ANAK SENGAT |
Posted: 29 Feb 2012 01:53 AM PST Aku tak tahu apahal yang dah melanda PAS akhir akhir ini. Sering betul di landa kekalutan. Ia bukan datang dari luar sebagaimana yang dihadapi oleh PKR dan DAP tetapi dari dalam. Mungkin niatnya baik tetapi dimanipulasi musuh kerana mereka menguasai media. Mungkin juga ada yang jahil hingga melampau kemampuan ilmu dan kuasa yang ada. Terbaru yang amat aku kesali ialah laporan yang dikaitkan dengan Dr Zul dalam wacana terbaru di Shah Alam. Di laporkan Dr Zul menyatakan bahawa PAS boleh membuka peluang melantik pemimpin bukan Islam menjadi pemimpinnya sehingga timbalan Presiden. Mahathir lantas mengulas dalam nada memperli sebagaimana bahasa orang tua tu... Sehingga kini aku belum jumpa ulasan pengesahan atau bantahan Dr Zul terhadap laporannya. jadi kesimpulannya laporan itu aku anggap betul. Aku tak tahu Dr Zul sedar atau tidak apa yang diucapkannya. Nampaknya macam bijak dan amat terbuka...namun terlalu asing bagi Parti Islam! "Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan. "Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa," kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk "Kenapa Undi Melayu Pecah?" di sini..... malaysia insider dipetik melaporkan.... Aku setuju jika yang disebut itu bukan melayu kerana Islam bukan dibina di atas asas kerangka melayu atau bangsa....namun aku amat tidak bersetuju jika yang dikatakan itu bukan Islam.... Jika benar Dr Zul sebutkan bukan Islam ingin dilantik menjadi Timbalan presiden....aku katakan TIDAK! kerana... Pertama....Aku tak tahu atas alasan dan hujjah syarak mana yang dipakai oleh Dr Zul hingga menerima bukan Islam kerana setahu aku jawatan timbalan Presiden adalah jawatan tertinggi selepas presiden. Jika apa berlaku kepada presiden...maka timbalannya akan memikul tanggungjawab... apakah "jika keadaan memerlukan" itu adalah darurat bagi dr Zul?....kalau darurat pun aku tak tahu kategori mana... Jawatan Timbalan Presiden termasuk kategori "auliya" yang dilarang al Quran untuk diserahkan kepada selain mukmin! Aku tak tahu jika Dr Zul guna otak untuk takwil istilah al Quran ini.. Kedua... Soal menerima Timbalan presiden dari kalangan bukan Islam adalah berkait dasar parti. Hanya majlis syuro boleh menentukan halatuju parti dan Dr Zul bukan anggota majlis Syuro kerana anggota majlis Syuro adalah ulama yang mahir al Quran... mungkin kalau usaha menggugurkan istilah ulama dari majlis syuro dulu berjaya , mungkin Dr Zul boleh jadi anggotanya.... Dalam masalah membenarkan sayap parti dan bukan Islam menjadi sekutu pun ulama mengambil masa yang lama untuk membenarkannya.... kerana maslahah yang menjadi pertikaian panjang untuk perjuangan Islam... ia hanya untuk membantu...bukan menentukan halatuju... timbalan presiden adalah jawatan yang boleh mengatur halatuju.... ia sangat bahaya dan bercanggah dengan Islam dan tak wajar berlaku dalam jamaah Islam Keterbukaan yang dimaksudkan dr Zul mungkin berkias dengan kewujudan Dewan Himpunan Penyokong Pas.... namun ia adalah berbeza.... sangat berbeza... jika itu qiasnya...maka bolehlah dikatakan qias BATHIL...atau MUNGKAR! Dr Zul manyahut pandangan moderator yang sepemikiran dengannya iaitu Dr Mazle yang membayangkan apa yang dilakukan oleh parti di Mesir.... "Dr Maszlee bertanya sekiranya PAS sedia bertindak seperti Muslim Brotherhood and Justice Party di Mesir yang melantik seorang pemikir Kristian sebagai naib presiden" ...... mengapa tidak Ikhwan muslimin....??? Saya belum mendengar pandangan pimpinan PAS khususnya majlis Syuro yang bertanggungjawab dalam halatuju parti Islam terbesar dan tertua di Malaysia ini...ia juga dihormati di peringkat antarabangsa.... mungkin majlis Syuro menunggu masa yang sesuai kerana ulama akan bertindak dengan tenang dan tidak tergesa gesa dalam mengulas sesuatu isu... Namun Ketua pemuda telah menyatakan ketegasannya... inilah sifat pemuda yang menjaga parti! Saya tak fikir pejuang Islam yang memahami dan merasai denyut nadi perjuangan Islam dengan cita cita menegakkan syariat di Malaysia akan bersetuju dengan saranan ini.... Lontaran Dr Zul mungkin atas dasar politik.... tetapi politik Islam adalah tegas dan berprinsip kerana matlamatnya ialah mengangungkan Islam .... kemenangan adalah anugerah Allah bila pejuangnya bersungguh melaksanakan amanah dalam redhoanya....selamanya matlamat tidak menghalalkan cara...! |
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan