Ahad, 11 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sharizat undur : Kenyataan Rafizi yang tidak disiarkan kebanyakkan Media.

Posted: 11 Mar 2012 08:40 AM PDT



Sharizat Letak Jawatan hanyalah mainan Media tunggangan UMNO untuk mengelabui pemikiran rakyat kerana hakikatnya Sharizat tidak meletakkan jawatan mahupun berundur, ini kerana selepas 8hb, tempoh Sharizat sebagai Senator telah luput.


Perletakan jawatan ini hanyalah satu agenda untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu penyalahgunaan dana awam oleh Najib dalam membiayai majlis pertunangan anaknya.

Itu menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam ucapannya di Majlis Hi Tea di Yayasan Aman, Penanti petang tadi.

Pengunduran Sharizat dari kabinet (yang betul tak dilantik semula oleh Najib) bukanlah satu penyelesaian terhadap isu penyalahgunaan dana NFC yang bernilai RM250Juta oleh Suami dan Anak-anak Sharizat tambah Rafizi.

"Pendedahan tentang NFC ini bukanlah satu serangan peribadi, Isu yang lebih besar disini ialah penyalahgunaan dana NFC yang bernilai RM250 Juta, rakyat perlu dijelaskan mengapa ianya dibelanjakan untuk perkara yang tidak sepatutnya"

"Mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dana ini sewajarnya dibawa kemuka pengadilan" tambah Rafizi.

Rafizi juga berkata "Ianya mengenai kesungguhan pentadbiran Najib dalam memerangi rasuah dalam Kerajaan".

Bagaimanapun menurut Rafizi langkah Sharizat berundur (yang betul tak dilantik semula oleh Najib) satu tindakan yang tepat dan harus dipuji kerana lebih baik lewat dari tidak mahu berundur langsung.

Selain itu Shahrizat juga mengesahkan pendedahan yang dibuat PKR selama ini adalah benar dan berdasarkan fakta tepat.

Tambah Rafizi lagi "Pengumuman perletakan jawatan ini hanyalah satu agenda untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu penyalahgunaan dana awam oleh Najib dalam membiayai majlis pertunangan anaknya itu".

Dokumen tersebut boleh di lihat di SINI

Kebanyakkan media tidak menyiarkan "Penyalahgunaan dana awam oleh Najib dalam membiayai majlis pertunangan anaknya".. nak cover-up ke atau sudah dapat arahan untuk tutup cerita?

Untuk makluman.. aku ada dengan Rafizi masa dia memberikan kenyataan kepada media menerusi talipon petang tadi di Yayasan Aman, aku dengar ayat itu disebut tapi aku tak jumpa dalam kebanyakkan laporan media.

Berikut adalah apa yang kebanyakkan media siarkan..

***********************************************

Rafizi sambut baik keputusan Shahrizat

SHAH ALAM – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyambut baik pengumuman Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa beliau akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh sebagai senator berakhir 8 April ini kerana akhirnya memahami kehendak rakyat.

Beliau mendakwa keputusan Shahrizat juga mengesahkan pendedahan yang dibuat PKR selama ini adalah benar dan berdasarkan fakta tepat.

"Kini tumpuan rakyat adalah kepada tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan satu siasatan telus dibuat bagi mengembalikan setiap satu sen dari wang rakyat yang diselewengkan

"Beliau (Najib) juga wajib buktikan beliau serius menentang rasuah dengan memastikan setiap individu yang bertanggungjawab dalam skandal ini dihadapkan ke muka keadilan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Kira-kira jam 4 petang tadi, Shahrizat membuat pengumuman akan melepaskan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," katanya.

Bagaimanapun beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Shahrizat berkata beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Perdana Menteri dalam waktu terdekat.

Sementara itu, beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Masalah berkenaan projek itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan akhir tahun lalu.

Berikutan laporan itu, kepimpinan PKR dalam pendedahan bersiri sejak November lalu mendakwa wujud unsur salah guna dana yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada NFC.

Dalam pada itu, Pihak polis bulan lalu telah mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah, namun beliau meminta agar pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan lebih terperinci berhubung perkara itu.


Sinar Harian

Kenyataan Sharizat bukti beliau tidak hormat kepada Najib..

Posted: 11 Mar 2012 07:59 AM PDT



Kalau korang ingat lagi.. semalam Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan mengumumkan kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada waktu yang sesuai.


"Saya akan membuat suatu pengumuman pada waktu yang sesuai," Najib berkata, seperti dilaporkan oleh agensi berita nasional Bernama, dengan Shahrizat turut hadir semasa sidang media tersebut.

Tetapi hari ini, sekitar jam 4 petang Sharizat sendiri telah mengumumkannya.. Sharizat kata beliau akan berundur dari Kabinet pada 8hb April, padahal itu adalah tarikh luput bagi jawatan Senator yang dipegangnya..

Tindakan Sharizat itu menunjukkan kepada kita bahawa Najib bukanlah seorang yang dihormati oleh Sharizat, kerana biarpun beliau tahu Najib telah berkata akan mengumumkan akan kedudukan beliau dalam Kabinet pada watu yang sesuai, Sharizat sendiri telah mengumumkannya.

Sharizat tidak mahu dimalukan oleh Najib yang mungkin akan mengeluarkan kenyataan 'Jawatan Senator Sharizat tidak akan disambung lagi' oleh itu bagi mengelakkan dirinya dimalukan adalah lebih baik Najib sendiri dimalukan.

Macam kes dipanggil SPRM hari tu la.. Sharizat kata dia sukarela pergi ke pejabat SPRM tapi sebenarnya menurut SPRM, mereka memanggil Sharizat untuk soal siasat..

Nak cover malu.. Najib kata macam ni.. baca di bawah..

***********************************************

Keputusan Shahrizat betul dan tepat, kata Najib

PEKAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, adalah satu keputusan yang tepat dan betul.

Datuk Seri Najib Tun razak berkata, tindakan itu adalah pengorbanan demi kepentingan parti dan kerajaan menghargainya.

"Walaupun tiada bukti kukuh beliau terbabit dalam isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang banyak menimbulkan kontroversi tetapi beliau sanggup mengundurkan diri sebelum jawatannya sebagai senator berakhir 8 April depan," kata beliau kepada pemberita sebelum menghadiri majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Najib berharap semua anggota Pergerakan Wanita terus menyokong Shahrizat sebagai pemimpin mereka.

Ketika ditanya mengenai menteri itu yang tidak meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno akan digunakan pembangkang sebagai isu, Najib berkata, ia terpulang kepada pihak terbabit.

"Yang penting jawatan itu dipilih oleh ahli parti dan jawatan dalam kerajaan yang mengundang pertikaian dan kontroversi," katanya.

Sementara itu, Najib turut memberitahu, pengumuman pengganti Shahrizat akan dilaksanakan kemudian kerana menurutnya masih ada banyak masa untuk membuat keputusan itu.

Shahrizat dalam sidang akhbarnya di Kuala Lumpur hari ini mengumumkan pengundurannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh pelantikannya sebagai anggota Dewan Negara tamat pada 8 April ini.

Bagaimanapun, Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).


Sinar Harian

Umno Cheras anggap kenyataan Sharizat sebagai drama 'Makcik Bollywood'

Posted: 11 Mar 2012 06:54 AM PDT



Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee menganggap kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan satu 'drama'.


Syed Ali berkata, sebagai seorang menteri, Shahrizat sepatutnya menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap parti dan negara dan bukan bermain tarik tali.

"Kalau berhenti, berhenti sahajalah. Tapi kenapa macam nak main tarik tali. Kenapa perlu kumpulkan wartawan hari ini sedangkan esok ramai wartawan akan buat liputan di Parlimen.

"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selepas kontroversi panjang isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Shahrizat sebentar tadi mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April).

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu bagaimanapun akan kekal sebagai ketua Wanita Umno.

Syed Ali berkata, tindakan Shahrizat itu seolah-olah ingin menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah dan peletakan jawatan itu bukan disebabkan rasa bersalah, tetapi kerana tempoh sebagai senator sudah tamat.

"Dia nak tunjuk glamour kot supaya esok ada Wanita yang datang menangis, merayu pada dia supaya jangan letak jawatan.

"Saya bersyukur dia nak berhenti, tetapi kecewa kerana dia nak berhenti bila tamat tempoh senator. Saya tak faham kenapa. Ini menunjukkan dia tidak komitmen dan tidak berintegriti kepada parti," katanya.

"Kalau saya jadi dia, saya akan berhenti serta merta."

Umno Cheras antara bahagian paling lantang membuat desakan itu sebelum ini selain bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafizah Aziz supaya tidak menjadi beban kepada parti.

Bung Mokhtar: Patut lebih awal

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Mokhtar Raden berkata, beliau mengalu-alukan tindakan Shahrizat itu tetapi berpendapat ia sepatutnya dilakukan lebih awal.

bung moktar radin"Ia sepatutnya harus dibuat (lebih) awal untuk mengelakkan keraguan," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Sambil menyifatkannya sebagai langkah yang bijak, Bung Mokhar percaya selepas ini pembangkang sudah tidak boleh bermain dengan isu yang sama.


Malaysiakini

Shahrizat lepaskan jawatan menteri 8 April? Jangan tertipu....

Posted: 11 Mar 2012 05:15 AM PDT



Sinar Harian melaporkan.. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.


Jangan tertipu.. Sharizat tidak berundur mahupun meletakkan sebarang jawatan yang dipegangnya!

Ini kerana samada Sharizat berundur atau tidak 8hb tersebut merupakan tarikh terakhir bagi tempoh tiga tahun beliau dilantik sebagai Senator yang membolehkannya memegang jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Berakhirnya tempoh tersebut, secara automatik Sharizat bukan lagi seorang Senator mahupun Menteri melainkan beliau dilantik semula sebagai Senator oleh Najib.

Dari segi moral kita boleh anggap ini satu kemenangan buat Pakatan Rakyat terutamanya Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, tetapi adakah itu yang kita mahu?

Adakah dengan tidak melantik semula Sharizat di dalam Kabinet cukup bagi rakyat untuk memaafkan penyalahgunaan dana awam berjumlah RM250Juta oleh Suami dan anak-anaknya?

Sudah tentu tidak…. Apa yang kita mahu adalah semua yang terlibat menyalahgunakan dana NFC tersebut dibawa kemuka pengadilan, bukannya tidak melantik semula Sharizat sebagai Senator!

***********************************************

Shahrizat lepaskan jawatan menteri 8 April

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," kata beliau kira-kira 4 petang tadi.

Khidmat anggota Dewan Negara adalah selama tiga tahun dan boleh disambung satu penggal lagi.

Beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 9 April 2009 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri dan seterusnya anggota Kabinet. Beliau gagal mempertahankan kerusi Lembah Pantai dalam pilihan raya umum 2008.

Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno yang dimenangi tiga tahun lalu. Beliau juga merupakan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).

Katanya, beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Najib dalam waktu terdekat.

Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Najib dan timbalan beliau dan rakan-rakan jemaah menteri, kerana telah mendapat kerjasama begitu baik.

"Selama 10 tahun menjalankan tugas sebagai menteri, saya sempat membawa beberapa perubahan," kata beliau pada Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih 2012 di Desa Water Park di sini petang, yang turut mendapat liputan lebih 60 wartawan dan jurugambar yang telah menunggu beliau sejak dari jam 1 tengah hari tadi.

Semalam, Najib berkata, beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Shahrizat sebagai menteri pada waktu yang sesuai.

Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum itu tidak menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu akan meletakkan jawatan.

"Pelbagai khabar angin... kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya.

Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation, yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Beberapa individu sebelum ini termasuk bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz meminta Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan ia menjadi bebanan kepada parti.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan Shahrizat agar "jangan sayang kepada jawatan."

Berhubung jawatan sebagai Ketua Wanita, Shahrizat berkata, keputusan mengekalkan jawatan itu dibuat setelah berfikir panjang kerana Wanita Umno sudah seperti keluarga baginya.

"Menjadi satu 'powerful force', Wanita BN kini 'powerful force' yang bawa perjuangan untuk rakyat Malaysia," katanya.

Tambah Shahrizat, dalam tempoh dua hingga tiga minggu sebelum pengundurannya, beliau akan meneruskan tugas seperti biasa dan akan menghadiri jemputan daripada NGO yang telah diterima sebelum ini.

Jelasnya, beliau juga akan menggunakan baki perkhidmatan yang ada untuk memastikan Akta Pekerja Sosial menjadi kenyataan.

Katanya, sepanjang menjadi menteri beliau melihat banyak perkara yang memberi erti yang besar dalam kehidupannya terutama ketika turun membantu golongan yang memerlukan dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua NGO yang telah bersama-sama kementeriannya.

Shahrizat memberitahu bahawa keputusan yang dibuat atas keinginannya sendiri tanpa pengaruh mana-mana pihak.

Beliau turut menafikan perletakan jawatannya itu disebabkan skandal NFC, dan menegaskan sekali lagi, perkara itu hanyalah kebetulan memandangkan beliau adalah isteri kepada Salleh.

"Perletakan jawatan ini tidak ada kena mengena dengan NFC, saya tiada sebarang kaitan dengan NFC, hanya kebetulan saya adalah isteri kepada Pengerusi NFC.

"Tetapi sebagai anggota kerajaan yang bertanggungjawab, saya rasa ini tindakan tepat untuk berundur dengan baik.

"Saya ingin jelaskan, ini keputusan saya sendiri, dan saya mahu pastikan apabila saya berundur, siasatan akan diteruskan mengikut undang-undang dan kita semua nantikan hasilnya," katanya.


Sinar Harian

MB Pahang kata wartawan akhbar berbahasa Cina 'Stupid' (Video inside)

Posted: 10 Mar 2012 06:34 PM PST

Video laporan diakhir entry..



KUANTAN, 10 Mac - Apa sudah jadi dengan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) agaknya. Jika dulu di awal tampuk kuasanya sebagai MB, beliau pernah menunjukkan isyarat lucah di Hari Pencalonan Pilihanraya Kecil DUN Sanggang, Temerloh. Isu itu hangat diperkatakan, hingga beliau digelar MB Samseng, Adnan Samseng, MB Lucah dan banyak lagi.


Kemudian, beberapa tahun yang lalu beliau sekali lagi mengamuk. Kali ini kepada wartawan media arus perdana ketika beliau berucap di Sidang DUN Pahang.

Selepas lebih 10 tahun berlalu, Adnan dilihat sudah kembali "normal" dan gelaran samseng, lucah dan sebagainya mula hilang begitu saja. Namun, entah apa kenapa tiba-tiba kita dikejutkan dengan tindakan MB Pahang itu memakin hamun dan menghalau wartawan akhbar berbahasa Cina dari membuat liputan programmnya.

Kejadian berlaku di sebuah hotel terkenal di sini pagi tadi. Beliau ketika itu hadir ke acara pembukaan Pesta Buku di hotel terbabit. Ketika melihat wartawan berkenaan, Adnan tiba-tiba menjerit dan menghalau wartawan-wartawan terbabit supaya keluar dari hotel itu.

Tidak cukup dengan itu, Adnan juga menggelarkan mereka sebagai "Wartawan Bodoh (Stupid)", sambil disaksikan oleh orang ramai yang berada di situ. Semua panik melihat gelagat Adnan, namun masing-masing tidak mampu berbuat apa-apa dan sekadar tergamam melihat aksi MB Pahang itu.

Sebelum ini kami pernah melaporkan semua wartawan akhbar berbahasa Cina dihalang masuk ke satu forum pro-Lynas yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang di RTM Pahang Januari lalu.

Kini, kejadian yang sama berlaku dan lebih memalukan ia melibatkan MB Pahang sendiri. Soalnya sekarang, wajarkah seorang Menteri Besar berperangai seperti itu?. Mengamuk dan menghalau wartawan adalah satu tindakan yang tidak wajar sebenarnya.

Namun, mungkin Adnan punyai sebab tertentu untuk berbuat demikian kerana beliau tahu bahawa akhbar berbahasa Cina telah membuat liputan meluas terhadap projek kilang memproses rare earth Lynas Corporation yang kini dibantah rakyat.



Sumber: Addin


***********************************************

Ini dari Malaysiakini..

MB Pahang 'meletup' panggil wartawan 'bodoh' lapor isu Lynas

Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob hari ini naik angin terhadap wartawan akhbar berbahasa Cina, dengan berulang kali memanggil mereka "bodoh" kerana melaporkan kenyataan yang dikatakan dibuat olehnya bahawa sisa radioaktif Lynas boleh dibuang ke dalam Sungai Lembing.

Menurut laporan di beberapa akhbar berbahasa Cina, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar yang sedang mengambil gambarnya yang sedang naik angin itu.

adnan the manBeliau kemudian mencabar jurugambar tersebut supaya menyiarkan gambar esok dan mewujudkan saat yang janggal sewaktu sidang akhbar di Kuantan itu.

Tiga wartawan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Semuanya bermula apabila Adnan secara tiba-tiba membangkitkan kontroversi loji nadir bumi Lynas, yang dijadual memulakan operasi berhampiran dengan Gebeng, selepas beliau merasmikan sebuah pesta buku di Kuantan hari ini.

Adnan memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah mencadangkan sisa radioaktif itu dibuang ke dalam Sungai Lembing, dan berkata ia hanyalah satu contoh yang diberikan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan pada satu majlis makan malam.

Katanya, Raja Abdul Aziz berkata terdapat banyak gua di Malaysia yang boleh dijadikan tapak pelupusan sisa seperti di Sungai Lembing.

Dengan nada tinggi, Adnan berkata, beliau tidak pernah kata bahan tersebut boleh dibuang di Sungai Lembing.

Sungai Lembing merupakan sebuah bandar lombong bijih timah yang terletak kira-kira 40km di barat laut Kuantan. Hari ini, kebanyakan lombong bawah tanah di situ tidak lagi beroperasi.

Adnan turut dimarahi Kuantan MP Fuziah Salleh - salah seorang penentang kuat pembinaan kilang Lynas.

"Awak lapor saya kata begitu. Jika MP PKR Kuantan, Fuziah Salleh mengatakan perkara yang sama, maka dia juga bodoh. Semua akhbar Cina dan wartawan yang melaporkan berita itu adalah bodoh.

"Mereka boleh saman saya! Saya juga boleh saman mereka."

Apabila seorang wartawan cuba untuk menerangkan kepadanya, Adnan menyampuk: "Tidak perlu hendak jelaskan. Saya terima SMS yang mengatakan akhbar Cina melaporkan saya mencadangkan sisa itu dibuang ke Sungai Lembing..

"Anda lapor tanpa mengesahkannya sendiri, ini adalah benar-benar bodoh."

Tiada ulasan: