalau boleh biar Ustaz tu tersungkur kerana fitnah itu, untuk mempertahan beliau jauh sekali dan ada juga yang minta agar tidak ditangkis fitnah dari Blogger UMNO itu..

Bolehkah manusia begini dipanggil 'Teman seperjuangan'??

Teman seperjuangan kepala hotak hang!!!

Wanita dikait kes khalwat Badrolamin tuntut fasakh

ROMPIN - Wanita dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Dr Badrolamin Bahron menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, di sini, semalam.

Wanita berusia 28 tahun itu, hadir kira-kira jam 9 pagi berseorangan­ ke mahkamah itu untuk membuat tuntutan notis penarikan balik kes tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.

Bagaimanapun, alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan.

Malah, suami wanita terbabit guru berusia 32 tahun juga tidak hadir pada prosiding itu.

Sementara itu, wanita terbabit ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan mengemukakan Fasakh di Mahkamah Tinggi Kuantan.

"Saya menarik balik tuntutan kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh," katanya.

Wanita itu sebelum ini, memfailkan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama dijalankan pada 27 Februari lalu.

Badrolamin sebelum ini, memaklumkan beliau mengenali wanita yang bekerja di sebuah institusi kemahiran di Rompin itu, sejak kira-kira setahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) tidak membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita tersebut.


Sinar Harian

Cermin Kereta Shamsubaharin Retak Di Tempat Letak Kereta SPRM kena batu?

Posted: 19 Mar 2012 08:06 PM PDT

PUTRAJAYA - Cermin belakang di bahagian tempat duduk penumpang sebuah kereta milik bekas juruperunding National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail yang diparkir di pekarangan tempat letak kereta Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, ditemui retak.


Shamsubahrin yang dipanggil sebagai saksi ke Ibu Pejabat SPRM untuk memberi keterangan terkejut apabila dimaklumkan pemandunya bahawa satu daripada tiga kenderaan iatu Mitsubishi ASX miliknya yang disita SPRM, ketika ditahan pada bulan Disember lalu, telah retak.

Dua lagi kereta iaitu Mitsubishi jenis Triton dan Grandis dalam keadaan baik. Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali memberi jaminan bahawa SPRM akan memperbaiki cermin kereta itu.

Beliau berkata pihaknya menyedari kejadian itu lebih awal dan satu laporan polis dibuat pada 16 Jan di Ibu Pejabat Daerah Putrajaya.

Katanya kereta yang disita itu diparkir di tempat letak kereta dan satu kerja memotong rumput yang dilakukan mungkin telah menyebabkan batu melantun ke cermin kereta menyebabkan cermin kereta retak.

"Tiada unsur khianat kerana pada tarikh itu memang ada pemotong rumput. Kita akan memperbaiki kereta itu kerana (kejadian berlaku) semasa dalam penyimpanan kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Dana KWSP mencecah RM444.5 Billion.. Najib tentu gembira..

Posted: 19 Mar 2012 09:23 AM PDT



Dengan jumlah dana terkumpul yang mencecah USD145,570 Juta atau bersamaan dengan RM444,593 Juta, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)rakyat Malaysia telah tersenarai sebagai yang kelima terbesar dalam Pengurus Dana Pencen Dunia.


KWSP adalah agensi kerajaan Malaysia di bawah Kemeterian Kewangan ianya ditubuh secara rasmi di bawah enakmen Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452.

Berfungsi menguruskan pelan simpanan wajib pekerja dan pelan pesaraan untuk mereka yang bekerja di Malaysia dan keahlian adalah wajib bagi warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang merupakan penduduk tetap.

Kedudukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meningkat dari tempat yang keenam pada tahun 2010 ketempat yang kelima pada tahun 2011dengan peningkatan jumlah dana terkumpul dari RM332.902 Billion menjadi RM444.593 Billion.


Sumber dari SINI

Jumlah yang sebesar ini sudah tentu amat menggembirakan Najib dan konco-konconya, kerana ianya boleh digunakan mereka untuk dipinjamkan kepada kroni-kroni mereka seolah-olah dana terkumpul itu adalah milik mak bapak mereka..

Ini bukanlah tuduhan melulu, tetapi sejarah telah membuktikan bahawa selama ini dana dari KWSP iaitu dana yang dikumpulkan dari hasil titik peluh rakyat telah digunakan mereka sewenang-wenangnya..

Ahli Parlimen Indera Mahkota , Azan Ismail pernah mempersoalkan 12 pinjaman sektor kerajaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mendapat jaminan Kerajaan.

"Hanya satu pinjaman saja yang ada jaminan kerajaan. Kita mempersoalkan 12 (pinjaman) kenapa tidak ada jaminan kerajaan. Tapi Menteri Awang Adek menjawab 'pinjaman yang selamat',"

Menurut Azan, soalan beliau berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendedahkan pinjaman KWSP bernilai RM55.1 bilion dilulus tanpa jaminan kerajaan.

Berikut adalah antara penggunaan dana milik KWSP yang digunakan oleh Kerajaan UMNO/BN ikut suka mereka..

Tahun 2012

RM 1.5 billion wang KWSP biayai peminjam bermasalah:

Kerajaan menggunakan RM 1.5 billion daripada dana KWSP untuk membantu peminjam bermasalah yang ingin memeiliki rumah kos rendah di Wlayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kerajaan dilaporkan meminjam wang dari KWSP pada kadar 5.5% dan mengenakan bunga sebanyak 6.5% kepada yang ingin meminjam daripada kerajaan.

Ia dikritik ramai kerana langkah itu menambah jumlah hutang kerajaan UMNO/BN yang sedia ada.

Kerajaan Umno BN juga dikritik kerana mengenakan caj sebanyak 1% kepada mereka yang meminjam.

Naib Presiden KEADILAN, YB Nurul Izzah, MP Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua mencadangkan agar Bank Rakyat dan Malaysia Building Society Bhd mengambil alih tanggungjawab itu.

Tahun 2011

KWSP pemberi pinjama terbesaar kepada Kerajaan Persekutuan UMNO/BN:

Menurut statistik Anggaran Pembelanjaan Persekutuan 2011, KWSP adalah peminjam terbesar kepada Kerajaan Persekutuan apabila meminjamkan RM 56.59 billion kepada Kerajaan Persekutuan UMNO/BN dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Badan-badan ini pula masih lagi berhutang sebanyak RM 48.36 billion KWSP, pada masa sama juga KWSP juga melabur RM93.11 billion keatas bon kerajaan UMNO/BN.

Jumlah kedua-dua angka ini meliputi 40% dariada dana yang ada dalam KWSP atau dengan bahasa mudah, KWSP menggunakan 40% WANG RAKYAT MALAYSIA untuk dipinjamkan pada kerajaan UMNO/BN.

Tahun 2011 juga..

RM 50 billion dipinjamkan KWSP tanpa sebarang jaminan:

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan KWSP meminjamkan RM 55.1 billion kepada 13 syarikat berkatian kerajaan (GLC) dan hanya 1 daripada 13 pinjaman itu mendapat jaminan kerajaan.

Banyak pihak berpendapat pemberian pinjaman secara tidak berhemah itu menjadi punca pencarum KWSP menerima dividen yang agak rendah saban tahun.

Pada 2011, KWSP mengumpul dana sejumlah RM444.593 Billion namun dividen yang diterima pencarum hanyalah 5% pada 2010.

Sepatutnya pengurusan dana sebesar itu boleh memberikan dividen lebih baik sebagaimana PNB yang berjaya memberi sekitar 7-8% setahun

Tahun 2010

KWSP meminjamkan RM 3 billion kepada Felda:

Pada tahun 2010, KWSP meminjamkan RM 3 billion kepada Felda untuk melancarkan 'Felda Global Venture'.

Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuat pengakuan di dalam Dewan Rakyat bahawa rizab tunai Felda menjunam daripada RM 4.08 billion pada tahun 2044 kepada hanya RM 1.35 billion pada tahun 2009.

Tahun 2002

Kegagalan Skim Pengeluaran Pembelian Komputer KWSP:

Pada tahun 2002, KWSP menggantung Skim Pengeluaran Pembelian Komputer (SPPK) selepas ia berjalan selama lebih lima bulan.

Ia dibuat kerana KWSP mendapati kebanyakan mereka yang mengeluarkan duit untuk membeli komputer daripada skim itu menyalahgunakan dengan tidak membeli komputer.

Tahun 1996

Pinjaman RM 500 juta kepada TimeDotCom:

Pada tahun 1996, Menteri Kewangan pada masa itu, Tun Daim Zainuddin mengaku bahawa KWSP memberikan pinjama sebanyak RM 500 juta kepada TimedotCom.

TimedotCom adalah syarikat milik Tan Sri Halim Saad, tokoh korporat Melayu segera yang dilihat ramai sebagai rapat dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr mahathir sewaktu pentadbirannya.

Tiada ulasan: