Rabu, 14 Mac 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Sekarang Baru Kita Tahu Kenapa Rosmah Boros .....

Posted: 14 Mar 2012 05:00 AM PDT


Belum pun reda isu bil katering bagi majlis pertunangan anak perempuannya dengan lelaki komunis Kazakh, kali ini, PM Najib dikecuhkan pula mengenai kos nyambut befday membabitkan RM79,053 - majlis bankuet dari Hotel Shangri-La kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Wow! Ada daging panggang yang diimport dari New Zealand, hidangan Jepun dan masakan Barat.

Alahai, PM Najib beriya-iya sangat tempohari berkempen melalui Institut Wasatiyyah untuk menyampaikan suruh kesederhanaan kepada seluruh dunia dalam semua aspek kehidupan, tetapi dia sendiri mentekedarah!

"…dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan".(Surah al-A'raf: 31)

Bukankah ayat diatas terang-terang menegaskan bahawa Islam sama sekali telah melarang berbelanja secara membazir?

Baru kita tau ... patutlah Rosmah boros, rupa-rupanya kerana dia terikut-ikut perangai lakinya! Beginikah teladan dari seorang pemimpin yang kononnya Islam?

Sesungguhnya aku bersaksi bahawa Najib anak Abd Razak ini tidak layak menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia. Barang dijauhkan Allah, kita mendapat PM macam ini selepas PRU-13 nanti! Baca lagi di sini

Polis Sahkan Ada NGO Diresapi Samseng

Posted: 13 Mar 2012 09:05 PM PDT

Kita minta supaya satu siasatan menyeluruh dilakukan keatas kumpulan-kumpulan NGO yang kebelakangan ini yang tidak ada rasa segan silu melakukan provokasi dan menganggu ketenteraman awam.

Kita bukan mahu menuduh sembarangan , tetapi harap pihak polis akan segera menyiasat Pertubuhan Wira Perkasa Pulau Pinang yang baru-baru ini bersikap sangat biadap - tunjuk tapak kasut kepada seorang Ketua Menteri dan juga Waris Malaya yang serang ABU dalam Dewan MBSA seksyen 30 Jalan Kebun, Shah Alam di sini .

Gelagat Samseng yang kedua-dua NGO ini paparkan sangat menggugat ketenteraman awam jika langkah membendungnya tidak diambil segera.
,
Polis mengesan terdapat anggota kumpulan kongsi gelap menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang terkenal di negara ini, semata-mata bagi mengaburi pihak berkuasa tentang kegiatan haram mereka.

Wujud individu tertentu menyalahgunakan keahlian sebagai ahli NGO untuk mendapatkan pengaruh dan mengumpul penyokong , katanya lagi di sini

Bertindaklah wahai Polis! Jangan hanya keluarkan kenyataan sahaja.Kuasa ada di pihak kamu untuk mempastikan kesejahteraan dan keamanan negara yang tercinta ini.

Tiada ulasan: