ALHUSSEYN |
- Bukti Umno Bantu Yahudi Menindas Rakyat Palestin
- Peghilah Nazri , Kita Mahu Tribunal !
- Sudah,Sudahlah Hoi Pemuda Kedah!
Bukti Umno Bantu Yahudi Menindas Rakyat Palestin Posted: 20 Mar 2012 09:04 AM PDT
Kerajaan Umno/BN sudah terperangkap dengan kenyataan Tuan Guru Hadi Awang yang membolehkan berdagang dengan Yahudi dan bukannya Zionis! Mufti Perak pula tiba-tiba keluarkan fatwa yang kononnya nak hentam TGHA - Tapi wahai sohibul somahah, Apa hukumnya Malaysia berdagang dengan Israel? Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah akui sendiri - Malaysia dan Israel ada hubungan dagang sejak 12 tahun lebih! Dahsyat tu! Sudah berapa banyak untung hasil dagangan yang Israel perolehi itu untuk menindas rakyat Palestin.Umno/BN ada saham di situ, jangan nak nafikan! Tidak ada hubungan diplomatik, tapi boleh buat hubungan dagang! Samalah diumpamakan tidak ada pertalian perkahwinan, tapi boleh buat hubungan suami isteri? Ha! ha! ha! Israel dan Umno bersubahat buat hubungan HALAM! Ini semua adalah kerana keperluan Goblogisasi - kata Khairy Jamaludin! |
Peghilah Nazri , Kita Mahu Tribunal ! Posted: 20 Mar 2012 03:18 AM PDT Apakah Nazri benar-benar berkuasa untuk menafikan tuntutan supaya kerajaan menubuhkan tribunal bagi menyiasat dakwaan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah menyalahgunakan kuasa mereka 'menganiaya' beberapa pegawai polis yang sedang menyiasat seorang tokoh kongsi gelap. Menurut Datuk Ramli Yusuff, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu. Abdul Gani pula didakwa mempergunakan BPR bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan. Sementara itu, seorang lagi Pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim yang mengetuai siasatan kes 'Mata Lebam' Anwar juga menuntut ditubuhkan tribunal bagi menyiasat dakwaan bahawa Musa dan Gani Patail telah memalsukan bukti hingga menyebabkan Anwar dipenjara. Beliau menawarkan diri untuk tampil sebagai saksi. Sebagai sebuah kerajaan yang berwibawa, kerajaan patut bertindak menafikan dakwaan yang memalukan ini secara tuntas iaitu disiasat melalui tribunal.Lainlah kalau kerajaan sudah tidak ada rasa harga diri atau integriti. Kalau begitulah pendirian kerajaan Umno/BN, eloklah rakyat singkirkan kerajaan yang haprak ini dan pilih sahaja PR untuk transformasi negara yang menyeluruh. |
Sudah,Sudahlah Hoi Pemuda Kedah! Posted: 19 Mar 2012 08:32 PM PDT Berikut ini saya siarkan komen-komen menarik berikutan kenyataan Pemuda Kedah :
|
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan