Addin |
- Ribuan Hadiri Ceramah TGNA, DSAI Dan Mat Sabu Di Kota Bharu Malam Tadi
- Gambar Samseng - Samseng Import Umno Pulau Pinang
- Kerajaan Pinggirkan CEUPACS Sekali Lagi
- Gambar Anggota Balai Polis Pening..
- Sultan Pahang Bidas Annuar Musa
- (Video) Ribuan Hadir Ceramah Anwar Ibrahim Di Bangi Malam Tadi
- 21 Orang Pemuda Umno Pulau Pinang Sertai PAS
- Gambar Terbaru Tuan Guru Nik Aziz Dengan Sultan Kelantan
Ribuan Hadiri Ceramah TGNA, DSAI Dan Mat Sabu Di Kota Bharu Malam Tadi Posted: 30 Mar 2012 09:45 AM PDT Ribuan hadiri ceramah Pakatan Rakyat malam tadi di Kota Bharu. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang menghadiri program ini ialah, Tuan Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan Mat Sabu. Jikalau di lihat sokongan terhadap program Pakatan Rakyat, Umno akan berputih mata lagi nampaknya. Angan-angan Datok Pa yang ingin menjadi MB Kelantan mungkin hanya tinggal khayalan. Bakal ruyup.. | ||
Gambar Samseng - Samseng Import Umno Pulau Pinang Posted: 30 Mar 2012 08:36 AM PDT Antara yang memakai baju dan topi Pemuda Umno NS bergambar ketika berkumpul sebelum melakukan jenayah serangan terhadap ketua Menteri PP. Jelas terakam penjenayah yang menyerang dengan 'senjata' wartawan dalam kejadian tersebut bersiap sedia untuk menyerang Kenderaan dari NS Antara pemimpin yang hadir ketika Umno berkumpul sebelum serangan wajah penjenayah jelas terakam tetapi apa tindakan polis dan umno ? Serangan fizikal sehingga serbu ke kereta ketika Ketua Menteri baru sampai Penyerang majoriti terdiri dari pemuda berkemeja dan bertopi tertulis Pemuda Umno Seremban Wartawan diserang beramai - ramai dan dipukul dihadapan awam tetapi polis hanya berdiam Antara remaja (disyaki) bawah umur turut terlibat Kenyataan Media 28 Mac 2012 Umno NS BERTANGGUNG JAWAB KE ATAS INSIDEN SERANGAN KETUA MENTERI P.PINANG. Parti Keadilan Rakyat Rembau menggesa Umno (Seremban) Negeri Sembilan mengambil tanggungjawab penuh dengan memohon maaf dan mengambil tindakan dengan terhadap ahli dan pemimpin mereka yang terlibat dalam serangan bersifat perkauman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang. Dalam kejadian tersebut beberapa orang telah cedera termasuk seorang wartawan yang dipukul beramai ramai oleh penyerang. Bersama kenyataan media ini di sertakan sebahagian bukti bergambar yang mengaitkan ahli dan pemimpin Umno (Seremban) N.Sembilan terlibat dalam kejadian tersebut. Dalam gambar tersebut jelas kelihatan penyerang mengenakan kemeja dan topi tertulis Pemuda Umno Seremban. Pada hari yang sama (berdasarkan maklumat yang ada) sememangnya pemuda Umno dari Negeri Sembilan berada dan berkumpul dalam program yang turut melibatkan pemimpin Umno Pulau Pinang. Selepas program tersebutlah mereka ramai - ramai berkonvoi dan melakukan jenayah serangan 'gaduh gempar di tempat awam'. Ini jenayah serius kerana serangan jenayah ini dilakukan kepada Ketua Menteri P.Pinang dalam majlis rasmi. Terdapat banyak rakaman boleh disaksikan dalam internet termasuk seperti You Tiub yang jelas penyerang dari Umno ini menjerit perkataan lucah dan menghina bersifat perkauman. Telah dibuat beberapa laporan polis namun amat mengecewakan tidak ada tindakan serius diambil selepas itu. PKR Rembau juga akan membuat satu lagi laporan dengan menyerahkan bukti bergambar kepada pihak polis. PKR Rembau mencabar Umno (Seremban) Negeri Sembilan untuk mengambil tanggungjawab penuh memohon maaf secara terbuka seterusnya menamakan semua ahli dan pemimpin mereka yang terlibat termasuk yang dibawah umur. Umno juga harus mengambil tindakn disiplin terhadap mereka jika Umno tidak merestui tindakan tersebut jika tidak jelas Umno sendiri terlibat dan merestui jenayah ini. Rakyat diseru menilai insiden ini sewajarnya dan menjadikan ini satu lagi alasan kukuh untuk menolak Umno khususnya di N.Sembilan. Jelas Umno menjadi pelindung kepada gangsterisme dan mendidik anak anak muda termasuk bawah umur untuk menjadi penjenayah keganasan. Sekian. che'Gubard Parti Keadilan Rakyat Rembau * kenyataan ini dibacakan dalam sidang media pada 28 Mac , 11.30 pagi di Rahang, Seremban. Sidang media dihadiri oleh che'GuBard (Ketua Cabang Rembau),Ust Norazman Ahmad (Ketua Penerangan PAS NS), Sani Md Shah (Ketua AMK Rembau), Sharul (AJK PKR Rembau), Zubir (Pengarah P.raya PKR Rembau) ~edyesdotcom | ||
Kerajaan Pinggirkan CEUPACS Sekali Lagi Posted: 30 Mar 2012 05:03 AM PDT Sekali lagi rakyat gelisah mendengar berita bahawa CUEPACS, seperti yang disebut presidennya Datuk Omar Osman, tidak dimaklumkan tentang siapa yang akan menyertai suruhanjaya untuk mengkaji penyelaran gaji perkhidmatan awam selepas pembatalan tiba-tiba skim Saraan Baru Perkidmatan Awam (SBPA). Pakatan Rakyat menyokong penuh gesaan CUEPACS untuk dijadikan salah satu pihak berkepentingan ("stakeholder") dalam isu ini, tapi juga agar pihak kerajaan tidak lagi melakukan tindakan bersifat "unilateral" seperti skim SBPA dahulu, yang telah gagal akibat tentangan yang begitu kuat dari pelbagai pihak. Pakatan Rakyat juga sedar akan usaha kerajaan untuk meneruskan dan menambahbaik sistem Skim Saraan Malaysia (SSM) sedia ada, termasuk menubuhkan suruhanjaya khas untuk melaksanakan penambahbaikan yang "komprehensif dan menyeluruh" terhadap perkhidmatan awam negara. Oleh itu, kami menyarankan satu Jawatankuasa Tetap Parlimen ditubuhkan agar semua pihak berkepentingan termasuklah pihak Pembangkang akan dapat memberi cadangan-cadangan membina bagi perkhidmatan awam, yang merupakan salah satu tunjang pembangunan negara. Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai Naib Presiden KEADILAN | ||
Gambar Anggota Balai Polis Pening.. Posted: 30 Mar 2012 02:05 AM PDT | ||
Sultan Pahang Bidas Annuar Musa Posted: 29 Mar 2012 11:54 PM PDT KUANTAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah berkata timbalannya, Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin badan induk bola sepak negara pada 4 April ini kerana didakwa secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal di media. Baginda bertitah, Annuar perlu berdepan dengan jawatankuasa itu kerana tindakannya ternyata melanggar peraturan badan induk bola sepak negara kerana apa yang dilakukannya merupakan satu kesalahan yang amat besar. "Bila kita buat satu benda yang bodoh, yang menyalahi undang-undang, kita kena berhadapan dengan tindakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini ( 29 Mac ). Sultan Ahmad Shah bertitah, Annuar sepatutnya lebih arif mengenai peraturan yang telah ditetapkan FAM kerana Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu telah menyatakan bahawa hal FAM tidak wajar disebar kepada media tetapi patut dibawa berbincang dengan jawatankuasa berkenaan. Baginda bertitah, Annuar sepatutnya lebih tahu mengenai peraturan itu kerana ketika mesyuarat Exco baru-baru ini telah diberitahu oleh Tengku Abdullah supaya jangan lantang memberi keterangan kepada media tanpa kebenaran FAM. Antara pertuduhan ke atas Annuar ialah melanggar Statut FAM dengan membuat kenyataan akhbar, di mana hanya Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM saja boleh memberi komen berkenaan skuad kebangsaan.Annuar juga dituduh melanggar titah Timbalan Presiden FAM ketika mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari lalu iaitu hal-hal FAM tidak wajar disebar kepada media dan sepatutnya dibawa berbincang dengan jawatankuasa tersebut. Sebelum ini, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar digantung tiga tahun pada 1991 dan Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil dua kali digantung iaitu pada 2001 (empat tahun) dan 2006 (setahun) kerana mengkritik FAM. ~bernama Addin : Sudah mula tunjuk belang.. | ||
(Video) Ribuan Hadir Ceramah Anwar Ibrahim Di Bangi Malam Tadi Posted: 29 Mar 2012 08:26 PM PDT Ceramah Anwar Ibrahim malam tadi di Bangi di hadiri ribuan orang. ini menunjukkan momentum Pakatan Rakyat makin kuat untuk menghadapi PRU 13 yang bakal tiba. Dengan serangan bertubi-tubi oleh Umno terhadap pimpinan Pakatan rakyat di Selangor tidak mengurangkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Ini adalah isyarat yang Umno BN bakal berkubur di Selangor dan di serata negara. | ||
21 Orang Pemuda Umno Pulau Pinang Sertai PAS Posted: 29 Mar 2012 07:43 PM PDT
JELUTONG, 29 Mac - Ketika riuh rendah Umno menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang, seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS. Mereka berbuat demikian dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Pasti cawangan Kampong Dodoi malam ini. Berucap dalam majlis penyerahan borang ialah Ustaz Taqiyudin Hamzah YDP PAS Jelutong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari mereka. Beliau turut memberi ucapan dan mengalu-alukan penyertaan Pemuda Umno yang membuat pilihan yang tepat dalam keputusan mereka. "Ini satu kehebatan kerana di sebalik serangan bertubi-tubi Umno terhadap PR di Pulau Pinang dan PAS, mereka tetap bertegas untuk bersama PAS," kata Mujahid dalam ucapan itu. Dr Mujahid juga menyatakan bahawa PAS adalah parti pilihan terbaik untuk orang Melayu Pulau Pinang memandangkan kerajaan yang memerinah hari ini adalah dari Pakatan Rakyat. Dengan memberikan sokongan kepada PAS, suara orang Melayu akan dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan, jikalau tidak Umno akan menjadikan orang Melayu sebagai umpan politik mereka dan akhirnya merugikan orang Melayu di Pulau Pinang. Turut hadir ialah Ketua AMK Jelutong sdr Khairil Anuar Kamarudin. Menurut Pemuda Umno yang berhijrah ke PAS, mereka sudah muak dengan sikap Umno yang hanya menggunakan mereka bila diperlukan tetapi dalam banyak keadaan meminggirkan sumbangan mereka. ~harakahdaily | ||
Gambar Terbaru Tuan Guru Nik Aziz Dengan Sultan Kelantan Posted: 29 Mar 2012 07:19 PM PDT Kemesraan antara KDYMM Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Kelantan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di majlis pecah tanah pelabuhan di Tok Bali petang semalam ( 29/Mac/2012 ). Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri YB Datuk Sri Mustapa Mohamed dan pimpinan Kerajaan Kelantan. Sumber gambar disini dan disini |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan