Rabu, 7 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lynas : Pembohongan Najib semakin terserlah..

Posted: 07 Mar 2012 08:33 AM PST



Projek sisa pepejal Lynas ialah satu musibah. Najib bukan hanya meninggalkan musibah malah cara perlaksanaan projek tersebut dibawa masuk ke Malaysia juga musibah.Entah siapa yang dapat idea bahawa Malaysia mampu mmeproses sisa pepejal selepas tragedi Bukit Merah?..dan perbahasan bahawa patut kah sisa tersebut dibenarkan diproses disini terus mendedahkan kepincangan pihak berkuasa melaksanakan rancangan mereka dari awal lagi.


Bila kerajaan meluluskan lesen TOL kepada Lynas Corp, pasti kita tertanya-tanya yang pertimbangan harus diberikan kepada faktor risiko-risiko yang mmebolehkan Lynas memulakan operasi. Sekarang kita tahu bahawa isu lokasi dimana sisa tersebut akan dilupuskan masih belum selesai.

Bergantung pada penipuan hubungan seranta

Najib cuba menenangkan kemarahan rakyat tapi sekali lagi beliau bergantung kepada helah imaginasi hubungan seranta yang menjadi lambang pemerintahannya,dengan menyatakan bahawa sisa tersebut akan dilupuskan jauh dari kilang di Pahang,tetapi masih di Malaysia.Jadi bahagian negeri Pahang yang mana akan menerima sisa tersebut atau negeri mana dalam Malaysia yang bertuah yang bakal dilonggokkan dengan sisa berbahaya itu?

"Walaupun pakar mempunyai bukti, termasuk deklarasi badan antarabangsa yang sisa tersebut selamat,rakyat masih ragu-ragu tentang itu. Maka kami buat keputusan sisa tersebut akan dipindahkan ke tempat lain.Kita mahu rakyat rasa selamat," Najib mmeberitahu pemberita minggu lepas, menafikan bahawa perubahan tersebut akibat dari tekanan hebat yang di ketuai oleh MP PKR Kuantan Fuziah Salleh.

Bersama penduduk Gebeng dan aktivis, Fuziah dan PKR menganjurkan rali anti Lynas yang dihadiri oleh lebih 20,000 orang seluruh negara 2 minggu lepas. Jumlah yang hadir membuka mata pihak berkuasa dan Najib tidak dapat tidak memberi perhatian dengan pilihanraya semakin hampir.

Pembohongan berterusan kepada rakyat

Komen Najib membuatkan sekurang kurangnya dua dari orang kanannya kelihatan sebagai penipu. Jika hal yang penting seperti ini pemerintahan beliau boleh menipu, bagaimana rakyat akan meletakkan kepercayaan kepada pemerintah untuk menjaga kepentingan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Koh Tsu Koon memberitahu orang ramai pencarian lokasi penyimpanan akan melibatkan empat kementerian.. perbincangan beliau melibatkan kementerian sains ,teknologi dan innovasi; kementerian perdagangan antarabangsa dan industri dan kementerian sumber asli dan alam sekitar.

"Saya telah berbincang tentang isu ini diperingkat kabinet dan rakan saya dalam kabinet telah membuat kenyataan meminta pihak Lynas memindahkan sisa tersebut ke tempat lain," kata Koh

Kenyataan paling lucu ialah dari Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang berkata Lynas mesti mencari jalan menghantar balik sisa tersebut ke Australia.. jika gagal maka lesen TOL tidak akan dikeluarkan untuk kilang kontroversi di Gebeng.

Liow membuat kenyataan berdasarkan kenyataan Raja Abd Azizi Raja Adnan, ketua pengarah AELB yang menyatakan sisa tersebut akan dihantar semula ke Australia.

"Australia Barat tidak akan menerima sisa radioaktif dari negara ketiga. Mereka tidak pernah kata tidak akan terima sisa dari Lynas.Jadi, jika ada item komersil yang boleh dipulangkan ke Australia, kerajaan Australia perlu buat keputusan untuk menerima.," kataRaja Abdul Aziz.

Ini hanya mainan kata-kata dari ketua pengarah AELB. Helah bijak untuk sembunyikan fakta bahawa resolusi pulangkan kepada penghantar ialah resolusi dan anggapan silap dan tidak mungkin akan diterima oleh pihak berkuasa Australia yang terkenal dengan ketegasan mereka dalam isu ini.

Pihak Australia mempunya pandangan berbeza

Norman Moore,menteri perlombongan dan petroleum Australia Barat telah menegaskan TIDAK akan menerima sisa dari Lynas.Ini respon kepada soalan dalam satu sidang parlimen dalam bulan April tahun lepas.

Dalam bulan Febuari 2012, Norman Moore mengeluarkan satu kenyataan lagi sebagai respon kepada isu TOL Lynas. " Undang2 negara ini menyatakan Australia tidak akan menerima tanggungjawab terhdapa sisa bahan yang terjadi dari proses luar pantai yang dibeli dari Australia samaada bijih besi,pasir mineral dan sisa tanah yang dihasilkan oleh Lynas corporation. Australia tidak menyokong sebarang import dan simpanan sisa radioaktif negara lain."

Kemudian Robin Chapple,MP Greens menyokong idea yang sisa bahan radioaktif harus di proses di Lynas dan dilupuskan serta merta di tanah dimana ianya datang, sebab utama kenapa China membatalkan kuota export sisa tanah kerana ingin pastikan keselamatan dan kesihatan rakyat dan persekitaran..

"Salah satu sebab utama China mengurangkan hasil sisa bumi dan export sejak 2009 ialah keprihatinan kerajaan dan rakyat bahawa perlombongan dan proses ini menyebabkan pencemaran meluas kepada persekitaran," Kata Chapple dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas TOL tersebut diluluskan.

Another grandiose but false gesture

Apa yang sebenar nya yang dikatakan oleh Liow dan Raja Aziz? Untuk membodek Najib,kerana ini projek kesayangan nya? Berbaloi kah untuk mereka berbohong? Adakah tindakan mereka berdasarkan kesedaran terhadap akibatnya kepada rakyat Malaysia?

Atau hanya sebagai hiasan untuk memastikan politik UMNO tidak kacau bilau?Layakkah merek ini bergelar profesional? Patutkah mereka bersara awal kerana tidak beretika dan berpotensi merbahayakan kesihatan rakyat Malaysia dengan helah mereka?

Bagaimana projek ini diluluskan dari peringkat awal bila sekarang telah jelas tidak ada penyelesaian sebenar untuk isu paling utama ialah pelupusan sisa buangan?

Bagaimana kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan Najib begitu pasti yang projek ini akan berjalan bila ianya jelas ada sesuatu yang tersembunyi dari awal-bukan hanya tentang bahan sisa buangan tetapi juga bagaimana tercetusnya perniagaan ini boleh beroperasi.

Pada hujung minggu lepas, Najib membuat satu lagi penopuan. Beliau meminta maaf atas kesilapan BN yang lepas. Bagaimanapun bukti telah nyata. Jika beliau jujur, beliau harus menolak Lynas.

Jika beliau tidak korup, tubuhkan suruhanjaya diraja untuk menangani bagaimana projek ini boleh diluluskan, bagaimana perjalanan operasi nya dan siapa yang dapat keuntungan darinya.

Selepas menaiki tampuk pemerintahan selama 3 tahun, Malaysia tidak ada melihat pembaharuan tapi keadaan makin buruk dalam negara. Malaysia semakin jatuh dalam kedudukan Transparency International's Corruption Perception Index (CPI) dari tangga ke 56 ke tangga 60. Kerajaan BN masih kurang kuasa politik untuk menghapuskan korupsi besar-besaran dan salahguna kuasa," MP Tony Pua berkata dalam satu kenyataan Isnin lepas.


Malaysia Chronicle

MB Pahang nak lupuskan sisa Lynas di Sungai Lembing?

Posted: 07 Mar 2012 06:57 AM PST



Kumpulan Anti-Lynas hari ini mendakwa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mencadangkan bekas tapak lombong di Sungai Lembing sebagai tapak pelupusan sisa radioaktif dari Lynas.


Tambah kumpulan itu dalam satu kenyataan , Adnan Yaakob juga telah memberi amaran kepada ahli-ahli politik yang hadir dalam jamuan semalam supaya tidak mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti anti-Lynas yang merisikokan Barisan Nasional (BN) pada PRU akan datang.

Hmm.. baguslah tu...

Bacalah apa kata Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid kat bawah ni..

Buang sisa Lynas dalam sungai kerja gila

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah keras cadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing kerana kami berpendapat jika ini dilakukan, ia adalah tindakan gila.

Adakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar dirujuk dalam hal ini? Apakah undang-undang perlindungan sungai akan diketepikan begitu sahaja?

Ekologi sungai yang kini sangat sensitif dan bakal punah akibat pembuangan sisa radioaktif , pasti akan mengundang malapetaka yang tidak boleh dirawat lagi.

Di sebaliknya ia akan memperlihatkan slogan 'Cinta Sungai Kita' yang selama ini dicanang oleh JPS hanya menjadi suatu momokan dan bahan ejekan.

Jika ini benar-benar dilakukan ia adalah jenayah alam sekitar yang sepatutnya dihalang malah diambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa kompromi.

Amat jahil bagi sesiapa yang menganggap membuang sisa toksid seperti bahan radioaktif Lynas ke dalam sungai tidak merosakkan alam sekitar.

Walaupun cadangan itu dikatakan adalah di tapak lombong yang sudah tidak digunakan, interaksi air bawah tanah serta akhirnya menyambung ke sungai pasti akan memberi kesan yang merbahaya dalam jangka masa panjang.

Kami difahamkan Sungai Lembing yang dicadang itu adalah kawasan pelancongan yang dikunjungi ramai.

Teras bukan sahaja mengambil kira soal kehidupan dan punca pendapatan penduduk Sungai Lembing tetapi yang lebih penting ialah soal persekitaran yang akan bakal rosak yang tidak boleh dipulih lagi jika ia menjadi tapak buangan sisa radioaktif.

Kini yang menjadi polemik ialah di mana pembuangan sisa radioaktif itu hendak disalurkan.

Padahal kenyataan yang saling bercanggah antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu pembuangan sisa toksik dari kilang Lynas ini membuktikan kelulusan membenarkan Lynas beroperasi adalah keputusan sembrono.

Tiba-tiba MB Pahang pula membuat kenyataan yang jauh lebih mengejutkan.

Teras menyelar kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berwewenang yang bukan sahaja mengelirukan malah menyusahkan pegawai kerajaan yang terpaksa berdepan dengan masyarakat.

Yang jelas semua kenyataan ini dibuat hanya untuk berselindung di balik hakikat yang sebenar. Bahaya kilang Lynas sememangnya mempunyai risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

Malangnya setiap kali pengumuman dibuat, setiap kali kesilapan terserlah.

Najib yang cuba membersihkan kilang Lynas daripada kontroversi dengan menyatakan bahawa sisa kilang Lynas adalah tidak berbahaya, dan akan memastikan sisa tersebut dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh dari penempatan manusia, jelas sedang memperjudikan nasib masyarakat dan alam sekitar negara ini.

Rakyat tidak boleh dibohongi hanya dengan strategi emosi dan psikologi seperti yang disebut oleh PM. Apa yang rakyat mahu ialah dibatalkan terus projek ini demi masa depan masyarakat dan alam sekitar negara.

NFC juga beli lapan lot kedai di Bangsar dengan harga RM9,688,866

Posted: 07 Mar 2012 04:03 AM PST



Seperti yang dijanjikan, KEADILAN hari ini tampil dengan bukti kukuh bagaimana dana awam yang disalurkan kepada NFC untuk projek berimpak tinggi dan berkepentingan awam telah disalahgunakan bagi tujuan peribadi keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil yang memiliki NFC.


Modus operandi yang digunakan adalah mudah – sejumlah besar dana tersebut didepositkan ke dalam bank-bank tertentu. Keluarga Dato' Seri Shahrizat kemudiannya membuat pinjaman pembiayaan untuk membeli pelbagai hartanah mewah di bawah nama mereka walaupun secara peribadinya, mereka tidak mempunyai simpanan yang kukuh di bank tersebut.






Semakan dengan sebuah bank tempatan mengesahkan fakta-fakta berikut setakat 16 Februari 2012 (yang disokong dengan dokumen carian kredit rasmi bank tersebut yang disertakan bersama):

1.Lampiran A mengesahkan bahawa National Feedlot Corporation Sdn Bhd mempunyai simpanan deposit berjumlah RM71,395 ,617 dalam akaun 01181839801 dan RM90,972 dalam akaun 03984628723 di sebuah bank tempatan.

2.Lampiran B mengesahkan bahawa syarikat milik penuh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil iaitu National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd mempunyai deposit berjumlah RM1,872,254 di akaun bernombor 03147802316 di bank tersebut.

3.Lampiran C mengesahkan bahawa syarikat milik penuh keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil iaitu Agroscience Industries Sdn Bhd mendapat kemudahan pembiayaan berbaki RM197,338 melalui pinjaman bernombor 02050032605, walaupun syarikat itu hanya mempunyai simpanan berjumlah RM927 di bank tersebut.

4.Lampiran D mengesahkan bahawa Dato' Seri Salleh Ismail mendapat pinjaman peribadi berbaki RM4,391,240 untuk membiayai secara bersama pembelian hartanah melalui pinjaman bernombor 02062369427 dan menjadi penjamin kepada satu lagi pinjaman hartanah bernombor 02073919403 berbaki RM663,743, walaupun beliau secara peribadi hanya mempunyai simpanan RM421 di bank tersebut.

Secara jelas, ini membuktikan bagaimana dana awam yang diberikan kepada NFC untuk mengusahakan projek fidlot telah diselewengkan untuk dijadikan jaminan untuk mendapatkan pinjaman peribadi dan dibelanjakan dengan membeli hartanah-hartanah di atas nama peribadi mereka.

Semakan KEADILAN menunjukkan bahawa pinjaman peribadi Dato' Seri Salleh Ismail dari bank tersebut telah digunakan untuk membeli 8 unit hartanah di KL Eco City Sdn Bhd seperti berikut (bukti pembelian dan rekod pinjaman dalam Lampiran E):




Nilai tebusan pinjaman adalah anggaran harga hartanah yang dapat diperolehi semasa lelongan dan lebih rendah dari harga pasaran. Berdasarkan harga pasaran semasa unit komersil di KL Eco City iaitu RM1,000 hingga RM1,100 setiap kaki persegi, KEADILAN menganggarkan harga pasaran semasa unit-unit ini boleh mencecah RM12 juta.

Kaedah menyalahgunakan dana awam untuk mendapatkan pinjaman peribadi seperti ini adalah menyalahi mandat yang diberikan kepada NFC untuk membangunkan projek berkepentingan nasional.

KEADILAN juga melahirkan rasa bimbang melihatkan rekod pembayaran pinjaman yang buruk; termasuklah tidak membayar bayaran pinjaman dalam bulan Julai dan Ogos 2011 selama dua bulan berturut-turut. Dalam bulan Disember 2011, perkara ini berulang kembali.

Memandangkan simpanan tetap NFC sebanyak RM71.4 juta berkait rapat dengan pembelian harta-harta peribadi ini, pengurusan NFC dan Dato' Seri Shahrizat Jalil, sebagai mewakili keluarganya, perlu memberi jaminan bahawa sebarang masalah pembayaran membabitkan pinjaman peribadi mereka tidak akan memberi apa-apa kesan kepada dana awam yang disimpan di bank yang sama.




KEADILAN juga mendesak supaya Dato' Seri Najib Tun Razak menunaikan janji beliau untuk membekukan semua aset NFC, termasuklah simpanan tetap berjumlah RM71.4 juta ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
7 MAC 2012


LAMPIRAN A,B,C,D dan juga E sila lihat di SINI

Bukti rasuah Pengerusi NFC diserah pada SPRM

Posted: 07 Mar 2012 01:40 AM PST



PUTRAJAYA 7 Mac: Saksi penting dalam kes skandal National feedlot Corporation (NFC), Datuk Shamsubahrin Ismail dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyerahkan telefon bimbit dan transkrip Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), mengandungi bukti rasuah individu penting NFC.


Shamsubahrin, ditemani peguam, N Surendran, Afifuddin Mohd Hafifi, Siti Maspuah Maulan dan Latheefa Koya hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 12.15 tengahari tadi.

Bagaimanapun, Latheefa ketika ditemui wartawan berkata, pihak SPRM tidak membenarkan peguam hadir semasa saksi memberi keterangan.

"Peguam boleh bersama di dalam bilik siasatan, tetapi mesti berada di luar jarak pendengaran," kata Latheefa.

Beliau berkata, bukti berkenaan diserahkan kepada pihak berkuasa itu, selepas diminta untuk berbuat demikian.

"Jika mereka telus dalam siasatan kes ini, mereka hanya perlu memeriksa semua bahan bukti yang diserahkan, di samping mengambil kenyataan saksi sebagai sokongan.

"(Jika tidak) jelas mereka tidak mempunyai keazaman politik untuk menyelesaikan kes berprofil tinggi ini," kata beliau.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan bukti bahawa Pengerusi NFC, Datuk Mohamad Salleh Ismail, mengarahkan Shamsubahrin supaya merasuah pihak polis bagi menutup kes penyelewengan RM250 juta dana NFC.

Laporan polis turut dibuat oleh Shamsubahri ketika beliau dimasukkan ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang pada 27 Januari lalu.

Dalam laporan polis berkenaan, Shamsubahrin mendakwa beliau dilantik NFC sebagai Perunding dan penasihat Korporat bagi membersihkan masalah dalam NFC.

Beliau juga mendakwa Salleh memberi arahan supaya berhubung dengan polis mengenai kes siasatan terhadap NFC dan diarahkan untuk memperjelaskan serta menerangkan proses perniagaan NFC kepada polis.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin juga mendakwa menerima tekanan daripada Salleh menerusi SMS, yang memintanya membayar rasuah kepada polis berkenaan.

Shamsubahrin ialah individu yang didakwa atas dua tuduhan menipu Mohamad Salleh membabitkan bayaran bagi perkhidmatan rundingan dan nasihat berjumlah RM1.755 juta, hujung Disember lalu.

Sebelum ini, KEADILAN mendakwa wang berkenaan sebenarnya digunakan Salleh untuk menyogok Polis menerusi Shamsubahrin.


http://www.keadilandaily.com/?p=27925

NFCorp juga punya Kondo bernilai RM1.7Juta di Kazakhstan..

Posted: 07 Mar 2012 12:01 AM PST



Bahagian Jenayah Komersial PDRM dikatakan sedang menyiasat pembelian sebuah pangsapuri di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation's (NFCorp) yang bernilai RM1.7 juta.


Adalah difahamkan bahawa hartanah, yang terletak di bandar selatan Almaty, telah dibeli pada September tahun lepas, hanya beberapa bulan selepas syarikat itu menandatangani perjanjian untuk membantu ternakan lembu baka kerajaan Kazakh.

Satu memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai pada bulan Jun 2011 antara NFCorp dan daerah Jambyl di Kazakhstan untuk meningkatkan pemeliharaan lembu bagi tujuan eksport ke Malaysia dan negara-negara jiran.

Sepenuhnya korang bacalah di akhir entry..

Hebatnya keluarga Sharizat ni punya pelaburan bukan saja di Singapura terdapat pelaburan malah hingga ke Kazakhstan pun ada.. kalau melabur menggunakan duit sendiri itu Alhamdulillah lah...

Tapi masaalahnya ialah melabur untuk perkara yang tidak ada sangkut paut dengan ternakan lembu sedangkan pinjaman dibuat untuk perkara yang punya kaitan dengan ternakan lembu..

Masaalah lagi besar pula ialah pelaburan dikatakan untuk kebaikkan NFCorps tapi penama bagi hartanah tersebut ialah suami dan anak-anak Sharizat..

Kalau pelaburan untuk NFCorps.. gunalah nama NFCorps...

Cuba korang tengok syarat utama perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan NFCorp kat bawah ni..




Berita berkaitan..

NFCorp's RM1.7m Kazakhstan office under probe, say sources

KUALA LUMPUR, Mar 7 — Commercial crimes police are now investigating the National Feedlot Corporation's (NFCorp) purchase of a RM1.7 million apartment in Kazakhstan for use as an office, sources within the department have said.

It is understood that the property, which is located in the southern city of Almaty, was bought in September last year, just a few months after the company signed on to help the Kazakh government breed cattle.

A memorandum of understanding (MoU) was inked in June 2011 between NFCorp and the Jambyl district of Kazakhstan to raise cattle for export to Malaysia and neighbouring countries.

The deal was one of five signed between Putrajaya and Astana. Malaysia has also pledged to invest in an Islamic bank, oil and gas exploration by state oil company Petronas, energy generation as well as the construction of a hotel.

A high-ranking source in the commercial crimes department told The Malaysian Insider police were attempting to obtain more details about the apartment, which was registered to NFCorp.

"We are still trying to get the information from abroad," he said, on condition of anonymity.

He added that the apartment appeared to be the company's only acquisition in the oil-rich Central Asian republic, which the Najib administration has sought closer ties with.

NFCorp hit the national headlines after it made it into the Auditor-General's Report last year for missing production targets.

The publicly-funded company is run by Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, the husband of federal minister Datuk Seri Shahrizat Jalil, and their three children.

NFCorp has been repeatedly accused by the opposition of using its RM250 million soft loan from government for purposes unrelated to cattle farming.

These include the purchase of multi-million ringgit luxury condominium units in Bangsar and Singapore as well as land in Putrajaya.

Questions have also been raised about NFCorp's Singaporean operations — which allegedly include a supermarket — that Salleh has said are necessary as the local market cannot support the company's beef production.

PKR and DAP, however, have said that the company's overseas venture makes no sense in light of its federal mandate to fulfil up to 40 per cent of Malaysia's demand for beef by 2015.

Police recommended last month that the Attorney-General (A-G) charge NFCorp's directors for criminal breach of trust, but the A-G has asked the police to conduct further investigations.


The Malaysian Insider

Projek jalan tu 'cerita lama', kata Phahrolrazi

Posted: 06 Mar 2012 09:06 PM PST



ALOR SETAR - Belum pun reda isu membabitkan lantikan semula dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh, kini timbul pula spekulasi mendakwa antara punca keengganan menerima pelantikan semula jawatan itu berkaitan dengan sebuah projek didakwa mencecah RM600 juta.


Sebuah laman portal berita melaporkan, krisis Pas Kedah memuncak apabila Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak didakwa mahu memberikan projek itu kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.

Sebagai protes terhadap tindakan itu, Phahrolrazi dan Ismail dikatakan menolak pelantikan semula ke jawatan itu bagi penggal akan datang.

Difahamkan, projek itu membabitkan pembinaan jalan di Kedah, yang mahu diberikan kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di negeri itu.

Phahrolrazi ketika dihubungi bagi mengesahkan dakwaan itu, enggan memanjangkan isu terbabit dan menyifatkan ia cerita lama.

"Itu cerita lama. Mungkin kenyataan saya disalah tafsir pihak tertentu," katanya.

Bagi mendapatkan kepastian, Sinar Harian mendapatkan maklum balas daripada dua Exco, yang turut serta dalam mesyuarat sebelum ini membincangkan mengenai projek berkenaan.

Exco Penerangan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Abd Ghani Ahmad berkata, beliau menafikan dakwaan itu dan menegaskan, Kerajaan Negeri tidak pernah memberi tender secara terus kepada mana-mana syarikat, sebaliknya dibuat secara tender terbuka.

"Saya difahamkan sekiranya projek dikaitkan ialah projek jalan, ia mula dibincangkan dalam mesyuarat Exco sekitar Disember lalu, dan dicadangkan dibuat secara kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri, GLC Kedah," katanya.

Sementara, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang kini memegang portfolio Peruma­han dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, dan Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, yang sebelum ini disandang Phahrolrazi, turut menafikan projek itu diserahkan kepada syarikat seperti didakwa.

"Berdasarkan keputusan mesyuarat Exco, projek berkenaan akan dibuat secara tender terbuka namun belum dibuat tawaran," katanya.

Bagaimanapun, Amiruddin menafikan nilai tender itu mencecah RM600 juta, sebaliknya mendakwa projek penyelenggaraan jalan-jalan negeri itu hanya sekitar RM60 juta setahun.

"Hasil negeri tidak memungkinkan kita mampu tawar tender setinggi itu, ia mustahil cecah RM600 juta," katanya.

Menurutnya, walaupun portfolio berkenaan kini bawah tanggungjawabnya, namun beliau belum meneliti projek bawah portfolio itu mahupun melihat kertas kerja atau laporan berkaitan.

Sinar Harian

Petisyen 'Haramkan Eksport Nadir Bumi'.. tandatanganilah beramai-ramai..

Posted: 06 Mar 2012 08:15 PM PST



Petisyen yang akan dihantar kepada Ahli Politik Australia ini mensasarkan sebanyak 50,000 tandatangan dan sehingga kini ianya telah ditandatangani oleh 4,834 orang.


Ianya betujuan untuk menggesa ahli politik Australia agar mengharamkan segala bentuk eksport nadir bumi dari Lynas Corporations di Mount Weld, Australia ke pusat pemprosessan di Gebeng, Kuantan, Malaysia.

Sedikit info tentang Lynas yang tidak akan disiarkan oleh Utusan dan TV3..

Rare Earths are used in our iphones, laptops, flat screen TVs and wind turbines, but have you considered what the process involves to extract rare earths? Did you know there is potentially a radioactive fallout from rare earth processing?

Australian corporation Lynas wants to export rare earth from Fremantle, Western Australia to Gebeng, Kuantan in Malaysia to process the ore. But the proposed Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) has been imposed on local communities in Kuantan without their consent.

Touted as the largest rare earth refinery, the LAMP will use 720 tons of concentrated Hydrochloride Acid (sulphuric acid) per day and leave behind 28,000 tonnes of solid waste per year, enough to fill 126 olympic size swimming pools. A by-product of this waste is radioactive Thorium (Th) which is dangerous to human health.

There are approximately 700,000 people living within 30 km from the LAMP and it is located near coastal tourist resorts and an environmentally sensitive fishery area. Construction of the plant has begun in secrecy and ahead of proper environmental and waste management plan.

We are calling for Malaysian and Australian citizens, environmentalists, unionists, health professionals, business people and politicians to get behind the Stop Lynas! Campaign and stop Lynas Corporation from proceeding with their rare earth plant (Lynas Advanced Materials Plant-LAMP) in Gebeng, Kuantan.

"Malaysians are not against new, green technology that rare earth material supports. We just ask for these technology to be clean from cradle to grave, particularly when you are processing it in someone else's backyard."

Take Action! Stop Lynas!

Tunjukkan sokongan anda terhadap eksport nadi bumi ini dengan menandatangani petisyen ini di SINI

Altantuya: Motif pembunuhan tak penting?

Posted: 06 Mar 2012 07:06 PM PST



Hakim dalam kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu tidak menyentuh secara langsung mengenai motif dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu dalam penghakiman penuh beliau selepas memberikan keputusan perbicaraan berkenaan dua tahun lalu.


"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," kata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu.

Beliau bagaimanapun menyatakan seorang dari tiga tertuduh itu, iaitu penganalisis politk Abdul Razak Baginda mungkin mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana wanita tersebut pernah mengugut beliau tetapi ini tidak boleh jadi asas kepada mahkamah memanggil tertuduh berkenaan untuk membela diri.

Abdul Razak, adalah rakan rapat kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika itu. Abdul Razak kemudiannya dilepas dan dibebaskan tanpa diminta membela dirinya.

Bagaimanapun, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas - Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar - didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman bunuh.

"Persoalan yang berlegar untuk saya putuskan ketika ini adalah siapa yang mempunyai kaitan untuk menyebabkan kematian itu," kata Hakim Mohd Zaki.

"Saya bermula dengan bertanya kenapa tertuduh pertama (Azilah) dan tertuduh kedua (Sirul Azhar) berada di Hotel Malaya (di mana Altantuya serta sepupu dan rakannya menginap) pada 18 Okt, 2006. (Rakaman litar tertutup menunjukkan) mereka berada di tingkat 8, iaitu tingkat yang sama di mana si mati menginap."

Hakim itu juga mempersoalkan arahan yang diberikan oleh Azilah kepada Sirul Azhar apabila Altantuya dipindahkan dari kereta Proton Wira yang dimiliki oleh L/Cpl Rohaniza Roslan (teman wanita Azilah) ke kenderaan Suzuki Vitara milik Sirul Azhar, sementara tertuduh kedua menuju ke Bukit Aman, dan mengapa Azilah tiba-tiba senyap apabila Rohaniza bertanyakan mengenai Altantuya hari berikutnya.

"Persoalan tersebut berlegar di pemikiran saya dan dengan keterangan di bawah Seksyen 27, Akta Keterangan, terhadap Azilah yang beliau menunjukkan tempat kejadian di mana cebisan mayat mangsa dijumpai manakala Sirul Azhar pula membawa sehingga terjumpanya barangan kemas milik si mati, kelongsong peluru dan tkesan tompokan darah di kereta tertuduh kedua."

"Ini menggambarkan penglibatan Azilah dan Sirul Azhar terhadap pertuduhan yang dihadapkan terhadap mereka," kata Mohd Zaki dalam penghakimannya.

Hakim Mahkamah Tinggi itu juga menyatakan keadaan si mati yang dibunuh itu adalah tragis, dan "mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini di mana mangsa diletupkan adalah bertujuan untuk menghapuskan bukti".

Kes ini adalah antara pembunuhan paling kejam dalam sejarah negara yang menarik perhatian tempatan dan juga antarabangsa.

Mahkamah juga diberitahu bahwa Azilah telah menunjukkan kepada pihak polis di mana Altantuya diletupkan. Tetapi Cif inspektor itu menafikan keterangan berkenaan sehingga menyebabkan perbicaraan dalam perbicaraan terpaksa dijalankan.

Sirul Azhar yang berkhidmat sebagai pengawal peribadi pula dibawa dari Pakistan selepas bertugas mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan luar negara. Barang kemas Altantuya kemudiannya dijumpai di rumahnya manakala kelongsong peluru (spent cartridge) yang telah digunakan dijumpai dari keretanya.

Dalam perbicaraan ini, Hakim Mohd Zaki memutuskan punca kematian warga Mongolia itu adalah akibat "kecederaan disebabkan oleh letupan".


Malaysiakini

Tiada ulasan: