Sabtu, 3 Mac 2012

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib sudah insaf dan minta maaf atas kesilapan lalu BN.. dia ulang skrip di Selangor la...

Posted: 03 Mar 2012 08:15 AM PST



Skrip yang sama yang dibacakan oleh Najib hari ini diulang di Baling, Kedah pula.. apa yang ditukar hanyalah nama negeri, Selangor ditukar kepada Kedah..


Jika di Selangor bulan lepas Najib berkata "Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di sini - kalau dah lupa sila baca di SINI

Adakah selepas ini Najib akan datang ke Pulau Pinang pula untuk meminta maaf? Kat Kelantan dia minta maaf tak?

Kat Monggolia dia tak mahu minta maaf le?

***********************************************

Najib minta maaf atas kesilapan lalu BN

BALING - Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan lalu yang membawa kepada kehilangan banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan-kesilapan lalu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, jika pengundi menolak perikatan itu seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana ia telah membuat kesilapan.

"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita. Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.

Kenyataan itu mirip pendirian dilahirkan oleh Najib di Pelabuhan Klang ketika melancarkan jentera pilihan raya BN Selangor baru-baru dengan berkata, Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Perdana Menteri berkata, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya .

Selangor dan Kedah antara empat negeri tambahan dikuasai oleh pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Dua negeri lain ialah Pulau Pinang dan Perak.

Perak telah diambil alih oleh BN pada awal 2009. Kelantan ditadbir oleh Pas sejak 1990.

Justeru kata Perdana Menteri, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.

"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita. kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.

"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata hanya BN sahaja yang dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.

"Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka. Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan macam Buku Jingga," katanya.

Najib berkata kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transfomasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.


Sinar Harian

Guru-guru dipaksa menyokong BN.. Kalau tak akan ditukar ke pendalaman..

Posted: 03 Mar 2012 05:14 AM PST

Pelbagai usaha dibuat untuk menyiasat dan menganalisis kekuatan Barisan Nasional di dalam memenangi PRU13. Risikan Polis dan tentera telah digunakan. Salah satu usaha yang dapat dikesan ialah melalui pelbagai borang kaji selidik.

Sebuah email yang dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca mendedahkan sebuah borang kaji selidik yang diberikan kepada isterinya yang merupakan seorang guru.

Borang itu menurutnya merupakan satu tinjauan yang dibuat oleh Barisan Nasional untuk melihat apakah kedudukan sokongan para guru terhadap Barisan Nasional masa kini.


Dan buat Guru-guru yang sekarang ini sedang mengajar di Semenanjung jika mahu merasa suasana mengajar di Sabah atau Sarawak pula sila berikan jawapan anda sebagai Sangat Tidak Setuju atau Tidak Setuju dalam borang kaji selidik ini..

Dijamin sebelum Pilihanraya anda akan ditukarkan ke tempat baru..


Sahabat pembaca ini menjelaskan bahawa isterinya terpaksa berpura-pura memberikan reaksi yang positif atau dalam bahasa mudahnya, berpura-pura menyokong Barisan Nasional.

Menurut beliau lagi, mereka sekeluarga bimbang jika menjawab dengan jujur tinjauan tersebut, maka dengan nada berseloroh beliau menjelaskan isterinya bakal dipindahkan ke Lahad Datu, Malaysia Timur atau mana-mana kawasan pedalaman dalam masa 24 jam.

Maka ramai guru-guru yang juga merupakan sahabat isterinya terpaksa mengisi jawapan-jawapan mebodek bagi menyelamatkan diri mereka dari dikenakan tindakan. Ini merupakan satu contoh yang dapat kita lihat. Walhal ribuan lagi seperti ini berlaku di luar sana.


Milo Suam

Ribuan Hadir mendengar ceramah Hassan Ali.. (Gambar)

Posted: 02 Mar 2012 11:55 PM PST



Hassan Ali dalam satu kenyataan di rumahnya hari ini dengan angkuhnya berkata PAS pasti akan tumbang dalam PRU ini kerana telah memecatnya.


Katanya, faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" PAS di samping pendirian Pakatan Rakyat terhadap isu-isu lain seperti Palestin-Israel dan masalah Kristianisasi.

Hasan Ali yang secara tidak langsung mendakwa dirinya mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh berkata program jelajahnya mendapat sambutan baik apabila ribuan yang hadir.

Di Kota Baru semalam, tambahnya, ceramah Jalur Tiga (JATI) yang kini dipimpinya mencatat kehadiran hampir 8,000 orang.

Manakala di Pendang pula, tiga hari sebelum itu, katanya, kira-kira 15,000 orang hadir – sepenuhnya sila baca di SINI

Korang kiralah sendiri berdasarkan gambar-gambar dari ceramah Hassan Ali di Sungai Buluh ni di bawah.. jika di sini pun tiada sambutan.. korang agak di tempat lain akan lebih meriah ke?



Sumber gambar dari SINI

PAS akan tumbang kerana pecat saya kata Hassan Ali

Posted: 02 Mar 2012 11:18 PM PST



Bekas Pesuruhjaya PAS Datuk Hasan Ali hari ini mendakwa pemecatannya sebagai anggota PAS akan menjadi sebahagian daripada faktor yang menyebabkan kekalahan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.


Katanya, faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" PAS di samping pendirian Pakatan Rakyat terhadap isu-isu lain seperti Palestin-Israel dan masalah Kristianisasi.

"Dan isu-isu lain, termasuk pemecatan Hasan Ali masih relevan dan saya nampak ribuan tanya saya, yang disampaikan dengan begitu baik," katanya.

Isu-isu lain, kata bekas exco agama kerajaan negeri Selangor itu, berkaitan kenyataan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS tentang kesediaan parti itu menerima bukan Islam sebagai pemimpin parti.

Bercakap pada sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan yang secara tidak langsung mendakwa dirinya mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh berkata program jelajahnya mendapat sambutan baik apabila ribuan yang hadir.

Di Kota Baru semalam, tambahnya, ceramah Jalur Tiga (JATI) yang kini dipimpinya mencatat kehadiran hampir 8,000 orang.

Manakala di Pendang pula, tiga hari sebelum itu, katanya, kira-kira 15,000 orang hadir.

"Menurut orang tempatan, tak pernah sambutan sebegitu baik program PAS atau BN di kawasan itu," katanya lagi.

Bagaiamapun jumlah yang hadir itu tidak dapat disahkan kerana Malaysiakini tidak mempunyai wartawan di lokasi berkenaan ataupun menghantar wartawan dari Kuala Lumpur bagi membuat luputan tersebut.


Malaysiakini

Gaji Minima: Mahathir bidas Najib, sindir Pak Lah?

Posted: 02 Mar 2012 07:00 PM PST



Apabila dipersalahkan kerana menyebabkan negara kehilangan RM1.8 Billion kerana langkah pentadbiran yang dipimpinnya menyelamatkan MAS, Mahathir berkata jumlah itu adalah kecil..


Ini kerana menurutnya ianya kecil jika dibandingkan dengan kerugian yang ditanggung kerajaan di bawah pentadbiran Pak Lah iaitu RM8Billion kerana membatalkan projek berkembar keretapi elektrik antara Johor Baru dan Padang Besar.

Dalam langkah menyelamatkan MAS, Kerajaan Malaysia telah membeli semula setiap saham dari Tajuddin Ramli pada harga RM8 sesaham sedangkan saham tersebut bernilai RM3.68 sahaja di pasaran.

Kata Mahathir RM1.8 Billion yang digunakan untuk tujuan itu bukanlah satu kerugian yang besar jika dibandingkan dengan tindakan Pak Lah yang membawa kerugian RM8 Billion kepada Malaysia.

"Kerajaan kehilangan kira-kira RM8 Billion apabila membatalkan projek landasan berkembar keretapi elektrik antara Johor Baru dan Padang Besar" katanya baca laporan penuh di SINI

Dalam hal gaji minima ini pula sekali lagi Pak Lah menjadi sasaran sindiran Mahathir…

Selain itu tertanya-tanya juga aku adakah kenyataan dari Mahathir ini adalah serangan balas olehnya terhadap pentadbiran Najib yang telah menyerlahkan sikap sebenar Mahathir dalam hubungan antara Malaysia dan Israel dengan menyarkan 3 pucuk surat yang ditulisnya kepada PM Israel?

***********************************************

Dr M : Kenaikan gaji mungkin mufliskan Malaysia

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Malaysia sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar bagi meningkatkan produktiviti.

mahathir ebook launching 091211 02Katanya, jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.
jika.

"Apabila kita bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan berkurangan.

"Kita mempunyai cuti yang terlalu banyak. Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi 52 hari Sabtu.

"Kita juga diberi cuti untuk semua perayaan keagamaan, walaupun agama itu mempunyai penganut yang kecil.

"Kita sekarang pula menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain," katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk "Gaji Minimum".

Gaji minimum

Dr Mahathir juga melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.

NONEPada 24 Februari lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia sedang memuktamadkan segala proses sebelum menguymumkan dasar gaji minimum bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.

Menurut menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, tindakan itu akan menyaksikan kira-kira 30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum yang belum ditetapkan lagi itu.

Menurur Dr Mahathir, Malaysia boleh menjadi muflis apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita.

azlan"Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya.

Menurutnya, Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar gaji berlebihan kepada rakyat mereka.

"Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan negara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.

"Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau.

Tidak baik

Dr Mahathir juga membidas pentadbiran selepasnya kerana menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus.

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaWalaupun, tidak menamakan perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas kenaikan itu, sasaran Dr Mahathir adalah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang katanya, mengurangkan peruntukan pembangunan bagi menaikkan gaji.

"Pernah seorang perdana menteri, pentadbiran yang lalu, menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus. Namun tidak ada bukti bahawa hasil kerajaan pula meningkat sehingga 25 peratus.

Lazimnya, peningkatan adalah hanya kira-kira 10 peratus. Ini bermakna peningkatan kos operasi 25 peratus itu terpaksa ditampung dengan pemotongan 25 peratus peruntukan pembangunan," katanya.

Menurut Mahathir, pengurangan peruntukan bagi pembangunan adalah tidak baik bagi negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia.

Saya nak jadi PM, bukan MB kata Mahfuz..

Posted: 02 Mar 2012 06:05 PM PST



Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menafikan tanggapan akan bertanding di peringkat DUN untuk dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak jika Pakatan Rakyat mempertahankan negeri itu dalam pilihan raya itu akan datang.


Sebaliknya, beliau mengesahkan bahawa dirinya akan bertanding mempertahankan kerusi parlimennya, Pokok Sena, dalam pilihan raya umum akan datang.

"Confirm satu kerusi. Pokok Sena. Insya-Allah, (saya pertahan kerusi) Pokok Sena kalau diizinkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di situ.

"Saya nak bertanding parlimen, macam mana saya nak jadi MB (menteri besar)," katanya berseloroh.

Mahfuz mengulas desas-desus kononya beliau akan bertanding kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri.

Azizan kini berdepan dengan 'kemelut' dalam pentadbirannya susulan dua exco kanan - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh - enggan mengangkat sumpah bagi menyambung semula tugas sebagai exco.

Bercakap pada wawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata beliau tidak ada niat untuk bertanding kerusi DUN walaupun ada cadangan di kawasannya supaya beliau berbuat demikian.

"Kawan-kawan saya minta bertanding DUN tapi saya tolak... Saya tidak bersedia untuk bertanding DUN. Buat apa jadi MB, baik jadi PM. MB duduk bawah PM," katanya sambil ketawa besar.

Mengenai hubungannya dengan Azizan yang menurut beberapa pemerhati politik agak dingin, khususnya sejak kebelakangan ini, Mahfuz mengakui tidak semua perkara, beliau bersependapat dengan menteri besar berusia 72 tahun itu.

Namun, katanya, segala yang tidak dipersetujuinya diluahkan sama ada dalam atau luar mesyuarat.

"Itu pendirian dan sikap saya," katanya sambil menegaskan bahawa beliau tidak ada masalah dengan Azizan.

Ditanya sama ada PAS Kedah memerlukan menteri besar yang lebih muda di negeri itu, Mahfuz berkata soal faktor umur tidak timbul sebaliknya kemampuan dan keupayaan mentadbir sebuah kerajaan lebih penting.

"Kalau muda pun tapi gagal, tidak ada keupayaan, tidak ada kemahiran, tidak ada kepakaran dan kemampuan untuk tadbir sebuah negeri, jangan kata itu sahaja, waktu bertanding pun ia tidak wajar," katanya.

Ditanya portfolio yang ingin dipegangnya jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, Mahfuz sekali lagi ketawa besar dan berseloroh:

" Eh, portfolio saya, perdana menteri. Sebab itu saya tak mahu jadi menteri besar".

"Yang penting bagi saya, menang dulu, kemudian parti akan tentukan siapa yang akan duduk dalam kabinet," katanya.


Malaysiakini

Tiada ulasan: