Sabtu, 24 Mac 2012

Addin

Addin


Mamat Samseng Nih Bakal MB Pahang?

Posted: 24 Mar 2012 05:00 PM PDT

ROMPIN - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menafikan 'khabar angin' yang kini bertiup kencang mengaitkannya sebagai calon sesuai untuk menyandang jawatan Menteri Besar Pahang menggantikan Datuk Seri Adnan Yaacob. Jamaluddin berkata, terdapat sesetengah pihak atau blog-blog tertentu, yang proparti pembangkang yang cuba mencetuskan isu jawatan Menteri Besar Pahang sedangkan perkara berkenaan tidak pernah ditimbulkan Umno.

Menurutnya, beliau kesal dengan laporan blog-blog milik pembangkang kerana berniat jahat untuk memecahbelahkan perpaduan sedia ada di dalam Umno itu sendiri.

"Isu ini sengaja ditimbulkan oleh pembangkang yang bertujuan mahu melaga-lagakan perpaduan yang sedia ada di dalam Umno, dan saya ingin menasihatkan semua ahli Umno agar lebih berhati-hati dengan isu yang ditimbulkan oleh pihak berkepentingan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin yang bertiup kencang yang meramalkan Jamaluddin sebagai calon paling sesuai dan layak menerajui Umno Perhubungan Negeri bagi menggantikan Adnan.

Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rompin berkata, keputusan untuk meletakkan siapa saja calon di peringkat negeri terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membuat keputusan.

Bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) itu menasihatkan pembangkang supaya menjaga parti mereka terlebih dahulu berikutan terdapat ramai dalam kalangan ahli parti itu yang bertindak keluar parti mentertai BN atau sebagai calon bebas.

"Sudah tentu ada kepincangan dalam pakatan pembangkang memandangkan sudah ramai yang mula keluar daripada parti itu seperti Bekas Persuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dan sebagainya," katanya.~sinarharian


Gambar Tuan Guru Nik Aziz Di Kerumuni Mat Rempit

Posted: 24 Mar 2012 09:37 AM PDT

Gambar nih Addin tak pasti ambil bila dan di mana. Gambar nih ambil dari blog Kerabu Bersuara.. Kemungkinan besar gambar nih di ambil pada Program Orang Muda Gang Kite boleh jadik jugak. Ni mungkin jugak geng-geng Alternatif Race Club yang ditubuhkan oleh Dewan Pemuda PAS. Tujuannya adalah untuk menarik orang muda untuk mendekati parti PAS.

Daripada mat rempit ni merempit di jalanraya tak tentu arah eloklah bermotosikal dengan cara selamat. Antara event ARC nih adalah berkonvoi. Satu usaha yang bijak bagi mempelawa orang muda yang kini makin ramai cenderung menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Kepada mat rempit yang berminat dengan ARC bolehlah hubungi Dewan Pemuda kawasan masing-masing. Mari kita ramai-ramai memeriahkannya.




Penuh Sesak Ceramah Hassan Ali Di Puncak Niaga

Posted: 24 Mar 2012 05:29 AM PDT

Gambar Hiasan
Ini pula peristiwa ceramah Hasan Ali selepas pendedahan membazir dalam DUN Selangor. Ceramah Hasan Akidah di Puncak Niaga Shah Alam malam tadi terpaksa dibatalkan kerana tidak ada sambutan. Yang diharap hadir lebih 300 tetapi yang ada 19 orang termasuk penjaga PA sistem dan tukang bawa kereta Hasan. Kerana ceramah itu gagal dihebuh-hebuhkan kononnya ia tak ada permit polis.
 
Fasal apa pula perlu permit polis untuk belasah Anwar dan Pas tak payah permit polis. Kan parti yang Hasan dokong hari ini kebal?~mso

Addin :

Macam-macam alasan pulak sebab ramai tak datang..



Wajib Baca!! Berita Gembira Buat Peminjam PTPTN

Posted: 23 Mar 2012 06:46 PM PDT

PORT DICKSON - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga. "Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa.

 Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.

"Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan," katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.

Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.

"Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.

"Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya," katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.

Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.

"Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat," tegasnya.

Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.

Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.

Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu. ~keadilandaily

Antara Sebab Shahrizat Enggan Undur..

Posted: 23 Mar 2012 06:34 PM PDT

Sebahagian anggota pergerakan Wanita Umno melaungkan "Kami sayang Shahrizat" dan "We want Shahrizat" (Kami mahu Shahrizat) pada majlis Perhimpunan Wanita Umno di sini, Jumaat. Laungan itu sebagai tanda sokongan itu kepada ketua sayap itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang tiba di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 3 petang.

Kira-kira 8,000 anggota Wanita Umno hadir pada majlis berkenaan yang turut disertai oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Taklimat yang disampaikan oleh Najib itu adalah mengenai pelbagai isu termasuk pengunduran Shahrizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau tiba pada pukul 3.45 petang.

Turut hadir, ketiga-tiga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia diadakan secara tertutup.

Taklimat tersebut diadakan bertujuan untuk menangkis pelbagai dakwaan pembangkang selain membincangkan persiapan jentera Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Shahrizat baru-baru ini mengumumkan akan berundur daripada jawatan menteri selepas tamat tempoh senatornya pada 8 April ini dan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Pengunduran itu berikutan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.

Bagaimanapun, terdapat gesaan supaya Shahrizat meletakkan jawatan sebagai ketua pergerakan itu, khususnya daripada Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.


Tiada ulasan: