DEBAT Posted: 19 Mar 2012 05:20 PM PDT - Semalam banyak SMS dan persoalan orang ramai pada saya bahawa benarkah saya akan berdebat dengan Datuk Ali Rustam pada 15 April 2012 di MITC?
- Sebelum saya nyatakan pendirian, maka kita harus melihat senario semasa politik di Melaka.
- Terutamanya majlis-majlis ceramah. Ceramah PR hari ini dimeriahkan lagi dengan ceramah BN disebelah.
- Pembesar suara BN dihalakan pada pentas PR, pembesar suara PR dihalakan pada pentas BN. Kita semua ceramah serentak. Kadang-kadang penceramah jadi "loktang@sawan".
- Unsur-unsur provokasi juga pasti merisaukan pasukan keselamatan. Persoalannya sampai bila rakyat boleh bersabar tak kira PR atau BN.
- Jalan terbaik, kita bercakap satu pembesar suara, satu pentas dan satu Malaysia boleh dengar. Kita berdebat!
- Ada anak anak muda yang sudah buat banner dan siarkan dalam FB tentang debat 15 April 2012, tentang Pembangunan atau pemborosan Melaka?.
- Jawapan saya tentang 15 April, saya tunggu respond Datuk Ali, saya secara peribadi bersedia Debat pada 15 April 2012.
- Debat bukan mencari menang atau kalah. Membina minda kelas pertama generasi Melaka adalah keutamaan kita. Jom Debat!
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan