Selasa, 13 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Anwar guna ejen Yahudi pulakdah...

Posted: 13 Mar 2012 05:04 AM PDT



Setelah gagal meyakinkan rakyat Malaysia dengan cerita dongeng bahawa Anwar itu ejen Yahudi, kini pihak UMNO menukar strategi mereka.. daripada seorang ejen Yahudi, Anwar dituduh menggunakan ejen Yahudi pula..


Ya lah.. siapa nak percaya.. sekejap Anwar dituduh sebagi ejen Yahudi, kemudian ejen Amarika, kemudiannya ejen India, lepas tu ejen Cina, ejen Kadazan, ejen Iban, ejen Melanau dan berbagai-bagai ejen lah.. akhir sekali entah ejen apa tah..

Secara lojik jika benar Anwar itu adalah ejen-ejen yang dituduh UMNO dah lama Anwar mati ditembak..

Hari ini.. UMNO Selangor mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi membantu PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).

Aku kurang pasti mamat yang buat tuduhan ni berada dalam keadaan sedar atau tidak atau dia saja nak buat lawak sedangkan yang jelas bersahabat dengan Yahudi itu adalah UMNO sendiri..

Dan yang disahkan membayar Firma yang ada kaitan dengan Yahudi itu adalah UMNO juga..

Paling melucukan ialah bila mamat ni tuduh ejen Yahudi itu telah menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD) dan dalam sekretariat PKR.

Yahudi tu nak masuk melalui pintu Imigresen yang mana satu agaknya?? korang bacalah..


*******************************************

Umno dakwa Anwar guna ejen Yahudi gerakkan PKR

SHAH ALAM: Umno Selangor hari ini mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat agensi Yahudi membantu PKR merancang kempen dan jentera Pilihan Raya Umum lalu (PRU12).

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zain Mohamed berkata agensi itu, Yayasan Konrad Adeneur (KAF) membantu Anwar dari segi dana dan latihan modal insan, selain menyerap masuk badan pemikir (think tank) melalui Institut Kajian Dasar (IKD).

KAF pada tahun 1950-an pernah membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committe (AJC) apabila Canselor Jerman Konrad Adenauer, Perdana Menteri Israel David Ben Gurion dan Pengerusi Jewish Claims Conference berpakat menghasilkan 'Perjanjian Luxemburg'.

Mohd Zain dalam pendedahannya mendakwa berdasarkan sumber dalaman maklumat PKR sendiri, KAF turut memainkan peranan penting dalam memberikan dana pembangunan teknologi dan latihan kepada PKR.

Ini termasuklah pembabitan beberapa individu asing dalam sekretariat PKR yang memberi nasihat dan tunjuk ajar mengenai beberapa perkara seperti penyusunan propaganda, gerakerja Unit Khas DUN dan Pasukan Khas, Perisian SisMap (Sistem pangkalan data PKR) serta menggodam emel (terutamanya agensi kerajaan).

"KAF secara terbuka menaja Pakatan menghantar ahli-ahlinya menjalani latihan kepimpinan di German yang ditanggung sepenuhnya oleh KAF.

Kader asing

"Individu ini secara halus dilatih untuk menjadi kader asing yang berkhidmat dibawah PKR tanpa disedari mereka sendiri," katanya dalam sidang media di Pejabat Umno Selangor di sini hari ini.

Selain KAF, Mohd Zain mendakwa Anwar turut mendapat bantuan Institut Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI) menyediakan buku manual bagi menghadapi pilihan raya kepada petugas PKR dan menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.

Menurut beliau, manual yang dinamakan buku perancangan kempen politik hasil tulisan Stephanie Lynn diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan dibuat khusus untuk menyebarkan dakyah kononnya Malaysia tidak mempunyai kebebasan media dan beragama.

"PKR menganggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk menghadapi pilihan raya nanti," katanya.

NDI, salah satu daripada empat cabang NED diketuai oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Madeline Albright yang pernah menyokong Anwar semasa beliau dipecat.

Selain NDI, cabang lain ialah Institut Republikan Antarabangsa (IRI), Pusat Solidariti Buruh Antarabangsa Amerika (ACILS), dan Pusat Perniagaan Swasta Antarabangsa Amerika (CIPE).

"IRI dipengerusikan Senator John McCain, yang juga sekutu Anwar. Agensi-agensi ini merupakan proksi kepada golongan Yahudi Zionis," katanya.

Beliau mendakwa agensi itu turut menggunakan kempen kebencian secara subversif apabila membangkitkan isu 'Malaysia Spring', Hindraf, dan isu Kristian semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sarawak tahun lalu.

"Menggunakan sentimen agama dan mewujudkan kebencian di kalangan rakyat bagi merampas kerajaan adalah satu kaedah yang paling primitif dan tidak bertamadun," katanya yang mahu membuat pendedahan lagi pada masa akan datang.


Free Malaysia Today

Shangri-La sahkan Najib bayar RM409,767 untuk majlis pertunangan anaknya..

Posted: 13 Mar 2012 04:11 AM PDT



Bil katering bagi majlis pertunangan anak perempuan Najib yang berjumlah RM409,767 dibiayai oleh Najib dan bukannya oleh kerajaan persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur dan 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.


Ha..ha..ha.. Setelah tiga hari berlalu akhirnya pihak Hotel sahkan bahawa bayaran majlis pertunangan anak Najib yang berjumlah RM409,767 dibayar oleh Najib sendiri..

Malangnya pengesahan adalah sekadar pengesahan tanpa disertakan sebarang bukti bayaran oleh Najib contohnya seperti payment voucher, bank-in slip atau apa saja dokumen yang boleh dijadikan bukti bayaran dibuat oleh Najib.

Bagaimanapun.. banyaknya duit Najib ya.. majlis bertunang anak perempuan dia saja dah perhabis RM409,767.. di Shangri-La sahaja , belum lagi ambil kira belanja untuk pakaian dan lain-lain yang berkaitan..

Bagaimana pula dengan majlis perkahwinan pula nanti.. mesti belanja mencecah jutaan RM pula..

Dari mana Najib dapat duit agaknya.. takkanlah Najib juga menabung dari kecik untuk persiapan majlis pertunangan anaknya itu kot..

Inikah yang Najib maksudkan dengan wassatiah atau kesederhanaan itu?

Eh.. kalau tempahan dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri.. itu sudah boleh dituduh salah guna Kuasa Najib.. boleh dipenjara macam DSAI kena..


*******************************************


Bil majlis bertunang anak dibayar oleh Najib, kata hotel

Bil katering bagi majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Abdul Razak dibiayai oleh perempuan Perdana Menteri dan bukannya oleh kerajaan persekutuan, kata Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

"Majlis ini berakhir pada 17 Jun dan bayaran penuh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya pada 30 Jun dan bukannya oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO)," katanya.

Menjawab pertanyaan Malaysiakini, pengurusan hotel juga mengesahkan bahawa borang Pesanan Majlis Bankuet atau 'Banquet Event Order' yang didedahkan oleh PKR adalah salinan yang sah.

Menurut dokumen itu, PMO dikenakan bayaran RM409,767 oleh Hotel Shangri-La untuk perkhidmatan katering, yang membekalkan udang karang dan daging lembu Wagyu, untuk kira-kira 900 tetamu.

Menurut hotel itu, pesanan untuk acara katering di Seri Perdana, Putrajaya, diterima pada 2 Jun 2011.

"Pesanan nombor 1,451 dikeluarkan pada 13 Jun, untuk majlis itu," katanya.

Pada bahagian bil itu, majlis berkenaan ditandakan sebagai 'majlis makan malam OCS' dan dibilkan kepada 'Pejabat Perdana Menteri'.

Bernama sebelum ini melaporkan bahawa anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dan warga Kazakh Daniar Nazarbayev, kedua-dua mereka 23, tberlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, pada 17 Jun tahun lalu.

PMO telah menafikan bahawa bil majlis pertunangan itu dibayar oleh pihak kerajaan tetapi sebaliknya ia dibiayai oleh oleh Najib dan keluarganya.

Malaysiakini

Sekarang Siapa yang Bodoh? MB Pahang atau Wartawan?

Posted: 13 Mar 2012 01:06 AM PDT



Beberapa hari yang lalu dunia kewartawanan dikejutkan dengan sikap tidak bertamaddun yang ditunjukkan oleh MB Pahang, Adnan Yaakob kepada mereka dalam acara pembukaan Pesta Buku di hotel terkemuka di Kuantan.


Dalam kejadian tersebut, beliau yang hadir ke acara pembukaan Pesta Buku di hotel terbabit, Adnan tiba-tiba menjerit dan menghalau wartawan-wartawan terbabit supaya keluar dari hotel itu apabila melihat sekumpulan wartawan berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, Adnan juga menggelarkan mereka sebagai "Wartawan Bodoh (Stupid)", sambil disaksikan oleh orang ramai yang berada di situ. Semua panik melihat gelagat Adnan, namun masing-masing tidak mampu berbuat apa-apa dan sekadar tergamam melihat aksi MB Pahang itu.

Video laporan sila lihat di ( SINI ) dan video penjelasan Adnan kenapa beliau bertindak begitu sila lihat di ( SINI )

Sekarang kita akan melihat dan menilai sendiri siapa yang lebih bodoh atau sememangnya bodoh..




Untuk mengelakkan risiko kerugian dan pada masa yang sama melindungi kepentingan pelabur STC, pengarah Kumpulan STG Alex Tan Siong Seng berkata syarikatnya akan membatalkan projek Kuantan Goldcoast jika kerajaan bertegas mahu meneruskan kilang penapisan nadir bumi itu.

Lee dalam laporan itu mendakwa Kumpulan STG telah membelanjakan RM3 juta bagi projek hartanah itu dan akan menghadapi kerugian antara RM20 juta hingga RM30 juta jika kilang milik Lynas dari Australia itu mula beroperasi

Difahamkan pelaburan STG Group terhadap Gold Coast Kuantan yang bernilai RM30 juta itu melibatkan pembinaan Hotel Mall, Resort dan Kondominium. Projek telah dilancarkan pada Jun 2009 dan 60% sudah pun ditempah oleh para pelanggan.

Maknanya, jika projek ini dibatalkan maka ia akan memberikan tamparan yang cukup hebat kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang dan pusat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Tindakan yang dilakukan oleh kerajaan yang tergamak membawa masuk projek berisiko ke negeri ini menyebabkan pelaburan yang sepatutnya seperti dibidang perhotelan ini terpaksa menarik diri. Malah, difahamkan pihak agensi kewangan juga kini sudah menurunkan kadar pinjaman mereka kepada mana-mana pihak yang membeli aset-aset sekitar kawasan Balok, Cherating dan sekitarnya.

Ini menunjukkan mereka juga tidak yakin dengan kenyataan MB Pahang bahawa Lynas adalah selamat.

Siapa bodoh?? MB Pahang atau wartawan?


*******************************************



Pemaju resort pertimbang tarik diri dari Gebeng

Sebuah syarikat pemaju hartanah sedang mempertimbangkan keputusan sama ada untuk menarik diri daripada projek membina sebuah resort dan perumahan bernilai jutaan ringgit berhampiran Kuantan berikutan pemberian lesen operasi sementara (TOL) kepada kilang memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng.

Menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau, pengarah Kumpulan STG Alex Tan Siong Seng berkata syarikatnya akan membatalkan projek Kuantan Goldcoast jika kerajaan bertegas mahu meneruskan kilang penapisan nadir bumi itu.

Langkah ini adalah untuk mengelakkan risiko kerugian dan pada masa yang sama melindungi kepentingan pelabur STC, kata akhbar itu yang memetik Lee.

Lee dalam laporan itu mendakwa Kumpulan STG telah membelanjakan RM3 juta bagi projek hartanah itu dan akan menghadapi kerugian antara RM20 juta hingga RM30 juta jika kilang milik Lynas dari Australia itu mula beroperasi.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat PKR Pahang Lee Chean Chung menimbulkan kebimbangan bahawa operasi berkenaan akan menjejaskan ekonomi di Kuantan.

"Kuantan adalah bandar pelancongan. Jika operasi memproses nadir bumi itu bermula, ia akan mempunyai kesan domino yang akan memberi impak yang tidak dapat dibayangkan ke atas ekonomi Kuantan. Ini termasuk pada ikan, makanan laut, sarang burung, perladangan, hartanah mahupun pelancongan," kata Lee.

Lynas diberi geran

Katanya, projek Kuantan Goldcoast di Sungai Balok yang juga bernilai jutaan ringgit Kuantan hanya terletak beberapa kilometer dari Gebeng, tempat Lynas mendirikan kilang mereka. Projek hartanah itu juga akan mewujudkan antara 500 dan 600 peluang pekerjaan dan sebahagian besar penduduk tempatan akan mendapat manfaatnya.

"Sebaliknya, Lynas hanya mampu mewujudkan kira-kira 200 peluang pekerjaan sehingga kini. Ia juga diberi taraf perlepasan cukai untuk selama 12 tahun dan tanah yang dibeli untuk tapak kilang itu di Zon Perindustrian Gebeng juga dikecualikan daripada duti setem.

"Di samping itu, kerajaan turut memberikan Lynas geran bernilai kira-kira RM1.2 juta untuk melatih pekerja Malaysia," katanya.

Lee (tengah) juga membidas Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan kerana enggan mengiktiraf bahaya akibat sisa yang ditinggalkan oleh kilang penapisan Asia Rare Earth di Bukit Merah, Perak.

"Raja Aziz berkata bahawa Kementerian Kesihatan tidak mempunyai data sejarah mengenai leukemia di kawasan itu. Oleh itu, katanya, tidak ada asas untuk membuat perbandingan bagi menentukan sama ada ARE adalah punca leukemia itu.

"Malah, tergamak beliau berkata oleh kerana seorang penduduk tempatan Lai Kwan (kiri) yang bekerja untuk sub kontraktor (dalam loji itu), anaknya, Kok Leong yang terencat itu, adalah tanggungjawab kontraktor berkenaan dan bukannya kerajaan .

"Adakah ini bermakna bahawa jika penduduk Kuantan berhampiran kilang Lynas yang mempunyai apa-apa penyakit akibat radiasi, kerajaan yang meluluskan kilang itu tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab?" soalnya.

Lee menuntut bahawa Raja Aziz memohon maaf bagi keceluparannya itu.


Malaysiakini

Dewan Rakyat tolak usul bincang skandal NFC.. Dah agak dah...

Posted: 12 Mar 2012 11:55 PM PDT



Sebagaimana yang telah dijangkakan Ahad lalu (baca di SINI), hari ini ianya menjadi kenyataan.. kerana ianya telah ditolak oleh di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Haji Mulia..


Dewan Rakyat tolak usul bincang skandal NFC

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak usul bagi membincangkan kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) atas alasan ia kini menjadi kes mahkamah.

Usul itu difailkan oleh Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang), di bawah Perintah Tetap 18 (1) Jumaat lalu.

Alasan yang diberikan adalah bahawa pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, atas empat tuduhan berasingan melakukan pecah amanah membabitkan RM49.7 juta dan menggunakan harta syarikat itu tanpa kebenaran mesyuarat agung, tiga tahun lalu.

"Tetapi usul yang saya hendak bentangkan, tidak ada apa-apa kaitan dengan Salleh. Saya hanya ingin tahu mengenai peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kewangan berhubung perkara itu.

"Wakil-wakil daripada kementerian berkenaan menduduki lembaga pengarah syarikat (tetapi) hampir semua (wang yang dipnjamkan oleh kerajaan) digunakan untuk kegunaan peribadi. Kita mahu tahu bagaimana ini berlaku," ," kata Zuraida.

Semalam, Mohamad Salleh, 64, didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah. Beliau dituduh menggunakan RM9,758,140 dana NFC untuk membeli dua unit Kondominium One Menerung, Bangsar bagi syarikat dimiliki keluarganya, National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC) pada 1 dan 4 Dis, 2009.

Beliau juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat kerana memindah RM40 juta dana syarikat itu kepada NMLC, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.


Malaysiakini

Patutlah tiba-tiba Pengerusi NFC dihadapkan ke Mahkamah.. ada agenda rupanya..

Posted: 12 Mar 2012 09:12 PM PDT



Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa Pengerusi NFC telah didakwa dimahkamah semalam, sedangkan umum mengetahui bahawa kertas siasatan bagi membolehkan pihak pengurusan NFC didakwa di Mahkamah telah dikembalikan untuk kedua kalinya kepada pihak Polis oleh Jabatan Peguam Negara.


2 Mac 2012 lalu, mStar melaporkan kertas siasatan berhubung Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) telah diserahkan kembali kepada pihak polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar .

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara mengarahkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes tersebut bagaimanapun mereka tidak dimaklumkan sebab kertas siasatan tersebut dipulangkan.

Rupa-rupanya ini adalah sebahagian dari agenda UMNO/BN bagi mengelakkan ianya dibahaskan di Parlimen kerana jika ianya dibahaskan akan lebih banyak nama-nama pemimpin UMNO yang terlibat akan timbul…

Suami Sharizat terpaksa dijadikan 'Kambing Hitam' atau dalam kes ini lebih sesuai dikatakan sebagai 'Lembu Hitam' untuk menyelamatkan ramai lagi pemimpin UMNO..

Dalam hal ini Pemimpin-pemimpin UMNO membuktikan dalam agenda mempertahankan kuasa yang ada pada mereka mereka sanggup memijak seorang kawan hatta ianya adalah seorang suami kepada rakan sejawat mereka..

Noh Omar mengesahkan agenda ini.. sila baca di bawah..


*******************************************

Noh cuba elak kontroversi NFC, serah pada mahkamah

Ahli Parlimen BN yang ingin maklumat lanjut berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) sehingga menyaksikan pengerusi eksekutifnya didakwa atas empat pertuduhan termasuk kesalahan pecah amanah, kecewa apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengelak daripada membincangkan isu itu secara langsung.

Sebaliknya Noh, pada taklimatnya kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di ibu negara malam tadi, lebih banyak bercakap mengenai agihan peruntukan bagi membolehkan mereka "memantau" masalah dalam sektor pertanian di parlimen masing-masing.

Menurut beliau, kementeriannya banyak menerima soalan 'panas' khususnya berkaitan NFC yang perlu dijawabnya pada sidang parlimen yang sedang berlangsung.

Perbahasan Dewan Rakyat bagi penggal baru tahun 2012 bermula semalam.

"Kali ini kementerian terima banyak soalan. Soalan-soalan yang panas pun ada. Soalan-soalan berkaitan Fidlot.

"Tapi mungkin (saya) tidak perlu menjawab (di sini), (sebab) sudah ada kes. (Nanti) ia subjudis," katanya.

Semalam pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan kerana didakwa pecah amanah dan menggunakan dana syarikat tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.

NFC dilaporkan menerima kontrak bagi projek ternakan lembu di Gemas, Negeri Sembilan dan diberi pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan bagi memastikan bekalan daging bagi pasaran tempatan adalah mencukupi. Ia terletak dan dikawal selia oleh kementerian pertanian dan industri asas tani.

Medan terbaik

Kontroversi muncul selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut terdapat kelemahan dalam projek berkenaan. PKR kemudiannya membuat susulan dengan mendedahkan pelbagai kelemahan syarikat berkenaan termasuk dakwaan penyelewengan dana dan pembelian beberapa kondominium mewah bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara.

Sementara itu, ahli parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan yang hadir pada taklimat itu berkata perbicaraan di mahkamah adalah platform terbaik bagi NFC menolak segala dakwaan yang dilemparkan.

Bahkan, katanya, ia juga menjadi medan terbaik kepada syarikat itu mengemukakan bukti bagi membersihkan nama mereka.

"Ia menjadi tempat yang baik kepada mereka untuk menggunakan hujah mereka dan ia juga menjadi jalan terbaik untuk menamatkan (kontroversi yang berlaku)," kata Rahman.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang Ahad lalu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikannya sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).

Shahrizat, bagaimanapun akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.

Menjawab soalan, Rahman juga berkata NFC juga perlu memberikan lebih banyak penjelasan berhubung kontroversi yang timbul berbanding kementerian yang terbabit.

Katanya, selaku ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) beliau pernah mendapatkan penjelasan daripada NFC dan mendapati ada penjelasan yang mempunyai 'merit' dan ada yang menimbulkan 'persoalan'.

"Oleh itu, alangkah bijak jika menggunakan mahkamah sebagai jalan untuk memberi penjelasan tanpa sebarang gangguan," katanya.

Beliau juga akan bertanyakan kepada pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid sama ada jawatankuasa tersebut mahu meneruskan siasatan terhadap NFC memandangkan terdapat perkembangan baru berhubung isu berkenaan.


Malaysiakini

Ahmad Maslan sila baca..

Posted: 12 Mar 2012 08:35 PM PDT



Merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan yang telah disiarkan oleh The Malaysian Insider semalam 13 Mac 2012 mengatakan bahawa Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Presiden Keadilan apabila suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disabitkan dengan kesalahan pada tahun 1999.


Kenyataan Ahmad Maslan ini menyerlahkan sifat tidak jujur dan munafik yang ada dalam pemimpin UMNO itu.

Sudah menjadi rahsia umum bahawa Anwar Ibrahim telah disabitkan bersalah hasil konspirasi pimpinan UMNO yang melibatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Polis, Peguam Negara dan badan kehakiman yang tunduk kepada tekanan Pemimpin UMNO.

Disabitkan Anwar telah disambut dengan rasa terkejut dan tidak percaya oleh rakyat Malaysia, dan kutukan di seluruh dunia.

Walaupun menyedari perkara ini pemimpin UMNO seperti Ahmad Maslan terus berpura-pura bahawa sabitan itu adalah betul dan keadilan telah diberikan.

Kenapa Wan Azizah perlu meletakkan jawatan sebagai Presiden Keadilan apabila beliau dan keluarganya menjadi mangsa UMNO yang mengamalkan gaya politik Machiavelli?

Sedangkan beliau mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin politik untuk kekal di jawatan tersebut dan terus berjuang untuk pembaharuan, keadilan dan kebebasan. Ini dia lakukan dengan keberanian dan maruah dalam menghadapi segala kemungkinan.

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk membandingkan kedudukan Wan Azizah dengan Shahrizat dan keluarganya, yang jelas bersalah menyalahgunakan dana awam sebanyak RM250 Juta.

Berikutan tekanan berterusan dari pihak pembangkang, Shahrizat mengumumkan bahawa dia akan melepaskan jawatan Menteri yang disandangnya 8hb April depan.

Tindakan tersebut bukanlah satu perbuatan sukarela kerana hakikatnya 8hb April adalah tarikh luput bagi jawatan yang disandangnya melalui lantikan sebagai Senator oleh Najib.

Ahmad Maslan, Muhyiddin dan lain-lain pemimpin UMNO jelas menipu bila mengatakan Sharizat telah mengorbankan dirinya sendiri dengan meletakkan jawatan tersebut.

Malah selama ini meletakkan jawatan untuk bertanggungjawab terhadap salah laku yang dilakukan mereka bukanlah budaya yang ada dalam UMNO yang ada ialah menafikan perkara tersebut biarpun buktinya jelas menyabitkan mereka.

Dilindungi oleh kuasa polis yang luas, media massa yang dikawal dan badan kehakiman yang diperkuda mereka, pemimpin UMNO dan BN tidak pernah melihat keperluan untuk mematuhi prinsip-prinsip akauntabiliti awam dan tadbir urus yang baik.

Kenyataan Ahmad Maslan Oleh itu, sebuah contoh terbaik sikap munafik yang mendalam di dalam UMNO.


*******************************************



PRESS RELEASE: No comparison between Wan Azizah & NFC culprit Shahrizat

I refer to Deputy Minister Ahmad Maslan's statement on 12.3.12 that Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail should have quit as Keadilan president when her husband Datuk Seri Anwar Ibrahim was convicted in 1999. This statement exposes UMNO's complete dishonesty and hypocrisy.

It is well known that Anwar Ibrahim was convicted as a result of an Umno-led criminal plot involving then prime minister Dr Mahathir, the police, Attorney General and a compliant judiciary. Anwar's convictions were greeted with shock and disbelief by Malaysians, and worldwide condemnation. Despite this Umno leaders like Ahmad Maslan continue to pretend that the convictions were properly and fairly obtained.

Why should Wan Azizah quit her post when she and her family were the victims of Umno's lawlessness and Machiavellian style of politics? On the contrary, she had a duty as a political leader to stay at her post and continue to fight for reform, justice and freedom. This she did with courage and dignity, against immense odds. It is simply absurd to compare Wan Azizah's position with Shahrizat and her family,who are guilty of misappropriating and misusing RM250 millions in public funds.

It was increasing pressure from the political opposition that forced Shahrizat to announce that she is giving up her ministerial position next month. It was not a voluntary act.

It is thus plainly deceitful for Ahmad Maslan, Muhyiddin and other UMNO leaders to now claim that Shahrizat has 'sacrificed' herself and that she acted magnanimously. In fact, Umno and BN leaders have no tradition of taking responsibility for their misdeeds by resigning their positions.

Protected by extensive police powers, a controlled media and a timid judiciary, BN leaders have never seen the need to adhere to principles of public accountability and good governance. Ahmad Maslan's statement is thus a fine example of UMNO's essential and deep-rooted duplicity.

Issued by,
N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN

13.3.2012

Hasil Transformasi Najib.. RM250Juta diguna bagi membolehkan Lapangan Terbang bertukar jadi Kolam Renang...

Posted: 12 Mar 2012 09:41 AM PDT



Banjir yang melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ini adalah hasil dari projek pembesaran lapangan terbang yang bernilai RM250 Juta oleh kerajaan Pusat.


Berikutan hujan lebat yang melanda dalam beberapa jam air setinggi satu inci telah membanjiri Terminal Lapangan Terbang ini.

Jika hujan berlanjutan lebih lama dan lebih lebat tidak mustahil Lapangan Terbang ini akan ditranformasikan (pinjam ayat Najib) menjadi kolam renang pula..

Nak sabotaj kerajaan PR Pulau Pinang pun janganlah buat macam ni.. malu negara nih!!











Berikut pula adalah surat Guan Eng kepada Menteri Pengangkutan..

12 Mac 2012

YB Dato' Seri Kong Cho Ha
Menteri Pengangkutan
Kementerian Pengangkutan
Blok D5, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia.

YB Dato' Seri,

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Berada Dalam Keadaan Yang Amat Menyedihkan

Merujuk kepada perbualan awal kita, saya ingin membawa perhatian YB Dato' Seri untuk perkara di atas.

Dalam 2- 3 minggu lepas, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang telah berada dalam keadaan yang amat menyedihkan. Ini berlaku disebabkan 3 sebab utama:

1. Projek pembesaran lapangan terbang sebanyak RM250 juta lewat daripada jadual

2. Kerja- kerja yang dijalankan tidak sempurna menyebabkan bukan sahaja berlaku kebocoran tetapi juga banjir. Apabila hujan, banjir bukan sahaja berlaku di luar tetapi juga sehingga satu inci di dalam terminal lapangan terbang.

3. Masalah ini menyebabkan gangguan yang sangat besar dan memberikan kesukaran yang tidak terhingga kepada pengguna lapangan terbang bukan sahaja terhadap perjalanan tetapi yang lebih teruk turut merosakkan barangan mereka.

Saya pasti YB Menteri akan bersetuju bahawa kejadian ini amat memalukan kepada negara kerana air setinggi satu inci telah membanjiri terminal lapangan terbang antarabangsa. Oleh kerana lapangan terbang memberikan gambaran yang pertama terhadap mereka yang memasuki Pulau Pinang dan yang lebih penting, Malaysia, saya menggesa YB Menteri untuk campur tangan secara langsung dalam menyelesaikan masalah ini.

Situasi yang memalukan ini adalah amat serius dan membuktikan kegagalan sistem keseluruhan projek ini. Oleh itu, adalah penting YB Menteri untuk mengambil tindakan segera mengenai perkara ini dan jika boleh YB Menteri datang dan melihat sendiri keadaan yang menyedihkan dan memalukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Saya sertakan surat ini dengan beberapa keping gambar sebagai bukti yang jelas untuk situasi yang buruk ini.

Ini adalah satu perkara yang menjadi kebimbangan negara dan saya amat berharap YB Menteri akan memandang perkara ini dengan serius dan dengan kepentingan.

Sekian, terima kasih.

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

Tiada ulasan: