Khamis, 15 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Prabayar dikenakan Cukai Perkhidmatan Enam Peratus mulai Julai..

Posted: 15 Mar 2012 02:55 AM PDT



KUALA LUMPUR: Kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar, kata HLIB Research.


"Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai," kata firma penyelidikan itu.

"Selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang," katanya yang mengekalkan penarafan neutral pada sektor telekomunikasi.

Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia menjangkakan DiGi akan memperoleh manfaat terbesar jika cakap-cakap ini menjadi kenyataan dengan mengambil kira kedudukan tertinggi (86.6 peratus) pengguna prabayar daripada keseluruhan pelanggan, berbanding Maxis (74 peratus) dan Celcom (77.2 peratus).

Berdasarkan anggaran itu, DiGi, Maxis dan Celcom akan memperoleh kenaikan pendapatan, masing-masing sebanyak enam peratus, empat peratus dan dua peratus, dengan syarat status qou saingan dan penggunaan, kekal. - BERNAMA

Najib akan digulingkan jika gagal dalam PRU13 kata Daim

Posted: 15 Mar 2012 01:21 AM PDT



Umno akan menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak jika beliau gagal memperbaiki pencapaian BN pada pilihan raya umum akan datang, kata bekas menteri kewanganTun Daim Zainuddin.


"Mendapatkan semula majoriti dua pertiga adalah wawasan yang baik tetapi (Najib) perlu lebih praktikal ... jika, malangnya, beliau kehilangan banyak kerusi, Umno akan menggulingkannya. Ini politik," kata veteran Umno itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar Cina Sin Chew Daily, Daim menjelaskan bahawa amalan menyingkirkan pemimpin yang gagal menang pada pilihan raya adalah trend global, dan bukan hanya terhad kepada Umno.

Katanya, jika ekonomi negara kukuh, dan Umno bersatu, maka Najib akan mempunyai kelebihan pada pilihan raya umum akan datang.

"Tetapi ini tak bermakna Najib akan pasti menang. Seperti bermain tenis, awak masih perlu untuk bermain bersungguh-sungguh untuk menang. Walaupun awak mempunyai kelebihan, awak tidak boleh mampu membuat kesilapan. Setiap kesilapan akan menyebabkan awak kalah "

Sekiranya, Najib berundur sebagai presiden Umno, Daim berkata, pengganti beliau mungkin akan ditentukan oleh ahli Umno melalui pemilihan parti.

Walaupun secara konvensional timbalan presiden akan menjadi presiden, namun kata beliau, mungkin terdapat pemimpin lain yang akan mencabar untuk untuk jawatan presiden kali ini, kerana semua orang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.


Malaysiakini

Farmhouse Supermarkets milik NFC di Singapura ditamatkan pajakan

Posted: 15 Mar 2012 12:04 AM PDT



Inilah yang dikatakan sudah jatuh ditimpa tangga, beberapa hari lepas Pengerusi NFC iaitu Suami Sharizat didakwa di Mahkamah kerana dituduh pecah amanah.. sekarang pajakan Supermarketnya di Singapura ditamatkan pula..


Pemilik Rochester Mall di Buona Vista, Singapura hari ini dilaporkan oleh Straits Times Singapura telah membatalkan pajakan rangkaian pasaraya milik Syarikat dari Malaysia dipremis berkenaan kerana gagal disiapkan mengikut masa yang ditetapkan..

Pasaraya Farmhouse yang dimiliki oleh keluarga Sharizat itu telah menyewa keseluruhan tingkat dua bangunan tersebut yang keluasannya melebihi 25,000 kaki persegi. Sewa dianggarkan oleh PKR ialah RM2.2 Juta sebulan.

Menurut jurucakap pemilik projek United Engineers 'We have terminated the lease of Farmhouse Supermarkets and are in the process of getting new tenant(s) for the vacated retail space,'- StraitTimes

Sementara itu Malaysiakini melaporkan..

NFC hilang pajakan pasaraya di Singapura

Lebih banyak soalan dilemparkan ke atas syarikat projek ternakan lembu National Feedlot Corporation (NFC) yang dilanda kontroversi. Kali ini, berhubung kehilangan pajakan pasaraya syarikat itu di Singapura.

Akhbar harian Singapura, Straits Times hari ini melaporkan bahawa pajakan untuk Farmhouse Supermarket di pusat membeli-belah di Rochester telah dibatalkan kerana premis berkenaan gagal disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Ahli parlimen pembangkang Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), yang memetik laporan itu, berkata bahawa pasar raya seluas 25,000 kaki persegi tersebut sepatutnya terletak di tingkat dua pusat membeli-belah berkenaan.

Pua menuntut jawapan mengenai jumlah wang yang telah dilaburkan dalam projek peruncitan itu dan sama ada kerugian akan ditanggung oleh syarikat ternakan lembu NFC yang menerima pinjaman mudah dari kerajaan.

Surat dari Pejabat Pelajaran Sabah tu.. Mamat ni keluarkan untuk 'BODEK' rupanya..

Posted: 14 Mar 2012 08:46 PM PDT



Ingat lagi surat yang diedarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang ditandatangani oleh Pegawai Pelajaran Daerah Tawau dengan tujuan untuk menyenaraikan kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dengan tiga kategori iaitu 'Putih', 'Kelabu' dan juga 'Hitam'?


Rupa-rupanya ianya dikeluarkan untuk tujuan menjilat pemimpin BN saja.. tak ada kena mengena dengan Kementerian Pelajaran..

Menjilat dan membodek bagi membuktikan kesetiaan Pegawai tersebut kepada Barisan Nasional yang tidak berbelah bagi.

Ini kerana menurut Pegawai yang menandatanganinya iaitu Darman Shah (gambar atas), arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah..

Alasannya lagi bila dah kantoi " Ia adalah satu kesilapan dan surat tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul.

"Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik" katanya..

Hmmm… alasan biasa macam yang pemimpin UMNO gunakan bila dah kantoi.. salahkan apa saja yang ada disekelilingnya…

Ini surat itu.. yang dipertikaikan ketulenannya oleh seorang pencacai UMNO (tengok kat SINI siapa dia)

Sila klik pada image untuk paparan lebih jelas..




Dari Malaysiakini

Pegawai Kanan Felda ditugas 'gunting akhbar' di JPM kerana tolak Isa Samad..

Posted: 14 Mar 2012 08:06 PM PDT



Setiausaha Koperasi Permodalan Felda (KPF) Abidin Abdul Rahman dilaporkan telah 'disingkirkan' ke Jabatan Perdana Menteri kerana didakwa membantah pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi koperasi itu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


Abidin yang juga adalah Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti) Felda, kata Mahfuz, hanya diberikan tugas menggunting keratan akhbar untuk perpustakaan di jabatan itu sejak 1 Mac lalu.

Menurut beliau, Abidin terpaksa menanggung akibatnya apabila menyuarakan kebimbangan ahli pada Disember lalu berhubung cadangan melantik Isa, yang merupakan pengerusi Felda untuk memimpin KPF. Langkah itu dianggap melanggar peraturan koperasi.

Mahfuz berkata Abidin memaklumkan bahawa beliau hanya akan menerima pelantikan Isa sebagai pengerusi KPF jika bekas menteri besar Negeri Sembilan itu adalah seorang ahli koperasi.

"Dan untuk menjadi ahli, Isa mestilah sama ada seorang peneroka Felda atau kakitangan operasinya," kata Mahfuz kepada Malaysiakini semalam.

Mahfuz juga mendakwa bahawa pada asalnya lembaga pengarah Felda mencadangkan supaya Abidin dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi oleh kerana Felda adalah sebuah badan berkanun manakala JPA adalah entiti kerajaan, maka, ia tidak menjadi kenyataan.

Beliau ke Jabatan Perdana Menteri, kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Ini tindakan memalukan (oleh kerajaan) untuk mengaibkan pegawai kerajaan," kata Mahfuz.

Sebelum ini, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab pula terpaksa mengambil cuti belajar selama sembilan bulan kerana membantah pelantikan Isa.

Adalah difahamkan juga kedua-dua pegawai kanan Felda itu juga membantah cadangan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.


Malaysiakini

Tiada ulasan: